.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran

June 28th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia

Apabila seorang Datuk Bendahara berkata kepada sultan, “patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kapasiti untuk memeriksa sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “aku tak tahulah!”

Listening-EarJika seorang ayah berkata kepada satu rombongan peminangan, “anak saya baru saja habis belajar, belum pun dapat kerja lagi,” ia bukan bermaksud beliau menyuruh rombongan itu datang semula selepas anaknya mendapat pekerjaan. Ia secara tersirat bermaksud, “aku rasa anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau.”

Dua orang insan dari myJodoh yang bertemu dan berbual panjang untuk kali pertama sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi. Ketika salah seorang berkata, “saya masuk myJodoh ini bukan untuk cari jodoh pun, tetapi untuk menambah kenalan,” ia tidak memberi maksud beliau tidak berniat untuk berkahwin atau main-main menyertai myJodoh. Ia secara tersirat bermaksud, “aku memang nak kahwin, tetapi bukan dengan engkau, engkau ok untuk dijadikan seorang kawan sahaja.”

Ini adalah bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain. Masalah sering timbul apabila mesej yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik, lalu disalah anggap.

Jika mesej tidak diterima dengan betul, sultan tadi mungkin berkata, “kalau kurang periksa, pergilah periksa sampai habis.”

Jika mesej tidak diterima dengan betul, pihak rombongan meminang tadi mungkin berkata, “bertunanglah dahulu, nanti dah dapat kerja, kahwinlah.”

Jika mesej tidak diterima dengan betul, salah seorang pasangan yang bertemu tadi mungkin berkata, “ceh! dia ni tak serius, jahat, buat apa orang macam ni dalam myJodoh? Main-main saja! Kenapa dalam myJodoh banyak orang macam ni?”

Bahasa-bahasa tersirat ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!

Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).”

Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah anda berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.

Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera. Di internet, anda boleh bertanya masalah tafsir dengan warga Al-Ahkam (www.al-ahkam.net) atau dengan Dr Danial Zainal Abidin (www.formulacemerlang.com)

Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, anda sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya. [1]

Wallahu’alam.

Selamat mengkaji dan merenung!

Nota kaki
———
[1] “The Evolution & Development of `Ulum al-Qur’an”, http://www.islamonline.net/english/Quran/2004/07/article19.shtml

Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

41 Responses

  • Fallen Angel says:

    Salam Tuan WM,
    Selalu gunakan bahasa tersirat ni, tapi ramai yg salah faham… Saya pun kekdg susah juga nak faham org guna bahasa tersirat ni sbb saya lebih suka org guna bahasa ‘direct’, lebih memudahkan walaupun menyakitkan pada permulaannya… tapi itulah adat manusia, nanti kalau terkecil hati susah pula, berdendam la, bergaduh la, memcm lagi la… risau gak.. jadinya terpaksa gunakan bahasa yg mudah difahami secara beralas tapi biarlah dgn cara yg betul supaya takde la terasa hati… manusia mana pernah puas hati walaupun kita dah cuba sebaik mungkin… kang klu nak puas kan hati mereka, hati kita bagaimana? kita pun nak rasa senang & bahagia… apa pun, jgn sekali-kali ada niat utk memutuskan ikatan silaturrahim sesama umat… biarlah kita nak berpisah tu dgn niat kerana Allah jika itulah yg terbaik utk kedua-dua pihak. Nak memulakan pun bukan perkara mudah inikan pula nak berpisah…? Skrg ni dgn pelbagai bahan media sebagai contoh SMS dan email, manusia sepatutnya sudah faham akan penggunaan bahasa tersirat ni… tapi disebabkan rasa sakit hati yg melebihi had, maka terjadilah salah faham yg boleh memutuskan tali persaudaraan… Apa pun, klu di REJECT oleh org, sepatutnya kita muhasabah diri kita apa yg tak kena… cuba pelajari mencerminkan diri sendiri… mengapa? kenapa? kita tidak boleh di terima… bukan menyalahkan org lain… belajar REJECTION dr org lain dan bersedia utk di REJECT anytime! klu dah bersedia, takde la rasa kecil hati sgt… apa pun LIFE MUST GO ON… :)

  • azrul.alwi says:

    Fallen Angle,

    You are right, what ever happens, life goes on. Hidup ini hanya untuk beramal. Hidup yang satu lagi baru kita enjoy.

