.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Fokuskan Pencarian Kepada Mereka Yang Bersolat

July 30th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 256 times!

Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Mencari seorang pasangan hidup lelaki atau wanita yang bersolat pada hari ini bukan suatu perkara mudah. Untuk seseorang yang mementingkan nilai agama di dalam proses pemilihan pasangan hidup, pasangan yang bersolat selalunya akan menjadi keutamaan.

Rasulullah bersabda, “Tegaknya Islam itu atas lima. Bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruhnya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di Ramahdan.”[1] Solat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap satu rukun diibaratkan seperti tiang utama untuk mendirikan sebuah bangunan. Kekurangan salah satu tiang akan menyebabkan bangunan itu runtuh. Dalam erti kata lain, sesiapa yang meninggalkan solat telah meninggalkan salah satu rukun agama dan memusnahkan struktur agamanya sendiri.

Hanya agama dapat menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Justeru, demi kebahagiaan hidup rumahtangga yang berpanjangan, calon pasangan hidup seharusnya dipilih dari kalangan mereka yang beragama seperti saranan nabi.[2] Di dalam hal ini solat merupakan salah satu tiang agama.

puasa181.jpgKatakan selamat tinggal kepada mereka yang tidak mementingkan solat. Katakan anda mahu kesejahteraan rumahtangga dan keredhaan tuhan. Katakan kepada mereka bahawa Rasulullah pernah bersabda, “perjanjian antara kita (muslim) dan mereka (orang kafir) adalah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah kafir.”[3]

Tuhan telah menjanjikan ganjaran-ganjaran hebat kepada mereka yang berusaha menjaga solat. Rasulullah telah bersabda, “Sesiapa yang menjaga solat yang lima, menjaga wuduk, menjaga waktu-waktunya, menjaga rukuk dan sujudnya (dengan sempurna), maka diharamkan ke atasnya api neraka.”[4]

Solat juga membentuk sikap baik pada diri seseorang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 45, “sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;” Pernah sekali seorang lelaki telah dilaporkan bersolat di malam hari, tetapi mencuri di pagi hari. Mendengar hal itu Rasulullah bersabda, “solatnya tidak berapa lama lagi akan menghentikannya dari (dosa) yang dikatakan.”[5]

Solat adalah penghapus dosa-dosa kecil. Rasulullah pernah keluar bersama Abu Zar di suatu musim sejuk. Pada masa itu dedaun berguguran. Beliau lalu memegang dahan sebatang pokok dan dedaun dari dahan tersebut mula gugur. Kemudian beliau bersabda kepada Abu Zar, “apabila seseorang Islam itu menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya dedaun ini dari pokok.”[6]

Usaha menjaga kualiti solat juga termasuk menyegerakan solat apabila masuk waktu, mengutamakan solat berjemaah, menyempurnakan rukun-rukun solat dengan baik dan sebagainya. Beribu-ribu hadith telah direkodkan dalam menceritakan perihal solat daripada Rasulullah. Semuanya tidak mungkin dapat dimuatkan di dalam artikel ini.

Kualiti solat juga dapat ditingkatkan dengan usaha mencari kekhusyukan. Firman Allah di dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 2, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya” Imam Ghazali telah mengariskan panduan komprehensif di dalam Ihya Ulumuddin sebagai panduan kepada mereka yang mencari kekusyukkan di dalam solat.

Solat juga dapat menghilangkan stress. Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat.”[7] Justeru, mereka yang komited dengan solat telah pun dilatih untuk bertenang di dalam menghadapi sebarang suasana stress. Keadaan minda yang terlatih ini amat berguna di alam rumahtangga.

Dari sudut sains, otak mereka yang bersolat adalah lebih cerdas daripada yang tidak bersolat. Menurut seorang pakar, Win Wenger[8] di dalam bukunya How to Increase Your Intelligence[9], aktiviti membalikkan badan dari atas ke bawah meningkatkan kadar oksigen di otak, secara tak langsung meningkatkan kemampuan otak. Umat Islam melakukan pergerakkan ini sekurang-kurangnya 34 kali setiap hari dengan sujud![10] Bukankah semua orang inginkan pasangan hidup yang bijaksana?

