Dilema Seorang Pencari Jodoh ..

myJodoh boleh menjadi satu ‘alat’ yang berkemampuan tinggi, “a powerful tool” dalam bahasa inggeris, sekira penggunanya pandai menggunakan kelebihan yang ada pada myJodoh untuk mencapai hasrat.
mail0801.jpg
Ia juga boleh menjadi laman web yang tidak mendatangkan faedah, sekiranya penggunanya tidak tahu mengambil kesempatan yang ada.

Saya pernah mengenali sepasangan pengantin myJodoh yang bertemu jodoh di sana. Mereka berkenalan, dua minggu selepas itu meminang dan seterusnya acara majlis kenduri. Jarak antara perkenalan dan majlis akad nikah adalah 7 minggu.

Si lelaki menjadi pengguna berbayar sebulan sebelum perkenalan itu, si perempuan menjadi pengguna berbayar setelah mendapat pesanan dari si lelaki.

Mungkin ada yang berkata, dah jodoh. Benar, memang jodoh mereka. Jika Allah swt mahu, maka bertemu dan berkahwinlah mereka. Jika tidak, maka sebaliknya.

Tetapi melalui perbualan dengan mereka, lelaki ini mempunyai perancangan. Beliau menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja yang tengah online pada setiap malam untuk berkenalan. Alang-alang dah bayar, biar berkenalan dengan semua orang.

Dan si wanita tidak memilih, apabila ‘dah ada’ tu istikharah sahaja. Tuhan Maha Mengetahui. Perkenalkan kepada ibu bapa untuk minta pandangan. Sekarang ini mereka mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup itu.

Itu adalah contoh pengguna yang pandai menggunakan myJodoh. Mereka faham myJodoh adalah medium yang baik untuk mencari pasangan hidup lalu menggunakan myJodoh sebaik mungkin.

Sebenarnya terdapat ramai lagi individu sebegini di myJodoh. Kita tidak akan nampak mereka kerana mereka sentiasa berada di belakang, maklumlah .. orang tengah bercinta.

Siapa yang kenal dengan Kak Affah atau Ana ? Mereka berdua telah berjumpa pasangan masing-masing dalam masa yang singkat. Mereka tidak pernah muncul berchatting, berforum atau bersosial. Semua ini adalah ciri-ciri orang yang merancang.

Perlu diingat, Rasulullah saw tidak mendidik kita untuk semata-mata berdoa dan menanti. Rasulullah saw adalah insan yang mempunyai stratergi dan perancangan dalam semua hal, setelah itu baginda berdoa … kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah swt.

Semua perang pada zaman hayat Rasulullah saw dilakukan dengan penuh stratergi. Rasulullah saw mengumpulkan para sahabat setiap kali untuk merancang bagaimana melawan musuh.

Apakah perlu seorang Rasul yang sentiasa mendapat pentunjuk untuk merancang bersama manusia-manusia lain. Baginda hanya perlu memberikan arahan dan perintah. Tak lain dan tak bukan kerana baginda cuba mendidik para sahabatnya merancang, melaksanakan rancangan dan berdoa serta berserah.

Kebanyakkan pengguna yang berasa kecewa dengan myJodoh adalah pengguna yang tidak merancang lebih awal. Mereka berniat, berhasrat tetapi tidak mempunyai perancangan khusus.

Mereka mempunyai ramai kawan tetapi bukan calon pasangan hidup. Atau, ramai calon pasangan hidup tetapi tiada satu pun yang ikhlas. Saya amat simpati kerana tidak dapat membantu. Semoga Allah memelihara mereka.

Lalu, apa rancangan anda di myJodoh ? Berapa ramaikah yang telah anda kenali melalui myJodoh ? Berapa ramaikah yang pernah mengecewakan anda atau berasa kecewa dengan anda? Mengapa mereka berasa kecewa dengan anda ? Adakah kerana sikap, rupa atau lain-lain ? Apakah langkah yang anda ambil untuk memperbaiki keadaan ? Apakah stratergi anda selepas itu ? … dan banyak lagi.

Napolean Hill, adalah seorang pakar dalam bidang motivasi dan jualan di Amerika, beliau berpendapat yang semua orang harus menjual.