  • samarluki says:

    eh … macam kenal saja == nak mula berkenalan

  • tun teja says:

    betul tu, ayat reject byk org tak paham
    contoh baru2 ni, ada user msg sy..sy x reply
    kerna terus terang saya katakan..beliau tidak menepati
    pasangan yg sy cari.
    die terus msg 3-4kali..mungkin kerna tidak dilayan
    die msg..mengutuk gambar saya pula.
    dlm dunia ni..mcm mcm jenis org.

  • Fallen Angel says:

    Salam En. Samarluki…
    Thanks but NO thanks. :)
    Like I used to say, Life Must Go on…..

  • Muhammad says:

    Salam Cik Fallen Angel,

    Saya nak minta izin nak kenal. Mcmana saya nak tau yg mana satu profile
    Cik Angel? Cik Angel juga boleh baca profile saya, sekiranya tak comfortable,
    lupakan saja permintaan saya.

  • Fallen Angel says:

    Salam kembali utk En. Muhammad… :)
    Saya izinkan, boleh email saya di
    Tolong beritahu saya di mana anda kenal saya supaya saya tidak salah faham. Terima kasih. 😉

    Ps: Nak kenal kerana Allah apa salahnya. No harm done.

  • sweet says:

    Pendapat saya..ada sesetengah dari kita marah bila orang ‘reject’ kita tapi kita tak sedar kadang2 kita juga ‘reject’ orang lain kerana sebab-sebab tertentu.Hanya orang yang berjodoh sahaja tiada alasan untuk ‘reject’ diri masing2 walaupun pada dasarnya tidaklah begitu banyak kelebihan spt paras rupa dan sebagainya tetapi mereka berpendapat pasangan mereka adalah yang terbaik pada ketika itu..atau ada juga yang berkata..ntahlah kenapa hati ini terbuka nak menerima..kerana kesungguhan..dll..

    Apalah rasionalnya mengharap pada orang yang tidak sudi dengan harapan untuk menghabiskan seumur hidup dengannya dan ingin bahagia..

    Ada pendapat mengatakan di dalam setiap perhubungan jika tidak berjaya tamatkanlah dengan baik dan saling memaafi supaya tiada hati yang akan dilukai atau berdendam.Hati akan lebih terbuka apabila memulakan perhubungan dengan yang baru.Jika tidak kita akan sentiasa menyalahkan orang terdahulu atas sebab-sebab perhubungan tidak kesampaian.

    Kenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri..apabila kita benar2 jujur dengan diri sendiri..kita akan tahu siapa yang sesuai untuk kita..

    Ada pendapat lain juga mengatakan..jagalah pemakanan. Jangan ambil yang haram atau ‘syubahat’ kerana akan menghitamkan hati.Hati yang baik akan menjadi penasihat untuk diri kita..gerak hati yang baik datang dari Allah..

    Alangkah baiknya jika kita termasuk di dalam golongan yang berfikir..

  • Muhammad says:

    Salam Fallen Angel,

    I thank you for approving my interest. Apa maksud anda ‘salah faham’? Saya sebenarnya tak berpeluang sgt masuk ke sini, mungkin faktor waktu. Jadi setahu saya, saya kenal anda di sini la (kenal nama je), bukan di tmpt lain. I hope you notice that your e-mail address written up there did not appear, it is possibly the webmaster’s policy.

