.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Jodoh yang jauh atau yang dekat?

May 22nd, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan


Semalam saya bertemu dengan seorang sahabat lain, beliau menjemput saya ke masjlis akad nikahnya pada Ahad ini. Apabila ditanya tentang bakal isterinya, beliau menyatakan bahawa bakal isterinya orang dekat sahaja. Apabila terus disoal selidik, rupanya sekampung!

Mudahnya segala urusan kenduri-kendara mereka nanti.

“Aku dah ambil iktibar daripada abang aku,” katanya.

“Abang aku dulu nak kena pi sampai Johor nuu, sampai dua bijik kereta..,” beliau mengeluh menyatakan kesusahan “Rombongan Cik Kiah” ketika urusan kenduri abangnya.

Dah jodoh, jauh atau dekat, tetap jodoh mereka.

Di myJodoh, belum pernah lagi saya dikhabarkan tentang pasangan yang sekampung. Yang jauh seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sarawak ke Kedah memang satu perkara lazim. Paling dekat adalah senegeri.

Mana tidaknya, teknologi maklumat telah mendekatkan jarak yang jauh. Jika dahulu kita terpaksa bermusafir beratus kilometer untuk bertanya khabar seseorang, kini semua itu boleh dilakukan di atas tapak tangan, di mana saja kita berada.

Sebenarnya jarak fizikal sama ada jauh atau dekat tidaklah menjadi persoalan besar di dalam menentukan pilihan hati. Apa yang penting adalah jarak kekerabatan pasangan hidup pilihan kita itu. Lagi jauh lagi baik.

Di dalam Taribiyatul Aulad, Dr Abdullah Nashih Ulwan menyatakan, “di antara suruhan Islam yang paling bijaksana di dalam memilih isteri adalah mengutamakan wanita yang jauh daripada wanita yang seketurunan atau kaum kerabat. Ini adalah bertujuan untuk memelihara fizikal anak-anak daripada penyakit yang menular atau cacat secara keturunan, di samping memperluaskan lingkungan kekeluargaan dan mengeratkan ikatan-ikatan sosial.”

Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata, “Janganlah kamu menikahi kaum kerabat, sebab dapat menurunkan anak yang lemah jasmani dan bodoh.”

Justeru, untuk memudahkan segala urusan dan masa depan keturunan, carilah yang “jauh tetapi dekat”.

Wallahu’alam, semoga bermanfaat.

.

.

.

Rujukan

Tarbiyatul Aulad, Dr Abdullah Nashih Ulwan ..

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

53 Responses

  • Omarm says:

    Lumrah setiap manusia ingin berteman, di sayangi dan hidup bersama… oleh kerana sayang dan menjadi idaman kalbu.. bila hati dah berkenan kemana saja sanggup di turuti…hutan belantara sanggup ku redahi.. gunung ganang sanggup di daki… bgitulah kalau hati dh bekenan…

    Tapi awas kalau menikah anak dara Satu kampung hukumnya haram???.. begitulah kata Bang Leman pada saya.. saya pon terkedu.. tak dapat berkata-kata….dlm hati berkata “benarkah kata Bang Leman nie” hukum bukan boleh di buat main.. apakah dalil2nya.. oh bang Leman…pepandai kau.

    Sekarang sykt penerbangan banyak dah sediakan tambang murah tak menjadi masaalah… kalau di Sabah, swak pun sanggup… tak kisah asalkan hati berkenan… Apa yg penting buatlah penilian semasak2nya mengenali Lelaki/pompuan yg bakal menemani hidup kita kelak….kawien jangan tak kawin!!!

  • nontak says:

    Kalau dah terpaksa jauh dekat sama aje,kalau dekat bukan seketurunan terdekat – lagi baik,dalam bidang perubatan kalau kita kahwin dgn keluarga terdekat-berkemungkinan anak kita – akan mendapat cacat,kalau tak teruk pun atau nyata misti ada kecacatan sedikit atau penyakit kronic – saperti sawan,nas2 Islam sendiri pun telah menyatakan sedemikian rupa.

  • zan says:

    saya dapat bertemu dengan seseorang yang istimewa

  • arelynn says:

    saya berbunga hati membaca ruangan ini kerana saya sendiri mengalami masalah apabila org yang disukai lebih prefer mencari org senegeri dan sekampung berbeza dengan saya lebih mencari org jauh. mungkin juga atas dasar ibubapa nak org dekat2..senang meminang…but, hoping dengan artikel ini, ramai yang lebih berpandangan jauh dan lebih berani menerima jodoh jauh….amin..

  • Omarm says:

    Arelynn.. sekarang zaman dah berubah… segala2nya dah maju dan laju… rasanya Sabah dan Serawak dah boleh balik hari… kalau dah berkenan apa di tunggu lama2… kalau berakit pun sanggup?????

  • sofiah says:

    salam..betul tuh..kdg2 parents xdpt trma jika jodoh anak mereka adlh dr kalangn yg jauh2 lbh2 lg jika anak mrk anak perempuan n jika jodoh mrka plk dr sabah n sarawak.sgt2 jauh.

