.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

June 20th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Pra Perkahwinan

This post has already been read 2359 times!

Assalamu’alaikum …

Sekiranya anda “subscribe” ke mymasjid@yahoogroups.com, anda akan menerima emel ini sebagai “welcome email”. Dewasa ini banyak sangat SPAM yang dihantar ke mymasjid@yahoogroups.com. Kebanyakkannya nak mencari kekayaan dengan teknik dari Barat. Padahal Allah dah ceritakan teknik yang sepatutnya di dalam Al-Quran. Copy ini dan sebarkan kepada semua orang.

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

61 Responses

  • kemboja_82 says:

    assalam..tak terkata bl sy baca sebahagian drpd komen u all di ruangan ni..xtau knp rasa seolah2 kerdilnya diri ini..

  • Abe says:

    Salam ukhuwah kepada semua!
    Syukur Allah menyambungkan saya dgn laman ini ketika saya tercari2 tip menjadi kaya duniawi dan ukhrawii. Benar semua pendapat sahabat2 di atas, cuma masalah utama kita adalah ‘konsisten’@ istiqamah. Ada tak idea2 utk istiqamah dlm beramal yg boleh dikongsi?…

  • Pingback: jom kongsi

  • redzuan says:

    saya nk ucapkn ribuan terima kasih kpd semua… apa yg saya baca mengenai artikel nie… sye dh tahu… tp sayang dn saya rase sedh.. bukan senang tuk mengamalknnya… sekarang sye hanya cuba tuk sentiasa dekat dengan usaha dakwah atau tabligh (usaha atas iman).. walau pun iman sye x kuat… iman kite sentiasa perlu d baiki @ upgrade… sye ingin berkongsi ilmu pengetahuan… roh bagi agama adalah dakwah dan roh bagi dakwah adalah ghast(ziarah)… DAKWAH ini penting untuk kite semua… apabila dakwah dtinggalkn.. amalan2 ibadah kite akn mula berkurang… apabila amalan2 ibadah kite berkurang, iman kite akn mula berkurang… apabila iman berkurang, maksiat akn mula masuk dalam hati kite, kemudian maksiat akn masuk dlm rumah kite hatta rumah org2 alim,kemudian maksiat akn berleluasa dalam masyarakat… apabila iman sudah rosak dan maksiat makin berleluasa… maka seseorg itu akn mula keluar dari agama islam (nau’zubillah)…. jadi sama2 lh kite cuba tuk berdakwah… kalau seorg ibu mengajak@menyuru anaknya solat.. 2 pon merupakn dakwah… sye syorkn tuan2… ikut usaha tabligh… 3 hari.. 40hari.. 4 bulan.. insyaallah.. Wallahu’alam.

  • nurhawa says:

    Terima kasih atas segala tips yg dikongsikan…insya-allah selepas ni saya akan cuba lakukan secara istiqomah.

  • Nur Kasih says:

    Saya juga ingin menjadi jutawan harta agar dapat membantu mereka yang memerlukan, saya berharap Allah makbulkan doa saya, kerana harta yang saya perolehi bukan hak saya, tapi adalah hak orang lain untuk merasainya.. Pertama sekali saya akan hadiahkan sebuah rumah kepada bekas suami saya, menghargai dia selama bersama saya. Semoga impian saya tercapai. Amin

  • Pingback: Kenapa Suami Curang ? | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Merdeka Daripada Jajahan Hawa Nafsu | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Si Dia Tidak Pandai Mengaji | myJodoh WebBlog



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.