.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

August 1st, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

ramadhan.jpgMenurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

.

.

Nota kaki
~~~~~~
[1] . http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4786.

.

.

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

50 Responses

  • Fallen Angel says:

    Kalau tak mencari bagaimana nak berjumpe? 😉
    Mmg jodoh sudah ditetapkan… tapi klu tak berusaha tak lah jumpe jodoh tu… ye tak… 😀
    Dlm hati dah ada niat.. usaha juga… berdoa tak putus2… beramal jgn sekali-kali tinggal…. insya’Allah… mudah-mudahan… aminnnn…. :)

  • fitri says:

    saya sokong sbb sy sedang hadapi benda…

  • Ba'ah Mardziyah says:

    Salam :)
    Just want to share my thoughts.
    Memang dari kecil, dilarang bergaul bebas lelaki perempuan, zaman sekolah &
    kolej ditegah keras bercinta… sekarang dah kerja. Kebanyakkan kawan dah kawin & beranak pinak… ada juga yang masih single macam saya :) Kadang-kadang sembang kosong dengan kawan-kawan tentang jodoh, ada yang tersenyap, berpikir sejenak. “herrmmm… apa silap aku tak kawin-kawin lagi” Ada gak yang tersenyum sipu… dah bercinta bertahun-tahun, tapi takde komitmen nak kawin. Tak tahu apa silapnya.

    Agaknya lelaki zaman sekarang nih, tak boleh terima perempuan yang terlalu exposed atau berani. Di kata sebagai perempuan bongkak & tak baik. Kalau perempuan tu biasa aja… di kata perasan, tinggi diri tapi sebenarnya tin kosong… Kalau bersederhana & bersahaja, di kata perempuan tak tetap pendirian… dah la tak de rupa :( abis tu apa daya :(

    Dari kecik saya dilarang keras bergaul bebas, memang tak berani nak dekat dengan lelaki… cuma menunggu si dia datang menjengah mendekatkan diri.
    Solat & doa… memang tak lupa. Cuma persoalan sekarang ni usaha saya setakat ni mungkin tak mencukupi… Usaha akan tetap diteruskan… usaha cara yang mengikut lunas agama… Insya-Allah :)

  • zuhairy says:

    assalamualaikum….

    Ba’ah,
    kita disaran berusaha.apa salahnya perigi cari timba?Siti khadijah telah membuktikan segalanya. mungkin approach tu kena la sesuai.kita kan orang melayu, ada cara nak bagitau dengan cara yang baik, dan tak terus direct.betul tak?

  • Ba'ah Mardziyah says:

    Sebelum perigi besar ni mencari timba… kena cermin-cermin diri dulu la agaknya kan :) he.he.he

  • iena says:

    erm…sebagai org pompuan…kiter nak kena usaha mcner??selain berdoa apa lagik yang harus dibuat.sabar jerlah.klu ada jodoh..datanglah tu.klu tak der apa nak buat.takkan terhegeh2 nak mencari cinta lelaki…

  • cyiembam says:

    tiada yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa

  • ju says:

    kkdg tu bila perigi cari timba lelaki lak tnjuk ego lebih kit,jual mahal..mula lah tunjuk belang,prasan memanjang..majoriti lelaki cmtu..lelaki pun pndai memilih gak.klau yg dtg dok ngorat tu xcun jgn harap nk bg muka..slalunya dlm apa2hal lelaki yg mula kan dulu..apapun stiap langkah ada cara trsendiri pndai2 la mnyesuaikan diri yg pnting jgn melebih2..biar bersederhana dlm sgala hal n peribadi..Allah pun xsuka org yg melebih batas ni..

  • Min says:

    Saya pun masih berusaha mencari jodoh. Supaya jodoh yang dapat adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah ini bermakna kalau saya nak yang kuat amal ibadatnya saya pun perlu kuat juga amal ibadatnya. Maknanya apa yang saya nak saya dulu perlu beusaha jadi seperti apa yang saya nak. Saya berharap mendapat pendapat daripada anda semua….. Terima kasih….

