myJodoh MEMBUKA PENYERTAAN PERCUMA UNTUK JANDA DAN IBU TUNGGAL

Tawaran Ini Telah Ditutup … ia bermusim. Sila ke www.myjodoh.net, Daftar sebagai pengguna dan klik Promotion di kaki laman untuk melihat sebarang tawaran terkini. Terima kasih.

Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.

Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.

Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.

Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.

Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.

– salinan kad pengenalan.

– salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)

dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.


[1] Hadith riwayat Imam Bukhari, Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi saw.: Orang yang usaha membantu kepada janda dan orang miskin, bagaikan orang yang berjihad fi sabilillah, bahkan bagaikan orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bangun sembahyang malam.

63 Comments

 Add your comment
  1. Thnx Pakcik..Moga diberkati dan dirahmatiNya..Insyaallah,Amin..

  2. Assalammualaikum dan salam aidilfiri…
    nak tanya yang penyertaan percuma tu hanya untuk pelanggan yang baru mandaftar aja ka? or ibu2 tunggal yang dah lama mendaftar pun boleh menyertainya?
    tks…

  3. coz saya juga ibu tungal… dah lama mendaftar tapi belum jadi pelanggan berbayar,….

  4. Saya seorang ibu tunggal.Kalau dah daftar macam mana nak dapatkan penyertaan percuma?

  5. Asl’kum Sdra Azrul…

    Satu usaha yg baik dan murni. Moga Allah SWT mempermudahkan dan memberkati usaha anda, dalam membantu saudara2 muslimah kita yg lain… 🙂

  6. saya ibu tunggal berusia 29 thn ingin mencari pasangan lingkugan 32 hingga 37 tahun.

  7. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada WM yg mmberikan akses percuma kpd para ibu tunggal dan janda.. Semuga usaha tuan WM insyaalah akan di berkati… setiap kebaikan yang dilakukan, Allah akan memberikan ganjaran setimpal pada Hari Akhirat. Saham akhirat yg pasti akan dtg jua… Nak harapkan anak-anak yang soleh, mungkin setahun dua mereka akan ingat lepas tu mungkin setahun sekali saja bila balik raya mereka akan ingat pada ibu bapa mereka yang sudah tiada. Dgn SAHAM amal jariah sebegini di harap dapat membuat sebanyak mungkin amal, membantu orang lain yang memerlukan dengan apa yang kita mampu. Terasa diri kita ini cukup kerdil dan lemah. Rasa macam tak cukup amal jariah untuk dibawa bersama kita nanti. Kalau ada peluang, saya pun nak bantu mereka yang memerlukan bantuan.” Bantuan apa pun pun xkiralah…. asalkan cara yg halal di sisi Islam..

    Seperti yang kita semua maklum bahawa setiap insan di muka bumi ini, mempunyai takdir hidup yang berbeza-beza. Terdapat segelintir daripada kita yang menerima rezeki yang melimpah manakala sebahagian yang lain diuji oleh Allah swt dengan kesempitan, kesusahan dan musibah. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewujudkan satu sistem yang seimbang dan sekaligus wujudnya sistem jaminan sosial. Dalam konteks Sistem Jaminan Sosial ini antara lainnya termasuklah Zakat dan Sadaqah Jariah (Amal Jariah) bagi melindungi golongan seperti fakir miskin, termasuk ibu tunggal mereka yang ditimpa malapetaka, golongan yang berhutang dan mereka yang berjuang ke jalan Allah.

    Spt yg tertulis di artikel tesebut …SABDA Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Orang-orang yang berjalan untuk membantu ibu tunggal dan orang miskin, nescaya mereka akan mendapat pahala seperti mana orang yang berjuang di jalan Allah. Atau seperti orang yang mendirikan ibadat (solat) pada malam hari dan yang berpuasa pada siang hari.
    Hadis ini menjelaskan bahawa sesiapa yang berusaha untuk memberi bantuan kepada golongan ibu tunggal, Allah akan mengurniakan ganjaran kepada mereka sama seperti orang yang mati syahid ketika berjuang.
    “Ini membuktikan bahawa membantu orang yang kurang upaya seperti ibu tunggal termaktub daripada sebahagian ajaran agama Islam, dan ganjarannya amat besar.
    Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” Pasti setiap kebaikan yang dilakukan, Allah akan memberikan ganjaran setimpal pada Hari Akhirat.
    Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya yang lain di dunia ini, maka Allah akan melepaskan kesukarannya pada Hari Kiamat.

