.. mencari si dia yang soleh ..
Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh
Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.
Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.
Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.
Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.
Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.
Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.
Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.
Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..
Untuk maklumat tentang solat istikharah sila rujuk pautan berikut :
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&id=3218
http://id.wikipedia.org/wiki/Shalat_Istikharah
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=99
.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on November 13, 2007 at 1:13 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 4 years ago
Teman confuse sket pasal van ckulop ni, mula2 ditalakan teman dgn omarm, bila dah nmpak jadi tu, mula la macam marah tak kasi pulak teman dgn omarm. Betul ke abg van ckulop tak marah teman dgn abg omarm??
hihi.. satu lagi teman tak paham dgn statement omarm tu..”Pikio kan ler hasrat teman yg. murni ini…. makna nyer Van nak niqah Cepatlah TU!!!!!” sape yg nak nikah cepat ni, omarm atau van ckulop?? hihi
about 4 years ago
utk CEMPAKA UNGU..
lelaki tu patut wat istikharah
utk menentukan smada btul tak pilihan dia
kalau dia dh solt istikharah dn memg awk utk dia, tak slh awk trima
sebab perasaaan boleh dipupuk bila dia dah jadi husband awk..
about 4 years ago
Jiha jgn penin kan kepala…akak rasa yg malu tapi mahu tu Abang Omarm. Betulkan Omarm? Omarm saya cadangkan berterus terang le miker agar Jiha x penin lagi.
Van Ckulop tu rasanye masih menanti si kaler PURPLE… tak gitu Van?
about 4 years ago
JIHA,
Langsung tak berdetik di hati ini nak marahkan awak….! Kawen laa dgn sesiapa pun.. sokongan dan galakkan akan diberi.. lebih-lebih lagi dgn abang Omarm tuu..!
Lagi pun gajah-gajah yg dipelihara oleh abang Omarm tu dah lama sangat menunggu untuk belarak ke Chendering…!
“SELAMAT PENGANTIN BARU.., JIHA”
about 4 years ago
Salam.
Buat Izze…
Sy dah buat solat Istikharah dan sy yakin dia bkn utk sy, tp xkan sy nak minta dia solat Istikharah plak. Seharusnya dia lbh dulu melakukan solat istikharah sblm mengambil apa2 keputusan. Tp klau Allah dah tetapkan jodoh sy dgn dia, sy redha klau itu ketentuannya. Tp x tahu bila hati ini akan belajar utk menyayanginya. InsyaAllah.
about 4 years ago
ehehehe adehh nk tergelaklaa..nmpk mcm kalot2 pulak daah..
biasalaa,ada pasang dan surut..
Van ckulop..maybe,kita nmpk sis Jiha minat kat en.van ckulop nie..
jgn mara haa..tak leh gurau gi dok surau!
surau mana haaa??
hihihihi
Sis serimardz..Van ckulop nie mcm penah kawen jea..mcm experience jea,tp buat selamba!
Ntah aku pun tak faham apa yg aku cakap!Blurrr..
about 4 years ago
Ye la.. dulu saya ada minat kat abg van kita ni..tapi oleh kerana dia minat kat cik purple ni, terpaksala saya mengundur diri, hehe..sekian, wassalam.
about 4 years ago
Purple…,
…kalo blur, pakai cermin mata dan datang jumpa i untuk pastikan sama ada teruna ataupun duda..!
about 4 years ago
Aper nak buat JIHA udah org. tak ndak… tapi Jiha jangan Luper… teman kan Ader? tak Lari gunung di Kejor??? Teman masih setia.. dari dulu hingga akhirnya…
about 4 years ago
Hisyy kak Jiha..tak dak kena mengena ngan kita lerr..
boleh Jiha bgtau sapa gerangan si Van ckulop nie??
Haa Van Ckulop dok wat loyar buruk lak..pakai cermin mata boleh tau dia teruna or dudalaa??
)
Klu cam tue,hrmm klu awk pakai cermin mata boleh tngk gurl tue ank dara ke tak laa??Fuhhyooo..jgn nmpk gurl bogel dah laa..niayaii org mcm kami!
about 4 years ago
Cik Purple dah ada boyfriend??
about 4 years ago
Semua dah siap Purple…, skrg ini sdg menghitung saat dan hari-hari utk kita disatukan…!