Sebagai permulaan untuk memperbaiki kualiti solat, berusaha untuk cemerlang di dalam mengerjakan solat dan memahami falsafah solat, seseorang harus mempelajari teknik solat yang betul dari sumber yang benar. Di internet, laman web yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti di panduan solat di laman Cybermosque MPSJ[11] dan klip-klip video tentang Sifat Solat Nabi[12] di Youtube.com. Sebahagian bab tentang Solat dan Keutamaan daripada Kitab Bimbingan Mukminin terdapat di laman web Waktusolat.net. Di dunia nyata, kursus-kursus seperti yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian At-Tibyan[13] dapat memantapkan lagi pengetahuan seseorang tentang solat.

Walaupun jika kita bersolat dengan baik, belum tentu “kerja mencari” si dia akan menjadi lebih mudah. Namun, dengan menjaga solat, kita akan memudahkan si dia menjumpai kita. Siapa yang tak nak kahwin dengan orang yang menjaga solat?

Wallahu’alam.

——————————————————————————–

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : #21.

[2] http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/panduan-memilih-jodoh-daripada-rasulullah/

[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : #2545 hassan sahih gharib

[4] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : #17623.

[5] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : #9402.

[6] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad #20576.

[7] http://hadith.al-islam.com, Sunan Abu Daud : #4333.

[8] http://www.winwenger.com/wenger.htm

[9] http://www.winwenger.com/20in25.htm

[10] Dr. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, PTS Millennia Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2007; ms 278.

[11] http://cybermosque.mpsj.gov.my/baca.html

[12] http://www.youtube.com/results?search_query=Sifat+Solat+Nabi&search=

[13] http://www.zaharuddin.com/v1/tibyan.htm

——————————————————————————–

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran

Mengenal Calon Yang ‘Beragama’

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

46 Responses

  • eiza says:

    sememangnya beruntung bagi sesiapa yang dapat pasangan yang menjaga solatnya..
    kalau diikutkan realiti zaman sekarang yang terlalu mementingkan keduniaan memang susah nak cari orang yang betul-betul jaga solat..
    sama-samalah kita berdoa agar masing-masing dikurniakan pasangan yang menjaga solat..
    dan untuk itu kita sendiri harus berusaha jaga solat kita sebab lelaki yang baik dijadikan untuk perempuan yang baik..
    begitu juga sebaliknya

  • Fallen Angel says:

    Semestinya….. :)

  • mas says:

    Assalamualaikum
    hai…….

  • mas says:

    Terharu sy bc citer kat dalam ni… Sy pun kekadang terpikir nape la susah sagt
    nak dapat jodoh ni kan…. Sedangkan orang lain senang jer dapat jodoh… Umur makin tahun makin meningkat…. Sedih jugak rasa nye…….

  • markonah says:

    salam..
    “sebab lelaki yang baik dijadikan untuk perempuan yang baik..”
    *eiza..be careful about this statement..takut ada org yang tersalah anggapan (saya bercakap based on pengalaman – refer artikel teknik mengenal pasti calon yang beragama)

  • hafizun othman says:

    Salam…

    Kalau dapat pasangan yang beriman, alangkah bagusnya….
    Iman kadang2 perlukan polish untuk di jadikan semakin bersinar…
    macam mana kita polish kereta, kita kena polish iman jugak… bagi bersinar…
    macam mana nak bagi iman sentiasa bersinar… kena lah ada pasangan yang sering mengingatkan ttg. tanggungjawab kita kepada ALLAH… selalu…. setiap nafas kita…

    moga2 setiap insan di dunia ni akan mendapat yang terbaik untuk dibekalkan di akhirat nanti… INSHA ALLAH….

    Wassalam…

  • Ina says:

    masih adakah lg lelaki dan perempuan sekarang yang mencari jodoh kerana Allah? bukan kerana paras rupa dan harta semata2. susah kan..?

