.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Bercinta Kerana Allah

July 8th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Wallahu’alam.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #16
[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Adab Berkasih Sayang, Bab Erti Persaudaraan Pada Jalan Allah dan Perbezaan Daripada Persaudaraan Pada Jalan Dunia.

Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

27 Responses

  • Muhammad says:

    Salam. Bagus sungguh quote dari Imam Ghazali yg tuan webmaster bawakan. Saya fikir semua maklum Nabi SAW sarankan lelaki2 Muslim supaya memilih bakal isteri yg benar2 bertaqwa dan faham agama. Nabi SAW lanjutkan lagi, dari pilihan itu, lelaki2 tersebut “akan cuci tangan”, yakni akan selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Pada saya, pemilihan yg teliti ini adalah umpama membeli saham akhirat, juga termasuklah pra-pendidikan anak2 yg bakal lahir. Dgn memilih ibu yg bertaqwa, akan dpt melahirkan zuriat yg hebat dan takutkan Allah lantaran dari benih dan didikan ibu dan bapa yg baik2. Lebih dari itu, wanita2 taqwa itu mmg berkemampuan utk mendorong suami mereka untuk bertaqwa dan takutkan Allah. Lelaki2 Muslim pula semestinya bukan sekadar memilih calon yg bertaqwa, bahkan mereka sendiri terlebih dahulu mesti mendidik diri sendiri untuk bertaqwa sehingga mati. Saya fikir kalau masing2 ada kualiti tersebut, mungkin kurang berlaku masalah rumahtangga, social, financial dan national. Mudah mudahan kita tergolong dlm orang2 yg baik, berusaha menambah ilmu dan bertaqwa.

  • ummi fatimah abdullah says:

    assalamualaikom….

  • Fallen Angel says:

    Salam En. Muhammad (Nama Nabi Junjungan kita),
    Suka saya mendengar kata-kata mu itu… 🙂
    Moga memberi semangat utk saya mencari bakal/calon suami pelindung wanita yg saya idam-idamkan… insya’Allah… aminnnn…. 😉

  • amor says:

    selamat berkenalan

  • joji says:

    Ya, masing-masing lelaki dan wanita mesti berfikir, bertindak dan bertingkah laku sebagai seorang yang bertaqwa. Barulah aman makmur bumi ini. Ayat mudah, pilih untuk jadi insan bertaqwa, tapi penghayatan dan praktikalnya, kena belajar dan usaha, mujahadah betul2. Bukan senang nak jadi macam para sahabat atau sahabiah di zaman ini. Jika semua berazam dan beriltizam dengan taqwa, insya Allah semua jadi baik.

  • sha says:

    Assalammualaikum wbt,

    Yupe betul, tp alangkah susahnya utk mendapatkan sesuatu yg boleh membimbing kita ke jalan yg benar. Allah menciptakan sesuatu, yg baik akan dpt yg baik. Mampukah kita utk menjd yg terbaik.

  • Siti khadijah says:

    Assalamualaikum WBT….
    Ahlan wasahlan….
    ALLAH telah berfirman dalam dalilnya bahwa seorang lelaki yang soleh akan dipertemukan oleh ALLAH TA’ALA dengan seorang wanita yang soleh..Jadi banyakkan berdoa kepadaNYA agar dipertemukan dengan pasangan yang menjadi penyejuk mata didunia..NABI SAW pernah bersabda bahwa DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN…

  • Fallen Angel says:

    Sentiasa berdoa… tak kire di mana shj berada… 🙂

  • zool says:

    Selalu kita bercinta kerana manusia hingga lupa padaNya..
    Kita lebih menyanyangi pasangan kita melebihi hadnya..
    Ada yang sanggup tinggalkan solat semata2 untuk bersama pasangannya…
    Harap-harap kita tidak seperti itu..
    AMIN

  • Noorlynda says:

    Setiap manusia dikurniakan dengan perasaan cinta…Cinta kepada ibubapa,cinta kepada guru,cinta kepada sahabat handal…Namun,Cinta kepada Allah adalah Cinta yang kekal abadi selama-lamanya….

  • SITI NUR KHAIROLINA MASMOS says:

    Bercinta kerana Allah dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan maksiat.. Berdoalah selalu kepada Allah agar kita dikurniakan jodoh yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya..

  • aini says:

    saya nak tanya bagaimana sekiranya kita mencintai lelaki itu tetapi kita tidak bahawa lelaki itu juga mencintai kita??

  • awien_ says:

    saya nak tanya bagaimana sekiranya kita mencintai lelaki itu tetapi kita tidak yakin bahawa lelaki itu juga mencintai kita?? Apakah cinta ini bermakna sekiranya kita terus mengharapkannya di samping kita??

  • eira says:

    apakah cinta dapat berikan kita kepuasan sedangkan cinta itu mendambakan pengorbanan yang besar kepada kita.dan apa pula pengorbanan cinta kepada kita.

