Posts tagged Panduan Mencari Jodoh

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)

Assalamu’laikum,

Ikhtiar Penymbuhan Penyakit

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

  • Share/Bookmark

Salahkah Wanita Memilih Yang Lebih Kacak?

Hensom Macam Gajah

Kita sering mendengar ada pihak yang mengeluh terdapat segelintir wanita yang hanya memberi tumpuan kepada mereka yang kacak dan bergaya sebagai calon suami. Mereka menyelar golongan wanita ini kerana membelakangi golongan lelaki yang beragama dan mengutamakan rupa. Salahkah wanita mengutamakan rupa?

Berhubung dengan rupa, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, di dalam bukunya Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab menceritakan Umar pernah berkata, “jangan kamu kahwinkan puteri-puteri kamu dengan laki-laki yang hodoh rupanya, kerana rupa dapat mengakibatkan mereka tertarik, seperti lelaki tertarik kepada wanita.”

Justeru, adalah tidak menjadi satu kesalahan seorang wanita menilai seorang lelaki berdasarkan rupa dan penampilanya. Hanyasanya biarlah ‘outlook’ tersebut diiringi dengan kemantapan beragama.

Wallahu’alam.

Rujukan

Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi.

  • Share/Bookmark

Dancing Without Drugs – menari tanpa pengaruh dadah

Berikut merupakan satu petikan daripada Harian Metro Online, 27 April 2008

KUALA LUMPUR: Kempen anti dadah di pusat-pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur ialah pendekatan terbaru Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usahanya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, kata Ketua Pengarah AADK Datuk Sabran Napiah.

Beliau berkata kempen dengan slogan ’dancing without drugs’ (menari tanpa pengaruh dadah) itu amat relevan diadakan di pusat-pusat hiburan kerana gejala penyalahgunaan dadah kebanyakannya bermula di tempat ini.

Kita dapati dadah sintetik seperti ecstasy merupakan dadah paling popular di pusat-pusat hiburan. Jabatan narkotik PDRM mendapati pil ecstasy mencatatkan rampasan tertinggi iaitu hampir 8,139 biji (2007), empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya, iaitu 2,360 biji,” katanya.

Artikel lengkap

Kita tidak menafikan, ADK memang satu badan yang banyak berjasa dalam menangani masalah dadah di dalam negara. Namun saya melihat kaedah menggalakan “menari tanpa dadah” ini seolah-olah seperti galakkan “berzina memakai kondom.” Kita tunggu dan lihat kesannya nanti. Wallahu’alam.

  • Share/Bookmark

Kekasihku seorang anti-hadith ..

Salam en azrul,
Saya telah mengenali seorang lelaki di myjodoh dan kami telah berkawan beberapa bulan. Dia seorang yang baik dan jujur. Dia juga seorang yang tahu tentang agama. Cuma saya berasa pelik, semenjak kebelakangan ini dia selalu bercerita tentang Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak ada dalil tentang sembahyang lima waktu. Dia juga mengatakan banyak amalan kita setiap hari sebenarnya tidak terdapat di dalam Al-Quran. Kita semua percaya dengan hadis-hadis yang kita baca menyebabkan kita sesat. Adakah orang seperti dia sesuai boleh membimbing saya selepas berkahwin.

[Emel ini telah disaring untuk mengelakan sebarang polemik]

Berdasarkan emel saudari, memang ternyata beliau ada seorang Anti-Hadith. Menurut Dr Danial di dalam bukunya Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, “Di Malaysia, golongan ini (anti-hadith) dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad dibantu oleh pengikutnya Othman Ali. Mereka mempertikaikan Al-Hadith sebagai sumber hukum dan ajaran mereka diharamkan mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September, 1995”[1] Jelas sekali ajaran yang mengenepikan hadith sebagai sumber hukum adalah sesat.

Benar, di dalam Al-Quran tidak terdapat keterangan seperti waktu-waktu solat secara spesifik. Namun begitu, Al-Quran adalah sebuah kitab induk yang lengkap. Ia mempunyai banyak ayat-ayat menyuruh manusia bersolat dan berzakat. Hanya melalui keterangan hadith-hadith Rasulullah sahaja kita mengetahui waktu-waktu dan cara-cara mendirikan solat serta kadar-kadar zakat.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 36, “Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Firman Allah di dalam surah Al-Anfaal, ayat pertama, “..serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

Bagaimana caranya kita mentaati Rasulullah dan hukum-hukum yang telah beliau tetapkan sedangkan kita tidak pernah berjumpa dengan beliau? Tidak lain dan tidak bukan hanya dengan mentaati beliau melalui hadith-hadith yang diriwayatkan. Jadi, fungsi As-Sunnah dan hadith-hadith adalah amat penting di dalam menerangkan maksud Al-Quran.

Tidak dinafikan terdapat ramai individu yang ingin kembali kepada Islam yang asli. Mereka mula mencintai dan mengkaji Al-Quran. Namun, kajian yang tidak berlandaskan sumber-sumber yang betul tanpa melalui guru-guru yang benar serta bercampur dengan pendapat sendiri boleh mengelirukan cara seseorang memahami kandungan Al-Quran. Justeru, ilmu Al-Quran perlu perlajari dari guru-guru yang berkelayakan.

Masyarakat kita juga turut menyumbang ke arah kemunculan pemikiran sebegini. Kita banyak meriwayatkan banyak hadith-hadith palsu atau ceritera Israilliyat yang tidak bersumber daripada Rasulullah tanpa disedari. Kadang-kadang riwayat palsu yang tidak sahih ini bertentangan dengan syariat Islam dan logik akal. Secara tidak langsung akan mengetuk minda sesetengah orang untuk berfikir semula tentang periwayatan tersebut. Jika iman mereka kuat, mereka mungkin mengkaji semula sesuatu riwayat itu dengan mengenalkan pasti sumber dan statusnya. Sebaliknya, iman yang lemah akan menyebabkan hati mula menolak semua jenis riwayat.

Nasihat saya, saudari boleh terangkan kepada beliau seperti yang saya terangkan di atas dan berdoa supaya beliau diberi petunjuk dan hidayah. Jika beliau tidak dapat menerimanya, saya rasa jalan terbaik adalah perpisahan.

Wallahu’alam.

Nota Kaki

[1] Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Dr Danial Zainal Abidin. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Terbitan 2002, ms80.

  • Share/Bookmark

Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan?

happiness.jpg

Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.


….

Nota kaki

[1]
Tasauf Modern, HAMKA; Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, cetakan 2003; ms20.

..

..

..

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
Sabar Dalam Memilih
Pernah Terlanjur, Perlukah Jujur?
Ucapan Selamat Untuk Pengantin Baru

.. artikel lain ..

  • Share/Bookmark