.. mencari si dia yang soleh ..
Teknik Mengenal Pasti Calon Yang Beragama ..
Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?
Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.
Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”
Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.
Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.
Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.
Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.
Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2]
Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.
Wallahu’alam.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] Ihya Ulumuddin, Al-Imam Al-Ghazali; Di dalam Kitab Ilmu, Bab Mengenai Ilmu Terpuji dan Tercela …
[2] Koleksi kitab-kitab Ihya Ulumuddin mengandungi hadith-hadith daif, palsu serta riwayat yang kadang-kadang tidak bersumber. Justeru, para ulama telah meringkaskan dan menapis maklumat tersebut lalu dijadikan kitab ringkasan seperti Bimbingan Mukminin.
..
..
..
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 22, 2007 at 4:03 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
Assalammualaikum.
Alhamdullillah,
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana saya dapat membaca kenyataan dan perdebatan dari saudara/saudari. Apa sahaja yang diperkatakan memperlihatkan betapa kita mengambil berat dan sayang terhadap agama kita. Sedikit sebanyak ianya memberi kesedaran, petunjuk dan panduan.
ALLAH jua yang MAHA MENGETAHUI.
Segalanya yang buruk itu datang dari kita juga dan yang baik dari ALLAH.
Salam
about 2 years ago
alhamdulillah…mg2 kita semua beroleh kebaikan
about 2 years ago
salam
ermm bila saya baca artikel tu..saya terpanggil utk beri komen…
saya mahukan calon yg beragama but the prob is that ramai lelaki yg saya kenal takut dgn saya coz dia cakap saya alim sgt.it is becoz sy drp islamic university and hidup dalam islamic env.salah ke if saya practice islam?saya suka dgn cara hidup saya.disini saya learned mcm2 yg jadikan satu pedoman for me…
tp pelikkan lelaki zaman skrg.dia nak perempuan yg mcm ne…kita educated n ada agama pun takut…so hard to find a good man.
about 2 years ago
Salam..
memang betul pn mariahtul. lelaki sekarng mmg pelik. susah nk fhm.. ptt nya diaorg suka pd yg beragama sbb dlm islam pn kt kalu nk cri pasgn dahulukan dgn agamanya. tp lelaki sekarng dah xnk ke cri pasgn yg beragama? entahla..
about 2 years ago
Salam.
Sukar untuk menemui seorang lelaki yg mempunyai pakej yg diingini. Bukan harta jd ukuran, bkn kacaknya rupa seseorang,,, tp keluhuran budi N ketulusan hati jd impian,,,,,, namun yang utama pembimbing sejati menjadi harapan dlm mengejar hidup beragama.
about 2 years ago
Salam.
Bukan harta jd ukuran,kacaknya rupa hanya pd pandangan mata, tp keikhlasan hati dan keluhuran budi jd impian. Mencari lelaki idaman yg dapat menjadi pembimbing dimasa hadapan agar syurga yang diidamkan mendadi kenyataan.
about 2 years ago
Harta atau pun kaya bukan menjadi kayu pengukur dlm memilih jodoh kalau hati dah berkenan… tapi atas dasar berbudi bahasa dan bersopan santun… tapi kalau ilmu penuh di dada tapi bekelakuan membangga diri, riak, dan suka menjatuhkan mertabat org lain tak guna juga… bersederhana dlm semua hal alang kah baiknya….. tidak semua yg. menjadi Ustaz… itu Ustaz… dan tak semua yg. menjadah ustazah.. itu Ustazah….
itu kata2 dari guru saya…. Wallhu’alam……
about 2 years ago
Cik mariahtul_qibtiah,
It is more for inferiority complex. macam perempan jawatan tinggi dan gaji un tinggi susah nak cari jodoh sebab lelaki takut . ego perempuan kadang-kadang bukan semua lebih teruk dari lelaki. beli barang ikut sedap dia. worst is still bila marah kan lelaki dia dia kutuk laki bodoh, gaji ciput smua benda dia belikan etc kat anaknya sendiri! jadi kena lah faham kalau orang alim ini kadang-kadang laki segan. rasa tak perfect ilmunya. camna nak bimbing. macam perempuan jawatan tinggi paling sesuai dikaca mata masyarakat pun kena cari laki sama taraf. Itu pendapat sebahagian dari lelaki..
about 2 years ago
Salam..
