.. mencari si dia yang soleh ..
Si Dia Tidak Pandai Mengaji
Di ruangan kaunseling Dang Setia akhbar Metro Ahad, 5 Ogos 2007, seorang guru wanita telah menulis menyatakan kebingungannya terhadap calon suami yang tidak tahu mengaji Al-Quran. Menurut guru yang berusia 25 tahun itu, bakal suaminya pada luaran nampak sempurna tetapi baru-baru ini barulah diketahui bahawa beliau tidak lancar membaca dan masih belum khatam Al-Quran.
![]()
Dang Setia memberi respon positif dengan memuji guru tersebut kerana mementingkan agama ketika memilih calon pasangan hidup. Beliau mencadangkan agar si lelaki mula mempelajari bacaan Al-Quran. Kesungguhan yang ditunjukkan untuk belajar boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan nilai agama si lelaki. Seterusnya si guru boleh membuat keputusan untuk masa depan dirinya.
Pendapat Dang Setia benar. Seseorang yang belum mahir membaca Al-Quran seharusnya berusaha mempelajari bacaan Al-Quran. Bukan setakat membaca, malah jika mampu perlu mengkaji Al-Quran secara serius dan konsisten setiap hari. Walaupun mungkin masa yang diperuntukkan untuk pembacaan dan kajian sekadar setengah jam setiap sehari, ia perlu dilakukan berterusan. Aisyah r.a. pernah menyatakan bahawa, “amalan yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang dikerjakan secara terus-menerus.” [1]
Artikel-artikel tentang kelebihan dan kehebatan Al-Quran pernah disiarkan sebelum ini. Secara keseluruhannya Al-Quran dapat mengeluarkan seseorang daripada kegelapan kepada kehidupan yang lebih bercahaya. Firman Allah di dalam surah Tallaq ayat 11, “(Diutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh – dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).”
Al-Quran dapat memberi manfaat kepada pembacanya di dunia dan di akhirat. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah telah berkata, “sesiapa yang pandai membaca Al-Quran ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia. Sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tersekat-sekat dan bersusah payah akan memperolehi dua pahala.” [2]
Menurut Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya, seseorang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran akan mendapat dua ganjaran kerana dia telah menanggung susah payah di dalam mempelajari dan membaca Al-Quran. Namun, ini tidak bermaksud bahawa beliau akan memperoleh ganjaran melebihi orang yang mahir di dalam membaca Al-Quran. Ganjaran orang yang mahir adalah amat besar sehinggakan akan dikumpulkan bersama para malaikat. Justeru, jangan kita meninggalkan Al-Quran dengan alasan ia susah dibaca atau kerana bacaan kita tersekat-sekat.
Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dengannya ia memperoleh satu hasanah dan bagi satu hasanah itu bersamaan dengan sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak berkata alif-lam-min itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.” [3]
Di dalam riwayat lain oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang menjaga solat-solat fardhu tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang membaca seratus ayat pada satu malam tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai.” [4]
Namun, sebaik-baik pembacaan Al-Quran adalah apabila kita membaca sambil memahami maksud Al-Quran. Seterusnya mengamalkan apa yang diperintahkan oleh ayat-ayat yang kita fahami itu. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran?
Wallahu’alam.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com; Al-Muwattha #420
[2] http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1329
[3] http://hadith.al-islam.com; Sunan Tirmizi #2835, bertaraf hassan sahih gharib.
[4] Sahih Ibnu Khuzaimah
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on August 5, 2007 at 10:34 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Assalamu’alaikum…sekadar berkongsi maklumat..sahabat saya pernah membuat kajian tesis di kawasan kuala lumpur, hasil kajian mendapati 80% warga Islamnya tidak solat atau solat tetapi tidak cukup waktu..walaupun kajian tersebut bersifat secara rambang dan tidak memberi gambaran keseluruhan realiti sebenar, tetapi ia memberikan gambaran bagaimana benarnya sabda Nabi yang menggambarkan kebimbangan Baginda bahawa iman umat di akhir zaman senipis kulit bawang…Persoalannya, adakah umat generasi inilah antara lain yang termasuk diadukan oleh Nabi s.a.w. : Wahai Tuhan, sesungguhnya umatku telah menjadikan Al-Qur’an sesuatu yang tidak dipedulikan ( 25:30).