  • Min says:

    Assalamualikum,

    Semenjak saya mendaftar didalam myjodoh saya jadi tertanya-tanya kenapa ramai yang sudah kahwin masih hendak berkahwin lagi. Saya pun menjadi takut untuk berkahwin kalau2 tiba masanya suami saya nak berkahwin lagi. Tentu kasih sayang yang saya dapat penuh selama ini perlu dikongsi.Rasulullah SAW hanya mencintai Siti Khadijah AI sepenuh hatinya hingga keakhir hayatnya. Dia berkahwin ramai hanya kerana tanggungjawab pada Allah SWT.

  • azrul.alwi says:

    Dear Min,

    Suatu persoalan yang menarik. Saya dah cuba menyatakan pandangan di topik berikut :

    http://webblog.myjodoh.net/2007/08/13/kenapa-suami-curang/

  • zafaran says:

    Berkahwin adalah perintah Allah. Niat untuk berkahwin adalah untuk sukakan Allah.Jodoh memang telah ditentukan Allah.Berusaha untuk berkahwin juga adalah perintah Allah.Kita kene yakin bahawa Allah yang bagi kenyang pada kita.Tanpa makan apa pun Allah berkuasa bagi kita kenyang.Seorang yang lapar, Allah perintah dia berusaha makan.Tapi kalau dia lapar dan kemudian dia tak mahu makan dan dia cakap Allah yang bagi kenyang, maka dia telah tinggalkan perintah Allah.Apakah usaha yang boleh dibuat untuk berkahwin???Pertama,segala hajat minta dengan yang berkuasa memenuhi hajat iaitu Allah SWT.Bagi perempuan, tidak manis dia sendiri yang cari lelaki. Cadangan saya. Seorang perempuan tu dia boleh cari perempuan lain yang dipercayainya samada teman rapatnya, rakan sekerjanya ataupun familynya sendiri.minta tolong dia carikan calon atau tanya kepada mana2 lelaki yang dia kenal.tentunya yang baik2..pastikan juga yang mencari tu kenal benar dengan lelaki tersebut..jadi,takkan timbul masalah untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin..takkanlah orang yang kita percayai tersebut akan menipu kita.yang penting kita percaya dengan orang yang tolong kita tu.dan yang tolong kita tu percaya dengan calon kita tu..berkenalan berlebihan sebelum kahwin dengan keluar bersama atau bercakap di dalam telefon dengan nada manja dan penuh kasih sayang, sungguh2 memberi kesan kepada perkahwinan kita kelak.Bagi seorang lelaki juga boleh gunakan cara yang sama..untuk mempercayai seseorang kita perlu lihat amalnya.sbb mustahil untuk kita tahu hatinya.jadi amalnya adalah petunjuk untuk kita mempercayai seseorang.sabagai contoh jika perempuan carilah perempuan yang menutup aurat dan jaga solat ketika masuk waktunya.Salah besarlah kita jika mempercayai orang yang tak tunaikan hak Tuhannya.Jika lelaki,carilah lelaki yang tidak merokok dan jaga solat fardhunya berjemaah.malanglah kita kalau kita minta pandangan orang yang merokok.dia akan beri pandangan yang merosakkan.Kesimpulannya nak cari orang yang baik memang susah,tp masih ramai lagi yang baik-baik di luar sana..

  • Ajeed says:

    Salam…komentar lagi boleh??

    menurut pembelajaran saya… banyak pendapat tentang takdir dan perlaksanaan (atau fi’il).

    kesimpulan yg mudah.. setiap sesuatu yg belum berlaku sedang berlaku dan bakal berlaku…semuanya dlm ilmu Allah..ketentuan itu menjadi nyata bila berlaku perbuatan.

    setiap perlakuan manusia dlm melakukan adalah berdasarkan pilihan atau ikhtiyar. hasil yg berlaku atau segala obsticle(halangan2 kegagalan, atau derita) yg dihadapi adalah ujian (belaka)semuanya.

    dlm kebanyakan perkara manusia tiada kemampuan memilih (telah predetermined)..cth: bentuk mukabumi, negeri mana dilahirkan, bangsa, makayah, nama, bentk fizikal…kaya dn miskin ketika dilahirkan..bencana2 alam.