    “Saya tak nafikan, tidak ada wanita yang hidup di dunia ini inginkan gelaran ibu tunggal. Tetapi ia tetap terjadi dan terus berlaku dalam masyarakat Islam moden hari ini. Memang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” ini adalah merujuk kepada kes-kes ibu tunggal yang semakin meningkat. Kalau tiada siapa yg bantu… mereka akan terumbang ambing.. tanpa di belai rindu dan kasih sayang oleh Sang Suami. Marilah kita pepakat bantu mana yg terdaya, Bantu janda yg kesepian dan anak2nya yg perlukan kasih sayang dari seorang insan yg bapa. Bapak tiri pun xpa. Asalkan niat yg jujur dan ikhlas untuk mmbantu golongan yg lemah….

    Pada Ibu tunggal mereka harus mengakui bahawa setiap yang berlaku di dunia adalah ujian daripada Allah s.w.t. dan mengandungi hikmah terselindung. Walau dilanda seribu kesulitan, janganlah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. dan boleh mengundang bahaya pada diri sendiri. Keterampilan diri kena ada bersolek dan beretika kita berpakaian dan taruk gincu cikit hahaha…

    Usaha kena usaha barulah jodoh dtg mengolek…Sebaliknya tingkatkan sifat sabar kerana di dalam al-Quran dan hadis Nabi banyak dikaitkan pahala orang-orang yang bersabar. Ganjaran pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. terkandung dalam Surah Az-Zumar ayat 10: Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

    “Selain itu, mereka juga harus redha kepada qada’ dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Berserah kepada-Nya. Jangan menidakkan hukum Tuhan dan melakukan perkara yang boleh menggoyahkan tahap keimanan,” ujarnya memberikan beberapa pedoman yang boleh diamalkan.
    Golongan ibu tunggal, agar sentiasa melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. dengan melakukan solat tahajud ataupun solat hajat dan tidak lupa membaca al-Quran. Sebagai hamba Allah yang mempunyai banyak permintaan, inilah waktu yang tepat untuk Dia mengetahui isi hati umat-Nya.
    Dan pohonlah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah : 45).
    “Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikir kepada Allah sekiranya kita sukar untuk melepaskan diri daripada kesukaran dan dipandang serong oleh masyarakat. Dengan adanya zikir, ia boleh membantu meringankan imbangan amalan kita pada hari akhirat kelak,” Sambil itu juga digalakkan amalan membaca ayat 1,000 dinar kerana fadilatnya terlalu besar, bukan sekadar mempermudahkan rezeki malah memohon perlindungan sebagai jalan keluar apabila ditimpa kesulitan ataupun masalah.

    Ayat 1,000 dinar ialah ayat 2-3 Surah at-Talaq : Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
    sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang ibu tunggal yang membawa dua orang anaknya. Aisyah bersimpati kepada mereka lalu memberikan tiga biji buah tamar kerana hanya itu sahaja makanan yang ada di rumah.

    Kedua-dua anak wanita tersebut memakan buah tamar yang diberikan. Ketika si ibu hendak menyuap buah tamar ke dalam mulutnya, kedua-dua anaknya merenung buah tamar di tangannya. Lalu wanita tersebut tidak sampai hati dan membelahnya menjadi dua dan diberikan kepada anak-anaknya. Ibu tersebut sanggup berlapar asalkan anak-anaknya kenyang.

    “Pengorbanan ibu ini diceritakan oleh Aisyah kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa keperitan ibu itu membesarkan anak-anaknya dan pengorbanan yang dilakukan pasti mendapat ganjaran syurga daripada Allah,” Allah menjanjikan ganjaran syurga kepada mereka yang sabar.
    Kita di dalam masyarakat agar tidak memandang serong kepada golongan ibu tunggal kerana umat Islam digalakkan bersangka baik dan mengamalkan sikap tolong menolong.
    “Mereka memerlukan bantuan daripada saudara-mara, kawan-kawan dan jiran tetangga, bukannya cemuhan ataupun pandangan negatif. Percayalah, tidak ada wanita di dunia ini yang meminta hidup mereka berakhir dalam keadaan sedemikian,” Marilah kita sesamA bantu termasuk TUAN WM tambah cawangan satu lagi … kerana dengan izin dan inayahNya, kita masih dipanjangkan usia dan dapat menjalani kehidupan di muka bumiNya ini dengan aman dan sejahtera.
    “WALLAHUALAM” .