Susah nak bina rumahtangga ‘sakinah’ sekiranya inilah realitinya umat kini..tak perlu kita tanya masih adakah suami seperti Nabi Muhammad dan isteri seperti Saidatina Khadijah kerana itu tidak realistik untuk kita insan biasa..tapi perlu kita tanya masih adakah yang menjadikan Nabi Muhammad yang asalnya ‘Ummi’(tidak tahu membaca) dan Saidatina Khadijah sebagai contoh panduan hidup berumahtangga..Wallahua’lam
about 4 years ago
Pendapat saya, kalau bakal suami atau isteri tidak lancar membaca Al-Quran… sama-samalah kita pergi belajar di kelas-kelas yang telah disediakan. Antara hendak dan tidak sahaja. Mungkin pada mulanya akan ada rasa malu… tapi alah tegal biasa.
Kalau saya menjadi guru tesebut, saya akan teruskan juga berkahwin dengan lelaki tersebut… selain dari Al-Quran tiada cacat cela yang lain. Solat, kestabilan ekonomi , bertanggungjawab dan sebagainya… Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
about 4 years ago
ACTUALLY TAK PANDAI MENGAJI TAKPE ASALKAN TAK TINGGAL SOLAT 5 WAKTU. JANGAN PANDAI MENGAJI TAPI TAK SOLAT.ASSOLATU IMA DU DIN….SOLAT ITU TIANG AGAMA. ITU YG PENTING BUKAN SOAL MENGAJI WEIII…
about 4 years ago
Lencai,
Perintah solat berasal daripada Al-Quran kemudian dijelaskan dengan hadith. Dont you think, we should check the original source. Jika ditinggalkan original source, maka jadilah Islam agama ikut-ikutan seperti sekarang ni. Ikut sahaja orang semayang tanpa tahu sebab.
about 4 years ago
Salam…betul tu, nak sempurna solat kena tahu mengaji..bukankah dalam solat kita membaca ayat-ayat suci Allah…lagi rugi kalau tahu menyanyi lagu-lagu, tapi tak tahu mengalunkan Al-Quran…tak pandai, wajib belajar..
about 4 years ago
Salam AbgAL….
Amboi bersemangat betul AbgAL ni… Yelah kita mendoakan jodoh yang baik2.. tapi kalu dapat yang sebaliknye tu kan namanye jodoh… emm AbgAL ni dah kawin ker blum… Tapi saya rasa kalu AbgAL pun inginkan jodoh yang baik2 kan…..
about 4 years ago
Klu dah solat 5 waktu tak tinggal pastinye dlm solat tu dia baca dr ayat2 Al-Quran ye tak? abistu baca apa…?? Dlm solat tu takkan baca ayat yg sama…pasti tak thrill kan? mesti nak baca ayat lenlain dlm Quran tu…. klu dah lancar baca, coz setiap hari solat tak tinggal pastinye mengaji pun mesti la lancar ye tak? hrrrmmm….
about 4 years ago
salam.. apa yg dikatakan oleh sahabat semua betul…. mmg solat tiang agama.. tp sebagai seorang islam kan kite berpegang pada hadis sunnah dan alquran.. maka sbg seoarang islam wajib la kite baca alquran… klau tak tau blajar…tak de rugi nye
pk yg terbaik demi masa depan… tak tau sama2 blajar… tiada manusia yg sempurna dalam dunia ni….
about 4 years ago
emmm…apa yang penting ada keinginan untuk belajar sudah baik..si isteri perlu bagi sokongan dan dorongan untuk ke arah itu..semoga bejaya!!
about 4 years ago
assalamualaikum, tuan/puan2 yang dihormati,sebenarnya ialah dikatakan umat akhir zaman penuh dengan kegagalan bukan hanya bermula dari si suami saja bahkan kedua ibubapanya. Sebaiknya muhasabahlah diri masing-masing, adakan perkara ini berlaku pada diri sendiri atau orang disekeliling kita. Jadi, bangunlah kita semua memperbaiki diri masing-masing bak kata pepatah orang lama : Yang buruk itu jadikan sempadan, yang baik itu jadikanlah teladan…
about 4 years ago
Salam…
Lucu dan sedih pun ada dgn komen LENCAI…
Camna nak kyushuk sembahyang klu tak tau mengaji???
