.. mencari si dia yang soleh ..
Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 9, 2007 at 12:19 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
Nak yg ada batu permata bukan kaco
about 1 year ago
Nak tunggu nor datang meminang…bior kematu tak pe laa..asal original lagie…
about 1 year ago
salam..
rasa pedih sedih bila melihat org disekeliling…rakan2 semuanya dah berkeluarga..ttp bg diri aku..arrrgh..
pengajaran dr putus pertunangan disebabkan kecurangan dia…aku jd serbah salah…
about 1 year ago
Kebanyakan ppuan tunggu dipinang, tp bila ada yg nk masuk meminang, ditolak pula.. (nk tunggu yg lebih baik)
Pada pendapat aku, jodoh itu soal pilihan manusia.. selagi manusia itu memilih, selagi dia xboleh nk tolerate dgn kekurangan calon pasangannya..
SELAGI itu la dia xkan kawen.. setuju atau x?
about 1 year ago
sy x setuju dgn pdpt dr hasan..
x slh kn se-sorang pompuan tu memilih.. memilih x semestinya kite pilih yg kaya, handsome dan bkerjaya.. tetapi kite sekurang-kurangnya harus memilih yg serasi buat kite dr segi iman n ilmunya…
jgn kan kmi blm bkwn di usia lewat 20-an, kmi hrus menerima lamaran yg dtg tanpa sbrg selidik..
allah x jdkn pkhwinan tu sbg paksaan… sbg seorang wanita kmi ada hak utk memilih yg t’baik… andai hdup sendiri lbh bhagia mungkin itu adalah yg tbaik drt-Nya
about 1 year ago
erm, jodoh adalah satu hal yg smpai skg aku tak phm…makin difikir makin aku rasa down sesangat…aku sllu menjadi mangsa keadaan dan bukannya terlalu memilih tp bila aku cb menerima ssorang lastnya aku yg akan terlukaaaa…smpai skg aku terfikir dimana hikmat dsebalik yg berlaku…….aku msh sendiri hingga saat ini sedangkan insan2 yg lukakan hati aku trus meniti hari penuh bermakna……..inikah dkatakan hikmah utk trus sendiriiiii meniti hari2 tua….ya Allah jika ini yg terbaik mk engkau kuatlah aku dlm meniti hari2 mendatang……..apa yg aku bleh kata hnya insan senasib ja merasa dan faham apa yg sedang aku lalui saat ini……..mg aku dberi rahmat oleh Allah utk lalui saat gembira dan penuh makna seperti org lain……..aminnnnnnnnnn