Tips Mengesan Kekasih Yang Curang

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah
anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

97 Comments

 Add your comment
  1. betul jugak apa yang dibaca.kekadang saya sering terasa kekasih saya curang dibelakang saya. Akkhirnya, saya bosan dan keluar bersama dengan orang lain. Baru puas hati.

  2. Kekadang tak faham dengan lelaki. suka buat hal sendiri…dahla selalu tak sms..tau2 je kua dengan kawan-kawan. Dahlah jumpa sekali sekala..bawak pulak kawan..cakap dengan kita dua tiga patah..cakap dengan kawan berjela-jela,hal lelaki dan kereta. Kekadang saya rasa dipinggirkan..Bile dah lewat je, letih nak balik..Padahal bercakap berapa kerat..Saya tak faham…Selalu kami bergaduh walaupun kami akan kawin bulan 12 ni..Saya sayang dia..entaj-entah dia ada orang lain…

  3. ” beramal dengan niat” Assalamualaikum.. tertarik dengan tajuk jari terus klik untuk tahu apa pengisian yang boleh diadaptasikan.. Dalam menjalikan perhubungan… ia satu perkara yang sangat serius..namun penuh kebahagiaan jika warna2 pelangi indah menghias tiap hari… ingin dikongsi bersama berdasarkan ilmu yg cetek dan sedikit pengalaman… bercinta banyak keburukan berbanding kebaikan… Dalam memilih jodoh kita digalakkan mencari mereka yang beragama … OUHK.. biarkan kejap… “relationship” why we must take it? fikirlah balik niat sebenar … adakah untuk2 suka2 atau kerana mencari RedhaNya… ramai yang salah guna perhubungan yang terjalin banyak diselaputi dengan memuaskan nafsu msg2..berdating berdua-duaan adalah dilarang so wyh must we do it? selagi tak de ikatan sah jgnlah melampau batasan syariat..mcm mana nak dpt berkat perhubungan tue…dan jua hidup…Allah yang berhak keatas perasaan kita… pada DIA kita sandarkan jadikan Al-quran dan assunnah pegangan hidup… kalau nak jumpa sangat jumpa ramai2 bdgn kwn2 dekat tempat terbuka.. ouh.. dunia ini bukanlah syurga yang menjamin kebahagiaan selamnya..yup kdg2 ada yg terlepas kira nasib la tak de aper2 pun setakat nie still mantain jer… emmm fikirkanlah… kan indah sekiranya kedua2 pasangan saling ingat-mengingati tentang Kebesaran Allah… mmm menjaga perhubungan dan maruah agama, ibubapa, dan jua diri… wallahulam… bg yg bakal berkahwin bw2lah berbincang , solat sunat istkharah, taubat, hajat dan rjn2 bc AlQuran mg2 jodoh kita itu betul untuk kita,,dan jua baik…sekiranya masih meragui…minta dia berterus terang..tapi kalau jwp yg diberikan itu mengecewakn…oppps jgn cepat melatah…be prepara..setiap kejadian itu milik Allah…cepat2 berdoa..

    “doa itu senjata mukmin”

  4. btl gak..kkdg 2 rase mcm d pmainkn pn ade..mase dia susah dia cr kite bile senang dia buang..x phm ngn llki..

  5. perempuan pun skang ni ade yg lagi teruk dari lelaki. ramai yg dah jadi player,masa mula2 bercinta je syg la itu la ini la,bile dah lame sikit mula la bosan n mintak break. perempuan kat dunia ni kebanyakkannye semua same je. suke main2 kan perasaan org tak tau nak hargai pasangan n tak tau nak setia. perangai mcm bangsat.

  6. S..sabaq2 naa..Apapun sama2 kena perbaiki diri dan sama2 muhasabah utk diri sendiri..

    Jgn menuding jari satu sama lain..masing2 kena perbaiki diri dan sama2 kena cerminkan diri..

    Lelaki dan perempuan sama jea nama manusia,cuma lain2 jea jantina.. :mrgreen: itu baru perbezaanya..