  • Fallen Angel says:

    Eira… manusia byk berkorban demi cinta sesama manusia…. tapi apakah manusia sedia berkorban demi cinta kepada Allah? cinta yg abadi selama-lamanya…..
    Cinta sesama manusia hanya sementara… cinta kpd Allah akan kekal selama-lamanya….. oleh itu, klu nak bercinta sesama manusia biarlah bercinta tu atas niat kerana Allah….

    Di petik dr sebuh majalah utk dikongsi :

    Rasullullah bersabda yg bermaksud, “Sesungguhnya menghairankan kerja org mukmin (kerana) semua urusannya adalah kebaikan (baginya), dan hal itu tidak berlaku kecuali pada org mukmin sahaja. Sekiranya dia beroleh kesenangan, maka dia bersyukur. Dan sekiranya dia ditimpa kepayahan, dia BERSABAR (redha), maka itu juga suatu kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)

    Lihat seorang petani yg saban hari membanting tulang di sawah, yg hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dia masih tersenyum, masih boleh ketawa riang walaupun ketia tubuhnya disimbahi peluh. Jawapannya kerana dia pandai bersyukur dgn rezekinya walaupun sedikit tapi dia reda dgn apa yg Allah tetapkan padanya……

    Si kaya jutawan sekali pun belum tentu boleh tersenyum puas dgn apa yg dimilikinya jika dia tidak pandai bersyukur dan reda rehadapapa juga yg dilaluinya, samada yg baik atau sebaliknya.

    Namun percayalah, dalam perjuangan hidup ini, kita masih boleh tersenyum puas dan bahagia di sebalik kekurangan yg kita miliki. Caranya, dgn bersyukur apabila senang dan reda apabila susah…

    Bisikkan ke hati : “Alhamdullillah, di sebalik kekurangan ini, aku masih boleh menjalani kehidupan ceria, penuh pengharapan dan berjiwa lapang luas. Semuanya kerana aku bersyukur dgn apa yg aku peroleh dan aku reda dgn apa yg gagal aku dapati….”

    Insya’Allah… 🙂

  • NANA says:

    good story…..

  • RabiatulAdawiah says:

    doa sentiasa “Ya Allah permudahkanlah jodohku.”

  • mughis al papua says:

    Cinta adalah kaki-kaki yang melangkah membangun samudera kebaikan. Cinta adalah tangan-tangan yang merajut hamparan permadani kasih sayang. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

    Tapi ada satu yang bisa kita sepakati bersama tentang cinta. Bahwa cinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajarkan pada kita betapa, besar kekuatan yang dihasilkannya. Cinta membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah, paling tidak bisa kita nikmati dengan cinta. Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan.

    Tentang Cinta itu sendiri, Rasulullah dalam sabdanya menegaskan bahwa tidak beriman seseorang sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya. Al Ghazali berkata: “Cinta adalah inti keberagamaan. Ia adalah awal dan juga akhir dari perjalanan kita. Kalaupun ada maqam yang harus dilewati seorang sufi sebelum cinta, maqam itu hanyalah pengantar ke arah cinta dan bila ada maqam-maqam sesudah cinta, maqam itu hanyalah akibat dari cinta saja.”

    Disatu sisi Allah Sang Pencinta sejati menegaskan, jika manusia-manusia tak lagi menginginkan cinta-Nya, kelak akan didatangkan-Nya suatu kaum yang Dia mencintainya dan mereka mencintai-Nya (QS. Al Maidah:54). Maka, berangkat dari rasa saling mencintai yang demikian itu, bandingkanlah cinta yang sudah kita berikan kepada Allah dengan cinta Dia kepada kita dan semua makhluk-Nya.

  • mis_atom says:

    Ya Allah, perkenankan lah jodohku…Ku mohon kurniakanlah suami untukku yang baik di dunia dan akhirat, jika belum lagi wujud lelaki yang ku idamkan ku dambakan, kuatkanlah keimananku dan kecintaanku terhadapMU…Amin…

  • lovedea8660@yahoo.com says:

    Ya Allah, perkenankanlah jua jodohku..

  • kalis^cinta says:

    wah sejuk mata bace artikel nih.moga menjadi panduan utk semua yg sdg mencari pasangan hidup…

  • Nunuae says:

    Assalamu alaikom…Met kenal ya,,,

  • Gadis sepi says:

    saya pula tk penah brcinta. mksud saya berpsgn tk pernah. takutlah nk brcinta. sy nak brcinta lepas kawin ajelah.

  • alhamdulillah..moga diperkuatkan iman..amin

  • Iman says:

    mtk izin isi kandungan diats utk dikongsi ..moga Allah Merahmati kalian

  • hamba Allah says:

    saya rasa saya ada merasainya…slpas saya tahu si dia orang yang baik dan tak layan perempuan..hmm.moga2 Allah tentukan yang terbaik buat saya jika benar cinta saya kerana Allah..aminn ya RAb..moga dikurniakan iman yang utuh..namun kalau cinta ini kerana nfsu..padamkanlah ya Rabbi..

  • Fara says:

    thank for the all information….bcoz for your information…i can share with my frendz..



Leave a Reply