  • mas says:

    Memang betul tu susahnya nak cari jodoh hanya kerana Allah… Majoriti lelaki yang saya kenal penah tido ngan pompuan.. Saya pun tak tau nape di temukan lelaki cam tu… Mula2 kenal memang cukup baik… tapi lama2 di selidik rupa2nya penah tido ngan pompuan… Plak tu diorang tak kisah pompuan tu masih ada dara ke tak…. tapi saya rasa tak semua lelaki cam tu kan…. BetuL tak Abng AL…

  • samarluki says:

    WM, mana sambungan cerpen tu?

    aduhai markonah … ini ada sedikit pesanan untukmu sayang ..
    Daripada Jundub r.a., katanya Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang melahirkan pendapatnya sendiri mengenai sesuatu daripada Al-Quran, sebenarnya dia telah melakukan kesalahan besar walaupun pendapat itu betul” (Riwayat Tirmizi)

  • insan says:

    alhamdulillah…

    as a reminder, solat lillahi ta’ala…solat kerana Allah…
    sebab solat menghubungkan kehidupan di dunia dan akhirat…
    tanda syukur hamba terhadap Pencipta-Nya…

    bukan sekadar untuk mencari jodoh…

  • sweet says:

    Renungan…..
    Cemerlang dengan Sembahyang

    Sembahyang adalah ibadat yang amat penting sehinggakan semasa sedang berperang sekalipun tidak boleh meninggalkannya.
    Sembahyang juga tiang agama.Sabda Rasulullah s.a.w ‘ Sembahyang itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama’.

    Golongan yang sesat kerana memperkecilkan sembahyang.

    Surah Maryam ayat 59
    Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu,maka kelak mereka akan menemui kesesatan..’
    Abdullah bin Abbas berkata,
    maksud mensia-siakan solat..bukanlah bermaksud meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkannya dari waktunya.

    Imam Said bin Al-musayyab berpendapat..
    1. Melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar
    2. Melaksanakan solat Asar dalam waktu Maghrib
    3. Melaksanakan solat Maghrib dalam waktu Isyak
    4. Solat Isyak ditangguh dalam waktu Subuh
    5. Melaksanakan solat Subuh selepas terbit matahari.

    Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat,dia akan dihumban masuk dalam lembah bernama ghay di dalam neraka dan diberi makanan yang jijik.
    3 perkara yang Allah sukai:
    1. Solat tepat pada waktunya
    2. Buat baik pada ibu-bapa
    3. Jihad kerana agama Allah

    Sembahyang mencegah kemungkaran..
    Dalam zaman Rasulullah s.a.w dinyatakan..terdapat seorang mengadu tentang seorang lelaki yang dikatakan ‘bersembahyang di malam hari ‘ tetapi ‘mencuri’ di siang hari..lalu Rasulullah s.a.w menjawab..tidak lama lagi..sembahyangnya itu akan mencegahnya dari perbuatan mencuri…

    (rujukan :buku Dr.Danial Zainal Abidin dan Tafsir Al Azhar)

  • yati says:

    salam….

    mmg sukar mncr tman yg ckp solt..mgpa & knape…..

  • markonah says:

    en. samarluki…
    pls jgn berpura² dengan perkataan sayang.i knew u hate me since the first time we met here.it’s ok kalau nak panggil markonah the evil..i dun mind.berterus terang lagi baik daripada berselindung di sebalik perkataan manis..tq.

  • ala kassem says:

    alahai markonah… marah2 sayang nampak… malu2 tapi mau.. hehehe… kau sebenarnya mmg suka samarlukki panggil sayang… markonah, aku rasa kau dgn samarluki mmg padan… kau dah brp umur markonah.. 30an? apa tunggu2 lagi… Ya samarluki, kau pinang ajelah si markonah ni.. usah gaduh2 lagi, buang yg kerruh ambil hak jernih.. Samarluki, si markonah tu aku rasa nyiru tapak tangan, masjidil haram dia tadahkan kalau berani masuk… Yg peliknya aku pulak yg dah terbekenan dgn markonah ni

  • fitri says:

    assalamualikum..saya terpanggil untuk menulis kata-kata ini disebabkan saya mengalami perasaan ini..hati saya terpaut dengan seorang gadis yang telah membuat hati saya benar-benar jatuh cinta.perasaan cinta yang hadir disebabkan keikhlasan hati dan keimanan dalam dirinya.tapi Allah Maha kuasa..dia memberi dugaan dan cabaran kepada saya untuk merebut kasih dan cinta darinya..

  • kelapa tajam says:

    EN.ALA KASSIM NI ARI TU CKP BERKENAN KAT FALLEN ANGEL…ARI NI BEKENAN KAT CIK MARKONAH PULAK? ? TAMAK BETUL….

  • Ina says:

    mencari cinta yg betul2 diredhai olehNYA mmg sukar dan hebat dugaannya. hanya orang2 yang betul2 faham apa itu erti sebenar cinta ( cinta kepada Allah, cinta sesama manusia, cinta kepada makhluk Allah yang lain ) sahaja yang mampu merebut cinta tersebut.

