.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kenapa Suami Curang ?

August 13th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Pasca Perkahwinan

This post has already been read 5876 times!

Ini adalah untuk menjawab kemusykilan:
http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/kenapa-perlu-berusaha-sedangkan-semuanya-telah-ditentukan/#comment-970

Dear Min,

Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.

tanda-lelaki-curang-2Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.

Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]

Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.

Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.

Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.

Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.

Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.

Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.

Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

Wallahu’alam.

.

.

.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #2671.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1079 bertaraf hassan gharib. Menurut Imam Sayuthi di dalam Jami’ Saghir bertaraf Sahih.

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

114 Responses

  • Seorang isteri mualaf says:

    30 tahun kami berkahwin, dalam tempoh itu berkali kali juga suami curang. Sekali tu masa muda umur dalam 30 tahun. Menangis nangis suami bagitau dia jatuh cinta dengan perempuan guru pelatih dibawa bimbingannya. Saya lari 1 hari. Kemudian saya pulang ke rumah semula kerana teringatkan anak-anak yang ada 4 orang.Saya kosongkan fikiran saya. Saya tak pernah tanya 1 patahpun tentang perempuan tu. Semua mungkin jadi ok… atau apa yang berlaku semua saya tak ambil tahu. Saya bertekad membina kerjaya saya dengan menyambung pelajaran ke peringkat master. Saya bertukar tempat kerja, suamipun bertukar tempat kerja juga, dia ke pejabat tidak lagi jadi guru. Dia sibuk kerja, Outstation memanjang, sayapun sekali sekala Outstation juga.Saya kadang kala ada perasan dia ada perempuan lain tapi saya tetap dengan prinsip saya tak mahu tau nanti menyakitkan hati.Suatu malam dia memohon maaf dari saya mengatakan bahawa dia pernah bawa perempuan ke bilik hotel dan memberitahu siap dia romen sampai hisap tetek perempuan tu sampai perempuan tu mengerang-ngerang kesyokan…. Tapi suami kata dia tak ada menyetubuhi perempuan tu sebab, dia kata dia hilang selera dan perempuan tu tak ada daya tarikan seks dan dia kata tiba-tiba dia teringatkan saya. Moodnya hilang. tak jadi bersetubuh.Dia beritahu saya kerana ingin memohon maaf dan rasa sangat bersalah. Bagus punya suami. Saya menangis bersungguh-sungguh dan minta dia buat pilihan, tapi dia kata dia sudah putus dengan perempuan tu. Sejak hari tu saya kecewa dan dendam. Saya sudah ada penyakit seperti perempuan lain suka menyelongkar hp dan beg suami. Saya terjumpa sms suami dengan perempuan …. biasalah ucapan , sayang, rindu …. bila abg sampai hotel nanti abg sms b ya…. rindu b . dan macam-macam lagi. Nah saya betul-betul marah, sebab dia janji dia akan berubah ….. akhirnya sepanjang berumah tangga 30 tahun saya tidak pernah minta.. akhirnya ., saya minta diceraikan.Saya telepon perempuan tu, rupanya isteri orang yang ada masalah rumahtangga. Perempuan tu liat juga diajar, saya hantar aduan sampai pada pengarah dia, padan dengan muka dia.Masa saya minta cerai , meraung-raung suami saya meminta belas kasihan dan peluang.Saya kata pada dia …. saya tak pernah minta segala kemewahan, saya tak pernah minta seorang suami macam suami orang yang sentiasa caring terhadap isterinya, saya tak pernah mendapat sms seperti perempuan yang dia sms dengan kata-kata cinta, saya tak pernah minta suami memberi belanja dapur kerana saya berkemampuan dengan gaji seorang pensyarah, saya tak pernah menuntut kepuasan seks, saya tak pernah tak sediakan makan pakai suami walaupun saya sibuk tanpa pembantu rumah, tak pernah saya minta gelang emas dan permata, saya tak pernah mengeluh dengan sikap suami yang melayan saya bak seorang hamba, saya reda menderita di dunia ini kerana saya ingin kebahagian di akhirat . Saya cuma mau seorang suami yang setia dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada saya dan anak-anak.Saya luahkan segala-galanya….. Sejak itu suami benar-benar berubah…. dia sentiasa menghantar sms cinta dan menelepon setiap masa rehat, bertanya … adik da makan dan sembahyang?…Bila berpisah untuk ke pejabat atau ke outstation kami berkucupan bibir macam sepasang kekasih baru berkahwin. Malam-malam kami hangat di ranjang…. walaupun dia sudah 50 tahun dan saya 48. Dah hampir setahun begini….. entah ada badai lagikah selepas ini…….??