    semua itu adalah dugaan2 bagi manusia dn tanda kebesaran Allah dlm mencipta…

    maka di sisi Allah lah..lauhul mahfuz…catatan segala keputusan tindakan dr pilihan2 yg kita buat terhadap semua situasi kehidupan, mahupun setiap peristiwa yg berlaku…setiap saat

    sebelum setiap keputusan kita lakukan maka..ketika itulah kita masih ada ikhtiyar… dan amalan2 baik mampu mengubah takdir yg bakal terjadi..spt; sedekah, puasa, dan doa. contoh2 perubahan takdir boleh dilihat dlm ayat2 Quran berkenaan perubahan mendapat bala’ atau nikmat..

    maka ketika suasana masih dikatakan ‘sedang’ atau ‘current’ atau ‘sekarang’.. perbuatan niat, atau akibat yg bakal berlaku tercatat di dalam lauh al mahwu wal isbat (papan catatan yg mencatatkan perubahan2). setelah berlakunya sesuatu takdir( peristiwa) maka baru ia muncul di lauhul mahfuz…

    jadi lauhul mahfuz..adalah simpanan segala takdir yg berlaku…sehinggala hari kiamat..dan Allah telah mengetahui semuanya…

    amat sukar utk interperate tentang semua ini tanpa membuat akal menjadi lelah dlm memahami satu persatu fasa kejadian dan alam ghaib..alam penciptaan dan qudrat…sehingga kdg2 org boleh tersalah tafsir seakan2 semuanya telah ditetapkan 100%…

    jika semuanya telah ditetapkan 100% , maka kejadian dunia ini samada sia2 atau tiada manafaatnya..

    maka hilanglah hikmah kejadian manusia dan alam ini.. sedangkan dunai ini adalah tempat ujian dan laluan… maka sudah pasti semua manusia itu dlm ujian utk menentukan tempatnya, atau balasan ganjaran di akhirat…

  • ju says:

    sya setuju ngan pndpt or komentar ajeed tu..persoalan ni la yg slalu berpusing2 tnpa kesudahan klau org tu xfaham2..slalunya bila org yg trsilap tfsir prsoalan tu mnyebabkan dia brputus asa dr Rhmat Allah..n kkdg xdpt nk trima hakikat bila sesuatu yg x di ingini brlaku..mintak2 Allah berikan kita petunjuk n hidayah dlm mngahadapi semua ujian Nya..aminnnnn

  • Fallen Angel says:

    Salam saudara Ajeed…. ada di sini lagi yea….? hehe…. :)

  • imah says:

    btl kte awk ju..lelaki ade ego yg tinggi..bile dia tahu kita minat kt dia..dia bt2 x layan jer..skit ATI ni Tuhan jer tau,,,tp btl la kate pepatah..KALAU HIDUNG X MANCUNG JGN NK CUBE SORONG KN PIPI..walau pn msih ade perasan ingin mencuba lg tuk memikatnyer, dipendamkn sje..Moga Tuhan bg aku kekuatan menghadapinyer..Pesanan tuk semua..hargailh kasih N sayang pd org yg memberi even xder perasaan CINTA…

  • orgtua says:

    nak tanya Fallen N little Angel tu sama sebab orgtua dh kompius sesangat… nanti jadik nyanyuk…

  • kancil says:

    Jangan lagi kau sesali keputusanku
    Ku tak ingin kau semakin kan terluka
    Tak inginku paksakan cinta ini… ii…
    Meski tiada sanggup untuk kau terima

    Aku memang manusia paling berdosa
    Khianati rasa demi keinginan semu
    Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
    Karena takkan pernah kan kau temui cinta sejati…

    Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
    Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
    Sejuta kata maaf terasa kan percuma… aaa…
    Serasa ku t’lah mati untuk menyadarinya…

    Tapi bukan aku… uo..u…

    Semoga saja kan kau dapati hati yang tulus mencintaimu
    Tapi bukan aaaakuuuu…

    Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
    Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
    Sejuta kata maaf terasa kan percuma…
    Serasa ku t’lah mati untuk menyadarinya…

    Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
    Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
    Sejuta kata maaf terasa kan percuma
    Serasa ku t’lah mati untuk menyadarinya…

  • Little Angel says:

    Assalamualaikum…

    usaha mencari jodoh ni sememangnye menuntut kesabaran yg tinggi. ade kale tu hmpir putus ase sbb terlalu byk dugaan. tp bg sorang pompuan yg lemah lagi perlu menjga maruah, peluang utk approach pasangan yg diingini terbatas sikit.ye la, nanti xpsl2 dicop pompuan gedik, terhegeh2 kn. lelaki lain la.. ngorat pompuan perkare biase bg diorang ni.

