.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tips Mengesan Kekasih Yang Curang

April 11th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pasca Perkahwinan | Pra Perkahwinan

This post has already been read 3684 times!

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah
anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

97 Responses

  • Mercun bawang says:

    yeke?????????…aku lw nk g date dulu..aku la yg pling lmbt..tpi ak xcurang pon…hahahahahaha…….

  • nadia says:

    ak pun same..dlu tips ni sume jadi kat ak.dah 3 tahun ak bercinta ngn die tp lps 3 tahun bru ak tau die playboy.sedey gile la..pas ktorng break,lbey kurang 2-3 bln pastu,ktorng cntact blk.die menangis2 ckp die taknak hilang ak.siap mntak kwn die ckp ngn ak.krenye kwn die tu jadi orng ketiga nak bg nasihat kat hbgn ktorng la.mule2 ok,lame2 macam taek.die kate die bz la..pe la..die ni kje hairstylist.ak fhm la die kdg2 bz tp ak ssh nak trime if 1 ari tu bz memanjang.kalau d fk lojik,salun kan rmai hairstylist.xkan die je yg wt kje.salun mne de spjg mase de customer cm kdai mkn tu.plg bz pun maybe weekend n cuti sek.ble tnye,die kte die bz sgt.cm menipu je.tapi de jujurnye gak cz skrng die takde rahsia2 ble jumpe.tp ble tak jumpe,ak syak die de sumthing la.cz klu tak msti die akn cntct ak wlaupun jap time die kje.ni tak.1 pun xde.xkan la time lunch tak leh.takkan xde mase lngsung g toilet.mmg menipu gile la tu.ble tanye sbyg ke tak,ckp tak sempat lgsg sbb terlalu bz.tipu btul la.tapi nak cari google,de mase lak.ak mlas la nak g spy die kat sane cz dlu ak pnah wat cmtu,n ternyata pe yang ak nampak mnyakitkan ati ak.bg die,ak tak spatutnye gduh ngn die sbb sbyg.bg die tu small matter.de ke patut ckp cmtu?2 ari lps ktorng gduh psl tu.arini die tak cntact ak lngsng.smlm skali je.die wt ak cmni,tak reti nak pujuk lak.salah ke kalau ak gaduh ngn die psl sbyg tu?ak tak nak initiate call or msg die arini cz nnti msti die ingt ak sng nak lupe bab2 agama ni.tp at d same time ak syg kat die.tp ble die ktorng cntact,byk gduh dari baik.ktorng skrg pun tak declare lagi cz taknak jadi cm dlu.skrng ktorng mcm couple,tapi tak cz tak declare lagi.perlu ke ak cntact die?or wt tak tau n cari orng len yg lebih hargai ak?skrg tak cntact pun,sek tringt je.cincin die bg pun ak pkai lagi.tp ble cntact,msti de bnde yg ak tak puas hati.pe ak nak wt ni?klu nak iktkan,die ni mmg takde ciri2 lki soleh pun..smua yg jahat die pnh wt dlu.die kate,if ak takde,wt pe die nak brubah.ak takleh trime btul ble die ckp cmtu cz die wt sbb terpakse bkn sbb die sdar bnde tu tak bek.ak tau sume tak perfect tapi at least ak de la ciri2 wanita solehah.pe ak nak wt ni?

  • memey says:

    saya dah bertunang p adakalahnya saya rasa curiga dengan tunang saya sendiri,adakalah nya saya yakin dia tak curang

  • anis laila says:

    masalah saya masih belum2 settle lagi nihh….tolong lah…:’(
    25/11/2010 ni genap hubunagn kami 4 thn….bf sy curang dgn saya…dia blaja di ukm…semasa semester 3 bln ogos 2009 dia jd fesi utk kemasukan pelajar baru..dari situ de junior prmpuan nama dia wana minat kt bf sy…bf saya yang cerita de junior minat kat dia…padahal wana tu dah tau yang bf saya dah de gf…tp dia siap ckp dgn bf saya yang dia tetap suke bf saya…saya igt bf saya xlayan..rupe2nyer bf saya layan….shingga lah jun 2010…sgla2nyer trbgkar….mish u..yayang…kat msg2..gmbr2 pgang tgn..peluk2….ya allah!! lemah jantung sy…hancur hati saya…sy msg wana tu..wana tu ckp dia xkan lpskan bf sy….siap sound2 saya balik…maki2 saya…pdhal wana tu dah ada bf…bf sy pujuk sy ckp syg kan sy..dia kate dgn wana tu dia wat main jer..pale otak dia..aku ni ape????….dah pujuk sy…esok2nyer..msg wana tu ckp syg yyg sgt2…bile masuk semester baru pai skg ni diorg masih jmpe lagi….tp sy syg sgt kat dia….sy xsgup lepaskan dia..sy tol2 syg dia…..sy trun 10 kg..mak ayah dah risau….xde konsntrate utk kerja…..hanye krn dia!!!!! bantu lahhhh

  • az says:

    hahahhaha…llaki oh llaki. ntahla kadang2 kita xboleh dijangka kan semua ni terjadi pada kita, tapi itula hakikatnya.. aku pun mcm 2 gak xsangka. depan kita pijak semut pun xmati. hmmmmmm

  • ambokmatareng says:

    ALHAMDULILLAH..banyak homework yang anda buat, baguslah tu. I nak kepastian , semua kecurangan yang diatas nak ..solve the problem atau fight the problem..?
    to solve the problem :
    makan nasi..nasi yang panas le..kehulu kehilir bercinta bagai nak rak..kawin tak juga..maka yang dapat..fitnah le..terimalah ..terjumpalah kecurangan si dia tu.
    cuba kalau dah suka ..kahwin..ada masaalah lagi ke..dia masih curang ke..kalau dia masih curang..dah tuah badan lah tu. pandai bebenau pilih laki.. penyudah cerita..nak kawin jangan lupa sembahyang istikharah..ALLAH akan tunjukan jalan yang lurus tu…tak adalah tersesat barat.

  • ira says:

    pelikkan?pompuan skrg belajor je tinggi tp x credik mane gok….laki aku pun same, sibuk dgn sorg pompuan ni.kat ofis die je.10 x putus, asyik sambung aje. aku x thn, aku gi jumpe ngan pompuan ni. mati2 ckp x nok kat laki aku. doh setahn kikis duit laki aku, senang ckp x nok pulok. baru ni dgr pompuan tu dah btunang.tp asyik cari laki aku sokmo. ni yg aku bengang ni!

  • ain says:

    br je berkawan dgn sorang mamat ni..tiap kali g dating mesti dia silent hp ,alasan x nak orang ganggu.bila waktu dia cuti nk balas mesej aku sikit punya susah.kalau balas pun lambat-lambat.rasa-rasanya dia ni macam ramai gf jer..aku rasa sampai masanya nanti aku nak tinggalkan dia.baru dia rasa sakitnya hati macam mana.

  • eryn says:

    umm ak pn de gak story nj share…dlu mse ak mula2 kapel ngan bf,dya cam a pmpn laen..ak da syakk,bile mcj lmbt2 jer bls,pastuh die ad 2 hp dlu,hp yg satu ag tuh xpenh die bagi a k tgkk …tp bila ktorg kuar datehp dya slalu jerr begetar..lastly ak wak bodoh cmtuuh err…satu ary tuhh,kitorang gaduhh,t ak daa lupe sal aper..ak gram cgat ak amik hp dye satu ag tuh ak wak blik umah ak…xsmpai sjam mcm2 mcj datang dr pmpn…bile ak tnya xngaku..last2 ak mcj nga pmpn tuhh,bru ak tau diorang da lame kapel tp tgal brjauhn…tuhan je tau kcwanya ak tp mujur msa tu ak memang xmharap sgt pada die….tp bf ak ni ps nga pmpn tuh sbb pmpn tuh rama i laki…lpas tuh dya kmbali kt ak…ak pk2,ak trima dye tp xnk mharap sgat…llpas tuh ak nmk dia brubh…and hbgn kami msih kekal until now…da 2 taun cter tuuu…ak pn skang cyg sgt kt bf ak niiii

  • kirana ilmi says:

    ade la mamat nie mulut manis mcm tebu….syg la,kasih la…bru je kpel.tpi masaowg tepon langsung x angkt xpe mula2 tu bleh la sbr lme2 nak x nak kite kena la undur diri kan..

