.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

November 13th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 24495 times!

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejakabaru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Untuk maklumat tentang solat istikharah sila rujuk pautan berikut :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543882

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&id=3218

http://id.wikipedia.org/wiki/Shalat_Istikharah

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=99

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

286 Responses

  • RZIANA says:

    salam…

    saya baru bermula ingin melakukan..kerana parent saya halang perhubungan sy dengan dia..atas sebab dia penipu..sy tak nampak apa-apa pun yang dia tipu..kalau dia ditipu..tu sy nampak..aperpun..hanya Dia saja yang Maha Mengetahui..Ya Allah berilah aku petunjuk dari Mu…

  • hamba allah says:

    salam…mmg istikharah bagus untuk diamalkan..dan bg sy ia bukan sekadar untuk membuat pilihan diantara 2..tetapi adalah utk membuat sesuatu keputusan…cuma pd pendapat sy..jikalau dia buat solat tu dan result dia menyebelahi suami orng/terkena suami orng redha je la..dah itu pilihan Allah..kita tak tahu apa yg terbaik utk kita pada masa kini dan akan dtng..hanya Allah yg mengetahui segala-galanye…dan poligami mmg dibenarkan dlm islam dgn syarat lelaki tersebut mampu dan boleh berlaku adil…

  • norulein says:

    salam aleikum….Allah tidak tidur dan maha mendengar segala isi hati hambaNya…sy pn bru je jd tunangan orang..Alhamdulillah kedua org tua sy merestui nya..mintak2 segala dugaan spjg sy m’jd tng si Dia dpt kami atasi sama2 biarpun ada sesetengah fmily yg xsuka sy b’tng dgn si Dia…segalanya sy serah kpd Allah..yg pnting skrang, kita mesti istiqamah dlm melakukan sesuatu perkara, biarpun slow2.asalkan kita konsisten..smg kita semua m’dktkan dri kpdNya dgn melakukan solat2 sunat d 1/3 mlm t’msuk solat sunat istikharah..bkn shj ttg memilih jdoh..InsyaAllah.

  • sha says:

    Assalamualaikum,

    saya mmg pernah suka pada seseorang satu masa dulu tapi saya juga mendengar ceramah bahaya klau nak lakukan solat istikrh ne sebenarnya sewaktu mula2 kite berkenalan dan bukannya apabila sudah di pertengahan jalan. Ini kerana supaya kita mendapat petunjuk awl dr tuhan sebelum serius memulakan hubungan. Selepas saya lakukan solat tibe2 esoknya saya rasa biasa sahaja, tidak ade rasa sayang lagi cuma rasa ingin berkawan sahaja. Itula pengalaman saya.

  • melissa says:

    salam…
    percintaan jarak jauh kami telah menjangkau lebih kurang sethn lebih..umur sy sudah 27 tahun dan dia 5thn lebih tua.sy rasa soal perkahwinan sudah rasional untuk difikirkan memandangkan umur dan keadaan kewangan yang sudah stabil.hubungan ini adalah atas dasar cinta dan saling memahami antara satu sama lain.namun hubungan ini terhalang oleh keluarga saya.hanya semata-mata teman lelaki sy itu bukan peg kerajaan tetapi hnya ada busines sendiri..sy tidak sanggup utk memutuskan hubungan ini walaupun ianya tidak direstui.namun sy juga tidak sanggup untuk melukai hati dan perasaan keluarga.sy tidak tahu sampai bila perkara ini akan berterusan.kami percaya pada jodoh dan masing2 tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk hidup bersama.solat istikarah sering dilakukan dan sy dapat rasai hati kami berdua semakin dekat.saya tidak tahu sama ada itu adalah pengaruh syaitan atau apa..apa yang perlu sy lakukan dan jalan yang terbaik untuk diri sy?cuma skarang sy tidak henti2 berdoa..supaya ditunjukkan jalan yang benar utk sy..keputusan dalam soal perkahwinan terlalu berat untuk difikirkan apabila ianya melibatkan soal hati dan soal keluarga.tidak dinafikan ada yang ingin berkenalan tetapi hati ini sering berkata tidak..mungkin sy jenis seorang yg setia..tetapi sampai bila???.cuma sekarang sy tidak akan meneruskan perkahwinan tanpa restu dari mereka..kadang2 situasi memaksa sy untuk berkahwin memandangkan soal umur yang akan menjangkau 30..sy hanya ingin pendapat daripada kalian..mungkin ianya berguna untuk sy dalam membuat keputusan ini..tq