Nak jd pemimpin rmhtgg yg baik perlu kuasai ngaji Quran disamping ilmu2 kepimpinan yg lain, takkan LENCAI tak tau??? Al-Quran panduan hidup, klu x pandai kena berusaha belajar dan menguasainya….
about 4 years ago
salam..
sdr/sdri Lencai, mmg solat itu tiang agama, tp if tak pandai baca Al-Quran..camner ek kita nak baca surah Al-Fatihah n surah2 lain dalam solat, just hafaz beberapa surah jer yer? ermm, ilmu Al-Quran itu luas..rugi sgt if kita tak berusaha untuk belajar beberapa ilmu daripadanya, contohnya belajar membaca Al-Quran dan ilmu tajwid. Baca Al-Quran sekadar dengan menghafaz tanpa kenal huruf, baris, hukum tajwid akan mengundang banyak kesalahan bacaan(ingat, surah Al-Fatihah tu, salah 1 rukun solat) lebih baik berusaha untuk belajar, bukan hanya berpuas hati dengan apa yang kita ada atau apa yang sedang kita amalkan sahaja.wallahu a’lamu bissowab..
about 4 years ago
salam..tak boleh pegang pada prinsip tak pandai mengaji “takpe”..kena usaha juga bagi pandai mengaji…kita jangan hanya taknak buta huruf dalam bahasa melayu& bahasa inggeris…dlm bacaan quran..lebih lagi la kena tahu…
jangan malu belajar membaca al-Quran biarpun sudah berusia..jangan menyesal kemudian hari…al_Quran itu penyuluh hati…
about 4 years ago
Dulu saya pun gitu juga tak brapa pandai ngaji.. panjang pendik main pakai bedal aje maklumlah belajar di kampong.. tapi alhamdulillah bila dh belajar kat mesjid negara… pantang org ajak baca yasin ke apa2 dah tak takut lgi.. lagi pun hukum tajwid.kena faham betul2 kalau tidak bacaan jadi lain. huruf Mad,.. imalah.. ismam dah tahu… sebutan mahraj Huruf pun dah betul.. HA Pedas.. HA simpul pun dah tau..tanda2 SAKTAH kena berenti tanpa terputus nafas dlm yassin ada… barulah tahu selama ni baca Fatihah pun tak betul.. Alhamdulilah skrg dah dekat 8 ustaz dlm masa 4tahun.. belajar barulah faham.. maklumlah dah tua2 baru nak NGAJI… kalau kita BERDOA dengan bacaan yang betul DOA kita allah MAKBULkan.. Baru2 ni sya ilang moto… mlm tu saya berDOA sampai leleh AYOR mata… Alhamdulillah esoknya moto tu dia tinggal kat BALAI Polis… sayang juga saya kat MOTO tu.. walau pun buruk..nak beli kan senang… lagi satu kalau kita tahu maknanya sekali lagi baik…contohnya surah Waqiah kalu rajin lepas solat subuh .. rezeki kita datang tak di sangka2.. lagi pun kalau kita ngaji dengan bertajwid.. makin kita baca …makin kita seronok… kalau dedulu dengar orang ngaji quraan kat TV ke atau RADIO lekas2 kita tutup… sekarang kalau kita dengar rasa nak ikut macamana Qari/qariaah tu BACA…. Pengajaran yang saya dapat.. jangan malu2 kalau nak belajar UGAMA… kerana ini sajalah bekalan kita di Akhirat nanti… kalau kita faham betul2 makna ayat quraan kita jadi takut utk melakukan larangan tuhan… di mana al.Quraan mengandungi 114 surah dan 29 buah surah di mulakan dengan kata2 huruf Rahsia. Surah al quraan dtg dari loh mahfuz.. dan Malaikat Jibril (a.s) mengambil bacaan dari Allah (s.w.t) dan Nabi (s.a.w) baginda mengambil bacaan dari Malaikat Jibril (a.s).
