Pernah Terlanjur, Perlukah Bersikap Jujur?

Assalamu’alaikum Bro Azrul …
First of all I like to say thanks for creating myjodoh. I am now engaged to a kind man and we are getting married soon. My problem is that he doesn’t know much about my past. I have made a mistake in the past that I regret very much. I’ve given up something that is very precious, something that only should be given to a rightful husband. I feel so sorry for him by keeping this up. Yet, I afraid that I couldn’t find another as kind as him. Please advice.

Assalamu’alaikum Bro Azrul,
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membina myJodoh. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. Please advice.

(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)

icon_menyesal.jpgIni adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.

Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. [1]

Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.

Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.

Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”

Lelaki itu menjawab, “Ya”.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”[2]

Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”[3]

Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.

Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.

Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”

Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.

Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”

Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”[4]

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”

Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” [5]

Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.

Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.

.

Mungkin audio ini dapat membantu http://www.savefile.com/files/1301002

.
Wallahu’alam ..

.

.

.

.

.
[1] Bahrul Mazi, Sheikh Idris Al-Marbawi rah., Jilid 10, “Bab Yang Datang Ia Pada Mengajar Jangan Mengaku Berjahat Pada Hukum Dera”, Masalah 121.
Audio syarah bab berkenaan oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad : http://www.savefile.com/files/1301002
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim: #3202
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim: #5306, http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari: #5608,
[4] Tafsir Al-Azhar, Prof Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim (HAMKA), Pustaka Panjimas, Jakarta, 1982. Juzuk 18, ms 132.
[5] http://hadith.islam.com , Sahih Muslim # 4934

.

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
Sabar Dalam Memilih

107 Comments

 Add your comment
  1. Itu Ayam Ketek
    Dalam Kebun PakAlang
    Memang Sangat Cantik
    Sayang Sudah Terbang

    Tebang Pokok Betik
    Ramai Orang Larang
    Sangat lambat dipetik
    Sudah Milik Orang

    Lelaki ini Dia
    Kerap Bangun Malam
    Cuba Pujuk Dia
    Agar Milik Omarm

  2. Omarm… terima kasih beri kepercayaan utk teman jadi misi menjahit di klinik miker. Maap le teman ambik kursus misi dulu separuh jalan je, ate bila nengok darah udah pengsan, maka miker berhenti kursus misi tu.

    Jiha jawab pantun Omarm tu…

  3. Minta maaf teman o/s di luar kawasan 🙂

  4. Bersih hati mampu menilik
    Bermaafan memang dianjurkan
    Biasanya berkubu di dlm bilik
    Tiba-tiba di luar kawasan..!

    Pergi bejuang di perbatasan
    Dalam hutan jumpa beruang
    Idea datang di luar kawasan
    Kenape tewas sebelum berjuang..?

    ‘Lelaki Ini’ jodolnya lagu
    Puji makhluk asyik sekali
    Harapan hati sudahpun melulu
    Sudah dijual tdk dibeli…!

  5. hanya_tuhan_yg_tahu

    assalamualaikum…
    firstly.. srnk bce artikel ni. tapi bagi aku la kan x pyh la nak cite kat pasangan kite. blm tentu lg psgn kite tu nak trime kite atau tidak. tapi yg pnting pompuan tu dah insaf n tdk lakukan perkara tu lg… lg 1 pd2 pompuan yg dah mmbuat zina tue jauh2 kan la. ingat 1 perkara. “AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR”

  6. Bagi yg. pernah telanjur bertaubatlah kpd Allah.. dgn Taubat Nasuha… Dengan meninggalkan segala Larangannya… Menyesal dengan Hati, beristifar dengan Lidah dan berazam dengan kukuh didalam hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi… Syarat2 taubat yg. sempurna yg. berhubung kait dgn Allah ialah:-

    Menghentikan maksiat pada masa itu juga dan tidak menangguhkan nya…
    Menyesali perbuatan yg. telanjur di lakukanya.
    Niat dan berazam utk tidak mengulanginya Lagi
    Sekiranya dgn manusia perlu diselesaikan sesama spt dianiaya atau dizalami mohon maaf atau di kembalikan apa yg. harus di fikirkan…

    Manusia yg. menerima hidayah iman akan membentuk dirinya untuk taat dan patuh kpd perintah Allah … sebagai manusia kesilapan dan kesalahan tetap berlaku di sebalik kejahilan, kealpaan dan kelalaian… Islam memberikan galakan dan motivasi kpd org islam agar tidak mengekalkan diri dgn melakukan Dosa kecil ataupun Dosa Besar….

