.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Segalanya Bermula Dengan Niat

August 20th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan

Suatu ketika dahulu, seorang lelaki di Mekah telah meminang seorang wanita di Madinah yang bernama Ummu Qais. Wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut kerana mereka tinggal berjauhan. Menurut sebuah keterangan, wanita itu telah berkata, “Bagaimana engkau hendak berkahwin denganku kerana engkau tinggal di Mekah dan aku tinggal di Madinah. Sekiranya engkau mahu berkahwin dengan aku, marilah berpindah ke Madinah.”[1] Semasa peristiwa hijrah masih berlaku, lelaki itu berpindah bersama-sama para sahabat ke Madinah, tetapi dengan niat yang berbeza.

niatMengetahui perihal tersebut, Rasulullah telah menegur secara terang-terangan niat lelaki itu. Menurut Umar Al-Khattab, beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”[2]

Walaupun terdapat perbezaan perjalanan hijrah sahabat Rasulullah dengan perjalanan mencari si dia, namun setiap perjalanan perlu dimulakan dengan niat yang betul. Di dalam perihal berkahwin, niat seseorang sepatutnya adalah mengharapkan keredhaan Allah. Bukan untuk “bercouple” atau untuk mempunyai seorang teman istimewa. Bukan kerana ingin bersuka-suka atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bukan juga kerana putus cinta atau sedang dilanda kekecewaan. Bukan pula kerana mendapat desakkan dan tekanan daripada sahabat handai dan kaum keluarga.

Allah berfirman di dalam surah An-Nur ayat 32, “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.” Ia merupakan satu saranan kepada semua umat Islam supaya berkahwin, walaupun tidak berkemampuan.

Pada surah yang sama, di ayat 33 Allah kemudian menegaskan, “Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya”. Allah telah menyuruh hambaNya yang berniat untuk berkahwin agar menjaga kehormatan sekiranya tidak berkemampuan dan bersabar sehingga dikurniakan kekayaan daripadaNya.

Lazimnya seseorang yang berniat untuk berumahtangga kerana Allah akan menerima dengan hati terbuka siapa sahaja yang mendatang. Asalkan yang mendatang itu menepati ciri-ciri yang disarankan oleh agama dan setelah beliau telah melakukan istikharah dengan betul. Alam percintaan dan berkasih sayang hanya wujud selepas ikatan sah terjalin.

Sebaliknya jika niat perkahwinan adalah semata-mata memenuhi tuntutan duniawi, sudah tentu pelbagai faktor seperti alam percintaan, rupa paras, kerjaya, gaya, fesyen, wang ringgit, hobi waktu lapang, perasaan hati dan sebagainya akan menjadi persoalan. Semua persoalan perlukan jawapan. Semua jawapan perlukan penilaian. Semua penilaian mungkin akan memakan masa yang panjang dan kadang-kala menimbulkan persoalan baru.

Wallahu’alam.

..

..

..

