Category: Panduan Mencari Jodoh

10 Cara Menjadi Orang Yang Mudah Disukai dan Mempunyai Lebih Ramai Kenalan

Ramai orang beranggapan bahawa individu yang mempunyai ramai kawan atau mudah berkenalan dengan orang baharu memiliki rupa yang menarik, personaliti yang luar biasa atau kemahiran komunikasi yang hebat. Hakikatnya, kebanyakan orang yang mudah disenangi mempunyai satu persamaan yang lebih penting: mereka membuat orang lain berasa selesa, dihargai dan dihormati. Prinsip-prinsip ini bukanlah teknik manipulasi atau […]

Read More →

Kenapa Ramai Orang Baik Masih Single?

Jika anda masih single pada usia 30-an atau 40-an, anda mungkin pernah mendengar pelbagai andaian daripada orang sekeliling. “Ada yang tak kena kot?” “Terlalu memilih?” “Tak serius mencari pasangan?” Hakikatnya, ramai orang yang baik, bertanggungjawab dan bersedia untuk berkahwin masih belum bertemu jodoh mereka. Bukan kerana mereka tidak laku atau tidak layak menjadi pasangan hidup. […]

Read More →

Doa Pendekat Jodoh & Doa Putus Cinta

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT

Berikut adalah beberapa pendekatan ikhtiar yang sering dirujuk, terutamanya berdasarkan karya Al-Marhum Dato’ Dr. Haron Din melalui buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat Dan Doa-doa Mustajab”: DOA PENDEKAT JODOH Satu ikhtiar untuk mendoakan seseorang yang belum mendapat jodoh, kombinasi doa-doa berikut boleh dibaca: اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا (sebut nama orang yang inginkan jodoh) مَحْمُوَّةً فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ […]

Read More →

8 Rahsia Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

8 Rahsia Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Ramai orang menyangka lelaki hanya tertarik kepada rupa paras semata-mata. Hakikatnya, apabila seorang lelaki benar-benar serius mencari pasangan hidup, perkara yang paling memberi kesan biasanya ialah sikap, layanan dan keperibadian seorang wanita. Kecantikan mungkin menarik perhatian pada awalnya, tetapi akhlak dan cara seseorang membawa dirinya itulah yang membuatkan hati seseorang bertahan lebih lama. Ramai lelaki […]

Read More →

Kenapa Tiba-Tiba Rasa Tak Nak Kahwin Di Saat-Saat Akhir?

sembang

Beberapa tahun lalu, saya pernah duduk minum bersama beberapa orang sahabat. Salah seorang daripada mereka bakal berkahwin tidak sampai dua minggu lagi. Sedang kami berbual, dia tiba-tiba bertanya: “Hang rasa normal ka kalau lagi 10 hari nak kahwin… tiba-tiba rasa macam tak nak kahwin?” Saya terus ketawa kecil lalu menjawab spontan: “Normal.” Seorang lagi sahabat […]

Read More →

Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

Secara amnya, kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis merupakan lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung sepenuhnya kepada bekalan darah daripada lapisan dermis. Di dalam lapisan dermis, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan minyak (lemak) secara berterusan. Menurut saintis, tujuan penghasilan minyak ini […]

Read More →

Tips Ramai Kenalan – Bergurau Sekali-Sekala

Pada suatu hari, saya terpaksa membawa anak kecil saya yang baru berusia dua tahun ke sebuah bengkel kereta. Kereta yang kami naiki tiba-tiba mengalami masalah ketika sedang berjalan-jalan, lalu kami singgah untuk membaikinya. Sebaik tiba di bengkel, beberapa mekanik mula memeriksa kereta tersebut. Anak saya pula berdiri memerhati dengan penuh minat segala yang dilakukan oleh […]

Read More →

Penawar Hati Ketika Putus Cinta

Penawar Hati Ketika Putus Cinta

Seseorang yang mengalami putus cinta selalunya akan melalui tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung mengenangkan kenangan lama, ada yang menangis sendirian pada waktu malam, dan ada juga yang cuba kelihatan kuat walaupun hatinya sedang hancur. Perpisahan bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak harapan dan perasaan telah disandarkan kepada seseorang. […]

Read More →

Si Dia Tak Pandai Mengaji

Jika Si Dia Tak Pandai Mengaji

Dalam ruangan kaunseling Dang Setia di akhbar Metro Ahad bertarikh 5 Ogos 2007, seorang guru wanita berusia 25 tahun meluahkan kebimbangannya tentang bakal suaminya yang tidak pandai membaca Al-Quran dengan lancar. Menurut wanita tersebut, beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitikberatkan agama. Bakal suaminya pula mempunyai latar belakang pendidikan agama yang lebih rendah daripadanya. Walaupun […]

Read More →

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

Ketika seseorang masih bersendirian, kemudian hadir seorang insan yang berjaya mengisi kekosongan hati, perasaan cinta pasti mula berkembang. Lebih-lebih lagi apabila si dia seorang yang penyayang, memahami, matang dan mampu memberikan rasa tenang dalam kehidupan. Lalu timbul harapan bahawa dialah calon pasangan hidup yang paling sesuai. Namun, tidak semua kisah cinta berjalan seperti yang diimpikan. […]

Read More →