.. mencari si dia yang soleh ..
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?
Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.
Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?
Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]
Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.
Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.
Wallahu’alam
.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628
Rujukkan
~~~~~~
Uts Shamsuri Hj Ahmad, audio mukhadimmah Kuliah Kitab Bahrul Mazi 7, http://www.savefile.com/files/1135075
.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on October 22, 2007 at 6:06 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
gedong lalang..den sihat walafiat..ssah2 aje tanye..rasanye xde lagi kot mak mertua qaseh dlm dunia ni..citer skang pun melampau sungguh..etc; JELATANG..klo den jumpa anak pempuan mcm suria tu mmg dh lame makan penampau ajaib..
about 2 years ago
Saya tak nak dgn omarm, saya nak dgn en van ckulop..Boleh kan en van? hihi ; )
about 2 years ago
jeng..jeng..jeng…kena petik lagi den ni ha..slow and steady win the race bro..anyway mekasih bebanyak bro..cik jiha klo nak blajau ckp org perak elok la tu..ramai ni haa…
about 2 years ago
..aiek..! Tumpo kalo jadi mcm ini.., sana endak sinipun mau juge.. sudah rekah badan terbelah dua..!
Macam ini laa Jiha… biar abang abiskan setuan setuan.., nanti tanah di sana takder nama dlm geran dan tanah di sini plak ilang batu sempadan…! takder makner nye..!
kalo dah gini jadinye.., tak tecukopkan akor kayu..!
about 2 years ago
haha..slow n steady bro..
about 2 years ago
Ewahhh! Ewahhh! Jiha sanggup membantah kata2 Van Ckulop nak di talakan dengan Teman????… nasib baik baru teman tebaca… kalu tindak teman pun nguling2 atas tanah… Untuk Van Ckulop miker udah ramai bebenor… tak ke takut TUMPOR…. nanti teman pulak Nglupor???
about 2 years ago
tak pahamla teman, ckp tersirat ni..kena byk belajor lagi bahasa oghang perak ni..hehe
about 2 years ago
selagi belum berumah tangga,
elok ikot ckp mak n ayah..
br tersedar..
ms bercinta serba serbi mengadu kt bf.
smpai nk g mana pn report..
tp sbnrnya sape yg lbh berhak tau kemana n ap yg kite buat..
tgn sape lg layak kite pgang?
ibu bapa yg mbesarkn kite y ptt kite utamakn..
about 2 years ago
Salam
Tertarik pada topik nie & luahan rasa yg ade kat ruangan nie.
Antara kasih orang tua dan cinta pada pada seorang kekasih. Mn satu pilihan hati, yg mn harus berkorban dan terkorban dan dikorbankan.Ramai ngatakan keluarga adalah segalanya. Bnarkah @ atau hanya cuba bicara semata. Fikirkanlah.
Usah berpaling dr hakikat andai terusik rasa berguris hati.
about 2 years ago
Cempaka-unggu,
kalau keinginan dan hasrat hati yg nak dipenuhi dan aqal di ketepikan,maka bermaharajalah nafsu..! lepas itu lesulah seluruh tubuh..
Bila terbit masalah emakayah jugalah tempat mengadu… dulu dah nak kawin tak tak nyempat-nyempat dan tdk mau dengar cakap siapa pun..
sudahnya emakayah dan keluarga juga yg tekorban..
about 2 years ago
Omarm,
Jiha setuju tuu…., tapi ko lewat reply. teman nak jadikan juga.., itupun kalo miker setuju.
teman plak tawarkan diri jadik org tengah.., hanya nak dengor kata “yes” dari mulut miker jerr..
about 2 years ago
Teman nak kate setuju.. teman malu.. tapi miker faham2 ajer ler.. kecik tapak tangan besor lagi tapak Gajah… kalu jadi kiter belarak naik Gajah pulak…. bior “Gah” sekampong ngantin naik Gajah???