  7. ni tips utk kesan lelaki curang je ke??mcm mana kalau nak tau kalau wanita yang curang..jgn la berat sebelah je..saya pun nak tau mcm mana nak tau wanita curang sbb saya x nak pisang berbuah dua kali.

  8. aku takyah nak kesan2.. bukak phone dia, dah kantoi abis.. sakitnye ati aku.. die lak taknak ngaku n kate tak sayang pun girl tu.. dia ingat aku ni bodoh sangta ke??

  9. susah sebenarnye nk mengenali hati budi lelaki. tp x la sume laki jaht kn.. but nk percya 100% x blh jgk.. coz mcm aku skang ni, masih dlm dilema.. mendengar n menadah telinge pekara yg buruk2 tntg pkwe ku.. tp aku pelik.. knp owg len nampk, tp aku x jugak nmpk2 perkara yg d katakn oleh mereka. mungkin tuhan x nk tunjuk kat aku lg.. aku x blh nk tuduh sembarangan coz x ada bukti.aku harap suatu hari nanti aku akn tau kebenarannya.

  10. kekadang baca tips nie betul jugak sbb sy rasa yng si dia dah ada teman baru….sy hanya teman wanita sementara ketika si dia bosan….sy rasa baik sy menjauhkan diri dari si dia…ape-ape pun thanks kepada ynag wat tips nie..sbb bnyk membantu sy…

  11. hu… saya pn pernah..bukak hp dia.. byk sms dri girl.. yang sama… dia kata xde apa2… yelah tu xde apa2… siap daling2 lagi..hu3… cm ner nk bt dia terus terang.. dia ckp..jgn risau dia xde apa2..dia sayang saya sorang je..smpi bila2… hu3..skit hati ni… saya sayangkan dia…. mau kawin denganya… dia r first love saya….

  12. Salam……..
    CURANG…….
    bg sy sama je lelaki @ peempuan…
    kita kata dia.. dia kata kita,,
    apa kata kenali diri kita,, siapa kita,siapa dia,knp dia curang..
    klau tu mmg habit.. mmg payah la..
    hati manusia mmg selalu berubah…

  13. sume knyataan di atas mmg btowl belka…
    skit gler ati aq…nsb bek ad blog ni…
    bleh luah..llaki cam ni,ptot campk kat laut jer..
    xreti mnghrgai ksih sayang yg org bg kat dye,..
    kdang2 tue sbb dye pnh clash..
    dye nak men kan pompuan len..mau aq xpns ati..
    mmg llaki xgne cam2..huhhhhhh..
    dlu mse bru knl ayt mnis…ble da lme ayt cam taek jer..
    siap nk bkti syg lg..ingat syg 2 mcm batu ape…
    ingat pmpun sume sme ker??sngal!!!!
    ase cam traniaya jer..bia allah bls ape yg dye wat..mnusia xreti byukor..!!urghhhh..grm btowl la…

  14. betul ke ni? lelaki je ke yg buat semua ni?
    perempuan tak?

  15. mmg la kdg2 rs tertipu,sakit hati,tapi ingat la all my frenz stp aper yg mahkluk yg d ciptanyer oleh- Nyer,buat baik or sebaliknyer d muka bumi ni akan terima stp perbuatannyer…insyallah…saper yg pernh kecewa 2 terima jer dgn redha k…all the gurl!!!kuatkan smgat,jgn lemah hy krn cinta sesama manusia yg x kekal ni…Cinta la pd Allah yg maha esa…slmt dunia akhirat….amin..

  16. sekarang ini aku kecewa sangat2 ngan sikap lelaki yang cepat sangat berubahhhhhhhhhhhhhhhhhhh…………….

