7 Tips Menjadi Pasangan Yang Setia

Mencari JodohUntuk menjadi pasangan yang setia dan menjamin hubungan kekal ke akhir hayat adalah perlu untuk kita menerima kekurangan dan keburukan pasangan kita dari semasa ke semasa, kerana setiap pasangan akan mengalami fasa-fasa kehidupan dimana yang muda akan tua dan banyak perkara yang mungkin menyebabkan hati mula berubah. Namun tidak kurang juga anasir-anasir luar yang mengganggu hubungan suami isteri, tetapi ia boleh dielakkan, dan panduan seperti berikut boleh digunapakai mengikut kesesuaian.

  1. Tidak melayan kenangan bekas kekasih lama.
  2. Menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian.
  3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancam oleh pihak ketiga.
  4. Komunikasi dengan pasangan harus aktif. Menyelesaikan masalah dengan berfikiran positif agar isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara rasional dan bukan emosional.
  5. Berkomunikasi dengan sesiapa yang dikira tidak boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Mesti bersikap terbuka. Misalnya, mereka berkomunikasi melalui Internet tetapi pasangan tahu perkara yang disembang tidak termasuk perkara yang boleh mengundang perselisihan faham.
  6. Pergaulan dengan rakan-rakan adalah bersifat sahabat. Jika perlu ada perbincangan lanjut, ia perlu diadakan di tempat awam atau umum dan bukan di tempat yang mudah disalahertikan sebagai tempat yang akan membangkitkan bibit-bibit ‘percintaan’ baru.
  7. Tahu batasan dan etika perhubungan dengan rakan-rakan lain sementara menyedari hakikat bahawa ikatan emosi suami isteri harus sentiasa dijaga.

Sumber