Perihal Video Lucah Ella dan Jojie

Ella dan Jojie Artis Nota: Imbasan 16.Mac.2003 Panca Muka 15Kehidupan ini adalah pentas. Semua pergerakkan dan kelakuan manusia dirakam oleh tuhan. Sampai masanya nanti semua akan di’play’kan di khalayak ramai.

Ella dan Jojie telah dikaitkan dengan adegan video lucah baru-baru ini. Kedua-duanya telah membuat laporan polis selang beberapa hari kemudian. Pihak berkuasa sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah.

Di dunia, apabila keaiban menimpa kita, kita boleh bertindak dan berusaha menangkis semua jenis fitnah. Di atas ‘padang’ nanti keadaannya berlainan. Video kehidupan kita akan dipaparkan kepada semua orang. Semua yang dipaparkan pula bukan rekaan atau fitnah, sebaliknya adalah perkara benar yang pernah kita lakukan.

Perkara baik, perkara maksiat, mungkar, semua jenis tipu daya akan dipaparkan dan akan disoal. Firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 24, “Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Pada ayat seterusnya Allah berfirman, “Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.”

Takutlah Allah.

Wallahu’alam.

p/s : Artikel tak ada kena mengena sangat dengan Ella dan Jojie. Sekadar ingin menarik perhatian anda memikirkan akhirat.

13 Trackbacks