Begitu cantik nya ayat suci al quraan.. dan apa2 yang tertulis di quraan semuanya berlaku kepada kita semua hari ini.. semakin kita membaca ayat suci al quraan makin dekat diri dengan tuhan… Wassalam….
about 4 years ago
sya setuju dgn omarm tu..nk blajaq xkira umur..sya biar pun dah tau ngaji tp masi nk blajaq dgn lebih mndalam lg..biaq dah habs baca kitab Al-Quran tu pun sya msti nk ulang baca balik dr surat Al-Fatihah hngga An-nass..sya takut ilmu yg sya pelajari slama ini akan hilang jka xdi amalkan..klau leh sya nk brguru mcm omarm tu smpai 4 ustaz..tu baru kira mahir..bruntung lah sape yg dpt blajaq ngaji dgn betul..skg ni nk cari ustaz yg dpt ajaq kita ngaji bebetul pun payah apatah lg d zaman yg moden ni..sibuk memanjang hngga xde masa nk ngaji..
sya pun suka dgq org ngaji,kat ctu pun kita leh blajaq serba sedikit..apatah lg klau sebutan tu sedap di dngaq aman n tenteram jiwa..mcm xingat dunia dah mcm kat dlm syurga lak..hehehe ye la kat ayat2 suci tu bhs syurga..kkdg yg pelik nya bila sya bca yaseen slalu meleleh ayer mata,sedih n sayu trasa kat dlm hati ni..ntah la knapa..hnya Tuhan je yg tau..apa pun klau sya dpt jdoh biar la org yg pndai ngaji..sya boleh blajaq kat suami scara xlangsung..xkn sya lak nk ajaq suami..doa2kan le..
about 4 years ago
Assalamualaikum W.B.T… Sebenarnya kita orang Islam sangat beruntung dapat petunjuk dan hidayah supaya medalami ilmu Ugama… kalu kita xblajaq smpai bila kita xtau….betul juga kata ju.tu.. walau pun kita tau… kita kena berguru ngan orang pandai.. kalu tidak..ilmu tu setakat tu saja… serupa juga ngan Ngaji kalu orang xtegur kita kekadang kita xperasan kesalahan kita. Ilmu Tajwid menurut bahasa memperelokan sesuatu. Menurut Istilah ia itu melafazkan setiap huruf dari makhraj yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya…contohnya sifat Ghunnah..dengung…Jahar..nyaring…syiddah …kuat…takrir..berulang2..spt huruf ro…kena begetar. kalau lebih ulangnya dah jadi lain.. begitu juga dengan Qalqalah Kubra (besar) ,,Q.Sughra (kecil).. Dan Q.Akhbar(paling besar) kita nampak mudah asalkan boleh baca sudahlah.. tapi sebenarnya makin kita belajar ..makin banyak yang kita xtau.. Sesungguhnya ulamak telah membahagikan kesalahan bacaan Al-Quraan kepada 2 bhg… kesalahan yang nyata seperti sebutan huruf yg. membawa kepada perubahan makna.. dan satu lagi kesalahan tersembunyi…tidak mbawa kpd perubahan makna spt tinggal dengung… tidak dpt tentukan kadar harakat mad dgn tepat.. kesalahan begini hukum makruh dan aib di sisi ahli pembaca al quraan…kerana bacaan sdmekian melenyap kesinaran bacaan al..quraan.. kalau kesalahan nyata … haram danberdosa… jika berlaku dlm solat…solat xsah… tapi kalu tak tau kena belajar… tuhan maha pengampun dan pengasih… belajar jangan malu2.. org. nak kata apa biaq pi…kata org kdh….. oh saya dh melalut ni takut org “MENYAMPAH “kata org utara…
Apa pun jangan luppa..lepas solat.. berdoalah pada kedua orang tua, rahmatilah kedua ibu bapaa,sebagaimana dia telah memeliharaku pada masa kecilku. wahai allah ampuni sekelian org muslimin dan muslimat juga mukminin dan juga mukminat yg. masih idup dan yg sudah mati. Dan berikan kami di dunia ini kebaikan,kesenangan, ketika di akhirat juga kebaikan dan peliharalah kami drp. azab NERAKA. AMINNNNNNNNN.