Jiha pun dah nak ikuti kursus kawin.., insyaAllah kalau ada jodoh … dia akan disatukan dgn Setiu…! Melepas dan meloponglah abang Omarm kita…!
Itulah angkaranya jika lewat sangat bertindak…., apakah kita kena lihat sajer semua perkara terjadi..? Memang benar lagi mutlak.., ALLAHlah yang beradun..!!
Jangan gusar.., kita gunakan plan B plak.. dgn harapan mesti jadi juga dlm ini tahun.. insyaAllah.
about 4 years ago
hihihi Van Ckulop boleh dpt anugerah yg terbaik n paling fofulerr…yuhuhuuu
about 4 years ago
salam
buat CHEMPAKA UNGU
takpelaa..kalau dh perasaan tu takde, takleh nk paksa gak.takut jd lain lak…kn?
truskn brdoa moga2 awk bertemu jodoh dgn org yg baik dn sesuai dgn awk.
hai VAN CKULOP..plan B plan ape lak tu…?
about 4 years ago
Salam.
Terima kasih atas nasihat yg Izze berikah. InsyaAllah moga2 kita akan ditemukan jodoh yang bersesuain dengan fitrah kita. Harapnya moga Izze dapat menemui insan yang dicari selama ini. InsyaAllah…
about 4 years ago
sy rase,saye perlu dirikan slat istikharah.sebab yg nk dtg melamar sy seorang duda ank dua yg bercerai dgn bekas isterinya…sy sygkan die,tp betul ke tindakan sy utk terima dia?
about 4 years ago
Yin .. itulah yg. sebaik2nya dan laku solat istikharah… Allah maha mengetahui setiap permintaan hambanya… lakukan dgn jujur N ikhlas….
Buat Jiha kita Gunapakai pulak Plan C…. untuk mengerjakan Bendang Pusaka yg. di tumbuhi menerung… sekurang2nya beras tak payah beli?
about 4 years ago
Untuk yin..saya masih bari disini..saya ingin respond to ur statement…nak kawin duda..betul kata Omarm…lakukan solat sunat istikharah dgn seikhlasnya..insyaallah…allah akan tunjukkan jln..saya pun pernah dan hampir2 berkawin dgn duda beranak 2…yg bercerai selepas setahun..tp..setelah saya dan kuarga saya boleh terima dia dan akan menjadi ahli kuarga kami..tup..tup..dia igin rujuk dgn bekas isteri..saya akur dgn keputusan dia sbb jodoh mereka masih ada..lagipun dia terfkir pasal anak2 dan masih ada sayang antara mereka…Yang tak bestnya..dia nak juga kat saya..dan nak jdkan saya isteri ke-2..pada masa tu..saya dan kuarga bleh pertimbangkan la..tp..selepas dia rujuk..seme dah berubah…tp alhamdulillah..Allah Maha pengasih maha penyanyang..telah sdarkan saya…tak usah la menjadi org ke-2..saya berundur walau pun amat berat utk saya apath lagi dia…dia pun tak boleh terima keputusan saya.saya kena kuat lari dari dia..saya tanak bermadu….atas byk alasan…
Mungkin Yin berbeza situasinya..apapun,selalu mintak ptunjuk allah..insyaallah..
about 4 years ago
alhamdulillah.
ternyata masih ada yang mengandalkan sholat istikharah dalam mencari jodoh . itu haruslah menjadi tradisi. right!
about 4 years ago
mmg..istikharah jalan yang terbaik..Tapi belum ade jodoh lagi kot..jalan paling baik untuk berusaha
about 4 years ago
salam.kalo nk wat solat istikharah fkiran msti kosong kn.klo kite slalu hrap nk temu jodoh ngn die cmne.leh ke wat solat 2.cmne nk kosongkn fkiran.