  • yuazi says:

    ap yg harus aq lakukan apabila lelaki A yg sdah aq kapel slme 2 thn ini sering kali bergaduh denganku??manakala lelaki B ini bgitu baek thdap ku..malah msih baek dgnku wlupown aq tlah mlukai aty nya dlu?aq sgt kliru dgn driku..aq mnyayangi lelaki A,tetepi aq juga mnyayangi lelaki B..aq sring kali mengis krn lelaki A..wlpn aq sdah byk kali meminta ptus dr lelki A,dy ttap tdk mahu mlepaskan aq..aq tdk sggup ntuk mnahan rse sakit aty ini lg..wlupwn rse lega itu hlang apabila brckp sdikit2 dgn dy..ttpi rse lega itu cpt hlang..bntulah aq..aty aq msih sakit wlupown aq n lelaki A sdah berbaek..apkah yg harus aq lakukan??adkah aq ptot memilih lelaki B bg mnghilangkan kkecewaan ku??jika anda memilih sy untuk berbincang dgn lelaki A,sy rse itu satu pkre yg sukar untuk sy lakukan,krn lelaki A ini apabila sy ajak berbincang,dy akn mlarikan dri @ dy akn marah krn dy fkir sy cuba mncari gduh dgnnya..wlupown kami tggal bdekatan shj,dy,dlu mse mle2 kami kapel,kami sering jmpe..ttpi skrang jaoh skali..sy cbe phm bhw dy cbuk..ttpi tda bolehkah mluangkan sdikit mse dgn sy??prnah jg sy mnetapkan tmu janji tk kami brjumpa,ttpi dy sperti ach tdak acuh..aty sy sgt sakt mlihat perlakan dy sperti itu..apkah yg hars sy lakukan??

  • ZIERA says:

    salam…sy knl A dlu bese2 jer..bru 3 bln kterong kuar knl ati budi msing2 tup2 kteorng jtuh cinta tnpa diduga..shari x kuar mmg x bleh..suatu ari die luahkn yg die dh bertunang hancur luruh ati sy..sy amik kputasn undurkan dri drpd dia..tp die x bleh lupekan sy bgitu jgk sy..tp sy terpakse n xnk lukakn ati sesiape..die ckp die bertunang ats urusn fmily n tunang die ade sakit kanser.tp die mntk2 sgt die x der jodh ngn pmpuan tu n suh sy menunggu die sbb die lbih cintakn sy.ape harus st bt nk lpaskn sy pn dh syg kt die mmg bert utk berpisah ngn die tp mcm mner ngn tunang die menuggu kputsn drpd die..sy nk sht bt solat istikarah tp sy tkut bkn die orngyer..ade jgk nk orng laen nk msuk pinang sy tp x belh teme laki laen ati sy hnye pd die..tp tuhan maha mengetahui ape yg terbaik tuk umatnyer..hanye pd mu aku berserah soal jodoh ku,mati ku hanye ku serahkn segalanyer tu takdie ku…AMIN..

  • romantik rock says:

    assalamualaikum..

    saya baru kene tgl dgn gf saya..ari ni die siap cakap dgn nama allah yg die ade ati dgn laki lain..sy hrp kalau gf saya bace blog ni, die leh buat solat istikharah sblm amek keputusan..hati yg terluka sng diganggu iblis..ditambah sifat diri yg x sempurna, lg la hati tu senang diperdaya..gf saya usaha lupakan memori kitorg yg nk masuk 5 tahun untuk bersama dgn laki yg baru semata2 krn kitorg slalu berselisih fhm lately..5 tahun lawan new comer, then 5 tahun kalah..sedangkan yg 5 tahun tu usaha nk bimbing hbgn ke jalan allah..bukan kah jelas ada unsur gangguan dan godaan iblis pada masa keputusan dibuat..kpd saudara/i, kalau berlaku pselisihan faham, ati kite mmg akn diganggu syaitan..jgn lah buat keputusan ikot ati..bertenang and refer pd allah..company HP tau ape masalah dgn laptop HP coz die yg cipta laptop tu..allah tahu ape yg terbaik and allah tahu mcm ne nk tolong kite coz allah created us..sharing is caring…sy menulis untuk kesedaran diri sendiri and untuk kesedaran bersama..

