.. mencari si dia yang soleh ..
Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 23, 2007 at 7:11 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 7 months ago
salam, saya tertarik dgn kandungan blog ini. saya mmg mencari doa2 untuk permudahkan jodoh.. dan terjumpe dgn blog ini, bile saya baca sume komen2 kat dlm ni, saya berasa saya bkn beseorangan..
kawan2 saya ingin minta pendapat kwn2, saya berkawan dgn seorg lelaki dia hanya berumur 2 thn tua dr saya, san saya pada tahun ni menginjak ke umur 30. masalahnya dia seorg duda, mungkin jodohnya tak panjang dgn ex dia. anak seorg tp dbwh jagaan isteri nya.
If saya terima dia saya risau ibu saya tidak dpt menerima die krn status nya duda. kata org jgn la cari duda, tp kalau dia jodoh saya mcmmana? saya sentiasa berdoa yg terbaik untuk saya..
kawan2 rasa salah ke seorg gadis berkahwin berkahwin dgn deorg duda. adakah akan ada masalah kelak? bagaimana saya ingin meyakin ibu saya agar dpt menerima dia..
Puteh harap kwn2 sudi share pandangan kwn pada sya..
wsalam
about 7 months ago
salam..nak kongsi cerita kat cnie juga..saya baru berumur 23 tp now saya nak cite sal akak umor 32..blom kawen…kadang -kadang masalah akak yang belum menemui jodoh nie juga memberi kesan dalam hidup saya..kalau saya risau tentang dirinya..apatah lagi empunya diri…akak adalah orang yang paling banyak memberi pertolongan kepada adik-adiknya untuk meneruskan pengajian ..bukan itu sahaja untuk adik-beradik yang lain yang ingin melangsungkan perkahwinan akak laa yang paling busy dalam menguruskannya….saya tao jauh dalam hati akak tersimpan perasaan untuk disayang dan menyayangi…tp akak juga cam fobia nak kawen pas dgr cam2 hal org laki skang nie..saya nak tolong..tapi saya x tahu pertolongan yang mcm mane yang boleh saya berikan…
about 7 months ago
Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..
Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..
Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah..
Mungkin sahabat sahabiah sekalian pernah terdetik sebegini dalam hati tatkala diri dilanda badai ujian..berbagai ujian yang Allah swt uji ke atas umatNya seperti harta, kehilangan nyawa dan sebagainya..Namun..pernahkah kalian semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..
Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..
firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
“Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..
Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)
“Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya”
about 7 months ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. serimgkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and asemestinya akan rasaa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 7 months ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. seringkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and asemestinya akan rasaa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 7 months ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. seringkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and a semestinya akan rasa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 7 months ago
salam..
dapat baca blog ni kita jd tabah cekal menghadapi hari yang mendatang…saya baru putus kasih ngan kekasih saya yang saya kawan hampir 4taun…dan plan nk kawin tahun hadapan…tapi ape yang kita rancang tak semestinya menjadi….di sebabkan panas baran yang tak menentu dan perangai yang buruk…tapi bila baca kat blog ni…rasa sedih,gembira dapat muhasabahkan diri…sekarang msih still contack dan selalu bertanya kabo…wat masa ni sy nk ubahkan perangai yang buruk…dan memberi ruang untuk bekas kekasih sye berpikir,moga2 ALLAH membuka pintu n hati untuk menerima saya kembali,dan membuka pintu hati saya untuk berubah…demi kebahagian sesama…amin..
salam
about 7 months ago
saya usia 31 tahun…tp masih belum jumpa org yg sesuai…apa yg tak kena….rungsing saya
about 7 months ago
tertarik ng blok ni…
about 7 months ago
saya bru umur 21thn..tp msih tiada jodoh yang sesuai..kwan2 tu rmai la…
about 7 months ago
salam semua saya baru menemui blog ini. rupanya ramai yg mengalami nasib spt saya. Usia saya sudah hampir mencecah 34 thn mei ini tapi masih tidak menemui jodoh. Masyarakat kita terlalu pasif dimana bila seorang gadis lewat berkahwin maka hanya sindiran dan penghinaan yg kita terima tetapi mereka tidak berfikir anak2 mereka, cucu mereka yang kahwin awal semuanya telah ditebuh kesuciannya. Saya pasrah andai ini suratan untuk saya. Tetapi saya tidak sesekali berputus asa untuk menemui jodoh. Semoga saya bertemu jodoh sebelum mencecah usia 35 tahun. AMIN!!!
