Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba,

Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat

.

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : #69
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : #2335, Menurut Imam Tirmizi bertaraf Hassan gharib
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #7008
[4] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #5926
[5] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : #22330

21 Comments

 Add your comment
  1. Selalunya kalau marah-marah mesti tersasul mulut kita tercelupar… sebab itulah kena belajar ‘control’ dan mengelak dari marah-marah.. marah kena pada tempat takpa lah jugak, kalau marah-marah tak tentu hala… pasti org pun benci dan meluat! Peringatan utk diri sendiri juga.

  2. Kalau nak mengelakkan mulut kita dari celupar jangan berdengki dengan orang tak pasal- pasal orang itu dapat semua pahala anda bila anda mengumpat.

    Satu lagi nak pesan jangan suka dok pergi bertenggek rumah jiran selalu. Nanti pasti ada benda tak baik keluar juga dari mulut anda yang selama ini anda pendamkannya.

  3. Assalamualaikum…

    Hati dan lidah adalah anggota kita yg paling penting untuk dijaga kerana kalau kedua2nya baik, maka baik la kita. Begitu juga sebaliknya. Kalau takde benda yg baik nak dicakapkan, lebih baik diam je. Tapi kalau kita terdengar orang yg mulut celupar mengata dan memfitnah kita, camne tu… nak diam jugak ke???

    Saya pernah berdepan dengan situasi yg amat menyulitkan di tempat kerja di mana ramai ‘makcik2’ mulut celupar dan kaki umpat selalu bertenggek, selalu cari salah org utk diperkatakan dan diperbesarkan. Memang seksa dan menyedihkan hati. Makin kita diam, makin berani si mulut2 celupar ini bermaharajalela. Diam disangka takut nak menjawab…

    Namun bila difikir balik, kalau menjawab, saya dituduh tidak menghormati mereka selaku golongan yg lebih berusia dari saya. Setiap perkara yg dibuat ada je yg tak kena dan dilontar kata2 yg tidak sedap didengar. Saya yg masih mentah dan masih baru terus dihakimi tanpa keadilan. Ya…maruah, nama baik dan harga diri seseorang boleh hancur musnah disebabkan mulut dan lidah org yg hanya mengikut hawa nafsu bila berkata2 dan ditambah penyakit hati spt hasad dengki, buruk sangka dan mcm2 lagi.

    Jika kita ingin dihormati, kita perlu belajar untuk menghormati org lain terlebih dahulu. Apa yg kita ucapkan dilidah menggambarkan siapa kita dan cermin hati kita sebenarnya. Bak kata pepatah, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

    Oleh itu, insafilah diri kita. Muhasabah diri sebelum berhak menilai dan memperkatakan sesuatu kepada orang lain. Waallahu a’lam.

  4. diam itu lbh baik dr berkata2 yg x berfaedah…

  5. diam adalah terbaik bagi mengelakkan masalah menjadi bartambah buruk

  6. salam
    kadangkala kita perlu celupar tp pada certain tmpt.Selalunya kalau kita tak celupar orang akan mengambil kesempatan atas diri kita.Saya byk kali terkena tp kdgkala sy celupar utk mendiamkan kembali org yg celupar dgn saya.Sy agreed dgn artikel di atas.

  7. salam,

    yang penting kita perlu sabar, diam jek….dapat pahala, lau menjawab balik & timbul pergaduhan…dapat dosa free….pilihlah mana yang terbaik…

    apapun, kadang2 tu terkeluar gak bila tahap kesabaran itu dah sampai hadnya…ekekekekekek

  8. Masaalah mulut celupar nie memang banya terutamanya di opis… silap sikit mulalah nak melenting.. tak boleh di tegor sikit.. mcm2 perkataan di hamburkan.. kadang2 perkataan yg. kurang enak pun tekeluar terutama kaum Hawa….
    Bila perkataan begitu kita terima dengan ucapan Alhamdulillah.. semuga mereka cepat menyedari kesilapan sendiri…
    Sya pon pernah di tegor “misai macam panji Semerang”… sya terima dgn senang hati… Alhamdulillah semuga Allah merahmati hidup mu…….

  9. stiap org mampu mengeluarkan kata2 yg pdas n kurang enak didengar.kte sume same sbnarnya..tpi ape yg m’bezakan kte dgn org lain ialah cara kte menonjolkan dri kte di hdpan org melalui cara p’ckpan,bhsa bdn,intonasi suara,n perkara yg diucapkan oleh mulut kte.seharusya kte fkir 2 or 3 kli sblum nk ckp smthing.jgn fkir dri sudut dri kte sebagai p’cerita shja malah belajarlah letakkan dri kte pada sudut si p’dgr juga..maka akan berlakulah proses komunikasi yg baik,bairpun pd keadaan 2 kte sdg mrah,sakit hti,kecewa,sdih,t’kilan or ape2 prsaan pun yg timbul time 2.apabila kte berusaha utk m’dptkan suatu keaadan yg baik,maka Allah akan sntse melindungi dri kte drpd melakukan perkara2 yg berdosa..insyaallah..ingatlah bhwa Allah sntse memerhatikan kte.