  • kirana ilmi says:

    kebanyakkannye laki la slalu wt cmtu

  • annis affieza(piejaa) says:

    btol gak tips nie nant pakwe aku to abez die nant banyak kali matikan handset ceh hampeh tol benci la aku

  • nora says:

    btul tu kenkdg kn rse mcm kite nie ptung lak nk nengok je die ngn pompuan len
    kalau die bole buat pompuan boleh gak

  • groosalog isman says:

    salam..kalau niat kita baik pasti kecurangan pasangan terkantol sendiri. walau apa pon, spesis manusia ni memang x pernah puas dan tidak pandai menghargai..

  • groosalog isman says:

    walau apa pon yg berlaku, pilih la pasangan yg baik. kepada perempuan di luar sana.. tunjukkanlah jual mahal anda..jgn senang2 je cair terlalu ramai player di luar sana yg sudah bersiap sedia menghancurkan hati anda. CINTA kerana nafsu pasti kecundang tetapi kalau CINTA kerana Allah insyaAllah bahagia di dunia dan akhirat..berdoalah selalu dapat mereka yg soleh. pupusnya lelaki baik di dunia

  • misz says:

    ak da kapel 3thun..tp mkin lme rase hbungan kami makin hambar..mcm2 cara ak usaha baiki hubungan kami tp stil xjalan..ak pnah jpe pic die ngan girl len dlm lptop die.tp die gtau diorg xde pape..tp ak jd da susa nk cye die.ak pnye la setia tp die sronok2 je g njoy ngn kwn2+membe2 girl kwn die(girl 2) die.paling xthan,pic die ngn girl 2..ble tgk,automatik mata berair.bru ak tau lak ak ade jeles feeling rupenya.tgn bf ak ltak atas krusi girl 2.pic ktorg pon xde mcm 2..patut ke ak putus je ngn die?wlaupun da lme tp ak stil xblh lpe..die 1st love ak.syg 2 xpyh ckp la.

  • nor fakhira bt mohd nuji says:

    aku pom tgah bengang dgn lelaki smuanye wt skitkn ati jer..aku xtau ape nasib aku sekarang nie..laki2 same n same benci!!!!!! smuanye curang baek xpyh couple tenang fkiran.

  • nor fakhira bt mohd nuji says:

    aku banyak d kcewa oleh lelaki….mungkin smuanye nasib aku.tp kdang2 aku merasa bingung kerana sku mengagap lelaki same.dan aku sentiasa d sakiti oleh lelaki yg tdk mempunyai perasaan………….

  • syasya says:

    btoi per yg trtulis di nombor 7 & 12…rse cam x dihrgai..seksa di ati sye jer yg tw…mne der owg len tw..klu ikowtkn nk jer mntk putus tp tgk prangai dier dier kdg2 ok plak..nth r

  • dik_nuyuel@yahoo.com says:

    aq xfaham lelaki!!!!! xdek perasaan langsung!!!! sengal tol larh!!

  • curang oh curang says:

    betul gop 2……mmg 2 hop berlaku kt aku lownim…..
    skunk dy da xmcm dulu ag……..biasa klu nop jmpa beria2 jew xp skunk 1001 alasan dy bg……serabut2……pempuan g2 ah bilew da puas nan laki……..geram asew……nop lbih2 xley…..klu kwin da laen ah…..hish….