WASSALAM
about 4 years ago
assalamualaikum wrt muslimin n muslimat yg di rahmati..
bila baca komen omarm yg pnjg lebar tu sya dpt rasa omarm dh leh jd uztaz ajaq bebudak ngaji..ju klau boleh nk mahir mcm omarm..biaq pun ju dah leh bca kitab tp ju nk sebutan tu biaq tepat dr semua segi hukum bacaan..ju tau klau salah sebut n bunyi xbetul mksud jd lain,kena balik kat kita yg buta huruf ni..kira mcm sumpah diri sndiri la plak.. part tu la yg ju takut..kat sabah ni payah nk cari uztaz yg bertauliah..ju ngaji pun ngan guru kat sekolah..tp masa xtntu tu yg ju kesali..dtmbah lg ju kje time tak kena ngan masa guru tu lak..nk xnk ju ngaji sndri,melatih n amal supaya lidah xkeras bila bca ayat tu nnti..tp ju tetap bertekad klau ju di beri pluang n ada kesempatan biaq umur ju dah brapa pun ju tetap nk blajaq ngaji gak..biaq la hdup ni mahir dr sgala nya n hdup biaq berilmu..kan kan kan..
about 4 years ago
aminnnnn…..
about 4 years ago
Ustaz oh ustaz… seronok dgr ustaz ajar mengaji…
sedap di dgr sedap juga mata memandang… (dlm hati jerrr… hehe)
about 4 years ago
Eh… Ju n Fallen… jangan panggil sya Ustaz.. nanti saya jadi riak plak.. bukan smpai pringkat ustaz lagi …kata orang belum Khatam… apa pun kita kena cari ilmu hingga ke akhir hayat… ilmu yang kita perturunkan kepada orang.. selagi org itu beramal kita dapat ganjaranya… di akhirat kelak… syurga balasannya ..
Hidup di Dunia hanya sementara saja… Hanya kepada Allah kita bertawakal dan kepadanya kita kembali… Amin.
about 4 years ago
maaf la encik omarm bukan brmksud cmtu tp ilmu yg omarm ada tu mcm dah setaraf ngan uztaz..apapun sgala2nya Tuhan jua yg lebih mngetahui..kan kan kan…kkdg ada plak sstgh org tu dh gelar uztaz pun tp ilmu xla sehebat mana yg di khuatir kan ajaran yg di bawa terlebih batasan smpai iman sndri pun xdpt nk kontrol mksud ju tenggelam dlm nafsu..mintak2 kita di jauhi dari semua tu..yg pnting bersederhana dlm semua aspek..
about 4 years ago
Pengelaman saya dlm Bab ngaji ni seronok juga… mula2 dkt 30 org belajar.. kami bermula ngan Iqra1… lpas naik iqrak 4 tinggal kat 10 org… bila naik Quraan tinggallah 4/5 org tu pun kekadang dtg kkdang tidak… tpi bila exam 2/3 yg berani amik… yg lain xberani lagi… mula2 mmg hebat.. bwa Quraan dlm Quraan Spare iqra yg dtg bukan calang2 ada Dato’ Tan Sri, Datin dsbnya… naik Mers, Naik BMW, Volvo tpi bila tanya saya naik apa???… saya jawap HON… dia tanya apa benda HON tu… saya JWP Honda KAP???? tpi tuhan tu maha pengasih di Dunia dpt harta melimpah ruah.. tpi bab NGAJI kita faham lah sendiri… Nampak aje MUDAH gi belajar… kalau allah xbagi petunjuk hati kita jadi Beku…
nak sebut huruf pun payah. Lgi pun datang belajar ni dari berbagai negeri jadi sebutan nya pun berlainan…macam2 sebutan kita dengar…
Ketahuilah bahawa kepandaian seseorang dalam seni menyuarakan Al Quraan dapat menghaluskan HATI yang kasar, menjinak jiwa yg. Liar, bahkan sanggup menundukan dan merobah pendirian yang KERAS membaja, sebagaimana yg di alami oleh KHALIFAH Umar Al Khattab yg seblum mmeluk ISLAM pnderiannya dpt berubah seketika mendengarkan ayat suci AL Quraan diSENI suarakan oleh adik perempuannya.
