.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kesan Bergaduh dan Bertekak Kepada Diri Sendiri

July 23rd, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 581 times!

Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata, “sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf hassan. Menurut Sheikh Muhammad Nasirudin Albani, seorang pakar hadith abad ke-20, hadith ini bertaraf sahih

arguePerdebatan biasanya akan mencerminkan ‘true color’ seseorang. Di kaca mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana “hodoh”nya atau hebatnya akhlak mereka yang berbalah. Ada mereka yang berbalah mengikut hawa nafsu. Ada yang bersabar.

Saya mengasihani mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk perbalahan sia-sia. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” [2]

Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji antara kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan kepada “status” keimanan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kisah tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.

Ada baiknya kita meninggalkan perbalahan sia-sia dalam semua hal. Perbalahan yang sia-sia adalah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama, baik agama diri sendiri atau orang lain. Abu Hurairah ada menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “adalah termasuk kebaikkan pada agama seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah.” [3]

Wallahu’alam

.

.

.

[1] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 1916 (Tirmizi :hassan; Albani : sahih)
[2] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 1900. (Tirmizi :hassan gharib ; Albani : sahih)
[3] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 2239. Menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf gharib. Menurut Sheikh Albani, ia bertaraf sahih. Hadith ini juga diriwayatkan di dalam Muwatta Imam Malik dari Ali Bin Abi Talib (#1402).

..

..
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

13 Responses

  • AbgAL says:

    Amat bersetuju…..

    Buat pa mau gaduh-gaduh…. Kasi luluk liam-liam (duduk diam-diam) lg baguih, pegang itu tasbih meh, liam-liam kasi baca Tuhan punya ayat meh, siang dan malam. Buat baik sama olang (orang), Tuhan kasi berkat meh…..

  • Fallen Angel says:

    “Laa Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzz Dzalimin”

  • zool says:

    Betul tu.. pergaduhan dan perbalahan tidak memberi sebarang makna yang baik..
    Ianya akan mengkucar kacirkan keadaan dan akan menimbulkan emosi yang tidak baik..
    Seboleh-bolehnya mengalah jika dirasakan perkara itu tidak membawa manfaat..

  • Fallen Angel says:

    Never Ending Fighting….. iskk iskk iskkkk…..

  • samarluki says:

    alahai WM…………..kenkadang tu saja nak usik saja. Cuma dorang tu cepat melenting. Apabial diusik buah tembikai, buah nenas, buah limau tak pasal-pasal buah apple yang masuk campur. Sibuk sungguh buah luar negara ni.

  • Fallen Angel says:

    Siapa yg cepat melenting? manader melenting la… cuba tgk betul2 siapa yg melenting tu……….. apple tetap buah kegemaran ku! :)

  • kusairi says:

    artikel kat sini semua baik. kalau boleh banyak RnD dan hati-hati sikit apabila refer Al-Albani, kerana ada yang tidak mengiktiraf beliau sebagai muhadith.
    http://www.livingislam.org/alb_e.html

    Wallahu’alam

  • Hadura says:

    Memetik semula catatan artikel ini:
    Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji antara kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan kepada “status” keimanan seseorang.

    Ingin saya mengigatkan pada diri saya sendiri dan kepada semua pengguna myjodoh ini agar berhati-hati dengan perkataan yang kita keluarkan.

    Saya pernah memberi kenyataan tentang suami saya yang masih mengaku duda dan masih berkenalan dengan pengguna-pengguna wanita di MyJodoh. Tujuan saya hanyalah untuk memberitahu sesiapa yang berkenaan tentang status suami saya yang sebenar dan meluahkan kekecewaan saya. Tidak sedikit pun ada niat di hati saya untuk memalukannya atau memburuk-burukkannya. Disamping itu saya berharap agar dia sedar kesilapannya. Alhamdulillah, suami saya mengakui kesilapannya dan telah memperbetulkan semula keadaan.

    Tetapi saya kesal tindakan saya itu telah menyebabkan suami saya dikutuk dan dihina oleh mereka yang mungkin merasa tertipu. Saya amat berharap agar mereka yang telah terlepas cakap itu bertaubat dan memohon maaf pada yang dikutuk dan dihinanya itu… Kerana setiap manusia tidak akan pernah sunyi dari membuat kesilapan. Dan kita sebagai manusia biasa haruslah memberi kemaafan dan peluang kedua pada mereka yang membuat kesilapan. Janganlah kita terlalu mudah mengutuk dan menghina orang yang tidak benar-benar kita kenali dan tidak kita ketahui sejauh mana kesilapannya. Walau apa pun salah yang dilakukannya, tugas kita adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepadanya yang mungkin sedikit lalai. Kita sendiri mungkin pernah terlalai dan membuat silap. Cubalah bayangkan andainya diri kita dikutuk dan dihina dengan sewenag-wenangnya… Pasti kita akan merasa rendah diri atau lebih tepat lagi rasa hilang semangat. Sanggupkah kita membiarkan status keimanan kita terjejas kerana mencela dan mengutuk orang lain?

  • azrul.alwi says:

    salam kusairi,

    terima kasih. tentang kajian al-albani tu, biasanya saya akan sertakan sekali pendapatan ulama hadith lain dan juga pandangan beliau. Kita kena ambil kira juga orang lain yang mengiktiraf kepakaran beliau. Kita ini kitab sunnan sittah pun tak habih mengaji lain, tak adil nak cenderung ke mana-mana pendapat.

  • Pharhunna says:

    Sy bsyukur sgt sbb jmpe laman web ni.
    sy yg baru2 ni mhadapi mslh..xtau ape yg plu sy lakukn, xtau ape yg sy nak lakukn betul atau salah..
    skrg sy da dpt jwpnnya..
    Hati sy jadi lebih lembut n mulai redha atas apa yg terjadi.
    Thanx..

  • FAZI says:

    Assalamualaikum semua,
    Terima kasih atas paparan ini. Ada ilmu yang diperolehi dari paparan ini.

  • sharine says:

    salam,
    paparan yang amat berguna utk xBF sy yang suka bergaduh dan menegakkan benang yang basah, suka bergaduh dan xpernah mengaku salah

  • geeman says:

    alhamdulillah secara tak sengaja jumpa topik ini..semenjak dua menjak banyak perkara yang boleh menguji tahap kesabaran sayasebagai seorang yang berglar ister,ibu dan menantu..terima kasih ..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.