Nota Kaki
~~~~~~

[1] Bahru Al-Madzi, Muhammad Idris Al-Marbawi, Al-Hidayah Publisher 2004. Jilid 1. M/s 19.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim # 3530

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

36 Responses

  • S.H.Alatas says:

    Sebaiknya carilah pasangan yang sekufu, maksudnya banyak persamaan dengan tabiat diri kita. Jika tidak alamat menderitalah kita sepanjang hayat. Untuk mencari pasangan yang sekufu, banyak jalan yang boleh kita tempuh, antaranya cubalah buat kajian terlebih dahulu melalui ahli keluarga kita yang terdekat, misalnya via ayah mak kita, ataupun menerusi adik beradik kita, sebaik-baiknya cubalah uji calon pasangan kita itu, apakah si dia itu banyak persamaan dengan kita ataupun lebih banyak perbedaan dengan sifat peribadi kita. Insya Allah, bila kita dapati lebih banyak persamaannya dengan peribadi kita, dapatlah kita harapkan kebahgian seumur hayat, jika lebih banyak perbedaannya, dikuatiri penderitaa seumur hidup, nauzubillah.

  • omarm says:

    Setuju dgn pendapat sdr. s.h alatas…
    Pada fitrahnya, kehidupan lelaki & wanita saling memerlukan antara satu dgn. yg. lain. Allah SWT berfirman dlm surah ar-rum, ayat 21…Dan di antaranya tanda2 yg. membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia mencipta utk kamu (wahai kaum lelaki), isteri2 dn dri jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dgn.nya dan jadikan kamu kehidupan perasaan berkasih sayang dan belas kasihan. ssungguhnya yg dmikian itu menimbulkan kesederan bagi org. yg berfikir.
    Dmkianya suci dan luhurnya tujuan perkahwinan yg d syariatkan oleh islam. Kaum lelaki berperanan (mempunyai niat yg. luhur/ikhlas) sbgai seorang suami menjadi ketua dlm keluarga terutama trhadap anak2 n Isteri… Dlm surah an-nisa ayat 34…. Kaum lelaki adalah pemimpin yg. bertanggung-jwp terhadap kaum perempuan dgn itu allah telah melebihkan orang lelaki dgn bbrapa keistemewaan…. keatas org2 pompuan, juga org lelaki tlah mmbelanjakan (beri nafkah) sbhgian harta mereka…
    Ringkasnya mmberikan kelebihan dri segi fizikal dan mental kpd kaum lelaki untuk memimpin, mbimbing, mendidik dan mlindungi wanita…..

  • waniey says:

    Assalamualaikum..
    saya nak tanya sikit.. macam na nak tahu yang seseorang tu betul2 adalah untuk kita? Kekadang kita dapat rasa yang dia jodoh kita, but sumtime rasa macam bukan… dah banyak kali wat solat istikharah, tapi still rasa tak sure.. cam na tue ek? adakah kita perlu ikut kata hati je?…

  • zool says:

    Ya.. niat itu penting.. Kadang-kadang kita terlupa dengan niat.. dan hanya memikirkan tentang keseronokan..

    p/s : -Benarkah mesti mencari mereka yang mempunyai banyak persamaan dengan sifat peribadi kita??

  • ju says:

    Ju rase xgak semestinya kita nk cari pasangan/jodoh kena bnyk persamaan dgn sifat peribadi kita..bg ju yg penting kita rasa selesa,serasi,senang ngan org tu dah ckup..klau bnyk persamaa pun tp hidup xde keamanan amcm nk jd pasangan sehidup semati..hmm apapun timbang2 kan la gak.pikiq masak2.. 😉

  • omarm says:

    Agaknya Waniey.. Lupa niat masa solat Istikharah…????? itu sbb rasa tak sure…

  • qpergiwati says:

    memang benar tulisan diatas, sesuatu tergantung dari nita. kalau niat betul pasti ada jalan. salam kenal u/ rekan2 di malaysia dari qpergiwati @plasa.com, indonesia

  • omarm says:

    Memamg setiap orang mempunyai NIAT… apa2 pun bermula ngan NIAT.. CTH: nak kawin pun kita kena NIAT… kalu tidak .. kita tak Kumpul DUIT/wang dari sekarang.. Apa pun Islam mensyariat kpd. kita bahawa perkahwinan merupakan Suatu Ibadah… bagi tujuan mengembangkan Zuriat keturunan bagi memenuhi tugas manusia sbgai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Lelaki dan Pompuan mmerlukan antara satu sama lain…. kita mahu zuriat kita menjadi orang yg SOLEH …Bila kita tiada di dunia ini mereka dapat mendoakn kita… lebih2 lagi mendapat isteri yg Solehah… MACAM…JUUUUU..

  • sweet says:

    Memang benar..kalau seseorang mempunyai niat yang betul hendak berkenalan untuk mencari teman hidup..beliau tidak akan mengambil masa yang begitu lama untuk diperlukan melainkan seseorang yang hanya niat untuk ‘bercouple’ sahaja..selalu sangat kita dengar..kisah sebegini..saya telah habiskan masa 3 tahun,4 tahun,6 tahun tapii..akhirnya orang yang kita ambil berat itu berkata..maaf..saya telah menemui jejaka/gadis idaman akhirnya,sedangkan masa telah banyak terbuang..umur juga meningkat..Alangkah baiknya jika semua orang mempunyai niat yang betul..bagi mereka yang belum bersedia untuk ‘settle down’ janganlah ber’couple’ dahulu…sekurang-kurangnya dapat mengelakkan seseorang ‘frust’ kemudian kerana berfikir anda sungguh2 ingin berkenalan dengannya…

    Tentang sekufu pula..sebenarnya keserasian itu penting dan berbeza bagi setiap orang..cuba anda bayangkan jika anda seorang yang tidak begitu sosial tiba2 berkawan dengan dengan kaki disko dan sebagainya..serasikah begitu..
    sebaiknya biarlah sekufu itu dilihat dari segi akhlak dan pegangan agama yang utama..

  • omarm says:

    Niat untuk menunjuk2 dan riyak dlm mengerjakan ibadah kerana mengharapkan pujian dan penghargaan manusia adalah sia2 mengambil masa yg begitu banyak…. alangkah ruginya kerana ia tidak dapat membantu seseorang untuk ke syurga.. Imam Nawawi menyatakan bahawa maksud niat yg ikhlas.. melakukan sesuatu takut kpd allah.. bukan takut kepada sesama manusia…… 2).Kerana menghrapkan Pahala dan Syurga, bukan habuan Dunia..
    3). Melakukan sesuatu amalan kerana malu kpd Allah, bukan kpd manusia…
    Manakala perosak Ibadah …. pula ialah lahirnya perasaan ujub dan riyak bila melakukan ibadah… Ujub bermakna rasa kagum dan bangga dgn kebolehan diri sendiri… riyak pula mengharapkan pujian manusia… PERKATAAN, UCAPAN ATAU SEBARANG BENTUK PENYAMPAIAN MESEJ YANG BERCIRIKAN IBADAH, Mestilah berpaksikan Syariat…… Sekali gus memanfaat semua orang dan tidak sekali2 memudaratkan orang LAIN….

  • sya says:

    salam,
    nak cari yang serasi atau yang punyai banyak persamaan dgn kita. kalau banyak persamaan, InsyaAllah boleh berkongsi hidup dgn baik. Segala cabaran/ujian boleh dihadapi. Dengan kata lain, sebanyak mana kita boleh bertolak ansur dengan perkara yang tidak menyamai tabiat kita, ini juga penting. Sejauh mana kita boleh tahan dgn sikap pasangan yang kita tidak gemari. Kalau disenaraikan, daripada sikap dan tabiat pasangan, dan didapati lebih 50% sikap pasangan tidak menepati kehendak diri, dan sekiranya diteruskan jugak, ada kemungkinan menuju kepada masalah dlm perhubungan. Sekiranya disenaraikan dan didapati hanya 10% dari ciri pasangan yang tidak kita gemari dan sekiranya kita boleh terima kekurang 10% ini dan sabar, InsyaAllah perhubungan boleh berjaya. Selain mencari pasangan yang menyamai kepada tabiat diri sendiri, kita juga kena fikir, ciri ciri pasangan yang tidak kita gemari. Sekiranya kita boleh bersabar dalam erti kata lain kita boleh menerima kekurangan pasangan kita, bermakna kita boleh menerima dia seadanya dia dan boleh meneruskan kehidupan bersamanya. Kita semua maklum, manusia ini banyak kekurangan dan nobody’s is perfect.
    Sekadar berkongsi dari buku yang dibaca – Dr Phil McGraw

  • Ajeed says:

    Salam..waniey..apa sweet ckap tuu very logik..

    tentang istkharah…jika niat dh betul..istikharah mesti ada jawapan…
    sebanrnya istikharah masa nak kwn bukan dh kwn lama…

    kalau dh amek risiko kwn lama2 tuu..dn dua2 dh taruh harapan..maka kawin saja lah..apa yg ditunggu lagi…melainkan hati sentiasa mengharap yg lebih dr yg ada.

    ada cara istikharah yg kurang diketahui..menggunakan alQuraan…

    sentiasa tepat dn ada jawapannya…
    cuma sukar nak ajar cara2nya di sini…dn istikharah kena susun niat betul2…

  • Abu Hanifiah says:

    niat …perlula diasaskan dengan ‘islam’ @ ‘damai’……. sebab lelaki ni memang dasarnya ‘gatal’ pada cakap allah yang membolehkan mereka berpasangan kepada 3 perempuan yang lain……. tu yang sakit ati tu…….

