.. mencari si dia yang soleh ..
Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
.
Wallahu’alam.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.

July 18, 2007 - 10:44 am
Salam,
Saya tidak akan komen article webmaster tetapi saya ada Tip Pengguna untuk sesiapa yang bercadang menggunakan online dating..
Saya dapat melalui satu laman web yang saya fikir sesuai untuk dijadikan panduan..
Step 1:
(Prepare yourself)
1. No spelling mistakes in your profile
2. Keep description short but completely honest
3. Don’t afraid to state who you wish to meet and why
4. Tell people what u like and things u don’t
5. Change profile occasionally to keep it fresh
6. Add photo to your profile..will get more amount of replies or messages
7. Keep your first email short and interesting
8. Do not include personal details in an introduction email
9. Try to contact a few people at the same time but those who u’ve matched
10.Be honest and stick to the truth..if not u may get caught out later..
11.Do not apply any form of pressure in an email..
Step 2 :
(After receiving emails)
1. Always listen to your intuition..trust your judgement
2. Ask many question..if someone being honest,they will be happy to tell you about themselves and their lives
3. Take your time and try to sense the person behind the email and read their profile thoroughly
Step 3 :
(It’s time to take your friendship a step further.)
Ask yourself these question :
1. Do you feel you know the person well?
2. Have they answered all your question?
3. Are they patient,good humored and fun?
4. Do you trust them?
5. Have they applied any pressure on you?
6. Do you know what they do for a living, and the area they live in ?
7. Do you know about their background and family?
8. Have you seen their photo and have you more than one photo of them in diff.situation?
9. Have you spoken on the phone?
10. Are you sure they have described themselves truthfully?
Step 4 :
If YES..then it’s time to meet..
1. Tell a person close to you about the meeting
2. Agree to meet in a public place first
3. Do not agree to be collected from work or home,and make your own way there and home on the first occasion
4. Restrict the time on the first meeting..lunch hour or short time after work
5. If at any point you wish to leave then do so.
It is possible to meet diff. people before you find that special person.Just be yourself.
July 27, 2007 - 10:24 am
Aha… brilliant tips….!
Thank you very much dear nonama….
July 27, 2007 - 4:56 pm
ya….ya…agree
July 31, 2007 - 5:26 pm
sukar nak dapat wanita untuk dijadikan isteri dlm 1 pakej. Rasulullah bersabda, nikahlah olehmu akan seorang wanita kerana 4 perkara; agama, cantik, harta dan keturunannya….
maka berbahgialah jika dapat ke empat2nya. tak payah nak kahwin empat lagi,hehe
July 31, 2007 - 6:28 pm
kepada semua pelayar yang budiman….jodoh itu adalah urusan allah,kita sebagai hamba dari anak dua hamba wajib berusaha untuk mendapatkanya,jika sudah berserahlah pada allah.kita juga mestilah amalkan gaya hidup sehat dan ajaran yang murni,janganlah yang sampai ditangan kita tinggalkan,yang hujung galah kita usahakan …kerana itu tidak patut dalam adat dan agama…agama adalah sandaran bagi setiap manusia namun islam adalah pilihan allah.ingatlah orang yang berusaha mencari sesuatu sampai terlupa kepada kewajipan juga perintah allah ibrat menang secupak kalah segantang. HAYATILAH INI
BERBUDI SEPANJANG MUSIM,BERBAKTI SEPANJANG HAYAT
ASSALAMUALAIKUM …KALAU ADA JARUM YANG PATAH JANGAN DISIMPAN DALAM PETI.KALAU ADA SILAP SEPATAH JANGAN DISIMPAN DALAM HATI
August 1, 2007 - 12:04 pm
Terbuka kepada semua pengguna mj..
Setuju tak kalau saya katakan mendaftar di mj umpama memohon pekerjaan yang sangat penting..sebagai..’potential future wife’ or ‘potential future husband’.
Semua orang ada ciri tersendiri dan ada ciri tertentu yang dicari..
apakah ‘pilihan’ terpenting dalam hidup selain mencari yang benar2 sesuai(dengan izin Allah)..cuba bayangkan pilihan anda itu bukan sahaja menentukan samada anda akan menjadi seorang yang lebih berjaya di dalam kerjaya atau sebaliknya kerana sokongan orang di sebelah..atau adakah dia akan membuat diri anda lebih sengsara kerana tersalah pilih…bukan tidak pernah kita dengar mereka yang berkahwin pernah berkata..’tersalah pilih’…
Cuba bayangkan semasa anda memohon pekerjaan..resume yang ‘tip top’..segala kelebihan dinyatakan..even..gambar pun yang terbaru dilampirkan..
Adakah resume yang tidak lengkap dan tidak bergambar akan dipertimbangkan..?
Jangan salahkan orang lain kalau beliau tidak tergerak hati untuk berkenalan..kerana beratus orang klik butir diri kita tidak semua tergerak hati untuk berkenalan..