Seorang lelaki harus ‘menjual‘ dirinya pada seorang wanita sekiranya dia berminat dengan wanita itu. Menjual di sini bererti, bagaimana lelaki itu menonjolkan diri, memperkenalkan diri, menunjukkan kebaikkan sehingga wanita itu tertarik ..

Bagaimanakah anda mencari dan dalam masa yang sama mencari dengan selamat !

Langkah-langkah ini ditulis khusus untuk pengguna wanita myJodoh :

Step 1 – Menghantar pesanan
Cuba kita fikir sejenak. Jika kita berada di sebuah “Shopping Complex” sekarang, mampukah kita pergi dari seorang .. ke seorang .. ke seorang .. untuk memperkenalkan diri, untuk berkenalan ? Tak mustahil, tapi payah dan bukan semua orang dapat melakukannya, muka kena betul-betul tebal.

Sekarang ini, bayangkan seluruh “Shopping Complex” itu hanya sebesar screen monitor anda sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik dan hantar pesanan. Wajah anda pula tidak kelihatan. “Dia jawab atau tak jawab, lantak pi laa kat dia.” Mungkin dalam 20 orang .. katakan. Pasti ada yang menjawab, insyaAllah.

Tidak wujud isu perigi mencari timba di sini. Sebaik sahaja anda berdaftar di myJodoh, andalah perigi dan andalah timba.

Jika anda ingin menjadi perigi sahaja, lebih baik anda meminta pertolongan ibu bapa di rumah mencarikan timba untuk anda. Perigi mencari timba adalah peribasa Melayu yang berkait rapat masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu, jodoh ibu bapa yang tentukan. Maka untuk menjadi perigi, kembalilah kepada asal-usul peribahasa itu, iaitu meminta ibu bapa menjodohkan.

Step 2 – Lakukan saringan ..
Setelah mendapat balasan pesanan-pesanan tadi, pada peringkat ini, anda harus mengenal pasti individu yang boleh pakai .. dengan yang tak boleh pakai.

Senang sahaja. Jangan sekali-kali memberikan apa-apa maklumat berhubung kepada mereka, sebaliknya ajak mereka menjadi pengguna berbayar. Banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Lagipun, mereka yang telah berumahtangga tidak akan membazirkan duit untuk menyertai myJodoh. Mereka yang sanggup mengeluarkan wang menyertai myJodoh adalah mereka yang benar-benar bersungguh, seperti anda juga.

Jika sebelum ini anda tidak pernah meletakkan gambar di Maklumat Diri, jangan berikan gambar jika diminta oleh mereka. azrulhp2.jpg
Jika si dia berkata, myJodoh cekik darah, atau azrul cekik darah, buat apa jadi pengguna berbayar – anda boleh abaikan pengguna sebegini. Yang penting beliau tidak mencekik darah anda nanti.

Anda yang pernah mengalaminya pasti akan tahu sendiri, bagaimana dipermainkan, diperbodohkan, ditipu, masa dan wang habis dan akhirnya dia menyepi.

Daripada 20 orang ini, biasanya ada seorang dua sahaja yang mungkin betul-betul berminat dengan anda dan upgrade jadi pengguna berbayar.

Sekali lagi, biasanya mereka yang menjadi pengguna berbayar adalah mereka yang bersungguh-sungguh. Sekarang kita check identiti mereka …. kerana walaupun bersungguh, tetapi tidak semua jujur.

Step 3 – Kasi nombor telefon
Anda boleh meninggalkan myJodoh setakat ini jika anda mahu. Atau ulang semula Step 1 untuk mendapatkan kenalan seorang lagi.. atau dua lagi … atau tiga lagi.

Setelah mereka menjadi pengguna berbayar, anda boleh berikan nombor telefon, alamat emel dan sebagainya untuk berkenalan. Perkara-perkara yang perlu anda selidik tentang mereka adalah :

Hari (1)
– nama penuh dan nama panggilan; supaya lebih mesra
– tempat kerja; untuk rujukan
– jawatan apa; untuk rujukan
– tinggal dengan siapa; dengan keluarga adalah paling baik.
– dari mana tahu tentang myJodoh; kalau dari kawan-kawan yg dah kahwin adalah paling baik.
– selalu online dari mana ?
– dah ramaikah yang dikenali melalui myJodoh; kalau ramai adalah paling baik … sebab senang kita nak selidik tentang mereka.
– kalau ramai, pernah keluar dengan siapa ?; kalau tak ada paling baik.
– dan soalan-soalan lain.