  • romantik rock says:

    cinta baru sememangnya indah tapi cinta baru x semestinya cinta sejati..cinta sejati x selalu indah coz cinta sejati sentiasa diuji..allah maha besar..allah maha penyayang…cintalah allah more than anything in the world coz its worth it eventhough its hard..

  • wahida says:

    sy nk kongsi pengalaman erk..sy dh break gan bekas bf sy, tp sy dpt nk time knyataan. sy yakin die untuk sy sbb sy toi2 sygkn die. sy pernah wat solat ishtikarah 2 kali… yg pertama pada hari ke 4 sy wat solat istikarah tu.. sy ternmpk die kt kawsn sekolah, mcm zaman sekolah.. sy tak bercakap dgn die, just nmpk die dari jauh ja. sy mcm yakin itu petunjuk allah… sy wat lagi.. pada kali kedua..hari ke 4 jgak.. sy dipaksa oleh puan pengajar sya pergi koir kat kg org asli kat johor. kebetulan koir tu kt kwsn sekolah, sy mcm zaman skolah. kebetulan sy ternmpk die dtg hantar speech kat menteri kesihatan untuk perasmian bas 1 mlaysia kat kg org asli di johor. die bekerja sbg ofice boy kat jpm sy plak study kat kolej jururawat. die tak nmpk sy, sy je yg nmpk die. inikah petunjuk yg allah bg? sy yakin dgn petunjuk ini. jd sesiapa yg dpat petunjuk mcm ni… yakin lah.. dan teruslah berusaha…ini mcm dlm mimpi sy.. walau tak seratus peratus… tp ade jgak persamaannya. sy skrg masih menanti bekas bf sy, lagipun hati sy.. masih kuat untuk die. sy tak dpt nk buka ht ni kat sesapa lg. mgkn ini petunjuk jgak. walaupun die dh ada penganti sy yakin… kalo betul die untuk sy. die akn kembali.. mgkn skrg ni.. tuhan nk pisahkan kami.. n semua ni ada hikmahnya.. sy yakin dgn kuasa tuhan. byk kebetulan yg sy tak sangka berlaku dlm hidup sy.

  • zaila says:

    Ya allah…kalI nie kau bantu la Hamba Mu ini Pulak….aku mglmi situasi yg sme dgn crta diats….

  • wahayu says:

    salam….

    isthikarah perlu dibuat di dalam keadaan tenang. Based on my experience, alhamdulillah, I buat bila hatil I betul2 tenang, alhamdulillah…sebanyak kali mana pun yg I buat jawapannya adalah menjurus kepada konsep jawab yang sama. So, buatlah dengan ikhlas dan redha dan TENANG. Insya Allah.

    Alhamdulillah, sekarang saya lebih bahagia dan tenang….

  • K says:

    Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,

    Bila DIA lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,

    Bila DIA tak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu.

    Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pd Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA…

  • hany says:

    kenapa ya dalam slolat istikhoroh yang saya jlankan orng yang ada dlm mimpi saya adalah orng yang tidak saya sangka dan tidak ada dalam pilihan saya,,,,apa yang hrus sy lakukan antara yakin dan tidak yakin,,,,,,,,,

  • luvlylady says:

    sy juga mempunyai pengalaman yg sma mcm entry yg dtulis… sebelum ini sy telah mempunyai seorang bf… hubungan kami x lma dan akhirnya kami telah berpish… saat berpish dgnnya, saya telah bertemu dgn seorang jejaka A yg mmg baik, lbh caring n sygkn sy. pd hari kelahiran sy, ex bfsya telah menghantar ucapan hari jadi kpd sy… saat itu, sy mmg tlh lma memafkan kesilapan yg pernah dy ataupun sy lakukan. dan pda saat itu juga dy telah berterus terang dengan saya sbb sbnrnya dy memutuskan hubungannya dgn sy. masyAllah tidak sy sangka sebb dy memutuskan hubungan adalah kerana dy benar2 sygkn sya. dsebabkan syg, dy trpaksa mngambil kputusn ini agar nyawa sya x trgadai. sbnrnya sbb dy memutuskn hubungan dgn sya adalah krana ada yg ingin mengungut untuk mengancam nyawa sy jika dy truskn hbungan dgn sy… saat penjelasan dberikan sya berasa amat sedih dan trharu atas pngorbanan yg tlh dy lakukan. semenjak itu, sya semakin keliru untuk memilih antara ex bf sy mahupun jejaka A. untuk pengetahuan anda semua, sepanjang sy menjalinkan hbungan dgn jejaka A ati sy msih teringatkan ex bf sy… sy sering teringtkn dy.. kini sy benar2 keliru.. sy telah wat solat istiqarah namun sy masih keliru akan kta hati sy.. sy brharap agar Allh memberi petunjuk kpd sya suat hari nnti… Insyallah…

  • suraya09 says:

    seronok gak baca mslh kat blog ni..ermmm mslh sy ni pelik ckit.nak di jadikan cite sy ni ade seorg kawan chating…kenal da lama cuma xpenah jumpa..awl thn br ni dia ada chta dgn sy utk memaklumkan yg dia da ade gf (satu daerah dgn saya)..gfnya plak bakal bertugas d tmpt sy bekerja…di pendekkan cite ari2 la kami jumpa kan,cuma jrg bertegur sapa…..masing2cbuk dgn tugas masing2..sejak gf dia da mula keje d tmpt sy dia xpenah lg chat dgn sy….sy xkisah le, cuma hati sy ni jd xtenteram bila terpdg gfnya…dlm fikiran sy asik tertanya2 cmne udah perhubungan dorang….nak tnya segan plak kdg2 smpai terbawa2 ke umah asik teringat psal dia n gfnya….sy nak minta pendpt kawan2 n shbt apa yg perlu sy lakukan..perlu ka sy jumpa gfnya n tnyakan psal perhubungan dorang….sy nak hubungan sy dgn gfnya baik sbb kami 1 keje…..

  • aufaa asrar says:

    ISTIQARAH NI MINTA PETUNJUK ALLAH. KITA PULA DAH BANYAK BUAT SALAH DGN ALLAH…….. DALAM DUK BUAT SALAH TU PON KITA MASIH NAK ISTIQARAH…..MESTILAH FAIL KALAU X MESTILAH LAMBAT [KALAU NASIB BAIK]……. ISTIQORAH YANG FRESH IALAH YANG TAK ADA PERMULAAN/STORY BAIK KENAL ATAU CINTA2……. BUAT SAJA ISTIQARAH…INSYAALLH , ALLAH TUNJUK. KALAU SEKALI TAK NAMPAK BUAT SAMPAI TUJUH KALI……..BARU LAH SUNGUH2 ! YAKIN DULU YANG ALLAH TU MAHA TAHU…….BUKA KITA NAK BERKAHWIN SATU DUA HARI, TAPI KITA NAK SAMPAI MATI………. ALLAH MAHA MENGETAHUI…!!

  • MENCARI HIDAYAH says:

    salam…

    sy teringin sgt nak wat semayang istikharah ni..dari dulu lagi..tapi takut ape yg diminta xditunjukkan..solat yg wajib pun xkukuh..ni plak nk minta yang lebih2..kekadang tertanya2..niat, nawaitu untuk berubah kepada yg lebih baik ada..tp kenapa sampai skrg masih iman xckp kuat?teringin nak pergi umrah@haji..nk minta kat sna supaya Allah dapat membukakan pintu hati..supaya aku dpt jd manusia yg lbh beriman..masihkah ada waktu untuk itu????