    Rasullah S.A.W… sentiasa beristighfar memohon keampunan dari Allah sekali pun baginda adalah seorang yg terpelihara drp. melakukan Dosa (Maksum)… Firman Allah “Sesungguhnya beruntunglah orang yg. membersihkan jiwanya” (surah as-Syams:9)

  7. Amboi… Van Ckulop… banyak benor pantun yg. miker Jual… tak beduit teman membelinyer..

    Sebenor nyer teman Ke Kuala Terengganu… bertemu JIHA..Di bawa teman membeli belah di Pasar Kepayang, Habis teman borong segala macam keropok.. Kain Songket. tudung berbatu2 fesyen baru…kilau bergermelapan hadiah teman buat JIHA..

    Memang benar Jiha seorang gadis yg cantik Jelita, Paras sederhana dan berkulit putih Gebu… orangnya bersopan santun… Nyata dia seorang perahsia, munkin juga lebih gemar menyimpan seribu bahasa dan Rasa… Jika benar telahan teman , nyatalah kenangan2 yg. silam adalah LUKA yg. dalam baginya… Dari butir bicaranya, dia seorang yg. terlalu merendah Diri, lembut, Lurus dan berketrampilan, kemas dan pandai bergaya…Letak berapa harga pun teman tak nolak…

    Di bawa teman melawat pantai Batu Buruk sambil menghadap Laut cina selatan kami berbual mesra sambil makan “SATAR” yg. enak rasanya.. tak spt yg. dikatakan Van.. sangat lambat dipetik, sudah milik org…. Lepas tu.. di bawa ke Mesjid KRISTAL yg. baru.. sempat juga solat maghrib dan isyak.. sungguh cantik pemandangan di waktu malam…dan mempersonakan..

    Kami kerantau Abang nak tengok Penyu betelor, tapi penyu tak jadi betelor asyik nangis sesaja… tak mau betelor… malam tu kami tidoo di….Cukup setakat tu cerita teman…

    ini Pantun JIHA utk teman…

    Tengah malam embun menitik
    Menitik hingga sampai ke pagi
    Dari mana datangnya kasih
    Dari mata tutun ke hati…

    Kain Sarung kain terendak
    Memang manis kalau dipakai
    Kalau takut di Lambong Ombak
    Jangan berumah di tepi pantai

    Cincin intan bunga Selasih,
    Mari di pakai bersama Selendang,
    Kenapa Abg. omarm… takut berkasih,
    Adakah Van Ckulop jadi penghalang..???..

  8. 😀 ekekeke kelakarlaa korang nih..!

  9. Tengah malam embun menitik
    Menitik hingga sampai ke pagi
    Kasih bertaut sudah bertitik
    Harapan dan doa ianya menjadi

    Dari duduk memegang tombak
    Sambil mengelak terus berdiri
    Bukan saja dilambung ombak
    Menjadi kalkatu membakar diri

    Meneguk madu di pinggir kali
    Burung kelicap berterbangan
    Sudah disebut beribu kali
    Hasrat Omarm tiada halangan..!

    Harimau belang tidak bertuan
    Terlepas lari dari kandang
    Jika Omarm perlukan bantuan
    Sebut saja menyusul datang

    Pening lalat sudahpun lali
    Termengah letih berjalan pulang
    Sudah tertulis sejak azali
    Sedia menerima tengkujuh datang

    Cantik sungguh Rantau Abang
    Ramai orang pakai bekemban
    Tiadaku hampakan harapan orang
    Kerana sahabat sanggupku berkorban

  10. Macam mana dengan lelaki yang tiada teruna ??? Zaman sekarang ramai juga lelaki yang sudah tiada teruna tapi nak kawin perempuan yang ada dara dan baik baik .

  11. hehehe..Anita.. 😉
    Tak dak lelaki Teruna yang Original..huhuhu
    Namanyer blum kawen,tp tak taulaa penah buat sendiri ke or ngan org lain..hrmmm

  12. Inilah jawapannya cik Anita…,

    Bidara berbuah di Tanjung Tualang
    Menebang pokok di waktu terik
    Berdara, berlakikan jantan jalang
    Itulah tanda pompuan musyrik

    Dari Daik pulang ke Daik
    Burung terjerat masuk ke sangkar
    Orang yang baik lawannya baik
    Mereka tak buat perkara yang mungkar..!

