.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

September 10th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia | Pasca Perkahwinan | Pra Perkahwinan

This post has already been read 507 times!

Struktur Kulit ManusiaSecara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.

Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah. Hebat sungguh ciptaan Allah.

Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.

Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.

Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. [1]

Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”

Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [2]

Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”[3]

Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”[4]

Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. [5]

Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.

Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya. [6]

Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain. [7]

Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut. [8]

Untuk mempelajari teknik wuduk yang betul, saudara dijemput untuk meneliti laman web berikut :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wuduk

http://cybermosque.mpsj.gov.my/cara_wuduk.html

Wuduk, ternyata merupakan penjagaan kecantikkan luar dan dalam, zahir dan batin untuk lelaki dan wanita!

Wallahu’alam.

Nota Kaki
~~~~~~~~~
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Skin
[2] http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim, #331
[3] http://hadith.al-islam.com; Sunan Tirmizi #34, hassan sahih
[4] http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim, #362
[5] Al-Umm, Al-Imam As-Syafie, Kitab I, Bab Bilangan Wuduk dan Batasnya.
[6] http://hadith.al-islam.com; Musnad Ahmad: online, #15846
[7] “Muslim Rituals and their Effect
on the Person’s Health” oleh Dr. Magomed Magomedov : http://www.iberr.org/rituals.htm; http://www.islamonline.net/english/Science/2003/04/article13.shtml
[8] http://hadith.al-islam.com; Sunan An-Nasai, #103.

..

..

..

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

12 Responses

  • omarm says:

    Apa bila kita membicarakan tentang mengambil wuduk sesetengah drp kita mengambil jalan mudah sebagai yg di syaratkan… kita tidak dapat membezakan perkataan membasuh dan menyapu… umpamanya saya ambil contoh membasuh kedua tangan hingga ke siku…
    kekadang di masjid atau Surau kita perhatikan mereka ambil jalan mudah… dgn hulur saja tangan kePAIP Air golek kiri golek kanan 3x basuh dah memadai… Sedangkan KITA kena membasuh kedua tangan hingga ke siku..
    Membasuh sambil mengosok-gosok bagi meratakan air keseluruhan tgn kita…Sesuatu yg berada di atas dua tangan spt bulu (walau pun tebal) zahir dan Batin, atau daging yg tumbuh padanya atau jari yg lebih dan juga termasuk kuku.
    Wajib juga menghilangkan sesuatu yg kotor yg trdapat di bawah kuku, bagitu juga wajib menmbuang duri di tangan…
    Bagi org yg dijadikan Allah dua tangan yg tidak bersiku hendaklah membasuh kadar keduanya…
    Tatacara berwuduk di ambil dari KITAB TAHARAH (bersuci)… saya pun masa xblajar dulu pun macam tu juga… ambil sambil lewa saja….
    Surah Al-Syams ayat 9, yg bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang yg menjadikan dirinya yg sedia bersih bertambah2 bersih dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yg sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan kekotoran maksiat……..

  • afifah says:

    walaupon tahu bahawa wudhuk itu utk kesihatan diri, tapi saya kagum dgn cara mr.WM mengolahnya. syabas..

    saya tak pasti darimana saya dapat maklumat ni, tapi ada pendapat(saya harap saya tahu sumbernya) menyatakan bahawa, ketika mula ambil wudhuk, membaca niat wudhuk seperti biasa;

    ketika membasuh muka: jgn lupa sertakan niat, berikanlah pada wajahku cahaya seri ketika di padang masyhar,
    ketika membasuh tangan kanan: semoga aku menerima buku amalanku menggunakan tangan kananku,
    ketika membasuh tangan kiri: jauhkanlah diriku menerima buku amalanku menggunakan tangan kiriku,