  17. Ya Allah.. Sebak hati aku bila baca. Baru je dapat gf tak sampai 2 bulan tapi apa yg tertulis kat atas ni dah ada yg berlaku.. Lemah jiwa ni sekejap. 🙁

  18. aku pun kena jugak benda ni… girl aku mula2 je bagus…. makin lamer makin kureng… aku harap die brubah la…

  19. sedih hati bila baca benda ni..rase nak nangis pon ade…lbey kurang dgn ape yg aku rse..p dye mntak aku faham yg dye byk masalah dan dye putuskn hubungn kita org.juz mintak kami jadi kawan.die siap tegaskan yg die takde org lain.p,aku kol dan bg mesej payah sangat nak jawab…huhu..Tuhan je yg tau ap ade kat ati nie…

  20. aku pun tension gak ni…ada ke patut aku call bf aku dia selalu je waiting….rupanya dia dok bergayut..bla tya dia kata kwn call..last2 bila aku desak baru mengaku member pompuan…katanya bestfriend lama dah 5thn….aku kwn ngn dia dekat 1thn…selama ni aku je selalu kena tipu..sedey betol aku…masa mula2 kwn dulu ngaku dgn aku bkn main xdak kawn ngn prempuan konon….last2 ngaku dah 5thnknl prmpuan tue..

  21. lemah jiwa berhari2 selepas buka hp tunang kita..tah..tak tau nak kata apa..kecewa sangat…mula2 ditanya cara bagus dikatannya gurlz tu salah send sms…then bila bukak send msg siap kata dear..gud nite..muah..lagi tue..rasa lemah seluruh badan..bergetar seluruh badan..kecewa sangat..rasa nak meraung..setahun lebih bertunang next year dah nak kawen tp dia buat hal..kita sayang sangat kat dia..tp kasih sayang kita dipermainkan..nak menggadu tp pd sapa..makan hati dengan sikapnya krn sayang..sabar jer lah..trima hakikat walau hati berdarah..doa2 semoga dia sedar yg betapa dalam nya sayang saya pd dia..kepada lelaki sekian..hargailah insan yang menyintai anda..sesungguhnya kita tidak tahu berapa lama lagikah kita dapat hidup di dunia ini..jd janganlah sakiti hati insan yg menyintai anda..kepada wanita yg menjadi org ketiga..tanyalah pd diri sendiri bagaimanakah perasaan anda sekiranya insan yg anda cintai dirampas oleh org lain…

  22. aku pun cnfuse gak ngn blak ak ni..
    byk makan hati ngn dye..
    sedih sgt2..

  23. Aku pun a bf gak. Berkawan dekat 3 tahun tapi last2 dia kata kita kawan basa je dan dia x pernah janji nak kawin.
    Kata kawan biasa tapi knapa setiap kali jumpa boleh pegang tangan. Tak faham la lelaki ni…….
    Pas tu kantoi sbb telepon asyik engaged je.
    Kawan biasa boleh pegang tangan ke?

  24. sabar jew la….ada jodoh ada la…byk2 berdoa….back 2 basic, solat, klu kt yakin dgn dia pasti dia akan kembali dgn berkat doa kt pd allah…normal la klu tertarik dgn org lain, kita pun pernah rasa dan mgkin akan rasa, yg penting biar dia sedar sendiri…..kdg2 cinta x semestinya bersama…..i masih pertahankan cinta i pd dia….coz i noe, dia n dat girl sementara…tapi pedih tu x dinafikan la…hihihihihihihi…kt try byk kan ms ngan kwn2 plak, pasti terubat, x yah fokus sgt kat dia…..hiasi hidup ini dgn warna2 yg ceria,wlu kdg2 hitam itu menjelma… 😛

  25. aduh……….rasa cam nk ngs jew ble bc tips kt ats nie….b…..