about 7 months ago
salam…
terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri setelah membaca beberapa artikel teman yang senasib…sy berumur 29thn..masih bujang..dh berkali2 putus cinta…
pertama kali bercinta..sy yg memutuskan hubungan, kali kedua sy juga yg memutuskan…punca perpisahan si dia tiada pekerjaan yg tetap…namun perpisahan yg ketiga…setelah 2thn kami menempuh segala onak dan duri untuk bersatu..namun akhirnya kami tetap berpisah…ini adalah kerana tiada restu dr ibu sy…kini setelah 2thn berpisah dan si dia telah berkahwin 6bln selepas perpisahan kami…sy masih lagi sendiri..pernah bercinta dgn seorg lelaki yg sy anggap benar2 jujur dan ikhlas menyayangi sy..namun, sy telah ditipu dan ditinggalkan begitu sahaja…kini, sy seolah2 serik untuk bercinta…ibu pula slalu bertanye…sy jdi geram pd ibu..sy jd marah pd ibu..tp sy simpan mrh,geram pd ibu..kerna sy terlalu sygkan ibu…apa slh sy ibu..knp kau putuskan hubungan kami dahulu….hubungan yg kau tak restu itu…tp kini kau bertanye pula….apa harus aku buat..setelah aku sendiri telah serik untuk bercinta…kwn2 lain telah bertemu jodoh..namun, diri ini masih sendiri..sebenarnya tiada lagi kekuatan diri ini untuk hidup..tp atas dasar kasihkan ibu ayah serta adik2…sy cekalkan hati..sy kuatkan semangat..sy teruskan jua liku2 kehidupan ini…ats sisa2 semangt dan kekuatan yg ada….
kini, sy ikutkan rentak kehidupan, kehendak pekerjaan, dan naluri keinginan sendiri…tiada lagi perasaan ingin mencari…sy dh penat…sy sakit untuk menghadapi rase kecewa lagi…
sy serahkan pd yg Esa..sekiranya ada…alhamdulillah…sekiranya tidak sy redha…
teman2..klu diikutkan artikel sy ini…sy sebenarnya dh berputus asa…tp sy xmahu semua ini berlaku dlm hidup sy..sekiranya ada teamn2 yg boleh beri sokongan…sy harap kwn2 bleh membantu…
terima kasih, wassalam
about 7 months ago
Salam semua, Bee dah bercinta hampir 4thn namun semua nya musnah ketika ulang tahun ke 4 pabila Bee dpt th Insan yg paling Bee Cintai dan sayangi menerima cinta insan lain.Hanya kerana wanita itu menyukai dia dan pada mlm ulang tahun ke 4 (26/1/2010) kami dia marah dgn sikap Bee yg tak reti nak ikut cakap dia ,dgn mudahnya dia tlh menerima dan bercinta dgn wanita lain dan dlm ms seminggu jg dia telah melamar wanita itu. Namun Bee tak mengalah dan Bee tak akan mensia sia kan penantian Bee slama 4thn,kerana Bee percaya cinta dia masih mendalam pada Bee, hanya keran sikapnya yg suka membuat keputusan terburu buru dia telah melamar wanita itu namun Bee percaya dan Bee dapat merasai yang dia sgt mencintai Bee tp dia kecewa dgn sikap Bee yg tak pernah jelas dgn percakapan nya. Bee masih berdoa kepada allah semoga dia sedar ape yang tlh dia laku kan pada Bee, Bee sgt mencintai dia Bee akan terus berusaha menawan hati insan yang paling Bee cintai Bee tak akan mengalah demi cinta yang Bee bina besama dgn Adli selama 4 thn. Kerana Bee dan Adli dah banyak berkorban apa sahaja untuk terus mempertahankan hubungan kami selama 4 thn jadi Bee berjanji dgn diri Bee akan terus berdoa kepada allah semoga kami akan di satukan dalam masa terdekat ni kerana itu janji dia. Selapas dia kata kan dia telah melamar wanita itu, tp Bee tak mengalah Bee masih menanti dia untuk mjd teman hidup Bee spanjang hayat insyallah. Nabila sangat Mencintai Mohd Nur Adli Bin Mohd Din. Nabila akan terus menanti dirimu dan ku akan terus berdoa agar kita akan disatukan itu harapan ku slama ini pada mu sayangku Mohd Nur Adli. Cinta Ku Pada mu sampai Syurga sayang. Ku sabar menghadapi dugaan ini sayang demi cintaku padamu sayang.
