.. mencari si dia yang soleh ..
Perlukah Wanita Tahu Memasak?
Berikut disajikan klip video pendapat Dr Danial tentang tentang persoalan di atas. Rakaman diambil ketika kuliah tafsir pada hari ahad yang lepas (2009-05-03). Untuk mereka yang belum pernah mendengar nama Dr Danial, sila lawati mindasuper.com untuk keterangan lanjut.
No trackbacks yet.
Selamat Datang Ke myJodoh versi terkini..
February 25, 2009 - 3:04 pm
Posted in Umum | 33 comments
Salam,
Selamat datang ke myJodoh versi terkini .. antara pembaharuan yang dilakukan adalah ke atas maklumat diri. Banyak perkara yang perlu anda isi, dan banyak perkara yang boleh anda dapati apabila setiap kali melihat maklumat orang lain.
Sebarang teknikal error .. sila lapor di topik ini …
Lantak korang laa Palestine, yang penting aku happy.
January 13, 2009 - 1:33 pm
Posted in Umum | 17 comments
Salam,
Maaf, tajuk agak berunsur provokasi.
Namun, hakikatnya masih ramai daripada kita yang tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku dengan Gaza. Isu Palestine dianggap sebagai sesuatu isu yang sudah basi. Ia sudah lama didengar, ia akan terus diperkatakan dan ia akan diceritakan dengan nada yang sama pada masa akan datang. Tidak sensasi seperti kes Abby [...]
Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok
November 7, 2008 - 3:58 pm
Posted in Panduan Mencari & Memilih Jodoh | 20 comments
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama [...]
Panduan Solat Sunat Tarawih
September 3, 2008 - 1:16 pm
Posted in Umum | 16 comments
Salam,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, barangsiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim)
Kepada mereka yang ingin mempelajari cara-cara solat sunat tarawih, kenapa, mengapa dan berapa ..
Klik sini dan download risalah ringkas panduan solat sunat tarawih [...]
Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama …
August 18, 2008 - 7:26 pm
Posted in Umum | 11 comments
Suatu ketika dahulu pada tahun 1981, kumpulan rock Sweet Charity telah melancarkan album bernama Sejuta Wajah. Ada di dalam album itu sebuah lagu bernama “Jangan tunggu lama-lama.” Mereka yang membesar di zaman itu sudah tentu ingat. Lagu itu pernah berkumandang di radio hampir setiap hari 27 tahun dahulu.
Ia menasihati para lelaki agar “jangan tunggu [...]
Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan
June 1, 2008 - 10:41 am
Posted in Panduan Mencari & Memilih Jodoh | 27 comments
Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ [...]
Jodoh yang jauh atau yang dekat?
May 22, 2008 - 2:27 am
Posted in Umum | 52 comments
Semalam saya bertemu dengan seorang sahabat lain, beliau menjemput saya ke masjlis akad nikahnya pada Ahad ini. Apabila ditanya tentang bakal isterinya, beliau menyatakan bahawa bakal isterinya orang dekat sahaja. Apabila terus disoal selidik, rupanya sekampung!
Mudahnya segala urusan kenduri-kendara mereka nanti.
“Aku dah ambil iktibar daripada abang aku,” katanya.
“Abang aku dulu nak kena pi sampai Johor [...]
Semalam Di Ipoh ..
May 20, 2008 - 12:44 am
Posted in Umum | 6 comments
Saya berada di Ipoh hujung minggu yang lalu. Ada beberapa tujuan saya ke sana, antaranya adalah melawat seorang sahabat lama yang bernama Jak (Panggilan itu adalah sempena cerita siri Kojak). Beliau merupakan antara warga internet terawal yang mendirikan rumahtangga setelah berkenalan di internet. Beliau telah berkenalan dengan isterinya pada tahun 1998 dan sekarang telah berumahtangga [...]
Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?
May 10, 2008 - 11:52 pm
Posted in Panduan Mencari & Memilih Jodoh | 29 comments
“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan [...]
Malu Tapi Mahu – Teknik Menyatakan Hasrat
May 7, 2008 - 2:44 pm
Posted in Panduan Mencari & Memilih Jodoh | 16 comments
Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!
Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah [...]