    Tumpuan pesakit kepada doktor
    Pesakit datang wajib dilayan
    Orang musyrik jiwanya kotor
    Sekutukan ALLAH jadi mainan

    Titian lurus sangatlah tajam
    Akhirat itu sungguh menyiksakan
    Bacalah alQuran dapatkan faham
    Surah ANNur ayat tiga memperjelaskan

  13. Terima kasih Van Ckulop… miker Sahabat yang baik adalah adalah mahal dari segunung emas permata… sanggup bersusah payah kerana Teman..
    Teman tidak mengharap segunung emas permata.. tapi teman berdoa mudahan tuhan memberi sahabat yg. soleh… spt Van Ckulop setiasa di berkati Allah sentiasa…

    Jiha pulak udah membisu seribu bahasa
    Adakah jiha membeci pada ku Wahai Van
    Bencilah biar berpada-pada,
    Mungkin pada satu hari ia akan menyukainya?????

  14. cik omarm & cik van ckulop, best aaa.. byk pantun..

  15. Amboi2x.. sejak teman tak ada 2-3 menjak ni asyik berpantun je abg berdua ni (omarm & van ckulop). Takpe la, teruskan perjuangan anda, menjual dan membeli pantun supaya adat, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. 😉

  16. assalamualaikum

  17. respond no 32 oleh bro omarm.

    ni apo pulak namo den disobut2? apo kaitannyo dongan tepak sireh? den bolum nak menikah…

  18. Pernahkan Anita terjumpa Lelaki yg tiada teruna?.. bagaimana pun kita hanya mampu berdoa.. semuga Allah ketemui kita dgn org yg. soleh.. dara atau teruna hanya Allah maha mengetahui segala2 nya…

  19. terima kasih cik La ada respon dari anda… munkin nama tepak sireh tu… mengambil sempena.. kerana cik La bersusah payah menyediakan sireh junjung buat si U.Aida… sebagai menghargai jasa Cik La…..

    manalah tahu munkin lepas nie jodoh cik La pulak????

  20. Buat PURPLE tolong jawab..,

    Sepertiga malam bangun dan sujud
    Tanda dan sifat orang mengenal
    Wahai Purple jelaskanlah maksud
    Tiada lelaki Teruna Original..?

  21. Syekh Abdul Qodir Jailani berkata – “Wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada Rahmat Allah ‘Azza wa Jall kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan. Bersihkanlah kotoran dari pakaian agamamu dengan taubat yang istiqomah dan ikhlas. Kemudian, harumkanlah pakaian agamamu itu dengan wangian ma‘rifah. Berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah mana pun engkau toleh, terdapat haiwan-haiwan yang buas sedang berada di sekeliling dirimu, dan pengaruh-pengaruh jahat yang merosak pula sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadanya dan kembalikanlah hatimu kepada al-Haqq (Allah)‘Azza wa Jalla.”

  22. Salam..
    Saudari..stiap prkra ada baik n buruknya..ada pndpt positif n negatif,ada myokong dan x kurg mengutuk..klu saudari ragu smada nak bgtau atau x..buatla smyg istikharah..insyAllah Allah akn bg petunjuk…dr cni saudari bleh fikirkan samada nk bgtau ke x…

  23. Menarik isu ini.. but its really unfair if juz pointing finger to 1 side only.. mengapa guys pentingkan dara sedangkan dia sendiri pun bukannye teruna.. terlalu pentingkan diri sendiri.. tak suka..kpd wanita yg dah bertaubat, seeloknya rahsia kan lah.. menda yg lepas jgn di kenang lagi. buat sebagai pengajaran utk mendidik ank2 kita nti..

  24. Macam mana pula kalau lelaki pernah terlanjur ? Kalau dia sudah insaf dan bertaubat ….Adakah boleh diberi peluang kedua ?