about 2 years ago
Salam,
Benarkah dlm semua perkara keluarga akan terkorban??? Benarkah dgn restu keluarga kita akan bahagia??? tidak ada pihak lain ker yg akan terkorban??? hidup ini ibarat roda, bkn hnya keluarga akan terkorban, bagaimn dgn pihak lain, tidak terkorbankah mereka??? Bahagiakah? andai nafsu melampui akal yg waras….. itu bkn berkorban dan dikorban, tp sengaja menempah neraka dihari muka…. bertaubatlahhh….
about 2 years ago
Omarm jgn lupe jemput teman, x ponah seumor idup nengok pengantin naik Gajah…
Jiha kalau nak belajo cakap Perak boleh le teman tolong ngajo… tapi apa pun mesti pandei masak gulei tempoyak kata Omarm dulu tu bonus!
Van Ckulop jadi pengapit trus…
about 2 years ago
Pengantin naik gajah??Muahahaha..kang jatuh pengantin jadi mayat!isk isk isk..kena buh tilam kat bawah badan gajah,klu jatuh tak luka lerr..tertiarap terus!
about 2 years ago
Cik purple awat hang dok gelak.. hampa ingat kami tak besa naik gajah? kat umah kami, kami ada bela 2/3 ekok buat angkut kayu api… buat nikah ampa la ngan En.Van Cku…p
Buat serimadz …Teman akan bawak miker naik gajah sekali.. bior tumpah gulei tempoyak atas belakang gajah?????
about 2 years ago
dulu teman pernah study kat perak 4 thn..la ni boleh ckp org utara sket2.tapi kekadang tu..teman pun terkulat2 nak paham bahsa oghang perak ni..(miker,depa,kome,deme??? ish, x paham teman).teman suka gak mkn gulai tempoyak, tapi x pandai masak gulai tempoyak..setakat kuah ikan singgang,ikn bakar cecah budu & air asam pandai la teman..ate, omarm ndak ke kat teman ni..hihi
about 2 years ago
Buat Cik Jiha.
Kalo Omarm syg kat Jiha, dia terima, syg punya psai. Nanti msk tempoyak blh belajaq ngan mak mentua, br kena selera. Original resepi turun-temurun. Tak gitu Omarm…..
Jgn marah aaaa….. hihihi
about 2 years ago
en.omarn..agak2 berkenan jgn buang masa..dh banyak masa terbuang berkomen2 ni..sekarang masa untuk bertindak plak..
about 2 years ago
haaa….kepada member2 yg dh berkenan kt kwn2 kita kt dlm ni nieeeee……cpt2la…takut kene ambik kt org lain…
btul tak?????????jgn buang masa..bak kata AKU NI…sekrg masa untuk bertindak..
jgn malu2 kalau mahu…HEHEHE
about 2 years ago
Haa nak menyampuk jgak..Patutlaa Omarm bela gajah rupanyer standby utk perkahwinan ngan Jiha ye..tp dok kata kita lak!hehehe
setuju Cempaka_Ungu
about 2 years ago
Eh..eh aku ni… Kok yer pun… biarlah ku temui dlm mimpi dulu… manalah tahu angan2 jadik kenyataan..
Pada cempaka ungu plak jangan dok kenen kami ngan Jiha.. biarlah di selidiki dulu macamana selera Jiha… Kami kurus.. CEDING???
about 2 years ago
Omarm bertindak segera… Jiha dah bagi “green light” tu…
Jiha ttg masak gulei tempoyak tu nnt Omarm ajor le. Tak kan hari-hari gulei tempoyak Omarm!
Tima kasih le ngajak teman naik gajoh same tapi teman ni gayat weh… bior le PENGANTIN je! Omarm tak kan nak makan nasi minyak ngan gulei tempoyak kut? Teman takut jemputan miker penin’ nnt.
about 2 years ago
Ahakss!
about 2 years ago
kekwan doa2 kan lah miker..den pun asyik makan nasi minyak je bulan ni..dpt makan tempoyak ok gak ni..sok pun ada jemputan kat ipoh..xtau ada tempoyak ke tak????? kena plak ngan ulam..peh!!
about 2 years ago
Salam.