August 17, 2009 - 11:28 am
saya setuju dengan Nadiya ..langkah seronok jika suami isteri saling membantu didapur ..ini menambahkan kemesraan suami isteri…tapi ingat kata ustaz jangan jadi hamba suami sampai kita mengeluh penat kat suami .penat nak masak kerja uma lg penat kat tempat kerja..yang penting suami ada tolak ansur isteri penat suami masak…tapi jangan jadikan penat sebagai alasan dan perlu rasa ikhlas jalankan tanggung jawab..daripada merunggut penat..buat tp merungut.tak maknanya…
August 18, 2009 - 9:38 pm
sudah pastu kena tahu masak.. sedap atau x itu terpulang pd yg merasanya.. kalau sedap bonus la pada suami dan anak-anak.. xkan la setiap ari nak makan luar waima ada org gaji…. itulah penambat hati suami…
August 29, 2009 - 12:13 am
Assalamualaikum wbt,
secara ikhlasnya bagi saya wanita perlu pandai memasak… bak kata ibu saya rahsia menawan hati suami adalah dengan masakan, susah sangat ke nak masak? x suasah wahai saudari2 kaum sejenisku.. jgn jadikan kesibukan dan tingginya pangkat dan darjat sebagai penghalang untuk kita belajar kenakl asam garam di ceruk dapur…bagi yang berkemampuan hari ini boleh la makan luar tapi sampai bila nak makan kat luar? mungkin hari ini kita mahupun suami berkemampuan utk menggaji org gaji tetapi andai ditakdirkan hidup tetiba susah.. isteri pulak x reti masak org gaji dah tak ada, how? budget dah ketat..takkan nak berbelanja untuk makan kat luar lg kot? so itulah pentingnya isteri kena tahu memasak…sedap atau tidak belakang cerita…yg penting tahu memasak, nak sedap keep on lah belajar…x da nye belajar sekali memasak terus pandai…so keep on trying kalau masak x sedap.
August 30, 2009 - 10:36 am
org pompuan name kalo dah kawen kenela masak..xkisahla pandai ke tak janji buat dulu.betul la tu bukan untuk jadikan hamba tapi rata2 lelaki kalo kawen sume nk makan pakai terjaga.jrg nk dengr la laki kalo kawen xkesah istri xmasak.sudahnye memang dia xkesah TP KALO DIA JUMPE ORG LAIN YG DIA RASE LEBIH MAMPU UNTUK JAGE MAKAN PAKAI DIA,TAMBAH LAGI KALO ADE CINTA DAN SAYANG DIHATI, KITA JGN SALAHKAN SUAMI PLAK BILA NK KAWEN LAGI SATU.ader jgk kes suami nk kawen sebb xdpt layanan yg sepatutnya dr istri.mase bercinta ckp pandai masakla,rajin la dah kawen baru tahu.xrugi pun kalo masak kat suami, xsemestinya bila masak kita macam hamba.saya punyer pendapat la.pendek kate pompuan ni sepatutnye mase anak dara ni la xboleh malas2 nanti jd tabiat sampai ke kawen.
August 31, 2009 - 11:22 pm
salam…
pandai masak ka x pandai masak ka…terpulang pada individu itu sendiri…memasak bukanla suatu perkara yang rumit..tetapi menyeronokkan..masakan sinonim dengan rasa…mCAM KEHIDUPAN KITA…ada masam ada manis ada tawar dan ada masin….terpulang pada kita nak rasa yang mana…memasak merupakan suatu skill yanhg memang dah ada dalam diri orang pompuan…cuma kita saja x tau nak mencungkilnya…cakap ja nak masak apa …saya leh masakkan…hehe…pandai masak pun x kawin2 jugakkk..hehe….
September 2, 2009 - 5:13 am
Arwah Bapa saya pernah berkata walaupun kamu ada kedudukan tinggi ditempat kerja dan pandai dalam apa bidang pun. Isteri kena pandai memasak cara ini memikat suami. Mula-mula kalau tak pandai tak apa tapi kena pratikalkan setiap hari.
Emak saya tak pandai masak masa mula berkahwin dengan arwah bapa saya tapi sekarang dia dah terror dalam bidang masak memasak. Ada kala saya terpaksa belajar dari mula sebab ada kala lupa. Emak saya ada menegur tanya pada bakal mak mertua apa jenis lauk bakal suami kamu suka dan belajar dari mak dia.