  • eilynn says:

    Hai,susah nak kata…
    Saya bekerja di sebuah syarikat Telekomunikasi.Sudah 7 tahun berkahwin ngan suami saya.Saya kini bergelar Eksekutif.Anak 3 orang yang dihandat kepada seorang pengasuh dari lepas pantang sehingga sekarang.Dipendekkan cerita,suami pengasuh yang mengasuh anak saya telah meninggal 3/3/2011.Arwah pula saya sudah kenal sejak tahun 2000 amat sayangkan anak-anak.mereka sekeluarga dan kami sekeluarga amat menyayangi antara satu sama lain.

    Tapi bila arwah pergi. Boleh lak suami saya bercinta dengan isteri arwah dan sudah berbincang berkahwin apabila lepas 100 hari tak pun paling lewat tahun depan.Sakit ye hati saya.Saya akan berjumpa suami saya dan pagi sebelum kerja saya hantar anak kat perempuan tu…

    Silap betul dia orang kan….. Mereka lupa saya bekerja di bahagian Telekomunikasi di mana kita boleh menerima sms yang diterima dan mengesan panggilan.Saya dapat semua bukti….dan bila saya tak tahan lagi,saya tak menuduh pun mereka tapi ambil keputusan untuk terus ke pejabat kadi memohon penceraian, baru masing-masing boleh pulak berbincang, putuskan hubungan….

    Saya tak jadi pergi ke pejabat KAdi,dan mereka mengaku tak wat lagi.Tapi ada pulak sms dari suami saya ke perempaun tu kata “Kalau SMS Lynn tau.Call nanti dia dapat kesan.Call abang pakai No nie.01298xxxx0.

    Apakah semua nie….? Tarikh percintaan mereka 2 minggu selepas arwah pergi…dan tarikh hari nie 9/6/2011……..

  • No name says:

    salah tu,menumpah kaseh dgn suami org,itu hak orang,walau sebaik mana pun dia..janganlah sampai buat begitu,mengadulah kepada Allah,Dia tahu masalah hamba-hambaNya,janganlah cepat menghukum akan takdirNya,kita tak tahu apa reason kenapa dan mengapa Dia buat begitu,kerana semuanya sudah termaktub di Luh mahfuz.Dia akan memberitahu bila dan dimana nanti.ingatlah,dunia adalh tempat persinggahan,segalanya sementara,nun di syurga lebih bermakna.ada bidadari,ada wildan comel2 kiut2 hensem2 lak tuh..

  • nurul says:

    sy brusia 23 thn prnah gagal dlm alam…….. siapa yg ikhlas blh la bknalan ngn sy krn sy dh putus asa utk mncari pnganti.. wslm..

  • Flora says:

    kita dah tau suami kita curang dan minta dia kawin dengan kekasih hati dia, tetapi kenapa dia x nak kawin. mereka bercinta bagai nak rak. janji sehidup semati tapi bila saya suh suami kawin. dia x nak. dpd dorg buat maksiat baik kawin, tapi dia tetap x nak. kenapa suami buat mcmni. ada kekasih hati dan buat maksiat tapi bila suh kawin x nak. tolong jwp….