Dengan itu Berbahagialah orang yg dapat mmbaca Al-Quraan dengan segalaKeindahan SENI Suaranya, dan berbahagialah PULA setiap Pendengar yang MAMPU menikmati Panggilan AL-Quraan itu dengan SEGENAP hati dan jiwa raganya…. Biar kita Miskin Harta di dunia asalkan KAYA di Akhirat….
SENTIASA KITA MENUNTUT KEREDAAN ALLAH SWT.
about 4 years ago
Salam semua,
Alhamdulillah! MasyaAllah! Terima Kasih semua. Terima kasih saudara Omarm. Bersemangatnya nak terus mendalami belajar al-qur’an. AMIIIINNN atas doa saudara. Wassalam.
about 4 years ago
HIDUP OMARM!!!!
about 4 years ago
Bnyk ayat al-quraan mnjelaskan bahawa hanya iman dan amal yg soleh yg dapat menolong manusia di akhirat. hanya dgn amal ibadah Allah SWT kurniakan gandaan pahala hingga puluh, malahanratus hingg ribu. Dalam surah Al- Imran ayat 133 di perintahkan kita bersegera dgn memperbanyakkan amal ibadah untuk mendapatkan keampunan Allah… Bukan kerana habuan dunia dan bukan kerana nafsu.. Jauhilah diri kita drp. bisikan syaitan dan runtunan nafsu….
Kebanyakan orang yg paling kuat dan banyak bekerja dan paling berjaya d dunia. Namun Allah SWT Mufliskan mereka di Akhirat, kerana kerja yg di lakukan dn kegemilangan di dunia bukannya kegiatan dan hasil dari amal IBADAH….
about 4 years ago
Salam semua,
Bulan Ramadan dah dekat. Nk tanya sikit. Harap siapa yang ada ilmu lebih sikit dapat bantu saya. Boleh ke tadarus al-qur’an di bulan Ramadan tu dibuat dlm kumpulan yang mengandungi hanya 2 orang sahaja. yaitu seorang membaca dan seorang lg mendengar dan sebaliknya. Terima kasih.
about 4 years ago
Alhamdulillah….. mmang boleh tadarus al-qur’an begitu… seorang menyemak &seorang membaca… begitulah yg. di galakan semuga tidak berlaku kesilapan…
kalau ada silap dpt. teguran dri org yg menyemaknya… teruskan niat anda kerana itulah ganjarannya yg paling besar di sisi allah.. di berikan ganjaran berlipat kali ganda… Amin…Amiiin.
about 4 years ago
Assalamu’alaikum semua,
Terima kasih en omarm. Selamat Berpuasa semua dan selamat menempuh bulan Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan. Wassalam.
about 4 years ago
x susah nak belaja al-quran..utk menguasai sesuatu patah firman..30 kali baca 30 round dengar elok-elok …confirm!!!!! saper-saper boleh membaca ‘mukjizat’ tu dengan baik dan ‘power’……… x percaya…kita buat demo…… panggil kawan sarawak kita yang kristian……. x sampai 10 round dia orang dah boleh baca..
so..maksud saya….takde sape yang kita semua sama-sama kenal ni yang x pandai mengaji… saper-saper pun diantara kita sebenarnya pandai mengaji cuma nak xnak ajeeee…..
apapun bagus gak…… wartawan boldkan isu tu……… nanti myjodoh.net boleh pasang aplikasi karaoke mengaji…saya boleh jadi calon kontraktor…. haha ha…sori usik…
about 4 years ago
For me kalo x tau…bole belajar janji ada keinginan. Masa arwah abah nikah ngan mak dulu pon arwah x pandai mengaji tp mak yg ajarkan.
