myJodoh WebBlog
.. mencari si dia yang soleh ..
.. mencari si dia yang soleh ..
Oct 4th
Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.
Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.
Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.
Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.
Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.
- salinan kad pengenalan.
- salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)
dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.
Aug 2nd
Assalamu’laikum,

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.
May 8th
Berikut disajikan klip video pendapat Dr Danial tentang tentang persoalan di atas. Rakaman diambil ketika kuliah tafsir pada hari ahad yang lepas (2009-05-03). Untuk mereka yang belum pernah mendengar nama Dr Danial, sila lawati mindasuper.com untuk keterangan lanjut.
Feb 14th

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)
Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.
Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.
Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. (http://www.christianitytoday.com/ct/2000/februaryweb-only/11.0a.html)
Mengikut Catholic Encyclopedia (http://www.newadvent.org/) Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia (en.wikipedia.org) memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Valentine dari Terni ialah ketua paderi di Interamna (kemudiannya dikenali sebagai Terni) lebih kurang pada tahun 197 M. Beliau dibunuh oleh Maharaja Aurelian dan dikebumikan di Via Flaminia. Valentine dari Rom pula merupakan seorang paderi di Rom dan dibunuh pada tahun 269 M dan juga dikebumikan di Via Flaminia. Manakala tentang Valentine dari Afrika tidak banyak maklumat yang diketahui tentangnya.
Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Sumber : http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=144&Itemid=9