Bukan gelaran ustaz yang menjadi idaman, ttp seorang lelaki yang blh membimbing ke jalan Allah adalah ingin dicari, agar hidup ini tidak lagi tersalah arah dan saling melengkapi diantara satu dan lain serta sebuah kejujuran dalam perhubungan. InsyaAllah.
about 2 years ago
Teman.. setuju sesangat dgn pendapat Haris.. sungguh bergeliga macam otak teman jugak… Gaji teman Ciput.. tiap2 minggu ajak Dating.. mana ada duit.. itu endak,, ini endak.. tak di beli merajuk.. udah abis duit teman… cabut lari… Kita senasib yer Haris… HIDUP Haris………
about 2 years ago
haris, omarm.. xsemua perempuan cam 2.. mgkin 2sesetngah je. mmg xd nafikan. Bagusla kalau omarm wat keputusan jauhkan diri dari pompn 2. 2 adalh yg terbaik. pompn ni kalau betul2 sayang, dia xmintak. biar laki yg bagi. saya lebih suka laki yg memahami.. tp hati pompn ni cepat terasa. kalau laki 2 kedekut sgt sampai besday kita pn dia wat bodoh je, skitla..susahla cm 2. kita pn nak rasa gak diri d hargai.. sekadar dia ingat besday kita pn cukupla. kalau nak bg hadiah 2 adala penghargaan. bagila dgn hati yg ikhlas.. 2 je.. hehehe..
about 2 years ago
mariahtul_qibtiah…,
“..tp pelikkan lelaki zaman skrg.dia nak perempuan yg mcm ne…kita educated n ada agama pun takut…so hard to find a good man.”
Macam ini la cik mariahtul…, kalo masih lagi tak jumpa dan payah sangat nak cari lelaki yang boleh dibuat suami…, apa kata saya tawarkan diri untuk ditemuduga oleh cik mariahtul…, kalo lulus dlm interview itu maka bolehlah kita menyatu…!
Mungkin lelaki yang terdahulu yg cik mariahtul_qibtiah temui itu datangnya dari suku-sakat bani Israel. Sebab kaum qibti dgn bani israel memang tak sebulu…!
Saya datang dari suku kaum Aryan…, boleh terima tak..? Darah saya jenis A+ dan segala perkara yg berkaitan dgn laporan kesihatan akan dilampirkan bersama resume saya nanti.
Dengan harapan tiada apa yang memelikkan dalam hal ini, semoga tawaran menjadi suami kepada suku kaum qibti ini dapat dipertimbangkan..!
about 2 years ago
Assalamualaikum……… wanita bergaji besar dan pendidikan lebih tinggi. Kalau jumpa calon tapi terlalu jauh gapnya (harta dan education level) . Kalau kita terlalu mengalah dan merendah dia ambil mudah….semua kita yang tanggung. kalau bising dikata ego.Senang nak komen tapi kalau terjadi kepada diri sendiri…susah nak buat decision. anybody has the same experience ..please coment
about 2 years ago
Salam.. nak menyelit kat sini bleh? Zaman sekarang nie susah nak cari calon yg beragama dan beriman… kadang2 tue bkan bleh pecaya sangat pandai belakon kadang2 tue sampai bercakap pun guna ayat2 Al-Quran.. tak tau la kan org tue sebenarnya niat baik atau sebaliknya kan…Apa2 pun semuanya kita berserah pada Allah…
about 2 years ago
itu le pase nya islam kata jgn berdating..dating yg halal hanya selepas kawin en omarm..haa kan dah udoh abes duit mike..
