.. mencari si dia yang soleh ..
Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?

“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”
“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”
“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”
“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”[2]
“….”
Nukilan azrul.alwi.
Nota kaki
[1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”
[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Ilmu Pengetahuan, Bab Kebawajipan Seorang Pelajar. Menurut Imam Al-Ghazali ini adalah kata-kata Ali r.a. Namun, tiada bukti untuk mensabitkan dan tiada bukti untuk menidakkan.
Bahan grafik : towardsenlightment.wordpress.com/category/iqbal/
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 10, 2008 at 11:52 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
belum kahwin rase mcm belum tentu arah tuju… hrp dgn berkahwin ade pasangan nk plan how to take over the world kikiki…
about 2 years ago
Yang membahagiakan anak ADAM dalam kehidupan ini:
1)Wanita yang solehah.(Menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia termasuk alam)-pastinya d ia menterjemahkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam minda,hati dan tingkahlakunya.
2)Kenderaan yang baik.(Untuk jalankan urusan ibadah)
3)Rumah yang baik.(Untuk melakukan amal-ibadat)
about 2 years ago
Seorang lelaki mengharapkan seorang wanita solehah utk jadi isterinya, salahkah saya mengharap suami soleh walau terpaksa menunggu di lewat usia.
about 2 years ago
Kalaulah Abang belum berpunya, pasti ramai wanita yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika Abang mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna Sebaik mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan Abang mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang Abang ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri Abang, tentunya Abang adalah lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Abang carilah isteri yg dapat menjaga anak2 abang dengan sempurna serta dapat membimbing mereka ke jalan yg di redhai Allah..
Carilah isteri yg tahu bersyukur dengan nikmat yang ada.. kalau sanggup makan ubi kayu rebus itu tandanya ia tidak banyak cerewet menghadadapi dugaan mendatang…
Ingatlah Abang…Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.
Itu saja nasihat adik untuk abang supaya Abang Cepat kawin!!
about 2 years ago
Semua orang nak pasangan yang sempurna dari pelbagai aspek… Sempurnakah kita sebagai hamba ALLAH…hanya doa yg mampu kita pohon agar jodoh kita dengan orang yang beriman….
about 2 years ago
Hidup ini tidak menentu,kadangkala ada teori mengatakan “ular boleh bertukar jadi naga” jadi kebiasaan nya yg di inginkan anak yag soleh,bini dan keluarga yg bahagia.
about 2 years ago
[1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”
Camna kalu laki yang dah kawin tapi masih tak dapat kawal nafsunya..then mencari yang diluar…lepas tu aniaya pompuan lain???
about 2 years ago
si isteri plak bila dapat tau kebenaran dan hakikat yang suaminya jantan hidung belang…tidak mau menyalahkan suami, sebaliknya memaki hamun wanita lain yang jelas memgharapkan malu serta maruahnya di tebus…serta membimbingnya ke pangkal jalan,,,,
about 2 years ago
eija, poligami adalah penyelesaian masalah tersebut.
Tetapi perkataan poligami adalah sesuatu yang “asing” dan menakutkan untuk wanita moden-melayu-malaysia. Sedangkan ia adalah sebahagian daripada ubat kepada pelbagai penyakit.
about 2 years ago
Salam.
Benarkah poligami sebagai penyelesaiannya??? islam membenarkan lelaki bernikah lebih dari satu, dan hendaklah diatas sebab2 yang tertentu. kenapa wanita merasa takut dengan ‘poligami’.. Bimbang jika suaminya tidak berlaku adil, bimbang jika anak-anak diabaikan, bimbang jika kasih yang diberi dengan timbangan yang tidak sama beratnya, bimbang akan 1001 perkara dan janji yang diberikan hanya manis madu dipinggir bibir.
about 2 years ago
Cempaka,
Al-Quran adalah ubat segala penyakit. Firman Allah, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Israa’, Ayat 82)
Al-Quran adalah manual kehidupan manusia.
Umpama mesin fotostat berbahasa korea atau jepun. Tanpa panduan manual bahasa Inggeris, manusia dengan mudah akan rosakkan alat-alat tersebut. Terdapat di dalamnya arahan menekan button tertentu jika sesuatu terjadi dengan mesin fotostat tersebut. Jika manusia tersalah tekan, atau salah faham manual, atau tidak ikut procedure dan akhirnya mesin jahaman …. itu salah manusia, bukan manual mesin tersebut.
Apabila tuhan mengizinkan poligami di dalam manual kehidupan manusia, sudah tentu ia merupakan ubat tertentu untuk penyakit tertentu. Soal manusia tak pandai berpoligami itu adalah perkara kedua. Ia adalah bersangkutan dengan keadaifan manusia dan tidak ada kena mengena dengan Al-Quran.