  • curang oh curang says:

    klu da rsew diri 2 puas da nan ak ckap jew ah….jgn dk main curang ginim…..sowy ah membe smua….ak tekan sagat2 etep…..xtahu nop luah mnew……harap korang maafkn ak……ak pom mgsa keadaan jgop…….pening3

  • misz aren says:

    now umo saya 23 tahun… saya da bercinta dgn dia hampir 4tahun. dia suka sangat memaki hamun .. dan dia selalu cakap saya nie tak memahami dan suka mengongkong.. padahal jumpa pon jarang. kira cinta jarak jauh…
    boleh dikatakan percintaan saya dengan dia.. sya yang banyak berkorban.. bukan hanya cinta… malah duit dan diri saya pon sya serahkan pada dia..

    tp sekarang.. sya betul2 da insaf dan menyesal dengan perbuatan dan kebodohan saya selama ini..

    dia semakin berubah.. salah sikit…
    kompom dimakinya…
    entah la…

    banyak jugak contoh kat atas terkena batang idung sy..
    tp still xdapat nak tangkap if dia ada pompuan lain tau tak..

    1.Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.
    2.Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda
    3.Kerap memberi alasan sibuk dan penat
    4.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.
    5.Marah apabila anda bertanya aktivitinya
    6.Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.
    7.Tidak lagi rajin menelefon anda

    erm…. baru2 nie.. dia hilangkan diri dan menyepi hampir seminggu dengan alasan dia bosan asyik bergaduh dan marah pd sy..

    saya buntu… bila ditanya.. samaada ada pompuan lain atau x… xpernah mengaku…

    saya minta dia tinggalkan saya.. tp dia xnk dan berkeras nak teruskan hubungan dan lupakan apa yang terjadi..

    mana nak letak perasaan saya?
    saya kecewa..
    dan saya buat keputusan putuskan hubungan..
    cukuplah selama ni..
    terlalu byk kesilapan yg saya da buat..
    sy terlalu bodo biarkan dia menyakiti saya sejauh ni…

    moga ada hikmah sebalik semua nie..

    kawan2 doakan saya temui jodoh yang sebenar buat diri saya.. amin~~

  • lia says:

    aku lagi sedey..aku da kawan ngan boy aku hampir 3 thn..tp yg m’wt kn aku bengang bila boy aku ni bela xgf dier..siap pena kantoi ngan aku cakap ayang la ape la..geram aku..sampai skrg aku ragu kat boy aku..aku mtk jgn dier kontek ngan x dier tp dier bkeras n ckp hanya kawan saje..kawan??wat de hel la..tau la x dier n boy aku dulu bcinta bthn2 lame means mst ade prasaan lagi kan?aku xtau la nk wt caner..rs kecewa sgt ngan boy aku ni..yg x dier pun da kawin still nk ggu boy aku..tny kaba boy aku..yg boy aku ni bkn ley at dier cpt tggu means bbunge2 hepi ble pmpuan tu amek brat pasai dier..ah ape aku nk wt ni..geram sgt..hope ade yg sudi bg pendapat..aku sedey sgt :(

  • bella says:

    banyak….banyak sngat yg sma dgn pangai tunang aq…n memang pun…da kantoi smoa yg dea buat…now aq ase ade lg…ntah aq susah nk faham…n aq da penat mkn ati…

  • mimi says:

    ada x sesiapa bole bagi saya jwpan ???
    jika c dia tak nak bagi tengok hpnya n bagi alasan yg privasinya tak bole d tau… adakah dia jujur??

  • KHIEYRA says:

    dlu laki slalu maen kn prasaan aq,p skung aq brsyukur pd allah krna…tlah krim kn llaki yg sgt ambik brat sal aq…dh 2 blan kteorg couple,laki ni xpnh curang…lg aq ske hri2 die dtg jmpe aq..lau sari xjmpe..mmg dri ni lmah la…lau kteorg gduh..laki ni sggup lkekn dri die sndri…cm hri 2..aq ngn die gd0h….pas 2 die ambik gnting..die hris tgn die tau x…ape pt0t aq uat?????aq ske laki lkekn dri die dcbb kn aq..cm aq ni la uat die jdi cm 2…emmm..pape pn aq brsyukur r dpt laki ni….thanks cbb dh sdi bce..da…..salam.