    orgtua… saye Little Angel.. xsame dgn Kak Fallen Angel. kami individu yg berlainan..tapi tujuan menyertai myjodoh mungkin same… nak mencari pasangan hidup yg diredhai di dunia dan akhirat…
    Insya Allah.

  • singgah sat says:

    merujuk pada keterangan ajeed, sy mushkil lagi… adekah sebelum takdir itu terjadi.. tiada catatan pada lauhul mahfuz.. semuanyer hanya tercatat pada lauh al mahwu wal isbat (papan catatan yg mencatatkan perubahan2).. camtu ker? dlm erti kate lain… salah la pemikiran yg menyatakan semua kejadian TELAH tercatat di lauhul mahfuz (sbb setelah berlakunya sesuatu takdir maka baru ia muncul)

  • cempaka_ungu says:

    Salam buat semua.

    Maaf andai tersalah kata, cuma ingin rasanya berkongsi cerita tentang takdir. Dari apa yang saya tahu dan diberitahu, takdir kita memang telah ditentukan dari awal lagi. Bila mengatakan bahawa kita menentukan takdir atau nasib kita sendiri pun benar. Segala yang kita lakukan, akan menentukan nasib kita dimasa akan datang.
    Kenapa dan mengapa?
    Sebenarnya kita diberikan Allah berbagai jalan, dan setiap jalan yang kita pilih mempunyai pengakhiran yang berbeza, andai jalan A yang kita pilih, A lah takdirnya, andai B jalannya, B lah nasib kita. begitulah seterusnya.
    Jadi sama-samalah kit menentukan nasib kita sendiri k.

    Semoga bersabar dalam menempuh liku kehidupan dan takdir yang telah ditentukan.

  • shabellina says:

    me rasa baru me dpt clear picture bila bc opinion/comment from cempaka_ungu.

  • aku ni says:

    mcm tu ke?? ntah,ada kemungkinan..wallahualam..

  • meen says:

    sy ade blajar gak pasal qada’ n qadar VS free will..
    mmg byk pendapat pasal tajuk ni..
    dlm claz Islamic Aqidah Dr Mohd Farid,IIUM…
    komentar bro Ajeed tu same ngn lecturer saya,,…
    kite ade free choice or ikhtiyar tuk perbuatn diri kite sendiri..
    tp ikhtiyar yg terbaik ialah ap yg diajar oleh alQuran n Sunnah..
    ikhtiyar comes from root word ‘khair’ means baik..
    maknanya ajaran Islam ikhtiyar kite mstilah yg baik dan mengikut landasan Islam..
    kite yg tentukan jln idup n perbuatan kite, tp kn ingat semua yg blaku diatas kehendak Allah..
    tp kejadian sprti alam, rupa paras, fizikal kita adalah bnda yg kite xdpt ubah..
    tu semua ketetapan Allah..
    itula sy nk kongsi…soalan ni br keluar dlm final exam br2 ni.. sbb tu msh segar di ingatan sy..

    sblm ni sy rs terbeban dgn subject2 elective yg wajib amik wlaupn sy bkn amik course bkenaan islamic revealed knowledge… but recently sy br sedar betapa pentingnya subject ni.. cube bygkn kalau non-muslim yg tnya soalan2 cmni.. kite kn la ade hujah yg bernas kn..

    maaf kalau ade yg silap..saya budak br belajar kalau slh tlg tunjukn.

  • Cempaka_ungu@yahoo.com says:

    Buat Shabellina & Aku Ni……

    Tentang takdir yg sy beritahu, bkn sy sendiri yg mengatakannya, ttp dr seorang teman yg sudi menerangkan tentang takdir kpd sy. Allah dah berikan kita pilihan untuk meneruskan hidup ini dan mencari haluan sendiri, Allah juga x lupa untuk memberikan petunjuknye agar kita x tersalah haluan hidup ini. Persoalannya sedarkah kita???/

  • rooy says:

    slm sejahtera semua,mnta maaf terlebih dahulu ya… utk ayat `jgn pilih org yg merokok` sy bangkang sama sekali… xsmua yg xmrokok tue baik n yg mrokok tue jahat…. fikir n hayati..

