Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Noto kaki :
———-
[1] http://hadith.al-islam.com ; Sunan Tirmizi : 3305
[2] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Bukhari : 7008
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Bukhari : 5926

Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Teknik Betul Memohon Doa Daripada Al-Quran
Formula Jutawan Islam

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Senjata umat Islam itu adalah berdoa. Lalu berdoa, berdoa dan berdoalah. Berdoalah agar diluputkan segalan kesedihan, berdoalah agar diberikan kekuatan n ketabahan jiwa.Jgn puuts harap pada Allah.
Wallahu`alam

saya setuju……kerana saya juga masih mencari teman sejati…..bukan teman lelaki tetapi teman untuk sehidup dan semati….insyallah dengan REDHA ILAHI….

Dengan berdoa kita dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan hati kita akan berasa tenang walupun sebesar mana masalah yang melanda.

Tuhan tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya masing2.. Sesungguhnya ketauilah Tuhan itu Maha Adil.. Semoga kita semua dijauhkan daripada mensyirikkan ALLAH S.W.T…

Apabila laut tiba-tiba bergelombang,ombak menghempas dan angin bertiup kencang, nelayan berseru: Oh Tuhan Ya Allah!

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, ia pun berseru: Oh Tuhan Ya Allah!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan silih berganti maka ia pun berseru: Oh Tuhan Ya Allah!

Apabila segala pinu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan mereka pun berseru: Oh Tuhan Ya Allah!

Apabila ikhtiar sudah smpurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus mereka akan berseru Oh Tuhan Ya Allah!

Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda berserulah Oh Tuhan Ya Allah!

Kepada Allah jualah tempat kita tujukan doa-doa, rintihan dan tangisan, deraian air mata…kepadanya kita menadah tangan di hujung malam.. memohon petunjuk dan prtolongan… InsyALLAH sgala kesedihan, keresahan dan kekusutan akan lentur, jiwa akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH…

Azurin23,
Insya’Allah… aminnn… mudah-mudahan…. :)

Wahai sahabat2 tidak semua jodoh itu menepati kemahuan kita tetapi redhalah apa yg telah ditetapkan…ketabahan dan kekuatan iman sumber kejayaan dunia akhirat, pasti ada yg tersirat dan tersurat.

More knowledge utk yg FRUST email

bg yg sdg frust,bersabarla..biarkan rasa kcewa tu menjerut hati,tahan dan terima kekecwaan tuu..mula2 susah sgt nk buat,but bila ditambah ngn zikir,solat,baca quran,benda tu jd senang..ketenangan tu akan muncul dgn sndri..smgat baru akn timbul,perjalanan hidup Allah permudahkan..percayalah..redhalah ngn perasaan kecewa dan sedih yg mlampau tu..berserahlah pdNya..InsyaAllah,dpt ptunjuk..amiin..

alahai…….apa punya topik ni. Dunia ini sungguh tidak bernilai. Tak perlu susah-susah hati.

Salam En. Samarluki…
Biarlah Tuan WM nak bagi topik apa pun, saya tetap mengikuti topik2 bernas dia dan menghargai segala usaha dia utk berkongsi ilmu. :)

Apa maksud En. Samarluki dunia ini sungguh tidak bernilai? would u pls elaborate more detail?? thanks….

Saya bukanlah byk sgt ilmu di dada, boleh juga dikatakan masih tak cukup ilmu dan masih perlu belajar lagi…. ;) Sekadar suka nak berkongsi…

Saya ada terbaca di dlm surat khabar hari ini iaitu Berita Harian muka surat 11 bab keagamaan. Tajuk nya :

KEMISKINAN, MUSIBAH PERLU DIHINDARI - Islam menentang golongan sanjung amalan zuhud, ketepikan kehidupan duniawi…..

Saya ambil beberapa petikan dari dlm nya :

Hadith yg memuji mengenai zuhud (menjauhkan diri daripada kehidupan DUNIA) sama sekali tidak bermaksud memuji kemiskinan bahkan menuntut seseorang untuk memiliki kemewahan dunia dan meletakkan dunia itu dalam genggaman tangannya, bukan di dalam hatinya.

Islam mengganggap kekayaan sebagai anugerah Allah yang menuntut manusia suapaya lebih byk BERSYUKUR. Islam memandang kemiskinan sebagai 1 musibah yg harus dihindari dgn pelbagai cara.

Rasulullah SAW sendiri pernah mengajar kita doa memohon perlindungan Allah daripada kemiskinan dan keburukannya.

Allah menganugerahkan Rasulullah SAW dengan kecukupan dalam kehidupan .

Firman Allah yang bermaksud: “Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu dia mencukupkan (hidupmu).” (Surah al-Dhuha, ayat 8)

Bahkan Allah sudah menyatakan dalam al-Quran bahawa harta dan kenikmatan dunia adalah ganjaran duniawi yang dianugerahkan kepada orang yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah keampunan Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai untukmu.” (Surah Nuh, ayat 10 hingga 12)

Sempena perkara itu, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik harta itu ialah harta yang berada pada tangan orang yang salih.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Banyak hadis Nabi SAW yang memandang kemiskinan sebagai satu malapetaka berbahaya kepada individu dan masyarakat, akidah dan iman, jasmani dan rohani, pemikiran dan kebudayaan serta keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Kemiskinan sememangnya adalah malapetaka berbahaya terhadap akidah terutama apabila golongan miskin papa kedana hidup berdampingan dengan orang kaya yang bersikap aniaya. Juga apabila si miskin adalah seorang pekerja yang rajin dan tekun, manakala si kaya pula penganggur yang hanya tahu duduk saja.

Dalam gambaran di atas, kemiskinan boleh menjadikan seseorang meragui keadilan Tuhan dalam mengatur kehidupan. Seorang penyair menggambarkan keraguan terhadap keadilan membahagikan rezeki kepada manusia dalam sajak berikut:

Berapa ramai para cendekiawan yang mahir berasa susah. Dan berapa ramai pula orang-orang jahil yang menerima anugerah. Inilah yang menjadikan otak-otak kita berfikir dalam kebingungan. Dan inilah yang boleh mengubah seorang cendekiawan menjadi seorang Zindiq!

Jika dalam beberapa kes kemiskinan boleh mengakibatkan seseorang terhumban ke dalam lubang kesesatan, maka dalam kes lain ia boleh membawa seseorang kepada pemahaman jabariah (Fatalisme).

Intisari pemahaman falsafah aliran itu dipaparkan dalam sajak berikut:

Rezeki itu bagaikan hujan yang mencucuri manusia. Sebahagian manusia tenggelam dalam air hujan. Manakala sebahagian yang lain tidak mendapatkannya meskipun sangat dahagakannya. Usaha seseorang tidak menjamin kejayaannya mendapatkan harta. Tetapi ramai orang yang lemah berjaya mendapatkannya.

Tidak hairanlah jika Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kemiskinan itu hampir membawa kepada kekufuran.” (Riwayat Abu Nu’aim daripada Anas)

Bahkan Rasulullah SAW memohon perlindungan Allah daripada kejahatan yang dibawa kemiskinan. Sebab kejahatan yang dibawa oleh kemiskinan sentiasa diiringi dengan kekufuran. Baginda menyebutkan perkataan berikut dalam doanya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kemiskinan dan kekufuran.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam doa lain baginda menyebutkan: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kemiskinan, kekurangan dan kehinaan. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada menganiaya atau dianiaya.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Abu Hurairah)

Bahaya kemiskinan terhadap akhlak dan budi pekerti tidak kurang berbanding agama dan akidah. Keperitan dan kepahitan melanda kehidupan orang miskin sentiasa membuat mereka terdesak dan cenderung melakukan tindakan di luar pertimbangan akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Lebih-lebih lagi jika mereka hidup berdampingan dengan orang kaya yang hidup sejahtera dan tidak mempedulikan keadaan mereka. Oleh itu, dikatakan bahawa jeritan perut yang berkeroncong lebih nyaring bunyinya daripada suara hati. Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk lagi jika kemiskinan itu membuat mereka menjadi sangsi terhadap nilai akhlak dan ukuran keadilan dalam masyarakat.

Rasulullah SAW menjelaskan beratnya tekanan kemiskinan terhadap seseorang serta pengaruhnya terhadap akhlak dan budi pekerti. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Ambillah pemberian itu selagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadi rasuah maka janganlah kamu mengambilnya tetapi kamu tidak akan meninggalkannya, (sebab) keperluan dan kemiskinan mencegahmu daripada berbuat demikian.” (Riwayat Abu Nu’aim)

INTI PATI

1) Islam menganggap kekayaan di dunia sebagai anugerah Allah yang menuntut manusia supaya lebih banyak bersyukur.

2) Islam memandang kemiskinan sebagai satu musibah yang harus dihindari dengan pelbagai cara. Tindakan mengagungkan kemiskinan bukan amalan Islam.

3) Allah menyatakan dalam al-Quran bahawa harta dan kenikmatan dunia adalah ganjaran dianugerahkan kepada orang beriman.

4) Allah menjadikan setiap kebaikan dan kabangkitan yang terdapat dalam hati mereka sebagai syarat bagi mengganti kerugian harta benda mereka alami.

5) Kemiskinan adalah malapetaka berbahaya terhadap akidah terutama apabila golongan miskin papa kedana hidup berdampingan dengan orang kaya yang bersikap aniaya. Apabila si miskin adalah seorang pekerja yang rajin dan tekun, manakala si kaya pula penganggur yang hanya tahu duduk saja.

6) Bahaya kemiskinan terhadap akhlak dan budi pekerti tidak kurang berbanding agama dan akidah. Keperitan dan kepahitan melanda kehidupan orang miskin sentiasa membuat mereka terdesak dan cenderung melakukan tindakan di luar pertimbangan akhlak dan budi pekerti yang mulia.

7) Kekayaan dan kecukupan dalam harta benda boleh menahan seseorang daripada melakukan perbuatan jahat seperti mencuri atau melacurkan diri.

8) Allah menjadikan setiap kebaikan dan kebangkitan yang terdapat dalam hati sebagai syarat bagi mengganti kerugian harta benda yang mereka alami. Amalan zuhud dan pencilkan dunia bukan ajaran Islam.

Islam itu BENAR, tetapi manusia itu sendiri yg menokok tambah dan merasa ragu-ragu. Na’uzubillah!

Dunia tak bernilai? abistu klu takde nilai bagaimanakah bekalan di dunia ni akan menjadi sungguh bernilai apabila di Padang Masyar sok? hrrrmmm…. :-/

Saya teringat kata2 ni, dah lupa mana saya dgr maaf kalau silap:

Jika kita mengejar keduniaan/duniawi pasti dunia akan lari jauh meninggalkan kita, tetapi jika kita membiarkan shj duniawi/keduniaan itu, ia seboleh-boleh ingin dtg dekat pada kita…. hrrrmmm…. :)

Tok Guru Samarluki boleh tolong perjelaskan lebih lagi tak? :D

ahah…saya pun nak dengar juga penjelasan tok guru samarluki (atau patut tak kita panggil tuan guru samarluki,up grade sikit lagi)nanti bolehlah dia gantikan tuan guru nik aziz

saya nak tambah sedikit…selain dari berzikir, bagi yang frust bercinta ni, mendengar alunan bacaan Al-Quran salah satu ubat yang mujarab. masa duduk termenung dalam bilik, cuba dengar alunan bacaan Al-Quran oleh Sheikh Saad Said Al-Ghamidi..memang menenangkan. Saya sendiri kalau under stress, dengar bacaan Al-Quran, memang tenang….cubalah!

saya pun nak citer skit pasal frust ni, sy dulu pernah bercinta, dan bermula penghujung tahun 2000 sehingga 2006, 6 tahun saya bercinta, masa mula2 start belajar sehinggalah habis bljr dan kerja, memang masa bercinta tu sangat indah..semuanya betul, member atau saper ckp pun buat tak peduli,,..di lamun cinta..sampai penghujung tahun 2005 dah bergoyang….dan putus sekejap 2006, masa tu bila FRUST ni..tak yah ckp…mcm2 benda nak di buat untuk merubat duka….rokok dunhill 14 habis 2 kotak sehari…lepas tu..hidup penuh kelaraan…bekerja dah jadi tak semangat..siang malam menangis…dan asyik salah kan diri sendiri kenapa aku jadi mcm ni..naper putus…yer lah..dah terlalu sayang gila kat kekasih…dah lama lak tu…6 tahun…..malam2 kuar jalan sorang..kadang tertidor di tepi wakaf,…dekat taman2..dan selalu tertido kat tempat yang kita pernah pergi bersama si “dia”….sorang2…jaga kul 3-4 pagi baru balik rumah..bertapa parahnya masa putus cinta…terlalu frust…hidup jadi murung….
entah kenapa tiba2 kasih bertaut kembali..dan hari raya tahun 2006 dah plaining untuk bertunang…hari raya ke -4
semua kelengkapan dah di beli..cincin dan kesemuanya….namun panas tidak sampai ke petang..akhir datang lagi ujian..Allah…dapat berita pada malam hari raya pertama….pihak belah pompuan batalkan pertunangan….

dan inilah dugaan yang paling besar dalam hidup….dah rasa mcm tak der lagi hidup untuk aku…selepas tu..hari2 yang berlalu bagai kan tiada makna langsung..terlalu kecewa…
dan hampir 2 bulan hidup dalam keadaan murung dan takder tujuan hidup..sehingga lah pertengahan tahun 2006…tiba2 tersedar dari lamunan..dan dekatkan diri dengan Tuhan…kuatkan amal ibadat..dan hati menjadi tenang….bila serabut dan terkenang sekali sekala…baca Quran..lepas tu hati jadi tenang kembali..dan lepas tu hati jadi kembali tenang..dan dah mula dapat menerima hakikat..dn sudah menerima takdir…dan mula fikirkan..bukan jodoh aku dengan dia..semuanya Tuhan dah tentukan..dan dapat menganggap hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku…

dan berdoa dengan Tuhan…..dekatkan diri dengan NYA dan yakin..Tuhan hilangkan sesuatu..kerana ingin hadiahkan sesuatu yang lebih baik…
dan bulan ramadhan 2006 jumpa seseorang…dan dialah yang banyak membantu melupakan kisah2 yang lama..dah makin dekatkan diri dengan NYA..

dan tahun ni…bulan 2 2007 saya dah selamat bertunang dengan sesorang yang saya sebutkan di atas…..dan akan berkahwin bulan 2 tahun depan…insyaAllah

yang penting dekat sini..ingatlah Tuhan tu maha adil. dan terima hakikat yang setiap sesuatu kejadian tu ada hikmahnya…kalau nak mendapatkan ketenangan..bacalah Al Quran

Sedih gak kisah Mijei…. Saya penah putus cinta gak… tApi tak da la sampai tahap cam tu lagi…. Ada hikmah di sebalik kejadian tu…. Moga2 bekekalan hingga ke akhir hayat.

wah dasyat juga ye org lelaki putus cinta….mcm dlm filem melayu plak…anyway…congratulation!!!!

Insya’Allah.. moga-moga… aminnn… :)

mmg kita akan frust bila putus cinta tetapi Allah akan tetapkan hikmah disebalik kejadian 2..

Hidup perlu diteruskan walaupun hati kita sakit akibat dilukai oleh insan yang sekadar nak mengambil kesempatan ke atas diri kita…kerana suatu hari nanti hari pembalasan diatas perbuatannya akan tiba dan sinar kebahagiaan untuk kita PASTI akan muncul…tawakal..

Mungkin dia bukan utk kita….. bersabarlah! :)

samekom…bila dengar cite mijie…teringat kisah saya gak….putus tunang,,,,3 thn lepas….betapa peritnye nyer org yang kita sayang tiba2 berubah..dan kita tak tahu apa sebabnye…..2 bulan lost contact..tak tahu punca…at last anta sms je nak putus…bygkanlah….nak deal jumpa discuss bkn main payah…hanya allah saja yang tahu…mcmana nak menghadapi hari mendatang…hanya diri ini seorang yang menanggung..pada waktu kemelut itu….tidak siapa yg tahu….keluarga n kekawan…kerana niat di hati ingin selamatkan perhubungan …tapi apa kan daya..bila hati lelaki kata tak nak,,maka tak nak.lah…tanpa sebab yang kukuh….
at last family dia datang tanpa saya dimaklumkan awal2 sdgkan kami dah berbincang untuk dimaklumkan awal kerana saya nak bgtau abg saya untuk dia myampaikan kepada family .kerana saya tidak snggup nak myampaikan.tapi …janji tinggal janji….
setelah putus 3 bulan, rupanye dia telah mengikat pertunangan dia dgn org lain…rasnaye dah kahwin dah kot .tapi alhamdullillah saya tabah dan redha…selepas itu…mungkin sokongan dari family n rakan2…yg pasti .benda ni berlaku sebelum kami melangsungkan perkahwinan ..kalau tidak,…tak tahulah..
yg pasti dia bukan lah jodoh yang baik untuk saya..insyallah suatu hari allah akan temukan saya ngan seseorang yang lebih baik dan bertanggungjawab daripada dia….amin…..

Alhamdulilah saya juga br bangkit dr putus cinta namun,apabila tertutup 1 pintu bahagia,dihadapan kita terbuka 1000 pintu bhagia..wallahualam

Bila baca semua luahan korang,aku tumpang sedih gak..sbb aku gak mcm korang pernah alami n mrasai perit n sedih nya saat di tnggal kan..di situ la kita tahu di mana tahap ke imanan kita dlm mnghadapi ujian dari Nya..apapun stiap yg brlaku pasti ada hikmah nya dan hnya DIA jua yg lebih mngetahui nya..semoga kita sentiasa mndpt ptunjuk n hidayah dlm mngahadapi semua tu..aku tringin nk kawan ngan sesapa yg sudi xkira girl or boy jnji ikhlas di hati krn ALLAH Taala sekurang2nya dpt gak release tension n frust kecewa ni,leh kongsi suka duka..klau sudi email kat.. ..wassalam

hmm..wei cheq nk tnya kit ni..amcm nk dpt mklumat mber2 kat ruangan komen ni..payah la brhubung ngan korang..

“KEGAGAHAN SEORG PEREMPUAN BUKAN PADA PEJAL OTOT BADANNYA,TAPI PADA KEKUATAN PERASAAN NYA..
PEREMPUAN YG GAGAH ADLH PEREMPUAN YG TAHAN MENERIMA SEBUAH KEHILANGAN,
TIDAK TAKUT PADA KEMISKINAN,
TABAH MENANGGUNG KERINDUAN SETELAH DI TINGGALKAN,
TIDAK MEMINTA2 AGAR DI PENUHKAN SEGALA KE INGINAN.
KEGAGAHAN PEREMPUAN YG BERDIRI DI ATAS KETEGUHAN IMAN…SELURUH KEGAGAHAN YG ADA PADA KHADIJAH YG IHSAN ADLH KEGAGAHAN SEMPURNA SEORANG PEREMPUAN”

sme la kte awin said…aku pn kne tggl tnpe sbb..smpai ri nie aq xtau pe sbbnye…dh kwn 4 taun pn bleh jd cm nie….
tp lps aq clash br aq sdr slame aq kapel ngn die aq jauh ngn ALLAH….
aq leka dngn hanye igt die je…smpai kdg2 aq tlpe solat….
lps break aq rse tng…aq dpt dkt kn dri ngn ALLAH…..
smge lps nie aq jmpe ngn org yg dpt bimbing aq ke jln ALLAH….
Amin………

as’kum
may be semua rase pernah rasa putus cinta..aku tak pasti sama tak dengan macam mana rasa kalau cinta yang tak berbalas.
aku pernah alaminya..memang rasa terkilan tapi bila difikirkan sebagai org islam yang beriman pada qada dan qadar, aku agak tenang melaluinya..
aku sentiasa berharap yang aku tidak putus asa dari berharap pada Tuhan..
Seharusnya kita kuat semangat melaluinya dan sekiranya ada jodoh tidak akan ke mana..islam mengajar kita berusaha tetapi ketentuannya Dia lah yang menentukan..

hai mber2 yg ku sygi..
untuk pngetahuan fazel putus cinta ngan cinta tak berbalas tak same rasa nya..putus cinta lebih perit/pahit terasa jka di bandingkan dgn cinta tak berbalas or tk di layan..tahap kecewa nya berbeza..tp tu pun bergantung dgn org tu gak,amcm dia menghadapi nya..tp mngikut pngalamn ju n kawan2..akibat dari putus cinta ni memang parah klau xkuat iman..tu la ada yg sampai bunuh diri,hilang pertimbangan diri,hilang arah tujuan hdup..dan mcm lg prkara negetif yg brlaku..mintak2 kita di jauhkan dari perbuatan tersebut…
cinta tidak boleh di paksa..tp fazel jgn la pula berputus asa,cuba wat prkara yg menarik perhatian nya..wat prkara yg dia suka..ju prempuan ju tau hati mreka mcm mana..tp satu hal yg ju pasti klau fazel dah cuba masih gak cmtu..jgn paksa diri..biar kan la..mungkin hati nya bukan utk fazel..brcinta la pd yg sudi..

salam smua,

cinta saya tak pernah bersambut, baru ja nak kenal-kenal, rasa-rasa cam dah suka…baru nak ajak berkawan, org cuma sudi kawan biasa. jauh disudut hati, kdg terfikir, apa yang tak kena, org takut ker nak kawan ngan aku, apa kurangnya aku? tak cantikkah? tak menarik ka aku nie? rasa nak menangis, smua ada. tapi bila difikirkan balik, mungkin org ini tidak sesuai utk saya, setiap manusia adalah sempurna, takut pulak jadi orang yang tidak bersyukur, Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Hanya Tuhan Maha Mengetahui. Tapi, saya yakin, ini ujian, untuk mematangkan diri, peluang untuk menambah ilmu, memperbaiki diri, untuk menjadi hambaNya. Setiap hari berdoa moga diberikan kesabaran dalam meneruskan kehidupan. Moga Allah perkenankan doa hamaba yang hina ini, Amin.

Hai sya n ALL’S GENG IN MYJODOH..baca citer sya..ju rasa sya mcm mudah jatuh cinta…hmm ju plak sebaliknya..tp slalu bila ada org nk kawan ngan ju scara xlangsung akan melarat nk cintan cintun..ju hairan bin pelik..n slalu nya gak ju akan tapis..ye la ju dah bnyk kali kecewa xnk lak melaluinya balik2..sakit tau!! tuhan je yg tau..tp tu la ujian yg ju slalu hadapi..ju ni xmudah jatuh cnta klau ada yg berkenan di hati tu biaq ju n Tuhan je yg tau..tp ju trpikat kat org tu msti dr sikap dia dulu..klau dia pndai ambik hati ju ok la..ju xharap muka encem klau prangai ju xsuka maaf la takat kawan jer boleh la..