  • chaty says:

    bf sy cina . dia ada 2 3bijik hp . yg pelik , hp sy die selalu check . hp die langsung ta boleh touch . sy rase die ade gf lain lah . tpi tggu sy betul2 namapk depan mata dulu , biar i puas hati . . maybe i tak ckp byk , then i i2blahlah . . kalaulahh . st tetap berhati2

  • nurul says:

    cerite sy lak..pasal bf sy curang..kami kapel 10 bulan..same la dgn ap yg diperkatakan..bile ajak jumpe,die mngelak..kol kdg2 of kdg2 tak angkt..satu hari,mungkin Tuhan nak tnjukkan kbenaran..sy dpt thu dia ad 2 telifon..rupanya time kluar dgn sy,die bwak 1fon..mknanya fon yg satu lg utk awek die sorg lg…sedihh amat la sedih…aptah lg pd satu hri,sy dpt pgang fon die yg lg satu..maka dari situ la…sgala2nya trbongkar…penuh gmbar die ngn gurl tu..ternyata die curang..pttlaslama sy dpt agk die curang..bile ditnya,marah2..ckap sy tuduh die..sy makin terkejut n sedih bile dpt thu gurl tu org indonesia..cntik dan seksi…sy mnangis..tertnya2..knp die bt sy cmnie…sdangkan dh jnji tkkn urang n tingglkan sy,,die jgk mnta sy percyakan die n jgn pk bukan2..bile sy fham die n prcayakan dia..blasan cmnie yg sy dpt..smuanya nyata palsu..jd sy mngmbil kputusan tuk tnye die..bile di tnya..die kate ‘dahla..tak pyh byk2 tnye..tgh serabut nie…’ mmg die byk msalah..tp kakak dia tnye die,syg lg ke kt sy,mmndangkan kakak die tak suke die kapel ngn cewek indon..die kate syg lg..cuma tak sempat nk pk sal nie cz msalh byk sgt..kwan2 n kakak die ckap,die mungkin dijampi oleh gurl indon tu..tp sy x pecye tu sume..tak thu ap ksudahannya sy dgn dia…dh 3 hari sy snyap n tak cntact die lngsung..sy tertanya2..adakah benar dia msih syg sy..klu syg,gurl tu siapa..n adkah nti dia akan cri sy blik..?sy hnya mmpu berdoa supaya Allah tabahkan hati sy niee…tu je yg nk dikongsi..*sedihh sngatt skrg*..k salam…

  • merana says:

    saya baca kesemua cara-cara di ats.. memang boy fren saya mempunyai ramai kawan perempuan. ada sekali seorang budak perempuan marah saya sebab saya dah rampas boy fren saya daripadanya. bila saya tanya balik kat bs saya dia mengatakan bahawa mereka hanya kawan dan si perempuan ini yang ada perasaan dengan dia. ada juga sekali seorang budak perempuan telefon dia dan menyatakan yang dia mencintai bf saya. bila saya terjawab telefon itu dan tanya kat bf saya dia cakap dia langsung tak kenal budak itu. bila saya tanya balik, kalau dah tak kenal buat ape awak main sms dengan dia dan dia boleh jatuh cinta pada awak. macam-mavam lah sikap bf sy. selalu switch off phone bila dngan sy, dan sampai hari ini (dah cinta selama 2tahun) sy x pernah tengok ape yang ada dlm handset dia. bila sy tanya nak tengok gambar-gambar dia lantas menarik balik handsetnye. peliklah pulak sebab dia selalu minta handset saya, buat panggilan ke nombor kwn-kwn dia, tengok photos saya dan siap buka inbox dan sent item. sy betul2 tdk pasti sama ada dia menyintai saya ataupun x… sy betul2 confius…

  • minah keliru says:

    aku lagi lah..dia minx aku percaya dya…tapi yg sebenarnya dia masih tipu aku..aku dah cukup hormat dah dekat dia 2!!! k fine!na berkawan!laki.pmpuan?aku tak kisah!tapi asal x bagi tahu !mungkin aku akn marah..tapi xda la rasa tetipu! ingt aku bodoh ke ape?! aku cukup terluka dengan perbuatan dia 2! fikir lah hati aku! ingt aku xda perasaan ke?! cuba aku buat mcm 2..tahu pulak na minx break! ingt senang ke na tahan hati terluka ni.hah? pmpuan yg single2 2 pun!!!!!!!!!dah tahu orang 2 dah berpunya..cover2 la skit gedik 2!nak suoh org len pujuk pulak!bullshit!