just nak tanya pendpt u all, apa sebenarnya ya…kita kawan dgn lelaki (tpi thru sms je sebab baru nak kenal..org tgh yg match-make kan kami..)..tanpa ada sebarang sebab lelaki itu menghilang tanpa khabar berita..bukan satu kes, byk kes…kenapa ye..saya tak rasa ada org dengki kat saya..sms2 yg dihantar pun tak tunjuk apa2, dia marah ke etc, langsung tade..pelik le..tetiba ilanggggg…waaaaaaaaaaaa!!
about 1 year ago
Assalamualaikum..tumpang lalau jap.. nak join bleh.. org lelaki zaman sekarang, mmg susah nak dbc akl fkirannya.. kbnyakkn mereka bkwn lebih pada nafsu. tak dinafikan itu adalah lumrah alam, tapi bagaimana pula dgn kaum hawa. msti akan rasa diperbodohkan, dpermainkan.. sy slalu t’pk apalah kekurangan diri sy yg sampai org lelaki tak leh trime saya wt psgn hidup, sy tak nafikan saya banyak kelemahan, insyaAllah akan sy pbaiki, tapi sy perlukan seseorg sbg kekuatan sy.. sy perlukan seseorg yg dpt membimbing sy ke jalan yg lurus. sy mudah alpa dengan kehidupan sekarang.. kdg2 sy takut bila dgr org kata ‘lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik, lelaki yg jahat hanya untuk perempuan yang jahat’.. abih tu sampai bila org yg jahat ni akan berubah? naper ek stiap kali bila sy dah suka smbdy, n smbdy tu pun dh suka sy mesti kami ptus..? dah dtinggalkan sekian lama baru nak menagih simpati kembali.. buat apa? tak pk ke perasaan kiter yg dtgalkan, t’kapai2.. skrg sy menjadi seorg yg sgt keras hati.. sy pn prsan kesan putus cinta ni mejdkan sy seorg yg negetif.. kdg2 sy sedih gak, naper la sy leh jd mcm ni, sy rindu sgt khdpn sy yg dulu..
about 1 year ago
Mya Qaisara… kalau nak tumpang lalu kena bayar TOL.. kalau tidak Bro kompaun.. tidak boleh menagih simpati lagi.
hahaha…
about 1 year ago
sy skrg sgt buntu.saya dan pasangan bercadang untuk bertunang tidak lama lagi(sebulan dr skrg).apa yang menganggu fikiran saya adalah,lelaki ini dari segi ilmu agamanya kurang berbanding dgn sy yg sekolah agama.tapi sy juga akui,sy tidak mempunyai ilmu agama yg cukup,cumanya sy tau serba sedikit jika nak dibnding dgn dia yang selalu mengaku dirinya jahil dalam bab agama. solat sering ditinggalkan. sejak mula kami berkawan,saya memohon petunjuk dariNya,dan sudah lebih dari setahun kami berkawan,dan saya sentiasa mendoakan semoga dia diberi petunjuk dan hidayah drNya. saya menganggap pertemuan dgnnya mungkin utk mengubah hidupnya yang jauh hilang. dia seorg yg taat pada ibubapa dan bertanggungjwb terhadap keluarganya. dia selalu cakap,berilah dia peluang dan berilah dia masa utk belajar. disebabkan rasa rendah diri dan akui kelemahan dirinye,sya rasa terpanggil utk mengenalinya dgn lebih mendalam. saya tidak pernah paksa dia,tetapi sy selalu mengingatkannya supaya sentiasa ingat Allah dan dia akan mengiakan. jadi terpulang pd dia,dan saya hanya berserah pada Allah. dia pernah meminta saya utk berfikir dgn baik spy sy tidak menyesal dikemudian hari memilih dia yang serba jahil. dia memilih sy sbb sy ni baik dan semua manusia fitrahnya ingin pasangan yg baik.