TAPI kawan pun kita kena pilih gak.mcm gak nk pilih suami..ye la nnti sembarang kawan kena lak kawan mkn kawan..xnk la cmtu kan..klau nk cari kawan pun biaq la berpada2 yg leh bimbing kita,nasihat perkara yg baik2..mcm KAWAN2 YG BAGI KOMEN/NASIHAT DLM MYJODOH ni..ju suka kawan2 mcm U ALL..SAAAYANG AWAK2 SEMUA… ;)

Sebelum ni bila saya baca kisah frust bercinta dlm novel ataupun dengar kisah dari kawan2, nak tau juga macam mana rasanya…..tetapi bila saya alaminya sendiri rasa bagai nak tercabut nyawa dibuatnya….rasa macam diri ni dipergunakan je….frust untuk cinta pertama kali….
tapi saya anggap ianya sebagai satu pengalaman di masa hadapan dan membuatkan saya lebih berhati2 dalam perhubungan

assalamualaikum… saya baru je putus cinta semalam 28 ogos,. 4 thn kami berkawan. baru baru ni. saya sering terjaga malam dan rungsing. puas pujuk hati tapi tak tenang2. ketika itu saya rasakan mungkin perasan sendiri. saya berdoa kpd tuhan. akhirnya die sendiri membuat pengakuan bahawa dia terlanjur dengan perempuan lain dan dia lepaskan saya atas dasar tak sampai hati menipu dbelakang saya. saya trkejut bagai tak percaya. berkat doa allah gerakkan hatinya untuk membuat pengakuan yang amat mengejutkan saya. berdoa lah, allah akan makbulkan doa hambanya yang teriniaya

lau frust kita dekatkan diri kita dengan Allah insyaallah semua kekecewaan, kehampaan akan hilang sendiri. btapa sakitnya hati kita ditolak dan hubungan diputuskan seolah2 kita tak bernialai langsung di matanya apatah lagi di hatinya. memang menangis adalah ubat mujarab. selepas tenang elok kita sujud dan mengadu pada Allah dijamin tenang setenang2nya. kalau difikirkan dan dikenang mmg sakit hati sgt. pengorbanan kita tak dihargai. apapun kita redha bahawa dia bukan jodoh kita yg terbaik. sebab mmg dah jelas dia bukan terbaik dah tau kisah silam n pegangan agamanya. cuma bila hati dah sayang rindu semua tu tak dipandang. tp skrg taulah bahawa mmg dia tak sesuai hidp bersama ngan kita. lau kawin pun mungkin tak kekal lama. so lbh baik putus semasa masih belum terlambat. Insyaallah kita teruskan berdoa , berusaha agar bertemu jodh yg baik terutama dr segi agama. tu yg menjamin kebahagiaan. mudahan

saye baru balik jumpe kaunselor tadi… salah satu kate2 die yg mujarab ialah, terime hakikat n redha ketentuan tuhan. cuz saya kate saye asyik terkenangkan die n menyalahkan nasib. kaunslor tu kate kite takde iman kalu fikir mcm tu, kite tak beriman kepada tuhan cuz kite kene percaya qada’ qadar tuhan. kalu kite tak leh terime, leh terpesong kite dari agama… then baru saya ok. die kate sume dah ditakdirkan tuhan… jgn pandang belakang, cume jadikan pengajaran… belajar redha dengan setiap ketentuannya, cuz kite bukan tuhan yang berkuasa ikutkan sesuatu itu mengikut kehendak hati kite…

saye baru balik jumpe kaunselor tadi… salah satu kate2 die yg mujarab ialah, terime hakikat n redha ketentuan tuhan. cuz saya kate saye asyik terkenangkan die n menyalahkan nasib. kaunslor tu kate kite takde iman kalu fikir mcm tu, kite tak beriman kepada tuhan cuz kite kene percaya qada’ qadar tuhan. kalu kite tak leh terime, leh terpesong kite dari agama… then baru saya ok. die kate sume dah ditakdirkan tuhan… jgn pandang belakang, cume jadikan pengajaran… belajar redha dengan setiap ketentuannya, cuz kite bukan tuhan yang berkuasa membuat sesuatu itu mengikut kehendak hati kite…

Cinta juga mengajar kita erti kepayahan & keperitan… Tapi CINTA kpd ALLAH SWT mengatasi segala2nya… mengadu kelemahan diri dan sekali gus mengharap pertolongan Allah SWT yg maha perkasa dlm segenap masalaah yg di hadapi… perbanyakan membaca ayat2 suci al-quraan… kerana Al-Quraan mempunyai Cahaya, kekayaan dan rashia yg tidak terhingga … ia juga adalah tali allah yg teguh dan keajaibanya tiada sempadan… FAEDAH dan fadhilatnya pula tidak kesemua mampu dicungkil dan di ketahui oleh manusia…..

saya x tau macam mana nak luahkan di sini. tapi… betul putus cinta memang sakit dan sampai sekarang saya masih cuba untuk terima hakikat yang terbentang depan mata. si dia pergi kerana janjinya dengan ALLAH sudah sampai ke penghujung pada 1 ramadan tahun lalu dan saya x tahu apa lagi yang saya harus lakukan walaupun saya tahu saya masih muda. 27 tahun, rasanya itu bukan umur yang terlalu lewat tapi saya macam dah malas nak malas hendak berfikir soal hati dan perasaan. saya hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha untuk menamatkan penantian saya. hati dah terasa kosong walaupun sampai ke saat ini saya masih berusaha untuk dapatkan kembali semangat yang hilang itu. hampir setahun dia pergi, tapi sepanjang hampir setahun ini juga saya x nampak sesiapa lagi kerana saya memang jenis yang terlalu peramah. cuma kadang kala saya bertanya sendiri, ditinggalkan si dia dengan pesanan atau ditinggalkan si dia dengan cara yang mengejut, mana lebih menyakitkan. dan, terima kasih pada kawan2 yg banyak berkongsi pengalaman di sini. semoga saya dapat belajar banyak dengan nasihat dan pengalam kawan-kawan.

opsss… bukan terlalu peramah tapi x terlalu peramah, salah tulis…

tq mijie-
kisah kau sedikit sebanyak memberi aku semangat…
akan aku jadikan ia satu kisah yang boleh aku ambil tauladan…
- pencinta wanita

segalanya mungkin terjadi…kita mampu merancang..tp Allah penentu segalanya…terimalah qada & qadarnya dgn rehda…segala penderitaan akan dibalas dengan kegembiraan..insyaallah..setiap insan tiada yg sempurna di muka bumi ini..

selain zikir…. kita juga kena mcm saintis…ahli sains…mesti nak kena realisitik pada prinsip kejadian……… dari allah datang kepada allah kembali..sebut inalillahiwainnailahirojiun… dengan bersungguh-sungguh…. nanti kita akan dapat ganti yang biasanya lebih ok….

amalkan…..dalam apa jua keadaan pun…. sure…ok..

ramai sungguh ahli kelab jiwa luka kat sini (KJL club)… tp sebaik kau org semua jenis yg waras bukan yg berada di luar sana hingga sanggup merosakkan diri sendiri akibat tidak mempunyai iman yg kuat dan teguh….Alhamdullillah..amin..

aku 2x dipermain dan dipersendakan oleh wanita, aku blh dianggap insan pencinta wanita namun wanita yg meninggalkan aku tp asas yg kukuh.

cinta pertama berlangsung 6 thn, cinta jarak jauh tetapi berbalas surat tiap2 minggu.2-3 setahun je bersua muka. si dia berkerja dan aku meneruskan pengajian ku yg lebih tinggi.si dia menguji ku dgn mengatakan aku menduakannya padahal aku setiap pdnya walaupun ramai gadis yg lebih cantik drnya di kampus pengajian ku dan ada yg ingin menjadi kawan istimewa ku namun hati aku setia pd yg satu.di semester akhir pengajian ku, dia mengutuskan surat utk memutuskan hubungan cinta dan anggap sebagai kawan biasa shj tanpa memberi sebarang alasan kukuh dan hanya mengatakan qada n qadar tlh memutuskan kami tidak dapat bersama.Dia juga mengatakan kami tidak sepadan krn aku berpelajaran tinggi tp dia tidak padahal aku tahu dia lebih pintar dr aku cuma masalah keluarga yg menyebabkan dia tidak meneruskan pengajian. aku cukup kecewa , cinta yg disemi dgn sebaiknya berakhir sebegitu rupa dan ALLAH MAHA KUASA. aku mendapat jawapan dr kegagalan dia menyatakan sebab utama dia mohon memutuskan ikatan cinta dgn aku, rupanya ada cinta yg baru disana. aku kecewa dan memutuskan utk tidak mencari cinta baru disaat darurat itu.aku terima berita dia bertunang dan sekali lg aku pilu disaat cuba merayu cinta darinya dan harapan aku tinggal harapan utk kembali pdnya apabila dia mengutuskan surat jemputan kawin. hati luluh dan kecewa tp aku masih ingat Allah krn pernah berhadapan dgn kekecewaan apabila tidak mendapat result yg baik dlm peperiksaan penting.

walaupun aku kecewa dan geram tp aku tidak pernah bermusuh dgn nya dan aku tetap hadir kemajlis perkawinannya dgn memberi hadiah tp meluahkan kata2 seorg insan yg kecewa pdnya..”sampai hati kau buat aku begini”. dia hanya terpaku tanpa mengeluarkan kata2. cinta pertama ini sukar dilupakan namun aku redha akan ketentuan Alllah..

pencinta wanita ke-2, menemukan seorg wanita muslimah setelah 2 thn aku bersara dr cinta. keinginan bercinta berputik kembali setelah aku menerima hakikat cinta yg dulu. cinta kali ini menemukan insan begitu kuat beribadat dgn Allah swt dan aku bangga dgn keadaan itu dan setelah setahun bercinta , aku ketika itu sudah bekerja dgn gaji yg ok dan terbit perasaan utk mengisterikan nya namun aku dikejutkan apabila aku melafazkan utk menjadikan dia isteri aku dia mengatakan ada insan lain selain dr aku yg bertakhta dihatinya. dan dia mohon pada aku utk diberi tempoh utk memikirkan samada menerima tawaran aku atau sebaliknya, dia mengatakan ingin melakukan solat istiqarah utk menentukan sama jodoh dia dgn aku atau dgn lelaki itu, selama seminggu dia memutukan hubungan tanpa gagal dihubungi , selepas seminggu kemudian dia hadir dgn mengatakan jodohnya dgn lelaki itu, aduh…aku kecewa lagi, selepas itu dia tidak mahu lagi berurusan dgn aku dan ingin memberi perhatian kpd lelaki itu… ,apa salah ku…..dikala ini , aku kecewa dlm keadaan tenang dan matang menerima hakikat ditinggalkan kekasih hati.. Allah maha mengasini akan hamba yg dianiaya..

pencintaan ke-3 - selepas kecewa dgn cinta ke-2 , aku tidak lagi bersara mencari cinta krn aku bersedia menerima apa jua keadaan krn sudah lali dgn kekecewaan yg tlh dilalui. pemburuan cinta diteruskan sehinggalah aku bertemu dgn cinta ke-3 cintai yg mrmbawa aku kejinjang pelamin dan bahagia sehingga kini dgn dikurniakan 2 cahayamata yg comel.. isteri aku jugak mempunyai skrip pencintaan macam aku lalui dan kami berdua sudah masak dgn kekecewaan sebab itu kami bahagia hingga kini..krn masing2 sudah matang menghadapi segala kekecewaan tersebut..

kesimpulan..cinta, kekecewaan akan mematang hidup anda utk menjadi insan yg lebih kuat dan beriman jika kita dibaluti dgn pegangan agama yg teguh…

betul tu iffan.. sebelum tu tahniah kerana telah mndapat cintai yg sejati dlm hidup iffan..

memang manusia xkn lari dr ujianNYA..wlaupun perit trasa kita kena tmpuhi nya..bezanya samada kita kuat atau tidak je menghadapinya n cara2 hadapinya plak tu yg mcm2..di situ la kita nmpk beza n kelemahan iman seseorg itu..

apapun syabas buat iffan krn u all ckup kuat menempuhinya..shingga kini hidup bhgia bersama isteri tercinta..terimah kasih daun keladi kerana sudi berkongsi citer suka duka ngan kita..sekureng2nya dpt mnjdi iktibar n pengajaran wat kami yg masi dlm perjalanan mncari kbhgiaan yg hakiki..ju doakan semoga iffan bhgia dunia akhirat..aminnnn

Apabila cinta dibahaskan di kalangan orang muda atau golongan tua ia tidak dapat lari dari hubungan perasaan CINTA antara lelaki dan pompuan…Cinta diterjemahkan melalui imaginasi yg indah, asyik maksyuk, seronok dan akhirnya timbul perasaan sayang dan cinta yg mendalam terhadap pasangannya…
Cinta yg demikian adakalanya membawa PADAH… iaitu sekiranya meminggirkan nilai2 akhlak dan syariat yg dituntut oleh Ugama….
Justeru itu tidak menghairankan jika ramai yg terbabas dari landasan yg sebenarnya sehingga mengorbankan kehormatan diri sendiri atau orang lain…

Semuanya dilakukan atas dasar kalimah keramat iaitu “CINTA”
Sedari dari dulu lagi… org selalu berkata “orang lelaki memang pantang nampak perempuan berdahi licin….. mudah sangat terpesong imannya…. DAN bagi yg wanita pula barangkali cepat sangat CAIR hati mereka apabila terlihat lelaki yg tampan dan berharta…. AL-BAQARAH ayat:195 …. dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan….”
Maka untuk memastikan “Cinta Mulia” sentiasa menular di sunabari, pergaulan seseorang itu perlu dipelihara agar tidak mendatangkan fitnah….
PERITnya sesorang yang Putus CINTA hanya yg merasai yg tahu bertapa Seksanya setelah di KECEWAKAN………………Ini adalah ketentuan Ilahi…..
Apa pun Kami Tabik Spring pada SAUDARA IFFAN yg. 3x bercinta akhirnya ketemu juga Cinta Sejati…. Kami BERDOA semuga saudara Iffan berbahagia cinta atas Dasar keimaman hingga kekal ke anak CUCU….. Insaalah kehidupan saudara sentiasa bahagia dan diberkati Allah SENTIASA….
AMIIIN ……AMIIIN, ya Rabbal Alamiiin….

kesiannye

mungkin kita ditakdirkan bertemu buat seketika bagi mempelajari ilmu hidup dan jodoh pertemuan sudah ditentukan. Jangan jadikan kegagalan bercinta itu menutupi segala perjalanan hidup kita. Amin

kesian… apa2 pun.. kita kena teruskan hidup ni. moga allah temukan kita jodoh yg sesuai nanti.

A’kum…

saya juga mengalami episod yang sama seperti sebahagian dari kalian…alhamdulillah kini hati dah tenang semula…memangla teringat segala janji2nya dulu tapi dah ketentuanNYA begitu…doa dan redha dgn apa yg terjadi…di hati saya,jika dia tercipta untukku insyaAllah kan bersama semula,jika sebaliknya semoga dia ketemu kebahagian yg dicarinya selama ini..AMIN…

salam…

saya tak pernah bercinta sebelum ni.jadi xtau cmne rasanye putus cinta. saya sorang yg senang suka kat orang tapi bila ada perkara yg saya xsuka kat orang tu, saya terus xsuka dan rase dia xsesuai jd teman istimewa saya. setakat ni xde lelaki yg boleh buat saya jatuh cinta lagi. mungkin sebab mereka xberani mendekati saya atau anggap saya ni sombong walaupun hakikatnya saya ni suka berkawan dengan sume org. xkenal maka xcinta tapi ramai yg terus nak cinta tanpa nak kenal dengan lebih dalam. dan sekarang sorang insan yg selama ni saya xbagi attention telah mewujudkan suatu perasaan yg saya sendiri xpasti adakah suka je atau cinta. kalu boleh, korang bagi la tip camne nak mulakan hubungan cinta yg suci dan berkekalan. saya tak nak putus cinta sebelum bercinta….

wahhh..terlepas pandangla ruangan nih…saya baru baru bangkit dari kekecewaan yang lepas.. memang amik mase untuk pulih skang da masuk 2 taun daa..alhamdullilah sy xberdendam ngan dia dan berharap mudah-mudahan sy juga akn bertemu kebahagiaan sys satu hari nanti.Bagaimana saya ikhlas menerima dia satu ketika dulu begitulah juga saya ikhlas dia meninggalkan saya.Mudah-mudahan dia bahagia disana walau siap pun pilihan dia.Amin…InsyaAllah saya juga pasti akan bahagia satu hari nanti…’Siapa yang telah dijodohkan dengan aku, Kau lindungilah dia dari sebarang bahaya,malapetaka dan keaiban,panjangkan umurnya,murahkan rezekinya,temukan kami..bawalah dia kepada ku atau bawala aku kepadanya’…Amin ya rabul Allamin…..

alhamdulllillah sy terjumpa laman ini…sekurang kurangnya saya tidak berasa keseorangan…ya, mmg perit dan terlalu sakit bila putus cinta….tapi akan rase lebih merana bila org yg kita cinta dan kasihi di ambil alih oleh kawan baik sendiri yg tahu betapa diri ini kasihkan si dia……….terasa hina bila dikhianati, terasa tiada maruah bila dibohongi…….berila sedikit bimbingan pd insan derita ini………

hai liza…percayala Allah itu Adil…setiap apa yang berlaku sesungguhnye Dia lebih mengetahui..Apa yang direncanakan untuk kita oleh Dia itulah yang terbaik buat kita..Saya doakan awak tabah dan kuat mennhadapi.Mungkin Allah nk kita bertemu dgn yang salah dulu sebelum bertemu dgn yang betul..Bnyk2 bersabar n beristifar k.

A;kum…ye laman ni byk memberi kesedran kepda sye..rupenye bkn sye seorng je yg rasa sakit bile cinta x b’blas..terasa hina sgt diri..
Ape pn skg sy dh blh time..stp yg berlaku ade hikmah.
Sesuungguhnya Tuhan tu maha KAYA…Hanya dariNYA aku keberkatan dlm mencari teman hidup….Amin.

ooooo cik Rozima pun ade… manyak olang yg serupo ngan Rozima.. kita senasib… tambah saya ni dah try mayak kali pegi minang.. bawak buah pinang skali ngan tangkai2 orang tak mau jugak… itulah dikatakan tak berjodoh… DULU saya minat sangat kat CT tapi udah kena kebas ngan Dato’ KKK… Frust menonggeng Buyung gak N sasau 2/3 bln.. Lepas tu Saya pun kumpul DUIT manyak2 Saya Cari Second Hand Honda City… nak cari ori.. Dato’ Kkk dh pakai…
Apa pun kita mesti tanam kan Semangat mencintai UGAMA kita terlebih dahulu..

bagus petua ni. anyway sy pun ada petua juga. tp khusus utk lelaki:

Bila anda kena ‘dump’ dgn kekasih anda, perkara ni anda mesti lakukan:

1. Buangkan/pulangkan semua barang2 kepunyaan ex. Kalau ada hutang cepat2 bayar.

2. Tamatkan semua bentuk perhubungan bila perkara 1. dah dilakukan. Termasuk no phone, email, alamat dll. Jgn percaya dgn frasa ‘kita masih boleh berkawan, kan?’. Dia dah melanggar janji. Bolehkah org mcm ni dijadikan kawan?

3. Cepat2 sign up ke gym utk ubah bentuk badan anda lg menarik dr dulu. Kalau x mampu boleh joging2 dan exercise kat area tmn rekreasi. Supaya lebih ganteng org indon kata!

4. Kalau anda kerja x menentu (mungkin ini sbb dia dump anda), inilah masa anda fikirkan perubahan karier. Carilah karier yg dpt menjamin masa depan atau mulalah merancang mcm mana nak meniaga ke. Buktikan anda boleh jadi sukses walaupun dia xde disisi.

5. Jelajahi hobi2 baru. Daki bukit ke, kayak ke, melancong ke. Boleh dibuat sendirian atau dgn rakan2.

6. Contact semua rakan2 dulu yg anda x sempat abiskan masa bersama sbb sibuk dgn ex anda. Diorang adalah penyokong anda masa ni. Ingat! Masa ni juga anda dpt lihat samada rakan anda tu jenis yg sudi berkongsi duka anda atau x!

7. Rapat2kan diri dgn family anda esp. ibubapa. Mereka penyokong paling utama anda. Hilang kekasih berganti tp hilang ibubapa menyesal x sudah!

8. Rapat2kan diri dgn Tuhan ( mcm petua atas ). Dia adalah penyokong paling terutama anda. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Adil.

9. Berkenalan dgn sekurang2nya 30 org awek. Lg byk lg elok. Berkawan dgn pompuan byk membantu atasi frust bercinta dgn segera. Tp jgn diungkit kisah lalu anda dgn diorang. jgn!

10. Enjoylah dgn kehidupan anda dan jgn rasa rendah diri sbb didump. Anda mungkin rasa anda ni x guna tp mungkin dia yg x pandai menilai anda. Berhenti menyalahkan diri sendiri

Bak kata omputih ‘there’s no use crying over spill milk’. X guna ditangisi yg telah lalu. Apa yg penting masa depan. Lakukan 10 perkara di atas dan anda akan recover dr frust anda segera. Tiada pembalasan ‘dendam’ yg lebih indah melainkan segenggam kejayaan, awek/bini yg lebih cantik luar dan dalam, rupa dan penampilan yg lebih anggun dan ganteng serta kehidupan yang menarik utk ditunjukkan kpd ex anda kelak!

MEMNG TDAK DNAFIKAN HATI TERLUKA,KECEWA MEMANG TIDAK DJANGKA.SAKT TERAMAT…SIAPA YANG TAHU….LELAKI MEMNG SUKA MEMPERMAINKAN HATI WANTA….SY REDHA APA YANG TERJADI…SERIK HIDUP SY

askum, cinta pada manusia tidak kekal, cinta yang maha agung adalah cinta kepada allah s.w.a

salam,
setiap yg berlaku ada hikmahnya….yakin dgn Qada dan QadarNya.Mohon diberi kekuatan dalam menempuh hidup yg sementara ini…Akhirat juga kekal abadi. Moga sahabt2 di ruangan ini tenang dan tenteram menempuh ujian dariNya. Yakin DIA MAHA MENGETAHUI SETIAP YG BERLAKU….sy yakin anda akn tenang menghadapinya….wslam…

salam…
semua orang pasti bercakap tiap yang berlaku ada hikmahnya, betul…tidak ada siapa yang menafikan…
seperti saya, ditinggalkan oleh lelaki membuta tuli, entah apa sebab, entah apa salahnya..masih saya ingat 26 may kita orang berjumpa, dan itulah terakhir kami berjumpa, seperti ada sesuatu yang menghalang, terus dia mendiamkan diri. bayangkan 5 tahun kami bercinta,tp kami jarang berjumpa bersyukur..walaupun saya ditinggalkan..saya masih bersabar, berdiri tuguh sebagai seorang wanita,walaupun amat perit pada awalnya..
alhamdulillah…selepas kehilangan kekasih, saya sekarang mempunyai ramai teman-teman.. bersyukur kepada ALLAH
alhamdulillah…saya tidak membenci kaum yang mengkhianati janji saya.. saya berharap semua tabah, kekasih bukan milik kita, hanya rancangan milik kita

wassalam….

