7 Cara Pantas Bagaimana Menilai Individu di myJodoh

Ramai penipu dalam internet. Namun untuk satu komuniti maya yang terkawal seperti myJodoh individu sebegini mudah dikenal pasti. Berikut merupakan beberapa pekara yang anda boleh semak jika berasa curiga, hanya menggunakan myJodoh :

  1. Senarai Bahaya
    https://www.myjodoh.net/?mod=user_warning
    Lihat sama ada individu tersebut berapa di dalam senarai pengguna bahaya myJodoh. Pengguna yang telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut tidak dapat memadam maklumat diri mereke. Maklumat mereka sengaja dibiarkan untuk panduan pengguna yang pernah atau sedang berhubung dengan mereka.

    Maklumat yang dimasukkan ke dalam senarai ini merupakan aduan rasmi yang diterima di emel myJodoh (bantuan@myjodoh.net)
  2. Amaran Pada Maklumat Diri Pengguna
    Anda mungkin terjumpa kotak aduan sebegini di sesetengah maklumat pengguna yang bermasalah.

    Ini merupakan aduan pengguna yang dibuat melalui bahagian aduan Maklumat Diri pengguna tersebut.
  3. Pengguna Berbintang Hijau Benar Ingin Mencari Jodoh


    Pengguna yang mempunyai BINTANG HIJAU di maklumat diri adalah pengguna yang telah mengesahkan status perkahwinan / diri mereka dengan menghantar maklumat pengesahan kepada myJodoh.

    Biasanya terdiri dari mereka yang benar-benar serius ingin mencari jodoh. Sudahkah anda hantar? Klik sini untuk hantar

    Penipu @ kaki perempuan @ mereka yang berniat tidak ikhlas biasanya tidak tertarik dengan maklumat berstatus bintang hijau. They just skip or avoid. I have no idea why. Yang pasti saya belum pernah menerima apa-apa aduan tentang pengguna lain dari pengguna berbintang hijau.
  4. Forum Wanita myJodoh
    https://www.myjodoh.net/?mod=bbs_women

    Untuk pengguna wanita Plan A myJodoh, anda boleh mengakses ke Forum wanita. Di situ anda boleh membaca atau mencari tentang individu tertentu, selalunya maklumat lelaki.

    Namun, bukan semua maklumat atau komen di dalam forum berkenaan boleh diguna-pakai sepenuhnya.

    Sila faham, bahawa juga terdapat pengguna wanita yang :
    • Tidak puas hati dengan individu tertentu dan bertindak memburukkan beliau supaya tidak didekati ramai. Tindakkan sebegini memberi kesan kepada pengguna lain tidak bersalah yang baru dapam proses berkenalan.
    • Tidak puas hati isu tertentu myJodoh dan menggunakan medium forum untuk menyebarkan negatif tentang individu tertentu yang belum “terbukti bersalah”.
    • Sedang bercinta / berkenalan dengan individu tersebut dan hanya memburukkan beliau dalam satu tempoh masa tertentu kerena berselisih faham. Apabila “dah ok” atau rasa bersalah, semua luahan akan dipadam. Padahal damage is done.
    • Pergaduhan antara pengguna -pengguna yang “berebut” seorang individu. Oh, sungguh menyampah.
  5. Meneliti Maklumat Diri Si Dia
    Biasanya individu yang tidak serius akan sekadar menggunakan pilihan-pilihan jawapan default pada soalan-soalan yang diberikan ketika mengisi maklumat diri. Ini membolehkan pengguna serius seperti anda dengan mudah menilai tahap kesungguhan mereka.

    Contoh:
    • Lelaki, umur 60 tahun, bujang.
    • Tarikh bercerai lebih awal dari tarikh berkahwin.
    • Pendidikan darjah tiga.
    • Berat badan 100kg, tapi foto kurus saja.
  6. Maklumat Diri Bervideo
    myJodoh telah melancarkan video di Maklumat Diri pada awal tahun ini. Pengguna boleh memuat naik video berdurasi 5 saat dengan berkata “Assalamu’alaikum myJodoh“.

    Seperti foto, video hanya boleh diakses oleh mereka yang juga telah memuat naik video. Semua video akan ditapis.

    Apa yang anda lihat, itulah dia. Bukan foto atau rupa orang lain.

    Maklumat diri yang telah memuat naik video dan telah diluluskan akan mempunyai satu ikon istimewa berbentu video.


    Berani muat naik video anda?
  7. Statistik Ringkas Pengguna
    Sebenarnya banyak yang boleh ditafsirkan melalui statistik ringkas pengguna yang terdapat di Maklumat Diri pengguna.


    • Peratusan Lengkap Maklumat Diri
      Menunjukkan kesungguhan seseorang itu mengisi maklumat. Carai individu yang lebih 80% lengkap
    • Hit Hari Ini
      Menunjukkan berapa kali maklumat diri pengguna dilihat pada hari berkenaan. Lagi banyak kali maklumat dilihat, lagi ramai kenalan.
    • Jumlah Maklumat Yang Pernah Dilihat
      Menunjukkan aktiviti individu tersebut melihat maklumat diri pengguna lain. Lagi tinggi, lagi gigih beliau sedang mencari.
    • Terkahir Aktif
      Bilakah terakhir beliau online di myJodoh. Jika melalui Android Apps, satu ikn android akan dipaparkan.
    • Hit Keseluruhan dan Tarikh Daftar
      Hit keseluruhan adalah jumlah berapa kali maklumat individu tersebut dilihat. Manakala tarikh daftar adalah hari dan waktu individu tersebut daftar di myJodoh. Sila berhati-hati dengan pengguna yang mempunyai jangka daftar yang lama (lebih 2 tahun) dan hit keseluruhan yang tinggi.

      Walau bagaimanapun semua paparan di atas boleh disembunyikan melalui tetapan di Pilihan Pengguna
      (https://www.myjodoh.net/?mod=user_options)