  8. Assalamualaikum wbk.

    Terima Kasih kerana ada satu usaha yg murni untuk membantu ibu-ibu tunggal dalam mencari jodoh yang beriman dan bertaqwa dunia dan akhirat .

    Semoga usaha ini diteruskan pada masa akan datang.

    Sekian,wassalam..

  9. jodoh ditangan Allah ,manusia perlu berusaha………..

  10. yang baik
    yang mempunyai keja tetap
    yang romantik
    yang bertubuh sasa
    yang beriman
    yang bertanggungjawab
    yang berkomemen
    dan yang lain-lain lagi

  11. looking for love heheheheh kalau ada di shah alam

  12. I am looking for someone new in my life.

  13. Saya seorang janda yang kematian suami sejak 3 tahun yang lalu,kini saya sedang mencari seorang suami yang beiman,bertanggungjawab dan hormat pada ibu bapa saya.saya bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.saya tinggal di rumah sewa di sungai petani seorang diri sejak setahun yang lalu.saya harap dengan ruangan dapat membantu saya untuk mencarikan jodoh untuk saya .terima kasih,wasalam.

  14. Salam tuan WM setakat nie para ibu tunggal dan janda adakah berhasil di pertemukan jodoh..
    Semuga usaha saudara di berkati dan di rahmati Allah… aminnnn

  15. kenapa org baru yg mendapat faedahnya sedangkan selama 7 tahun org2 terdahulu yg memberi sokongan pd laman ni? kenapa tak diberi pada ibu tunggal/janda yg ingin renew pendaftaran. mereka lebih layak sepatutnya.

  16. al-amin .. sama laa tu. depa buleh dapa jugak, just submit the related documents.

    benda ni masih dalam process percubaan, kalau kesan dia baik, kita akan buat lagi insyAllah.

  17. Ternyata niat murni Tuan WM bagi membantu ibu tunggal akan membuahkan hasil. Namun begitu, disamping kita bersyukur dengan pencapaian tersebut, kita sewajarnya juga berpegang kepada satu prinsip “hari ini harus lebih baik daripada semalam”. Sesungguhnya sikap mudah berpuashati boleh menyebabkan hasrat kita untuk mengimarahkan kebaikan juga akan menjadi bermusim.Teruskan niat murni itu…

    Sesiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya yang lain di dunia ini, maka Allah akan melepaskan kesukarannya pada Hari Kiamat. Alangkah indahnya kehidupan di dunia ini yg sentiasa di DOAkan oleh makhluk Allah semuga perjalanan kehidupan kita sentiasa di dalam peliharaan ALLAH. Mai lah kita pepakat bantu ibu tunggal… setakat yg kita mampu untuk kebaikan bersama.. Termasuk VAN CKULUP…

    “ tak nafikan, tidak ada wanita yang hidup di dunia ini inginkan gelaran ibu tunggal. Tetapi ia tetap terjadi dan terus berlaku dalam masyarakat Islam moden hari ini. Memang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” merujuk kepada kes-kes ibu tunggal yang semakin meningkat. Sapa lagi kalau tidak kita bantu…. semuga kehidupan mereka berubah…

    malah ramai lagi yang mempunyai sejarah hitam bersama suami masing-masing. Tetapi yang membezakan ialah bagaimana seseorang itu bangkit daripada kenangan silamnya, dan berusaha untuk membina hidup baru walau dalam seribu kesulitan.

    Bila dah dapat suami baru kenalah…Sentiasa belajar dari kesilapan Silam….Cermin Diri siapa kita yg sebenarnya… Jdilah pengajaran… Kalau dulu silap sikit… nak tengking suami.. Apa lagi suami pun cabut lari.. “Bertanya pada yg. Tahu”…. Beramal tanpa ilmu adalah sia2…Oleh itu sesamalah kita mencari ilmu sebaik munkin… untuk bekalan kita di akhirat kelak… Kita akan menjadi insan yang tinggi Nilai peribadi jika berpegang teguh kpd. Syariat Islam…
    akhlak terhadap keluarga, akhlak terhadap masyarakat, akhlak trhadap alam sekitar dan akhlak terhadap Allah S.W.T. Manakala akhlak terhadap Allah S.W.T adalah akhlak yg. paling tinggi dn mengatasi segala2 nya…
    Apa lagi zaman masakini dunia tanpa sempadan budaya barat yg bercanggah dgn syariat Islam…myebabkkan rohani bertambah kotor, minda n hati brtambah kotor, minda dan hati semakin tertutup dari nur hidayah Allah SWT serta jauh dari Nikmat allah, paling menakutkan betapa buruknya nasib mereka semasa pembicaraan di mahkamah allah SWT di akhirat kelak…