September 2, 2009 - 1:41 pm
assalamualaikum semua pembaca.
tentang hal masak memasak ni telah di monopoli oleh kaum wanita terutama dlm hal rumahtangga…suami cuma membantu sahaja kalo xpandai.
isteri kena pandai masak,baru lah suami bleh dok kat rumah,bl suami rasa lapar,teringat masakan isteri.
bila ada anak lg perlu isteri tu masak kerana anak itu akan ingat setiap masakan ibunye walaupun di mana dia berada bila dewasa nati,ini bukan apa cuma jgn merungut pulak nati,kata anak jarang balik kg.
masakan tu adalah salah satu pengikat tali persaudaraan.
September 4, 2009 - 12:22 pm
Bukan saja pandai masak nasik jer.. giling rempah.. wat nasik briani gam perghhhh.. pasti suami xcarik laein… tumbuk sambai belacan.. cicah ulam raja leh jadi awet muda..
kena pandai wat kuih raya sama… dodoi.. peneram..ketupat.. lemang.. koi bangkit.. semperit koi goyang pon ada… baru mak mentua..syg… Sayang menantu Omak?????
September 11, 2009 - 3:14 pm
dah name nye pompuan masak jela kalo dah kwen…jgn mls2..besok kalo suami jumpa lain yg dia rase lagi mampu untuk jage makan pakai minum dia jgn kita nk salahkan suami plak.pendek kate masak jela..kalo mls2 xpyh jd pompuan.pendek kate pompuan ni mase anak dara dah xboleh malas2.
September 12, 2009 - 6:40 am
Pandai masak + beragama adalah gabungan yang baik untuk seorang wanita. dlm agama seorang ibu dan isteri yang solehah akan menjaga agama dan menunaikan tanggungjawab sebagai suri dengan baik salah satunya mengemas dan memasak untuk suami dan anak-anak. Dalam masa yang sama tanggungjawab pada agama tidak diabaikan. pandai menjahit tambah lagi bonus. suami yang isterinya pandai masak jahit dan jaga agama bertuah dan bersyukurlah.bagi isteri di luar sana berusahalah mencari redha Allah.
September 14, 2009 - 9:58 am
salam…
setinggi2 wanita itu belajar hingga dpt title pegawai pun ke dapur gak akhirnya.itupun kalu dh bersuami.perut suami kene jaga..msk la ape jenis hidangan pun,suami mesti mkn.sbb isteri dia yg buat.masaklah dgn penuh kasih sayang.niat la hati kita masak utk suami agar dia kenyang.jgn biarkan suami mkn kat luar.bila dh sebati mkn kat luar,makanan yg isteri buat pun dh x nak pandang.sebenarnya…nak dpt pahala ni mudah bila dh jd isteri.nak dpt dose pun lg mudah.masak utk suami ni suke sebenarnya.saya berckp ats pengalaman.tapi sekali sekala rs nak mkn kat luar ngn suami x salah gak.kata org…nak cr suasana baru.
September 23, 2009 - 7:54 pm
saya tertarik dengan tajuk nie.. perlukah wanita tahu memasak.. saya rasa perlu sbb itu salah satu kemahiran yg perlu ada dalam diri seorang wanita.. utk menambat hati suami, wanita perlu mengikat perut suami.. itu yg parents saya cakap….. itu yg saya cuba mahirkan.. tapi pihak lelaki pulak jgn pulak ambil kesempatan.. huhuhu sbbnyer jika isteri pandai memasak itu adalah satu kelebihan.. ayah saya sendiri pandai masak. saya belajar masak daripada ayah saya. lelaki juga harus tahu kemahiran ini untuk diri sendiri..
September 24, 2009 - 1:24 pm
penting isteri tahu dan rajin memasak, supaya anak-anak nanti makan dari air tangan ibunya bukan dari air tangan mamak atau fastfood.
ramai ibu-bapa sekarang sibuk bekerja dan mengambil ringan perkara ini, sebabtulah ramai anak-anak tidak menghormati orang tua serta mengambil ringan tentang agama mereka… mana taknya, makanan yg mereka makan ada kalanya disediakan oleh orang kafir.
October 3, 2009 - 10:07 pm
mmg menarik tajuk ni. saya just nk tambah skit to sesape yg komen ckp kena tau masak kalau tidak suami cari lain. Sorry to say, reason tu adalah the most cetek utk lelaki ceraikan isteri. Tu semua alasan saje. The realiti is , lelaki tetap lelaki. Somemore memang dibolehkan dlm Islam untuk pasang 2,3,4 org. Tak payah la kasi alasan sebab bini tak pandai masak, tak pandai jaga rumah tangga, bla bla…sbb ramai je lelaki2 ni pasang lain although bini dah cukup baik, sempurna, jaga anak2 semua.