  • sweet says:

    salam….
    aku sdang berusaha mncari tman hdup…tp x tahu le smpai bla harus ku menanti…
    kdang2 ni hdup solo mmang best sgat xder org kkong kta…
    tp kdang 2 snyi gak xde tmpat nk brmnja dan sbgainya….
    hemmmm,,,terlalu berat untuk aku lalui smua ni….
    aku btul2 perlukan tman hidup…..
    bru 1thn lbih aku hdup sorg,,aku dh rase bosan sgat,,xtau la camne mase2 yg akan mndatang…
    aku dh terlalu bosan hdup sorg,,,hdup tanpa isan yg bernama suami….huhuuuu….

  • adnan says:

    Memang kita mesti berusaha tapi kekadang yang menjadi milik kita tidak menghargai kita..bahkan mengkhianati cinta kita dan ikatan dengan nama Allah ini.

  • amira says:

    memang susah nak cari jodoh ni….dah dicari tapi tak pekenaan oleh ibubapa ,terpaksalah berpisah walaupun perit tapi terpaksa dihadapi….kdg2 tu lelaki ni memilih nak perempuan yang cantik je…kurus,rambut panjang,putih dan sebagainya….tuhan jadikan kita tak semuanya sempurna tapi kenapa pihak lelaki suka memilih yang cantik je…cantik luaran je tak guna kalau dalaman tak cantik…esok2 dah dpt nak yang lain juga bila dah tak suka…nak cari yg beriman pun susah juga sekarang ni…memang boleh pergi cari timba tapi itulah kdg2 org tak boleh terima keadaan tersebut…..

  • reza says:

    Bila kita berusaha n bersungguh2,dia pergi n diamkan diri.Bila dia bersungguh2 n beria2,kita pula sedang berputus asa n sedey.Cinta ibarat bayang2,bila kita lari,ia kejar,bila kita kejar,ia lari..

  • mastura bt kumaldin says:

    salam..tumpang lalu..sya nk minta pendapatan ni..ade pekara yg agak mengelirukan sya, so bila bca topic ni memang sesuai lah rasanye tuk sya meminta pendapat umum semoga dpt kiranye mejadi panduan buat sya..begini..sya pernah bercinta ngan someone ni..kami dh de perancangan nk kawin pun tapi tetiba je tampa sebarang alasan si dia mendiamkn diri agak lama gak dlm 2 bulan, msa dia mendiamkan diri sya ade wat smbhyang istikharah minta pentunjuk dari allah and sya byk kn berdoa semoga dpt petunjuk dri allah walaupun sya tekat nk tinggalkan dia tpi hati sya xpenah dpt lupa kn dia..sya terus usaha sya berdoa minta allah hilang kn dia dri ingatan sya klu dia bkn jodoh sya.kehidupan sya teruskn mcm biasa dgn bertawakal kpd allah..tiba2 kini dia muncul semula, tanpa memberi sebarang penjelasan tentang ape yg berlaku hanya memberi tahu yg dia masih syg kn syg, katanye lagi if we are meant to be 2gether we will be 2gether. msg tu sya terima last week dan xde msg lg sehingga hari ni..sya dah wat sambhyng istikharah 5 kli..tpi sya masih lagi xdpt jawapan yg pasti ape yg patut untuk sya..sya masih keliru dan dihimpit berbagai persoalan..yg pasti sya masih sygkan dia..oleh itu boleh kah sya berdoa semoga allah mempertemukan jodoh kami, buat solat hajat atau sebagainye semoga jodoh kami dipelihara…atau???? tolonglah berikan pendapat apekh jln terbaik tuk sya…????

  • amy says:

    …..iye mmg sukar ntok mncri jdoh yg kta inginkn..bla kta skakn ssowg..owg 2 plak x skakn kta..bla owg skakn kta dah kta plak xska…klau kta brusaha skalipn jika si dia mmg bkn ntok kta xda gnanya jgakkn…yg plg pntg adlh brdoa spya kta redha dgn stiap takdir yg tlah ALLAH tntukn kpda kta…dan mnsyukuri sgala nikmat yg tlah dikurniakn oleh ALLAH kpd kta…suma owg mmpnyai nsib yg berbza………

  • ct says:

    saya memang tengah mencari tapi masalah orang laki ni tak pernah ikhlas sayangkan saya. kadang2 sy rs mcm tempat persinggahan je. mereka menyayangi sy tidak setulusnya. saya frust sangat.huhu..