  • cik merah says:

    Assalamualaikum,

    sy kembali balik kesini, tak sangka rupanyer dah setahun sy penah menulis kat sni..dan kali ni sy kembali utk menulis lg luahan sy. sesungguhnya dlm setahun ni pelbagai perkara dah berlaku dan sy sentiasa memohon petunjuk dr Allah, masalah yg setahun lepas tetap tak selesai lg..tp Alhamdulilah sedikit demi sedikit petnjuk tu Allah tnjukkan..org lain bpkir sy terlalu sabar n tabah tempuh semue masalah yg berlaku ni..tp sy yakin satu hari nanti sy akn jumpe pengakhiran cerita cinta sy dgn die..skang ni smue ptnjuk tu masih tak jelas n sy masih perlukan petnjuk dr Allah supaya tetapkan hati saye samada tuk teruskan hbungan ni atau melepaskan die dgn cara baik..sy redha dgn pe yg jd..harap2 sy akan menerima petnjuk Allah yg sy mahukan selama ini..insyaAllah…kpd kwn2 smue harap bersabar n teruskan usaha dan sntiasa dekatkan diri dgn Allah…

  • deda says:

    assalamualaikum… terfikir-fikir untuk melakukan solat istikharah.sama dengan situasi di atas.moga diberikan petunjuk

  • hassan says:


    deda:

    assalamualaikum… terfikir-fikir untuk melakukan solat istikharah.sama dengan situasi di atas.moga diberikan petunjuk

    moga diberikan petunjuk.

  • sachieko says:

    asalamkum semue…
    seronok baca pelbagai crita masalah slepas solat istiqarah ni hingga rasa takut n skit gementar pun ada…apapun aku br mlm ni nak start wat solat ni yg 1st time aku wat solat istiqarah smoga ada jodoh aku ngan die smoga allah memberi ketenangan wat aku….amin

  • eiyra says:

    sy bntuu…sy syg dye,,tp sjak akhir2 ne,,kmy salu gdo..sy dh xtw nk wt perh,,,sknk ne dye de crush ngn owank laen,,tp dye msih mgkui yg dye sygkn sy.. tp kmy salu gdo,,sy tkt if ksih dye b’alih kt crush dye 2…dya salu ckp kt sy yg dye dh pnt ngn sume ne,,tp olh krna syg,,dye truzkn jgak…sy pown cmtu…sy ksian ble tgok dye cdih2 sal sy..sy nk sgt lpskn dye,,tp dh tlnjur syg plaak kt dye,,n sy xsggp nk psh ngn dye,,,sy nk wt solat ne,,tp tkt klw2 bkn dye yg mncul kt dlm mmpi sy…cmne neyh?? pe ptt sy wt??

  • ajeed says:

    salam…nk tnye la…prnh x trjdi,lpas kte da tlak sseorng 2,n die da kwan gan orng len,n da mlibtkn fmily,die akn kmbali smule kt kte?sdihla..hti ykin dngan die,p mse 2 lom sdia agi..ble diorng da mle kwan,brula sdar yng sy da mle syngkn die..skrang ni die da sries ngan dak 2 wlaupun msih bru..sy da dok kt tmpt yg ke 2 dlm ati die..rse mnyesal sngt2 skrng ni

  • mal says:

    aslkum smua…sy jga tlah mnghadapi dgaan yg amat bsar..sy brcinta dgn nya slama 5tahun skrg dia dah ada org lain,sy sdih sgt,dgarnya dia nk brtunang dgn bdak tu,hti sy hncur ble dia kta dia nk ptus dgn sy dsbb kn bdak tu..smpai skrg sy tringat kn dia n sy trlalu myintainya..knangan brsamanya trlalu mnis dlm hdup sy..ble thu hal sbenar dia dah lma juga crang dgn sy,3 thun dia tlah curg dgn sy,tp sy x leh trima sbb sy syg kn dia spnuh hti sy..hrini sy dah buat slat istikharah tp pg td sy mndpat sdikit ptnjuk yg dia msih cnta kn sy,tp msj n kol ttap x dblas2 jga..hti sy sgt prlu kn dia dlam hdup sy,dia dah brjnji nk hdup smati dgn sy,skrg sy kliru knape dia mnyatakn cnta pd sy smpai mti tp x de tndakan ape dri nya..kpda sy..td sy dah buat slat istikharah x thu la ape akn brlaku esoknya..ape pn sy brserah pd allah yg mnentukn jdoh sy..tp sy jga sy trlalu rndukn dia..harap2 dia trima la sy kembali..musbah kkasih htiku..