about 4 years ago
kalo harap temu jodoh dgn dgn die kan wanie….just wat solat hajat…insyaAllah..ameeen..all the best…
about 4 years ago
ok.time kasih bnyk2
about 4 years ago
best jg bca comen2 ni…:-)
about 3 years ago
nak tanye kat sape2 yg sudi jawab..sy da 2 bulan pts cinta,my ex pon da ada pengganti,,tp kami masih sayang antara satu sama lain..kesilpannya,hanya sbb salah paham.tapi dia dah terlanjur bercinta dgn orang laen,,walaupun kami dah berpisah,tapi dia masih menghubungi saya dan kerap mtk maap dpd saya,ada skali dia cakap,sudi x saya terima dia kalo dia kembali pada saya satu hari nanti?..knapa dia kene tanye mcmtu..mula2 saya dah sedia nak lepaskan dia,tp bile timbul soalan tu,dia wat saya rasa berat nak tinggalkan dia n cari orang laen..hati saya masih kuat megatakan dia jodoh saya..saya pernah melakukan solat istiharah,.tapi saya tak berapa pasti ngn mimpi,cume gerak hati saya semakin kuat mengatakan dia adalah teman hidup saya kelak..apa yang membuntukan saya,saya sudah ‘terlanjur’ dengan dia,,dia juga telah ‘telanjur’ dengan perempuan baru tu..apa yang saya perlu lakukan..saya ingin melepaskan dia,dan biar dia hidup bersama perempuan baru tu,,tapi gerak hati,kata hati saya amat kuat terhadapnya,,patotkah saya melakukan solat istiharah..
sekiranya dia mmg jodoh saya,saya mengharapkan dia sudah berubah..tak kira bape tahon pon saya akan tunggu..saya x bersedia untuk terima orang laen sebab saya bimbang’terlanjur’ dengan lelaki seterusnya,,apa yang perlu lakukan?plzzzzzz….sesapa boleh tolong nasihat..tanks….
about 3 years ago
b d way,,ikutkan hati saya mmg xdapat maafkan dia,,tp dia orang pertama yg ‘bertanggunjwb’ terhadap saya,tapi..even da putus hbgn dengan dia,tapi kami ttp rapat seperti dulu,walopon jarang berhubung,,apa yang memisahkan kami hanya kehadiran orang ketiga,,,tapi sy dpt rasakn ikatah hati antara kami masih wujud…xtau la..utk pengthuan sume,saya dah 3taon bersamanya..plz..help me,,=(
about 3 years ago
relevannya bila sebut solat istikharah tatkala mencari jodoh. tapi kalau boleh buat hari2 sebab dalm kehidupan byk je perkara nak dipertimbangkan..dalam kerja,dalam keluarga, dalam study n dlm lain2. pahala dapat, petunjuk dgn gerakan hati oleh Allah pun dapat.wallahualam
about 3 years ago
n teringt lagi pesanan nenda nk isitkharah kasi clear dulu dgn solat taubat..macam ilmu yang dari cahaya takkan masuk dalam hati yang kotor mcm petunjuk dari Allah, kalau hati kita masih belum clear bimbang terhijab dari petunjuk..nauzubillah..moga Allah pelihara kita. amin
about 3 years ago
just nak minta pendapat semua apa yg perlu sy buat. Setelah mengalami kekecewaan yg amat teruk dgn ex beberapa bln bulan lepas,mmg saya sentiasa berdoa dan membuat solat hajat agar ditemukan dgn lelaki yg dpt membimbing ke jln yg diredhai Allah. Sy juga ada berniat tentang perkara2 lain sekiranya Allah izinkan.Dan alhamdulillah, baru-baru ni sy bertemu dgn somebody melalui MJ dan bila disiasat, dia adalah kwn saya masa zaman sekolah dulu yg mmg lama tak bertemu.Mcm ajaib pulak dlm MJ ni terjumpa ex-classmate & ada bbrapa insiden lain yg terjadi. Sejak bertemu kembali, setiap hari sy solat istikarah dan hati sy semakin utuh utk menyintainya, padahal mmg takde tanda melalui mimpi.Sbb tulah, hanya dlm masa singkat shj dia melamar,sy pun menerimanya.Dan dia juga sentiasa buat solat istikharah.Pd awlnya, mmg dia bgitu mnyayangi sy. Wlau macmanapun, semenjak akhir2 ni, dia sering menjauhkan diri dari sy.Slh satu reason yg dia ckp,dia tk dpt petunjuk mimpi lg. Sedangkan sehingga kini, saya juga sentiasa buat solat istikharah, tapi hati sy smkin bertamb utuh menyintainya dan pada saya, tiada halangan dlm hbngan kami, tambah pula dgn dpt restu mak ayah saya. Saya juga sentiasa solat hjt agar hbngn kami sampai kejinjang pelamin dan hingga ke akhir hyt. Persoalannya skrng, sy buntu dgn sikapnya skrng yg menjauhkan diri & hati sy pula smkin sayang pd dia, padahal kami sama2 buat solat istikharah. Dan sejak mengenalinya, sy rasa sy dah mula berubah dlm bbrpa perkara yg positif, especially tntang keimanan keinsafan. Sy mmg amat mmerlukan dia utk mmbimbing saya. Drpd citer sy td, petunjuk mana blh sy ikuti? Adakah ianya petunjuk Allah atau gerakan hati atau apa sbnarnya?
about 3 years ago
Salam rosza,
Ada orang bercinta, kemudian putus. Kemudian si wanita tu bertunang dengan orang lain. Kemudian putus tunang. Kemudian berkahwin dengan lelaki pertama tadi.