Tetapi,ibu bapa saya selalu tanya kepada saya,apakah latarbelakang agama bakal tunang sy ini?adakah dia sembahyang?cukupkah ilmu agama?bolehkah jd imam?bolehkah dia baca alquran?semua itu,jawapannya sy sendiri tidak berani menyuarakan pada ibubapa saya. masih adakah lelaki yang sempurna seperti itu,kalau pun ada saya rasa saya tidak cukup baik utk mendapatnya. kalau ikutkan,ilmu kita tidak akan pernah cukup dan tidak semua org bole jd imam.tetapi apabila sudah berkeluarga,kita akan lihat sndiri lmbat laun,lelaki itu akan bole jd imam. saya tau semua ibu bapa menginginkan yang terbaik utk anaknya. adakah hanya title ustaz yang dpt meyakinkan ibubapa bahawa ilmu agama itu ckup?
tolong lah bantu saya,saya juga tidak tahu bagaimana ingin menyuarakan kepada bakal tunang sy itu,dia tahu ibubapa saya mencari org yang tahu agama dan dia rasa dia tidak layak kerana tidak mempunyai semua itu.cuma bagi saya dia sedikit sebanyak berusaha ke arah memperbaiki diri cuma tidak sekaligus.bagaimanakah cara yang betul utk saya ckp pada bakal tunang dan ibubapa saya.tolonglah saya…saya sgt buntu…
about 1 year ago
slms dari sniper,soalan ni saya tujukan kepada kaum hawa.sy akui sblum ni sy byk buat slah pd kwn2 sy yg brkaum hawa n skang saya mahu perbetulkan segala silap saya.Adakah kaum hawa menerima tawaran saya ni?.
about 1 year ago
salam….
about 1 year ago
salam sniper….sy cadangkan sniper tulus dan telus dlm segala hal jika nk mula brubah sikap lebih yg baik kpd kaum hawa…asalkan sniper brjanji tdak mengulangi perangai negatif lama lagi…mksud sy, klu sniper mula nk memikirkan secara serius dlm ssuatu hbngan tu…kaum hawa akan rasa lebih yakin dan selamat utk mendampingi sniper…InsyAllah…
about 1 year ago
buat Mya Qaisara,
semua org ada kenangan indah yg dikenang2.
semua org jg ada kenangan perit yg nk dbuang2.
siapa sangka selepas hujan diberikan pelangi, selepas mendung dberikan mentari..
“..sy perlukan seseorg yg dpt membimbing sy ke jalan yg lurus. sy mudah alpa dengan kehidupan sekarang..”
al-fatihah itulah penawarnya..semoga tabah menanti hadiah pelangi n mentari dr Kekasihmu Mya Qaisara
about 1 year ago
Buat ija82,
mg2 xlmbat..ke dh btunang dah?
“Kiamat sdh dekat”..pernah tengok?
gadis solehah, sarah memilih Fandy yg jahil sguh(ba’da asar pun xtau) tentang agama n bukan ustaz keluaran mesir berserban tebal..
ibu bapa pastinya ingin yg terbaik buat anaknya, demi generasi taqwa yg ingin dtinggalkn sblum mereka tutup mata..justeru Hj Romli, menetapkan beberapa syarat,Fandy mestilah belajar solat dan mgaji quran sehingga pandai..usaha keras Fandy berjaya menawan hati Hj Romli..hati Sarah apatah lg.mmg sudah lama tertawan..akhirnya selamat mrk diijabkabulkn.
teruskn membimbingnya n tingkatkn amal soleh kt..ssesekali tidak merasakn kt lebih drp sape2..ia bakal merosak hati seterusnya amaln kt..
allahua’lam.
about 1 year ago
buat mariahtul_qibtiah,
tiada apa yg plu dbimbangkn..permata tidak disimpan dlm kotak..tapi disimpan dlm peti berkunci..hanya org tertentu layak memiliki permata ini..biarkn mreka melihat sampai meleleh air liurnya..d best wil coming soon..
syariat bkan kongkongan..tapi tanda kasih sayang n pmeliharaan Tuhan kpdmu..selamat bersabar memelihara benih terjaga lg terpelihara..
van ckulop pun ok jg..hehe
about 1 year ago
Teknik Mengenal Pasti Calon Yang Beragama ..