    anyway..sian pempuan…ok……..’bersederhanalah’ untuk mencari lelaki yang terbaik menjadi pasangan………… byk perempuan yang berjaya memperolehi suami yang x gatal…….. sebab mereka perempuan yang menjadi isteri yang sederhana….. x material sangat dan x ok dan x all can segala……… mereka biasanya memang suami mereka x gatal macam saya……

    by the way……… kepada perempuan yang sedang nak bersuami…awak letakla niat…..kahwin kerana mendaulatkan ‘islam’ ‘damai’ yang selalu allah suruh tegakkan… insyaallah lepas awak kahwin awak akan jadi orang yang sederhana sangatttttttttttttt ..sampai suami awak pun sayangggggg sangat ngan awakkk….dan suami akan berpendirian….waaaaaaa isteri yang satu ni ya allah dah cukupppppp sangat untuk saya……toksalaaaaaa datangkan lagi cubaan hgga 4 kepada saya…

    anyway……..all da best………!!! amin..

  • S.H.Alatas says:

    Memang bukan mudah mencari pasangan yang sesuai dengan kita, akan tetapi jika perkawinan itu berdasarkan kasih sayang, tolerans, pemaaf, mengakui diri tidak sempurna, saling bantu membantu, kepada mereka yang terlanjur “salah pilih” bersabarlah, Innallah ma’asabirin (sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar), Insya Allah keluarga bahagia akan ujud jua.

    S.H. Alatas
    http://www.shiar-islam.com

  • Little Angel says:

    Salam…

    Memang tidak dapat dinafikan pencarian pasangan hidup adalah salah satu tujuan untuk hidup di jalan Allah. Sebab orang yg tak mahu berkahwin padahal dia berkemampuan, adalah org yg rugi kerana xdpt merasai nikmat alam rumahtangga. Bagi saya, bahagia atau derita hidup seseorang itu banyak bergantung pada kehidupan rumahtangganya, sama ada pasangan hidupnya tepat atau dia tersalah pilih. Kalau niat kita betul, nak kawin kerana telah bersedia dan mampu bahagiakan pasangan kita, Insya Allah hidup kita berada di landasan yang betul. Setiap orang memang telah ditentukan jodoh, ajal dan rezeki masing-masing…

  • Abu Hanifiah (johor) says:

    Bagus gak abang SHAlatas punya komen……… k…kepada yang dah terlanjur…salah pilih……… ha ha ha ha ha ha ……………jom kita ketawa besar……………………….. sebab anda mcm saya……….jom ketawa……….ha ha ha….anyway……….. astaghfirullahalazim……….baginda saw larang kita ketawa mcm tu……

    k………hubungi saya……… sebab saya orang dah salah pilih pasangan….. alhamdulillah………. kami dah 15 tahun kahwin…dan kami rasa kalau kami cerai…kami rugi……………………

    kami sudah allah rahmati dengan..wow!!!!!!!!…. alhamdulillahhhhhhhhhh…. saya skrg otw …tgh pilih2 nak tambah lagi…

  • omarm says:

    Setiap perkara yg dilakukan ada tujuan dan matlamatnya.Tanpa matlamat kita akan hanyut dan sesat.. saya setuju sangat dgn pdpt. Litttle Angel tuu… Sebagai seorang Muslim sudah tentu matlamat yg di tuju aialah membentuk sebuah rumah tangga yg Aman bahagia dan sentiasa mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat… serta dapat melahirkan generasi yg beriman dan bertakwa kpd Allah SWT…
    Hadis Nabi ” Empat perkara yg. membawa kebahagian: Isteri yg. Solehah, Rumah tangga yg. Lapang, Jiran yg. baik dan kenderaan yg Selesa”,,,,, dan Kahwini lah Wanita yang Penyayang dan Subur (keturunannya) kerana aku akan bahagia dgn. banyak umat ku pada Hari Kiamat kelak Nanti…

  • Rose says:

    Salam,

    Saya setuju dengan pendapat S.H.Alatas. Kitalah yang kena berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina. Saya ingin bertanya mengenai penceraian yang berlaku antara pasangan yang tidak serasi… adakah penceraian itu juga satu ketentuan dr Allah sebagaimana alasan yang sering dikatakan oleh pasangan2 yang bercerai?

    TQ

  • RINOkarno says:

    Aduii En.. Abu macam nak berpoligami Aje… Hukum poligami sering jadi keceman samada dikalangan bukan Islam juga sesetengah orang kita sendirik.. kerana mereka tidak memahami hakikat poligami… keharusan poligami hingga 4 dlm satu masa… kekadang kita terdengar suara Sumbang ” Kalu nak Kawin Manyak, Masuk Melayu”… En. Abu nak pasang satu lagi ke??? nak amik Cop jari camna… kalu tgh Tido bolehle…. siap surat pengakuan past tu tenyehhh.. kat Borang tuuu…

