.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Bagaimana Kalau Si Dia Curang ?

September 13th, 2006 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan

nokiaazrul0.jpg

Saya menerima satu sms pada suatu pagi. Seorang wanita meminta saya mengeluarkan nama tunangnya dari myJodoh. Tanpa menanyakan siapa tunangnya itu, bagaimana dia tahu, saya menidakkan dengan baik.

Bukan kerana tidak kasihan, tetapi kerana itu sememangnya polisi yang saya amalkan. Anda berdaftar, anda bernyah-daftar, anda yang lakukan sendiri. Tiada pihak lain yang akan terlibat, melainkan jika anda memang dikehendaki oleh pihak berkuasa, maka terpaksalah siapa yang bertugas di myJodoh pada hari itu memberi kerjasama.

Sejurus selepas itu beliau membalas dengan kata-kata keras, mengecam myJodoh sebagai tempat ‘merobohkan masjid’ dan bukannya membina masjid. Beliau menyuruh saya agar lebih prihatin dalam meneliti orang yang menyertai myJodoh.

Saya tahu beliau sedang marah, saya menasihati beliau dengan baik. Alhamdulillah, beliau dapat menerima.

Sebenarnya bukanlah satu perkara baru jika terdapat suami curang, tunang curang atau isteri curang di myJodoh. Malah bukan sahaja di myJodoh, kita dapat menjumpai mereka di mana-mana di dalam internet.

Semua ini terpulang kepada diri individu itu sendiri. myJodoh adalah salah satu laman daripada berjuta-juta laman web pencari jodoh di seluruh dunia.

Sekiranya saya menutup terus myJodoh semata-mata ingin ‘membantu’ wanita itu, jika tunanganya mahu, tunangnya boleh mendaftar di laman web lain.

Tetapi sekiranya tunangnya adalah seorang yang setia dalam penetapan pasangan hidup. Sudah tentu, jika diberi sejuta lagi laman web seperti myJodoh, dia tidak akan tergerak hati untuk melibatkan diri.

Ia bukanlah satu masalah kecil atau perkara biasa yang boleh dipandang remeh. Tetapi pendekatan untuk mengatasi masalah ini tidaklah begitu rumit.

Sebenarnya perkara ini adalah mudah sekiranya kita hidup kerana Allah swt. Kita harus belajar menerima segala yang Allah swt berikan. Kita mohon jauhi perkara yang buruk. Perjalanan hidup kita ini adalah terlalu singkat untuk kita bermain-main atau melayani perasaan.

sonata.jpgJika kita menonton filem Hindustan, si hero atau heroin akan menangis-nangis meratapi kekasihnya apabila perpisahan berlaku. Atau pun cerita Korea Winter Sonata yang memilukan apabila Jun-sang terlibat dalam kemalangan lalu lupa ingatan. Atau pun P. Ramlee yang menikam matanya sehingga buta kerana kesedihan dalam Ibu Mertuaku- kita harus ingat, itu adalah lakonan dan khayalan.

Dunia sebenar tidak begitu, kehidupan kita tidak ada muzik latar ketika kita suka dan duka. Kehidupan kita adalah untuk diri kita sahaja, ia tidak akan di sebut-sebut seperti filem-filem itu dari mulut ke mulut. Kita harus sedar semua ini.

Seorang wanita yang berjalan di pantai, menendang-nendang pasir, mulutnya menyanyikan lagu pilu, wajahnya sedih, pergerakkannya perlahan dan pandanganya jauh. Pada kita, dia sedang berjalan-jalan dan bersiar-siar, menikmati alam, mungkin menenangkan fikiran dan melupakan kekusutan. Tetapi pada dirinya, dia sedang melakonkan video-clip di alamnya sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki kebetulan di situ dan bertanya “hai .. boleh berkenalan ?”, beliau tersenyum. Wajah sedih bertukar ceria. Semua kedukaan di wajah tiba-tiba hilang begitu sahaja, kerana beliau sedari rupanya video-clipnya sedang ditonton, mendapat perhatian. Kedua-duanya terus berkenalan. Artis telah bertemu peminat.

Semua itu adalah khayalan dan ia memudaratkan. Khayalanlah yang membuat banyak empayar-empayar besar terdahulu jatuh. Khayalan juga mampu membuat diri kita jatuh.