  • blur! says:

    perlu ke aku percaya dia sedangkan ada beberapa yg ada dn kena dekat diri dia?

  • nur asyikin says:

    sy umo 14 tpi bf sy 20..mmg jrak umo kami trlalu jauh,,tpi nk mcm nedh tuhan yg temukan…
    dlu pkwe sy rjin gak tp0n sy tpi skunk jarang2 jew..ble sy tnye dy kte bz..bt3 ncet abiz la..sy b0san gak kadang2 ngn dye…tpi nk wt cm ne,..sy syg dye..

  • YayaSadam says:

    boleyh pkai juga tips nie .. saya slalu rase boyfriend saya curang .. slalu saja cri alasan bile saya ajak jumpe .. kdg2 nek rimas dgn prangai dy yg mcm tuh .. tp nape sy still lg tnggu dan mngharapkan nye… last2 saya kua ngn org len .. baru padan muke die .. :)

  • gegirl says:

    Teringat pulak aku..dulu2 time aku ade bf pun prnh terjadi mcm ni..tahun pertama tu..fuhhh..bkn main lagi hari2 call…tanye nak mkn ape..nak bli aper..kalau blh hr2 nak jumpe .sblm tdo sembang sampai berjam2..siap kate..akulah wanita yg ade kat matanya 24jam..lps masuk 3 thn.fuhh..ilang dah semuanya…seminggu skali jer call..lps tu,2 kali minggu sekali..lps tu sbln skali…itupun tanya..awak buat per??errrmmm…dah masuk thn ke4.,awal thn tu jer die call…aku tanya dia masih serius ke kt aku..die kate..yer la…tp nampak sgt menipunya..last mlm aku jumpa die..aku ternampak hp nya ada nama awek lain siap ngan sms yg ber”syg2..sah la die curang…sethn die x de kbr berita.ingat kn die dh insaf,,aku ni pulak jenis yg suka berkwn..dlm ramai2 kwn ade sorang yg ajak aku kawen…mmg ikhlas orgnya..so..aku tak nk tunggu lagi..aku stuju..dan aku tak bg tau pun kt bf aku yg curang tu..skarang ni aku bahagia dh dgn jejaka yg aku pilih aku ni…dah ade anak2 menyerikan hidupku..dgr2 bf aku tu pun dh kawin..tak lame lps aku…aku hrp kami sama bahagia sekarang…kenangan tetap kenangan..kisah dah lama..tp kecurangan die membuatkan aku lebih berhati2 menjalani kehidupan skrg…

  • zafirah says:

    tp btul jgk stiap kli klu aq kol atu pn msg die slalu alsan die “jgn kol la,sy sbuk ni tlong mk’ atu pn ‘kte xpyh ms la ari ni sbb xde krdt la syg….’ aq ada jemu dgn perktaan i2 smue

  • si gadis says:

    bersabar jea lhaa

  • florence says:

    Kecewa sangat bila da tau tunang mainkan pompuan lain..bila berjauhan sy cuba pertahankan kesetian..rupanya tunang saya lngsung tak menghargai saya..kepada pompuan dluar cna..jgn muda mempercayai lelaki,,klo boleh cek latar belakang..dy mngaku bujang tp da btunang..tunang kt sabah,,dy pula bela2kelantan..tidak ada guna nya bahagia diatas pnderitaan org lain,,kpa tunang saya..saya berserah kpd yg maha esa..setiap perbuatan pasti ada balasan..buat baik dbalas baik,buat jahat dibalas jahat..bila da kepercayaan dan keyakinan diri yang saya tarukan ko telah calarkan sy rasa dperbodohkan..ko langsung tk mengharagai ssorg yg btol2 sygkan awak…

  • arye says:

    adiii curang…huhuhuh..aku memang tergolong curang…almak cinta, aku langsung tak percaya.. ada apa dengan cinta..huhuhuhu..curang kan perkara biasa,.