    NI En.. Abu bila ..saya balik kmpong member selalu tanya umo dh dekat 40an bila nk kawin… NANTI mende tu TUE Dalam SELUar… tui ke ckap cam tu????

  • S.H.Alatas says:

    “Suatu yang halal akan tetapi paling dibenci Allah adalah talak”. Oleh karena itu jangan dahulu pikirkan perceraian, bersabarlah dan carilah jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin, karena perceraian itu akan membawa akibat kepada kedua belah pihak, apalagi jika telah ramai putra-putri dikeliling, sudah tentu mereka juga akan menanggung akibatnya. Jika jalan perbaikan dan penyelesaian tidak diperoleh, sebagai jalan terakhir, dari pada terus menerus menderita dan berada dalam “neraka” rumah tangga, maka silakan berpisah saja, dan perlu ada tanggung jawab selanjutnya terutama kepada mereka yang telah memperoleh buah hati atau cahaya mata. Pikir dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna>”

  • S.H.Alatas says:

    Selamat menunaikan ibadah Puasa Ramadhan, semoga Ibadah kita dierima Allah dengan sebaiik-baiknya dan dapat menemani kita diakhirat nanti, amin.

  • nasis says:

    Salam bt Rose & all forumers….
    berkahwin kemudian berpisah??? satu sengsara yang perlu dirasai bagi mereka yang merasai dan menanggungnya….bukan satu keinginan pun tapi itulah KEHENDAKNYA..7 tahun hidup bersama dgn berbagai pengorbanan dilakukan utk suami tapi kesudahannya berpisah….pelbagai usaha dilakukan utk pertahankan rmhtgg tapi musnah jua….insan yg melalui saat2 itu shj yg memahami apa yg ditanggung…faktor tiadanya keserasian bukanlah penyebab utama seperti yg dicanangkan oleh mereka yg melaluinya….TETAPI ada faktor lain yg hanya insan itu sendiri yg ketahui dan menggalasnya….bagi yg bahagia dlm rmhtgg jga sebaik2nya…hargai pasangan anda!!! Bagi yg terluka…perlu berfikir sedlmnya utk mengubah hidup kearah yg lebih baik dan bahagia wlaupn tnpa insan bergelar ‘suami’….ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yg mengubahnya…sanggupkah terus hidup dlm derita jika ada jln keluar yg dibenarkan oleh AGAMA???

  • apple says:

    “wanita dan lelaki di lahirkan di dunia berpasangan, dan saling melengkapi”

  • aku ni says:

    bukan wanita dan lelaki je..setiap kejadian berpasangan..bulan bintang,siang malam,pasang surut..

  • omarm says:

    Memang betul tu.. aku ni… kasut pun kena ada pasang… kalau tidak pincanglah kita berjalan????

  • aku ni says:

    ahaa..tu dh semestinya..kasut pun kena yang sepadan,sama saiz,sama bentuk..klo sbelah timberland sbelah slipar jepun msti pincang..

  • akma says:

    betul kata apple..setiap sesuatu Allah dah jadikan berpasang2an.

    sekarang nie kalau kita perasan ada gak org pakai kasut sebelah warna lain2..hm..nampak janggal bagi org yg tau sesuatu benda itu tidak patut diubah.tp kalau org yang tau nilai keindahannya pasti anggap ia satu seni..kan.hm….x kisahlah brand dr mana2pun..asalkan dia sesuai dgn kita ..yang pasti iman no.1.

    sebenarnya kita dicipta tak kan sama..tengok je jejari kita kita ukuran dan bentuknya pun x sama.setiap kekurangan dan kelebihan itu sebenarnya hikmah untuk melengkapi sebuah perkahwinan..yg penting sekukuh mana keiman, keikhlasan yg ada dalam diri seseorg.

  • Omarm says:

    Kalau akma bagi bro tengok jejari..tu boleh bro tolong sarung C.. di jejari jemari tu… dengan penuh keikhlasan..

  • S.H.Alatas says:

    Jika sekiranya telah salah pilih, maka banyakkan bersabar, dan selesaikanlah segala perbedaan itu dengan perasaan kasih sayang, meskipun sisa kasih sayang itu telah mulai musnah, desebabkan masing-masing tidak ada kesesuaian, atau telah meningkat usia. Apa salahnya kita kenang kembali ketika masih muda dahulu, ketika masih membara cinta dan kasih sayang ? Cubalah sambil mohon kepada Ilahi Rabbi semoga Allah mendatangkan kembali kasih sayang kedalam hati mereka yang inginkan kasih sayang. Semoga berjaya, Insya Allah.