  • Nurul says:

    As’salam…..

    isu suami curang amat sensitif untuk semua saya rasa tak kira lelaki ataupun wanita….
    masing2 ada alasan tersendiri kenapa semua ini berlaku dan semua yang sudah berkahwin mengharapkan rumahtangga yang dibina akan bahagia tanpa ada pasangan yang curang….
    begitu juga dengan saya, usia perkahwinan saya sekarang ini baru nak masuk 3tahun, dalam sesingkat masa ini macam2 saya hadapi termasuk suami curang…..
    apa perasaan anda sebagai seorang isteri??? hari ini akad nikah dan anda disahkan menjadi isteri kepada seorang lelaki bergelar suami tetapi keesokkan harinya suami anda berlaku curang….
    bermesej dan bergayut dengan perempuan lain siap guna bahasa abang dan sayang lagi, bila hp berbunyi cepat2 lari jauh2 sebab takut isteri tahu. ALLAH itu ada dan DIA maha adil, petang itu secara tak sengaja saya terbaca mesej dia dan saya tanya apa maksud semua ini??? semalam baru akad nikah tapi hari ini abg dah buat hal… kalau abg sayang dan nak hidup dengan perempuan kenapa kahwin dengan saya…. kalau sekarang nak berpisah pun saya sanggup janji abg bahagia…. tp, jawapan yang saya terima dia cakap dia sayang saya dan nak hidup dengan saya, dia janji tak kan berhubung dengan perempuan 2 lagi dan dia tetapi janjiny….saya bersyukur alhamdulilah.
    Tetapi, kisah suami saya curang tidak berakhir di sini, sedang saya sarat mengandung dia sibuk melayan bekas teman wanita dia, pada mulanya saya tak rasa apa2 sebab saya ingatkan mereka berkawan je sebab perempuan 2 pun dah tahu yang suami saya sudah bernikah dengan saya tapi, hubungan 2 makin lama makin akrab, sentiasa masa bermesej tanpa henti2. Hati mana tak sakit tengok suami lebih asyik melayan bekas teman wanita dari isteri yang sedang sarat mengandung dan memerlukan perhatian ini…. saya tak tahu apa yang perlu dilakukan, saya hubungi perempuan 2 minta xlayan suami saya lagi sebab bila saya minta suami saya dia cakap 2 kawan je dan tak lebih dari 2…. kawan ker bermesej siang malam tanpa kira masa dan tanpa hiraukan saya….
    selepas 2, mereka tak berhubung lagi dan saya ingatkan semuanya sudah berakhir tapi saya silap selepas beberapa bulan suami kembali mencari perempuan tersebut dan saya tak salahkan perempuan tersebut sebab suami saya yang cari dia…. bila saya tanya suami, dia terus akan marah2, maki hamun saya seolah2 saya yang buat salah… bila saya saya tegur kami akan bertengkar dan dia akan stop cari permpuan 2 tp, selepas keadaan ok dia akan cari lagi dan keadaan ini berteruskan sehingga beberapa kali….saya pun dah penat saya diamkan diri sahaja dan akhirnya