Wallahu’alam.
about 2 years ago
Saya suka posting ini… menarik.
about 2 years ago
Abang pun suka ia amat menarik dan tertarik!!!!
about 2 years ago
menarik..sangat menarik..terima kasih penulis..
about 2 years ago
En Azrul..bila jadi macam ni..sapa yang nak di salahkan? Memang kita tahu ada penyelesaiannya..masalahnya si lelaki lepas tangan..bila kita beritahu pada isterinya tentang kebenaran..mana tahu dia lebih berperikemanusiaan dan memperbaiki keadaan…tapi sebaliknya pula… si isteri dengan lantang memarahi wanita tersebut dan sebelahkan suaminya..sedara mara lelaki pula masuk campur dengan menghina si wanita tersebut dengan kata2 yang hina..dia suruh pompuan ni pikir dulu sebelum berkawan dengan suami orang..bagi saya bukan pompuan nak kena pikir tapi si lelaki tu la yang kena pikir sebab dia ada family…dah tahu ada family dan sayangkan anak bini..kenapa nak cari penyakit…lepas tu menganiaya wanita lain..bila pergi jumpa mak laki tu..dia bukan nak cakap elok2 dengan wanita ni sebaliknya suruh wanita ni lupakan anak dia sebab anak dia dah ada anak bini dan suruh pula si wanita ni bertaubat. Bukan nak suruh anak dia bertanggungjawab..yang menghairankan dan penuh kekesalan..mak si lelaki tu dok mengaji ugama di pondok..seorang orang tua, seorang ibu, tahu juga hati wanita..tapi pejamkan mata..dia orang saja tahu malu..wanita ni apa..bangkai bernyawa ke? tak ada perasaan malu? benda dah jadi..patutnya tanggungjawab..entahlah…kita cuma bercakap dan mendengar.. kita tak dok di tempat mangsa..jadi..kita tak tau apa rasanya menanggung aib macam tu…hanya yang menanggung saja tahu keperitannya…..
about 2 years ago
inilah kes yang orang tak puas hati dan cari bomoh..sebab laki bini kurang ajar..cakap kat orang,sembahyang tak tinggal tapi zalim…
about 2 years ago
idayu, terima kasih.
eija, kalau nak cerita tentang salah siapa. Ramai yang bersalah menjauhkan orang-orang Melayu daripada Al-Quran semenjak 200 tahun dahulu. Orang tak faham Al-Quran akan menentang poligami. Orang yang tak faham Al-Quran akan mengambil kesempatan konsep poligami.
Tapi kalau nak cerita tentang penyelesaian, kena kembali kepada Al-Quran.
about 2 years ago
sebagai perempuan, kita sendiri tak ingin melukai hati perempuan lain tapi kekadang perasaan mendahului akal. Tapi adakah wajar pihak ketiga dipersalahkan … sapa tak ingin jodoh yg elok … keluarga yg bahagia tapi sebaliknya jauh dari yang diimpikan bila yg dikenali suami orang
ingin saya bercerita … pernah satu ketika saya berkawan dengan suami orang tanpa mengetahui statusnya … tapi salahkah saya …. setelah tahu sapa DIA sebenarnya dengan perasaan hiba … saya memberitahu diri sendiri lupakan DIA …. hormati perasaan isterinya dan jangan lukai hati perempuan itu …
mungkin tak semua suami itu jujur pada isterinya tapi kalau kita boleh mengelakkan diri dari bercinta dengan suami orang … elakkan lah … jiwa akan lebih tenang … tapi sekiranya dah ketentuan Allah kita berpoligami terimalah dengan rasa syukur …
about 2 years ago
hasnita binti yaakob
nurul binti hashim
haiza binti abdullah
juliana binti abdul rahman
about 2 years ago
Apa Pulak banyak sungguh nama pompuan nie.. nasir…
tolong rokemen Bro sorang???? tak sampai 4 pulak….
about 2 years ago
Aikk nama sapa pulak tue nasir??sib baik tak dak nama aku..!
about 2 years ago
Lelaki idaman wanita..
Lelaki beriman yg mgalir dlm darahnya sifat kepimpinan, suka buat kebajikan, bila bicara dia lembut, sopan dan menghiburkan, berbakti pada ayahbonda penuh kebaikan,tidak lupa diri dan sabar bila diuji dengan dugaan, Dlm rumahtangga dialah penjaga kerukunan dgn menghias jiwa ahlinya dgn seagong2 pegangan,mendidik anak dan isterinya menghayati Islam, mengamalkan hidup penuh kesederhanaan tetapi berkobar2 mencari kejayaan untuk kebahagian dunia dan akhirat untuk bekalan diri dan keluarga tersayang..