Omarm nyer, x yakin ker ngan pilihan hati ker?? Meh kite tlg tanyakan pd Cik Jiha yerrr.
Cik Jihaaa…….
Tumpang tanya, hatinyer ade ke x utk si Omarm. Klau ade bg la hint kat dia, jgn biarkan dia tertanya2. x baik tau…. Klau ade skit pun x pe. Nanti blh dipupuk kannn kan
about 2 years ago
Tak punnnnn. Omarm & Jiha……….
Bercinta lah selepas bernikah, x salah kannnnn.
Ape kata Purple?
about 2 years ago
..aghi tuu… teman ada lihat omarm bawak 6 ekor gajah dimandikannya ke sungei… laa nie kenapa plak tingga 3 ekor.. mana pi yg lain tuu…?
Oooooohh wooou…lupa teman..!! Dah miker korbankan utk buat antaran pasu bunga tapak kaki gajah utk teman ..yek..? Maknernye 12 bjik pasu bunga laa…. ekh..ekh..ehh.. bekorban sungguh sahabat ku ini… tak daya nak membalas budibaikmu itu…!
Kenduri miker dgn Jiha nanti alamat letih plak la teman nak membalasnye… jgn mintak pasu bunga tapak kaki dinasour dah laa.. ghutu-gheter dan gheban teben teman mencarinye…
Apakata Purple.., kita bagi dia orang pinjam pasu bunga tapak kaki gajah yang ini juge.. udah lerr tuu… kalo tak, alamat letih dan tumpo laa abang..! Langsung takder masa kita nak bersama dan sampai ke ujung dunia tak jumpa dgn dinasour…
about 2 years ago
Waa…ini dah sesi match making ni….alhamdulillah…kalo dh jodoh x ke mana…gajah ke..kerobau ke…rimo skalipun x leh menghalang niat murni tu…
Apepun, kita jgn menurutkan nafsu sgt dlm memilih pasangan…kalo keluarga x suka,mungkin ade sebabnya..kita jgn putus asa..buat solat istikharah…discuss betul2 dgn 2 belah pihak…jika semua gagal…minta petunjuk dr Allah…tawakal kepadaNya…
about 2 years ago
alamak..ramainye yg tolong usharkan..apa2 hal pun kena tanya pihak lelaki dulu la ye..nnti org kata hidung x mancung pipi tersorong2 lak…hehe. omarm, teman takutla naik gajah, gayat nnti..kalu naik kuda boleh la..hehe
about 2 years ago
Sokong Cempaka_Ungu..
eloklah tue nikah dulu baru bercinta..kata org berseri2 lak tue!org kata sempoi..FuhHyOOoo!!ehehehe..Tak nmpk pun Jiha..dia sembunyilaa tue!
hihihi jgn mara haa..nanti cepat tua kang kena lelong..!
about 2 years ago
Ok ada satu soklan, but mende dah lama dah lah… Solat Istikharah mengatakan positif kepada lelaki tersebut, tapi bonda tak merestuinya… Patutnya mana lebih afdal?
As for what happened….Kak As redha dengan pilih mak kerana dialah segalanya.. tanpa Ibu, siapalah daku. My mom is a simple person tapi she sees something beyond what I can see. Seorang ibu yang melahirkan 11 orang anak. Dia memilih untuk melahirkan As, jadi.. tiada apa2 pun yang lebih penting melainkan apa yang dipilih olehnya.
I love you very much Fatimah Osman and Allayarham ayahanda tersayang.. 11 Zulhijjah semakin hampir. Memori kepulanganmu kerahmatullah kembali ku imbau.. sukarnya melepaskan pergi di usia 10 tahun. Sebelum ku tidur di malam itu, aku ini sedang nyenyak didalam pelukan mu ayah, tetapi apabila aku dikejutkan bangun, engkau telah pergi meninggalkan ku selamanya..
kepada ayah tiri yang ku kenal, tidaklah dia dapat mengganti ayah ku tersayang tetapi ayah tiri ku telah menjadi seorang yang baik yang ku kenal selama hayat ku ini.