  • Hadura says:

    Setiap orang memang punyai keinginan untuk mencari jodoh yang baik dan beriman. Tetapi sembahyang tidak seharusnya dijadikan sebagai satu-satunya ukuran untuk mengenal pasti keimanan dan kebaikan seseorang. Tidak sukar sebenarnya mencari orang yang sembahyang di negara yang penuh dengan pendidikan agama ini. Rata-rata kita boleh lihat setiap masjid penuh sesak dengan jemaah setiap kali solat Jumaat.
    Bagi saya apa yang lebih utama adalah penghayatan seseorang terhadap ibadah solatnya. Apabila solat itu dihayati dengan betul, barulah lahirnya iman dan langsung terjauh dari perkara-perkara mungkar. Sayangnya ramai antara kita yang bersolat hanya sekadar memenuhi kewajiban sebagai seorang islam. Astaghfirullah…
    Mencari dan mengenali orang yang baik dan beriman memang sukar sebenarnya… Ini sebaiknya dilakukan dengan meminta petunjuk Allah. Insyaallah…

  • Fallen Angel says:

    Sis Kelapa Tajam,
    Bukan tamak, tapi rambang mata kotsss…. :D

  • ala kassem says:

    wahai kelapa, kau mmg bagus, penyayang lagi matang sbb aku rasa kau mmg byk santannya melihatkan kau byk ckp, tgk kat mana2 tajuk dlm blog ni, ada lah kelapa ujud kat situ… apakah kau tak perasan kelapa.. kan ke agama ajar kita suh tamak dan belumba lumba perkara kebaikan… mencari jodoh utk nikah ni kan ke perkara baik jugak sampai bole buat setan dan korga dia menangis… aku memang suka kat pallen angel & markonah… nanti aku pilihlah salah satu… Nah, sekarang tambah sorang lagi, kau pun aku dah suka.. jadi skrg ada 3, pallen angel, markonah dan kau, kelapa tajam byk santan…

  • fitri says:

    Sememangnya saya bersetuju dengan apa yang di bangkit kan oleh cik hadura..Sembahyang saja tidak cukup menentu keimanan seseorang..Setiap perbuatan memerlukan keikhlasan dan ketekunan. apa yang baik datang dari Allah..dan apa yang buruk sememangnya datang dari saya sendiri..

  • ikhwan says:

    assalamualaikum…. blh join x.. dulu suke bc jer n skrg rasa cam best jer dpt knl2 ngan korang ni (x knl muka pun x pe kan hehehehe….) ape2 pun kata2 sedare kita hadura tu mmg btl n sy pun adalah tergolong dlm org yg begitu.. cuma skrg sy masih cuba utk menghayati dgn lebih baik… dlm keadaan umur skrg baru ada kesedaran.. ape2 pun kpd kwn2 semua doakan yg t’baik utk sy n insyaallah sy pun akan cuba doakn yg terbaik utk saudara/saudari semua….

  • Siti says:

    Salam…”sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”..Jika solat dihayati dengan betul-betul, pasti hati kita tidak akan sanggup melakukan maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah..Kajian pun mendapati, ramai di kalangan umat Islam kini yang tidak sempurna solatnya..sebab itu kemungkaran dan maksiat berleluasa..Memang sukar untuk mengenali insan-insan yang beriman kerana penilaiannya adalah di sisi Allah s.w.t, namun Allah telah memberikan panduan kepada kita kitab Al-Quran..Segala permasalahan umat terungkai didalamnya..Namun, berapa ramai pula yang meminggirkan Al-Quran kini..Cukuplah sekadar menghayati 5 ayat Allah sehari, lama-kelamaan hati kita akan timbul keinsafan, ibarat air yang menitis setitis demi setitis ke batu, walaupun tidak banyak tetapi lama kelamaan akan meninggalkan lekuk jua pada batu tersebut..Apalah gunanya menipu, mempermainkan perasaan orang, mengutuk, mencela dsb, lambat laun kita juga yang merana kerana hidup kita bukan setakat di dunia yang fana, tetapi matlamat kita jauh hingga akhirat sana. Kepada yang belum mendapat jodoh, bersabarlah, tingkatkan keimanan, seandainya tiada jodoh kita di dunia, berdoalah semoga kita bertemu dengan bidadari-bidadari syurga…Kepada yang teraniaya pula janganlah bersedih, pahala yang Allah gandakan bagi orang yang bersabat amat tinggi nilainya…yakinlah dengan janji-janji Allah, pasti hati anda kembali tenang…InsyaAllah….jaga diri hiasi peribadi……