  • no name says:

    saya sudah berpacaran 3 tahun lamanya..
    dia pun sudah mau mngajak menikah..
    dan kami pun direstui..
    tiba2, pcr saya ngbatalin gtu aja..
    alasannya dia, sama ibunya solat istikharah..
    bermimpi,,ktnya kalo dia nikah sama saya..
    masa dpn kami jadi jelek..
    disisi lain, kami masi selalu komunikasi walaupun dg sangat berat hati kami harus berpisah..
    yang saya mau tanya apakah petunjuk solat itu harus di ikuti??
    krn yg saya tau.. masa dpn hanya Alloh yg tau.. sgla musibah yg ditetapkan bisa saja dicegah dg melakukan amal kebaikn,sodaqo..
    mohon dijawab!!

  • amieee says:

    assalamualaikum .. kalau dah buat tapi kita sebut nama org lain , tapi yg selalu kita mimpi tu bekas kekasih kita dulu bukan org yg kita sebut dalam solat tu mcm mana ?

  • aizura says:

    salam saya nak bertanya tentang masalah saya nie??

  • eida says:

    salam..kalau sy mahu bertanya tentang solat istikharah sy blh??sy buntu..pabila xdpt tanda2 yg mna 1 keputusannya..

  • daya1412 says:

    mintak share =)

  • serba salah says:

    Assalamualaikum…keliru + serba salah =family boleh terima???
    gadis ni telah melalui 1 sejarah hitam didalam kehidupanya…dan sekarang beliau telah menjadi kekasih ku…yg menjadi masalah atau punca utamanya sama ada adakah keluarga ku boleh terimanya seadanya? jujur aku cakap aku telah terima beliau dgn hati yg ikhlas….
    aku seperti tiada kekuatan dan keberanian utk beterus terang kepada keluarga ku..(memanglah berani kerana benar takut kerana salah) aku jdi serba salah kerana adakah mereka dapat menerima gadis ini hadir didalam keluarga ku di atas kesilapannya yang lalu…bagi pihak gadis ini mengharap kan sesuatu daripada ku…sejak dari tahun lepas lagi aku ada berniat utk menunaikan solat ini, untuk mendapat kan jawapan disebalik kisah ku ini…dan aku berharap agar Allah s.w.t berikanlah KU petunjuk dan lembut kan lah hati kedua ibu bapa ku kelak…amin….

  • Aree says:

    Salam dan selamat sejahtera buat kawan-kwan yang serius ingin mencari jodoh. Memang terbukti dan berkesanya solat Istikarah ini, namun anda perlu ingat bahawasanya termakbulnya doa-doa dari solat ini atau pun permintaan anda bukanya datang dalam sekelip mata atau pun pandangan sesetengah orang yang mengatakan yang dia pasti atau hanya mengikut gerak hati….

    Hakikatnya petunjuk datang dari pelbagai sudut dan arah dan solat ini boleh di lakukan sebilang masa tak kira siang atau malam atau pada bila-bila waktu dan sekiranyanya anda ragu-ragu sila dapatkan buku rujukan berkaitan solat sunat istikarah yang mustajab…

    Sekiranya anda masih gagal menerima sebarang petunjuk maka selepas anda lakukan solat tersebut bersabar buat seketika dan sekiranya tiada apa-apa petunjuk maka lakukan apa yang anda rasa sepatutnya dan insyallah itu petunjuk Allah, samada baik atau buruk ,,,,hanya Allah yang mengetahuinya…

  • akumelor says:

    Salam,

    Pun ingin berkongsi, suatu masa dulu saya ada berkawan dengan seorang satu tempat belajar, dia meminati saya semasa tahun pertama sehingga kami habis belajar. Walaubagaimanapn cara sy dan dia membuatkan kami tak pernah ada ikatan cinta atau dengan kata lain hanya sbg sahabat. Dan sy sdikit pon tak ada perasaan teruja atau cinta wlaupun kebrapa rtus kali dia kate suka syg kat sy. Tp pernah terdetik mgkin ni la jodoh ak. Dia mmg sgt baik.

    Satu hari, kununnya kami nk buat sembahyang istikarah sama2 wlaupun kami jauh. Tp malam pertama tu, hya dia ja yg buat =) aku tertido, aku tya dia ada apa2 nmpak? tp dia tak nak jwb dan tggu aku solat dlu. Lepas tu aku pula yg solat, mlm tu ku tdo, aku lgsg xnmpak muka lelaki pon dlm mmpi ak..dalam hati aku, apa aku akn jd andartu? => aku tya lg apa dia mimpi, pon msh xnk jwb.