Kalo tak tau mengaji camner nak baca dlm solat?. Musykil gak nih kalo ada org yg x tau ngaji tp bole solat…ayat per yg dia baca gaknyer tu?. Kompius jap…
about 4 years ago
itulah dunia akhir Zaman… ngaji pun main pakai hafal dengar kaset n CD aje
Solat pun main ikut2 aje…
about 4 years ago
Allahh, kalau solat ada org baca yang bacaan standard..ada juga tak megaji tapi baca ayat al quraan..rasanya ada ramai gak mcm tu kan..?
Nak di pendek kan cerita, Kalau minah tu rasa tunang dia tak mengaji dn nk cari yg mengaji tukar tunang jer laa..
Sebenarnya sebaik2 nya kalau tunang tak tahu mengaji, ajarkan laa..apa nk kecoh2..jagn la nk sebor kan..tk semua manusia perfect..betul tak?
about 4 years ago
Assalamualaikum..
Sekadar saranan…sama-sama untuk kita amalkan
Sememangnya rukun Islam yg lima mesti ditunaikan sebaiknya…
Jadikan tabiat mengaji sekurang-kurangnya sepuluh ayat satu hari…
Waktu paling mudah untuk melakukannya ialah antara Maghrib dan Isyak.
Kemudian,pertingkatkan amalan itu dari sehari ke sehari, bermula dengan sepuluh ayat, dua puluh ayat, dan seterusnya.
Jangan sekadar membaca. Fahami tafsirannya, cuba hayati maksudnya dan amalkan sebagaimana yang dianjurkan dengan sebaik mungkin.
Insya-Allah..niat khatam al-Quran,berserta dengan penghayatan dalam isi kandungannya akan diberkati..
about 4 years ago
tkasih maizah bagi tip praktikal…jazakallah…. sorilaa… saya kalau komen memang suka ngusik dan melalut…. again…thank you 4 the practical tips
about 3 years ago
Dengan teknologi yang ada sekarang, pelbagai cara boleh dimulakan untuk belajar membaca Al-Quran. Selain terus berjumpa guru kita boleh belajarnya sendiri dahulu untuk asasnya dan pergi berguru untuk memperdengarkan bacaan saja atau betulkan yang sikit-sikit sahaja. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Tapi…perlu istiqomah la..
Antaranya yang di perkenalkan oleh http://www.wajibtajwid.com
about 3 years ago
Assalamualaikum semua,
Kelas Pengajian Tajwid (Peringkat Asas) anjuran Masjid Bukit Aman.
Guru mengajar adalah Ustaz Abu Bakar bin Idris (mantan Bilal Masjid Negara).
Ada DUA session. Kelas akan bermula pada:
1) 8th January 2009 : setiap Khamis & Jumaat jam 8-10.30pm
2) 3rd March 2009 : setiap Selasa & Rabu jam 8-10.30pm
Kedua-dua kelas akan diadakan di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.
(Lokasi masjid: bersebelahan Taman Tasik Perdana / Lake Garden KL)
Untuk pendaftaran sila telefon 03-2274 0525.
Yuran pendaftaran hanya RM30 sahaja.
Lepas tu setiap bulan tiada caj dikenakan tetapi mengikut kemampuan masing2 untuk menabung kepada tenaga pengajar.
Saya sangat-sangat menggalakkan tuan2 & puan2 untuk give it a try dengan cara pengajaran Ustaz Abu Bakar yang sangat efektif ini. Beliau akan bermula dari basic “Alif, Bak, Tak….”.
Konsep beliau sangat mudah:
1) Mengenal huruf
2) Mengenal baris
3) Jika boleh mengeja… maka boleh lah anda membaca.
