Author: azrul.alwi

Bawa Bersabar Memilih Jodoh Dan Jangan Tergesa-gesa

“Saya ni betul hangat hati,” kata beliau. “Kenapa pulak?” Tanya saya. “Yer laa, orang lain daripada tak kahwin, lepas tu kahwin. Lepas tu bercerai, lepas tu kahwin semula. Saya masih macam ni jugak.” Keluh beliau dengan nada kesal. “Boleh tak tolong carikan buat akak? Segera! Boleh tak?” Beliau meminta. ———— Jangan tergesa-gesa hendak berkahwin kak […]

Read More →

Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan. Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. […]

Read More →

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju. Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan […]

Read More →

Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis. Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan […]

Read More →

Merdeka Daripada Jajahan Hawa Nafsu

Kota Mekah telah mencapai kemerdekaan daripada kafir Quraisy pada tahun ke-8 hijrah. Semua berhala di sekitar Kaabah dimusnahkan. Mekah telah bebas daripada jajahan syaitan. Semasa mengerjakan Haji Wada (haji terakhir), Rasulullah telah bersabda, “Ingatlah, sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk disembah di negerimu ini selama-lamanya tetapi dia akan ditaati dalam amal perbuatanmu yang menjadikan kamu […]

Read More →

Segalanya Bermula Dengan Niat

Suatu ketika dahulu, seorang lelaki di Mekah telah meminang seorang wanita di Madinah yang bernama Ummu Qais. Wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut kerana mereka tinggal berjauhan. Menurut sebuah keterangan, wanita itu telah berkata, “Bagaimana engkau hendak berkahwin denganku kerana engkau tinggal di Mekah dan aku tinggal di Madinah. Sekiranya engkau mahu berkahwin dengan […]

Read More →

Kenapa Suami Curang ?

Ini adalah untuk menjawab kemusykilan: http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/kenapa-perlu-berusaha-sedangkan-semuanya-telah-ditentukan/#comment-970 Dear Min, Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri […]

Read More →

Kebolehan Merangsang Fikiran Orang Lain

Kadang-kala terdapat beberapa individu “perangsang” yang aktif di forum myJodoh. Mereka sering berinteraksi dengan memberi nasihat dan membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah atau dilanda kemurungan. Individu begini biasanya tidak tinggal lama di myJodoh. Mereka akan menemui pasangan hidup mereka dalam masa yang singkat dan kemudiannya terus hilang dari myJodoh. Kebolehan merangsang pemikiran orang lain bermula […]

Read More →

Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Di ruangan kaunseling Dang Setia akhbar Metro Ahad, 5 Ogos 2007, seorang guru wanita telah menulis menyatakan kebingungannya terhadap calon suami yang tidak tahu mengaji Al-Quran. Menurut guru yang berusia 25 tahun itu, bakal suaminya pada luaran nampak sempurna tetapi baru-baru ini barulah diketahui bahawa beliau tidak lancar membaca dan masih belum khatam Al-Quran. Dang […]

Read More →

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja? Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu. Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan […]

Read More →