Kecintaan kita kepada seseorang tidak boleh melebihi kecintaan kita kepada tuhan, kepada Rasulullah saw. Sekiranya anda boleh menitiskan air mata kerana kehilangan kekasih yang tersayang, bolehkah kita tersesak-esak dan tersedu dengan perasaan yang serupa ketika meneliti Sirah Nabawi, membaca bagaimana susahnya Rasulullah saw berusaha menyampaikan dakwah, mengenang saat wafatnya Nabi.

Ada. Mungkin tak ramai. Mereka yang mampu menitiskan air mata ketika mengenang Rasulullah saw adalah mereka yang tidak hirau lagi dengan kekurangan dan kehilangan di dunia, apatah lagi kehilangan seorang kekasih yang boleh dicari ganti.

Sekiranya kita berusaha untuk menghayati dan mendalami Islam, menyayangi Rasulullah saw, mencintai Allah. Dengan izinNya kita tidak akan mudah melatah dalam hal-hal sebegini.

Saya mengenali seorang lelaki yang pernah beristeri dua. Namun selepas itu isteri keduanya telah diceraikan. Yang menarik perhatian saya adalah gelagat isteri pertamanya, yang mengikut ceritanya, hanya berdiam diri dan meningkatkan ibadah setiap hari ketika perkara itu berlaku.

Pergaduhan hanya berlaku pada peringkat awal. Selepas itu isteri pertamanya itu sedar yang dirinya tidak lagi lawa, tidak lagi mampu memberi keseronokkan kepada suami. Dia bertindak mengubah dirinya, bukan menjadi pesaing madunya tetapi berubah mendekati Allah dan RasulNya. Hidupnya menjadi lebih bahagia.

Akhirnya, keseronokkan yang dicari oleh sang suami pada isteri mudanya telah kehabisan. Dia mula mencari wanita ketiga. Tetapi mengikut katanya, dia merasa bahagia apabila pulang ke rumah isteri pertama setiap minggu. Ternyata bahagia dan keseronokkan adalah dua perkara yang berbeza dan kebahagiaan hanya boleh dicapai apabila kita mencintai agama kita.

Dengan kudrat tuhan, akhirnya dia berpisah dengan isteri mudanya, kerana sebab-sebab tertentu yang tak perlu saya ceritakan. Hari ini lelaki itu adalah seorang suami dan bapa yang penyayang. Semua itu terbit dari diri seorang wanita yang membahagiakan.

Pendekkata, sekiranya ada di antara isteri atau tunang yang menghadapi masalah sedemikian. Mohonlah ampun kepada Allah banyak-banyak, belajar mencintai Islam, Allah dan RasulNya. Lupakan diri si dia seketika, mulalah membaca kitab suci sebagai mengisi masa.

Sekiranya bercita-cita untuk menjurus kepada perkara kurafat, bomoh, sihir dan sebagainya, batalkan sahaja niat anda. Sebaliknya tanamkanlah cita-cita untuk berdoa di hadapan Kaabah. Nescaya di sana lebih berkat dan mustajab. Berusahalah ke arah itu. Mudah-mudahan apabila anda sampai ke sana anda tidak lagi mengingati si dia.

Kemudian dalam masa yang sama berbincanglah dengan si dia, nasihatilah si dia dan biarkan si dia dengan dunianya.

Sekiranya si dia insaf, ikhlas memohon maaf, maka maafkanlah dirinya dan terimalah dia kembali dengan baik. Bersyukurlah kerana dugaan Allah telah tamat.

Sekiranya ditakdirkan kita berpisahnya dengan pasangan kita itu, terimalah dengan hati yang terbuka. Kerana kehilangan dirinya telah diganti dengan iman di dada.

Originally posted at : http://aalwi.blogspot.com/2006/09/bagaimana-kalau-si-dia-curang.html

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

10 Responses

  • aku ni says:

    ada gak eh..awek tu x patut ar marah kat sini..mesti ada sebab tunang dia masuk sini..ada la yg x puas hati kot..

  • zie says:

    em..redha dgn ape yg brlaku..
    smoga tabah mghadapi dugaan ini..

  • nadia says:

    ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penulis entri ni..walaupun entri lama,nukilannya byk mengubati hati dan mengembalikan keyakinan saya yang sedang menghadapi kecurangan suami..saya akan lebih dekat pada-Nya..dan tambah kan iman untuk menenangkan jiwa.Salam Terima Kasih..

  • PuRpLe says:

    :salam:

    Terima Kasih Pakcik..Saya baru jea baca tajuk nie..Buat saya tenang jea..Buat saya merenung dan berfikir..

