.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Hari Kekasih dan Umat Lubang Biawak

February 14th, 2009 | Posted by azrul.alwi in Bahan Bacaan

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.

Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.

Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. (http://www.christianitytoday.com/ct/2000/februaryweb-only/11.0a.html)

Mengikut Catholic Encyclopedia (http://www.newadvent.org/)Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia (en.wikipedia.org) memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Valentine dari Terni ialah ketua paderi di Interamna (kemudiannya dikenali sebagai Terni) lebih kurang pada tahun 197 M. Beliau dibunuh oleh Maharaja Aurelian dan dikebumikan di Via Flaminia. Valentine dari Rom pula merupakan seorang paderi di Rom dan dibunuh pada tahun 269 M dan juga dikebumikan di Via Flaminia. Manakala tentang Valentine dari Afrika tidak banyak maklumat yang diketahui tentangnya.

Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Sumber : http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=144&Itemid=9

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

14 Responses

  • Omarm says:

    Hari Kekasih kalau kita lihat hari ini macam seperti satu kemestian disambut. Hakikatnya kesilapan ini bukanlah disebabkan sikap remaja yang mudah terikut-ikut tetapi banyak pihak yang bertanggungjawab kena main peranan…
    menyebabkan ia disambut secara berleluasa pihak berwajib mcm hendak tak hendak menegur….”Sedihnya, di kalangan yang menyambutnya adalah umat Islam sendiri. Saya pelik mengapa mereka boleh sanggup merayakan dengan alasan kononnya matlamatnya baik.”Perayaan ini juga ialah jalan ke arah kemungkaran dan membawa lebih banyak kesan negatifnya terutamanya dari segi akidah umat Islam sendiri..

    SETIAP bulan Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis mcm jiwang2 akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari tergedik-gedik semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan Manusia. Segala yg buruk dan ikutan mudah di terima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa. Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas akan melahirkan keinsafan di hati.

    Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “valentine day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan kawan rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutanhari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam. kita tidak mendapat apa-apa ketika merayakannya malah menghina diri sendiri dan kita tidak rugi apa-apa jika menjauhinya. Oleh itu lupakanlah hari seperti itu yang tidak membawa sebarang kebaikan.

    Kita pernah mendengar para selebriti Agama menjadi ikutan masyarakat… petua2 yg tidak berdasarkan dalil dan juga sunnah… Ada yg mencadangkan agar meminum air liur basi sendiri di waktu pagi dan disandarkan keatas nama Nabi…

    Walhal hadis riwayat Muslim dari Aisyah mengatakan pekara ptama yg di lakukan oleh rasulullah apabila bangun tidur ialah membasuh kedua tangannya dan memasukkan air kedalam hidung untuk mmbersihkannya… Ada yg muncul dgn petua ghairah cakar mencakar.. dan muncul dgn pelbagai petua motivasi dgn memetik sunnah2 nabi yg.di ambil dari mana? Jika di tanya mereka mengatakan “org alim kata” Ulama kata”… puas di cari didlm kitab mana… dari kitab “syamaail Muhammadiyah” karangan Imam al-Tarmidhi yg memuatkan hadis2 yg menceritakan kerperbadian Rasulullah… mahu pun dari kitab “Zaadul Maad karangan Imam Ibn al- Qayyim al- Jawziyyah tidak pulak betemu apa yg di katakan sebgai sunnah nabi… Tidakkah mereka takut bagi yg berdusta atas nama baginda “Barangsiapa yg berdusta diatas namaku, maka tempahlah tempatnya di dlm neraka” driwayatkan oleh al-Bukhari….

    adakah mereka hanya memandang Ringgit Malaysia (RM) sahaja…. lebih bermakna bagi mereka… Maka mereka sering dijadikan tempt rujukan oleh masyarakat yg naif dan jahil utk mengadu hal ugama… adakah ini petanda dunia di akhir zaman…

    Hairan dan ajaib juga mengapa hari-hari terpenting ISLAM.. tidaklah sepopular hari-hari sebegini… Sememangnya itu kehendak kaum Yahudi dan kristian Membuat semua umat ISlam bercelaru,pening lalat rasa macam nak mabuk todi… buat2 tak faham dan tertanya-tanya akan hukum Islam sebenarnya.
    Itu lah matlamat kaum Yahudi dan kristian menghancurkan Umat Islam ditindas,ditipu diseluruh dunia ..Umat Islam dipersenda,umat Islam di tipu…Memang dari dulu lagi itulah prinsip ..umat kristian dan yahudi Mereka bahagia melihat umat Islam bercelaru Bercakaran sesama sendiri Mereka bahagia melihat umat Islam meniru budaya mereka
    Bukti yang jelas terang dari Al Qur’an dan Sunnah – dan ini adalah yang disepakati oleh Ijma’ dari ummah yg lain tidaklah diperkenankan bagi muslimin untuk mengambil bahagian didalamnya, termasuk mengadakan acara yang menunjukkan sukarianya pada bagi perayaan tersebut, atau membantu didalamnya – apapun bentuknya – sebab hal ini telah melampaui batas-batas syari’ah Allah:

    Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. [ Surah At-Thalaq ayat 1]

    Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [Surah al-Maa.idah, Ayat 2]
    Bila nak bercuti … kita bawa pasangan merayap sana sini… Bila sambut valentine … mereka sibuk bagi hadiah bunga pada pasangan…sanggup bergolok bergadai dan macam2 hadiah berharga utk kekasih… Bila sambut hari ibu … cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

    kalau dah ada pasangan sanggup bila-bila….. akan talipon pasangan…Entah bila….pulak nak talipon ibu bapa dan Entah bila…..pulak nak belikan hadiah untuk Ibu.bapa… kalau dekat gf tak payah tangguh2 terus beli ajer….