perempuan ini pun dah tak layan dia dan suami saya pun kembali pada saya…. bahagia yang saya harapkan tapi kecewa yang saya dapat apabila suami saya curang dengan adik perempuan saya sendiri… suami saya seorang yang pandai memujuk perempuan dan pandai mengambil hati sehingga semua perempuan yang mengenali dia memang suka perangai dia yang sangat peramah… yang paling menyakitkan hati saya apabila suami sanggup meraba adik perempuan saya dalam rumah saya sendiri dan masa 2 saya tengah tunggu hari nak bersalinkan anak kami yang kedua. Ibu dan adik saya datang untuk jaga anak saya yang pertama dan saya tak sangka suami sanggup bertindak sampai tahap tersebut.
    Saya mengetahui hal ini melalui mesej yang dia hantar dekat adik saya dan dia boleh tanya adik saya syok tak dia buat macam 2 sedangkan adik saya baru berusia 14tahun. Saya tanya adik untuk kepastian dan dia mengaku tapi, dia takut nak beritahu saya sebab takut suami saya marah dia…. saya menangis semahu2nya tapi semua dah terjadi dan tak mungkin sejarah hitam 2 akan terpadam…. saya tanya suami tapi dia xnak mengaku malah marah2 n’ maki hamun saya lagi…. dia siap ugut nak keluar rumah jika hal ini diketahui oleh ibu dan keluarga saya… sampai ke hari ini iaitu sudah 9bulan perkara ini berlalu dan yang tahu hal ini cuma saya, suami dan adik… saya kesan kerana tak mampu nak pertahankan maruah adik perempuan saya….saya diamkan diri demi ank2 saya yang masih kecik walaupun hati saya memberontak untuk meluahkan segalanya….saya tak tahu apa akan terjadi kalau saya tak baca mesej yang dia hantar dekat adik saya itu… mungkin adik saya sekarang ini sudah dinodainya tapi, ALLAH itu maha mengetahui dan telah menyelamatkan adik saya dari jadi mangsa dia….
    kisah curang dia tak pernah berakhir, baru2 saya menemui mesej dia dengan perempuan dan bila saya bertanya perkara yang sama akan berlaku… dia akan marah2 dan maki hamun saya seolah2 saya yang berlaku curang…. saya tanya dia sampai bila keadaan ini akan berterusan dan kalu dia dah tak nak dengan saya cakap terus-terang…. memang bercerai perkara halal yang dibenci ALLAH tapi kalu itu yang terbaik insyallah saya mampu terima dengan hati yang redha sebab dah tak sanggup lagi nak menghadapinya pada masa depan….
    Dia berjanji tak akan curang dan saya sentiasa beri peluang untuk dia berubah dan saya juga memikirkan nasib anak2 saya yang masih kecik dan bagaimana dorang nak hidup tanpa kasih sayang bapa dorang…..
    Selagi saya mampu mempertahankan perkahwinan ini saya akan cuba sedaya upaya saya walaupun pahit demi membesarkan anak2 saya…. Sekian. Wassalam…………………..