Untuk wanita pula, saya rasa alasan tak tahu masak tu bukan sbb sebenar tak masak, mungkin masa yang tidak membenarkan atau just plain lazy. Sbb zaman skang ni nk masak bukan susah pun, kt internet belambak jer resipi2, rancangan tv food channel pun 24 jam, bodoh2 pun ada instant paket2 perencah tu. What’s the big deal? So, suami2 ni please be understanding skit la. Sama2 keja kan. Ni bukan mcm zaman dulu, pompuan dok umah masak laki pegi cari rezeki. Skang ni sama2 cari rezeki, sama2 share burden, so sama2 la share tanggungjawab rumah tangga. Dahla isteri penat keja, lagi nak balik umah masak, kemas rumah, basuh pakaian semua. And please don’t say tu mmg tanggungjawab isteri seorg sahaja unless anda mampu nk tanggung rumah tangga jika isteri anda tidak bekerja….
October 5, 2009 - 4:42 pm
alhamdulilah sbgai pompuan muslimah zaman skrg, siapa sangka dalam keadaan aku sebok memanjang, urusan opis dan bisnes aku mampu masak, drifting, mengurut. kakak aku penah kata, mcmana kita ligat di luar begitulah kena ligat di dapur…hehehe….bleh masak nasi briani, nasi kerot, nasi ayam, lauk-pauk, spageti, pizza, rasem, paratel, kek, beraneka puding, trifle, keteow kungfu..insyaallah. sbb tu la aku suka mkn kat hotel atau restoren..baru kita dapat feel masakan tue.. tengok mcmana seting table..balik umah cuba buat..tapi..aku pun x kawen2 lagi..risau la takut pula bakal suami x menghargai apa yg aku buat nih. nak buat macamana sampai srg ni masih andartu. orang x brani masuk minang ke?
November 13, 2009 - 10:54 am
salam. bila baca komen2 awal hingga akhir saya tersenyum sendirian.
lelaki bujang tentu mahukan bakal isteri yang pandai memasak. Ada yg beri alasan untuk jimat dan tak cari lain (hehehe yer ker?. lepas umor 4o masa bini dah tak berapa nak slim baru carik lain)
perempuan bujang pulak kalau bleh tak nak memasak dgn alasan makan minum pakai suami yang perlu sediakan. (i pun macam nak letak syarat ni kat calon2/bakal suami hehehe)
lelaki/perempuan yang bertimbangrasa akan menjadikan masak sbg satu acara gotong royong yang dpt mengeratkan kasih syg. mesti lebih menarik jika suami yang tak pandai masak tolong potong2 n cuci2. Bini memasak. Sama2 masak, sama2 makan dan sama2 kenyang. tak lah duduk d ruang tamu melekat biji mater kat skrin TV.
mertua tentunya mahukan menantu wanita yang pandai memasak dan belajar ilmu memasak dari dia untuk menghidangkan makanan kegemaran kat anak lelaki dia. mertua juga suka kalau mentu lelaki dia pandai/boleh membantu anak perempuan dia dalam hal rumahtangga termasuk penyediaan makan minum.
sila nyanyi rangkap ini sama2 yer
Apa yang penting…KERJASAMA
Apa yang penting…KERJASAMA
November 13, 2009 - 4:36 pm
alaaa…senang jek, kalu xtau masak blaja laa..even laki pun, xsalah kalu tolong wife masing2 kat dapo..kan lebih romentik gitu…kene saling bantu m/bantu kan sume keje lagik senang..xkan laa nak biarkan wife bt keje sorang..skrank kan mostly husband & wife b’koje so hal2 umah tangge ni xkan laa xbley nak setelkan 2gether2….anyway sape y kater nak ceraikan bini kalu xtau masak tu memang la reason y b@#%$^k sesangat…kawin smpi bgolok begadai, last2 cerai sbb xtau masak…x reasonable langsung…
December 10, 2009 - 2:37 pm
Assalamualaikum,
Jika wanita mampu membantu suami untuk mencari nafkah lebih di luar mengapa tidak suami juga membantu wanita dalam urusan di dapur. Kini, zaman kian berubah dengan gelagat dan pemikiran baharu namun perlu diingatkan sebagai suami isteri kerjasama diperlukan untuk semua hal.