.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

October 22nd, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

gambar hiasanDi dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.

Wallahu’alam

.

.

.

.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628

Rujukkan
~~~~~~
Uts Shamsuri Hj Ahmad, audio mukhadimmah Kuliah Kitab Bahrul Mazi 7, http://www.savefile.com/files/1135075

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

162 Responses

  • van ckulop says:

    ..jangan begitu sahabat…, teman berasa gementor dan tak berapa gemor cara miker nulis ttg teman.. puja-puji hanyalah selayaknye untuk yang Qodem, tuhan seru sekelian alam…, teman tak punya akhlaq spt itu…

    ..teman hanyalah seorang pencacai merangkap fakir membersihkan longkang di jalanan..

    ~mohon maaf semua..!

  • muslimah says:

    sahabat semua
    saya masih ada..cuma kebelakangan ni saya sibuk sgt2 kat pat kerja..sampai nak bukak laptop sendirik pun dah x da masa…
    erm..hahaha..gelak sorang diri saya baca artikel-artiket kat atas tu..erm..best jugak ye kalu dpt anak kembar..tak kisah laki ka pempuan…dapat saya bygkan saya pangku baby tu nanti…heheheheh….

  • muslimah says:

    best ya kalu dah ada anak2 ….ada anak nanti..insyaAllah..sya cuba sedaya upaya jaga ,didik akhlak dia dulu,sebaik2 akhlak adalah akhlak Rasulullah s.aw….kita jadikan Rasulullah dan saidatina khadijah sebagai role model…saya masa pregnant baby tu nanti..kena jaga makanan,tutur kata saya sndiri,akhlak..ibadah..n semua2,begitu jugak ngan bakal suami saya nanti …mak aii..awal nya saya berimaginasi..heheh..kawen pun blomm..:)

  • omarm says:

    Tak Mengapa Muslimah… sekadar berimaginasi pun dah cukop… manalah tahu masin mulut Van Ckulop Doanya termakbul… berkembor2 udah siap buboh nama lagi … sama2lah tu.. berangan2 Van pulak kalau tak dapat Tungku dia buleh guna Streka….

  • One says:

    Salams kawan2, saya baru tersedar blog ini wujud ek. Saya sudah lama berkawan dgn A, Dia sungguh mudah menerima caraku dalam membuat keputusan. Cuma dia sukar menerima ibu bapaku setelah apa yg berlaku. Merisik sudahpun dibuat oleh ibu bapa dan pakcik ku. Majlis bertukar menjadi bertunang. Tetapi dipersetujui oleh bapaku. Setelah selesai, ibubapa ku tidak berkenan dgn pilihanku. Sudah acap kali ibuku kurang berkenan sebelum pergi meminang lagi setelah ku bawa org tuaku bertemu pilihanku. Ibuku mahukan yang terbaik untukku katanya. Memang tiada yang sempurna diatas dunia ini. Aku redha dengan pilihan ku. Tetapi sukar tanpa restu ibu dan bapa. Apa yang perlu ku buat?

  • hanna says:

    saya harap saya dapat kedua-duanya sekali… Biarlah dia dan saya disayangi bakal mertua/mertua masing2

    Ya Allah, pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmuMu
    Tentukanlah untukku dengan kehendakMu
    Aku pohon kemurahanMu yg sgt luas kerana Engkaulah yg boleh menentukan sesuatu dan aku tidak boleh
    Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui
    Engkaulah paling Tahu hal-hal yg ghaib

    Ya Allah, jika sesuatu ini baik bg diriku, agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka pilihlah ia untukku
    dan mudahkanlah ia untukku
    Kemudian berkatilah ia

    Seandainya ia menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka jauhkanla ia dariku sejauh-jauhnya dan berikanlah aku kebaikan di mana saja aku berada dan redhailah aku kerananya… Amien

  • Ida says:

    Salam..tergerak hati ini untuk bercerita.harap ada yg sudi bg pandangan. percintaan sy pd mulanya tak dpt restu keluarga sy. sbbnya kekasih sy tak berpelajaran tinggi. Pada usia yang dh masuk 30, sy rasa susah utk cari jodoh yang sempurna mengikut ciri-ciri yg disenaraikan oleh ibu dan bapa sy. bagi sy sendiri, cukup la org yg hadir itu berakhlak mulia dan menjaga solat. sukar utk menolak kekasih sy itu krn sy takut lelaki lain yang hadir nanti tidak sebaik yang sy ada sekarang. setelah beberapa lama, atas usaha kami berdua (sy & kekasih) akhirnya ibu bapa sy menerima dgn berat hati. mslhnya sy sendiri mula confiuse sama ada benarkah sidia adalah yg terbaik kerana ibu dan ayah terima sidia kerana kedegilan kami walau ibubapa sedar sidia ikhlas.

  • kakak says:

    best kalu ibubapa bersetuju dengan apa pilihan kita..

  • aiman says:

    salam…saya nak tip dpt restu family boleh x

  • Lyn says:

    salam…sy lyn. saya ade masalah berkaitan dengan restu ibu bapa…ibu sy tak merestui percintaan sy dgn org dr negeri sabah. tambahan, die lebih muda 5 tahun dr sy. sy harap sesiapa yg berkenaan blh tlg sy bagi pendapat untuk selesaikan masalah ni

  • Eja says:

    inilah yang berlaku pada diriku sendiri….terpaksa menolak pasangan yang telah berkenalan selama 8 tahun disebabkan ayahanda tidak bersetuju dengan pilihan hati…Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya…

  • puteri says:

    salam,kpada smua pembaca soalan ni agak rumit sdikit.. pada sya setiap kjadian itu ada hikmahnya.. pda kita susah utk membuat kputusan…jdi kita fikirkan jalan terbaik utk kita..pda pasngan yg bercinta kita harus membuat kptsan yang btl agar kdua-dua belah pihak tdk kcewa…jdi kta berdoa agar stiap kjadian ni ada jaln selesainya…insyakallah than akn bri jaln terbek…kalau ada yg musykil call me 0175166852 sya stia mendengar smua…salam senyum………..



Leave a Reply