  25. uiiishhh Cik La, sejak bile le plak tangan tu jadi lembut ye?
    sesuka hati omarm je…tepak sirihku, sepupuku yg membuatnya..Cik La tolong jadi supplier daun sireh je…

  26. Assalamualaikum..
    bismillah..

    topik yg sangat menarik untuk dibincangkan. melibatkan maruah, emosi, keadaan, hubungan dan keikhlasan.. byk komen yg saya baca. tak perlu berfikir menggunakan emosi. sebaliknya fikir dahulu sebelum mulakan kata-kata. andaikan situasi tu terjadi pada salah sorang dari kita atau diri kita sendiri, adakah semudah kita melontarkan komen dalam ni utk membuat keputusan? bercakap itu mudah..lakukan itu sukar sebab ia melibatkan hati dah perasaan. bagi saya, dalam situasi ni hanya ada dua persoalan sahaja yg akan dihadapi oleh mereka yg mengalaminya..JUJUR atau BERAHSIA.. sekiranya JUJUR pilihan mereka, maka mereka harus BERSEDIA untuk menghadapi kemungkinan yg bakal berlaku. BERSEDIA dalam erti kata segalanya. BERSEDIA menerima hakikat kemungkinan akan kehilangan si dia, BERSEDIA memberikan penjelasan yg terbaik utk fahamkan si dia, BERSEDIA utk mengakui kesilapan lalu, BERSEDIA utk berubah kerana Allah, BERSEDIA utk merelakan perubahan sikap si dia..namun sekiranya mereka memilih utk BERAHSIA, fikirkanlah KEMUNGKINAN yg bakal menanti selepas menempuh alam rumah tangga. KEMUNGKINAN retaknya sebuah perkahwinan, KEMUNGKINAN tekanan yg bakal ditanggung anak-anak, KEMUNGKINAN hilang persefahaman dan kepercayaan suami isteri, KEMUNGKINAN akhirnya melibatkan maruah keluarga kedua-dua belah pihak.

    sebelum membuat sebarang keputusan utk berterus terang, maka fikirkanlah dahulu akibat dan situasi yg bakal anda tempuhi. gunakanlah akal yg bijak. jgn terlalu mengikut emosi. kasih sayang lahir dari emosi. tapi takkan ada haluan tanpa akal yg sihat. seandainya anda telah nekad dan BERSEDIA untuk berterus terang, maka plihlah situasi yg paling sesuai utk anda meluahkan apa yang terbuku dihati. cuma fikirkan apa yang ingin saya katakan..KEJUJURAN ITU MEMANG MULIA..NAMUN TIDAK SEMUA ORANG BOLEH TERIMA KEJUJURAN KITA..LEBIH-LEBIH LAGI JIKA MELIBATKAN PERKARA SEPERTI INI..NAMUN..HARUS DI INGAT BAHAWA KEJUJURAN ITU AKAN DAPAT MENILAI ERTI CINTA SEBENAR SI DIA.. alam perkahwinan bukan satu situasi sementara. jika diizinkan Allah, sampai menutup mata kita akan menatap wajah isteri/suami dan anak-anak kita. jika cinta seseorang itu ikhlas dan suci DEMI KERANA ALLAH SERTA MENYEMPURNAKAN SUNNAH RASULULLAH, maka kesucian yg hilang itu TIDAK AKAN menjadi alasan untuk memutuskan sebuah perhubungan. berdoa dan bersujudlah kepada Allah memohon perlindungan-Nya agar dipanjangkan jodoh anda.

    memang mudah utk saya berkata-kata. saya cuma insan biasa yg hanya dkurniakan akal yg biasa yg dapat memberikan idea-idea yang biasa untuk pembaca-pembaca yg mungkin biasa-biasa sahaja. seharusnya perkara seperti ini tidak perlu menjadi satu kerumitan bagi kalangan kita seandainya kita tahu bahawa cinta yg lahir itu hanyalah cinta biasa yg tak mungkin kita akan dapat seperti luar biasanya cinta kita kepada Allah. berfkir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. jika anda seorang lelaki, kesukaran utk membuat keputusan tidak sesukar kaum hawa. perlu diingat, kejujuran anda mungkin bakal menemukan anda dengan insan yg benar-benar ikhlas menerima anda seadanya. tidak perlu berterus terang seandainya anda yakin dapat menyimpan rahsia ini dengan baik dan dengan syarat anda telah bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi..Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. segala kekecewaan dan kesusahan yg bakal anda tempuhi nanti sudah tertulis dalam ketentuan-Nya..

    wallahualam..

  27. Sebagaimana dalam Al-quran telah menyatakan bahawa perempuan baik untuk lelaki baik .Yang berzina akan dapat pasangan yang berzina juga .Bagaimana jika seseorang itu sudah insaf ? Adakah seseorang yang pernah berzina memang hina selama-lamanya ? Kotor…jijik….