  • RabiatulAdawiah says:

    innassolaata tanha ‘anil fahsyaai wal munkar…

  • zatul says:

    hai salam perkenalan semua…………

  • afifah says:

    cik markonah,
    encik samarluki bukan bersikap sinis dgn awak…
    dia cuma minta awak dan semua org utk faham dgn mendalam, faham dgn akal, faham apa yg dia cuba sampaikan dlm komen sebelum ni..seblum kita keluarkan kata2 kita yg kita keluarkan dari dlm Quran…

    ayat yg awak keluarkan itu betul, maksudnya dalam ayat itu betul, cuma perlu difaham isi sebenar dengan membaca ayat2 yang seterusnya…..

    sy tak rasa ada adegan benci membenci disini atau menyindir….cuma adegan jual ‘orat’ tu adalah…cuma seseorg kena jadi matang skek ek…

    ngeh ngeh..

  • aliman says:

    salam mesra

    cam ni je lah.wat pe nak sindir menyindir,tak bagus.cuba hang semua tengok cermin,dan cermin diri sendiri.ramai org sembahyang,tau baca dlm bahasa arab je.Tp isinya dlm bahasa melayu tak hafal pun.maknanya isi kandungan dalam sembahyang tu dia tak faham.cuba kita fahamkan dpd niat kita sembahyang sampai yang terakhir tu salam.nescaya kita akan rasakan kita ni betul betul beriman kepada allah sb taala.maaf sy tak kata semua,tp ramai yg cam tu.

  • fitri says:

    salam zatul..

  • markonah says:

    cik afifah..
    yea la kot..maybe i cannot think outsite da box.lagipun..pompuan..biasa ler..cepat terasa.kira normal ler.. :)

    encik kassem..
    saya dah dekat² nak pencen pun.nama pun markonah..faham² jer la.org lama.org skang nih manada nama tak best cam saya lagi. ;)
    ——-
    talking about cari pasangan yang beragama..memang semua nak yang macam tu.tapi nowdays quite difficult nak jupe.memang ramai tapi agaknya majoriti yang baik² dah berpunya.yang tinggal hanya saki baki jer ler.

    pernah kenal dengan orang yang baik budi bahasa..solat tak tinggal, slalu puasa sunat, etc tapi yang tak bestnya si dia slalu lepak kat nite club.bila ditanya..dia kata tak buat apa pun..just lepak².isy..reason yang tak bley terima.good bye jer lah!!

    saya pun kadang² slalu terbabas time cakap (so sesaper yg terasa saya mtk ampun dr hujung rambut sampai hujung kaki)..kadang² bila dok berkumpul dengan kawan² slalu jugak anyam ketupat.lepas tu rasa bersalah dan menyesal.semoga Allah ampunkan dosa² saya.amin.

  • Fallen Angel says:

    Insya’Allah kak… semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami semua… aminnnn…. :D

  • kelapa tajam says:

    kalau begitu en.kassim tunjukkan id anda supaya kitorang boleh kenal siapakah gerangan en ala kassimmmmm…. dah blog ni untuk kita tulis bagi pendapat saya pun bagi la pendapat saya….kenapa en ala kassim susah hati pulak? lagi satu tamak aje tak memadai kalau takde usaha nak kenal…. saya bukan kelapa sebarang kelapa tau,kelapa saya kelapa berduri (tajam) dan awak tau ke kelapa tajam tu ape?

  • ju says:

    hai every body,,assalamualaikum..
    hehehe..bila bca ruangan ni tersenyum simpul lak sya..apa tak nye ada yg bg pndpt tu kira ok la..memang pun kat ruangan ni kita bertukar pndpt/komen tp yg smpai bertekak/berdebat tu pa hal..mcm budak2 tul korang ni..famous tul name markonah n samarluki tu ye..hehehe..ala kaseem pun tumpang sekaki join gak yee..jgn smpai gaduh tukar dendam dah la ye,xelok tau..kita ni mcm satu family kat cni..bertukar n berkongsi2 pndangan/pndpt..
    apaun sya minta maaf klau ada yg trasa k..salam perkenalan ikhlas dari sya wat korang semua..seronok dpt berinteraksi ngan korang wlaupun xscara langsung..knal nama pun dah ckup wlaupun xknal rupa..kan kan kan..tu la brsyukur nama nya..apa pun syg u all..