Ada sorang makcik dan pakcik tu. Suatu ketika dahulu pernah dijodohkan oleh orang kampung (mereka tinggal sekampung), tapi masing-masing tak nak. Sebab si lelaki kata, si pompuan kekurangan itu ini. Si perempuan pulak kata, si lelaki macam itu macam ini. Akhirnya mereka membujang sampailah sekarang, si lelaki tu dah 7 tahun pencen dan si perempuan tu lagi 2 tahun nak pencen. Ni dengaq kata depa nak kahwin ..
Apa yang anda perlukan sekarng adalah memberi sedikit ruang untuk diri masing-masing. Si dia mungkin perlukan sedikit masa untuk berfikir, begitu juga dengan anda.
Dont worry, kalau jodoh, memang tidak akan ke mana.
about 3 years ago
Pepatah ada mengatakan… tak akan Lari gunung di kejar…
Hilang kabus nampaklah ia….
Cuma kita kena ubah cara keterampilan diri…
berubah dari yg baik kpd yg lebih baik……….
Ingatlah.. hanya maha pencipta, yg mengetahui segala2nya…
Berdoa adalah jalan terbaik untuk di permudahkan perjalanan hidup kita…
Jangan percaya dgn cakap2 Bomoh, pawang dan tok nujum dan bertanya sesuatu yg ghaib lalu percaya dgn kata2 mereka maka tidak di terima solatnya selama 40 hari…. (Hr Muslim)
Merawat hanya dengan Quran dan Sunnah maka ia dibenarkan.. dinamakan ToKMaU….
about 3 years ago
Tima kasih Bro Omarm atas nasihat..
Tp kan bro,setengah org suka pi menegok2 kat bomoh2,adakalanya ibubapa sendiri pun ada segelintir suka pi menegok2 nak tngk samada bakal si suami tue sesuai ke or tidak..kekdang bila anak sendiri membantah kata2 ibubapa suka sangat mempercayai bomoh2,adakah depa yg menentukan perjalanan hidup kita??klu asyik dok pi menengok itu tak kena ini tak kena sampai bila pun tak kawen,wat tekanan jerk ada..
about 3 years ago
Aikk bolehlaa pulak post..Owh tak boleh pakai nick palsu laa..
kantoii!
about 3 years ago
Salam…
Setuju dengan apa Omarm kata..jangan percaya cakap bomoh, pawang tok nujum..mana mungkin manusia biasa tahu perkara yang bukan dilihat dengan matanya sendiri..kita yang menghadapi masalah itu pun tak tahu..inikan pula bomoh yang entah2 tak pernah jmp dengan kita atau orang yang kita tanyakan..pastinya ada PERANTARA…jadi kalau menghadapi masalah mintalah pertolongan dari Allah..Mungkin akan ada yang berkata; mmglah minta dengan Allah, bukannya dengan bomoh..tapi sebenarnya dengan berbuat demikian kita mengharapkan bomoh itu memberi atau mebantu menyelesaikan masalah kita..bukankah sepatutnya kita BERDOA dan BERHARAP pada Allah..?
Ini cuma pandangan saya yang cetek sangat ilmunya..yang masih mencari..sekiranya salah atau silap harap ada yang sudi perbetulkan..
about 3 years ago
Salam..
Rosza..sekadar ingin berkongsi pengalaman..
Saya pun macam Rosza juga dulu..solat hajat..dah jumpa saya solat istikarah..ada yang saya pernah mimpi..ada yang tak..tapi saya lebih percaya pada gerak hati..sbb mimpi ni kadang2 kita tak pasti mainan syaitan ke apa..dengan ex saya solat istikharah tapi tak mimpi..cuma gerak hati tu kuat..saya rasa makin dekat dengannya..dan saya tak nampak sebarang perkara yang boleh dijadikan halangan..kami berkahwin..jodoh kami bersama mmg ada tapi jodoh tak panjang..saya percaya masing2 dah cuba usaha yang terbaik..tapi tak berjaya..nak berpisah pun saya masih solat hajat, istikharah..sekarang saya tak menyesal dengan apa yang terjadi..saya dah usaha..saya percaya ini semua dugaan Allah buat saya..