  28. Kalau ada teman lelaki seseorang itu mengaku pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya .Kemudian dia sudah insaf . Adakah sesuai berkawin dengan perempuan yang masih suci lagi ? Sedangkan perempuan itu sudi menerimanya .

  29. Apa nak buat Rina… kalau pompuan sudi menerimanya apasalah!!!! tapi lepas kawien jangan di ungkit lagi… pekara tu… kalau tidak umah tangga tak bahagia… jgn jadi becerai berai sudahlah…. kalu nasi dah jadi bubur!!! lalu telan.. telanlah!!!!!!!!! kalau tidak jangan biarkan jadi bubur… nak selamat pun dh jadi punah ranah!!!!!!!

  30. Hrmm lama tak masuk sini..!

  31. Silakan masuk tuan puteri Color Purple!!!
    Hamba di istana dah lama… ehem!!!
    Dayang2 pun dah pergi bercuti!!!!!
    Hulubalang pun dah cabut Lari!!!!

  32. Tp Omarm jea blum cabut lari..! 😛

  33. lelaki kdg2 leh terima jugak..
    nampak kejjuran dimatanya em.xde hal
    lelaki cth.mcm aku nie..em.kalau aku jumpa org yg aku cintai dan memiliki ciri2 idaman aku..aku xkisah kalau die penah ****
    kalau die myesal & insaf..aku terima..
    kdg2 org yg baik nie pun xde feel xjalan jugak hehe..

  34. U kena bertaubat nasuha,semoga diampuni oleh allah,kalau u bagi tahu imam besar pun dia tidak dapat menolong,tetapi menambah dosa lagi-memberitahu pada awam-dimana mereka akan disoal dikemudian hari atas kegagalan melaksana hukum allah,yg sudah2 lupakan -cuba buka lambaran baru,jgn sekali2 mengulanginya.”setan telah berjaya dlm pelaksanaan kehendak nya”..banyak2 bertobat…C U smile

  35. Xman kata kat aku,dia hilang teruna pada banyak gadis2,sekarang seolah2 menghantui kepala nya, dosa haram surga neraka bermain2 menari2, seolah2 dunia kata pergi kubor kata mari dalam fikirannya, ia sentiasa berlegar2 dlm kepala hingga kini ,ada kah Allah akan mengampuninya atau tidak,wallahuallan….bagi u tidak lah seteruk sangat ,berkemungkinan pengalaman atau kesalahan pertama,toubat banyak2 neschaya pintu shurga akan terbuka luas didepan u,jagan sekali2 mengulanginya.(Nabi Adam serta hawa pun diampuni setelah memakani buah larangan)..tambah nya lagi,lazimnya yg haram itu rasa nya lebeh lazat enak sekali-seronok dan sodap drp yg halal kata hamba Allah,berkemungkinan menu nya di aduni oleh kekotoran Iblis…wallahuaalam

  36. sy ada soalan utk diajukan.. bagaimana klu penah terlanjur dan perasaannya xpenah tenteram, jadi wajibkah dia buat taubat nasuha? bagaimana klu perkara itu terjadi lg?

  37. lagi satu adakah lelaki yg boleh terima pmpuan yg dh ******????

  38. setiap manusia melakukan kesilapan…tak kira sama ada besar atau kecil dosanya itu…namun, apa yang disyariatkan dalam Islam adalah jangan sesekali membuka aib itu di hadapan maunsia yang lain…bertaubatlah dengan sebenar2 taubat…insyaallah, dosa itu pasti diampunkanNya….jangan sesekali mengulanginya lagi kerana kita hidup di dunia ini hanya sekali….dunia adalah sebagai tempat untuk kita mengumpul segala bekalan untuk di bawa ke sana…akhirat yang hakiki….moga segala dosa2 yang pernah dilakukan, akan diampunkan…teruskan dengan memperbanyakkan solat2 sunat untuk meringankan dosa2 yang pernah dilakukan…tiap airmata yang mengalir kerana kekesalan atas dosa yang lalu adalah satu kerahmatan agar kita sentiasa menyedari betapa kerdilnya kita di dunia ini….
    wallahualam………..

  39. wahieyah cuba jawab soalan are-long yer….
    sekiranya pernah terlanjur, segeralah kita bertaubat…taubat nasuha adalah taubat yang sebenar2 taubat…bermaksud kita berjanji pada diri untuk tidak mengulanginya lagi…untuk mengelakkan dari terjerumus kemabli ke arah kemaksiatan, kita digalakkan supaya memperbanyakkan mengerjakan solat2 sunat. lakukan di waktu sepertiga malam…di waktu tersebut, hati kita akan terasa lebih tenang dan kita akan menyedari betapa kerdilnya diri kita di hadapan Allah….
    wallahualam…..