  • xman says:

    - nafsu bini sejuk selalu
    -bini tak pandai menjaga diri-perihal rumah tangga
    - bini ek keadaan diri kerjaya melebehi dari…(merasai saham nya maseh molek.. ado yg menghimpit)
    -tak kasi main selalu ..nok jago diri
    -penghinaan taraf
    kejasteraan siratul rahimm dah luntur

  • siti faridah says:

    nurul…..jantan x guna mcm tu pun ko nak simpan..cerai je..tuntut cerai

  • siti faridah says:

    nurul….kiter hdp kat dunia nie nak bahgia..kalu menderita wat pe… baik ko besarkan anak ko…pompuan kena ader keje…jgn jd lemash sgt

  • umi says:

    Hubby I pun same.found that dia melanggan call girl.ade la dlm 6-7org dlm mase sebulan.bermula dgn urut batin,smpai la berzina.skrg dia dh stop.mcm mane nk continue jd isteri solehah,sakit hati bila teringat apa yg dia dh buat.

  • sitishalwa says:

    Pengalaman saya…..Saya dah berkahwin 18 tahun. saya hairan seorang perempuan yang beria-ia mahukan suami saya yang tidak mempunyai kemampuan dari segi zahir untuk pasang dua….dari segi batin pun kadang-kadang kantoi juga. Bila dah ada pasang diluar apa yang saya buat seba tak kena dimata dan hati suami. Saya telah berjumpa dengan ibu perempuan ini ( kalau dia layak dipanggil perempuan) dan menerangkan kedudukan keluarga dan pendapatan suami untuk menampung 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah…… anihnya seorang ibu yang meminta saya redha dengan keinginan suami saya dan anaknya untuk berkahwin tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan akibat ketidak mampuan suami saya. Perempuan ini menyuarakan melalui SMS kepada saya tiada orang yang berkahwin yang tidak makan…..Saya telah bersabar selama hampir 4 tahun dengan kerenah hubungan mereka sehinggakan semasa mengandung anak keempat saya stres akibatnya saya bersalin tidak cukup bulan dengan cara pembedahan……..dan baby saya masuk ICU selama sebulan dan disahkan oleh doktor hilang nyawa beberapa saat…alhamdulilah dengan kepakaran doktor baby saya dapat diselamatkan walaupun keadaannya tubuhnya penuh dengan wayar…. perempuan ini tahu ….. tapi dimanakah hati dan sifat keperempuanannya …… Dalam usia 18 tahun perkahwinan dan tekanan suami kepada saya buat pertama kalinya, saya meninggikan suara bila bergaduh, selepas saya balik dari mencari rumah perempuan ini (perempuan ini mengadu kepada suami, saya mencari rumah beliau). adakah untuk menggelak gelaran andartu, sambar saja suami orang walaupun tidak mampu, untuk mendapat gelaran sebagai isteri dengan usia kini menjangkau 30 tahun. Adakah orang lelaki tidak mahu kepada anda wahai perempuan…. jadi terpaksa terima suami saya, supaya tidak terus menerus menjadi andartu.. Sedangkan islam mengariskan syarat untuk berkahwin adalah dengan kemampuan….wahai suamiku sedarlah ….adakah kesedaranmu perlu dibayar dengan nyawa, seperti yang telah terjadi kepada baby kita di ICU ……Suami dan perempuan ini bekerja disatu companya dan masih meneruskan hubungan ….. Demi anak-anak selagi saya boleh bertahan, saya akan bertahan agar anak-anak saya dapat merasai kasih sayang seorang ayah secara normal…mungkin sehingga kesabaran saya sampai ketahap maksima…. Tuan-tuan dan Puan-puan mohon la bagi pendapat

  • Inn says:

    Salam :
    Suami curang vs isteri curang.
    Menerusi komen para pembaca dapat saya rangkumkan bahawa masalah hubungan kelamin menyebabkan suami/isteri curang. Sebagai orang islam kita dibatasi dengan sifat malu dan jarang sekali para suami/isteri berbincang soal ini. Tiada sebab lain. Kadangkala, isteri tidak dapat menerima kenyataan. Tanyalah diri sendiri, apatah lagi perempuan yang berusia 30-an hingga 40-an adakah suami anda puas di atas ranjang. Dan para wanita dengan sikap egonya pasti mempertahankan bahawa boleh melayan si suami atas katil dgn baik, baik yang bagaimana. Pendidikan seksual boleh dipelajari untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

    Insha Allah-

  • Inn says:

    Saya juga mencadangkan agar sebahagian pendapatan (isteri) digunakan untuk membaikpulih diri sendiri. Sayangi diri sendiri, jaga kecantikan dalaman dan luaran, banyak spa di Malaysia boleh dikunjungi. Jangan terlalu kedekut untuk diri sendiri dan mengorbankan pendapatan untuk suami / anak-anak. Kita boleh bahagikan 1/3 income bulanan pada suami bergantung pada budi bicara. Jagalah diri sendiri terlebih dahulu, sebelum menyayangi diri orang lain. Jika, tak cantik, jika kulit tak gebu,jika servis tak bagus, kita juga yang akan menerima petaka. Fikir-fikirkanlah.

  • Inn says:

    Jika suami masih curang, walaupun mempunyai isteri yang serba-serbi bagus layanannya, bermakna dia memang orang ‘Jahat’, dan layak ditinggal jangan sesekali menaruh simpati orang yang seperti ini sebab akan merugikan diri kita sendiri, memusnahkan kehidupan kita di masa depan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.