about 7 months ago
tiap apa yg terjd sume nye dugaan Allah..
kite kne trme dgn hati yg terbuke..
Allah menguji kite mengikut kemmpuan kite…
Saya redha dengan apa yang dah ditentukan..
Saya cuba mendalami ilmu agama..
Janganlah kita berputus asa..
Tabah menempuh dugaan dan cabaran..
Apa yang penting,jangan lah memilih..
terima la kekurangan masing2..
tiap org ada kelebihan and kekurangan nye tersendiri..
about 6 months ago
Salam,
Sampai bila harus bersendirian ye.. persoalan yang tidak terjawab oleh saya sendiri.
Saya sering mengingatkan diri sendiri..sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..apa yang berlaku ada hikmahnya..rahmat dari Dia..
about 6 months ago
Ramai rupanya senasib dengan aku yg telah bergelar andalusia, sabar kengkawan, apa yg penting redhalah menerima apa juga takdir yg Allah bagi pada kita. Tabahlah menghadapi semua ujian dan dugaan. Bykkan amal ibadat. Bacalah Al-Quran selalu utk menenangkan hati yg gundah gulana. Jgn terlalu memikirkan jodoh kita sampai lupa tanggungjawab kita sebagai hamba
about 6 months ago
seperti yg lain..sy jumpa laman web ni secara x sengaja ketika dalam keadaan keliru.sy x penah bercinta and amat susah utk mendekati wanita.Tp selama 23 tahun hidup,terdapat juga seorg wanita ni dapat menbuka hati saya utk bercinta and dengan mudah nye sy dapat mendekati dirinye serta mesra dgn ye.Tp kecewanye saya bila tahu kawan baik saya juga menyukainye…sy keliru??? perlu ke utk terus merapati wanita tersebut or menbiarkan kawan sy bersamanye???/
about 6 months ago
Salam semua.
Saya dah lama mencari jodoh. Dah berjumpa pun banyak, tetapi satu pun tak menjadi. Saya pun
tak tahu apa yang dicari oleh seorang wanita sebenarnya. Umur makin lama makin meningkat. Masih mencari .
about 6 months ago
nice website..bila baca pglman org ni, baru tau, kat luar sana byk lg org yg hadapi masalah..moga kita tabah hadapi ujian Allah..ujian mematangkan diri kita..
about 5 months ago
skadar nak share;saye berumur ..pernah putus tunang disaat saye mempersiapkan kelengkapan perkahwinan saye..sepatutnye saye berkahwin dgn adik saye sekali..tp apakan daya jodoh xberpanjangan..bayangkan betapa sedihnya dihari pelansungan perkahwinan adik saye..patutnya saya bersama die sekali duduk diatas pelamin..sy harap anda semua jgn bersedih kerana ada yg lg sedih pada anda..just saya nk pesan allah maha pengasih lagi maha penyayang..die xpernah hampakan kite..dan bersangka baiklah dgn allah..sebab die lg tahu ape yg kite tidak xtahu..sebab die pencipta dan kita hamba..terus berdoa kerana doa adalah senjata mukmin..jgn mengalah sebab allah lebih suka hambanya yang merintih kepadanya dan berdoa kepadanya..jgn pandang balasan disini tetapi pandanglah rahmat dan kasih sayang allah disana..perbanyakkan doa ini “ya allah kaulah maksud ku dan keridhoan kaulah yang aku cari”..