  40. Kalau dah takda kejujuran susahla..

    Sebab kita nak memilih calon untuk lahirkan zuriat yang soleh dan solehah..

    Kalau ibu nya sendiri pernah berzina walaupun sudah taubat…mesti ada implikasi dalam kekeluargaan.

  41. Kebanyakan komen di sini mengambil ringan faktor zina sebelum kahwin.

    Zina kemudian taubat nasuha..pastu senyap..pastu cari calon lelaki yang baik2..

    Yang merana kaum2 lelaki yang ingin cari isteri yang sentiasa jaga maruah,adab dan tanggungjawab..bagaimana pula kita nak jaga golongan ni?

    Memangla perempuan yang berzina kemudian taubat tidak jijik..cumanya macam rasa selamba je dok diam..

  42. Salam syed aswadi,

    Tak ada apa dengan wanita dunia ini, carilah hurun-ain di akhirat nanti ..

  43. syed aswadi, sy baru je tgk ruangan ni..tp terpanggil nak jwb soalan awak..kenapa nak soalkan zina dan taubat? prnh dgr cite pelacur yg bertaubat dan masuk syurga? dan lupakah pd janji Allah perempuan yg baik untuk lelaki yg baik? atau kalu seorang ustaz dapat isteri yg ada sejarah hitam sekalipun, tidakkah besar pahala bg ustaz itu untuk membimbing isterinya nanti..bukankah lelaki itu pemimpin..jgn lg menghukun, kalu seorang perempuan tu dah bertaubat, terimalah..kerana tiada manusia yg tidak berdosa. lg pun awak tahu ke punca perempuan jd begitu? tahu x perempuan ada 9 nafsu..kalu lelaki yang ada 1 nafsu pun kalah, inikan pula perempuan..

  44. bru terpanggil utk merespon..mf menyampuk.
    isu yg tidak lapuk dek hujan..

    mudah2an pada perbincangan ini ada keberkatan..
    pesanan utk diriku, dan diriku, seterusnya utk diriku, kemudian utk diriku..dgrlh wahai diriku..
    selamat bertaqwa..demi melahirkan ahli taqwa..berusahalah..
    nauzubillah

  45. Apabila seseorang itu sudah bertaubat nasuha, kita sebagai muslim patut melayannya dengan baik.

    Samaada dulu dia penzina, peminum arak atau penjudi

  46. cinta yg sebenar adalah mencintai tuhan kamu..kerna sesunguhnya wanita dan zuriat itu adalah perhiasan dunia..terdapat pelbagai jenis perhiasan di dunia ini..bersyukurlah dengan perhiasan yg kamu perolehi..nescaya bidadari-bidadari(tidak akan terkelip mata mu memandang untuk seribu tahun sekalipun) akan menunggu mu di syurga yang kekal abadi..cinta bukan pada wanita apatahkn lg dara seorg gadis..bukan tangungjawab mu untuk menghukum mereka..bahkan mempertikaikn mereka..tangungjawab mu hanyalah utk beribadat semata2 dan besyukurlah..nescaya kamu akan memperoleh rahmat yg tidak tekira..

  47. allow…………….

  48. Bapak2,ibu2,makcik2,kakak2,nenek………kte budak baru 🙂

  49. Salam, pertama sekali, saya berasa blog ini amat berguna sekali.

    Di sini, saya ingin bertanya, adakah perlu, bagi pasangan yang telah terlanjur, untuk bernikah secara halal selepas berzina?

    Dan sekiranya seseorang lelaki itu telah terlanjur dengan prempuan A, dan kemudiannya bercouple dengan perempuan B, boleh kah perempuan A menuntut lelaki itu untuk mengahwininya? (perempuan A tidak mengandung)

    Harap soalan saya dapat dijawab, kerana ingin membantu rakan di dalam kebuntuan 🙁

    Terima kasih.

  50. bagaimana klu dah terlanjur banyak kali? adakah ALLAH akan mengampunkan kesalahan serta kesilapan kita? mmg perempuan tu nk bertaubat tp tiada sapa yg ingin membimbingnya. jd perlukah dia mempunyai seseorg yg perlu membimbing dia atau atas kehendak dirinya sendiri utk bertaubat?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.