Bagus tu solat2 yg Rosza dah buat tu..Insyaalah Rosza..kalau ada jodoh takan ke mana..kalau tak jadi tu, dia bukanlah jodoh Rosza..tabahkan hati dan pohonlah kepadaNYa..
about 3 years ago
Assalamua’laikum,
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua, saya hargai sgt pendapat kawan-kawan semua kerana ianya memberikan kekuatan kepada diri saya. Alhamdulillah, hari ini,si dia kembali ke pangkuan saya untuk meneruskan hubungan kami. Doakan kami agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin dan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekian.Wassalam. Selamat Berpuasa.
about 3 years ago
Assalamualaikum..
sebelum sye mengenali bekas tunang, sye buat puasa 10hari berturut2, berserta solat taubat,tahajud, hajat & istikharah…mmg dpt petunjuk tapi akhirnya kami putus tunang selepas 3 bulan. belas tunang masih lagi suami orang, mmglar pada mulanya sye tahu tapi bekas tunang yg bersungguh2 utk memperisterikan sye. mmg tiada jodoh antara kami tapi duit hantaran penuh masih dgn sye dan belia telah menghalalkan..sedih mmg lar sebab da sayang…skrng hanya berdoa pada Allah swt semoga dipertemukan jodoh yg lain ..insyaallah…amin
about 3 years ago
Assalamualaikum wbt
1st time masuk ruangan ni w/p dah agak lama join myJ..Mengambil keberkatan Ramadhan yg mulia ni,sama2lah kita berdoa semoga kita semua diberikan petunjuk_Nya dan dipermudahkan jodoh yang baik..aaminn..
about 3 years ago
nak cuba lah.. insyallah
about 3 years ago
salam…kwn2…Allah menguji sy…sy harap kwn2 dpt membantu saya…ceritanya bermula apabila sy bkwn rapat dgn lelaki bernama Z yang merupakan ofismate sy…Z mempunyai kisah cinta sebelum ini dgn N ynag bekerja ditempat yg sama…Z dan N tidak dpt meneruskan perhubungan disebabkn tidak mendapat restu daripada keluarga Z…tetapi mereka tetap mjdi kwn baik..segala maslh dikongsi bersama..susah dan senang…sy muncul dalam hidup Z slepas 6 tahun mereka bekwan baik..dari sehari ke sehari sy dan Z semakin rapat dan akhirnya kami merancang unutk bertunang stlh mendapat restu keluarga…hubungan kami todak diketahui oleh rakan2 kami dipejabat termasuk N. Stlh stahun kami rapat, akhrnya N dpaat mengagak hubungan kami…Z menjadi serba salah…saya juga keliru…akhirnya Z mengakui dia sdg ‘bkwn’ dgn sy…
Kwn2…sy menjadi serba salh sekarang…sy seolah2 menjadi perampas..tp menurut Z sy bukan peramppas sbb cinta dia dgn N tidak mendapat restu kkeluarga…Z kawan sy…N pn kawan sy…Z pn mengakui terlalu sukar utuk dia btrus terang dgn N tentang hubungan kami…kerana dia teralu kesiankan N..yang sudah telalu rapat dgnnya..
Z memerlukan masa unutk semua ini…Z mahu cinta kami bersatu cuma dia memerlukan masa unutkn semua ini…apa yang patut sy lakukan skrang…sy takut jika sy teruskan cinta kmi sedangkan Z masih tidak dapat melupakan N ynag memang suadah lama hadir dlam hidupnya….bantu lah sy kawan2..sy btul2 buntu skarng…andainya antara kami tersurat tiada jodh…sungguh brat sy rasakan ujian ini kerana Z adalah cinta pertama sy…………
about 3 years ago
baru² ni ade termimpi die.tapi ade 3 org yg x dikenali.& slps itu baru lah die kuar.tp diam je.kenape ye ? isshh, mimpi mainan tidur.. sungguh tak faham sangat.. mengganggu fikiran jugak.padahal ape la sangat dengan perkara yg macam itu kan…
about 3 years ago
Salam,
udah dekat setahun berlalu,lepas bc kisah cinta purple dgn van.omarm dgn jiha..ape kesudahannya?ehhehe…tertarik sgoh membacanya.dgn org tgh bagai..meriah sgoh terasa,mcm bersgoh plak rs nak kenduri kawen.dh kawen ke blom?