about 4 months ago
Salam semua…
Saya hanya hendak meluahkan perasaan saya disni..Sbb, saya x mampu hendak meluahkan pada sahabat, mahupn family saya. Umur saya 28 tahun.Saya tidak cantik seperti wanita lain, tp saya redha dan bersyukur… hingga saat ni, saya langsung tidak pernah berkawan dgn mana lelaki secara serious. Mulanya, saya tidak kesah…tapi sejak umur sudh meningkat..hampir 30, mak saya sangat risau. dan sering bertanya. Tp apakan daya saya…saya seorg ‘perempuan’.Hakikatnya, saya jga sudah terasa kehilangan rakan2 yg lain..sbb mereka sudah berkeluarga… rasa sunyi mmg ada… pada masa yang sama, saya sudah tertarik dgn seseorang yang dekat dgn saya… tp sebagai ‘perempuan’, apalah yang saya boleh lakukan…saya hanya mohon kepada Allah untuk mengerakkan segalanya…
adakah memadai usaha saya itu???….
about 4 months ago
salam…syukur, alhamdulillah sy jumpa web ni disaat diri memerlukan…dis yer, usia sy dh 24, but till now sy blm ada “teman”..bkn sy xcuba utk mcari..tp msalahnyer sy xreti nk bkwn dgn lelaki..cmne tu???
about 4 months ago
Salam semua,
I nak kongsi dgn u all la…..I ni memang insan terpilih utk memenerima dugaan ini la agaknya… tapi terkadang waktu i pun merasakan teramat berat utk memikulnya sendirian…Pepatah kata “Langit tak selalu cerah”. BETUL! Begitu jugalah yg terjadi pada saya insan kerdil ini… Dugaan hidup saya memang mencabar!…. Setelah saya berpisah dgn suami pertama…Perpisahan ini terjadi kerana kurangnya tanggongjawab si dia yg bergelar suami…..sehingga sedara mara dan rakan2 sanggup menitis airmata bersama keperitan saya….ada hikmahnya rupanya disebalik kesengsaraan itu… Setelah berpisah dgn suami pertama Tuhan telah menganugerhkan saya suami kedua yang amat menyayangi ku serta anak2… Tanggonghjawab? memang perfect!…Semasa saya menjanda…bermcm jejaka muncul dlm kehidupan saya sehingga saya pening utk memilih….solat hajat telah saya lakukan…namun wajah suami kedua tak perah kunjung tiba…sehigga saya melantik ibu sebagai penasihat… mana yg ibu berkenan itu pilihan saya..Ibu pilih arwah suami sebab dia bujang dan lebih muda 2 tahun dari saya. Tapi Tuhan lebih sayangkan dia…. DIA telah kembali ke RAHMATULLAH hampir 3 tahun yg lalu…. Mudah2an Tuhan mencucuri rahmat keatas ROHnya dan dimasukkan dlm golongan org2 yg BERIMAN para suhadak, ambiak dan auliak….Amiin..Tapi diri ini bukanlah malaikat….Kesepian benar2 terasa kini…tapi peliknya tiada insan yg muncul utk mengisi kekosongan sebagimana daluhu tetakala saya bersendirian sewaktu berpisah dgn suami pertama… Sukarnya utk mencari pengganti….Apakah salah dan dosaku…. sehingga hampir 3 tahun aku masih besendirian…..Tak dpt di nafikan kasih memang masih menebal pd arwah suami….tapi cinta dan sayang juga perlu dibelai…. Itulah HIKMAH TUHAN kan… Namun saya tetp bersyukur kerana di kurniakan kesihatan badan dan anak2 yang sihat dan cemerlang dlm pelajaran…Amiiiin Ya Rabbal alamiiiin. Suami kembali ke rahmatullah tetakala usia menjangkau 38 tahun pd 1 Ogos 2007……
about 4 months ago
em..seronok dapat baca blog ni..terbuka hati saya untuk menceritakan sesuatu yg pernah brlaku pd dr saya sebelum ni. begini kisahnya sa x prnh bercnt sblm ni hingalah pd satu saat seorg jejaka tampil meluahkn isi hatinya ..n aku terima cntya ..namun dlm masa yg singkat sa ptskn km cuma kwan biasa.kini baru saya faham betapa hebatnya kuasa cnt..hingga aku x dpt mgwlnya..kerna aku terlalu mencintai dirinya..