    Usia kita bukanlah panjang mana,bila2 pun kita akan tinggal dunia nie..sementara ada saki baki hidup,elok kita beramal utk bekalan disana..Insyaallah Amin..Mudah2an..

    Apa yang berlaku redha ngan hati yg ikhlas..Kita hidup keranaNYA..
    Saya rasa saya muda lagi,bercinta pun dah terlalu ikut emosi,hati dan perasaan..kan elok klu berfikiran matang dan sedar spt cerita isteri pertama..ia membuat dirinya menjadi lebih tabah dan tenang bila kita dekatkan diri kpdNYA..buat aku insaf dan merenung dlm diri sendiri..

    Tima kasih.. 🙂

  • OMARM says:

    Tidak di nafikan dalam kehidupan ini kita sentiasa mengharapkan segalanya berjalan lancar… spt yg dihajatkan.
    Samada dlm pelajaran, pekerjaan, perkahwinan… mahu pun perhubungan… semuanya mahu yg molek2 belakoooo..

    Namun tidak semua yg terjadi adalah seperti yg di rancangkan. Cuba menyesuaikan dengan persekitaran baru… jangan terbawak2 dgn kisah sedih yg tiada penghujungnya.
    Tabahkan Hati meneruskan hidup ini…
    Jalan yg di lalui terasa suram terpaksa meniti sendirian akibat kehilangan orang yg tersayang… Jenuh menyulam kisah suka duka bersamanya… Hajat di hati nak bina Istana bahagia.. tapi Istana pasir di roboh oleh ombak yg datang menghempas Pantai… hanya tuhan saja yg tahu betapa rindu masih menggalas di kalbu… Jangan di kenang pekara yg dah berlalu… hadapilah hari mendatang dengan penuh keinsafan…

    Yakinlah dengan ketentuannya apa yg terbaik untuk hambanya. Percaturannya indah penuh rahsia dan Allah tidak akan mmbebani insan dengan sesuatu yg diluar kemampuan Hambanya ini…

    Semuga kita semua tabah dalam menempuh liku hidop ini.. walau pun Cerita kita berbeza………..
    Hidup ini terlalu singkat dan setiap SAAT merupakan satu Nikmat dari Allah SWT…
    Sentiasa memanjatkan Doa… semuga kita di lindungi.. dan berada di atas jalan yg di redai dan dirahmati selalu..

    Seropa Bro… dulu duduk kat Bukit Putus… asyik.. tunang putus.. tak jadi ajooo memanjang…
    Sekarang udah pindah kat Jando Baik pulak… semuga dapek yg baik2 belako… tak gitu Purple!!!!

  • PuRpLe says:

    :mrgreen: hehehe Btoi tue Bro Omarm.. 😉

  • HOney... says:

    aku baru jew clash ngan pakwe aku sal die curang kt aku.. die ader p’puan lain. sbnarnye aku msih syg kt die…tp die sruh aku jauhkan diri dri die coz die kta die jhat. die kta die pnah tidow ngan p’puan 2!! n die xnk aku trus terusan terluka dsbabkn die…oh god! apela dosa aku. aku xley time sume 2… aku rase dnia aku cam dah gelap jew..plz help me.

  • Olyn says:

    Salam honey, apa yang terjadi kat you sama macam apa yang I alami baru-baru nih. Memang bila I dapat tahu semua tuh, dunia nih terasa gelap. Orang yang kita sayang boleh curang belakang kita. Mula-mula memang I rasa kecewa tahap maksima, tak dihargai, diperbodohkan….Senang cerita ibarat jatuh terduduklah, tapi slowly I bangun sebab life must go on. I anggap semua nyer dugaan Tuhan, bila I ingat Tuhan i dapat balik my strength. Tapi I tak nafikan sekali-kala teringat jugak sejarah hitam nih. Tapi apa yang terjadi banyak mengubah hidup dan cara I berfikir. Ingat ‘Setiap kejadian pasti ada hikmahNya’. Wasalam…..

  • hanna says:

    sakit bila pasangan kt curang..cincin tunang kt jari panas lg terasa tp dia dah wat pengakuan ada wanita lain sekarang mcm bermadu plk..knapa la wanita lain sanggup wt semua ni kat wanita lain x rasa ke sakit nye ambil hak org..betul2 buntu sekarang…

  • miss_pelangi81 says:

    Mula2 bole ler maafkan kekasih kita tu…tp kalu slalu sgt wat hal, kita kena pk sedalam2nya…
    xkan smpai kawen nati pun kita nk sabar



Leave a Reply