  • ju says:

    ” YANG DI CARI WALAU BUKAN PUTERA RAJA TP BIARLAH PUTERA YG BERAGAM..
    YANG DI IMPI BIAR TAK PUNYA RUPA ASAL SEDAP DI PANDANG MATA,..
    YANG DI NILAI BUKAN SEMPURNA SIFAT JASMANI ASAL SIHAT ROHANI SEMPURNA HATI..
    YANG DI HARAP BUKAN JIHAD PADA SEMANGAT ASAL PERJUANGANNYA ADA MATLAMAT..
    YANG DATANG TAK PERLU PHLAWAN YG GEMILANG KERANA HAMBA REDHA DGN SILAM YG KELAM..
    DAN..YANG AKAN TERJADI ANDAI TAK SAMA DGN KEHENDAK HATI,HAMBA REDHA KETETAPAN ILAHI..
    YA ALLAH..TERIMAH KASIH,SEMOGA AKU DAN DIA ISTIQAMAH DLM PERJALANAN INI..AMINNNN

  • Ajeed says:

    Salam.. skarang ini zaman yg susah…kerana zaman tasyri’ atau ketika syariat diturunkan terlalu jauh dr kita.. dan figure2 yg kukuh tidak wujud di tempat kita..

    ketiadaan Nabi atau Manusia Suci…telah menguja keimanan manusia..

    sejarah Islam telah menunjukkan bahwa kekuatan Islam adalah apabila manusia masih kuat bersandar kepada kepimpinan yg benar dlm mengarah manusia dr seluruh segi kehidupan agar tidak terjerumus dlm kelemahan kejahatan dan kezaliman.

    umat Islam tetap memerlukan sandaran…kejatuhan umat Islam ialah apabila institusi kemujtahidan telah berhenti. maka sejak itu manusia gagal merasakan kebergantungan kepada ‘alim ulamak sbg sandaran mutlak terhadap masalah keagamaan dan kehidupan. maka manusia cendrung dgn segala agenda penguasa Islam yg sebahgiannya adalah diktator dn gemar berpolitik.. demi mendpatkan kuasa..sehingga berlak berbagai2 peperangan.

    maka..masing2 mula membentuk kelompok2 kecil mahupn besar yg menyebabkan akar umbi umat Islam lemah di bawah kekangan pembangunan yg semakin terikat dgn kekuasaan Barat.

    selama mana umat Islam bersatu di dalam beramal..hal ini memerlukan tindakan permulaan dgn pembentukan manusia yg sedar agama…dan mngamalkan agama..

    kejayaan Barat memisahkan agama dr hati manusia2 Islam..telah menyebabkan segala yg kita lihat hari ini.

    maka seharusnya kita sbg org Islam mula mengarahkan segenap tenaga dn minda kita kepada mewujudkan generasi sedar agama dan dpt menjaga diri di dalam dunia yg serba mencabar..

    penyimpangan manusia akan berterusan…dunia akan penuh dgn maksiat dn kezaliman..tp ketika itulah kelompok2 tertentu manusia akan membentuk kesedaran yg mantap..dan sebahgian manusia yg tertindas dn dizalimi dr kalangan bukan islam akan merasakan perlunya seseorang Penyelamat manusia.

    kwn2 ku..suasana dunia ini akan terus mencengkam..kita semua semakin lama semakin akan mementingkan diri sendiri dr org lain..sehingga kita melihat bahwa kita semua telah dizalimi dek keadaan dn suasana..dn oleh orang2 g menjadi pemerintah di serata dunia…..

    rakyat jelata di seluruh dunia semakin merasakn betapa tiada tujuan dm hidup atau tiada keadilan lagi…..