Bersyukur..Nurhanini tidak tidak menbenci kaum Adam yg.mengkhinati janji… jangka masa yg panjang 5 tahun… kalu di ikut kan hati kita boleh Gila meroyan di buatnya…Tetapi itu adalah Ketentuan ilahi… kita merancang dia menentukan segala2nya… kekadang kedua pihak dah setuju keluarga pulak yg. tak suka… itu adalah Lumrah Dunia…
“Janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.”.. (Al-Baqarah 195).. Menurut perasaan cinta sehingga meletakan tuntutan agama jauh terkebawah adalah dilarang di dalam Islam…
Paling penting tempatkan cinta atas Dasar keimanan yg sebenarnya iaitu kita mencintai sesaorang kerana Allah SWT. Insyaallah kehidupan akan sentiasa bahagia dan di berkati Allah sentiasa…
Di harap sdr Nurhanini tabah mengharungi kehidupan di hari-hari mendatang…

Saya dah 3 kali putus termasuk yg terbaru ni.Saya pun baru smlm putus cinta. Dpt msg dr dia kata dah xde jodoh dan dia x mampu nk lawan takdir. Saya x faham apa sebabnye.Call dan msg x berjawab.Dan saya terimanya sebagai suratan takdir.Saya x mau berdendam, saya maafkan dan lupakan dia, kalu kita berdendam dan x maafkan, hati kita akan terasa sakit dan teringatkan dia.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Sesungguhnya Allah bersama-sama kita. Kadang2 saya berasa malu pada Allah, masa kita senang x ingat, tapi bila susah baru ingat Allah.Tapi Allah, tetap sayangkan kita.Dia Maha Pengasih dan Penyayang.Bila baca tafsir quran tiap2 lepas maghrib, terasa betapa kerdilnya kita.

Jiha,

Dia tak mampu nak lawan takdir, maknanya dah kena tangkap basah ler tuuu…- huahuahuuu…

Jiha.., redha dgn ketentuan ALLAH itulah ubat bagi segala penyakit yg tdk berjangkit. Hidup mesti diteruskan dan bukalah kitab baru… serta banyakkan pergaulan yg membawa kebaikan yg menjurus kpd memberi nasihat dan peringatan..

Hanya dengan mengingati Allah s.w.t. Hati menjadi tenteram InsyaAllah…

Jiha..

Tabahkan hati ye Jiha, orang dah tak nak memacam alasan yang dibagi mungkin ada hikmah di sebaliknya, kita hanya insan yang lemah, tak mampu melawan kehendak Yang Maha Esa, saya pun dah lama putus cinta belum ada penggantinya lagi, balik raya hari tu pun keluarga sibuk bertanya bila lagi?
ramai gak yang kata saya memilih.. tapi saya senyum saja..kekadang rasa cemburu plak tengok kekawan semuanya dah kawin.. nak wat cam ner kan lum ada jodoh lagi.. saya banyakkan berdoa moga-moga di cepatkan jodoh.

ala jiha watpe nak sedih pasal jantan camtu…percayalah kalau kawin pun tak semestinya bahagia.dari pengamatan saya,perkahwinan ni ibarat memperjudikan nasib.kalau dpt suami yg ok ,oklah.kalau dpt yg hampeh tu..faham-fahamlah

terima kasih teman-teman atas nasihat anda.saya juga ingin berkenalan dengan sesiapa yang sudi serta dpt tukar2 fikiran, boleh add saya di …

slm..

satu persoalan..kenapa manusia x penah serik bercinta?? ada yg putus 3x..wat keje yang membinasakan diri,ada yg teruk lagi sampai nak bunuh diri!! cuba renungkan..sbb cinta itu indah? bila bercinta x ingat dunia..pe kata pakat2 jangan bercinta sblum kawin..pas kawin baru bercinta ngan suami/isteri tercinta..ada motif ke bercinta 5 ke 6 tahun?? waste of resources..berkenan pi hantar family merisik,ada jodoh akan diterima,xde jodoh jgn pi jumpa bomoh plak..yg pempuan plak klo berkenan kat laki kena la pandai meluahkan hasrat di hati tu jgn sampai memalukan diri klo x jadi..xde salahnye pempuan merisik lelaki..

sebab cinta tu anugerah Allah,kita mahu menyintai dan dicintai, tapi xde la smpai membinasakan diri, xde la smpai 5-6 thn.cintailah diri sendiri sblm menyintai org lain dan berilah cinta kepada yg memerlukan, insyallah kita juga akan dicintai org lain.cinta pada Allah itulah cinta yg agung.melalui cinta juga kita byk pelajari camne nak menghargai, memahami, sabar dan bertolak ansur dgn pasangan.

hm…yg paling kesian bila putus cinta ialah ‘hati’. Walau telah dipujuk beberapa kali “Wahai hati, jgn lah ko bersedih..” tapi hati ini tetap sedih. Skang me hanya hidup dgn kenangan2 terindah yg pernah diciptakan bersama. It was hurting & still hurting me! sampai bila? tidak pasti.

me quote balik ayat firyal said ’saya macam dah malas hendak berfikir soal hati dan perasaan. saya hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha untuk menamatkan penantian saya. hati dah terasa kosong walaupun sampai ke saat ini saya masih berusaha untuk dapatkan kembali semangat yang hilang itu’.

Ada 1 stage yg akan buat kita penat, penat sgt nak memulakan sesuatu yg belum tentu pasti lagi akan menjadi milik kita. Putus asa & putus harap dibuatnya.

Am juz waiting for the ‘playback’ time!

Jgn putus asa shabellina, kalu diikutkan saya byk kali gak putus.pernah gak putus asa, tapi bila difikirkan balik, kita ni buang masa je, menunggu,menunggu tanpa berusaha dan usia sudah meningkat.Jgn cepat putus asa, sebab Allah tak suka org berputus asa atas nikmatNya.Selain itu jgn lupa berdoa, sebab doa tu mengatasi segalanya.

Assalamualaikum…

betul tu, saye sokong kate2 Miss Jiha tu. jgn cpt putus ase ye Miss Shabellina. usaha adalah ikhtiar dan doa adalah tawakkal. tp putus ase tu bukan pasrah @ redha tp org yg xnmpk n xnk cari hikmah di seblik ape yg ditakdirkan oleh Allah dan org yg cube lari dr rahmat Allah sbnrnye. buangkn jauh2 sifat putus ase dari kamus hdp kite sbg org Islam.. kurg2 berdoa la agar kite kuat n tabah dlm mghdpi ujian driNya.

dlu pn saye hmpir2 ptus ase jgk tp berkat cinta pd Allah, hati n jiwa saye tenang dlm mgharungi segala dugaan yg dtg. dugaan2 tu sbnrnye ujian dr Allah nk tengok kite ni hmbaNya yg imannye di thp mane. makin byk ujian yg Allah bg kat kite, mnunjukkan betape Allah syg kat kite sbnarnye…Waallahu a’lam.

sometimes, it looks weird aite? kalo kata x usaha, usaha yg mcm mn lagi perlu dibuat? bila kita menolak, dikata jual mahal! bila dah cuba berusaha utk menerima seseorang dlm hidup, benda2 bodo & yg menyakitkan hati plak jd! so, mmg betol sesetengah org kata, wat per nak sesibok cari, benda tu akan dtg sendiri dgn gerakan dariNYA. meaning, tunggu jelah gerakan tu datang! sampai masa muncullah dia!

me ader dengar ler org ckp, yg mana blom temui jodoh dia till now, maknanya, jodoh dia dah mati sebelum sempat jumpa pasangan dia! hm…ada logika nyer gak kan? Yelah…manalah tau salah sorang yg mana mati sakit ker atau accident kat jln raya tu ker adalah jodoh kita, tapi malangya x sempat jumpa didunia sbb ajal dia dah sampai…comment?

Then, me assumed my soul mate mayb dah mati!

Don’t wanna live, I wanna die
If I cant have you in my life
So tell me how you feel (im lonely)
Are you for real (so lonely)
Do you still think of me (I think of you)

Do you dream of me at night (is like i dream of you all the time, so lonely)
Oh let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it fells (and dont see your pretty face)
I think that I will never love again

Juz wanna share a part of the ‘The Loneliness’ lyric pd mereka yg rasa exactly mcm lirik kat atas ni.

kat sini la hikmahnya poligami kot..renung-renungkan…

one thing for sure,bila putus cinta ni cuba banyak2 zikir bak kata artikel nun di sana..seriously,u should try it..

Sabarlah kak shabellina..,esok lusa jumpa laa…! Semua org yg tdk bertemu jodoh lagi mempunyai rasa yg sama dgn kakak.

Menunggu yg terbaik kena ambik masa dan banyak halangan yg kena tempuh. Sdgkan org yg berimn itu jiwa mereka sentiasa tenang menghadapi pelbagai situasi dlm hidupnya…

dear van ckulp,

this is not bout sabar atau tidak…ni pasal hati & perasaan yg dipermainkan. bukan desperate utk berkahwin & mementingkan diri sendiri hingga sanggup merampas hak org lain (poligami-seperti yg di katakan oleh ‘aku ni’).

Ini berkenaan hati yg di lukai…hati yg dah penat dan peritnya utk menjalani hari2 mendatang tuk recover balik!

biasalah tuuu…, semua perkara yg kita buat ada risikonya..! kegagalan kita memahami bahasa berpacaran, tiada ilmu ttg pengurusan tingkahlaku dan emosi pasangan telah menyumbang segala kesakitan ini.., so kena terima laa.. akan kelemahan dan kekurangan diri sendiri..!

kalo tak nak dilukai, tak mau penat berasa peritnya menempuh hari2 mendtg jgn lah berumah di tepi pantai, tiadalah dilambung ombak…

Untuk terus hidup perlu ada kekuatan jiwa, jgn mudah mengalah cik kak, nanti anda akan ditertawakan ..tunggulah nanti saya ubati luka itu..

waduhh2..dak saya plak kena petik..sume org penah terluka kot,sume dh rasa peritnye..tp still ok..mula2 kita kena maafkan org tu so that kita akan lebih tenang..kemaafan dendam tu kan yang terindah…at least u have that kenangan terindah..pity they whom never had the chance..syukran ente..syukran..

alangkah bagusnya my soul sekental u van ckulop. dat’s y i wont take any risk anymore..

mmg dah lama pun maafkan. Bukan berdendam tapi simpati kerana tiada focus dlm hidup!

ha, shabellina..tunggu apa lagi van ckulop bersedia nak ubati luka saudari, jangan jual mahal lak..hehe.Kehilangan bukan bermakna hidup kita akan berakhir. Barangkali ini hikmah Tuhan untuk memberikan kita kehidupan yang lebih baik. Dalam erti kata lain, peluang untuk kita menemui orang lain yang lebih besar cintanya terhadap kita.

“alahai…….apa punya topik ni. Dunia ini sungguh tidak bernilai. Tak perlu susah-susah hati.”

kalau terbalikan lagi cantik,

dunia ini sangat bernilai,tak perlulah bersusah hati..

CINTA… Besar pengertiannya. Besar implikasinya. Aku pernah bercinta. Bercinta dengan si dia yang sama sebanyak dua kali. Ini kerana dialah cinta pertamaku, walaupun umur dah menjejaki 30-an. Putus cinta? Ya benar-benar menyakitkan, mengecewakan, menyedihkan & segala-gala yang sewaktu dengannya.

Namun perasaan cinta takkan pernah pudar. Bercintalah! Kerana ia akan menjadikan hidup lebih ceria, bermakna. Juga kerana cinta adalah anugerah yang Kuasa. Allah menjadikan Adam & Hawa untuk saling sayang-menyayangi, kasih-mengasihi & CINTA-MENCINTAI. Tapi janganlah lupa kecintaan kita (umat manusia) untuk Allah & Rasul kita. Cinta kita kepada sesama manusia sama seperti kecintaan, sayangnya Allah kepada kita. Dalam percintaan kita akan menulis surat-surat yang penuh puitis, kasih-sayang, ambil berat. Allah juga menunjukkan cintaNya kepada kita dengan Al Quran yang puitis, tulisan yang cantik, berseni, berbunga-bunga & penuh dengan makna. Allah juga menunjukkan cintaNya kepada kita dengan memberi kita rezeki, jodoh & peluang hidup di dunia.Cinta itu baik kalau mengikut jalanNya. Bercinta kerana Allah.

Tapi sayang, yang ku cintai tidak mengerti & mengetahui dalamnya cintaku padanya. Ku ditinggalkan buat yang kedua kali pada 17 November 2007 di Uptown Damansara. Namun hati ini tetap terpaut kepada dia. Kerana melalui dia, Allah menunjukkan kasih sayangNya kepadaku. Allah menunjukkan keindahan ciptaanNya. Allah menunjukkan betapa beratnya seksaanNya. Allah menunjukkan jalanNya. Aku akan terus berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan & keselamatan dirinya disamping mendoakan agar hatinya akan kembali terbuka untukku & menerimaku sebagai teman hidupnya. Kasih Allah tidakkan terpadam untuk umat manusia. Yang penting cekal & berusaha tanpa mengenal jemu & ragu, berdoa meminta dariNya & bertawakal atas segala usaha yang telah dilakukan.

Mudah-mudahan Allah memperkenankan doaku. Jika tidak kesampaian hajatku ini, maka aku redha dengan ketentuanNya. Dan aku tidakkan menyesal kerana ku telah berusaha dengan segala kesungguhanku untuk memilikimu. Nantikan kehadiranku dalam hidupmu lagi di suatu masa nanti.

putus cinta memang perit…..penat merawat ati yang luka….
terkadang terpikir…kat mana silap sebab sentiasa gagal
tapi cepat2 sedar segala adalah ketentuan ALLAH
aku yakin yang aku mampu menghadapinya…InsyaALLAH
YA ALLAH…aku memohon agar suatu hari aku di anugerahkan
SINAR KEBAHAGIAAN…..Amin….

kamu seorang yg setia Iskandar,tapi kekadang cinta tu buta. Mesti dia tu baik & byk kelebihannya sehingga awak sukar untuk melupakannya.

Topic frust ni..Betul betul. Cinta sebenar cuma kepada Allah SWT.

Cuba cari pasangan yang beragama, insyallah, hidup lagi berkat.

Saya pernah ada dulu pasangan, namun Allah lebih menyayanginya, meninggal dunia kerana kemalangan. Kami pernah pasang angan2 nak sambung Master dan Phd sama2.. last2 saya buat Master sorang2 ni, tgh dok siap kan Phd ni, saya mahu arwah tahu saya masih berjuang mempertahan kan cita2 kami.

Anyway, menimba ilmu buat kita lebih tenang, begitu juga setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita tidah tahu rahsia Allah itu lebih mendalam untuk kita ungkapkan.

Yang penting, setiap saat itu harus kita gunakan dengan penuh manafaat,hidup tidak lama, jadi beribadah banyak2.. semoga kita semua di limpahi rahmah dan syafaat Nabi junjungan SWT. Insyallah.

baca2 komen kat sini makin mengukuhkan teori saya yang percintaan lepas kawin tu lg manis dan indah..cuba tuan-puan pikir..mcm2 leh bikin masa dating tuuu..

askm w.b.t
syukur jmpe web ni. Sy pn br ptus bcinta. Tp sy syukur alhamdullillah sy kuat mhadapinya. Saya xmencari cinta ini. Dia menghulurkan salam dan saya terima dgn senang hati. Dia begitu baik pd saya, hormat org tua saya, dan sentiasa menjaga saya dgn baik. Kami begitu serasi dan masing-masing mempunyai cita-cita yang tinggi. mungkin silap saya, pada suatu hari dia minta putus atas sbb saya mengongkong dia. Saya pun xsedar semua itu.Saya terlalu sedih sehingga menangis sehari suntuk. Syukur saya mempunyai ibu bapa yg sentiasa menyokong saya. Saya rasa tnpa kedua ibu bapa saya, saya xmampu nk hdapi semua yg tjadi. Sejak dari itu saya sentiasa berdoa kpd Ilahi dan sy berasa lbh tenang. Saya slalu buat solat istikharah dan saya masih bermimpikan dia.xlama lps tu si dia kembali pd saya dan menerangkan segala yg blaku sbb dia rasa nak kejar cita2 dia dahulu. Banyak yg perlu dia kejar tambahan pula dirinya sentiasa dihantar bekerja ke luar negara.Dia menyatakan yg dia masih cintakn saya. Tp ayah saya sudah tawar hati dgnya. Ayah saya kata, bila nak dia datang, bila xnk dia tinggalkn saya. Ayah saya nasihatkan saya supaya tamatkan dahulu pelajaran saya, sesudah itu jika si dia masih menanti saya maka dia lah jodoh saya insyaAllah. Jika dlm tempoh itu dia jmpe perempuan lain maknanya dia bukan untuk saya. Saya tpaksa mengikut nasihat ayah saya walaupun jauh di hati saya saya ingin menyambung percintaan ini. Namun saya sedar restu ibu bapa lbh penting. Tanpa mereka siapalah saya..

bersyukurlah ada mak ayah lagi..

ikutla nasihat ayah anda, dia lebih ‘makan garam’ dulu dari anda

yup.. i will..insyaAllah..
saya tau perasaan seorg ayah…
sentiasa mahukn yg tbaik tuk anaknya..

Assalamualaikum…

Dgn Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Betul,bila putus cinta dengan orang kita harapkan,maka akan ada Qarin pada diri seorang itu kalau Qarin Syaitan ia akan ajak kita kepada kejahatan misalnya.”oh aku suwey,hari2 ada gagal dalam hidup”maka mintak pertolongan kepada Allah S.W.T dan bersabarlah,jadi apa harus kita buat dalam keadaan bersabar?ha ingat ayat Allah ini..
“Dan bersabarlah kamu serta teguhkan kesabaran kamu dan berTaqwa kepada Allah semoga kamu mendapat kemenangan”

jadi bile kena putus cinta apa harus dibuat?hm ini ada petua dikongsi…1)bersabar dan ucapkan Kalimah istidraj byk2(InnaaLillah i wa Innailahi Rajiun)2)byakkan solat sunat dan membaca Yasin dan Surah Kahfi supaya ditetapkan akidah dan elakkan kita jadi orang gila akibat kita putus cinta.3)bayakan baca Ayat 1000 dinar dan bertawkkallah sesungguhnya Allah amat suka orang yang bertawakkal.4)hilangkan ingatan anda dengan bermusafir dan menziarah rakan2 maka lama2 anda akan rasa lapang dan bersyukur atas nikmat Allah.

Saya percaya orang yang bersabar akhirnya akan mendapat kemenangan,ini terbukti dalam Surah Al-Baqarah ayat 5 yg bermaksud “Dan mereka itu(Orang Beriman) mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itu adalah orang yg berjaya..

InsyaAllah buatlah sedara akan dimudahkan segala Urusan…

salam all…gina pon penah rasa putus cinta. sakitnya mmg x terkira…luka yg amat dalam n terlalu sukar utk d sembuhkan apa lagi utk d lupakan begitu saja..
dendam masih terpahat di ati…terasa sgt2 membencinya…tp jauh d sudut ati mungkin masih menyayanginya..n itu lah yg paling menyakitkan jiwa…so hanya mampu berdoa semoga 1 ari gina bole melupakan dia n semoga 1 ari dia akan tima pembalasan d atas perbuatan nya pd gina…

Gina…

Berdasarkan pengalaman, Akak minta Gina buang jauh-jauh perasaan dendam tu… selagi ada dendam di hati, selagi tu Gina sukar mendapat ketenangan & kebahagiaan. Perasaan dendam tu akan memakan diri sendiri secara tak disedari. Akak tahu ia bukan mudah tapi usahakan…

Betul kata serimardz tu Gina , jgn ada dendam dihati..kalu masih dendam, akan masih ingat kat dia, susah lupakan so susah nak dpt jodoh.Forgive n forget. Akan ada pengganti yang lebih baik dari dia.

dengo ckp cik jiha tu..ada dendam ada marah lor..ari2 mau kasi maaf sama sume olang ma..baru ada senang ati..ada senang ati ada seri2 situ sini..ada seri kalu manyak org sayang maa….

Sy pun pernah putus cinta….ceritanye bermula dgn perkenalan sy dgn dia melalui keluarga.Begitu beria2 keluarganya ingin jdkan sy sbg menantu.Pertemuan kali pertama tersgt la indah dan juga pertemuan seterusnya pun sama.Itula…bila bercinta, semenya indah..ape yg x elok psl dia, kite biarkan aja…begitu skali bahana cinta buta. Namun,bila tarikh pertunangan dah dttpkan,katering dh ditempah, seme sedara mara dh di beritahu….suddenly dia menghantar sms putus hubungan. Tanpa sebab musabab yg kukuh…hanya beralasankan dunia kami berdua jauh berbeza ( dia org susah ).Persoalan demi persoalan timbul di benak hati sy…hampir terduduk bl membaca sms tu.Saat2 itu…baru sy sedar yg sy mempunyai family n teman2 yg sgt memahami dan x henti2 memberi semangat utk sy teruskan hidup yg indah ini tanpanya. Keluarganya juga terkejut dgn keputusan dia..Tp,jika hati dh x nak, jgn dipaksa. Hampir 2 minggu juga saya lemah semangat…asyik menangis di depan PC d tpt keje..namun alhamdullilah, xde impak negatif atas keje sy. W’bagaimanapun, sehingga hari ini, masih lg terbyg2 kenangan bersama2nya.Memang susah nk hilangkn seme tu tp alhamdullilah…kebetulan, semenya berlaku d saat Ramadan tiba..hati saya yg remuk redam itulah yg membuatkan sy berusaha utk lebih dekat kpd Allah..meminta ampun di atas segala dosa..bermunajat di mlm hari…berzikir “Subhanallah wa bihamdihi” sentiasa meniti di bibir…berselawat tanda cinta kpd Rasul s.a.w. Semua itu sy lakukan ikhlas dari hati dan itu sbnrnya membantu sy utk pulih dari ape yg berlaku.Baru sy sedar bahwa sy harus bersyukur sbb seme yg terjd adalah rahmat Allah yg dturunkan secara kita x sedar…Allah syg pd hambaNya…Hingga saat ini, sy masih lg mencari2 jodoh yg x kunjung tiba. Namun, sy yakin bahwa Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik utk hambaNya ini…..

erm..yup btul…

betullah buat per tergesa2 fikir pasal kawin.cth tgk jelah artis sekrg kahwin cerai kahwin cerai
macam dah jadi trend plak…
baik sendiri macam saya
tapi kadang2 terfikir jugak normallah tu kan

ye dgn mendekatkan diri dgn ALLAH cinta pada ye tak putus..hubungan sesama manusia ada batas..redha apa yg berlaku…memang susah nak terima andai ia keputusan yg mengejut tapi mesti ada hikmah…YA ALLAH tabahkan hamba mu ini…

BERPEGANGLAH PADA CINTA ALLAH YANG TAK PERNAHPUDAR,,MACAM SAYA PERNAH LALUI..SEMATA-,MATA NAK KEJAR CINTA MANUSIA KITA LUPA AGUNGKAN CINTA ALLAH…LAST2 APA YANG KITA KEJAR TAK PERNAH KITA MILIKI..(KEJARLAH AKHIRAT NESCAYA DUNIA AKAN DATANG KEPADA KAMU.TAPI APABILA KAMU KEJAR DUNIA AKHIRAT AKAN PERGI DARI KAMU)..

cinta itu akan datang bila tiba waktunya..
bila kita mengiginkan pasangan yg baik- baik, lahirkan dulu cahaya keimanan itu dalam diri kita..

Betoi.. cinta akan datang bila tiba waktunya… di samping tu persiapkan ilmu di dada.. dgn cahaya keimanan.. barulah hidup kita di redhai Allah….

Putus cinta? Hurm.. pasti semua orang pernah melaluinya.. Ianya perit, tapi perlu ditelan jua. Walaupun perit, tapi kita masih mencari cinta kerana.. Cinta itu indah, susah untuk dinyatakan.

Pengalaman saya, putus cinta dengan sidia. Bertahun2 bercinta, tiba2 satu pagi dia ajak jumpa dan dia cakap ‘kita berkawan sahajalah selepas ini’.. terlopong, ternganga.. hah????!!!!