    Bila suami berhajat,sesangat hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

  18. Syabas memberi peluang untuk ibu tunggal dengan membuka penyertaan percuma. Semoga hasrat murni ini dapat respond yang baik dari ibu-ibu tunggal di luar sana. Saya doakan yang terbaik sesiapa yang mempunyai idea ini

  19. Noor Lidza binti Mohd. Tahir

    mencari suami yang bertanggungjawab
    dan memelukan kebahagian dan kedamaian dalam kehidupan

  20. kita harus kaji dgn lebih mendalam,krn perkara2 bergini selalunya ada ramai org akan ambil kesempatan…buat secara umum adalah lebih baik.tanpa membezakan janda,gadis.kenapa tak buka untuk bapa tunggal. kenapa mesti wanita? jadikan isu…. ini bukan amal jariah..ini busines yg mempertaruhkan hak,maruah,status wanita…….pada pandangan sy bila disebut janda…bagi orang yg berniat tidak baik…akan berpeluang menpergunakanya.cara mereka…kenapa harus prajudiskan status…. janda.ibuntunggal,

  21. pada pandangan saya secara ikhlasnya adalah lebih baik dibuat secara umum…kerana bila sesautu hak,status itu di dedahkan…secara tidak langsung akan memperendahkan martabat dan maruah wanita itu sendiri faktanya lebih banyak buruk dari baiknya. terutamanya pada mereka2 yang berniat serong.


  22. raudah:

    pada pandangan saya secara ikhlasnya adalah lebih baik dibuat secara umum…kerana bila sesautu hak,status itu di dedahkan…secara tidak langsung akan memperendahkan martabat dan maruah wanita itu sendiri faktanya lebih banyak buruk dari baiknya. terutamanya pada mereka2 yang berniat serong.

  23. sy masih tak reti nak menggunakan laman web my jodoh ni.mcmana sy nak tahu cara2 nak menggunakankan web my jodoh ni

    tq

  24. Cammo nih? Sayo pun nak kawen jugo.

  25. Tahniah atas usaha baik anda.

  26. niat yang baik tu eloklah diteruskan dan akan dapat hikmah disebaliknya.insyallah………….

  27. Hairan@Nurul Hanisah Bt. Saraban

    Saya bakal janda, bercerai kali ke-2 selepas nikah semula yg sempat bertahan setahun 11 1/2 bulan. Perceraian masih dlm ‘court prosiding’. Masih muda baru 36 th, bercadang mencari duda yg bertanggungjawab,pastinya beriman 100% dan ikhlas terima saya dan 3 org anak usia 4-12 th.Oh ya ..saya asal dr Kudat, Sabah.bekerja sebagai guru dan student PJJ-OUM, part time bisnis kecil2an.Wassalam,info bnyak bantu time2 bengang ni.tq

  28. hmm da terlambat la sy ya nak daftar percuma hehehe tak per la nak wat cam ner…. tp mmg jodoh yg dpt kat sini semua yg ikhlas ker ..takut jua di permainkan

  29. Assalamualaikum,

    saya janda berusia 32 tahun, bercerai hampir 4 tahun, saya serik untuk berkahwin tapi saya rasa sudh masanya untk mncari seorg lelaki yang beriman…….saya x mahu lelaki yang suka main perempuan apalagi suami org….

  30. Pembetulan.Saya agak sensitif mengenai panggilan kepada wanita yang kematian suami ialah BALU dan bercerai hidup barulah dipanggil JANDA..kerana saya adalah balu Tolong betulkan kerana ianya amat berbeza .Kesedihan kematian suami dengan kesakitan hati akibat bercerai hidup adalah 2 pengalaman yang berbeza.