Alhamdulillah..Audio Kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad help us muc! thanks mr WM! semoga tuan sekeluarga diberkati..
about 10 months ago
Salam…Sy di dalam dilema skrg ni..sy berkawan dgn lelaki yg betul2 sy cari selama ini iaitu lelaki yg baik dan beriman..dia mmg seorg yg boleh dikira ada pegangan agama n sesuai untuk di jadikan seorg suami..masalhnya skrg ni mak n ayah dia dh tunangkn dia dgn pilihan mereka..2 minggu kami berkawan tiba2 mak dia tunangkn dia dgn org lain…walaupun dia xnk tp semuanya mak dia yg uruskan…sedih hati sy sbb dia x sanggup kecewakan hati kedua ibu bapa n dalam masa yg sama dia x boleh tinggalkan sy..dn apa yg sy tanggung skrg ni adalh perasaan syg sy yg amat mendalam pd dia…dn sy juga x boleh tinggalkan dia..dia hnya minta kami sama2 berdoa agar Tuhan pertemukan jodoh kami berdua…tolonglh sy untuk menghadapi masalah ini dgn tenang dan sy berharap sy ada jodoh dgn dia..AMINNNNN
about 10 months ago
Yan.., apa yang penting pada ketika ini ialah memujuk hati menjadi seorang yang siuman dan berlapang dada. Tarik nafas panjang-panjang, tahan ianya seketika kemudian lepaskan dan serentak dengan itu hati berkata “Allahhh..!”. Membesarkan Allah adalah menjadi kewajiban makhluqNYA.
Jadilah seorang yang penyabar dengan situasi yang sedang anda sedang hadapi kini. Pujuk hati untuk menerima ketentuan ALLAH. Tetapi sebaik-baik keadaan, anda hendaklah berada di maqam Redha iaitu dapat menerima apa saja yang pencipta kita tentukan terhadap makhluq ciptaanNYA dengan perasaan tenang dan tenteram bersama kuntuman senyuman.
Renung balik ke dalam diri kemudian tanyalah diri sendiri…, “.. siapalah aku yang bersifat lemah ini dan telah diciptakan bermula dengan air yang jijik dan apabila roh dicabutkan dari jasad akan busuk menjadi bangkai…! Apa hak aku sebagai hamba untuk membantah, merintih sesalbebal dan saling menyalahkan..?”
Orang-orang yang beriman, mereka sentiasa dalam keadaan tenang dan meyakini qodha dan qadar, lalu berbaiksangka dengan ketentuan ALLAH. Memang payah untuk menjadi orang yang beriman dan ianya tidak semudah bicara. Adalah lebih mudah untuk menjadi binatang yang berupa manusia. Tetapi inilah perjuangan selagi hayat dikandung badan. Takkan dengan mudah saja untuk mendapat rahmat ALLAH tanpa apa-apa ujian yang berupa pengorbanan, penderitaan dan kesakitan..!
Allah akan menyoal hamba-hambanya.., sekiranya kamu tidak redha dengan takdirKU, maka carilah tuhan lain selain AKU..?
Anda hanya berkawan baru 2 minggu dan bukan 2 tahun. Kalau anda tinggal sebumbung selama 2 minggu pun masih gagal untuk mengenali hatibudinya. Jangan mudah terperangkap dengan aspek luaran.
Wahai semua kaum hawa yang membaca blog ini…, tolonglah beri perhatian yang lebih kepada diri sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu anda jika hati dan perasaan telah disakiti. Andalah yang merasakan…! Dalam kes ini.., Yan dengan relahati telah menyeksa dirinya sendiri akibat ayat-ayat yang telah dihamburkan berserta amalan ritual yang telah dizahirkan pasangannya sehingga benak pemikirannya menjadi tersumbat dan buntu untuk berfikir di luar kotak pemikirannya. Oleh itu apa yang terlihat ialah perkara yang indah-indah dan molek-molek saja dari orang yang baru dikenalinya selama 2 minggu.