Bertahun sudah kisah ini berlalu :) Yakinilah bahawa, ada hikmah disebaliknya :) Pastinya semasa kita bercinta, kita panjatkan doa kepada Illahi.. pastinya kita mendoakan hubungan kita berkekalan, tapi adakah kita pasti? Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui. Betapa sayangnya Allah pada kita apabila diberi petunjuk dan diberi rahmat didalam kekecewaan kita ini.

Tiada airmata sewaktu perpisahan saya dengan sidia. Hanya pelik, kenapa? Perasaan amarah dan bermacam2 timbul. Asik termenung dan hilang selera makan. Tidur tak lena, kerana asyik dengan menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan dalam bercinta.

Didalam keadaan tidak lena tidurku, Allah tempat ku mengadu. Berderai airmata pabila bermuhasabah diri. Tiada keluhan padanya, hanya mengangkat tangan dan berdoa diberi kekuatan hati. Tiada nama lain disebut melainkan 99 nama2 Allah.

Seminggu bercuti, tak dapat bekerja. Ku selami diri ini, dimana silapnya..

Selama seminggu ku mengadu kepada Allah kerana tiada siapa yang tahu apa didalam hati kita melainkan Allah. Cukup seminggu, masyaAllah.. kebesaran Illahi. Ku bangun dengan satu kekuatan. Kekuatan yang Allah berikan padaku. Apa yang sebelum ini aku tangguh kerana mendengar cakap sidia, ku lakukan. Satu persatu kerahmatan Allah ku terima. Pabila kerahmatan Allah ku terima tanpa putus2, aku merasa lega.

Lalu setiap malam aku memaafkan sidia yang berlaku kejam pada hati dan perasaan ku. Setiap malam aku sebut namanya dan memaafkannya. Alhamdulillah.. surut perasaan dendam dan amarah padanya.

Aku dipanggil sebagai tetamu Allah… ya Allah.. kecilnya diri ini disana. ya Allah tiada gambaran cinta seindah memandang Kaabah.. ya Allah.. tiada kata2 lagi hanya ya Allah.. Disana aku mendoakan yang terbaik buat diriku, dan aku mendoakan yang terbaik buat sidia.

Kini hatiku tenang dan luput perasaan dendam…

Aku boleh menegur sidia dengan senyuman. Aku mengucapkan terima kasih pada sidia kerana satu kekecewaan yang diberinya, 1000 kerahmatan Allah berikan padaku. Terlopong dia kerana sikapku yang tenang. Disoal pula bukankah aku sepatutnya memarahi dia? Kenapa terima kasih yang aku ucapkan?

Apalagi yang dapat ku ucapkan? Terima kasih kerana, tanpa putus cinta darinya, tidak aku mendapat kekuatan sebegini. Tanpa putus cinta darinya, tidak aku merasa keindahan hidup sebegini. Tanpa putus cinta darinya, aku mungkin masih mundur setapak kebelakang.

Berfikiran positif lah kita akan sesuatu perkara. Segala yang terbaik datang dariNya. Jangan sekali2 kita berburuk sangka dengan ujian Allah. Syukuri setiap apa yang berlaku, kerana perkara yang tersurat dan tersirat tidak kita tahu.

Di lul mahfuz telah tertulis jodoh dan ajalku.

Doa yang kita rasa terbaik bagi kita belum tentu itu adalah yang terbaik bagi kita.

Buanglah sifat dendam dan amarah kita apabila putus cinta terhadap pasangan kita jauh2, kerana jika tidak, ia akan menjadi penyakit hati dan merosakkan hati kita.

Apa yang As buat selama putus cinta? Tuntutlah ilmu, ia terlalu banyak. Dekatilah alam.. di darat atau dilaut, ianya amat berbeza, pastinya kita akan lebih terasa kerdil didunia yang fana ini.

Namun tidak ku nafikan, kesan putus cinta ini membuatkan hati ini beku untuk bercinta lagi.

Bercinta blm pernah sy alami, tp pernah menyayangi seseorang yg tak mkin dimiliki. Perkenalan kami dari awal persekolahan, perpisahan diantara kami terjadi kerana kembalinya dia Pemiliknya yang hakiki. 16 thn telah berlalu, tp syg sy pdnya, msh blm ada pengantinya.
Harapan sy moga agar ditemukan jodoh yg dpt menerima sy & keluarga. Saling myelengkapi diantara satu sama lain.

Doa sy moga kekecewaan teman2 semua akan terubat satu masa nanti. Tahniah buat mereka yg akan melangkah kejinjang pelamin.

Cempaka-Ungu, bercinta lah tu..

Apa2 pun, jangan sekali2 kita putus asa kerana, tiada dalam istilah Islam berkenaan putus asa.

Usaha, dan teruskan usaha, berdoa dan tawakal padaNya, insya Allah pasti berjaya.

Amin!

Salam.

Buat Aspalela….

Itu dikira bercinta ker??? x tau plak sy, maklumlah zaman sklh lg, umur br 15thn ms tu. Jrak kami pun jauh, dia diutara, sy diselatan. Tp yg pasti syg tu, mmg pd dia. Harapnye akan jumpa pengantinya disuatu ms nanti. InsyaAllah, sy hrp sy x putus asa dlm hidup nie, sama2lah kita doakan kebahagiaan kita bersama k. Semoga Aspalela jua akan menemui insan yg terpilih dihati Aspalela.

Amin.

Salam.

Buat Aspalela.,,

Sukar untuk kita menemui seseorang yg ikhlas sygkan kitakan…

Allah itu Maha Adil,setiap hamba Nya ada pasangan.
Pernah sy mendengar org tua sy berkata..” kita mengharapkan panas sepanjang hari agar kita dapat melaksanakan apa jua yg ingin kita lakukan..namun gerimis di tengah hari dan kita tidak dapat melakukan apa yg kita hajati.tp ada hikmah mengapa Allah berikan kita gerimis….Allah ingin berikan kita sesuatu yg indah,jarang kita lihat.Pelangi yg indah kita lihat.bukankah ia sesuatu yg indah?….jadi Allah S.W.T tempat kita memohon kebahgiaan dan keampunan.

Amin.

Bila baca komen2 U all aku rasa lega sikit sbb skang nih aku tgh frust giler ngn darling aku.Kitaorg dah brcinta dekat 3 tahun.Disbbkan ego aku sendiri kita org dah tak contact dkt sbln dah.Aku rasa mcm dier dah tak sayang aku lagik.Aku pun tak taw aper status hubungan aku dgn dier skang.Sbb kitawoang mempertahankan ego masing2 taknak mengalah.Kadang2 aku rasa menyesal pun ader.At least bila baca problem2 korang yg lebih kronik aku rasa ader yg lebih teruk dr problem aku.

buka hati buka minda….marilah kita bersama mencari apa yang terbaik untuk kita di kemudian hari. Moga kita semua dapat rasa bahagia.

Apa pun kita kena berusaha sebaik munkin di samping berdoa pada ilahi… munkin belum tiba masanya lagi.. Allah nak hadiah kan kita Pelangi.. biarlah Allah kurniakan kesihatan yg. baik, rezeki yg. berkat… pasangan yg. soleh Amiiinn..

Ermm well aku pun hadapi masalah yang sama. Berkawan dah nak masuk 4 tahun, selama ni dia kata aku langsung tak memahami dia dan turutkan saja kata aku. Ah tau menyesal tak guna, mohon maaf takkan dapat ubah apa2 tapi yang pasti selama ni aku cuba yang terbaik untuk dia. Bukan aku tak memahami tapi aku cuba untuk faham kehendak dan masalah dia. Tapi dia yang rasa so dia lebih tau aku memang takleh memahami dia. Sekarang aku lak rasa nak mati pun ada sebab buat apa saja asyik ingat kan dia. Keja aku tak betul seperti biasa, takleh fikir dengan tenang langsung mesti aku ingat kat dia. Walau camner aku tahan tapi memang tak leh gak aiiii kenal sesaat nak lupakan seminggu. Berkawan hampir 4 tahun nak lupakan baper lama? Hampeh betul

aku bukan seorg yang kuat..aku pernah jatuh gak..apa yang aku terbaca..motivation bila frust nie..segala sakit tu kita mampu kawal dengan duduk berdiam diri n renung diri..alihkan tumpuan kesakitan tu dengan lebihkan rasional dari emosi..catatkan beberapa perkara yang nak dilakukan pada hari tu..dan buat..ulangkan setiap hari..pasti kita mampu alihkan sakit tu..sambil tu dekatkan diri pada rukun ketuhanan..serahkan seluruh deria pada Pencipta..InsyaAllah..:)

Tak mengapa SlashBoyz…walau pun dh kenalan slama 4th ambil masa lupa… sedikit demi sedikit… walau pun luka sudah sembuh parut masih ada….

Ucapkan insya_Allah aku akan mencari lebih baik dari itu….
Ucapan tsb akan mendekati seseorang kpd Allah SWT. kerana melafazkan kalimah tsb sseorang islam akan merasa dirinya kerdil, tidak bermaya dihadapan Allah… dia yg menentukanya…

Berhempas pulas selama 4 th… tapi tak jadi???
Kita dh berusaha dan menyerahkan kpada Allah SWT… Penyerahan sebegitu di anggap sebenar2nya ibadah kpdnya… ibadah yg menjadikan tujuan utama diciptakan kita di dunia ini….

“dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka menyembah dan beribadat kpd ku” (Surah adz-Zariyat ayat 56) Fikirkanlah SlashBoyz…

Sebenarnya putus cinta..kecewa..mengajar untuk kita tidak berbuat salah dan silap yang sama..mengajar kita untuk kuat..lebih kuat dari hari2 sebelum..memberi peluang kita untuk kita kenal diri dan kenal Insan..kalau dilihat satu segi, putus cinta mengajar kita untuk belajar motivasi..

Jangan menyesal putus cinta, bersyukurlah..kita sebenarnya diberi peluang untuk mendapat yang lebih baik..dan menjadi yang lebih baik dari sebelum ni..

Salam..

Usah biarkan perasaan kecewa menguasai diri. Benar kenangan bersama yang tersayang sukar untuk dilupakan.( Berpisah hidup @ mati ). Jadikan kenangan itu sebagai kekuatan untuk meneruskan hidup ini, walaupun pahitnya bak hempedu namun masih ada nikmat disebaliknya.

Percayalah…….
Allah mengasihani kita semua, maka diuji kita dengan dugaan yang x kita duga. Tempuhilah ia dan semoga bahagia akan menjadi milik kita semua.

Sayang semua.

`

jgn salahka sapa2 dalm hal macm ni. ingat, kita yg melangkah ke alam percintaan. kita yg ptt terima semua risiko. kalau xnk sakit, xpyh bercinta. org dah kawin pn bolh crai berai. apatah lg org bercinta. cari kelemahan sendiri. saya pn pernah alami semua 2.. tp fikir positif. ada yg lebih baik Allah akan beri..kalau dah alami putus cinta jgn d fikir. mmg perit untuk lupakan semua kenangan. tp kita kena terima hakikat..Allah nk uji sejauh mana kesabaran kita.. kalau nk lupakan si dia, cuba sbuk kan diri. pg la jalan2 ke. tp jgn g tempat kenangan korng. lg parah jd nya nanti..jgn dgr lagu2 yg si dia ska. bt la ape2 kerja pn..k semua.. :)

Betul tu HeALer..

kita bercinta ini buka sekadar 2 3 tahun je..kalau 4 tahun dah ada masalah apalagi kalau kawin nnt..

kata2 omarm juga betul..
menyerah pada Allah lebih baik dari berfikiran negetive.

nasihat nieta juga betul buang saja kenangan yang ada..

“LA TAHZAN” dont be sad..

Terluka dan dilukai..? Kehidupan ini memang macam itu jika kita melalui lorong yang salah untuk maju ke hadapan. Soalnya mcm mana kita nak tau lorong tersebut selamat dilalui mahupun sebaliknya..?

Masalahnya, manusia ini sifatnya memang suka tergesa-gesa dalam segala hal. Semuanya nak cepat. Cuba ambik masa lebihkurang 10 minit.., bermunajat dan lakukan solat sunnat mengadu kepada yang Maha Mengetahui…! Tanyalah kepada DIA ke manakah hala tuju dan arah haluan yang sepatutnya kita lalui.. tapi semuanya itu diabaikan bila hati sudah berkenan dan hati telah dirobek rasa yang tidak berwarna dan berongga…! Ketika ini, nasihat dan pesan dari kengkawan sudah tidak diambil peduli…

Tetapi apabila hatinya telah parah kena cakar dan diragas.., mulalah saling tuding-menuding…, malah ada yang menyalahkan tuhan kerana apa yang berlaku..! Pelik. Lagaknya seperti ayam berak kapur dan kekadang kelihatan resah spt kucing kehilangan anak..!

Kita sangat faham.., kerana luka di tangan nampak dilihat tetapi luka di hati siapalah yang tahu…! Kewajaran ini memang sangat dirasai sekiranya individu ini dulunya mengambil sikap besar pasak dari baji, lebih sudi dari kuah dan alah pucuk dibuat oleh pelepah…!

Apa pun yang berlaku kita wajib mengutip setiap pengalaman yang kita harungi agar tidak jatuh ke lubang sama sehingga dua kali.Semoga kita terus menongkah ini hidup dengan cemerlang sebagai seorang yang beriman…!

Salam.

Tahniah atas ketabahan hati nieta menghadapi kenangan lalu. Putus kasih x mustahil akan bersambung kembali, kalau sememangnya dia adalah jodoh kita. Tp sayang kasih sy x akan bersambung lagi kerana sidia telah pergi mengadap Illahi, namun hati ini masih menyayanginya. Moga akan ada yang terbaik buat saya
aAmin

x kisahlah bercerai kasih hidup atau mati, namun Allah masih sygkan kita semua. Percayalah…. Diuji kita agar mengenali diri sendiri. Fikirkanlah..

asskm….first of all,thakz coz topic ni memang best.best sebab kita dapat share tntg perasaan.perasaan kecewa akibat putus cinta.dan cinta itu adalh cinta pertama!!sakit memang sakit,hanya Allah sje yang tahu.orang yang tak pernah merasa pasti takkan faham.saya sendiri sudah alaminya.

cinta pertama saya selama 6 tahun dari umur saya semuda 19 tahun sampai 25 tahun,dari mula masuk u sampai habis belajar.bayangkanlah…macam mana nak lupa,yelah bersama dialah saya belajar bercinta,setia n percaya.walaupun u kami berjauhan dipisahkan laut china selatan.tapi hubungan kami tak pernah jauh…selama 6 tahun tu,pasti dia kol saya setiap hari,setiap malam,dengan email lagi…dengan surat lagi…saya tak pernah rasa disayangi seperti ini oleh mana2 lelaki sepertinya.

tanpa isyarat apa2 tiba2 dia putuskan hubungan dengan satu panggilan …”hubungan kite setakat ni je,saya da nak kawin”.perasaan masa tu,Ya Allah…itu je yang terkeluar dr mulut saya.saya tak percaya apa yang saya dengar,saya tak faham apa yang dah berlaku antara kami,saya cari salah saya hinggakan sanggup dia buat saya macam ni,saya tak boleh tido,tak lalu makan,rasa sedih,marah,geram,benci,boleh kata semua perasaan GERAMJI ada pada masa tu.apa yang saya buat,solat hajat tiap2 malam ,saya doa dan merintih pada Allah untuk kembalikan semangat saya.semangat yang hilang dan semangat yang diragut sekelip mata.

Alhamdulilah dengan kasih sayangNya,saya boleh kembali seperti tiada apa2 yang berlaku.saya bkr surat2 dia,saya buang semua hadiah yang dia berikan,saya bakar gambar2 dia n saya tanam semua kenangan bersama dia.walaupun saya sedar dan mengaku,parutnya masih ada hingga ke hari ini.
saya percaya pada qada dan qadar…semuanya telah tertulis…Allah dah tentukan apa yang akan berlaku pada kita tak kiralah pertemuan jg perpisahan.tapi kita perlu adil pada diri kita sendiri…diri kita perlukan cinta dan kasih sayang.
so,pada saya cinta yang diri kita perlukan ialah cinta Allah.hanya dengan cintanya kita dapat cinta yang hakiki.so berusahalah untuk dapat cinta Allah…gud luck

Salam.
k
Buat cempaka_ayu… Moga kebahagia menjadi milik anda. Benar sukar untuk memiliki kasih seseorang dan mengharapkan kesetiaan darinya. Hanya Allah yang tidak pernah putus memberi kasih-Nya kepada kita dan kita selalu lalai dalam mengingati-Nya. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup kita di dunia dan akhirat

time kasih cempaka ungu…pengalaman saudari buat diri sy semakin kuat untuk teruskan kehidupan…
sesunguhnya terlalu perit untuk membuang kenangan dulu..
sy habiskan masa 7 tahun…
sy setia..
sy jujur..
last2 dia tinggalkan sy sebab dia telah memilih org lain.. ya ALLAh.. kenapa dia tak pernah tgok pengorbanan sy pada dia selama ni.. begitu senang dia tinggalkan sy.. boleh berpegangan tgn dgn taht girl depan mata sy…
YA ALLAH.. tuhan jerlah yg tahu… betapa pedih dan sakitnya hati sy… tapi alhamdulillah.. sy kuatkan diri sy.. sy solat hajat tiap2 mlm..sy solat taubat…bila sy teringatkan dia..sy cuba lupakan dgn membaca alquran… memang smapi sekarang pedihnya masih lagi ada…

cempaka ungu…
mungkin sy tidak setabah saudari…
tapi sy akan cuba….
terima kasih atas pengalaman dan nasihat..

Shila cekalkan hati,dan kuatka semangat..Ingat kata2 nie..jgn lemah hanya krn seorg lelaki..dia boleh bahagia sedangkan kita dibiarkan terkulat2..jatuh bangun sendiri..amik sbg pengalaman n pengajaran supaya berhati2..jgn serah hati 100% ye..hidup mesti mau ceria2 selalu n senyum sokmo.. :D hehehe

Shila.., nak cari laki dibuat suami carilah yang terbaik mengikut piawaian yg ada pada dirimu itu.. ! Kalau belum ada apa-apa ikatanpun, si dia telah berupaya menyakitkan hatimu bermakna dia telah menunjukkan belangnya yg sebenar. Dalam perkara ini kita telah dikurniakan aqal dan fikiran utk membuat pilihan…!

Sedangkan dia dengan megah dan mendabik dada meninggalkan anda sambil berpegangan tangan dgn orang lain.., ianya adalah manifestasi dari kerendahan akhlaq dan aqal budi pasangan tersebut. Jika mereka itu tergolong dalam individu yang sangat menjaga hukum, mereka tidak akan berbuat demikian.

Orang yang besifat murahan.., wajar sangatlah pasangannya seorang yang picisan…! Perlukah anda bersedih hati dan meratap hiba setelah ditinggalkan..?

Fikirkan yang positif dan baik sangka dengan ketentuan ALLAH.

Sepatutnya anda berasa bertuah dan bernasib baik kerana tidak mengeramkan benih org seperti itu….

Abg Van, suka la dgn pendapat abg tu..tapi perkataan biasa yg abg sebut

“Sepatutnya anda berasa bertuah dan bernasib baik kerana tidak mengeramkan benih org seperti itu….”

Lama tak dengar khabar berita abg van, apa khabar? ;)

Teman pun rasa lemah longlai di buat nyer… Jiha memmanggil miker Abg? Abg. kendong ker Abg angkat…. Udah melepas ler teman??? Senang benor pulak miker mengeram benih Van Ckulop… Bunyi jer macam mengeram telor Ayam… sekali mengeram berbelas-belas ekor….

Wahai adinda ku Jiha…, abg sejahtera dalam lindungan…, berarak mendung kelabu ke sana-sini tetapi tiada siapa yang sudi mengeramkan benih yang ini…!

Agak lama dinda tidak kelihatan.. ruper-rupernyer sudah menukarkan kerjaya untuk menjadi orang terbilang…! Kalo bergayut kuatlah berpegang agar tidak tersepok di rantau orang..!

Kata2 Van Ckulop ibarat Dayong patah kemudi,,, Meratap Hiba tiada yg. sudi…Muncullah Jiha dia dah minta simpati….
Jodoh, rezeki dan tanah kubur ketentuan ilahhi…. Bila sampai waktunya tiada sesaat pun ia lambat atau cepat… Sekalipun parut Lama berdarah kembali bersama abg om…
Jika udah jodoh sudah sampai bersama abg. Van ckulop… Hati yg. Luka tiada menjadi penghalang…,,, ia tetap menjelma….
Patah tumbuh hilang berganti,
yg. lalu jangan di kenang,
Jika di kenang merosak badan,
Kau udah, dewasa… pandai-pandailah buat keputusan……

Omarm… jgn cepat melatah, baru sikit Jiha menguji. “Abang” Jiha pada si Van tanda hormat pada Van. Tak gitu Jiha?

Kanda Omarm jgn cepat mengalah… kalau Jiha yg dihajati, khabokan terus! Tidak Jiha ternanti-nanti…

Salam.

Buat Shila…

Sy jua manusia biasa, untuk melupakan kenangan lalu adalah sukar sekali tp hidup tetap harus diteruskan. Ada senyuman diwajah dlm meniti hari mendatang, tapi tangisan yang berlagu disudut hati tak ada siapa yang tahu. Hidup mengajar saya agar menjadi tabah, dan tidak ada yang dapat menolong kita selagi kita tidak menolong diri kita. Sy juga mem[unyai kelemahannya. nsyaAllah, Shila pasti berjaya menharunginya, biarlah masa mengubati luka dihati kita. Semoga sinar bahagia akan menjadi milik kita. Amin.

Badai gila menghempas pantai
Tongkang tua pecah di muara
Kini masa utk bersantai
Jangan ada jiwa yg lara

Kiranya dayong patah kemudi
Papan di Jawa kita gantikan
Tak pernah minta simpati
Pada org yg bukan tandingan

Enam puluh saat satu minit
Sehari dikira selembar benang
Apa digundah org tak gamit
Esok lusa masuklah meminang

Patah tumbuh hilang berganti
Perkara lalu jangan di kenang
Jika dikenang merosak badan;
Hidup ini biar bererti
Tiada siapa jadi penghalang
Hasrat Omarm tdk boleh ditindan

Sejengkal pisau seraut
Beratap daun lintabung
Ambik seludang jadikan nyiru;
Setitik ku jadikan laut
Sekepal ku jadikan gunung
Alam terkembang ku jadikan guru

Van… amboiii hebatnya berpantun!

Yup betul tu serimardz..“Abang” Jiha pada si Van tanda hormat pada Van.Jangan la Abg omarm berkecil hati pulak ye..Bila,kita akan pergi ke Pasar Payang,Masjid Kristal dan Rantau Abang lagi abg…;)

Abg Van, nak menuntut dgn abg cara buat pantun ni, tak reti teman ni..

Merajuk pada yang kasih
Meminta pada yang berada
Menuntut pada yang berbenih
Di IMTIAZ apa yang tiada..?

Jalan-jalan ke pasar Payang
Berpegang tangan dan berpelukkan
Ada sudah perasaan sayang
Eloklah segera kita langsungkan…!

Pergi mengaji belajar nahu
Jalan sesak kereta berderetan
Ramai sangat yang nak tahu
Maklumkan tarikh buatlah jemputan..!