  • kak rida says:


    Ba’ah Mardziyah:

    Salam Just want to share my thoughts.Memang dari kecil, dilarang bergaul bebas lelaki perempuan, zaman sekolah &kolej ditegah keras bercinta… sekarang dah kerja. Kebanyakkan kawan dah kawin & beranak pinak… ada juga yang masih single macam saya Kadang-kadang sembang kosong dengan kawan-kawan tentang jodoh, ada yang tersenyap, berpikir sejenak. “herrmmm… apa silap aku tak kawin-kawin lagi” Ada gak yang tersenyum sipu… dah bercinta bertahun-tahun, tapi takde komitmen nak kawin. Tak tahu apa silapnya.
    Agaknya lelaki zaman sekarang nih, tak boleh terima perempuan yang terlalu exposed atau berani. Di kata sebagai perempuan bongkak & tak baik. Kalau perempuan tu biasa aja… di kata perasan, tinggi diri tapi sebenarnya tin kosong… Kalau bersederhana & bersahaja, di kata perempuan tak tetap pendirian… dah la tak de rupa abis tu apa daya
    Dari kecik saya dilarang keras bergaul bebas, memang tak berani nak dekat dengan lelaki… cuma menunggu si dia datang menjengah mendekatkan diri.Solat & doa… memang tak lupa. Cuma persoalan sekarang ni usaha saya setakat ni mungkin tak mencukupi… Usaha akan tetap diteruskan… usaha cara yang mengikut lunas agama… Insya-Allah

    Sabar je lah dan berdoa. Akak pun belum temu jodoh lagi (untuk kali ke2 le). Akak pun tak reti bergaul sejak kecik lagi. Skg ni kalau ada pun cumi suami orang je yang datang. Akak tak suka. Ciri-ciri pada orang tu memang ciri-ciri yang akak suka tapi silapnya suami orang. Akak tak sanggup. Kita kena berusaha lagi. Lagipun akak bertudung labuh….sape yang mahu?

  • comel says:

    jklau si dia bkan jdoh kita,mgpa bertahun2 bcinta dlm mengenalli hti bdi msing2 tiba2 putus jg..?dan mengapa si dia d pertemukan dan kmudian di pisahkan…?

  • kucikuro says:

    ,,memang betul.. ‘yang’.. dengan apa yg si perkatakan pasangan masing2 dah di tentukan , tapi nak menunggu nungu tu menjadi penyiksaan keingginan hala tuju menjadi jadi…

  • jj says:

    entah x thu knpa ada tu org senang dpt jodoh..kata orang tua2 dan cepat dan lmbat kan..klu ada pun ape yg dirancang x semestinya kita milikinya..yg sakit otak klu dah byk kali kena kecewa malas dah nk fikirkan tp klu kita ni setia giller-giller ssh juga takut nati kecundang..x tahu lah nk cari yg betul2 jujur pada zaman sekarang..berbeza zaman dulu..ni yang takut gak klu kita x usaha tentu mcm katak di bawah tempurung..takut dan malu mmg ada sgt2 maklum lah x kawin2 lagi..apepn kita yg blm ada jodoh lg byk2 berdosa..ALLAH akan bantu hambaNYA.

  • Mawar Berduri says:

    Sy ingin feedback komen 31# Mastura Kumaldin…Sy tahu anda mangsa? Tetapi anda kurang bijak krn tdk menyiasat siapa lelaki yg anda kenal sekali imbas… Ada mencr masalah membawa si Dia bernikah ke Songkla.
    Anda tahu dlm dunia Syber ni byk penipuan..sy katakan Laman Web Jodoh ini baik tetapi segelintir manusia yg tk bertanggungjawab & rakus suka myalahgunakan tuk mempermainkan org lain…serta menabur janji tipu.
    Jd tuk peringat anda, saya serta yg lain berhati2 dlm mempercayai org. Bertindak secara professional & BIJAK sebelum membuat keputusan & terjerumus krn lidah tidakbertulang.