  • sering dikecewakn says:

    saia ade bf . da 4bulan kapel . tpyy sejak akhir2 niew pangai dye bnyk berubah ! dulu rajin kowl . tpy skunk sekali jeqk kowl ! . saia na break nn dye . tpy xsggp r . huh >.<

  • raNie NiNie says:

    sye prnah melalui konflik yg mlibatkn dalam 1 cnta timbul mnjdi 3 owg…….2 pmpuan 1 lelaki…saye trasa amat sdih knpa msti ada cinta segi 3 yg skrang saye alami……olh i2u saye snggup tnggalkn lelaki tersbut kpda cinta keduanya wlaupn dlm hatiku hnya dya…..3 thun kmudian kmi terserempak kat sebuah restaurnt..yg wat saye hairan knapa dya bersendirian mne keksih dya….opps mgkin juak isteri dya..he….dya dtang kat meja saye dan dya ckap ‘awak pe kbar?…saye pn dgan pnuh terkejut jwab wt selambe je……bkan pe tkut isterinya ada bersama dgan dya skali….ya tenung saye dgan pnuh kesedihan…dalm 3 mnit berckap dya mula minta nmbor hpn saye…..mlam 2u juak dya msg saye dn bertnye awk sudah ada yg punye ke…..akhrnya saye kmbali kat dya sbgai s’owg kksih smpai kini….

  • ana says:

    btol gak ape di kn, lelaki x bleh kite nk caye 100%…ble kite dh mle caye, m’hrap kat die ade je mslah nye hal kcik bleh jd beso, mcm2 la…jge2 jgn mudh t’pdaya….

  • fuyooo says:

    ummm…aku lebih kurang jela..dulu c laki nie manje gle,ske melawak ngn aku..kalau msg mst ade ‘syg’ n bagai perkataan…tpn sume..p skrg..umm..haram..sume dah xbuat..kate bz..p aku ase dulu dye bz gle pun dye ttp nk msg n kol aku..skrg aku melawak pon da xley,dye serius je..kdg2 shari msg skali je..pas2 xbls msg aku da…sdey weyh..nek gle gak aku…p aku pkr aku ade mak bapak lagi,,,wtpe jdi cmnh sbb laki..mmmmmmmmmm

  • fimi says:

    tunang saya…mengaku ade perasaan dekat perempuan lain.salah saya sebab saya banyak sakitkan hati die tapi saya xpernah curang dengan die.die cakap perempuan tu xmacam saya,itu ini,die nak sy jd macam die.sy xkesah.sy boleh berubah utk die.

    sekarang ni cakap ade niat nak kawen 2(nada gurau),bile sy tnye,die cakap memang kawan tapi atas urusan kerja.
    saya pun xpasti betul ke tak yang die betul2 dah curang ngan sy sebab tanda2 kat atas ni semua xde pada die.die masih layan sy macam dlu,masih mesra ngn saya mcm dulu,xpernah marah2 sy,boleh luangkan mase ngan sy walaupun saya tau die tengah penat baru balik kerja,hp die xde msg ngan org lain,die xkesah kalau saya tibe2 ambil hp die,.tapi kenapa die ckap rase nak kawen 2?saya dh naik buntu dah..atau sy yang fikir bukan2?

    lelaki kalau cakap nak kawen 2,betul ke sebab die dah pasang niat?or just nak begurau?

  • Prolumiere says:

    Apalah nasib wanita! Lelaki asyik nak cari pasal. Apa yg diaorang nak? Tak cukup satu? Kalau dah ada orang lain terus terang ja lah. Bila dah dapat dikesan their dirty little secret asyik nak putar belit. Mana satu dia nak? Nak Kumpul sampai berapa perempuan?

  • tikah syera says:

    ye saya ngaku mmg saya benci dgan laki curang saya rase mcm saye dipermainkan dan diperbodohkan..mmg saya ngaku laki sume xgne..idop hanye tau nk menyusahkan kaum hawa..aq BENCI LELAKI!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.