    Tak lama lepas tu, aku mula berkawan dgn lelaki sama tmpt kerja. Saat tu aku ngn si dia mula berjauh, dia kol@sms, jrg skali aku agkt atau bls. Dia pasrah dgn kputusan aku utk tak menerima dia.

    Ak mmg ssh nk terima llki dlm hti ni. Tp kali ni aku terima lelaki satu tmpt kerja aku tu sbg tunang. Ak tak buat istikarah, cuma selalu solat hajat minta yg terbaik. Tp lps aku solat hjt, mesti tuhan tnjukkan apa sj kburukan tng. Byk kali pembohongan dia kantoi ngn tb2..Wlaupun sgt mrah, tp ak ttp syg. Dn dia sgt syg aku, “syg kah kalau selalu tipu?”. Yang tu aku tak faham. “Bagi dia aku x perlu tahu, tp bg aku knapa perlu tipu”.
    Persoalan aku pula, mengapa Allah nmpakkan satu per satu keburukan dia. Adakah nk tnjukkan dia bkn yg terbaik utk ak dan aku perlu tggalkn, atau skdr aku perlu tahu perangai bruk dia sblm kami mlgkah ke gerbang perkahwinan. hmm…

    Aku tkut nk buat smbhyg istikarah..Bg aku, apa yg ada ni yg terbaik utk aku, dan aku redha..

  • Dahlea Al-saadi says:

    Assalamulaikum ,saya telah buat solat istikarah..tpi ia dtg petunjuk dlm bentuk lain..dn gerak badan seperti disebut dlm sebuah buku solat..

  • gadis di lema says:

    Salam…sy br je nk mula solat istikarah ni tp sy blm ada leberanian nk bt..sy da btunang almost 6 month..tp sblm tu sy ada bf n bercinta slma 2 thun..sy syg dia sgt2..n ms tu ht xda pn tetarik ngn mn2 llki..tp ngn tunang ni mmg da lama knal n d awl perknalan msg2 menaruh prsn tp dia x btindak smpi la sy buka ht tuk org len…then..da cple ngn org len..ht pn da syg ngn bf n ms tu tunang br nk trs trg yg dia sk ngn sy..k d pndekkn ceta…fmily mmg suka ngn tunang..tp fmily x halang pn sy cple ngn bf ms tu..da bw jmpa suma fmily..then…tiba2 je family suh ptskn hub ngan bf bab tunang mnyuarakn nk btunang…sy x nak tp family ugut mcm2 siap sumpah haramkn sgla2 nya klu sy plh bf..then sy tpksa korbankn ht n hub n tima tuk btunang..sy n tunang jau..ngn ex bf dekat..until now sy lgsg x penah lupakn dia..sgt perit ht ni..tp sy cb kuatkn ht n sy berubah sdikit demi sdikit utk dekatkn diri dgn-Nya…smpi skg ex bf msh hubung tp sy x nak lyn n siap block no hp dia..tp sbab kmi bkeja dlm 1 jabatan memaksa diri utk btindak scra profesional..mslhnya…sy stiasa fkr adaka sy sedia utk berkawen dgn tunang d mn ht sy xda pn utk dia..tp dia sgt baik ngn sy..cuma ht sy msh sygkn ex bf..sy cb lupakn dia tp stiap hr dia msti mncul dlm mmpi sy..sy xtau nk bt apa…

  • momo says:

    Assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi ilmu tentang tafsir mimpi. Sehari sebelum berita penting disampaikan kepada saya, saya bermimpi saya telah bertunang dengan kekasih hati. Dia menyarungkan cincin pada jari manis kiri saya. Seperti mimpi itu lah realiti saya..

    Saya pernah berkawan selama 4 tahun, coming to 5 years dengan seorang rakan sekolah. Dengan takdir Allah, kami dipertemukan semula selepas 6 tahun habis tingkatan 3.