  • jiazah says:

    Bukan Allah yg jodohkan siapa suami atau istri kita.. kita sndiri yg menentukn.. Allah mjodohkn jodoh kita hanya org2 yg tpilih.. adakah kita adalah org yg tpilih? Yg dijanjikn oleh allah tentang jodoh kita adalah sikap.. wanita pzina dngan lelaki pnzina.. wanita mukmin dgn lelaki mukmin.. jika ikhlas dn tekun bramal ats suruhan allah layakke dia di jodohkn dgn pasangan yg condong ke arah mksiat? sbb tu pkahwinan tk kekal lama sebab tk seiringan.. sikap dh bbeza.. itula sbnarnya janji allah.. kalau anda myatakn siapa orgnya jodoh kpd kita ats ktentuan allah.. cthnya 10 tahun kwin pastu cerai.. kawin lain.. cerai.. sebab allah dh tentukn siapa dn berapa lama.. maknanya perlu apa beramal? perlu apa berusaha.. kiasah dn hadith di ats pasti ada hujung pangkalnya yg bkait.. rasulullah tk kn citer tgantung. tanya lain jwp lain.

  • farisha says:

    berusaha perlu utk mendapat yg terbaik.. selebihnya Allah tentukan sebab jodoh, ajal maut pertemuan semuanya ditanganNya.. Bercinta bagaikan nak rak.. tp kalau bukan jodoh kita..akhirnya akan terlerai.. ALLAH telah mengatur perjalanan hidup kita…

  • kocokman says:

    Itu dah lumrah dalam kata2 manis aje..kalo tak pecah ruyung mano nak dapek raso sago nyo..apa2 bondo pun kito kena ushakan…dulu..apa cara sekali pun..dulu aku pun ingat bagitu jua..dudok doa dan tunggu..hingga dah kematu..dah teringin bonar nak raso selalu..

  • Hamba Allah says:

    Setiap makhluk telah ditetapkan jodoh. cepat atau lambat je yg menjadi persoalan. Selalulah berdoa agar jodoh kita dipercepatkan. Jangan terlalu terdesak mencari jodoh sampai tersalah membuat kptsn hingga menghancurkan kehidupan kita sendiri. Pasal topik ni mmg Allah telah tetapkan segalanya tapi perlu diingat Allah tdk akan mengubah nasib hambaNya itu kecuali hambanya itu yg mengubahnya. Makna klw kita berbuat baik kita tetap dijanjikan syurga. begitulah sebaliknya,, topik diatas tidak jelas dan boleh menyebabkan oleh tersalah tafsir.. harap tak perlu topik ni krn akan menghalang seseorg dr bertaubat.. fikir2 kn la.. just bg tau je.. maaf andai ada salah silap..

  • ameerull says:

    tawakal kpd Allah…

  • aziz says:

    sebab allah dah beri akal dan fikiran tu kita perlu berusaha untuk mendapat sesuatu dengan kejayaan

  • sid says:

    salam, pernah dgr ustaz dlm rancangan tanyalah ustaz bercakap ttg jodoh & usaha. Ustaz cakap jodoh tu anugerah dari Allah. dan usaha kita dalam mendapatkan anugerah itu pula akan diberi pahala. Doa contohnya. Dan mungkin usaha untuk berkenalan dengan seseorang itu, jika dilakukan dgn cara yang tidak bertentangan dgn hukum Allah, InsyaAllah akan diberi pahala dan ganjaran… dan mungkin berkat usaha, maka bertemu jodoh… :)

  • madah mawaddah says:

    sy join myjodoh sejak thun 2007… ms tu sy jd ahli biasa shj… tp ms tuh kebanyakan ahli lelakinyer yg sy kenal agak luar biasa gatalnyer…. nasib baik skrg nih ader pantauan; tak display fon num. klu tak,, masak jgak nk mlayan kerenah2 dorg… harap2 pasnih dpt org yg jujur dn ikhlas yg nk kwn n bkahwin dgn sy…

  • kongkekman says:

    Kalo kito tanei sawit dan bertakwakal ajorr, habis lah..kito keno usaha untok mendapek kein hasil yg baek…tuhan tidak akan menolong orang yg tak beusaha.

  • Selloy says:

    Owhhhhhhhhhh gitu ya,
    hatur thankyou……

  • Pingback: Kenapa Suami Curang ? | myJodoh WebBlog



Leave a Reply