  • Fallen Angel says:

    I assume maybe we are not destiny to know each other then…
    May u find other better woman out there…. aminnn…. :)
    Have a nice day Mr. Muhammad… (My father’s name… 😉 )

  • Muhammad says:

    Salam En. Azrul Alwi,

    Saya berhasrat untuk mengenali/menghubungi Cik Fallen Angel, tetapi saya tak tahu username beliau. Memandangkan usaha dia memberi saya e-mail address tidak di benarkan disini, boleh saya minta anda tolong hantarkan ke e-mail saya, username/user ID untuk Cik Fallen Angel, lokasi dan umur beliau bagi memudahkan saya mencari profile Cik Fallen Angel. Pls advise. Thank you.

  • azrul.alwi says:

    Salam Muhammad,

    Saya pun tak kenal siapa cik Fallen Angel ini di myJodoh. Salah seorang daripada anda kena exposekan ID myJodoh anda di sini.

  • Fallen Angel says:

    Salam Tuan WM & En. Muhammad….
    Malu sungguh saya dibuatnye… merah dah muka ni menahan perasaan ni… hehe… ada pula org yg sudi nak kenal saya yg byk kelemahan dan tidak sempurna ni ye.. ingatkan dah tak ada… hrrmm.. :)

    Tuan WM,
    Tak boleh kah saya berikan alamat email saya? Segan pula saya nak exposekan ID myJodoh saya di sini… 😉 takpun apa kata En. Muhammad shj yg reveal ID myJodoh anda? nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Saya rasa mesti ramai yg nak kenali anda selepas ini. 😉

    Boleh ke Tuan WM… :)

  • Muhammad says:

    Salam,

    Nampaknya banyak cabaran nak mengenali wanita yg baik2. Cik Angel, saya fikir anda tak perlu berikan ID di sini. Saya juga secara peribadi rasa keberatan utk memberi ID. Saya rasa ada baiknya anda cuba berikan sedikit detail atau clue yg merujuk kpd ID anda dan saya akan cuba mencarinya, seperti umur, asal, lokasi dan/atau jenis kerja.

    Saya harap anda tidak salah faham, saya selesa tak berikan ID di sini seperti anda kerana ada sebab sendiri, bukan kerana saya tak nak di kenali kerana pernah buat kejahatan di sini. Terima kasih.

  • Fallen Angel says:

    Maaf la En. Muhammad…. saya takkan berikan apa2 CLUE pun buat saudara, harap maaf! :)
    Sekurang-kurangnya kita dah berusaha apa yg terdaya…. May Allah bless u, aminnnn…. 😉

  • otai says:

    tak dapek den nak nolong..huhuhuhu

  • Fallen Angel says:

    Otai, ko nak tolong pun buleh gakkk… siapa kato tak dapek nak nolong?? hihi….
    Allah yg tentukan laarrr…. :)

  • otai says:

    mmg laaa allah yg menentukannya tapi jika saudari menutup ruang kearah itu bagaimana ia mampu menolong kearah sebuah perhubungan,,
    jual mahal laakkk plak….cian bro muhammad.huhuhu
    takpelah bro jika jodoh tak kemana …

  • kelapa tajam says:

    lantak dia la….

  • AbgAL says:

    Tu laa pompuan ni….. bila ade yang serius, dia buat ‘hal’ lak, kejap nak, kejap tak nak….. Ni yang buat si saudara tu, panas je.

    Amacam, hantar rombongan meminang je la terus, senang. Bercinta selepas kahwin cam orng dulu-dulu. Beranak cucu cicit pulak tu.

    Nak Cari? No problem…… Setakat dlm M’sia ni masih boleh cari lg…. Klau pendatang je yg x leh nak cari sebab rumah kongsi tak de alamat daa…. Anyway cuba gi kat Jab. Perdana Menteri, Putrajaya.