terhibor sgoh hati membacanyer..ehhehe..alangkah meriah rase.siap leh terbayangla suasana segalanya.dgn pantun,daun pisang,kaki gajah segala bagai…
about 3 years ago
Jodoh tak kesampaian, yg sorang memilih ke Setiu dan yg satu pulak lari ke Lombok???? pe nak wat nasib pakwe malang?????????
about 3 years ago
Ehh namaku disebut2 JaJa erk.. :megreen: hihihihi
Hurmm tak dak jodohlaa katakan..Gosip2 jea aihh..
Utk pengetahuan JaJa..Bro Omarm nie takkan hang tak tau kot JaJa oiitt..
Nie mai nk habaq sat..Dia tue(Omarm) bila org bg lampu hijau dia pi letak lampu merah!!apa pulak daa..
Pastu dia merengut anak dara semua cabut lari bila tngk dia..walhal dia sendiri jual mahal pi letak lampu merah!!cam ner laa boleh jalan asyik2 lampu merah!!ermm anak dara org manalaa tak menangis tanpa berlagu..!
ekekeke
about 3 years ago
Ramai orang sudah bersungut
Pergi mengadu dengan Phua Chukang
Pabila orang sudah merungut
Anta lari lintang-pukang..!
Rupapun ada.., nahu berjela
Ilmu meliputi penjuru alam
Purple menyudi dengan rela
Labuhkan cinta tutupi malam.
Letak harga jual mahai
Jangan gunakan warna saga
Bentuklah hidup dengan damai
Sukakah Omarm nak berlaga…?
Tengah hari menampi padi
Berehat sebentar di dalam gua
Dengan teman dia tak menjadi
Bersama Omarm layar terkembang jua..
Orangnya cantik kulitnya halus
Senyuman manis belesung pipit
Buat ikatan secara telus
Halal sudah berdaging kepit…!
Lebah hutan membuat sarang
Bentuknya cantik kelihatan berdagu
Jangan ditunda harapan orang
Tidaklah dia menangis tak berlagu..
about 3 years ago
amboi abg van, berpantun lak dia..mcm mana usaha pikat u nge purple dah jadi lom?? i dah slmat dah kawin. rugi u x kawin, dpt byk pahala. kawin la sementara masih hidup ni,semasa masih bernafas ni kerana kawin tu sunnah nabi, nabi suka melihat umatnye ramai.abg omarm bila lagi, asyik bersyarah je kat myj ni..
about 3 years ago
Hai Van Ckulop..lama tak bercouple kat sini..
ehehehe..
Pandainya bersajak..romantik nmpk..
about 3 years ago
Jiha..
Apa khabar?dah berbadan dua ke belum??
Bro Omarm tue lagu tuelaa jgak..sana sini bersyarah jea..tp bila pempuan nk dekat ngan dia,dia lari..cam ner tue??
Alasannya dia takut kat perempuan sb bnyk perempuan letak syarat2nya..
about 3 years ago
Dari sg Siput ke Perlop
Bersama purple beselendang sutra
Wahai sahabtku Van Ckulop
Purple dh berkenan apa lagi di tunggu.
Sesal dan kesal..engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi
Jangan di tunggu lama-lama
Nanti lama-lama di diambil orang
Nanti kau juga mengiggit Jari
Hari2 resah hari2 makan ikan duri?
Jiha pulak teringin nak makan Asam kelubi
Itu di katakan pembawa budak
Jangan di risau diri ku ini,
Udah tua tiada sapa yg hendak?
about 3 years ago
Bro Omarm jgnlah cakap mcm tue..Ada jodoh Bro tak kemana..tp Bro sendiri kena berusaha,bukan takat bersyarah jea n tunggu bulan jatuh ke riba..Mana bulih mcm tue bro..
Klu bro takut n tak yakin sngt,sekurang2nya bro kena cuba dan berusaha,dan kena berani berdepan bro..kuatkan semangat diri..Ramai yg tua2 pun masih berkahwin jugak..