Bijak berbicara nak berdalih
Lidah kelu jadi tergamam
Mana satu nak pilih
Antara Setiu dengan Omarm..?

Petah berhujah siang dan malam
Lelit selendang ke pangkal lengan
Buat yang terbaik dlm diam
Jangan Setiu mati meragan..!

alahai.. korang berdrama palk. hhehehe xpe2. memeriahkan suasana..saya xretila nk berpantun. tp suka baca pantun..

akum, saya pun ditinggalkan tanpa sbb, snyp je tak tau sbb apa. mslahnya dia yang ia2 nk bercinta pastu tu dia yang myepi. tp nk wt cam ne sabar je lah. mudah2an dapat yang lebih baik lps nie.

saya juga sedang menghadapi saat getir tu, saya bersetuju zikir adalah ubat yg paling mujarab…moga Allah menemukan saya dgn kebahagiaann..

Butakah Cinta????? Oh…. JIHA………..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yg. tidak mencintai mu!!!!!!
Tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya……
Cinta dan perkahwinan juga tidak semestinya …berakhir dgn perkahwinan…. hanya kesetiaan akan mengikat Cinta…..
Di mana ada cinta di situ ada KEHIDUPAN…!!!!!

Putus cinta.. sakit kan..
dlu saya ada yg istimewa, lama juga berkawan dgn dia. tapi last2 dia curang dgn kawan baik saya. sedih sangat2.. until now saya susah nk buka kan pintu hati ini kerana takut di sakiti & dikhianati lagi. bila cinta mreka tak kesampaian, mreka salahkan saya. pelik.?? saya tak buat apa pun bila tau skandal mreka, tapi saya percaya Tuhan itu Maha Adil.. mmg sedih sangat, semua kerja & aktiviti terganggu.. harapan hancus!! parents pun slalu tanya mana sidia, lama tak dgr brita.. mulut terkunci, tak tau nk ckap macamne.. kini saya ingin bercinta kembali tapi msh tiada keyakinan diri..

saye dah 2 x,,kecewa..taktau nak ckp camne..yg first ada girl lain,,sampai saya terjumpa sendiri,,baru nak ngaku dah 6 tahun couple,,yg kedua couple 2 tahun tapi lagi mengecewakan saye…dah ngandungkan org lain…tuhan je yg tau persaan ni,,,sedih tak tau nak ckp,,,kenapa la sanggup buat cmni,,,nasib baik saye masih berfikiran waras,,,memang saye tak sangka dia sanggup buat saye cmni….parents semua sukakan dia..janji tinggal janji je….taktau ape yg dia fikir,,,sampai sekarang still takde keputusan yg dibuat,,,,bila dekatkan diri ngan tuhan rasa hati tenang,,dan Allah merancang yg terbaik untuk kita..

Sakitnya putus cinta, hanya tuhan yang tahu.Baru 3 minggu lepas, aku ditinggalkan setelah 8 tahun bercinta, 8 tahun…, bukannya 8 hari @ 8 bulan! Kecewanya bila diberitahu melalui sms saje, sampai hari ini aku tak tahu puncanya. Mengapalah ada lelaki yang tergamak berbuat demikian kepada perempuan yang pernah dicintainya?? Sekarang ni sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk lupakan dia, membuang sedikit demi sedikit kenangan bersamanya.

Buat maria, suria D’dy …..Bersyukurlah kerana anda yang masih ada masa tahu menilai kaca dan permata… Ya!!! mungkin anda mengharapkan sesuatu atas pelaburan yang telah di lakukan hingga ki jinjang pelamin, tapi allah maha megetahui dan menetapkan segala2nya….
kalau harapan itulah yang kita harapkan… sesuatu yang kita inginkan sebagai imbuhan dari satu pengorbanan kita. Kita perlu bermuhasabah… Ingatlah, segala2nya telah di tetapkan oleh maha berkuasa teruskan hidup dengan kewajipan dan amanah yang ditetapkan olehNya… Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di sana nanti. Cukuplah dengan hasil yang akan kita tuai di sana nanti. Iaitu penantian Syurga yg kekal Abadi…

Munajatlah padaNya siang dan malam… terbaik di pertiga malam. Pohonlah moga allah akan perkenankan Doa anda, lantas dipermudahkan segala urusan. Jangan terlalu gelojoh dalam membuat keputusan… dalam mengenal erti kekecewaan perkatakan segala hanya kerana ALLAH hendak menyelamatkan diri kita dari terjerumus lebih jauh dalam sangkar noda dan dosa.

Ya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kalaupun perpisahan itu telah tertulis dan tersirat… bersegeralah mencari rakan pembimbing supaya di redakan kekecewaan …Insyaallah anda akan berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh untuk lupakan dia, membuang sedikit demi sedikit kenangan bersamanya.

Dalam masa bercinta itu ibarat bahtera yang belayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa. Bebanyak bersabar menghadapi dugaan… banyak yg menanti anda di luar sana.. keluarlah dari kepompong kekecewaan….

Apa yg di harap pada yg tak sudi… sedangkan ramai lagi yg ternanti-nanti termasuk esay…………..

Teman ketawa senang di cari, teman menanggis sukar di cari… tpi saya sudi menanggis bersama2 anda!!!!!!!!!

Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Jika maria, suria & D’dy mahu cepat sembuh luka Dhati… ambil cuti pergilah ke pulau lagenda… Langkawi..bersama sya… Cari minyak Gamat yg Asli… supaya Luka tuuu… cepat sembuh… mudahan anda bertiga berjaya mengubat hati yg.. luka….dan terluka..!!!!!

usah dikenang pd mereka yang tak sudi..ramai lagi org di luar sana yang baik2…saya pun pernah bercinta dan putus…pernah bertunang dan putus…kemudian berkawan dgn seseorg hampir setahun lamanya.Selepa setahun baru Tuhan tunjukkan yang dia tu suami orang.Ya Allah,luka di hati hanya Dia yang tahu..napela nasib saya tak seperti orang lain..sampai sekarang masih teringat lagi bagaimana pedih hati ni ditipu..tapi, mujurlah saya seorang yang kuat semangat.cuma sekarang, dah nak masuk umo 30, hati masih tertutup untuk bercinta lagi.takut pisang berbuah 2x…tak mudah utk seseorang pmpuan jatuh cinta..kemudian dikecewakan..waste time,m i rite?

Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Sejuk hati membacanya. Biarpun berat dugaan yang menimpa, hidup ini perlu diteruskan, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tak pernah terlintas di hati semua ini akan berlaku, ingatkan dah jumpa Mr. Right, rupa-rupanya kecundang jua akhirnya, cinta pertama pulak tu.Betul kata yna, saya sekarang rasa takut nak terima cinta orang, takut dikecewakan lagi, serik rasanya nak lalui sekali lagi. Untuk di luar sana, belajarlah dari pengalaman saya, jangan menaruh harapan terlalu tinggi kerana kelak akan tersungkur bila ditinggalkan, jangan mudah percaya pada janji-janji semasa bercinta kerana kelak akan menyesal kerana mempercayainya dan yang penting sekali, jangan bercinta lama-lama!!!

ala maria..belom tentu lagi yg kita kenal 8 tahun tu, bila kawen nanti akan kekal hingga ke syurga…baik putus sekrang. kalau tiba2 dibuatnya korang kawen, dan tak sampai setahun dah putus…itu lagi naya

Betoi kata nasihat adik tuuuu!!! kalau kawien tak sampai setahun dah bercerai berai… siapa yg susah???? Abang om juga yg susah!!!! nak kena jaga anak lagi… itu pun kalau dpt zuriat… kalau dapat status mak Jan… saham pun dah turun…berdentum… nak suruh bro bantu setakat 4 bulehlah…. badan yg gemuk tinggal tulang… kalau lebih tak boleh…!!!!!

cinta2 nasib r lau betahan,lau betahan lama pun x semestinya berakhir dgn sbh perkahwinan.

Betul tu…. saya setuju sangat2. Tapi kan, bagi setiap yang bercinta pasti nak akhirkannya dengan perkahwinan, lebih-lebih lagi bagi yang telah lama bersama, banyak masa telah dihabiskan, umurpun semakin meningkat! Siapa yang teraniaya? Mereka dan keluarga mereka yang ditinggalkan. Bagi lelaki di luar sana, fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan, anda bukan saje kecewakan hati seorang perempuan tapi mak-bapaknya, adik-adiknya dan kawan-kawan rapatnya, itulah yang terjadi sebenarnya.

Salam…betul tue apa yg maria ckp..sy sokong 100%..sy pun alami benda yg sama tapi perkenalan kami tak lama sgt pun x sampai setahun pun…skrg nie bila sy dh dpt lupakan dia, dia mula nk berbaik2 semula dgn sy…Bygkan la dulu dia siap bw mak dia dtg pastu tup2 tak jadi…dia dok main tarik tali dgn sy… skrg nie dh mcm org gila talak…tak mungkin sy akan bg peluang ke2 pada dia..sy lebih sygkan hati & perasaan sy, sy tak nak hati & perasaan nie dipermain-mainkan lagi…
Skrg nie baru je hati nie nk kuat,dtg plak rombongan merisik…dugaan2..memang la semua manusia ingin disayangi dan menyayangi tapi disebabkan peristiwa lepas hati nie dh susah nk percaya pada lelaki yg parah sekali susah nk pecaya pd pkataan cinta! Luaran nie nmpk je happy tp dlm hati siapa yg tau…Hanya pada Allah je tmpt mengadu

assalammualaikum……….

terasa pedih dan sakit hati ni kerana org yg kita sayang dan yang saling berjanji untuk hdup bersama hingga ke akhir hyat,telah memutuskan hbgn ini tanpa sebab yg kukuh. knape begitu mudah lelaki tu berjanji dan mudah jua untuk memungkirinya. hanya allah je yg tahu betapa hancurnye hat ni kerana kegagalan dlm bercinta. mngkn betuk kata org mngkn dh takde jdoh,mngkn ada yg terbaik lg. tp yg cukuo dikesalkan knape dia sanggup putuskn hbng ni tanpa sbb. hbngn kami yang berjauhan mngkn mmbuatkn hbngn kami makin renggang….. hanya pada allah tempatku mengadu sgala ii hatiku…fmly pn byk memberi harapan kpdku kmbali kawan2 tolonglah bantuku untuk melupakan kenangan laluku.. aku hya ingi disayangi,diberi perhatian dan dilindungi…salah ke??? sedangkan aku begitu komitmen dlm prhbgn,ksh syg,kjujuran,cinta hnya pd dia,dia pn dh mlamar diriku…knape senang2 je dia mensiakn perasaanku…..tak guna brckp ikhlas dlm perhbngn jika hti menafiknnya,biarlah allah menentukn sgalanya.. ksian hti dan perasaan sy krn dh dicalari dan dilukai oleh insan bernam lelaki…….biarlah ia kekaL ksh pd yg st…. sy berdoa mga allah mdahknlh jdoh sy…amin..

Ada juga yang senasib yek. Cerita kita lebih kurang sama, cuma episod saya lebih sikit, beratus-ratus cam cerita sembilu. Alhamdulillah, hati dah semakin kuat, sekali sekala adalah tersebak bila teringat semula. Hingga ke saat ini saya rasa susah nak maafkan dia, bukan niat untuk berdendam tapi luka tu masih sakit lagi. Entahlah nini, saya pun naik heran dengan perangai lelaki, masa tinggalkan kita, berlagak seolah-olah tak bersalah, kita pulak yang beria2 nak tahu sebabnya. Tapi bila hati kita dah mula terima ketentuan ini, datang pula sms yang boleh mencairkan jiwa kita. Seperti juga nini, tiada lagi peluang kedua untuk dirinya.

Ada jugak yang senasib yek. Cerita kita lebih kurang sama, cuma episod saya lebih sikit, beratus-ratus cam cerita sembilu. Alhamdulillah, hati ini dah semakin kuat, cuma adalah sekali sekali tersebak bila teringat semula. Hingga ke saat ini, saya masih tak dapat nak maafkan dia, bukan niat untuk berdendam, cuma luka tu masih terasa sakitnya. Entahlah nini, saya pun naik heran dengan perangai lelaki ni, masa tinggalkan kita, berlagak seolah-olah diri tak bersalah dan meletakkan segalanya atas nama Qada & Qadar, tapi bila hati kita dan mula terima ketentuan ini, datang pula sms yang boleh membuat kita berfikir 2 kali. Seperti nini, saya juga tak akan beri peluang kedua, dah ditutup rapat-rapat hati ini untuk dirinya. Kepada nini, bukakanlah hati untuk lelaki lain, mungkin Tuhan ingin menemukan kita dengan lelaki yang lebih baik. Hanya Dia yang mengetahuinya.

Aku selalu berdoa semoga ianya jatuh ke riba - untok makan mempelam muda depan rumah ku tampa berusaha memanjat - mejolok - jatoh kebawah,ia nya menjadi kenangan dlm khayalan sahaja. “Berdoa saja tampa usaha tidak akan menjadi kenyataan” dlm hidup ini,tetapi jangan lah sampai body tergadai untok merebut khayalan menjadi kenyataan.

assalamUALAIKUM….mnta izin ambil artikel tuk dletak dlm blog..smoga mndapat lipatan pahala dari Allah atas ilmu yg disebar…

Waalaikumsalam..kena minta izin kat big boss.. :P

Ngape tetiba pulak keluar topik ni? Tak salah untuk menyebarkan sesuatu yang boleh dikongsi ramai, tapi kenalah dengan cara berhemah sebab ianya hak cipta terpelihara & harta intelek seseorang, supaya tak di’saman’ kelak dek tuannya.

Sunyi sepi je blog ni… Semua yang tengah frust tu dah ok ke? Kalau ok baguslah, life must go on, right??? Bagi yang masih bersedih tu, kuatkan semangat & iman, pasti boleh.

Ketahuilah cinta kepada manusia, akan ada pertemuan dan perpisahan… Akan tetapi cinta kepada Pencipta itu lah yang abadi dan hakiki. Selangkah kita menghampiriNya, beribu langkah Dia menghampiri kita. Cinta Allah tidak mengecewakan ikhwan dan akhowat sekalian…

adik ku semua.perit ditinggal kekasih tak sama perit dipermainkan suami yg disayangi…..

saya banyak melakukan bila kecewa ditolak cinta zikir, bangun malam solat hajat, selalu ingatkan Allah. alhamdullilah hati dah tenang sekarang dan menambahkan lagi keyakinan bahwa tuhan tidak akan menduga kita kalau kita tak mampu menghadapinya. tuhan mengetahui segala galanya.

Allah memberi ujian pada org y mampu. kalo kita dah clash atau bercerai..itu adalah takdir dan ujian dariNya..
hanya Dia y tahu ape y terbaik.. so jgn putus asa..dekatkan diri pada Allah..setiap dugaan ade hikmahnye..cuma lambat atau cepat je.. sabarlah..sabar itu adalah segalanya..

hubungan saya dilanda ujian..
semuanya mngajar saya erti kesabaran..
dah 4 bulan berlalu..
Hubungan cinta n berkasih tak seperti dulu..
kini saya menunggu ketika nya..
kami akan berjumpa..bila dia dah tenang nanti
baru dia bagitahu saya..
kadang2 saya keliru, apakah status kami hubungan kami..
wat masa sekarang saya banyak fkrkan diri saya n amal saya masa muda ni..

saya takkan putus2 berdoa..
saya percaya Allah lebih mengetahui
hati kami saat ni..

saya baru putus cinta..hati pun xkuat lagi..
kdg2 saya selalu trpikir..kenape sume ni harus berlaku..
tapi saya redha..sume yg berlaku musti ada hikmahnya..
harap saya tabah mghadapi dugaan ni..Amin..

salam..
sekadar ingin berkongsi rasa.saya menyukai seorang lelaki.setelah lebih kurang 7 bulan mengenalinya, since dia macam tak peduli tentang perasaan saya walaupun saya dah bagi hint sikit sebanyak, maka saya telah mengorbankan ego saya dengan mengakui yang saya sukakan dia dengan harapan dia lebih memahami.walaubagaimanapun nampak gayanya sampai sekarang takder response dari dia walaupun dia masih sms atau call.akhirnya saya beranggapan yang semuanya telah berakhir.saya tidak memaksa..cuma inginkan kepastian.malangnya mungkin selama ni i was just full of myself.sedihnya rasa hati.di saat saya bukakakan hati seluasnya untuk dia..Allah beri ujian yang macam ni.kadangkala saya terfikir..adakah menyatakan perasaan saya tu satu kesalahan?mengapa dia tak pernah nak ambil pusing?susah ker nak katakan “TIDAK” kalau dia betul2 tak sukakan saya?mengapa masih ada perkataan rindu?women hates uncertain relationship.saya bukan lagi muda untuk tunggu lebih lama.memang saya kecewa.tapi saya pasrah..Allah knows best!

Saya sama dgn zie. Baru putus cinta. 3 tahun bercinta, tak sangka orang yg saya percaya sanggup tipu saya. janji tinggal janji je. tapi bila fikir kan balik semua ni ada hikmah nye kan. saya percaya 1 hari nanti Allah akan temukan orang yang boleh saya percayai dgn kata2 nya dan lebih baik pada yg dulu. esok asti ada kegembiraan dalam hidup kita.

cinta,1 perasaan yg sukar utk dirungkai.x tau nk kategorikan itu cinta @ perasan je.letih klu tingatkan kenangan yg lepas, mungkin kene lepaskan kenangan itu terbang.yg penting percaye setiap insan tu, ade jodoh.jgn tlalu mengharap.dlm perancangan tu, sentiasa kene ade positif & negatif supaye kalau jatuh tak la sakit sgt walaupun perit&pedih utk di ingat.penah rase x yakin klu ade someone yg suke.bile mintak xplain x nk ckp(die la).mgkin waktu tu tlalu muda utk bicara soal hati kott..maafkan & memohon maaf walaupun x yakin melakukan kesalahan.. itu lebih melegakan.agaknye sbb kite x mohon maaf kot,maka x de jodoh lain yg melekat

saya bru dapat jawapan semalam yang teman lelaki saya memberikan jawapan ‘TAK’ apabila saya tanya sama ada dia nak berkahwin dengan saya..setelah 3 tahun, ini jawapan yang saya terima. hmm memang sakit, tapi saya yakin ada yang lebih baik untuk saya Allah sediakn. lepas ni saya akan pulangkan semua barang2 dia & bagi kad untuk cakap terima kasih di atas semuanya..
saya nak hidup dengan gembira…..

sy juga pnah putus tnang mmg menyedihkan tp ble dfkirkan blik mgkin jodoh sy bkn dngan dia..dia mgkin terbaik utk orn lain..

salam.oh rupanya ramai juga yg frust ya.ingatkan sy je yg frust n jadi x btol.eheh.kisah saya,sy punya pasangan.kami kenal sejak sekolah smpai skrg.dah 8 tahun!byk kenangan bersama.awal thn ni,dia dtg KL.sy bz study.so mcm sy kurang bg perhatian kat dia.dlm dkt 8 blan dia snyap tanpa sebab.last2 sy dpt kontek dia.kami jumpa.die mngadu mslh die.hbungan kembali ok.2mgu pastu sy dpt sms dr sorg amoi cina mngaku gf dia!mcm sy ni perampas pula.amoi tu kata dorang ada affair,bersekududukan n pnah gugur.ms dpt shocking news tu,sy tatau nk ckp apa…lpas tu sy jumpa dia sy meraung nges ugut diri mcm org gila.terok sgt sy rs cmtu.die mgku bsalah n dia kata dia terdesak!dia gunakan perempuan tu utk kepentingan dia.kawan2 di luar sana,anda rasa perlukan sy bg peluang pd laki ni supaya tunggu dia berubah..atau lupakan dia tros..sy buntu sgt2 skrg.sy masih sayangkan dia tp apa yg pnah dia buat dlu ckup buat hati sy pedih.tiap2 hari sy nges mcm org gila.tp skg sy byk dktkan diri dgn agama,lebeh mngenali al quran.bantu sy kawan2.sy buntu.email sy ttg pandagan anda semua.glitterz_starzzio@yahoo.com

salam

aku baru sahaja dikecewakan
oleh kekasih hati ku
dia telah dipinang oleh orang lain dan die terpaksa menerima atas faktor2 keluarga dan kehidupan

kami saling mencintai antara satu sama lain
hinggakn kekasihku mengutuskan bahawa walau bandannya telah dipunyai oleh orang lain tetapi hatinya tetap untukku
aku merana sekarang
dan aku hampir tidak mempercayai qada qadar ini
wanita yang paling serasi, penyayang memahami
telah diambil dariku
adakah itu adil?
lelaki yang memiliki keksihku itu tidak merasai kesusah payahan aku berkorban untuk wanita tersebut
telah mendapat perempuan yang terbaik bagiku
adakah tuhan itu adil untukku?
terpulang sedara sedari menilai
qada qadar kita boleh mengubahnya
aku tahu dia jodohku
tetapi telah dimiliki oleh orang lain
jodoh telah ditentukan.. tapi adakah satu kenyataan jelas jodoh itu akan jadi milik kita?
kuatkan iman.. ada lagi orang lebih baik bla bla bla
itu semua aku dah boring dengar
……………

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana berbahasa Inggeris, pekerjaan dan keadaan sekeliling membuat saya lebih berbahasa Inggeris. Namun, tanah tumpah darah tetap di hati.

It is very interesting indeed to read the articles and comments from all fellow MyJodoh. And this great article has received tremendous response from everyone.

I am new here - was asked by a friend to try this matrimonial site and see if it works for me.

I believe by now quite majority of us have gone through frustrations from different spectrum. Frustrations definitely hurt us in so many ways, I myself am amaze how vulnerable I become when it comes to love. But, Alhamdulillah, with the strengths Allah has bestowed upon me, I acquire the strengths to survive and succeed in facing this. I become a wiser, patient person, though I must admit at this juncture I still have a lot to learn. I now handle my frustrations better, better manage my frustrations by having realistic expectations. I am also lucky that I have a good support system from family and friends.

I consider myself as a fair above average looking person and still looks does not guarantee anything. I accepted the fate of Allah and pray to Allah that my Doa will be fulfilled soon. I never stop trying though.. As a human being we are entitled to feel sadness and tears to prove the hurts, but believe me we become a stronger person, as said by many, Allah gives tries and challenges to those whom he knows are able to handle those challenges well and persistent and diligent in pursuing what he/she wishes.