  • Fallen Angel says:

    Salam semua…
    Eh eh… korang ni pula yg lebih-lebih, saudara kita Muhammad takder pun lelebih tau…!
    Abg. AL, JPM, Putrajaya tu tempat saya kerja.. rumah parents saya kat Melaka… (clue) ni! hehe… lagi, saya wanita bujang normal… tak terlalu cantik, tak pula terlalu hodoh, sederhana jeeeeee…. 😀
    Pastukan… saya sukaaaaaaaa kucing! 😉

  • Saya says:

    A’kum En.Muhammad,

    Hint yang orang kat atas ni beri ada benarnya..
    kalau dalam mj…kalau tak silaplaa…ada 7 huruf..ada huruf m..ada huruf d..
    nampak memang aktif beri komen..rasa dia ni memang baik kot..
    seronok pulak tengok orang nak kenal ni..he he

  • otai says:

    misss dot2 huhuhuhu

  • kelapa tajam says:

    ala fallen kalau dah bagi clue pun tak nak usaha juga jangan layanlah….ni jenis lelaki malas….

  • ala kassem says:

    cik pallen angel… aku pelik gak bro mamat tu tak sibuk2 pulak cam org laien… dia sedar ke tak worang2 sini sudah kasik klue tu… dia nak ke tak nak kat kau?? ke dia dah lame tak masuk sini.. kala dia tak nak, aku ada ni… available dan single jugak…. kau kenal dgn aku pun bole kala bro mamat lambat lagi masuk… worang2 lain yg kat sini tu plak cam kenal2 je dgn kau pallen angel, abih seme tau je maqlumat diri kau angel… aku pon bekenan gak ngan kau tu.. ala2 baik gitu.. nak tak? aku iklas gak… dekat tak jauh…..miss dot dot… malakka mari yeahaaaa!!

  • kelapa tajam says:

    en.ala kasim jangan ckp aje….kalau dah bekenan tunjukkan ID anda……

  • otai says:

    yelah alaa kasim tunjukkan laa kejantanan tu….tanpa kemachoan apa yg dihajati tak akan tercapai..sapa cepat dia laaah dpt..zaman ni klu slow2 kayuh payah laaaa,,

  • Fallen Angel says:

    Salammmm… (tergelak saya baca komen si ala kassem ni haaa!)
    Kassem oohhh kassem… tak dapek den nak nolong eeehhh…! akekeke…! 😀

  • Syahrul.Ramadhan says:

    ass.ww.
    salam..Ya rohman Ya Rohiim,
    Dalam keterpurukan hutang,mencoba untuk iktiar
    di bulan yang barokah,saya yang fakir ini mohon maaf,
    wassalam

  • nurkasih says:

    salam….smue…klaka la korang ni….hehheheh

  • nurkasih says:

    lmbat lak sy ek…br bace…huhuhuuh

  • Pingback: Injunksi untuk tangguh pilihan raya kecil Bagan Pinang? « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  • Leanmaria says:

    salam alaik aidhan..
    Renung2kan dan salam perkenalan shbt2 d cnie smua..

    “PERSAHABATAN APABILA DIKEMIDI DENGAN ISLAM,
    DILAYARI DENGAN KASIH SAYANG,
    BERSAUHKAN KESABARAN,
    INSYAALLAH TAKKAN HILANG ARAH TUJUAN ANDIA MUATNYA
    ADALAH IMAN..” =)

  • mis_atom says:

    contoh,
    ‘aku cinta padamu’ walhal lelaki itu nampak luaran jujur dengan kita tetapi dalaman hanya memainkan perasaan kita..

    ‘aku tak cinta padamu’ walhal lelaki itu luaran nampak tak bersungguh dengan kita, tapi dalaman menjerit ‘aku syok gila kat hang!’…

    Ape kesss lelaki zaman sekarang??

  • kalis^cinta says:

    erm..aku kena blaja bab nih sbb aku kalo ckp mmg ‘direct’ jer..berlapik2 nih x paham lar.isk
    baguz tul tajuk artikel nih.tq3x

  • rizal says:

    td aq d tembak ma pcrq ht q sngt senang hahahahahahahah

  • Pingback: Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran « HiDuP SeDeRHaNa

  • gadis cilik says:

    asslm< ada sesiapa nak kongsi tntang sunnah…..

  • Pingback: Kenapa Masih Belum Berumahtangga ? | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran | myJodoh WebBlog



Leave a Reply