Mudahkanlah diri anda untuk dikenali..dengan meletakkan butir diri yang jujur dan bergambar juga..kerana kita berhak tahu dengan siapa kita hendak berkawan..fikir-fikirkanlah.. wassalam
October 27, 2007 - 10:52 am
Apa yg dikata kn mmg benar kita perlu ikhlas dalam sesuatu perkara..semua terletak di ht kiter sendiri…
November 2, 2007 - 12:14 pm
tu semua betol….
mmg sangat susah nak cari jodoh yang baik…
walaubagaimanapon yang termampu dibuat berdoa….
November 24, 2007 - 11:07 pm
hurm..me agreed! 100%:-)
December 23, 2007 - 4:44 pm
setuju
January 21, 2008 - 11:49 am
benarkah hadis tu….pak imam kata hadis tu tak kuat…….seorg lelaki beragama dan baik dan tlh beristeri meminang saya
January 21, 2008 - 3:59 pm
Betoi.. Apa yg. Di perkatakan oleh Sweet.. umpama memohon pekerjaan dlm mencari jodoh di MYJ ini… segala2 nya mesti’ tip top’ baru org berminat nak kenalan ngan kiter… Saya dulu gambar misai melintang.. ramai yg nengok butir peribadi kita,…. Tapi tak seorang nk kenalan… mereka kata garang macam Rimau… Gambar pun main peranan di sini.. kalo gambor tak Cantik jgn harap nak dpt sambutan.. sebelum ambil gambar elok panggil makeup Artis dulu agar gambor kiter beseri-seri…..
Kekadang kita terfikir juga macamana Lagi nak pilih… bukan macam pilih ikan di pasar…. Oleh itu kalau ada yg belum bertunang bertahu saya… boleh saya aturkan pertunangan tu…:-
ADAT MEMINANG….
Seraut Sirih seulas pinang,
Sebekas manisan pemanis kata,
Hajat kami hendak meminang,
Tepak dihulur pembuka bicara….
Cincin sebentuk bersalut emas,
Perak dilarik menjadi kerawang,
Tepak jangan diganti emas,
Budi bicara kekal dijulang…
January 25, 2008 - 10:13 am
huh.. pandai nya dia berpantun. bagus2.
January 25, 2008 - 6:29 pm
Bukan nyer pandai.. tapi itulah pantun org tua2 dulu.. Org dulu2 sebelum peminangan di lakukan.. begitulah pemantun2 berbalas2… sebelum upacara peminangan di mulai… tak Gitu Nieta????
January 28, 2008 - 5:09 pm
yela omarm.. mmg la org dlu2 berpantun2.. sampi sekarang ke pantun tu kekal dalam adat meminang? saya org jawa. pantun2 ni kurang skit rasanya. huhu..
February 12, 2008 - 10:34 am
bgaimana pula untuk wanita mencari ciri2 lelaki yg dttapkn dlm islsm?
February 15, 2008 - 2:57 pm
sama macam pompuan gak.. pertama beriman,berharta,berbudibahasa,hensem adalah anugerah..
July 7, 2008 - 11:24 pm
btul ke perkahwinan yg x d restui pasti tidak bhgia?
October 24, 2008 - 1:39 pm
erm..susahnya nak jumpa lelaki yg ikut sunnah nabi skang ni…yg leh membentuk wanita…yg leh menjadi pemimpin…yg mampu manjaga keluarga dari segi zahir & batin…
“YA ALLAH semoga hambamu ini di temukan dengan lelaki yg mampu mendidik diriku kearah kemuliaan mu..amin..”..semoga ako tidak menjadi penyebab suamiku tercampak ke neraka jahanam…
October 24, 2008 - 7:28 pm
Aminnn… semuga diriku pilihan buatmu… ehemmmm!!!
November 1, 2008 - 11:52 pm
Alhamdulillah, cuma ingin tahu dari mana dtgnya sanat hadith itu ye? bagaimana ingin mengenal pasti “bakal isteri” jika semuanya tampak biasa dan tetapi dikasihi. Adakah maklumat dan pandangan ibu dan bapa penting dalam menentukan jodoh juga?
November 29, 2008 - 10:36 am
Yg penting kita berusaha menjalani nilai hidup yg murni untuk kebaikan diri kita jg. Lakukan sesuatu biar la dgn ikhlas. Orang boleh nmpk keihlasan kita kalau ia benar-benar dari lubuk hati kita…betul tak…
Xpelah kalu keihklasan kita masih ada yg mahu pertikai kerana dalam 1000 orang yg menilai akan ttp ada juga yg tidak boleh menilai keikhlasan kita..
Wallahuaklam..
February 14, 2009 - 7:55 pm
Wahai pelayar MYJ, saya baru terkena, berhati hati lah di dalam MYJ jangan terpedaya, terutama pada ppuan yang tidak pakai tudung, pada zahir nya memang tidak sembahyang yang mejurus kepada akhlak yg tidak baik,
May 22, 2009 - 8:12 am
Saya cuma ada soalan, Perlukah Manusia mencari jodah? atau ia akan datang dengan sendiri!