Semoga pencarian kita semua diakhiri dengan menemui Jodoh yang terbaik untuk kita, Insyaallah.

salam,

macam mana pula dengan cinta yang x berbalas, saya kenal dengan seorang hamba Allah ni nak masuk 4 tahun. Dia memang x der kawan ngan perempuan lain, tapi bila saya ajak dia kahwin, dia x nak….

bila saya kata, kita x yah kawan lagi, sebab buat apa kawan x ada arah tujuan, dia tetap nak kawan lagi…

tapi setakat ni, memang dia yang paling memahami, dan saya rasa selesa berkawan, sebab x yah selalu keluar n berjumpa, atau bertelefon. rumah dekat aja, tapi boleh bilang berapa kali kami berjumpa dalam setahun.

saya dah buat banyak kali solat istiharah. selain kawan dengan dia, saya ada juga kawan dengan lelaki lain, setiap kali saya kenal dengan lelaki baru, saya akan buat solat istiharah, tapi dengan dia juga saya tetap berkawan.

cuma masalah saya, bila saya ajak kahwin dia x nak…

Rasanya dah penat menunggu…

cinta membuat kita lupa betapa sakitnya kalau kita dikecewakan

salam…kwn2…Allah menguji sy…sy harap kwn2 dpt membantu saya…ceritanya bermula apabila sy bkwn rapat dgn lelaki bernama Z yang merupakan ofismate sy…Z mempunyai kisah cinta sebelum ini dgn N ynag bekerja ditempat yg sama…Z dan N tidak dpt meneruskan perhubungan disebabkn tidak mendapat restu daripada keluarga Z…tetapi mereka tetap mjdi kwn baik..segala maslh dikongsi bersama..susah dan senang…sy muncul dalam hidup Z slepas 6 tahun mereka bekwan baik..dari sehari ke sehari sy dan Z semakin rapat dan akhirnya kami merancang unutk bertunang stlh mendapat restu keluarga…hubungan kami todak diketahui oleh rakan2 kami dipejabat termasuk N. Stlh stahun kami rapat, akhrnya N dpaat mengagak hubungan kami…Z menjadi serba salah…saya juga keliru…akhirnya Z mengakui dia sdg ‘bkwn’ dgn sy…

Kwn2…sy menjadi serba salh sekarang…sy seolah2 menjadi perampas..tp menurut Z sy bukan peramppas sbb cinta dia dgn N tidak mendapat restu kkeluarga…Z kawan sy…N pn kawan sy…Z pn mengakui terlalu sukar utuk dia btrus terang dgn N tentang hubungan kami…kerana dia teralu kesiankan N..yang sudah telalu rapat dgnnya..

Z memerlukan masa unutk semua ini…Z mahu cinta kami bersatu cuma dia memerlukan masa unutkn semua ini…apa yang patut sy lakukan skrang…sy takut jika sy teruskan cinta kmi sedangkan Z masih tidak dapat melupakan N ynag memang suadah lama hadir dlam hidupnya….bantu lah sy kawan2..sy btul2 buntu skarng…andainya antara kami tersurat tiada jodh…sungguh brat sy rasakan ujian ini kerana Z adalah cinta pertama sy…………

salam kirana…zana harap kirana dapat bersabar n byk2 dekatkan diri dgn Allah.rasanya cinta z pd n cuma hanya keluarga yg jadi penghalang.z sendiri pun x pasti dengan perasaannya sendiri tp percaya lah jika jodoh dia pasti akan datang balik.maaf cakap,mungkin z sayang pd kirana tetapi pd n z sayang dan cinta.mungkin selama ni kirana tempat z mengadu jadi bila dah sedikit rapat timbul rasa sayang.bagi zana,lelaki dan perempuan xkan ada istilah kawan rapat pasti ada suatu perasaan lain bernama CINTA.z sendiri x jujur,jika z jujur pasti dia dah ikut kemahuan keluarganya n putuskan hubungan dgn n.kirana ambilah masa utk berfikir dgn tenang dan paling penting minta nasihat ibu,hanya ibu yg lebih memahami kita sebenarnya.banyakkan solat sunat hajat n istighfar,mnta petunjukNya.

Salam..
Btoi kata zana tu kirana..

1 Office susah..nanti masing2 bermasam muka dan cemburu..

Bnykkan solat sunat hajat/isthikarah mohon petunjuk drNYA..apapun jgnlaa mengharap sngt..nanti tekanan bila b’fikir..

Lelaki tue dlm dilema diantara 2 perempuan..lebih2 lagi korang satu Office..bg dia masa utk buat pilihan,dan sama gak utk diri sendiri kirana.. :) yg penting JUJUR pd diri sendiri..

lmbt btol sy sedar kewujudan web pemberi semangat ni….sy pun penah menjalani hari2 menyedihkan spt kebanyakan anda semua..sakitnye mmg tak dpt digambarkan…dan sy dh x sgup lg menghadapi saat2 itu utk kesekian kalinya…tp sy amat bernasib baik mempunyai teman2 rapat yg amat memahami & sentiasa berusaha menggembirakan hati sy…tima kasih sahabat2ku dan korg lah teman dunia akhirat tiada galang gantinya..ingatlah teman semua, org2 di sekeliling kita boleh memberi nasihat dan mententeramkan diri kita tp terpulang kpd diri kita sendiri bagaimana kita mghadapi situasi tersebut…Hanya Allah tempat kita mengadu dan hanya kepadaNya lah kita sepatutnya meminta pertolongan..Apa saja yg berlaku dlm hidup ini samada positif atau negatif adalah satu cara mematangkan diri…Ingatlah “Allah tidak akan menguji hambaNya kecuali dengan ujian yg Allah yakin kita mampu menghadapinya”…Setiap insan ada masalah tersendiri dan kita telah ditakdirkan Allah untuk menerima ujian dalam bentuk begini…Anyway, jangan sedih2…banyak lagi benda penting dlm hidup ini yg perlu kita tempuhi dan hidup ini terlalu singkat untuk disia2kan…Sayangi mak ayah adik kakak abang - merekalah insan terpenting dalam hidup kita dan mereka pastinya tidak akan mengecewakan kita..

saya juga sedang mengalami kekecewaan dan stress yang amat sgt.kebetulan mencari bagaimana cara untuk mengatasi stress terjumpa laman ni.Ramai juga rupanya kat luar sana yang mengalami kekecewaan.Bila terbaca komen2 disini..sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan kekecewaan saya.Sekurang-kurang kita tahu bukan diri kita saja yang menghadapi masalah cinta.

salam smua….kisah mijie tue lbh krg cm sy ler…sy nie bercinta ngn ex bf dh 4thn…kira syg tue xpyh nk ckp ler…dye kt perak n sy kt kl…rs cm dkt jer 2mgu skli jmpe..nk dijadikn citer sy nie kje sllu gk outstation n percaya sgt kt dye..ex bf sy nie sllu gk trn kl umh akk dye wlu sy xde pn dye trn kl..kdg2 tertanye gk npe dye sllu g umh akk dye…last2 dye kantoi ngn sy bl kwn2 sy nmpk dye ngah dating kt satu tmpt ngn awek mana tah..kwn2 sy bgtau sy tp sy nie jenis xnk caya selagi xnmpk dpn mata..sy pn ade gk tnye dye tp dye xngaku..ckp le dye syg sy srg jer..then mgu berikut nyer sy bgtau dye sy outstation n then dye pn kol soh take care ler..tp sy psg jerat dye xtau.last2 sy t’nmpk sndiri dpn mata dye ngah dating..sy parking keta btl2 dpn mata dye n dye xdpt nk lari lg…terkedu dye sy dtg n sy trs lempang dye n mnta break jer..cincin pemberian dye sy baling ke mke dye..blk sy trs g umh kwn baik sy n citer smua n 1mgu sy kt umh dye..bdk2 umh sy bgtau ex bf dtg cr sy kt umh mlm tue gk kul 2pg..konon nk mnta maaf n rayu terima blk..n dye dtg gk umh kwn baik sy tp sy tegas xnk jmpe dye lg..cm org gle dye pas sy tglkn dye tp hati sy dh t’ttp wat dye…ksh syg yg sy bg dye taburkn duri berbisa..kesetiaan sy dye khianti..terseksa hati sy…2mgu sy jd cm org xbtl gk ler..mkn mnm dh xpeduli..habis gmbr dye n pemberian dye sy bakar…kje mmg xdpt nk wat so sy apply cte kt my boss n dye fhm..2mgu sy rawat luka n smpi le skrg thn 2008 sy msh lg sndiri menanggung kecewa n luka akibat kecurangan si dye pd sy..sy tkt nk knl mana2 llki yg hadir dlm hdp sy..yg xdpt sy terima dye lg dlm hdp sy bl awek yg dye dating tue kol n bgtau sy ape terjd dye xkn tglkn ex bf sy coz dyeorg dh jauh terlanjur..oh tuhan masa tue lg le skt hati sy smpi rs nk cekik jer dye klu jmpe tp sy dh tekad cukup smpi cnie derita yg dye bg kt sy n dr ctu sy jdkn panduan hdp…skrg nie br sy berani nk berkwn dgn llki tp i2pn msh ade was-was dlm diri..hrp korang smua xalami cm sy alami…oh tuhan seandainya skli lg sy d’cintai, berilah aku srg insan yg bnr2 m’cintaiku tnpa secalit pn kecurangan..aminn…

slms dr sniper.sy pn prnah/slalu kne/ggal dlm bab2 cmni.ada slah 1 drpdnya hmpr2 wat sy mnangis kerana skitnya dan dlmnya prasaan sy trhdp org yg sy syg/cinta.

hngga kini sy msh xdpt lpakan pristiwa cmni.sy wat mcm2 keje tp mkin lme mkin srba xmnjadi kerja sy.

..berasa sangat simpati dan kesian kepada mereka yang telah dikecewa dan dipermainkan oleh kaum Adam. Masalah seperti ini memang sentiasa berlaku dan tak larat nak bagi komen.

Kepada individu yang terbabit cuba tenangkan perasaan dan dapatkan keyakinan diri untuk terus hidup dengan cara melihat kelemahan diri sendiri dan perbetulkan supaya ianya(mencari pasangan hidup) berada di atas landasan yang diredai ALLah. Iaitu, jangan melihat dan mencari salah orang tetapi salahkan diri sendiri setiap apa yang telah berlaku sehingga berakhirnya episod perkenalan itu sangat memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seharian anda.

Dengan cara mengaku akan kelemahan dan kesalahan diri sendiri…, hati akan menjadi tenang dan emosi menjadi tenteram.

Anda tidak rugi apa-apa kerana tidak dapat memiliki tubuh dan jiwa yang haprak lagi ketandusan akhlaq….! Perlukah anda meratap hiba, menjadi seorang yang separuh gila dan berwajah monyok masam mencuka apabila gagal memenangi hati seorang penzina…? Di belakang anda dia bermukah semahu-mahunya dan apabila bertentang mata sentiasa tunjuk manja menzahir setia..!

Piiraaah…, pergi mampus laa..! Inilah kalimat yang sewajarnya setiapkali airmata anda mula bergenang mengingat kisah lalu bersamanya..!

ALLah tidak menzalimi hambanya tetapi hamba-hambanyalah yang menzalimi diri mereka sendiri. Ketentuan dan ketetapan ALLah adalah yang baik-baik saja untuk hamba-hambanya meskipun ianya dilihat seperti menyiksakan…!

Fikirkan yang positif akibat dari perpisahan itu adalah rahmat Allah untuk anda di dunia dan di akhirat. Suka dan girangkah hati anda jika bapa kepada anak-anak yang anda akan lahirkan nanti adalah seorang penzina…? Kalau anda boleh menerima keadaan sedemikian, bermakna hasilnya ialah bapak borek, anak rintek..!

Cuba terbitkan rasa bangga dan hebat dari dalam diri, bahawa diri anda seorang yang bertuah kerana gagal diperdayakan oleh jantan tersebut dan tubuh anda tidak berjaya dijamahnya…!

Selepas ini binalah episod baru. Jangan mudah berputus-asa dan ramaikan kenalan. Kalau dah jatuh suka jangan zahirkan secara berlebihan, nanti makan tak abis..! Dan kalau dah benci ataupun tidak suka kepada seseorang buatlah secara sederhana sahaja, manalah tahu nanti anda akan menyukainya pula lalu akan menjilat ludah sendiri…!

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan banyak sekali. Beruntunglah penanam pisang sekiranya boleh berbuah lebih dari sekali…!

Tapi dalam bab tempeling dan lempang dia depan madu takjadi kau itu…, yang ini teman angkat tabek spring…! Mungkin agaknya mengalir darah panglima dalam tubuh kau itu. Terus terang, kalau dapat free pun teman tak sanggup nak jadi laki kau..,didie_allyia. Omarm mungkin calon yang terbaik sebab dia tuu.. penyabar dan buat dek jerr…!

vanCkulop…tanx bebyk coz ko sudi bg nasihat….bernas le gk ayat2 ko…tp xpe ler..klu ko ckp bg free pn ko xnk..xde hal ler…kt dunia nie nk kencing pn kena byr inikan pula nk nikah ngn ank dara org…so pe pn tanx arr bebyk ngn nasihat ko…

Hahaha.. pepandai Van… Miker tala keteman pulak..

Buat didie_allyia… Puas difikirkan kenapa dan mengapa serta apa punca semuanya terjadi demikian.. munkin ada hikmah di sebalik kejadian yg. berlaku… terimalah dgn rela hati.. munkin Allah nak selamatkan kita.. dari manusia yg salah.buruk perangainya.. sebelum di ketemui orang yg terbaik buat kita… Allah maha Adil.

Kekadang kita sering mencari, sedangkan kekeliruan telahpun terjawab. kadang kita berlari mengejar mimpi dan fantasi sedangkan realiti sudahpun pasti.Kadangkala kita memikirkan erti kehidupan di dunia semata2 sedangkan akhirat kita abaikan…
Tepuk dada tanyalah Iman… sejauh mana Iman kita… atau adakah senipis kulit Bawang????? munkin Allah nak uji kita, supaya kita sedar setakat mana kita meninggati Allah…
Buatlah pilihan yg terbaik dalam hidup kita…

Hmmm…. mengadu pada yg kasih!!!!! merayu pada yg sudi?????

hmm … van ni baguih sekali penulisannya …

hngga kini kdg2 sy msh xdpt tdo kerana diulit bnda2 ni.nak nangis pn ada,tp dh mcm tak boleh nangis lg dah.

pada kawan2 yang frust..cuba la baca surah yassin setiap hari….berdoa lah kepada Allah dengan bersungguh2 agar jiwa menjadi tenteram..kalau nak menangis, menangis lah sepuas hati..InsyaAllah akan lega sedikit…DIA lah tempat kita mengadu di kala kesusahan..

..alaaa didie, sekali-sekala melawak pun takkan nak terasa..! Mamat yang kau tempeling tuu… lagi terasa sakit yang amat sangat sehingga seminggu dia tak boleh berpaling…! Tapi dia buat dek jer…!

Teman ada kat situ dan nampak you tempeling dia. Setelah kena lempang, Mamat itu temanggu seketika. Hatinya berbisik..,”..kenapa Minah ni ada kat sini, kata gi outstation..! Abislah projek aku kali ini…”

Lalu Mamat itu bangun setelah tersedar dari lamunan. Lamunannya terhenti. Dia berdiri perlahan-pelahan sambil mengesat pipi sebelah kirinya. Dan pada ketika yang sama madu takjadi ko itu memaut dan memeluk kemas paha kirinya.

Sangka madu takjadi ko…, kekasih hati yang kerapkali menidurinya itu akan bertindakbalas. Temanpun pada mulanya menyangkakan begitu jugak…, rupa-rupanya melesit skali…!

Walaupun teman melihat dengan jelas dia telah membuka tali pinggang yang mengikat seluar jerutnya itu.., kemudian dia beredar. Mata teman mengekori pergerakkannya…., ghoper-rupanya dia pegi kencing…!

Sehingga terkencing-kencing kena lempang dengan pompuan yang masih berdara lagi bermaruah ini…! Aduhai.. hebatnya aura yang ko miliki.., apakah ilmunya dan di manakah tempat tinggalnya…?

Teman teringat sebuah lirik lagu, “..walaupun kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..!”

Pertamanya sbb kita tidak ada ilmu dan hilang pertimbangan dalam mengurus pelbagai situasi. Kita akui kita semua pergi sekolah. Sekolahnya tinggi bertingkat-tingkat. Tetapi perbuatan dan tingkahlaku kita tidak menggambarkan ilmu yang dimiliki..! Kenapa jadi begini..?

Sebabnya tidak ada sabar dan tiada berlapang dada setelah mata kepala anda sendiri melihatnya. Itu baru melihat mereka duduk bersama..! Macam mana kalau anda berpeluang melihat Mamat itu memacu madu takjadi ko itu..? Teman rasa boleh jadi meroyan dan ko bunuh kedua makhluk itu…!

Apakata jika ko mengambil pilihan yang seperti teman anjurkan ini…, datang melangkah dgn tenang dan memberi salam serta senyuman menguntum penuh makna..!

“Assalamualaikom…! Boleh i duduk sama..? Abang apa habaq..? Macam mana bisnes dagingkepit.., maju tak…?

Kau akan lihat setinggi mana loncatannya, teman rasa pecah rekod olimpik…! Jangan gabra.., jadikan diri setenang yang mungkin, manifestasi dari ilmu yang dikendong dan akhlaq yang dijunjung. Jangan titiskan airmata dan tidak ada maki-hamun di situ…! Ketrampilan diri kita akan jauh lebih terserlah.., kata orang, kalimat atau kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang.

Kita ini hamba yang sentiasa menyerah dan pasrah. Hidup kita ini ALLAH yang susun. Zahirnya nampaklah makhluq yang berbuat. Tetapi hakikatnya kita nak pulangkan kepada siapa…? Kita hanya diberi pinjam sedikit sahaja dari qudrat dan iradatNYA. Sepatutnya anda buat sujud syukur dan menangis kerana ALLah dah tunjukkan siapakah dia yg sebenarnya.

Sifat hamba itu lemah, sentiasa lalai dan alpa untuk mengingati Penciptanya, lalu syaitan yang sentiasa berada dalam darah anak adam itu mengambil peluang…, “.. tibai, tibai…, jgn dengan tangan ko tapi bagi dgn kasut tumit tuuu.., bior ada telaga di dahinya…!”

Alkisaah.., ko melompat dan menerpa Mamat itu sehingga kasut tertinggal dalam keta. Bagus jugak laa…, kerana tak dengor 100% bisikkan syaitan laknattullah.

Pengajarannya, jadilah seorang yang bijaksana dalam mengurus emosi ketika situasi yang tegang. Sebelum kita nak buat sesuatu kita perlu tanya balik diri sendiri…, patutkah aku tempeling dia di khalayak ramai..? Apa hubungan aku dgn dia..? Tunang ke ? Isteri ke..?

Kalau dah jadi suami pun tak boleh buat macam itu…, tunggu sampai dia balik maaa…

p/s - azrul, jgn puji sangat nanti jadi mcm sniper pulak sehingga menganggu tidooo ku…!

sniper..saya rasa sapa2 mengalami putus cinta faham bagaimana perasaan awak..saya camtu gak..bila keseorangan ingatan terhadap sidia datang..dan di waktu itu bagai ada darah yang terkeluar dari hati…

atas saranan kawan2..dekatkan lah hati kepada Allah..baca Al-quran banyak2..Insya Allah hati akan tenang…setidak-tidaknya tak lah seteruk pada waktu kita menerima tamparan hebat tu…

IA dan kepada sha jika menangis keluar air mata darah pun tak dapt nak pusing balik masa.kadang2 kesan frust ni mgkn berkekalan smpai akhr wktu.

amboi ko van..bkn min lg erk…xpe le pe pun tanx le nasihat ko..aku dh mula sedar n berpijak di bumi yang nyata….yg lepas biarkn lepas…so tanx…

akum…

31 ogos 08 merupakan tarikh keramat.aku pun nak berkongsi pengalaman.pahitkan rase apebila cinta dan kasih tidak kesampaian? cinta 3 segi…salah seorang pasti terkorban.ibarat medan perang.love is about war.pasti ada menang dan kalah.dalam hakikat hidup ini,ternyata aku yang tewas.jiwa terasa sakit,fikiran bercelaru.kerje tak fokus.bercakap memang senang tapi untuk menelan hakikat bukan semudah mengupas kulit kacang tanah.aku terima kekalahan ini.ini lah ketentuan ilahi.takdir telah menyapa.heh…banyak kali aku menolak untuk jatuh cinta,tapi aku tak terdaya melawannya kehadiran cinta.yup…cinta ibarat bayang2.bila terang ia hadir walaupun diusir dan bila gelap ia hilang bila walaupun di undang.niatku suci menyanginya.hanya untuk mengubat luka dihatinya.itu lah tujuanku.demi masa sesungguhnya aku terlewat mengenalinya.sebenarnya dia milik org.pun begitu cintaku masih berbalas.kadang-kadang diri tertanya tanya.ape kurangnya aku dan ape lebihnye dia.disini aku mengetahui sesuatu dia seorang yang setia pada yang satu.risiko aku terima padahnya….hati masih perit buat mase ini….salahkah aku untuk mencuba?

Salam.. pandai betul van berkata-kata menyusun ayat..Aduih rasa nk terbelit usus mo ketawa ngan ko punya ayat. Tp van,cian ngan alliya tu.dia tgh frust menonggeng..apa2 pun bleh berlaku.. Wan pun mengalami apa yg illyia alami cuma xde la wan mengamuk macm dia.Hati mmg sakit sgt bl org yg kita sy g bt cmtu pada kita tp lepas tu kita kena bersyukur banyk2 bab Allah dh selamatkan kita dr terus hidup dlm penipuan dia. Xpela kalu gitu gayanya letak jer dalam hati mmg dia tercipta bukan untuk kita..ok Aliya..hidup untuk berbahagia bukan untuk menderita…chaiyok..
Teringin nk beremail ngan van..dis is my email

assalamualaikum….
kepada kakak2,abagng2n adik2..saudara n saudari semua….. disini sy ingin menceritakan pengalaman diri ku…kisah yg amat pahit n perit utk diingat…….tp..bila membaca coretan2 di ruangan ini…tergerak hati ni untuk berkongsi bersama…niat ku cuma 1, agar di jadikan ikhtibar dan mungkin dapat membantu masyarakat sekeliling ku….
aku sekarang berumur 25tahun, kisah pahit ku bermula setahun lalu…bulan 8 tahun2007 adalah tarikh yg amat mengguji hati dan kehidupan ku…malah sejak hari itu hingga lah ke saat ini…aku masih lagi berperang dgn perasaan ku…. di sini, aku tak nak ceritakan tentang kisah aku masa bercinta dulu, aku ingin menceritan kan kisah hidup ku selepas ‘peristiwa”itu….mula2 aku tak dapat menerima nya…aku menagis2 dan terus menagis…di samping itu…aku perbanyak kan baca quran kerana hati ku seperti terasa ada pisau’mencucuk ke dada’..kesakitan nya…amat susah kugambar kan..hanya allah saja mengetahui nya…..pada masa itu begitu murah air mata ku menggalir…hati ku teramat sakit..teramat…aku tetap berdoa dan menugg dia berubah dan kembali ke pangkuan ku….tiap2 solat ku berdoa untuk diri nya…ku kirimkan sms,surat..untuk menarik nya kembali ke pangkuan ku…malah tiap doa ku..akan di sertakan air mata…bukan krn sedih…tp…krn..pada masa itu…ku rasa kan cukup sengsara teramat…perasaan…marah,sayang.benci,pilu,sedih…semua bersarang di minda dan hati ku….akhir nya setelah 2 bulan berlalu…aku merelakan nya terjadi…aku merela kan diri ku dianiaya…aku merelaKAN segala penghinaan nya….aku relakan segalanya…
aku tetap berdoa untuk nya agar dia berubah dan tidak melakukan perkara sama pada kaum hawa lain…bagi ku cukup lah dia insaf dan sedar cinta dan sayang ku pada nya selami ni ikhlas…itu sudah cukup…
aku meneruskan hidup…hari berganti bulan dan sampai lah sekarang genap setahun setengah ia berlalu….aku masi mengalirkan air mat bila meggenagkan kejadian itu….tp di hati ku…untuk terima dia kembali adalah tidak… cukup lah dia berbahagia dgn jalan pilihan nya,
hidup ku berlalu dgn sepi…sampai saat ni ku belum ada pengganti…bukan aku tak mencuba..puas akau berusa dan berdoa..tp jalan yg tunjukkan jalan mati….bila ternampak teman2 “berteman” jiwa ku meronta kesuyian..kesepian….hidup ku sunyi sangat….rutin harian ku kerja balik umah..keja balik umah…pena dulu aku hampir tertipu nila hati nak buka kan pada seorg adam…rupa nya dia suami org….alhamdulilah aku di lindungi allah…tp knapa mesti terjadi di kala hati ku mula sembuh…..aku redho…dan doa banyak2….kadang2 bila bersendirian di rumah…aku akan menagis…tiada kan insan yg jujur lg i ddunia ini? bukan nya org tak nak diri ku…ada! tp semua hanya nak”bermain ” dgn ku….aku cuma inginkan INSAN YG MENYAYANGI DIRI KU..IKHLAS KERANA ALLAH, YG BOLEH MENERIMA KEKURANGAN DIRI KU..IKHLAS KRN ALLAH…YG BOLEH MENDIDIK KU..TANPA JEMU DAN BERPUTUS ASA…MENDIDIK KU DGN PENUH KASIH SAYANG DAN KELEMBUTAN…cuma itu keinginan hati ku…tp semua yg datang pada ku…adam yg merosak kan…tp aku shukur….walaupun hati ku kegersangan kasih sayang…tp aku masih waras membezakan baik buruk mrm…ini semua atas berkat dr allh pada hamba nya yg hina seperti diri ku…aku tak dapat bayang kan jika aku tidak di berikan kekuatan ini dr allah…maka hancur lah hidup ke…aku shukur…shukur…alhamdulilah….walau pun kadang aku rebad dgn nasib diri ku…aku shukur ats kejadian semua ini……trima kasih pada teman2 seugama ku….cerita anda semua bnyak memberi semangat pada diri ku…semoga kisah ku ini juga dapat menolong diri rakan2 ku semua.

assalamualaikum…cite bab2 putus cinta nie sya pun baru je putus cinta…frust jangan cakap la…benda nie makin dilupa makin diingat…yang sukarnya bagi saya kami satu tempat kerja..hari2 nampak dia…sebelum nie g kerja sama2..balik kerja pun saya hantar dia..tapi sekarang tegur pun dia tak sudi…bagi saya dialah perempuan terbaik yang saya pernah jumpa…kalau diikut tahun depan dia dah setuju kawin dengan saya…tapi entah mengapa dalam masa yang sama,dia memberi harapan dengan orang lain…yang lebih menyedihkan orang tu hanya dia kenal melalui internet…kekadang dia call untuk urusan pejabat…tekenang kembali saat2 bercinta dulu…tapi tulah mungkin dah tiada jodoh…terima jalah…memang la payah…tapi yakinlah setiap orang sudah ditentukan nasib dan jodoh masing2….ini lah lumrah hidup setiap pertemuaan pasti ada perpisahan.bezanya perpisahan hidup atau mati saja…tapi jangan putus asa kerana Allah sentiasa membantu hamba-hamba-Nya….

wannanne….tanx…..