  26. erm.. btul jgk tip 2..
    aku penah kena.. sblm ni aku trima je yg die x pandai nk amek ati aku..die ckp x pandai nk ngorat padahal die penah ade kekasih.. aku x ksh la sbb aku mmg jns x ska msg OR tepon..
    walau kami ni 1 u, 1 kolej tp kami x jupa… jupa pon time mkn mlm 2 pon skjp je..aku xksh jgk sbb msg2 busy tp aku herannya 1 msg pon die x bg..bg msg time ajak mkn..”jom mkn”..2 je tiap2 mlm aku trima msg dr die..tp ble dh lme berlarutan,ati aku dh rs lain.. kdg2 aku amek brt ttg die,die mrh aku..ble aku tnye npe murum, die ckp ade problem..ble tnye lg die mrh aku lg..kdg2 aku sedih.. dlm ati slalu nangis.. tp aku xpenah lupA selawat n zikir.. 2 ubat yg wat aku rs ok.. tp tuhan kan adil…semuanya terbukti jgk..die byk msg ngan org lain.. pompuan yg knal dlm tagged.. mmg sedih ar aku..
    msg die kt pompuan2, comey2 muah!!!…ntah apa yg comel pon aku x th.. bila aku tnye sapa, die nk elak2 je,aku pon ckp pi lah naik.. die naik cam2 je tggl aku gitu.. sakit ati btul.. tp time 2 tbe2 ati aku tenang cam seolah2 apa yg aku rs sblm ni dh ilang.. aku jd epi.. pas dr mlm 2 aku dh x ksh sapa die.. die msg n col aku ckp nk jupa. aku x lyn.. 1 ari aku aku trima ajakan die 2pon sbb nk mintak clash..tp lain jdnya…aku trima die blk.. bodohKan!!.. die nangis nk aku blk, ati aku pon trima..walaupon aku trima tp ati aku ragu2..tp kdg2 ati aku sakit.. aduh… bodohnya aku rs dr aku.. tp skrg nmpk die dh jjr ckit..ok la…

  27. sume kna igt jodoh & prtmuan suma d tgn tuhan.
    mgkin org yg kte plg syg tglkn kte cuma nk myedarkn
    yg ad lg sbnrnya kta ptot syg,lbihkn…
    jgn cpt pth ati lau kksih tglkn kte wlupun btpa sygnye kte kt si dye.
    dh mmg naluri mnusia tuk dhargai,dsyangi..tp ad lg cinta yg sejati tuk kte…iaitu cinta kpd allah……wasalm

  28. aku bru jgak break… aku tramat cdih sgt rupa2nya dia brubah n suka dgn kwn aku sndri pttla dia slalu cari slh n mrh2 aku… dia slhkan aku break sma dia … wlupun aku da brtrus trang yg dia kurang prhatian dgn aku…

    bila aku nak balik dia makin nak bt aku mnderita…

    apapun yg aku rasa skrang hidup kena dtruskan
    xtau knpa dia nak bt bgtu da 3thn lbih kmi brsma….

    dia ttap dgn sikapnya… alhamdullilah allah lebih sygkan aku….

    dia tunjukkan llaki tu x sesuai utk aku

  29. salam semua. Bismillahirrahmanirrahim. bercinta memag seronok masing-masing tidak tunjuk perangai atau sikap sebenar,bila khwin 6 bulan baru tahu sikap sebenar. hal curang ramai yang tk sedar curang kpd Allah semasa bercinta memang ada berlaku .sedihnya masa bercinta jd macam pasangan suami isteri cium, raba dan kemuncaknya berzina untuk melepaskan gelora nafsu. bila sudah sekali berzina nk lagi kerana katanya kita sudah terlanjur. tp Allah maha pengampun jangalah di ulangkan kali kedua. Bila berkhwin dan ada anak barulah kita rasa. Anak yang kita sayang dari kecil nyamuk gigit pun kita marah. tp bila anak dah besar jadi habuan lelaki berzina sana sini tanpa kita ketahui. Spt sekarang ni yang berlaku pada orang yang bercinta hingga berzina tk tk sedar itu adalah kecurangan paling besar. Pendapat penulis, curang itu satu masalah yang luas.

  30. memang lumrah pasangan bercinte..aku penah diperduekan..skt sngt frst tme tau,tapi lme2 leh r ak time knyataan

  31. kejar lah cinta Allah.. pasti tak mengecewakan..