  31. hmmm… saya yg tua ni.. bole ker mencari teman hidup lagi kat sini… buat org ketawakan jer kan.. saya sepi.. sgt..lepas tidak berkerja lagi tinggal dirumah seorg saja..anak dah berkerja tinggal jauh pulak… klu ada duda yg sama umo saya.. yg perlu teman bicara.. .. dan waktu tidak sihat…kadang2 terrasa aku akan mati sendiri .. suatu ari nati..

  32. sy nk daftar gak cm ne,sy ibu tunggal kematian suami

  33. sy nak seseorg yg dpt trima diri sy seadanya sbab sy ada seorg ank perempuan berumur 4 thn.Dn juga dpt membimbng sy dlm hal agama sbab sebagai saudara baru sy prlukan bimbingan.

  34. den terimo ajo lah mano2 yg maseh ado gotak

  35. cuba cuba lah serah jiwo rago ket den dulu..geranti baik punyo..

  36. Hehe dh tutup… terpaksalah jadi bapa tunggal

  37. umur sy 29 tahun mempunyai 2 org anak lelaki 3 thn prmpuan 6 thn.sy miliki rumah dan kenderaan sendiri

  38. saya seorg single mother.setahun yg lalu .punya seorg anak.usia 35thn.berkerja.Cari teman yg boleh dijadikan kawan,sahabat dan teman hidup ..jika diizan Allah swt.seorg yg bo membimbing dan ajar sya pasal agama.dan sedia menerima saya seadanya.


  39. sury:

    umur sy 29 tahun mempunyai 2 org anak lelaki 3 thn prmpuan 6 thn.sy miliki rumah dan kenderaan sendiri


    allynie:

    sy nak seseorg yg dpt trima diri sy seadanya sbab sy ada seorg ank perempuan berumur 4 thn.Dn juga dpt membimbng sy dlm hal agama sbab sebagai saudara baru sy prlukan bimbingan.


  40. allynie:

    sy nak seseorg yg dpt trima diri sy seadanya sbab sy ada seorg ank perempuan berumur 4 thn.Dn juga dpt membimbng sy dlm hal agama sbab sebagai saudara baru sy prlukan bimbingan.

  41. saya ingin mencari janda untuk di jadikan teman hidup berusia 35 thun keatas sesiapa yang sudi leh email saya


    izah:

    saya seorg single mother.setahun yg lalu .punya seorg anak.usia 35thn.berkerja.Cari teman yg boleh dijadikan kawan,sahabat dan teman hidup ..jika diizan Allah swt.seorg yg bo membimbing dan ajar sya pasal agama.dan sedia menerima saya seadanya.

  42. nak kenal sesiapa yang sudi jadi kawan


  43. izah:

    saya seorg single mother.setahun yg lalu .punya seorg anak.usia 35thn.berkerja.Cari teman yg boleh dijadikan kawan,sahabat dan teman hidup ..jika diizan Allah swt.seorg yg bo membimbing dan ajar sya pasal agama.dan sedia menerima saya seadanya.

  44. salam, selamat berkenalan, saya sudi berkawan kalau anda sudi jadi kawan


  45. sury:

    umur sy 29 tahun mempunyai 2 org anak lelaki 3 thn prmpuan 6 thn.sy miliki rumah dan kenderaan sendiri

  46. saya mencari teman berbual ketika sunyi, nak berkawan, tukar pendapat kalau sesuai boleh teruskan tak paksa pun..yang sudi rela dialu-alukan..

  47. perlukah saya berumahtangga semula…hehehe


  48. Hairan@Nurul Hanisah Bt. Saraban:

    Saya bakal janda, bercerai kali ke-2 selepas nikah semula yg sempat bertahan setahun 11 1/2 bulan. Perceraian masih dlm ‘court prosiding’. Masih muda baru 36 th, bercadang mencari duda yg bertanggungjawab,pastinya beriman 100% dan ikhlas terima saya dan 3 org anak usia 4-12 th.Oh ya ..saya asal dr Kudat, Sabah.bekerja sebagai guru dan student PJJ-OUM, part time bisnis kecil2an.Wassalam,info bnyak bantu time2 bengang ni.tq


  49. sury:

    umur sy 29 tahun mempunyai 2 org anak lelaki 3 thn prmpuan 6 thn.sy miliki rumah dan kenderaan sendiri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.