Wannanne..,saya juga simpati dengan Allyia, malah kpd semua orang yang meluahkan perasaan di sini. Sekadar memberi pendapat dan pandangan agar mereka boleh menerima kenyataan dari apa yg telah berlaku serta mengharapkan jiwa mereka menjadi tenteram dan berupaya menjalani kehidupan normal kembali.

Ianya memang sakit dan perit sekali. Sebenarnya dlm hidup yang kita lalui ini memang terdapat pelbagai rintangan dan halangan dlm usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik.
Kita kena akur dalam semua keadaan dan suasana yang menjelma dalam hidup kita ini…, sama ada kita suka maupun sebaliknya. Itulah ketentuan dan ketetapan yg telah tertulis.

Jangan ada marah dan tiada dendam di situ, malah jadilah seorang pemaaf kerana ianya memberi ruang dan peluang utk kita mengutip pengajaran yg sgt bermakna dlm mengemudi haluan kehidupan ini. Semua pengajaran ini tidak terdapat di dewan kuliah. Sewajarnyalah.., alam yang terkembang kita jadikan guru.

Untuk berhadapan dgn masalah yg begini, kita perlukan kekuatan mental dan rohaniah. Jasmani akan menurut saja melalui bisikan hati. Tetapi manusia yg beriman, minda yg cerdas lagi cemerlang tidak mudah untuk membiarkan tubuhnya dihancurbinasakan dlm apa jua keadaan. Semuanya ini dipandukan oleh ilmu yg mendasari kehidupan individu yg terbabit.

Justeru itu, jadilah insan yang bijak dalam menguruskan soal-soal emosi….! Berpelajaran dan berpendidikan tinggi bukanlah tiket yang memastikan seseorang itu berjaya menguruskan soal-soal emosi, kekadang hidup individu yang terbabit lebih tertekan bila masalah menghimpitnya datang dari pelbagai penjuru…! Maklumlah masalah di tempat kerja tdk berjaya diselesaikan, ditokok pula oleh masalah peribadi.., memang boleh jadi mereng dan biul seketika…!

Jadikan hidup seringkas yang mungkin dalam soal emosi dan kesampingkannya. Minimakan risiko. Jangan letakkan 10 biji telur dalam satu bekas. Dan akal mestilah sentiasa mengatasi emosi.

Berbaloikah kehidupan kita.., sehingga prestasi kerja merosot, kerjaya dipinggirkan, keluarga menjadi hairan melihat perubahan kelakuan/sikap dan hubungan dengan rakan-rakan menjadi renggang disebabkan oleh spesis jantan/betina..?

Adalah sia-sia kerana semuanya itu berlaku disebabkan kita gagal memenangi hati individu yang jalang…! Kepada semua.., sekira anda gagal dalam menjalinkan hubungan untuk membentuk kombinasi.., maka tanamkan dalam hati…, dia bukanlah yang terbaik untuk anda sepertimana yang telah dijanjikanNYA…!

Uruskanlah hidup anda semudah yang mungkin dan jadilah seorang yang ceria meskipun menempuh kegagalan…! Di situ terdapat banyak pengajaran.

akum… benarla org ckp cinta itu indah bila besama tapi bila terpisah pahit dan kesengsaraan dtg mengganggu kehidupan,, saya baru putus cinta pda awal nov 2008.. hari lahir si dia yng mengingatkn sya betapa hancurny hati dan perasaan saya bila si dia selama 8 tahun saya setia bersamanya.. dulu waktu susah saya bersamanya.. bila beliau sudah senang ditinggalkan saya keseorangan, hanya utk bersama perempuan lain,,megah skali beliau melafazkan yang cinta dan sayang beliau sudah tumpah pada perempuan itu,, bukan lgi pada diri sayabetapa hina nya saya d mata beliau.. saya menjadi terlalu kecewa hinnggakan sanggup saya ucapkan pada ibu saya,,, mak… tak kawin sampai tua pun takpe la… ,na dah tak percayakan lelaki lagi……..

bukan kerana saya tidak percayakan ketentuan allah.. saya trima ujian ini.. dgn hati yang redha.. tapi sekarang saya masih ada lagi sisa sisa kecewa yang belum tentu boleh diubati.. saya benar benar kecewa dgn beliau.. benar benar… hanya allah saja maha mengetahui…

elina…sy tumpang simpati…kuat kan hati k….banyak kan berzikir…. ingat lah” tiap2 kesukaran itu..di sertakan kemudahan”(surah al-inshirah,ayat 5),…berdoalah pada allah…luahkan segalanya pada allah…ia akan wat diri kita tenag……semoga elina kuat kan hati k….harap kita dapat jadi sahabat pena…

4 elina hrp sbr k dgn pe yg terjadi….hrp elina sudi email sy..pki nama sy nie tuk email sy….van ko pn lh gk klu nk email…..geram tul aku ngn ko…..hehehehe

Masak sup terlebih garam
Sup power sup tulang
Dapat kawan seorang yg geram
Daging disiat tinggal tulang

Wajahnya comel manis bergaya
Pulang lewat kawan hantarkan
Wahai kekawan tolonglah saya
Dah kena penampar ku ditinggalkan..!

Dari Pekan pergi ke Maran
Berbaju labuh kebaya panjang
Kalau geram kembarnya baran
Aku tak sanggup kena terajang..

Petang hari duduk bersantai
Pekena kopi likat dan pekat
Angin bertiup sepoi bahasa…
(..Omarm, tolong abiskan pantun 6 kerat ni..)

salam..gaye saye ade sket kot cam didie_allyia..lpas ni nk blaja jd org yg pnyabar..

hai Van… udah lama tak dengor kabo…..

Petang hari duduk bersantai
Pekena kopi likat dan pekat
Angin bertiup sepoi bahasa…
Cantik menawan ramai yg nak intai
Bagaimana Jejaka berani nak rapat
Asyik baran sepanjang masa…

salam..pada semua..

Batas penglihatan begitu sempit ,sedangkan bunga2 di taman begitu bnyk.Dia yang memetik bunga pada musim bunga ,mengadu tentang ketidak cukupan tangan .Mgapa perlu merasa kecewa n merana kerana jika bukan kerana si dia yang kita sayangi di ambil orang lain satu hari pasti dia akan di ambil juga oleh Allah s.w.t.Kerana itu jika kita cinta n syg kan sesorg perlulah dgn nawaitu kerana allah.memglah taat setia hanya pada suami tapi itu hanya kerana allah.Mengapa bila kita bercinta n berkasih syg tak sama macam kita sayang kan keluarga yang lebih dulu kita kenali sebelumnya si dia.hingga ada yang sanggup meninggalkan keluarga semata2 kerana cinta pada seorang laki atau perempuan yang tak sampai 10 tahun kita jalinkan persahabatan.selepas itu apa yang terjadi .Tiada restu keluarga…perlu di ingat juga bila kita menerima seseorg dlm idup kita maka kita kena menerima ahli keluarganya juga…tapi jika mereka tak dapat menerima kita perlukah kita mengambil si dia yang sememangnya di miliki oleh keluarganya tanpa izin dan doa restu org tuanya….di sini bukan niat saya untuk menidakkan kekecewaan dlm bercinta.saya juga penah alami dimana sidia yang saya kenali setakat hnya 4 tahun terpaksa saya tinggalkan demi allah kerana ibunya tidak dapat menerima saya..hnya kerana dia mempunyai pilihan yang lebih baik untuk anaknya.pasti dia seorg ibu yang baik kerana menjaga kebajikan anak nya supaya masa depannya lebih terancang …..saya redho.Saya terpaksa menyakiti hati si dia dgn mgatakan saya ada kwn lelaki yang lain ,yang lebih baik dr nya.Sungguh dia juga seorg laki yang baik,melepaskan saya dengan iringan doa smoga saya berbahagia dgn pilihan saya.pilihan 1st selalu kita rasakan adalah yang terbaik….sehingga susah utk menerima seseorg utk kali ke-2 atau seterusnya.tapi stakat saya seorg yang hanya baru bercinta 4 tahun dgn nya apalah sgt jika nak di bandingkan dgn ibunya yang membesarkannya sejak 25 tahun…bak kata perempuan ,istri boleh ditukar ganti tapi ibu tiada gantinya hingga ke syurga.walaupon org selalu kata hati perempuan seperti kerak nasi…bila direndam ia akan lembut juga n dibersihkan maka hatinya akan bersih semula….alangkah mudahnya menjadi kerak nasi,tapi bukan semudah yg di sangka….segalanya tlh tertulis di luh mahfuz pasti ada jodoh saya dan juga sahabat2 yang lain……MUNGKIN KITA TAK TERCIPTA UTK SIDIA ,TAPI UTK SESEORG YANG ALLAH S.W.T CIPTAKAN UNTUK KITA…….maassalamah

Pulang teman dari beburu
Di anak tangga dok termanggu
Gulai basi kuat terhidu
Apa jadahnya sudah berlaku

Diteliti sekitar ruang tamu
selekeh benar, penuh debu
Dinding putih bertukar kelabu
Berpalit kotoran tidak menentu

Di dapur lagi menimbulkan geli
Periuk belanga menimbun tinggi
Pinggan mangkuk masih berdaki
Lantai terasa melekit sekali

Khayalan tersentak…tersedar leka
Teman berpijak di bumi nyata
Harapkan cuma Cantik rupa
Bukan Suri penyeri bahagia….

Bagaimana nanti jika dikurnia
Putera puteri warisan baka
Didikan apa akan di tempa
Ibu Cuma pentingkan muka????

Bakal ayah kurang senang
Dipanggil isteri datang kemari
Tetapi isteri sukar mengerti
Apa di hirau habuk dan Daki???

Bukankah dia cukup melayani
Pakaian selalu bertukar ganti
Wajah sentiasa berseri seri
Badan dilumur minyak wangi

Bukan sekadar itu tugas wanita
Kediaman bersih lagi selesa
Jamin kesihatan keluarga bahagia
Mata terang, fikiran pun lega..

Kuberi tempoh puteri jelita mencuba
Mengubah laku warisan keluarga
Tetapi payah BARAN kerana sudah biasa
Terasa diseksa seperti dalam penjara

Aku memutus tiada harapan
Berterusan begini, jiwa tertekan
Biarlah di sini putus hubungan
Lari masuk hutan kerana berlainan haluan..

Jwp jgn tak jawap????

akummm.
buat teman teman.. trima kasih ngan kata kata sokongan anda. elina benar benar menghargai.. sesungguhnya segalanya berlalu begitu cepat, tanpa elina sedar bahawa kemanisan bercinta itu hanyalah sementaraa.. tanpa elina duga berakhir jua dgn perpisahan.. kekadang terfikir di fikiran elina.. kenapa perlu elina kenal ngan lelaki ini. alangkah indahnya sekiranya elina tidak pernah mengenali beliau.terlalu kejam lelaki ini., buat elina sengsara, bagi kebahagian pada elina dan beliau juga yang menghancurkan hati elina. apa dosa dan salah elina sehinggakan beliau membuat keputusan yang terburu buru. tidak adil, tidak adil bagi elina,…….! nape kejam sangat…nape buat elina mcm ni.. elina benar2 kalah… mungkin ini yang dirasa oleh orang lain.. begitu perit ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, yang kita setia, elina benar benar kalah.. lemahh.

salam..
saya pun baru je kecewa. dah dua kali cinta sy tak mendapat restu dr pihak lelaki..paling menyedihkan, sy berkorban kasih dgn membenarkan kekasih sy mengahwini pilihan ibunya. sy ditinggalkan jua akhirnya untuk kali kedua. sy tak tahu lagi bgmn nak menghadapi saat2 getir dlm hidup ini…sy pasrah pada ALLAH utk menentukan jodoh sy. jauh disudut hati, sy masih menyayangi kekasih sy.

dengarlah ayat-ayat suci al-quran.kerana di dalamnya tersimpan seribu satu penawar untuk mengubati hati yang terluka..bacaan daripada sheikh misyari al-afasy pasti meruntun jiwa untuk mendekati pencipta kita..

Salam.. mcm kwn2 sumer, sy pun baru putus cinta.. rase hampir gila d buat nyer…itulah cinta pertama sy, die lah lelaki pertama yg berjaya memiliki cinta sy, namun, setelah tiga tahun bersama, die meninggalkan saya.. semua janji2 manis nye die lupekan begitu saje.. sdih sgt…

[…] (Artikel ini adalah susualan daripada Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran.) […]

salam…..sya x sangka dalam tahun baru ni saya ditinggalkan..trlalu perit rsanya tapi kena hadapi jg…. bru bebarapa ari lepas…kami putus…sakitnya tuhan saja yg tahu..tapi dia mungkin lagi sengsara hingga dimasukkan wat sb trlalu fikir benda ni..kami x dapat brsama sb x direstui…oleh keluarga.kami becinta jarak jauh..dia kat p saya plak kat s.alasanya kluarga x boleh trima saya sb jauh n org s n kluarga dia ada pilihan…
tapi saya bangga ngn dia..dia sanggup melihat kami bedua kecewa dari kecewakan keluarganya..tu yg buatkan sya sayang dia sangat-sangat..tapi sya sntiasa berharap agar ada jodoh antara kami. malah sya rela dijadikan no 2…tpi dia x sanggup sb dia x nak saya lagi tersiksa…dia takut x brlaku adil apatahlagi nafikan hak sya dihadapan keluarganya..malah katanya andai ada jodoh, kami akan diketemukan juga..malah dia nak kami tetap jadi kawan..dan mendoakan saya berjumpa dengan org lagi baik dari dia..tapi mampukah saya lupakan dia..sdngkan sya da terlalu sayang dng dia..saya tahu dia derita…kami sama2 mengalami rasa derita ini..tapi saya akn sentiasakan doakan dia n masih sentiasa mengharap ada sinar utk kami berdua walau sesulit mana, walau ia amat sukar n sesungguhnya tuhan itu maha pemudah urusan..

CiNta ItU BuTa su..

Apapun terpulang pd individu masing2..

Assalamualaikum..

Su..Ni ada masa saya nk taip pnjang2..Saya faham perasaan awk su,sb mcm ner perkara yg dah berlaku pernah saya lalui gara2 krn family..Apa nak buat kan..Annggapla tiada jodoh..Ada rahmat disebaliknya..

Su,pd permulaannya,memangla sukar utk kita lupa pd org yg kita sayangi..lebih2 lagi dah berkawan lama walaupun dapat tentangan dari family..Masing2 family bg alasan..Tak pelaa saya pun pasrah dan redha dgn apa yg berlaku..Alhamdulillah skrg saya dah tenang..Mungkin kita akan dpt yg lebih baik drnya..Insyaallah..

Apapun su..berdoa bnyk2,smbhyg sunat hajat/isthikarah,mohon petunjuk..Insyaallah mudah2an..hati akan kuat utk menhadapi apa2 yg akan berlaku..Saya pun buat mcm tue..Tp tipulaa klu saya cakap tiada memori dlm ingatan.. :) tp skrg hati dah tak mcm dulu,sb bila org lain dah masuk dlm hati kita,lama2 hati kita dah tawar pd org yg kita tak jadi nk menikah..

Biarla masa yg menawarkan segala2nya berlalu..

Apapun serahkanlah hati,jiwa dan raga pd yg menciptakan diri kita..ngadulaa pd Allah yg Maha Esa..hati kita akan tenang..Insyaallah..ada rahmat disebaliknya su..Mungkin kita akan dpt yg lebih baik drnya su..Percayalah..

Saya dah lalui spt su..tp saya lagi teruk dr su..sb saya dah tak ada harapan nk hidup bersamanya krn dah disumpah ngan my mom,”ibu tak izin hang kahwin ngan dia di dunia dan akhirat..” :( saya lagi sedih dr awk..Saya citer pun hati pilu..Itu citer lama..saya kongsi pengalaman saya pd awk..

Masa dah rancang nk menikah,bapak saya setuju,tp saya ada masaalah sb terfikir2 ngan kata2(sumpah) ibu saya tanpa pengetahuan bapak..
Bila saya cerita pd bapak saya..bapak kata tak elok klu kawen ngan dia..Ibu pun dah sumpah sampai mcm tue..

so,saya dekatkan diri pdNya,mohon petunjuk..Klu kata2 ibu dah mcm tue,tak boleh ditarik balik..Jadi,sy tinggalkannya dan buat perangai mcm2..Tp hati kita jea yg terseksa..Saya kuatkan hati jugak dan ingatkan Allah bnyk2..

Skrg saya dah bahagia ngan diri sendiri..Alhamdulillah..
Restu kedua org tua penting su..Fikirkan yg terbaik utk diri sendiri su..Sy doakan yg terbaik utk awk su..

CiNta itu buta su..apa2 pun klu tiada iman dlm hati,kemungkinan kita dah lama ikut hati dan perasaan spt kawen lari..Tp saya ada prinsip hidup..Selagi saya masih anak mak bapak,saya tak mahu melukai kedua2 org tua saya,dan saya tak mahu maruah keluarga saya tercemar krn sy..

Skrg Alhamdulillah,saya redha dgn apa yg berlaku.. :)
Begitulah cerita saya su..bila saya citer mcm nie n ungkit hati rasa sebak..saya fhm perasaan awk..saya pun dah lalui spt mana terjadi pd awk..Perit..Kena bnyk bersabar su..

Begitu terharu Bro mmbacanya… macam kisah Laila&Majnun sungguh hebat, ibarat di langar burung geruda punah ranah….

Sudah menjadi ketentuan maha penciptanya, sbgai rumusanya Allah taala yg menciptakan manusia dan alam semesta dgn ketentuannya… hidup mati di tangannya…begitu jua Jodoh.

Dia jugalah yg telah menurunkan al-quran sebagai hidayah (petunjuk) kpd umat manusia. siapa lagi yg lebih mengetahui tentang hakikat dan rashia alam semester ini jika bukan pencipta yakni Allah???

Amik kisah dan ikhtibar dari hadith dan al-quraan sebagai pengiktibaran serta panduan kehidupan manusia…

Wallahu’alam.

wsalm…tq sb sudi baca n kongsi cerita ngn saya….tapi sukarnya nak hadapi saat ini…klu dia jahat senang nak lupakan tapi ni x.pusing kiri kanan nampak wajah dia..teringat kata2nya.. tapi saat ini saya masih lagi meletakkan harapan..kerana manusia tanpa harapan adalah manusia rugi

heheh…saje tompang lalu

tumpang sedey bace citer korang…ape2 pon….hidup mesti heppi…klo sedey2 gak….

marilah kite tengok citer tande tande tandeket!!!!!!!!!! sesamer

tak pon citer barbie……layan jek……………..yang latest mariposa……cun woooooooooooooo barbie doll tuh

Assalamualaikum,
Betul cakap su tuh, kalu si dia jahat nk lupa tu boleh tapi tak de la mudah mana sbb kita akanfikirkan juga kebaikan dia bab kata pepatah, nak membenci sesorang fikirkan kebaikan dia. Dan kata pepatah lagi..nk menyayangi seseorang pun biar berpada2, pikirkan kejahatan dia plak. heheh.
Tapi kalu dia mmg baik, hmmm hanya masa dan usaha je yang akan jadi penawar. Usaha macamana? Lebih dekatkan diri pada Pencipta seperti saranan Purple, pasti berjaya. Sisa kenangan tetap akan ada, itu dah jadi sejarah dan asam garam kehidupan. Kata hadis Riwayat muslim “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperolehi kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya” Aamiiiin

:) Ada jodoh tak kemana..tp klu tiada jodoh redhalah dgn ketentuanNya..Mungkin ada rahmat disebaliknya..Hanya Yg Maha Berkuasa jea yg mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui..

Walau macam manapun,berterus-terang adalah lebih baik..minta dgn elok2..kena berani hadapi cabaran dan rintangan..jgn lupa mohon petunjuk pdNya..

Klu saya dah bnyk tertekan nak harungi..sb semua keluarga tak boleh terima krn statusnya duda ank dua dan berketurunan kling(mamak piau)..

Saya pun hadapi jugak bila berdepan dgn situasi yg sukar,bila dpt tentangan hebat dr family saya,semua org masuk campur n bnyk nasihat suruh cari lain,walhal hati kita sendiri tak siapa yg akan fhm..sb saya tak boleh terima dgn alasan apa sbnya duda?apa salahnya status duda..tak semesti anak teruna semua baik!!itu yg saya jwb..
Ibu saya percaya apa yg dia pi menengok..katanya “hang takkan bahagia klu kawen ngan dia,sb hang akan hidup teraniyai klu hang kawen ngan dia,klu hang tak percaya cakap ibu,hang tengoklaa..Dia akan pukui hang,n akan balik kat ex-bini dia..”