    “Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kirim wang untuk ibu dan bapak? Mereka bukan nak banyak. Janji bagi tiap2 bulan pun cukuplah” sekadar yg mampu.

    Berderai air mata kalau kita ingat kedua ibu bapa di kampung. Andainya kalau keduanya sudah tiada….. menangis air mata darah pun dh tak guna…. Bukan lima puluh
    ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat nk kirimkan!

    wallahu a’lam

  • Omarm says:

    Kita tngok ler mlm nie. Saper yg dtg buat smbutan hari kekasih di hotel 5 bintang atau tanya sdra mara yg keje kat situ. Kaum mana yg bnyk telompat smbil menegok air bebuih tuh smpai ke suboh. Urut dada kita mcm tk pecaya. Leh jadi cam tu.

  • a_da says:

    pengaruh media massa paling kuat dalam mewara-warakan hari valentine ni..org lupa pun boleh jadi ingat..inilah padahnya kalau media massa pentingkan keuntungan dari “membina insan”..baik rtm..tv3 dan astro sama je..masing2 berlumba2 nak menjatuhkan “moral” manusia…gitula dunia akhir zaman..

  • lee says:

    sy heran dgn remaja islam pada zaman sekarang.sudah terlalu jaoh menyimpang dari ajaran islam.seolah2 tidak takut pada allah..salah satu punca adalah sebab ibu bapa itu sendiri.ibu bapa terlalu mementingkan hal duniawi,hingga tidak mempeduli soal kebajikan anak masing2..sbagai contoh mat rempit,bohsia,gro dan peragut hampir keseluruhannya terdiri dr remaja islam.di mana ibu bapa remaja tersebut?di tempat sy kanak2 belasan tahun berpeleseran xtentu arah hingga lewat pagi sambil membuat kacau,hisap gam serta merosakkan harta awm.jadi pada sy kesalahan utama adalah ibu bapa itu sendiri,kerana tidak menghiraukan anak masing..anak perempuan pakai seksi dia tidak melarang bah kan bangga dengan cara pakaian anak mereka itu.

  • perogolmalam says:

    tak alh anak 2 lebeh advance drp ibu bapa,demo lagi canggik tak mahu ikut cakap

  • mahyuddin ramali says:

    salaam..

    Rasulullah dah jelaskan sambutan yang haruskan kita raikan ialah dua hari raya..takkan itupun tak tahu.Agaknya buat2 tak tahu agar boleh sambut semua hari yang takde kena mengena dgn Islam.
    Haram dan Halal itu jelas…

  • Hani says:

    patutnye hari2 kena berkasih sayang.. bukannye pada tarikh2 tertentu aje..

  • Ramai yang tidak tahu mengenai hari valentine nie dan ramai yang percaya bahawa hari valentine ni adalah sesuatu yang di bolehkan oleh syarak.

    Tapi ramai yang tahu dan tidak pula membimbing yang tidak tahu.

    Sebagai umat islam kita harus mengekang sebarang bentuk cara hidup yang bertentangan dengan akidah islam. Seharusnya anak2 muda zaman sekarang lebih peka akan penipuan sebegini.

    Islam itu indah.

  • airirahim says:

    salam

    alhamdulillah setakat ini saya tak pernah pun menyambut hari valentine..

  • raufsan says:

    Perlu sentiasa mengingatkan terutama remaja agar tidak menyambutnya kerana ia bertentangan dgn ajaran Islam…

  • Pada pendapat saya,semua pihak harus memainkan peranan mengikut kuasa yang ada.Dari individu hinggalah kepada pemimpin-pemimpin negara.

    Tidak akan berjaya matlamat untuk melahirkan insan yang mengikut acuan al-Quran sekiranya hanya setengah pihak saja yang menginginkan Islam tetapi tidak sebahagiannya.

    Allah berfirman di dalam surah An-Nisaa’ 59 yang bermaksud:

    “…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

    Masalah kita ialah apabila sesuatu masalah yang berkaitan dengan agama,kita tidak mahu merujuk dan cari penyelesaian melalui al-Quran dan sunnah Rasul,sebaliknya lebih suka menggunakan ideologi-ideologi Barat yang telah kita sedia maklum bahawa mereka itu adalah musuh kita.

    Allah berfirman lagi di dalam Surah Ali Imran, 3: 85 yang bermaksud:”Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

    Ini bermaksud andainya kita mencari jalan penyelesaian selain dari Islam pastilah kita akan dapat menjumpai penawar kepada penyelesaiannya.

    Tentang valentine day ni adalah sebahagian dari masalah besar yang sedang meracuni pemikiran umat-umat Islam akhir zaman.

    Yakinlah dan kembalilah kepada al-Quran dan sunnah.Pasti kita akan bahagia.

  • Mat tampoi says:

    Aleh..pandai mahu ajar org.tgk lah dri sndri dlo.kalo tak nak umat mu tu sesat.pergilah brdahwah sini sana.tiada org pksa diorg tu smbut valentine day.pegi saje ke pub umat siapa yg pling byk minum air brbuih tu.bodoh!!..ko.

  • kongk*kman says:

    dalei islam tak do birthday parti atu hari kekaseh..itu adalah lunas2 duniawi berbau perjalanan ke neraka jahanam…wallauallam

  • lucifer clans says:

    ALA KONG..MAN SPORTING LAA SIKIT, KITE KAN MANUSIA.SENTIASE ADA CITARASE NAK MERASAE..BAH KATA TOK HAWA PUN NAK MERASEI BUAH IDAMAN koldi.

    kongk*kman:

    dalei islam tak do birthday parti atu hari kekaseh..itu adalah lunas2 duniawi berbau perjalanan ke neraka jahanam…wallauallam



Leave a Reply