about 4 months ago
lantas kerana itu aku selalu berdoa “Ya Allah jika dia adalh lelaki yg baik untukku utk menjadi suamiku ,dekatkanlah ia kpdku,dan jika dia bukan jdhku maka jauhknlah ia dr pandangan mata hatiku “
about 4 months ago
Wanita yg menerima nasib dlm blog ni pun keliru dengan apa yg cari lelaki sebenarnya…
about 4 months ago
Salam. Doa itu senjata orang mukmin…berdoa dengan penuh keikhlasan dan pengharapan . Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kalian yang sedang mencari jodoh. Jgn putus asa atau kecewa andai takdir bukan jodoh dengan si dia…kerana insyaAllah…Allah mengaturkan perkara yang lebih baik buat kalian…bykkan bertaubat…dan berdoa…semoga doa kalian didengari…insyaAllah.
about 3 months ago
Salam..
sy berumur 27thn..masih tida jmpe lelaki idaman sy..sy juga tertekan dgn family dan kwn2 yg asek bertanya bila sy ingin menamatkn zaman bujang.. ;(
about 3 months ago
salam semua..bg saya plk rasa2nya jodoh x ade kut untuk saya kat dunia ni kerana saya terlalu merendah diri dan selalu tertanya2 orang nampak ke orang yang mcm saya ni???entah laaa jangan kan nak pandang 2 belah mata pandang sipi pun entah kan nak entah kan tidak…walau apa pun saya pasrah malas nak mencari lagi selagi ada kudrat bersendirian tu lagi baik x susahkan sape2.
about 3 months ago
thats really dificult to talk about jodoh..sampaikan kenalan saya, ida sanggup mengambil ubat penenang gara2 lambat dapat jodoh…setiap saat ketika saya bersama dia, topik yang berkaitan ditanya, ‘kawin, jodoh, laki bla2…’hujung2 kerja jadi ntah ke mana.. bos selalu marah dia! tapi saya kasihan kan dia, nak buat cam ner, suratan takdir masing2..ada yang dapat jodoh cepat or lambat..itu bergantung bagaimana kecekalan hati masing2….klu dulu ibu bapa risau teramat anak dara diaorang ‘tak laku’ tapi sekarang x semuanya sebegitu, sebab pakej anak dara tu dah lengkap cuma memerlukan ‘pemimpin’ dalam hidupnya…tapi bagaimana pula anak dara yang tiada apa2 seperti kenalan saya yang mengambil ubat penenang tu??
about 3 months ago
ermmmm aq baru 22….tp aq rs risau ngn jodoh aq,kwn rmai yg dh bertemu jodoh
TUHAN izinkan lah aq mnemui cinta
aq thu aq bukan insan yg sempurna…………..tapi punyer aty yg ingin syg dan myayagi…….bantu la aq menemuyi ’si dia’
about 2 weeks ago
assalamualaikum,
terasa ingin berkongsi sedikit ilmu…
semua yang terjadi pada diri manusia itu sudah ada qada’ dan qadar nya, termasuklah soal jodoh yang merupakan antara perkara terpenting bagi seorang wanita. qada’ ialah ketentuan manakala qadar ialah sukatan. qada’ ada 2, pertama yang sudah tetap seperti kematian dan yang kedua ialah yang boleh diusahakan seperti jodoh…
bagi wanita yang sudah bertemu pilihan hati yang sesuai, dan sudah sampai masa utk berkahwin, dibolehkan utk wanita itu ‘meminta’ lelaki pilihannya melalui org tengah, spt kwn2, ustaz, atau saudara maranya. contoh terbaik adalah saidatina khadijah isteri Rasulullah, beliau meminta tolong org tengah untuk ‘bertanya’ ttg nabi. dan hasilnya sangat baik sehingga khadijah menjadi isteri yang paling dicintai nabi. subhanallah. jika niat kita benar dan ikhlas, insyaallah rahmat allah sentiasa mengiringi. jangan terlalu memikirkan kata masyarakat jika jodoh belum sampai, mulut org bukan kawalan kita kan…namun kita wajib usaha, bukan sekadar berdoa diatas tikar sejadah saja untuk dipertemukan jodoh…
bagi yang sudah berusaha spt di atas namun belum bertemu, janganlah kamu merendah diri kerana Allah amat menyayangimu, jgn sesekali kamu menggugurkan diri pada sang lelaki yang tidak halal buatmu, daripada jaga diri tak couple tetiba rasa nak couple sbb tkt tak dapt jodoh, nauzubillah, islam ada panduannya kan…inilah ujian allah utkmu utk meningkatkan imanmu…jangan putus asa…jika takdir dirimu tidak bertemu jodohmu di dunia, pasti allah balas kesabaranmu dengan suami di syurga kelak…
wallaahualam…
about 2 weeks ago
Sy nak cari calon istri. Sape yg nak knal. contact dulu.