Saya cakap “awat bomoh ke yg tentu hidup sy?Awat ibu percaya sngt cakap bomoh2 nie?!!bomoh boleh tau ke apa yg akan berlaku pd masa depan??dia kaa yg tentu jodoh sy??!
Ank ibu nie pun bukannya baik sngt..bnyk kekurangan yg ada kat sy..Saya minta dgn elok2..tp ibu berkeras dan tak boleh terima..hurmm klu tak bg jgak kawen sy boleh guna wali hakim..

Bila ibu saya berkeras tak mahu jugak,sampai ibu kata “aku tak izin hang kawen ngan dia dunia akhirat”..

Sb tuelaa ibu saya cakap mcm tue..

Bila lama2 saya tetap kawan jgak ngan dia..tup2 dngr2 bapak suruh pi daftar borang kat pjbt agama..Sy minta bg masa utk saya berfikir..Hati sy tak tetap pd dia,sb dpt tentangan dr semua keluarga..

Bila hati bapak dah sejuk,baru saya cerita apa yg berlaku antara ibu dan saya..mengenai bomoh,bapak sy cukup marah sb ibu pi menengok2..bapak cuma pesan jgn sesekali sy pi menengok2 kat bomoh!ingat bapak pesan..!bapak sy pun terasa apa yg ibu sy cakap “aku tak izin hang kawen ngan dia dunia akhirat”..bapak sy pun jadi susah hati..suruh saya berfikir pnjang..saya pun buat keputusan lebih baik saya tidak berkwan ngan dia..Saya anggap ada hikmah disebaliknya..

Saya tak boleh pentingkan hati dan perasaan saya,tp kita kena fikir lebih jauh dari itu..

Utk su,minta dgn baik,dan berterus terang..suruh si lelaki tue cakap betoi2 pd orgtua sendiri..kena berani dan cekal utk berdepan dan hadapi cabaran..Percayalah ada jodoh tak kemana..klu tiada jodoh redhalah dgn hati yg terbuka..Insyaallah ada hikmah dgn apa yg berlaku..Mungkin su akan dpt yg lebih baik drnya…Percayalah..

Kata hadis Riwayat muslim “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperolehi kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya” Aamiiiin

Ayat2 nie buat kita semakin tabah utk hadapi dgn tenang..Thnx HatiNur..
Salam perkenalan dari saya.. :)

salam perkenalan..

sebak sungguh ati sy membaca kisah saudara dan saudari di atas..skg sy pun turut melalui peristiwa yang sama dengan kalian..sy sungguh tak sangka permulaan tahun baru ni permulaan kisah duka saya..sy tak tau macam mane nak menghadapi hari mendatang dalam idup sy..tp sy tetap kuatkan semangat masih ramai lagi yang sayangkan kita terutama famili kite dan kwn2..sy pun frust yang teramat2 sgt..tak sangka sy ikatan cinta dan pertunangan yang diikat hanyalah sandiwara semata-mata..dia mmg pelakon yang sungguh hebat..dua tahun sy mempersia-siakan masa sy menyayangi dia sepenuh..sy sangkakan dia pun sama..tp awal tahun ari tu sumenye terjawab..padan la sy nmpk byk perubahan pd diri dia x mcm2 mula2 kami bcinta dulu..rupanya dia bcinta dah dengan org lain di belakang sy..kenapa la lelaki ni cpt tul berubah hati..yang sedih dan kecewanye sy lg 4 bulan keluarga masing2 dah merancang nak melangsungkn perkahwinan tp dia boleh wat sy macam ni..kejam sungguh dia..dia minta putus dan mghilangkan diri macam tu je..tp xpe la mungkin semua ini ujian Allah S.W.T kepada saya dan sy menerima ketentuan ini dengan redha walaupun sakit dan luka yang ada dalam hati ni hanya Tuhan je yang tau..hampir 2minggu sy tak makan tido pun tak tenteram mengingatkan ape yang telah berlaku..prestasi kerja pun menurun teruk..ade je salah n silap sy kat tmpat keja..alhamdulillah skg sy dah boleh menerima kenyataan tak rugi sy kehilangan dia..lg elok sy kehilangan dia skg sblm sy dpt tau perangai dia lps bkahwin..mungkin ada hikmah ats apa yang telah terjadi..dia mungkin bukan jodoh yang terbaik utk sy..dan biarlah dia bahagia dengan jalan dia pilih walaupun sukar untuk sy melupakan dia..hanya masa yang boleh mengubat segalanya..semoga sy dipertemukan dengan insan yang menyayangi sy seadanya..amin..

salam semua,

sy pn pnh alami perkara2 yg mcm korg nie seme. mse2 mula, mmg rse down sgt and ble dah lama, baru sedar akan ‘permata’ yg Allah anugerahkan sebenarnya. Tanpa ujian itu, sy tidak mungkin dapat dan sedar tentang berharganya ‘permata’ itu.

Kwn2ku, jgnlh berkeluh kesah, bergundah gulana hanya kerana seorang makhluk. semua itu ujian bt kamu n sbnrnye ade hkmah yg amat berharge dsbliknyer. myb dgn prtiwa ini, kita akan lbih mengingati Allah.. aggaplah juga peristiwa ini sbgai teguran drpd Allah..sesungguhnya Allah itu amat rindu mendengar rintihan dari seorang hambanya..so, berdoalah dan terus berdoa.. Allah itu maha mendengar..

kawan-kawan,
jika seseorg tu ‘buat hal’ atau pun sewaktu dengannya, serahkan saja dia pada ALLAH..ALLAH akan uruskan segalanya di samping kita sentiasa doakan kebaikan untuk dia..ingat, bukan kita yang mengubah hati manusia..sabar, semua ni akan ajar kita sabar, redha, dan tabah..kegundahan hati, dan gelisah hati tu semua penghapus dosa2 kita yang telah lalu..serahkan saja hati itu pada ALLAH, minta dengan ALLAH supaya hati mu ditenangkan..kita xda kuasa sedikit pun nak control hati sesiapa, walaupun hati kita sendiri..maka, serahlah pada yang maha kuasa.

“Setiap UJIAN adalah ANUGERAH,
Setiap ANUGERAH adalah UJIAN,
Jika zahirnya ANUGERAH bererti batinnya adalah UJIAN,
Jika zahirnya UJIAN, bererti batinnya adalah ANUGERAH,
Maka jangan terpedaya dengan zahirnya,
Fahami batinnya,
Zahirnya musibah tapi ternyata batinnya adalah adalah KASIH DARI YANG MAHA KUASA.”

AKU BARU JER PUTUS TUNANG 3 HARI YANG LEPAS..RASA X NAK HIDUP AJER LAGI, TAPI MLM NI IBU KU SUDAH BERI NASIHAT YG TERBAIK UNTUK AKU..DOAKAN AGAR AKU DAPAT PENGGANTI YG LEBIH BAIK

…..salam…time ksih smua,,saya akan cuba gak,,allah tu maha mngetahui,,,,

salam…. thanks atas kisah2 semua

usah menyayangi seseorang sepenuh hati, kelak jiwa akan luka yg teramat dalam…… saya pernah putus tunang, ex tunang yg putus kan, terluka sgt hati ni sb saya sayang dia dgn ikhlas dan sejujurnye…….. tu dh lama masa 2004, buat ex tunang muhd alizan alias di SGS kat paka, hati ni terlalu terluka dgn segalanya itu, bkn x redha tp sukar lagi utk memaafkan dirimu.tp kini saya sudah bahagia dgn org yg tersayang…. hadirnye dia merawat luka hati ini…. semoga kami berdua akan harungi hidup ini hingga ke akhir hayat.walau apapun yg terjadi dan berlaku hidup mesti diteruskan.tabah harungi segala nye itu….

assalamualaikum…

saya xtau nk mulakan mcm mana.. tpi sekarang saya dah rasa xberdaya lagi..dia jenis xsolat, puasa pn xpenuh… saya selalu nasihatkan dia.. cuba r belajar..mana yang mampu saya tolong..saya tolong.. tpi tu r dia xde pn mau belajar.. dah setahun lebih saya kapel ngan dia.. tpi alhamdulillah dia xpernah ambil kesempatan pada saya..dah xbersedia lagi nak kawin :( tadi dalam tepon.. dia cakap nak ‘make love’ ngan orng lain sekali je.. tpi dia cakap xkan bt ngan saya… koz dia sayangkan saya.. saya tergamam xtau nak ckp apa.. saya nasihatkan tlg jgn lakukan.. tpi dia cakap xleh janji.. apa yang perlu saya buat sekarang.. kalau tinggalkan dia nak ckap apa..
or nak tunggu dia mintak.. hu3… tlg r batu.. buntu saya

silap….tlg r bantu saya… saya xtau nk pk apa dah… :( tpi kalau nk putuskan sya nak dri mulut dia..bukan dari saya..macam mana nak buat…

nn.. skrg msh blum t’lmbt lg utk awk cri khdpn yg baik utk mse dpn awk, bkn ddunia sje tp di akhirat jgk.. skrg awk dh thu prgainya mcm tu, nti kalau awk kwin ngn die, die mtk bt mcm tu jgk mcne? sy rse better awk cri someone yg blh bimbing awk, dan bkn awk yg bimbing die.. lelaki ngn perempuan lain.. xsama.. awk btlah istikharah.. mtk ptnjuk ngn Allah. DIA pasti akn bg jwpnnye pada awk.. saya doakan awk akn dapatkan ketenangan.. insyaAllah.

hai…………sy pun ngah bercinta,tpi semua cinta sy musnah
tak penah pun kekal

thanks a lot sahabat… kata2 awak tu… membuatkan saya rasa tenang… saya mohon kepada_NYA, moga dapat petunjuk… n semalam… saya bersyukur…dia bgitau dia xbuat pn… semua tu dri ajakan kawan2 dia.. saya tiap2 malam berdoa,moga diberikan hidayah dari-NYa dlm hatinya.. tiap2 malm saya bgun bt solat tajajud,hajat n istikharah… alhamdulillah..mmg dapat ketenangan…

sahabat..terima kasih atas nasihatmu….

sama2 nn.. cuma pesan sy, kite msti sedar, org lelaki nie punyai 9 akal berbanding kite hanya 1 akal shja. jgn cepat percaya pd seseorang lelaki, kerana ape? sy rse awk leh fikir sndiri kan.. berdoa lah byk2 agar dia mnjadi insan yg baik, yg boleh bimbing awk nti.. krna kita xde kuasa nk ubahnya hanya Yang Maha Esa yang mampu..

sy laki, bru ptus ngan awek sy,smua brlaku sbb terlalu bgi kbebasan dkt dia, smpai dia msj bdak laki siang mlm smpai ke pgi n akhir nyer hbungan sy ngn dia ptus..kami dh brsama 5 thun dh tpi dh ptus..sdih gla la, bru je blaku..klau bleh nk cri tman dpt hlangkan rasa syg kt dia y dh xda erti 2

Salam..
Hm mcm2 citer sedih pengalaman dari kawan2 semua..sy ni sebenarnya x pernah bercinta secara rasmi..maksudnya..kalau ader org nak sy x nak terima, tp ada org yg sy minat dia plak x serius…tak tau la…jd secara sama2 suka belum lagi..masalahnyer, kalau ader org nak hati sy ni plak tak leh terima..dah wat sembahyang hajat dll..jd x leh la paksa diri kan…lagipun sy dah berdoa adakah jika dia tu yg terbaik untuk sy dekatkanlah jika tidak jauhkanlah..jd makin lama hati sy jauh..jadi keputusan sy tidak menerima…bila difikirkan sy ni takut bercinta..sbb tengok pengalaman kawan2 sekeliling ni banyak duka dari suka..penghujungnya lara…jd mcm mana yer..takutlah nak bercinta..masa belajar dulu pun takut bercinta sbb takut fail study..ntah ler

assalamualaikum…

sy dan pasgn hampir putus hanya kerana die x dapat pegang tangan sy, x dpt tgk rambut sy…dia ad seseorg yg boleh beri sume tu padanya…sy mmg jga sume ni…kadang2 disebbkn cinta rs cm nk bg je ap yg die nk…x sanggup nk tingglkn dia…skarang die sdang memilih smada sy atau seorg lg…sy menerima dia dlu bukanlah seorg yg lemah agama…menjaga solat 5 waktu, solat terawih, salah seorg ahli surau, bc yasin setiap khamis…tp disebalik amalnya tidak sangka imanya tipis…sy nk dtingglkn hanya kerana sy jarang meluahkn ‘i love you’, rs x slesa ble kua sbb x bley sentuh2, x bley pgg tangan…kadang2 sy x dpt nk terima sume alasan ni…tp sy sedar…kuasa syaitan tidak mampu menandingi kuasa Allah yang Maha Besar…semoga Allah buka kan hatinya..kembali ke Jalan Allah…Amin

Cik Jem.., setan sdg berbisik kpd diri anda dan harapan saya anda tdk terpedaya. Jika anda berupaya membezakan antara bisikan setan dan malaikat mulhim, anda akan terpelihara dari melakukan perkara keji dan menjadi orang yang berjaya duniawalakhirah.

Kalau nak cari yang terbaik, saya rasa kekasih anda itu bukanlah yang terbaik untuk awak..! Sekiranya anda adalah seorang yang sangat menjaga hukum dan pantang-larang agama, pasangan anda juga semestinyalah sedemikian jua sifatnya.

Tapi belum apa-apa lagi dia sudah berhasrat nak sentuh itu dan nak pegang ini…! Jika kehendaknya tidak tercapai, dia akan mengugut untuk memutuskan perhubungan…, itulah tandanya dia adalah jantan jalang…! Tidak sukar untuk mengenali perangai manusia ini. Kerana dia telahpun menzahirkan dirinya yang sebenar meskipun berupaya menjaga solat 5 waktu secara berjamaah, menunaikan solat sunnat terawih dan kerap membaca yasin…! Itu namanya hipokrit@munafik. Rugikah anda dan perlukah bersesal-bebal sekiranya anda gagal memiliki jiwa manusia yang seperti ini…?

Dalam sebuah hadis yang saya petik dari syarahan Syeikh Abdul Qodir Jailany.., “Manusia yang taat itu ialah tidak lekang dari mengingati ALLAH meskipun solatnya ada yang tertinggal, puasa Ramadannya tidak penuh dan qiraatul Qurannya kurang. Manakala manusia yang durhaka itu adalah tdk mengingati ALLAH dlm setiap tindak-tanduknya meskipun solat 5 waktunya beres dlm lagho, puasa Ramadannya penuh setakat menahan lapar dahaga semata dan qiraatul qurannya kerap…!”

Soalnya, kenapa kekasin anda mennyata hasratnya sedemikian kepada anda…? Ternyata dia tidak mengingati ALLAH dan tidak takut kepada ancamanNYA kepada mereka yang berbuat maksiat. Pejamkan mata dan renung semula ke dalam diri anda lalu tanyalah diri sendiri sama ada layak atau tidak untuk diri anda dijadikan teman hidup kepada orang yang seperti ini…?

Sekiranya anda sanggup dan boleh menerima dirinya bermakna diri anda adalah setara denganya…!

kalo kamu maseh riginal lagi..kasi tinggal saja sama dia..iman manusia boleh bertukar ganti dalam sekelip mato ajo..kamu jugak kena hati2..lobai pun bukan nya wali..dewasa ni..mula pogang itu ini kemudian barangkali yae..mau tembusi lak…kou jagai lah diri drp api neraka di kemudian hali..menyosal ta’berguna lagi..ingat lah pesan ku ni..walau macamana pun jgn kou kasi…nanto kou menyesali..paknandek

assalamualaikum..

situasi sy pulak blom tglkan tp akan ditglkan..tp tekananya dah mula dirasai smpi nak jwb exam pon x bleh..alasannya sbb sy jauh n x dpt nak spend time bsame n x dpt nak dgr prob die…slh ker sy jauh..sy jauh sbb sy nak menuntut ilmu bkn suke2…sy nak kejar impian sy yg akn menjamin mase dpn sy..sy terima die seikhlas ati…sy jg diri sy di cni sbg muslimah…sy pelihara diri sy untuk die…tp at the end sy akn ditglkan disbbkan pmpuan lain..pmpuan yg satu office n bleh care psl die..pg keje same..lunch same..everything bleh same2 la..sy skang dah jd 2nd choice…die masih x bleh buat keputusan samada sy atau pmpuan 2 yg jd pilihan…hidup sy btl2 terganggu…sy jd tension lg2 jauh dr parents…i try to avoid from him but i cant…ati sy mmg terasa pedih sgt sbb 3 thn die bleh sbr xkan 2 thn je lg x bleh..kecewa mmg kecewa…sy berdoa semoga die dpt buat pilhan terbaik untuk diri die…sy tenang kan ati sy dgn dgr bacaan al-Quran bnyak2…dan berdoa bnyak2..sbb sy yakin Allah turun kan dugaan ini kerana sy mampu hadapinya..insyallah

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

iye.. sahabat.. saya hampir terlupa.. lelaki memiliki 9 akal 1 nafsu… sekarang saya cuba bt yg terbaik utk semua.. dan kebahagian semua… sahabat.. mmg saya buntu..kdng2 rasa cm lonely sangat…

sy sudah berkahwin tetapi jatuh cinta lagi dgan suami org. sy x tau nak buat camne ngan cinta sy……

em..sy pernah merasa ptus cinta..memang skit ati ni..rse mcm xleh trime ble tbe2 die berubah tanpa sebb..mse bercinta mcm2 yg dijanjikan..tapi ble memutuskan perhubungan senang je die ckp lpekan sumenye…hmm..SEDIH..
‘utk apa kata janji2 die sblum ni sebernarnya’ paling sy xsngke slps smingu kami ptus. sy diberitahu oleh die sndri yg die sdah mndpt pngganti sy..ape tjuan die mmbritahu sy mgkin die mrse hbat kerana dgn mudah mndpt girl bru..ape pn sy doa kn smoga die bhgia dgn tman bru. wlaupun smpai skrg ni sy still lg single..sy rse ati ni mcm da beku..ssh nk jtuh cinta..hhmmm…..

to nn..

awk bykkn bt solat istikharah..sy pn pnh hdpi bnde yg lbh kurg same cm awk..myb awk rse dye yg terbaik utk awk mse nie.. awk kne buka minda awk.. 1 mse nti, keadaan tu myb dh xsame mcm skrg.. sntiasa a dekatkan diri ngn Allah n plg penting sy nk kongc ngn awk n teman2 lain psl istikharah..klau kite lakukan sguh2..pasti kite akn rase tenang sgt..dan pasti akan dpt pilihan yg septutnya kite pilih..Mengharaplah hanya pada Allah.

to gadis jiwa kacau

kalau awk sedih, carilah insan yg lg sedih dri awk.. myb awk akn rse lebih tenang..usah pikirkan ex awk tu..
awk buktikan a kt dye,bahawa tanpa dye awk akan lebih bahagia lagi..kumbng ni bkn seekor..pasti ade hikmah disebalik ape yg berlaku pada awk.. myb skrg awk xnpk lg hikmah tu kat awk, tp 1 mase awk akan sedar..mase tu awk akn lebih bersyukur.. rupenya perpisahan itu ada hikmahnya.bykkn solat sunat, mengaji Qur’an.. awk akan rse lebih tenang..InsyaAllah..

apa guna merayu andai pasangan kta tidak sudi lg..sy cuba utk terima hakikat ini,tp sy plukan kekuatan dalaman..sy cba tuk bskap tenang..tp 1 hr sy akan bpisah juga..biarlh kematian memisahkan kta..tp knp plu ada org ketiga..sy thu apa yg blaku ada hikmah disebalik kejadian..YA ALLAH YA TUHANKU..BERILAH AKU KEKUATAN N KETENANGAN SUPAYA APA YG TERJADI DPT KU TANGANI DGN SBR N PASRAH….

to najwa..

btul lah pe yg awk ckp 2..jgn sedih2 n jgn ikutkan prsn..kuatkn smgt ok? myb lps ni awk akn dpt org yg lebih baik lg..byk berdoa n trs berdoa..semoga Allah jdikan awk redha dgn ape sje kptsn yg Allah tlh tetapkan utk awk. InsyaAllah

salam sayang semue geng blog my jodoh…kisah aku pulak aku lama da nak lupakan n tinggalkan mamat playboy ni tapi kdg2 send sms bkaitn dengan agama ler dengan harapan dia berubah.Dengan izin ALLAH aku ditemukan dengan seorg mamat yg baik,solat x tinggal,hormat perempuan n layanan dia kat aku okey.ptemuan plak tak dirancang langsung.aku jatuh hati diam2 ler kat mamat ni sampai aku dapat mlupakan bf lama.aku pun mmanjat ksyukuran kpd ALLAH coz mmptemukan aku dgn mamat sebaik ni smpai aku boleh lupa kat bf lama.suatu ari tu aku terdengarla kawan perempuan yg da kawin tanya kat sepupu mamat ni perempuan da kawin gak sepupu mamat ni.kawan tu tanya da ada awek ke sepupu awak tu?sepupu dia geleng kepala.seronokla tengok respon dia.2,3 ari pas tu aku plak tanya kat sepupu dia.sepupu dia kata ada.la…x keruan rasa baru je nak kenal2 lebih rapat sepupunya kata ada.x tau betul ke x sepupu dia gtau ni.menyesal plak aku tanya.aku nak tanya sendiri kat mamat tu malu la.bertitik tolak dari sini ler aku rasa lebih best berkawan ramai2 dari bercinta.mana yg menjadi nanti tu ler jodoh.baru ler bercinta.bercinta n hargai ler jodoh iaitu suami or isteri kite.

Jangan bersedih “gadis jiwe kacau” Jadikan panduan apa yg di sarankan oleh Ustz Van Ckulop tuuu… jadikan pengajaran yg berguna disebabkan frust akidah kita tercalar… Jadikan diri kita seorang yg “mendengar dan taat pada Allah SWT..
Mengaku diri seorang muslim… tetapi fahamkah kita mengenai ciri-ciri yg perlu ada pada diri demi menjadi seorang Muslim Sejati????

• Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

• Kita terlalu banyak dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

• Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

• Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

hai kadang2 susah untuk difahami dan dimengerti adakala kita rasa dia dan cukup sempurna dan memang jodoh kita tapi bila berjauh dan jarang sekali berjumpa membuatkan berlakunya perbalahan……..salah ke untuk kite mempunyai perasaan cemburu…kadang kala sukar nak faham ape maksud sebenar cemburu tapi orang selalu kata cemburu itu tandanay sayang tapi benarkah…tapi pernah tak kite terpikir kadang kala punca pergaduhan pasangan yang bercinta atau berkasih adalah kerana cemburu….dan ada jugak yang berpisah kerana rasa cemburu…..jadi wajar ke kite katakan cemburu itu tandanya sayang…entahlah jidi renung2kanlah andai ada yang tak sependapat nagn saya mungkin anda boleh menyangkal hujah saya ini dengan peneranagn anda pada saya dan memberitahu saya definasi atau maksud sebenar cemburu dalam cinta ini……….

emmm…. sedih rasa hati ni :(

Leave a comment

(required)

(required)