  32. dlm islam kan batas pergaulan lelaki dan wanita amat dijaga, sehinggakan nabi pesan maksudnya jika lelaki dan wanita yg bukan mahram berdua2an maka yg ketiganya ialah syaitan. Sebelum kawen kau dan si dia tuh takda apa2 hubungan pun, jadi kes curang tak timbul. Jika dah kahwen baru lah bleh komplain kat mahmakah syariah jika suami asyik dating ngan pompuan lain sehingga mengabaikan tanggungjawab sbg suami. Ini kawen pun tak dah pandai cakap psai curang lah, lelaki playboy lah itu dan ini.. the point is, dlm islam ambek yg jelas, batas pergaulan lelaki pompuan harus di jaga dan camna nak mencari calon pun dah diberikan. wallahualam

  33. kadang2 tuh cm ad gak ngan tunang aku tuhhhh,,, bila aku tanya jerkkk dia kata bz sebab nak kumpul duit nak kahwinnnn,,ye aku tahu tapi kdg2 rase terpinggir jerk xmcm dulu lagi,,,,msj pon jarang dulu x bz cm nie pon kdg2 aku p tempat keja dia ,,,x bz pon law msj kata bz ahh bosan ler cm nie,,,n memang betoi pon tanda2 kekasih yang curanggg,,law betoi aku nak blah dari dia ………ap nak jadi….jadila…

  34. erm….
    sya pon cam ade mslh je skrg ni ngan bf…
    klu dulu ta penah sesaat pon lpas hp dri tgn..tp skrg
    mcm saya aje gilekan die….sye xleh ngk hp die sbb mse mule2 kami da deal mmg xleh bgi hp sesama sendiri…so bile skrg nk check hp die pon mmg xboleh…
    sye xkisah klu die pyah nk call atau msg(walopon still berharap) tp klu btol die ade girl lain….
    sy xtau nk kate ape sbb bnyk janji2 die sblum ni
    xkn ade yg lain…
    sy sgt xtau nk buat ape…give up tu mmg dah ade…..cume syg sye msih kuat kat die…xmampu rasenye nk lepaskan die…..
    (emosi plak)

  35. skang bnyk perubhan,dulu x mcm yg aku bace lirik nih,tp skang bnyk yg ade,nak kate belajar agak2 r beb,sampai aku naik sakit hati sgt2,tp aku ttp nak dia bersama aku,aku sedih sgt bile dia bersamaku mcm org laen je aku nih,semuanye x blh tau sal dia,n pape la,dulu ckp x kesah,sakitnye hati aku dia wat gnie,ape yg aku nak buat…boy aku nih ego nye tggi sgt,tp tggi setakat mne sgt kan manusia ni

  36. Cool…..Wah!…ruangan luahkan perasaan ekkkk…Kekekekekeke…sila sila….luahkan perasaan anda yg terbuku dlm ati tu..huhuhu. see u again..


  37. izza:

    mmg la kdg2 rs tertipu,sakit hati,tapi ingat la all my frenz stp aper yg mahkluk yg d ciptanyer oleh- Nyer,buat baik or sebaliknyer d muka bumi ni akan terima stp perbuatannyer…insyallah…saper yg pernh kecewa 2 terima jer dgn redha k…all the gurl!!!kuatkan smgat,jgn lemah hy krn cinta sesama manusia yg x kekal ni…Cinta la pd Allah yg maha esa…slmt dunia akhirat….amin..

    Stuju sgt dgn cik izza. Buat apa cinta brlebih-lebihan dgn kekasih. Hanya cinta pd Tuhan saja mrupakan cinta yg mutlak/cinta sejati