Hari (2)
Di cadangkan anda telefon pada waktu lepas Isyak dalam jam 9 hingga 10.30. Jangan SMS.

Pada waktu ini, seorang wanita biasanya sedang mencuci baju atau menonton TV. Seorang mat lepak, tengah lepak di kedai kopi. Seorang workoholic masih dalam perjalanan pulang. Seorang mat masjid pasti tidak akan angkat telefon (jika di masjid lagi), dia akan telefon anda semula selepas itu. Seorang suami orang, biasanya tidak akan menjawab panggilan, sebab takut isteri tahu. Seorang yang sudah mempunyai teman istimewa juga tidak akan menjawab jika teman istimewanya berada di situ.

Sekiranya anda dapat bercakap. Nyatakan sahaja, anda sekadar bertanya khabar, mengucap selamat malam. Si dia di sana sudah tentu menghargai anda.

Hari (3)
Jika semalam tiada masalah, hari ketiga telefon atau sms pada waktu pagi. Kita boleh tahu jika individu itu kaki tidur atau bangun menunaikan solat subuh atau bagaimana beliau memulakan rutin harian setiap hari. Anda juga boleh mula bercakap soalan kegemaran, minat, keluarga dan itu dan ini pada hari yang sama.

Jika semalam menimbulkan keraguan, anda perlu bertanya untuk mendapat penjelasan. Jika panggilan anda masih tidak terjawab dan sms tidak terbalas sms, saya syorkan anda berhenti di sini sahaja, kita semua mempunyai harga diri.

Hari berjumpa
Sembanglah sampai puas. Ulang semula semua yang pernah anda tanya. Pastikan jawapan adalah serupa. Kalau lain, memang ada masalah kejujuran.

Hari mendiamkan diri
Banyak perhubungan gagal di sini. Ramai yang diam-diam-diam-diam dan terus sepi, walaupun di dalam hati sudah menyukai.

Sepatutnya si lelaki yang akan menghantar sekurang-kurangnya SMS. Tetapi jika tidak, perempuanlah yang kena hantar.

Caranya senang, setelah berjumpa, setelah sampai rumah, jika anda rasa suka, jangan berdiam diri.

Sebaliknya tanyalah “dah sampai rumah ker belum … saya dah sampai dah ni”. Jika ada jawapan baik … bermaksud ada harapan. Nanti kita bincangkan dalam artikel lain pula.

Jika tiada .. abaikan sahaja, saya syorkan anda berhenti di sini.

Mungkin dia tidak berminat dengan anda.

Sebab itulah dari awal tadi saya nasihatkan lakukan Step 1 dan step 2 berkali kali. Sebabnya, ramai yang akan berasa kecewa pada peringkat ini dan berkata, “aku pernah join myJodoh dulu , tetapi mengarut, ajak jumpa sekali lepas tu terus diam.” .. dan selepas tu anda sudah hilang minat untuk mencari lain.

Jika anda terlebih dahulu mengenal pasti beberapa orang calon, anda tidak akan berasa kecewa langsung, jika ada di antara mereka yang tidak sudi dengan anda.

Menjadi Lebih Serius
Selepas itu bolehlah anda menjalinkan hubungan yang seterusnya. Nanti kita akan bincangkan kemudian.

Awas
– Untuk wanita awasi wang dan kad kredit anda. Jika dia meminta, janganlah berikan atau pinjamkan.
– Sekiranya si dia menyentuh tentang seks … anda boleh abaikan sahaja lelaki begitu. Melainkan anda sendiri memilih untuk memberi respon, mereka tidak akan bertindak dan berasa malu dengan diri sendiri.

Original Posted At :http://aalwi.blogspot.com/2006/09/dilema-seorang-pencari-jodoh.html

9 Trackbacks