May 22, 2009 - 12:20 pm
Mikhail,
Perlukah manusia makan, atau ia akan kenyang dengan sendiri?
Sudah tentu anda akan menjawab perlu. Unless you are not human.
Yang dianjur agama adalah mencari makanan yang halal dan taibah (baik) … Yang tidak dilarang agama adalah memakan makanan yang pelbagai .. yang enak .. yang eksklusif .. ikut suka kita nak yang mana ….
Sama macam kahwin. Seks adalah keperluan. Yang dianjurkan oleh agama adalah seks yang halal (melalui perkahwinan) dan pasangan yang beragama. Selebihnya terpulang kepada tuan punya diri.
Untuk kedua-dua senario di atas .. Tak cari pun boleh, mintak jer makanan dengan orang dan tunggu jer orang bagi makan. Atau usaha sendiri untuk mendapatkan yang terbaik.
Wallahu’alam.
May 22, 2009 - 10:26 pm
Pergghh bestnyer ayat2 pakcik..Betoi tue pakcik..baru nk berfikir..
July 12, 2009 - 1:34 pm
kepada saudara azrul.alwi
betul jgk pandangan saudara tu
tp kan mcm saya sebagai seorang prmpn bagaimanalah agaknya usaha yg blh dilakukan tanpa mencemar atau menjatuhkan maruah sebagai seorg wanita
x nkla nnt dikatakan terhegeh2 pulak kan.huhu
August 3, 2009 - 7:57 pm
alhamdulillah…tak ada yang lebih baik mencari pasangan.hanya di myjodoh.semua dah check dah…
August 3, 2009 - 8:07 pm
nonama, please…remember.don`t try
August 8, 2009 - 9:32 am
akum salam bkenalan smoga saya di ketemu kn jodoh yg baik dn hormat kpd org tua dn sy
August 8, 2009 - 9:36 am
ssmoge sy btmu jodoh dgn org yg bleh mbimbing sy k jln yg benar dh di rahmati tuhan dn sy bdoa smoge tuham tujuk kn jln untuk btemu jodoh sy
August 31, 2009 - 12:06 pm
apa pun kita bersyukur jer.lambat cepat ketentuan allaah. sabaaar jer
September 10, 2009 - 2:58 pm
klu nk bersedih psl jodoh,dh x termampu nk layan..jd untuk lyn perasaan..dktkan diri pd allah dan mengadu pdNya sepenuh hati tanpa sebarang keraguan & prejudice
September 19, 2009 - 5:28 pm
semoga mendapat jodoh yang setia dan mensyukuri apa yang adr
amin…
November 15, 2009 - 10:51 pm
salam kepada semua.Saya yatie sedang alami perasaan frust yang teramat kerana sidia telah berkahwin pd hari raya yg lalu secara senyap2.3thn saya mengharap tp akhirnya ditipu.saya tidak percaya lg pd cinta.cinta abdi hanya pd Allah s.w.t.Diharap kemasukan sy d web ini dapat membantu sy mncari pasangan yg dianugerahi Allah.
November 17, 2009 - 12:18 pm
Ckp sal jodoh ne mang susa…
biala Tuhan je yg tentukan, kta rasa dia da tbaik wat kte tp……. Huh hancur
December 2, 2009 - 10:04 am
Bersabarlah yatie..Allah amat menyayangi kita.sbb tu Dia bg ujian frust mcm tu..
December 7, 2009 - 2:45 am
Buang masa ja semua ni…..senang nak cari jodoh..suruh ja org tua pi minang ..abis ceta kwang kwang kwang
December 8, 2009 - 3:31 pm
jodoh urusan Allah..saya pernah merasakan yg saya mungkin tak akan berkawin..tapi alhamdulillah Allah ketemukan saya dgn lelaki yg baik..pilihan keluarga.
semoga jodoh kami berkekalan.
December 21, 2009 - 10:43 pm
salam. yes, i agree with suziela.soal jodoh biar Tuhan tentukan, kita hanya usaha utk mencari.I think I really berserah. Really sad when to think have to let go the person that we think is meant for us, but what can i do..Everything has a reason behind it.
For Hijrah 1431/2010 – I’ll put the past behind, & to start new chapter.Sentiasalh berdoa smoga ditemukan dgn yg lebih baik.Yg penting,mestilh jujur,ikhlas perasaannya pd kita dn dpt terima kita seadanya. This due to my ex feel that he is far behind me…sad isn’t it…
January 5, 2010 - 12:59 pm
Tak mudah mencari, tak mudah memiliki..entah bila baru berjumpa dengan putera impian..semoga putera akan hadir jua. Semoga penantian ini berakhir. insyaAllah.
February 19, 2010 - 3:50 pm
saya sedang berusah dan bertawakal mendapatkan jodoh terbaik dari ALLAH… doakn sy kalian