  38. Kpd anda skalian di sini yg penah brcinta @ sdg brcinta, jgnlh anda obses sgt dgn kekasih anda. Tk kira sama ada anda ppuan @ lelaki, jgn prcaya sgt pd kekasih anda yg belum tntu mjadi milik anda. Mgapa anda smua merasa sedih sgt sedangkn si dia bukan kepunyaan anda pun. Sy juga spt anda smua. Mahu mncintai & dicintai. Tp sy brpendpt, tempoh brcinta ni boleh diibaratkn mcm probation period. Ye la, tempoh prcubaan dlm kerja. Kalau memuaskn slps 6 bln probation, confirm. Kalau tk, tk confirm le. Haa..sama la dlm brcinta ni pun. Dh si mamat/si minah anda tu mnampakkn kecurangannya, knp anda masih nk terima dia lg? Knp tetap syg kat dia lg? Alahai lelaki brlambak la boleh cari. Ppuan baik pun masih snang nk dpt. So? Tk pyh mkn hati berulam jantung la kwn2. Buang masa jer…

  39. Aku baru jer terkena.Sekarang dalam proses bagi can kat dia. Tapi macam mane aku nak make sure dia tak buat lagi? Aku rasa ragu-ragu..Katanya nak tunang bulan 7 nih.Tapi boleh cayer ke dia btl2 boleh berubah..

  40. aku setuju. skrag laki aku tengah gila kat pompuan lain. 30 haribulan ni dia siap nak gi holiday kat pulau langkawi. macam mana aku nak perangkap di a ye?


  41. nor:

    aku setuju. skrag laki aku tengah gila kat pompuan lain. 30 haribulan ni dia siap nak gi holiday kat pulau langkawi. macam mana aku nak perangkap di a ye?

  42. ……mnarik!! mntak izin copy yee~ tQ!!!!

  43. salam
    klu llki tu nk curang..bleh je klu pakai dua hp…kua dgn kite hp tu je…padahal kat umah ade ag satu…ckp ngan kite kua ngan member..padahal? tp ntah la…ak takut gak..iye la..pk y bukan2 nih..sb bf ak pnah jek curang dgn ex die…tp stakat nih die tunjukkan y die setia la..blakang ak mne tau?ye x?cume kalo ade sape2 y ade tips..n pengalaman atau bleh je nk bantu aku..email la aku kalau sudi.. hai######@yahoo.com tolong la ak..ak mmg xsnng duduk…sb ex aku dulu curang..aku fobia..takut bf aku simpan pmpuan lain blakang ak..lagipun org sllu ckp die ni ade rupe…em..btw korang jgn salah anggap..mule2 kenal die tu pun ak xtertarik lgsg dgn rupe die…cume aku terime die sb die layan ak elok dan die y suke aku tp aku xsuke die..tp lepas stahun bru aku syg die…tp yela…potensi un die ulang kecurangan die tu ade..dulu die curang dgn ex die sb ex die kua dgn laki lain..aku xtau la sejauh mne betulnye alasan die tu..kami kerap la jumpe..tp xtau la masih ade ruang un die kua dgn pmpuan lain…sedangkan die kuat cemburu xbg lgsg aku kwn dngn llki..susah kn?
    tp klu itu la care un ak dptkan psangan y setia..ak sggup..lgpun mmg aku xnk bhubung dgn mne2 llki tnpa urusan munasabah..tolong la aku ye..ak nk final exam nih…nt serabut fikiran..solat istikharah mmg kerap aku lakukan…cume kdg2 bile die xde dpn mate…aku akan fk die curang..tolong aku ye?

    =(

  44. xpayah nak gado2.. ape yg penting ialah tanye pada diri.. apakah kita benar jujur dan setia… kedua2 ni perlu ada dlm diri setiap pasangan lelaki dan perempuan… xperlu untuk bercinta jika tidak setia dan curang… peringatan bagi lelaki, cintalaa dgn seikhlasny, jujur pada diri.. berikanla kemesraan dan ambil berat pada si dia, tunjukkan ksh syg dan kemanjaan utk kekalkan hbungan berpanjangan.. bagi perempaun.. jga laa hati seorg lelaki.. belai dan horamtilaa mereka.. jgn maenkan perasaan lelaki.. yg paling penting tunjukkan kemesraan dan puji laa si dia.. even xdminta itulaa yg akan mmbuat sidia berbunga rasa dihati.. jgn selalu berbicara tentang lelaki lain ketika bersamany… igt utk kebahagiaan perlu ada tolak ansur dan saling mempercayai.. sentiasa terbuka dan jgn berahsia di antara kamu.. salam///