Sekian, harap maklom.
about 3 years ago
Salam…
‘Jadikan tabiat mengaji sekurang-kurangnya sepuluh ayat satu hari…
Waktu paling mudah untuk melakukannya ialah antara Maghrib dan Isyak.’ dari maizah
Mula2 mmg sukar untuk diamalkan… tapi jika tetap istiqamah… ia akan menjadi satu kemestian… ditambah lgi dengan tafsiran… kadangkala segala tafsiran yang dibaca adalah komunikasi kita dengan Allah… kita susah hati… Allah memujuk kita dengan tafsiran yang dibaca… Amalkan membaca Al Quran dengan tafsiran…
about 2 years ago
kebanyakkan org sekarang nama je tau mengaji tapi x solat pon…bagilah peluang orang yang nak berubah…lebih baik bagi peluang orang nak berubah dpd org yang ada didikan agama bapak ustaz bla bla tapi x praktikkan..manusia x sesempurna pon..even Rasulullah pon x tau membaca tapi baginda mahu belajar.janganlah kerana kita yang dapat didikan agama ni terus menerus chop orang xlayak sb diri kita yang terdidik agama sejak kecil..maybe disebabkan persekitaran jadi punca bakal suami tu x dpt didkan agama, disebabkan ibubapa dia sdri x ambil berat agama dan mcm2..jangan ingat orang yg x tau mengaji tu x tau agama..
about 2 years ago
salam…
pada saya solat, alquran n pengetahuan agama sangat penting dlm kehidupan lebih2 lg utk berumahtangga. Pengalaman hidup sya sendiri yang memilih suami yang kurang pengetahuan agama, solat x ckup 5, mengaji hanya 2 surah trmasuk alfatihah…sukar untuk isteri membimbng suami lebih2 lg dgn sikap ego lelaki…suami y di anggap ketua keluaga membawa keluarga ke arah kehancuran…hidup nak enjoy semata2. Tak penah menghargai pengorbanan isteri sampai naik tangan dan kaki…tanggungjawab kepada kaluarga di ambil lewamentang2 isteri bekerja…akhirnya saya menjadi janda…walaupun perit untuk terima tapi inilah pengajaran y perlu sya hadapi kerana terlalu mengikut cinta.
about 2 years ago
omarm ajar haku ngaji bleh…?
about 2 years ago
Assalamualaikum semua,
Berdasarkan artikel yang disiarkan tentang bakal suami tak tau membaca al-Quran,ini suatu perkara yang mesti diberi perhatian sewajarnya.
Katakanlah siisteri tau membaca al-Quran dan sisuami tak tau membaca,mustahil hendak disuruh siisteri menjadi imam apabila hendak solat berjemaah,betul tak?
Kaum lelaki ni memang agak liat nak belajar al-Quran.Ini pada pendapat saya.Itupun berdasarkan fakta.Hampir 70% anak murid saya adalah dari golongan wanita.
about 2 years ago
Asalamualaikum…
sy nk sangat belajar mengaji..leh x kenalkan dengan ngan sape2 yang leh ajar di sekitar johor.harap sngt2…
about 2 years ago
nk ngaji…………..
about 2 years ago
ya Allah berilah aku petunjuk mu…..
about 1 year ago
Assalamualaikum.ya,mulanya susah.lama2 nanti,mudahla,InsyaALLAH.
about 1 year ago
InsyaALLAH….;)
about 1 year ago
assalamualaikum.. sy tak pandai mengaji apatah lagi solat, sy memang jahil segalanya, jauh disudut hati ingin buat semuanya tapi tiada bimbingan, sy ade bf yang pandai semuanya, tapi selama berkawan sedikit pun dia tidak pernah mengajar sy bab agama, pernah sy suarakan untuk dia mengajar sy mengaji atau solat, hampir setahun berlalu, dan baru2 ni hubungan kami hambar..bukan kah sepatutnya dia yg ada pengetahuan agama membimbing sy..sedikit kekesalan…
dan pada waktu ini baru dia nak soalkan semuanya..
about 1 year ago
You can start by downloading these audio … (http://www.mymasjid.net.my/audio-kuliah/) start by audio from Dr Danial …. Apabila kita mengamalkan sesuatu ilmu, tuhan akan membuka jalan untuk ilmu baru … perlahan-lahan anda akan menjadi orang yang berilmu.
I got a friend, she is a chinese yang dilahirkan di dalam keluarga bukan Islam. Today, she’s a certified ustazah, teaching our Malay Children reciting Quran at some private school.