Ringkasnya, any man who wants me as his better half, kindly have some kind heart of my lovely mother too as she is the only parent I have now.
Seperti kata azrul, kita bukan hanya mengahwini ‘dia’ malahan keluarganya.. it comes in a package.
-Alfatihah-
about 2 years ago
Aspalela,
..kenapa emak u tak boleh terima lelaki yang telah ditunjuki(setlh melakukan solat sunnat isthikharah) itu sebagai menantunya..? Pujuk dan yakinkanlah ibu anda ituu…
Anda tlh ditunjuki yg terbaik utk diri kau dan agama kau..! So, dlm kes ini pilihan emak tdk muncul atau tiada terbit kecenderungan di hati muu…, apa yg harus anda lakukan..?
UNLESS ur mom telah memilih Omarm ataupun teman sbg menantunya…. wa tarak kisahhh..!! very derr n bery bery flexible…!
about 2 years ago
Kak As..
-Al-Fatihah-
about 2 years ago
Minta tumpang Lalu sat Cik Aspalela.. kami nak jwp soklan Van Ckulop Dulu…
Ate nyer.. Van Ckulop jadi ke miker dgn Purple tu.. teman udah nyiapkan pasu bunga tapak kaki gajah tu… cuma ndak ngecat kaler Purple ajer yg. belum… ate udah memang betoi2 miker sahabat teman sejati.. bior le teman bersusah payah demi miker….
Idak pulak teman minta bebalas2 tapak kaki Dinasour… Bior miker udah selesai bersatu nyer baru lah teman mencari pulak?? Kata orang … bior habis… setuan-setuan dulu baru lah mudah urusan nyer????
Kalo tak silap teman kenduri si AZURA nie 22 Des… idak ke miker kena jemput..gumah tokey Udang Galah, kpg Gajah.. Teman pon kalo di jemput endak juger pegi… nak nengok sedara mara udah lame idak bejumpa… Pulou tiga, pasir biak, pasir salak, telok sareh, pulou… entah mcm namer udah lupa… entah idup entah… yg teman tekenang sangat teman nak nengok tempat jamban jww Birtch???
about 2 years ago
InsyaALLAH teman akan hadir…, beranyut dari Tg belanja kemudian naik ke darat ikut jamban Birch mandi. Kita pakat-pakat bekumpul dari situ lerr…, kmdn belarak ke rumah tokey udang galah, harap semua dapat hadir. Sebab, malam itu ada marhaban dan main rebana..!Datang ler wehh.., teman ngajak ni wakilkan bagi pihak Zura..!
Tak lupa pada aspalela, Jiha, serimardz, purple, cempakaungu, mas, aku ini, wardah, voice, u.aida dan semua belake laa… letih kalo nak sebut semua sampai subuh esok tak sudah..!
Bab dgn Purple nie.. dia masih tak abis lagi semayangnya.. harap-harap jadi ler.. di sana nanti mungkin dia akn bagi kataputus.., kalo dia kata ‘yes’ maka teman akan membatekn ayor semayang kat situ lerr.. sakan…!
about 2 years ago
Iyelor tue Omarm..bila tarikhnyer ngan pasangan baru Omarm tue??dah siap ke blum lagi?
jgn mara haa..
about 2 years ago
Kehadapan Saudara Van, terima kasih.
Arakian sudah berlalu kisahnya sekian lama dan sidia telah pun selamat dan bahagia. Tidak sekali ingin ku ragut akan kebahagiaan orang kerana ku percaya jika itu yang ku lakukan pada orang, orang lain akan lakukannya pada ku.
We move on. Next..
about 2 years ago
Tima kasih banyak2 en van kerana menjemput kami pi kenduri umah Azura..Tapi teman minta maap byk2 sebab teman dah di’chop’ utk pergi umah jiran lama, kenduri utk anak dia yg lebih kurang sebaya umur teman.Esoknye pula kena p kenduri kawin kawan satu ofis..bila la pulak teman nak kawin ni, huhu.harap2 dptla aura kawin untuk teman nnti..hehe.Insyallah, doa2kan utk teman ek.Jgn lupa kirim salam kat Azura tu dan jgn lupa bunga telurnye..hehe.
about 2 years ago
.. engko banyak songeh laa Jiha…, abg nak talakan dgn Omarm tak mau…! menjerit-jerit dan nguling-nguling..! Teresak-esak tak mau kat Omarm sdgkan lihat Omarm pun belom lagi…!