about 1 week ago
salam…rupenye ramai gak yg ade mslh psl jodoh ni…cmtu gak saye…umu dh 28…dh dkt 10 thn kwn dgn tunang saye ni…br tunang xsmpai setahun…dugaan yang dtg teramat la berat….dia pergi tinggalkan saya cmtu je tanpa saya tau ape sbbnye….xtau dia kemane..ape jadi kat dia…family pn dia x contact..sy ibarat tergantung x bertali………ya allah selamatkan lah dia dari sgl bahaya…moga dia kembali utk clearkan sglnye…even sy syg sgt kat dia…tp if dia mmg dh xnak sy dlm hdp dia sy redah…cume sy nk tau sbbnye n keadaan dia skrg ni….tolong doakan sy kwn2…if bbtl pts tunang…xtau ar bile sy akan bertemu jodoh….
about 1 week ago
salam….buat pengetahuan kawan2..bila sebut pasal kawin,..sy terfikir bilalah mase sy akan tiba..untuk merasa hidup bahagia berkeluarga…disayngi dan menyngi antara satu same lain…sbbnya sy dh berumo 28 thn..tp masih belum jumpa pasangan hidup yg boleh menerima saya seadanya….saya penah ada teman yg boleh dianggap istimewa…dan klu boleh ingin dijadikan pasangaan hidup..tp sebelum keputusan dibuat…sy telah terlibt dgn kemalangan teruk…dlm pada mase itu…tmn yg mne sy anggp istimewa td,pandang acuh x acuh dgn keadaan sy….kami putus sekerat jalan…sdh betul rasenya….apa pun sume tu dugaan Allah..sy berharap semga Allah akan mempermudhkan segala urusan dan jodoh saya..insyaallah mudah2an…ya Allah….jika dia baik untukku,dekatkanlah dia yaAllah…dan jika dia bukan untuk ku.. jauhkanlah dia ..
about 1 week ago
salam semua kengkawan..
dr ats smpi bwk sy baca,..mcm2 mslh yg org lain hadapi,..berbeza pl dgn sy,..bf sy nie yg plg sy syg n nk di jadikan suami,..jrg sekali menelefon n mesej sy,..1 ari sekali pon ssh,…sy cuma pasrah n selalu berdoa agar dibukakn pintu hatinya utk terus bersama sy,…sy pon terpikir jgk,..dia sll kata,.ada jodoh ada,.tp mslh nyer,..kl kita xusaha,..mcmn joodh tue nk sampai..kita kena berusaha utk mendapatkan apa yg kita nk,…tp bile dia kata mcm tue,..apa yg perlu sy lakukan???berdiam diri juga???atau kembali seperti dulu..kdg2 ase pasrah dgn dia,..ase mau di tinggalkan..tp memandangkan sy btl2 syg dia n buat dia jd suami,..tp mcm tue plk layanan dia pd sy…yaallah..tabahkanlah hambamu ini