    http://www.shiar-islam.com

  • kasih says:

    komen x der, tp saya nak minta pendapat dgn semua orang…

    saya dah berumah tangga,baru setahun 8bulan.dalam pkahwinan kami baru saya dapati suami saya menyesal dgn pkhwinan ini.. kesilapan nie semua punca dari sejarah lama saya, saya bleh di kategorikan peempuan murah.. sebelum kawin suami saya tahu ttg diri saya,x der dara lagi..saya x tahu niat sebenar dia mgawini saya..dulu bleh terima knpe skarg saya mengandungkan anak dia x boleh terima saya langsung..pe niat sbnar dia..kami dah pergi sisi kaunsling tp x bjaya, dia btul2 x perlukan saya.. saya buntu skrg..pe nasib saya n anak dlm kandungan nie, saya myesal n bertaubat dgn ksilapan saya,.saya btul2 x bleh khilangan dia..

  • Cuba berbincang dengan suami anda terlebih dahulu, mungkin setelah anaknya lahir akan terjadi sesuatu perubahan. Jika tak juga berjaya cubalah hubungi sahabat handai, ataupun orang tua suami anda, mungkin mereka dapat menasihatinya. Bersabarlah jika sanggup, jika tidak pergi ke Jabatan Ugama mohon penyelesaian.
    Ustaz
    S.H. Alatas
    http://www.shiar-islam.com

  • azrul.alwi says:

    salam kasih,

    saya bersetuju dengan tuan S.H. Alatas, pn bersabar dahulu. Pesan orang tua-tua time mengandungi ni macam-macam hal yang pelik-pelik sering berlaku. Bawak budak. Bersabar, sehingga lahirnya anak dan jangan lupa sentiasalah berdoa.

    Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Firman Allah, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” (Surah Al- Baqarah, Ayat 45)

  • Omarm says:

    Besabar bebanyak PUAN kasih..

    Pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama adalah satu pengelaman bernilai yg tiada tolok tandingnya. Hanya wanita dikurniakan Allah SWT dengan kelebihan ini yg sekali gus memartabatkan kedudukan wanita….

    Perjalanan yg perlu dilalui sepanjang tempoh mengandung bukanlah sesuatu yg mudah apatah lagi bagi wanita teruk alahan…. bau ikan goreng pun xleh… bau suami xleh…
    macam2 benda pelik berlaku…. masa inilah suami memainkan peranan penting bersabar dgn kerenah isteri…. Demi kasih sayang dan rasa tanggung jawab, segala kepayahan diharungi juga dgn sabar….

    Peroses kelahiran adalah kemuncak bagi perjalan seorang insan bergelar ibu… Tiada kesakitan yg dapat menandinginya… dirasai hilang serta merta sebaik sahaja menatap Wajah COMEL yg di kandungi di dalam rahim selama ini… malah rasa untuk mengandung lagi…

    Tidak hairanlah jika ibu-ibu kita dahulu mampu melahirkan sehingga berdozen anak walau pun tanpa bantuan perubatan moden…..

    Sesungguhnya, ia adalah satu “transformasi” yg mematangkan kpd wanita yg melaluinya untuk menghadapi masa depan yg. penuh CABaran…..

    Ketika mengandung setiap wanita biasanya Lebih “MANJA” dan inginkan perhatian Suami.. meminta makan yg pelik2 dan mempunyai pelbagai kerenah tetapi itu adalah perkara yg normal… Isteri patut bersabar dan tidak mengikut perasaan..
    Puan Kasih patut bersyukur… kerana TEMPOH beribadah yg panjang… semasa mengandung… solat, ngaji Quran dsbnya..
    guna sebaik munkin…
    Berdoa kepada Allah dijauhkan drp pekara2 yg tidak baik…

    Namun untuk memudahkan proses bersalin dgn mmbaca Surah Maryam sejak awal kandungan lagi…. “baca dan fahami maksudnya sekali, jadikan amalan seharian ketika hampir bersalin untuk menghiburkan hati….”

    Nabi gemar mmberi buah kurma sejurus selepas melahirkan anak utk mmberi tenaga kerana didlmnya tkandung bnyk Glukos…
    Jangan Puan fikirkan yg bukan2… tekanan Emosi menyebabkan “GILA Meroyan”….

    Kami semua ahli warga MJ sentiasa berdoa agar puan di beri kekuatan dlm masa tempuh 9 bulan yg mendebarkan…. bahagia bersama suami dunia sehingga ke Akhirat…
    Aminnnn…
    Wassalam.

  • Pingback: Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran | myJodoh WebBlog

  • Pingback: Merdeka Daripada Jajahan Hawa Nafsu | myJodoh WebBlog



Leave a Reply