    Dia merupakan lelaki yang penyantun, beragama dan mengambil berat terhadap saya dan tingkah laku saya. Kami sentiasa berjauhan. Namun dengan izin Allah, kami tidak mempunyai masalah komunikasi walaupun dia belajar di luar negara waktu itu. Sesudah sampai di Malaysia, dia sememangnya sibuk membantu perniagaan keluarga dan bekerja di negeri lain pula. Berkat didikan dan tegurannya, Alhamdulillah akhlak dan tingkah laku saya berubah kepada yang lebih baik daripada dulu.

    Kami memang pernah berniat untuk berkahwin tetapi memandangkan saya merupakan perempuan bongsu dalam keluarga, sedang belajar dan kakak-kakak yang lain masih belum berkahwin, ayah saya tidak memberi kebenaran untuk saya bertunang, apatah lagi berkahwin. Walaupun telah berkali-kali kami mencuba to have a conversation dengan ayah saya tentang kami, ayah saya sentiasa tergesa-gesa dan cuba mengelak.

    Pada suatu hari dia tiba-tiba seperti ingin mengelakkan diri sedangkan sebelum ini hubungan kami biasa-biasa saja. Dalam tempoh sebulan kami tidak serius berbicara, saya seperti dapat mengesan sesuatu bakal berlaku, bahkan saya dilanda banyak musibah pada tempoh itu. Saya cuba berfikiran positif. Tidak apa, Allah ada. Oleh kerana saya memilih untuk menghormati keputusannya tidak menghubungi saya, saya sibukkan diri dengan mempelajari zikir, belajar agama melalui membaca, ke masjid, solat sunat, mengaji, berpuasa, berbicara dengan rakan yang berilmu.. Saya percaya dia akan meluahkannya pada saya bila tiba masanya nanti. Terus terang disebalik musibah perasaan, saya mempelajari banyak benda. Terutama sekali kepentingan mencari pasangan soleh untuk membina keluarga yang mempunyai nur Islam.

    Sememangnya inilah yang saya impikan, kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang westernized. Sepanjang dengan dia dan keluarganya, saya melihat dan cuba mencontohi kehidupan mereka kerana kuatnya silaturrahim, pemurah dan sikap saling menghormati antara satu dengan lain. Pada saya, lelaki inilah yang saya cari untuk membina rumah tangga. Malah keluarganya cukup mempersilakan saya ke dalam keluarga mereka.

    Mujur saya berteman dengan rakan yang solehah. Dia mengingatkan saya tentang pentingnya redha dan kebergantungan kepada Allah. Maka dia menyarankan saya untuk melakukannya dan bersedia secara mental sekiranya apa yang dihajati tidak dimakbulkan. Dalam masa yang sama juga saya berusaha untuk memusahabahkan diri dan memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah. Saya sentiasa menginginkan suami yang soleh tetapi saya tidaklah solehah seperti yang saya inginkan. Banyak yang perlu dikorbankan. Banyak juga yang perlu diperbetulkan. Saya cuba reflect semula apa yang semua dipesan oleh si dia. Ternyata semua yang diucapkannya tentang agama semuanya benar, cuma kejahilan saya yang sentiasa menidakkannya.

    Kerana gesaan saya (ini bukanlah sikap yang baik!), akhirnya dia menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan percintaan dengan saya. Rupanya dia sudah lama menangguhkan berita ini kerana simpati dengan saya yang masih terkapai-kapai dalam mempelajari cara hidup sebagai seorang muslimah. Selepas berjumpa ayah saya, rupa-rupanya dia sudah berat hati untuk memperisterikan saya. Permintaannya untuk merisik saya seringkali ditolak, saya fikir, dalam cara yang ringkas dan kurang mesra.

    Demi Allah, saya menganggap dia lah yang terbaik buat diri ini. Namun, Allah lah yang memegang dan menetapkan hati-hati hambanya. Saya cuba untuk redha. Saya sedih namun saya bersyukur si dia berterus terang. Sejujurnya, saya berusaha untuk terus hidup tanpa memikirkan si dia. Tidak susah, tetapi bukan juga mudah. Insya Allah segala yang berlaku ada hikmahnya. Jangan pernah berhenti berdoa.Jangan kufur dan tergesa-gesa sekiranya Allah menangguhkan keputusanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Tuhan sekalian alam.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.