myJodoh WebBlog
.. mencari si dia yang soleh ..
.. mencari si dia yang soleh ..
Aug 2nd
Assalamu’alaikum, Berikut merupakan satu emel yang saya terima daripada salah seorangp pengguna myJodoh
Kepada pengirim emel di atas, saya ucapakan terima kasih kerana mempercayai myJodoh dan memperkenalkan kepada orang lain. Juga terima kasih kerana melaporkan perkara ini kepada saya.
* Ciri-ciri mereka :
- Bukan berasal dari Malaysia.
- Bukan berbangsa Melayu.
- Tidak tahu loghat Melayu ( Mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan perantaraan Google Translate, tetapi Google tidak dapat menterjemahkan loghat setempat.)
- Bukan beragama Islam.
* Apa perlu anda lakukan :
- Abaikan Mereka. Saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat (kecuali di atas) melainkan mengesyaki sahaja. Justeru, tiada tindakkan boleh diambil lagi.
* Sekiranya anda anda pengalaman, sila kongsi di sini.. Terima kasih.
Jun 18th
Assalamu’alaikum, Sila laporkan di posting ini sebarang profile atau maklumat diri yang mencurigakan atau merbahaya. Sila sertakan maklumat berikut :
Semua Maklumat Diri yang mencurigakan akan disiasat dan diletakan amaran. Sekiranya anda salah seorang yang telah dilaporkan (mempunyai Amaran pada Maklumat Diri)
Terima kasih.
Apr 20th
Salam,
myJodoh telah melancarkan program affiliate bernama Rakan Niaga myJodoh. Untuk mereka yang selama ini tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya boleh mendaftar di http://rakanniaga.myjodoh.net
Terima kasih.
Oct 4th
Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.
Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.
Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.
Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.
Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.
- salinan kad pengenalan.
- salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)
dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.
Aug 2nd
Assalamu’laikum,

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.