  10. Macam2 Nama.. kami peratikan.. Depa dok tukaq nama… skrg dah nama nabila pulak… yg. mana satu nama yg. betoi.. kami pun kompius takpa lah… buat apa yg. patut hai Labu…

  11. kat ofis pat saya keja pun gitu..tak pasal2 saya kena ..walhal org lain yg bwk mulut..saya pulak yg kena,nak tunjuk bukti xdapat..mcm hari ni tadik..dah la keje byk(workload)..kena pulak tuduh org atasan mcm2..saya jadi tak tentu arah keja ari ni,dah la demam n selsema…sampai blur n pening kepala…tangan saya pulak sejuk semacm..staf yg dok sebelah saya nasihatkan saya balik jer…g klinik..g klinik tenga hari..dapat sick leave

  12. kdg2 bila ketidak adilan pd diri kita pat keja..bila kita cuba nak pertahankan diri kita..kita pulak yg kena balik..kes mcm saya la…..saya cerita ngan mak bapak saya..mak saya ckp..kalu org dah kata kita mcm tu bila kita dah cuba mempertahankan diri kita..biar lah dia dengan peel nya…bersabar,serah ngan Allah…bapak saya pulak kata..kalu kita ngadu org atasan balik apa yg org lain hentam kita…x semestinya diaorg akan dengar… jadi bersabar itu lebih baik…tapi bg saya sampai bila kita akan diumpat n disalah faham kan oleh org lain..tu yg saya tak tahan….tp setakat ni saya masih cuba bersabarrrrr…………

  13. Salam… sebenarnya mmg benar diam adalah yg terbaik tapi kadang2 setiap org ada had kesabaranya. Tak semestinya kita kena hormat pada org tua yg tak hormat pada org muda. Ibu bapa juga dianggap derhaka pada anak jika gagal memberi ilmu agama yg sempurna. Terpulanglah pada tahap ilmu dan keimanan seseorang untuk menangani org mulut celupar nie…tapi kdg2 org mcm nie kita kena sekolahkan dia balik baru dia faham kot. Tepuk dada tanya Iman.

  14. boleh tolong..cm mn nk bljar jd pendiam..mmg sifat smula jadi kte..banyak cakap..ssh nk kawal..klau diam nti kawan2 n family pelik..risau bukan2 plak..susah la diam,org komplen..bnyk ckp org bising..hemmm

  15. sy pun nk jd pendiam cam pandan jgk…

    so, kurang skit dosa ngumput…

    kat opis, duk sini, ngumpat sal sana…

    duk sana plk, ngumpat sal sini…

    mgumpat sesama sendiri…

    kite ni dgr ajela….tp bdosa gak kan…

    nk buat hal sendiri plk, takut org kata kite x bsosial…

    so, jdla cam talam dua muka…tau cerite dua2 pihak, tp x masuk campur…. kwn ngn semua….

    alahai pening….

  16. hey ..kwn2x nak dengar cerita ker????

  17. salam..

    kadangkala bukan nak celupar tapi sesetengah orang macam tak reti yang ia perbuat adalah salah. oleh itu kita bersuara apabila perlu untuk membetulkan situasi..diam pada tempatnya dan bersuara juga pada tempatnya. selain mengumpat terdapat satu lagi kesalahan dalam pertuturan iaitu ghibah, iaitu menyatakan perkara yang betul tapi masih lagi tidak perlu..contohnya: Eh pendek la si pulan tu!, walaupun memang kenyataan orang itu pendek tapi masih berdosa kerana berkata2 mengenai orang tersebut.

    wallahualam.

  18. ntahlah.. saya pun kena mcm tuh.. kat opis asyik kena buli jer..padahal bos kat situ abg kanung saya sendiri.. tapi pekerja kat situ semua tak respek saya.. sbb tu skrg saya lebih byk diam.. saya taknak campur org sgt.. susah nak hadapi benda2 ni semua.. saya yakin, setiap ape yang ALLAH uji tuh mesti ade HIKMAH disebalik kejadian tuh.. AMIN…

  19. salam
    kdg kala bila hati dh t’tekan mmg mulut akn mengeluarkan kata2 yg bkn berlandaskan agama..
    tp itu bkn keluar dr ati tetapi hanya luahan pe yg kita rasa aje.. emosi yg tak stabil mmg perlu diubati.. wlu hanya m’baca istigfar.. InsyaAllah ati kita pasti tak kan smpai utk mengeluarkan kata2 celupar

  20. DULU SAYA CEPAT SANGAT NAIK ANGIN,ADA JE BENDA NAK MARAH.PANTANG SILAP SIKIT TAPI ALHAMDULILLAH ALLAH DAH SEDARKAN SAYA YANG SAYA ADA SIFAT BURUK.MUNGKIN SEBAB 2 REZEKI SUSAH NAK DATANG,MUKA PUN CEPAT TUA… DAN KINI SAYA SENTIASA BERMUHASABAH DIRI,SEMBAHYANG TAUBAT DAN SELALU BERDOA AGAR SIFAT BURUK 2 ILANG DALAM DIRI SAYA. TOLONG DOAKAN…..

  21. ya Allah, bersihkan hatiku dari segala sifat mazmumah..hiasilah diriku dengan siat mahmudah dan akhlak karimah.. bekalkan aku dengan kasabaran yang tinggi dalam meneruskan kelangsungan hidup..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.