Semoga ianya menjadi pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup anda dan yakin segala percaturan kehidupan yang kita lalui ini adalah milikNYA. Kita sekadar berusaha yang terbaik, berdoa dan bertawakkal.
about 7 months ago
“”aku ada lah saorang serial rapist,jadi aku memang cari dan dapat makwe mak bapak ahli surau,dia pun ‘tutup kepala tak lekang’ pandei mengaji..hatam bepuloh kali,impian kehidupan aku untok mendalami atau tumpang sekaki dlm lunas keagamaan menuju ke pintu sorga idaman kalbu..tetapi suggoh malang nya nasib ku ini menunggu masa untok pergi,apa yg ku hajati selama ini..tidak menjadi realiti,sebalik nya kehidupan kini,seolah olah menjadi ticket ke pintu neraka,perilaku lunas kehidupan nya lebeh dashyat drp orang tak bertudung,itu lah …kita enjoyed rase sume nya masa muda muda..macam menghisap ice cream sepuas nya, jgn dah bosa gajah baru nak gelojoh hirup ais cream macam kebudakan,,,,,”" kata mat kerbau dgn terharu
about 5 months ago
Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan tajuk artikel ini, buat pengetahuan saudara sy bukanlah seorg gadis yg betul2 muslimah, sy seorg gadis yg tidak bertudung,dari segi luaran pasti akan mengatakn sy ini mpy teman lelaki, dan juga sy tidak suka berdating haha.. tapi pada dalamannya alhamdulillah sy masih berpegang pada agama, mengaji dan solat insyaallah sy tidak tinggal..mengenai lelaki, sy tidak mudah utk jatuh cinta, saya akui yg ada segilintir lelaki yg cuba utk berkwn dgn sy tapi sy hnya lyn tak layan shja..cuma apa yg sy rasakan dan apa yg sy nak ialah sy inginkan seorg lelaki yg beragama, pandai mengaji dan boleh mendidik sy utk mendekati agama dgn lbh dekat..jantung sy akan berdegup laju jika sy mendengar org lelaki membaca al-quran dan pada juga spt ada sesuatu yg memanggil diri sy supaya menutup aurat mgkin sy terasa kerdil jika berhdpn dgn org sebegini…sy selalu berdoa spya akan di temukan jdh yg berugama..insyaallah
about 2 months ago
Salam cik lara.. sebelum saya sarankan soal jodoh pada cik lara, ingin saya sarankan cik lara tentang akidah..
simple jer cik lara, “masuklah kamu dalam islam secara keseluruhannya.” Saya bersyukur lara berkata ” tapi pada dalamannya alhamdulillah sy masih berpegang pada agama, mengaji dan solat insyaallah sy tidak tinggal”.. tahniah! dan saya yakin ang lara ni seorang yg dianugerahkan rupa g cantik.. lebih cantik klu lara bertudung dan lebih ayu… semoga menjadi permata idaman dan menemui pemilik yag selayaknya ..:)
about 2 months ago
Salam cik lara.. sebelum saya sarankan soal jodoh pada cik lara, ingin saya sarankan cik lara tentang akidah..
simple jer cik lara, “masuklah kamu dalam islam secara keseluruhannya.” tahniah! dan saya yakin ang lara ni seorang yg dianugerahkan rupa g cantik.. lebih cantik klu lara bertudung dan lebih ayu… semoga menjadi permata idaman dan menemui pemilik yag selayaknya ..:)
about 1 month ago
pd sy, bkn mudah nk cr psgn idup. sbg seorg p, smestinya sy mahukn seorg llki yg blh mbimbing sy utk mjadi sorg isteri & wanita yg lbh baik. begitu jg dlm hal ank2. pgetahuan agama yg dimiliki sorg llki amat penting pd sy. mmg duit penting dlm hidup sbb tiap2 ari kita guna duit tp apa gunanye byk duit klau hidup bkeluarga x bhgia? x de mknanye kn? duit blh dcari. paras rupa seorg llki adalh bonus bg sy. klau dtakdirkn btemu jodoh dgn org yg mmiliki paras rupa yg mnarik, sape2 pn suka kn? sikap ssorg jg mmainkn prnn penting dlm mcari psgn. bknnye apa takut t jd mslh pulak lps kawin. sape yg susah?