    ketika membasuh hujung rambut: jauhkanlah kepala dan rambutku dari panas matahari di padang masyhar,
    ketika membasuh telinga: jauhkanlah telingaku daripada mendengar perkara2 yg lagha dan tidak baik,
    ketika membasuh kaki kanan: semoga lancar perjalananku ketika meniti siratulmustaqim,
    ketika membasuh kaki kiri: jauhkanlah aku daripada memasuki api nerakaMU..

    saya kurang pasti daripada amalan ini, tapi sejak saya baca saya mengikutinya.

    Manalah tahu semoga doa2 kita diterimaNYA.

    Wallahuallam.

  • Siti says:

    salam..memang betul apa yang dikatakan oleh afifah…antara buku yang menerangkan amalan doa tersebut ialah “sirussalikin”..ada lengkap dalam bahasa Arab…kita perlu ingat..diakhirat kelak..anggota2 ini yang akan menjadi saksi ketika perbicaraan di padang masyar…

  • mieza says:

    sya pun setuju dgn afifah.dari kecil diingatkan oleh emak .setiap bahagian wudu’ ada doa.Alhadulillah hingga kini saya masih mengamalkannya.semoga solat kita semua diterima oleh ALLAH SWT.

  • zuhairy says:

    ehmm, terima kasih afifah..satu perkongsian yang baik..Insyaallah, saya akan cuba amalkan jika teringat masa nak berwuduk nanti.

    Masa saya bersembang dengan seorang pak cik ni. dia kata, kenapa Allah fardukan kita basuh muka.saya yang tak tau ni, jawab tak taulah.. dia kata sebab bila kita duduk ramai2, tetiba terkentut. Camner?malu tak muka? sebab tu la dia kata kena basuh muka,hehe… Entahlah, saya pun tak pasti.

    Waallahua’llam…

  • omarm says:

    eh,, Pandai Zuhairy Buat Lawak…..saya tersenyum gak sendirian…,,,
    Kita Perlu meratakan Air Wuduk….Mereka yang mengambil wuduk secara tergesa2 munkin berlaku kesilapan… menyebabkan ada bahagian anggota wuduk yg tidak di ratai air…..
    Abu Hurairah berkata… Sempurnakanlah oleh mu akan wuduk.. sesunggunya saya mendengar rasullah berkata ” Kecelakaan dari api Neraka itu di jatuhkan ke atas tumit-tumit yg tidak terkena air ketika Berwuduk…
    Kita disunatkan mengulang2kan basuhan sebanyak 3 x ..Mudahan sampailah air ke anggota trsebut…..
    Nabi saw sangat teliti dlm meratakan wuduknya… Nabi akan menyelati janggut, jari tangan dan kakinya dgn tangan supaya air sampai ke bhg tersebut…..
    Perlu kita ikut Sunnah Nabi… tindakan mencurakhkan air begitu sahaja kpd kaki bukanlah salah..Cuma di khuatiri air tidak sampai ke celah2 kaki.. meminta org lain menjirus air ke anggota wuduk utk kita tidak digalakan… melainkan keuzuran… kalu kita TERANGIN perlu ambil Wuduk SEKALI lagi…. kalu tidak SOLAT kita xsah…..

  • ZAINUDDIN LOSI says:

    Allahu Akbar….Allahu Akbar…. Allahu Akbar,
    Laa Ilaha IllAllah WAllahu Akbar
    Allahu Akbar Wa Lillah Ilham

    Saya mengucapkan kepada semua warga my jodoh dan kepada umat Islam pada umumnya SELAMAT HARI RAYA !

    Dan saya berdoa kepada ALLAH SWT agar mengabulkan doa dan usaha kita di bulan Ramadhan, bulan yang dimudahkan diterima doa agar Idul Fitri akan disambut kembali oleh umat Islam dibawah satu kesatuan negara Khilafah.

    Mohon maaf sebagai insan biasa pasti pernah melakukan kesalahan. Semoga ALLAH SWT meneguhkan hati kita untuk tetap istiqomah mengembalikan mengembalikan kehidupan Islam

  • nunwowro says:

    YUP..
    “para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. ”
    scr saintifiknya bila berwudhuk air yg diratakn ke kulit akn mgakibatkn proses osmosis (pmindahan molekul air ke kawasan berkepekatan tinggi melalui membran sel) berlaku..
    bila air wuduk masuk ke dalam berjuta2 sel bakteria td..hemolisis blaku..pecah n meletup la berjuta2 bakteria tu..
    subhanallah maha bijaksana n pengasihnya Allah yg menyengajakan tuntutan utk kebaikan n manfaat kta sdiri..

  • ateh_cb@yahoo.com says:

    subhanallah….

  • abu bakar says:

    kuh.. kuh… mcm mane nk elak drpd muka ditumbuhi jerawat..

  • abu bakar says:

    klu ade tips plez le kongsi2 ae….

  • Pingback: Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran | safitririnrin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.