..nanti menyesal tak sudah..! Lain kali bawak btenang dan belapang dada sebelum sebarang keputusan diambek… ini idakkk.., nyong-nyong pegi laghi merentas desa… skrg bila ramei kengkawan yg nak kawen.., dah rasa tekulat-kulat..!
Ingat pesan abang…, jgn nyusahkan ati emak ayah…!
about 2 years ago
ngadala van ckulop ni..
bukannye tak nak..dah omarm dah setuju dgn aspalela..nak buat camne lagi..teman biorkan la..teman lebih suka tgk diaorg bahagia ni.so, kita ni camne, jadi ke kita ni…
about 2 years ago
hehe..kan dh kena byk songeh ngan van ckulop..aduhhh…keras perut den..cik aspalela,pe kata suh mak nye yang wat istikharah untuk anaknya len kali..ha,cik jiha..ingat pesan van ckulop tu..jgn mcm-mcm ar..hehe..kita gurau2 ek kekawan,jgn amik ati la..
about 2 years ago
Van ngape kata Jiha tak ndak ke Omarm? Kan dia kabo “apa2 hal pun kena tanya pihak lelaki dulu la ye..nnti org kata hidung x mancung pipi tersorong2 lak…hehe” siap hint lagi gayat naik gajah…
Van bawak besabo… jgn kluo statemen cepat sangat, Jiha ni pemalu orangnye.
Cuba miker tanye ke Omarm pulak…
about 2 years ago
xpe la serimardz..x nak tanya sape2 dah..
(majuk dah)
about 2 years ago
Ehh!! Cepat sangat Majuk nyer… Nanti Tak merasa naik Gajah… Terpaksa naik Kuda kepang Pulak??… Ate En Van Ckulop Cepat benor miker tala teman kesana -kemari… Udah Majuk Dame..
Udahlah tanah tak Begeran, Puas teman mencari batu Sempadan??
Macam.. nie… Bior Teman Tojun Sungai… Bior Padan Muker Teman……..
about 2 years ago
serimardz..tengok lara nye.., agak liat ckit Jiha nie dgn Omarm…! Naik gajah dia kata gayat.. Omarm pun tak kuarkan apa-apa statment .. samalah gelagat purple dgn teman .. soh senyap dan sunyi..!
Jiha..,
kita kire jadi lerr kalo seroja tak kaco daun..!
about 2 years ago
Jiha… jangan le cepat merajok…
Van apa lagi miker kabokan ke Omarm supaya cepat skit dipujuk Jiha ni…rescue 911!
about 2 years ago
Teman nie tak senyap..ada kat sini pun..cuma tngk gelagat korang jea..eheh!
about 2 years ago
Jiha.. Jangan buat begitu… tak baik majuk Lama2… Kalo Jiha Gayat naik Gajah Abang Offer Naik Rimau Pulak… Idak tinggi sangat..
Ehh.. Van Ckulop… maner Pulak Datang nyer Seroja????
about 2 years ago
Yeop Van, mole tu je Jiha nampak liat, udah kene gaye nye nanti elok le tu… ate bile dah ada ‘abang’ di sebelah idak le dia gayat naik gajah! Lagi satu miker jgn le kaitkan ‘name org lain’ lg, nanti makin panjang merajok Jiha tu…
Omarm kut ye pun sonok jumpe jamban si Birch tu jgn le nak tojun sungei nanti jenuh Jiha nak “rescue”…
Aku ni nampaknya simpan dulu le hajat miker nak makan nasi minyak + gulei tempoyak + ulam tu, kedua-dua ‘bakal’ asyik ngelak aje.