  45. Benda nih, betul-betul jadi kat aku sekarang. especially bab salah cakap sikit kena leter and maki hamun. Ya Allah, hanya tuhan yg tahu betapa sedih dan pilunya. sebelum baca ni pun aku dah agak dah. Biarlah, tiada ape yg kekal di dunia ini melainkan cinta kita kepada Allah. Barangsiapa berbuat kejahatan sebesar zarah maka akan dibalasNya, dan barang siapa yg berbuat kebaikan sebesar zarah pun ada balasannya. Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Kita mungkin boleh membalas biarlah Allah Maha Mengetahui…ini sahaja penyejuk hati ku, demi anakku yg masih kecil…Wallahua’llam….

  46. erti atau faham...

    tak kisah lh klau llki ke atau pmpuan curang semua nye sma je.. tak ade beza nye… apapun klau org tu btul2 syg kat kita psti dia tak akn curang… wlaupun dia berjauhan dari kita.. yang curang tu mksud nye dia tak syang kn kita sngt so dia buat kita mcm brg.. bila rosak dia buang je… lelaki and perempuan semua sama…….. tiada beza…..

  47. gf aku ada semua ciri2 ni.satu pun takde yang tertinggal.hurm. :'(

  48. …Entah la….. tentang bab cinta ni…. byk hal ehwal semasanya

  49. sdeynye bila baca nie…kdg2 bila nkita syg org betul2..org x syg kite spt yg kita hrp…lelaki cept berubh hati…kdg2 hrp lgsung x jatuh cnta..dri menyakitkan hati….hati sakit lebih sakit dri kne pisau……

  50. ,aqu x fahm aa gan laki zmn skrg niy..aqu ada blax tpy tite org bru je clash smlm..aqu x tahn gan prgai dye! btol to btol laki niy awal2 je setia gan kita bg janji manis2 kt kita,, da lme cpl mcm sioot jer!! diawal pemulaan aqu cpl gan dy aqu epiy cgt , jumpe pon epiy memg cnfm bhgia lah gan dy ,tpy akhir2 niy hubgn kita org jadi kritikal giler. .padhal spnjg kita org kaple dy plg banyk skli uat mslah bkan aqu..akhir2 niy dy slalu tutp fon kadg2 lasg x mcj aqu , tpy nk uat mcm mne kan da sayng terpksa lah text dy dlu..wktu dlu kalo ajk jmpe cpt je, tpy skrg ble ajk jmpe mcm2 alasn dy bg..3mingu lpas kita org g date sbb terlalu rindu ,tpy ingtkan jmpe nk lpskan rindu nak epiey tpy bnda len plak yg jd .cemburunyr melebih2 lpas dy cek fon aqu padhl aqu x de lgsg simpn no laki apth lg mcj ,, padhal aqu xde uat slah pape pon at dy..tpy dy ckap aqu curang men belkg dy,!! men tudh melulu je ,aqu dah cuba jelaskn pda dy smua isi hati aqu tpy lgsg x amik port psal aqu slalunyer dy x jd mcm niy dlu dy ok jer..kita org g tmpt date sme2..tpy bila jd gado to.dy tinglkan aqu sorg mcm to ..dy bt kpla sndri jer ,,bertapa hncur nye aty aqu dy bt aqu mcm to..tpy time mlm to dy text aqu dy minx maf dy merayu..oke aqu mafkan aqu time dy blex..last2 niy dy tka no tnpa pegtahuan aqu phubgn tiada penghujgnye ,,aqu text kwan dy nk tao no bru dy, tpy kwan dy lgsg x bg koz tkot kne mrah gan dy..lg teruk nyr kwn dy bg tao aqu yg dy da ada puan len..hancur hati aqu ..mcm niy jelah perhbgn aqu,,tiada kesudhan..dari sini lah aqu xpercyakan laki ..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.