*tidak sabar nak tengok filem “Ayat-Ayat Cinta” di pawagam..harap tayangan cerita ini sama hebat dalam novelnya.Novel yang banyak mengajar tentang cinta berlandaskan keislaman bukan saja cinta wanita dan lelaki tetapi keseluruhan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.terselit byk kata2 yang indah..seolah2 bila membacanya kita bersama di dlm situasi..rasanya bukan sahaja Aisyah, maria, noura dan lain2 yang tergoda dgn perwatakan lelaki tersebut sudah pasti wanita2 yang telah baca novel ini akan ternanti2 lelaki serupa seperti Fahri dalam novel ini..Amin.
about 2 years ago
‘aku tidak mengharapkan lelaki seperti fahri, kerana aku bukan seperti aishah…’ chewah….
about 2 years ago
“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
Abang sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah. Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati. Bersyukur kepada Allah dan membilang nikmatnya Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmatnya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Sebagai seorang lelaki mempunyai kelelakian dan menjadi pelindung, dia akan melihat wanita golongan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga kehormatan, tidak boleh dikasari, tidak dieksploitasi apa lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan……
Lelaki yang mempunyai sifat pelindung tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya kerana menyedari dia wajib melindungi maruah wanita itu. Lelaki pelindung tidak akan merogol wanita, kerana beliau menyedari beliaulah yang patut melindungi wanita daripada dikasari dan dizalimi, apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat mereka sendiri.
Seorang lelaki pelindung juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana merekalah yang sepatutnya melindungi wanita daripada sebarang mudarat dan musibah. Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.
Keluarga memerlukan lelaki pelindung yang tidak akan bermalasan di rumah membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang. Lelaki pelindung juga tidak akan memukul dan mendera sama ada isteri mahupun anaknya.
Lelaki pelindung juga tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut wanita dan ahli keluarganya, tidak akan menggadai maruah anak isteri walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus di dalam masyarakat kita pada hari ini.
Kalau kita rancang perkahwinan dengan betul mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai sepertimana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah, rumahtangga kita akan berjaya. Bayangkan kita dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan sahaja anak-anak tu boleh bantu kita di Akhirat, di dunia lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada agama, bangsa dan negara. Anak-anak kita boleh menjadi manusia-manusia yang akan membangunkan empayar Islam”.
“Sungguh tingginya angan-angan abang”.
“Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita untuk mengulangi sejarah tu”. Oleh itu carilah lelaki seropa dgn abang.. sekurangnya kau ada tempat berlindung…
about 1 year ago
semua pasangan impikan yang terbaik…tatapi kita perlu redha denga segala ketentuan….setiap pasangan harus saling lengkap-melengkapi….barulah bahagia sesebuah rumahtangga…
about 1 year ago
eija,
sakit+geram+panas+baran+rasa nk gigit dsbnya pasti ada pada manusia yg normal..bila undergo semua yg eija lalui kemudian kt tidak rasa apa2…memang abnormal..
marilah eija kt tinggalkan semua..teman yg abnormal mahupun yg normal..
jadilah yg extra-ordinary..akan didatangkan kpdmu yg sesuai dgnmu..ordinary pd memegang Al-Quran..extra nya pd memegangnya dgn hati..semoga hati2 memegangnya (Quran) dgn hati.
i got many things here..tq saud azrul alwi n d geng..
about 1 year ago
lama i kat sini…bertahun..kenapa tak bertemu jugak ya yg dicari..ntah macamana..usia dah semakin dekat nak meninggalkan dunia..nak juga perubahan…dan diri terus berdoa..
about 1 year ago
dah setahun lebih tgglkan MYJ & pernah jadi pengguna berbayar. skang masuk balik untuk mencari lagi. hati dah letih, perasaan hampir mati apabila selalu bertemu dgn manusia yg salah. ramai yg jumpa mahu berdating. tp itu yg killa ingin elakkan. killa cuma mahukan sebuah perhubungan yg terus ke arah perkahwinan bukan sekadar berdating. Moga ketemu … Insyaallah …
about 1 year ago
SAYA ADA KEKASIH DAN DIA AJAK SAYA JADIK TUNANGNYA.
DIA PUN DAH MELAMAR SAYA SEMALAM UNTUK JADIK ISTERINYA.
APA PATUT SAYA BUAT?DUP DAP DUP DAP HATI SAYA NI
about 2 months ago
wani,skiranya anda yakin yg si dia itu benar2 sygkn anda & dpt mmerima anda seadanya,trimalah drinya krna dzaman ini sukar untk kta mmperolh lelaki yg benar2 dpt mnerima dri kta seadanya..