    Malaysia adalah negara yg selama ini seolah2 masih bernasib baik…selama mana kita tidak tahu….kerana itu.. selagi umat Islam masih tidak teraniaya seteruknya.. maka ambil lah peluang utk menjadi hero dn heroin dlm berusaha menjadi hamba Allah yg ikhlas, kuat dn berani.

    rata2 ramai sgt org di Malaysia yg jahil tentang agama..dn tdk dpt menyelami agama sepenuhnya…
    orang2 yg tahu agama pula adakala tertekan dn adakala spt tidk mampu berkompromi..ada pula yg menjd terleka dn menyimpang…ada pula yg berubah menjd manusia jadian…separuh2…

    maka…sehebat mana hero dn heroin Malaysia dt kembali kpd memahami alQuraan?

    musuh utama skrg ini adalah hiburan…..jauhi laa hiburan wahai saudara dn saudari…jauhi la diri dan anak2 atau bakal anak dr hiburan..

  • izze says:

    BTUL KATE AJEED TU
    hiburan punca segala keruntuhan akhlak n moral umt islam
    dan hiburan jugalah slh satu jarum suntikan org2 kafir kpd umt islam
    tnye ckit…..
    ajeed ni ustaz ke??

  • yana says:

    salam..
    banyak info yg boleh dimanfaatkan..:)

  • Lucadehaty says:

    salam HADURA…

    nice opinion…may Allah bless you..

  • nisa says:

    salam..
    alhamdulillah.. tak sangka blog ni dah lame ade..
    saya cuma nak tambah ilmu di dada…
    terlalu banyak rasenye kekurangan tentang solat ni..
    selepas baca artikel ni, banyak yang saya tau tentang solat..

    p/s: setelah membaca beberapa dari komen2 anda,saya doakan semoga kamu semua memdapatkan suami/isteri yang soleh/solehah dengan izin ALLAH…Begitu juga saya..amien!!

  • darlinda says:

    salam ukhwah utk sume..

  • zyrawky says:

    en azrul alwi…terima kasih banyak2 bagi link psl solat tu…i really appreciate it…sy pun mcm kwn2 lain, sibuk fikir psl jodoh…tapi rasanye, better sy put aside dulu psl jodoh…lebih baik sy sempurnakan dulu akhirat sy ni…lepas tgk video tu, baru terbuka mata sy…selama ni sy lalai dlm solat…terima kasih banyak2…semoga Allah merahmati en azrul, keluarga, dan kawan2 sekalian…

  • shasha says:

    kenapa orang yang menjaga solat ada yang melakukan maksiat?

  • LIN says:


    markonah:

    salam..
    “sebab lelaki yang baik dijadikan untuk perempuan yang baik..”
    *eiza..be careful about this statement..takut ada org yang tersalah anggapan (saya bercakap based on pengalaman – refer artikel teknik mengenal pasti calon yang beragama)

    Tp kan, knp ramai org yg baik dpt org yg jahat? Sepatutnya baik dpt yg baik, jht dpt yg jahat. Cth, isteri keseorangan krn suami masuk penjara. Isteri di rumah sibuk mjaga anak2, suami di luar rmh pula sibuk brfoya-foya dgn pompuan lain. Knp ya?

  • ateh_cb@yahoo.com says:

    thanks 4 d info….very nice…innasolati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillahi rabbil a’lamin……….

  • kalis^cinta says:

    Ini mmg syarat yg paling baguz dikenakan pd stp bakal suami/isteri.kalo solat pun x lengkap, bygkan rumah tanpa tiang yg cukup?x ke naya..
    org yg solat dgn x solat ada bezanya..kalo dia wat maksiat, lama-kelamaan dia akan tinggalkan maksiat 2.dan at least, salah 1 rukun agama dah lepas yer…

  • young says:

    Assalamulaikum sume..! memang betul la apa korang sume ckp solat tiang agama..apa2 pn jgn jgn sesekali tinggalkan solat..smga kte sume sntiasa mdpt hidayah dlm mlayari khdupan yg pnuh b’liku ini..

  • saya masih muda says:

    “knp org yg menjaga solat ada yang melakukan maksiat”

    …ini lebih kepada solatnya…….betulkah dia menjaga solatnya sebetul-betulnya???
    sempurna solat, sempurna akhlak……solat yg baik(betul2 khusyuk, ikhlas krn Allah, sentiasa berusaha mencari keredhaanNya) mampu memberi kesan kepada hatinya…….baik hatinya, baik jua luarannya….memberi kesan pada setiap perbuatan dan pengucapan…

    ..solat itu amat sukar dilaksana kecuali mereka yg khusyuk….. =)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.