  • CaHaYa says:

    Hai kak Arelynn.. :* 😉

    Nie kita K.Arelynn..PuRpLe.. 😀 😉

  • Omarm says:

    Dulu tukar gambar Sumbu Pelita.. nie pulak nama Cahaya..
    Jangan tukar teman Lelaki sudahlah… cian mereka!!!!!
    tak gitu LYA…

  • CaHaYa says:

    Oittt..Lya mana nie?? 😕

    Bro Omarm sapalaa yg nk tukaq teman lelaki nie..sorang pun tak tersangkut kat kita,apa lagi nk tukaq lak..semua dok buat main tarik tali,lebih baik kita pun wat dek jea..sapa pun tak susah n sapa pun tak fikir sapa..hati pun senang,tak perlu nk ingat apa2..klu org dh suka n buat cara suka,tak pe gak..Tepuk dada tanya selera..! 😉

    Itulah CaHaYa Hati..hehehe 😀 merapu jap.. 😛

  • Omarm says:

    Ada.!!!. ari tu bro.. tengok dok sebelah, masa atas feri Pulau Angsa… mirip wajahnya macam VanCkulop????

  • iza says:

    salam..
    bercerita tentang jodoh yang jauh, sy pun x pasti samada teman sy kini adalah jodoh sy tp perancangan utk ke alam perkahwinan telah dibincangkan sesama kami. masalahnye bila ibu sy tau bakal menantu dia org kelantan, sy pula perak selatan bersempadan selangor, ibu terus mengeluh.jauhnye nak, xda yang dekat2 ke…nak taknak sy terpksa pujuk ibu, n bakal suami sy sendiri agar melansungkan perkahwinan sebelah lelaki di rumah ibu bapanya sahaja yg mana berdekatan dgn tempat kerja saya skrg.tp bakal suami pulak menolak kerana dia dibesarkan oleh atuk dan nenek.more prefer to get married there. pening sy memikirkan hal ni.ibu sy tidak blh naik kereta jauh2.mudah sakit.

  • arelynn says:

    sering kali menjadi masalah adalah ibubapa…..ibubapa tidak berkeupayaan untuk pergi jauh…mcm iza….even saya sendiri pernah mengalami….masalah mabuk sebenarkanya xder masalah sebab zaman yg moden semua boleh….pil utk long distant utk mabuk…dah ada dipasaran…xda masalah sebenarnya…tp ibubapa yg sukar terima org jauh..walaupun hidup dalam permodenan tapi pemikiran masyarakat masih terikat dengan takut dan kenegerian….

  • arelynn says:

    ait cahaya…..main nyorok2 ek :p

  • sukma says:

    salam.. sukma kat sabah. sorang akak ipar asal perak, dua org adik ipar pun asal perak.. skrg nie, jarak bukan lagi penghalangnya.. yang penting, hati mau selalu gumbira…betul takkkkkk?????? salam perkenalan di angin lalu….

  • sukma says:

    Tapi awas kalau menikah anak dara Satu kampung hukumnya haram???.. begitulah kata Bang Leman pada saya.. saya pon terkedu.. tak dapat berkata-kata….dlm hati berkata “benarkah kata Bang Leman nie” hukum bukan boleh di buat main.. apakah dalil2nya.. oh bang Leman…pepandai kau.

    <——— kwn sukma pun penah bagitau hal nie.. betul la jugakk.. mana boleh nak kawin anak dara satu kampung.. kalau nak kawin pun limit 4 orang jer… satu kampung…??? berapa ramai anak dara tinggal dalam kampung tu??? hihihihih….

  • CaHaYa says:

    Kak Arelynn..bukan kita nk main nyorok2..saja jea..hihihihi 😀 seganlaa klu org tau..nanti tak leh nak nakal2 sat..! 😛 tak mau nk control daa..!eheh.. 😀 😛
    tu pasai nk nyorok2 sat..hihihi

  • PuRpLe says:

    Aikk,awat aku boh pict lilin,dia mai balik gmbr muka aku?tak best arr mcm nie..sat nak check lain balik.. 😛

  • Omarm says:

    Pandai pun Sukma.. buat lawak.. tuuu belum LYA lagi???
    Nyakat.. jgn tak nyakat…

  • PuRpLe says:

    Tak kenai laa sapa Lya.. 😛

  • PuRpLe says:

    Bro Omarm..sukma org lainlaa..bukan saya..Lya pun sy tak tau! 😛

    Tp org cakap btoilaa sukma adalah org lain,bukan sayalah..Sukma boleh perkenal diri awk..dah org salah fhm..

  • Omarm says:

    Minggu depan anak Bang Leman Kawin…
    Dia jemput Sya ngan sukma datang??
    Datang jangan tak datang pesan bang Leman….

  • ateh says:

    salam
    kalau tak silap saya maksud jauh dalam hadis tu, bukan jauh beribu batu..
    tapi bukan dari kalangan kaum kerabat sahaja…
    kalau dah jauh nun di pantai timur dan sorag lagi di jb, kalau dah sepupu hilanglah makna jauh tu kan, tapi biarlah satu kampung, atau satu taman, janji bukan dri kaum keluarga terdekat, selain dari nabi tidak menggalakkanya dari sudut kesihatan anak-anak yang bakal laihir, tapi kita dalam islam digalakan supaya bersilaturrahim, makanya kalau berkahwin dengan yang bukan saudara, bukankah kita dapat meramaikan lagi saudara dan kenalan….

    wallahu’alam

  • Comot itu Comel says:

    Pakcik, for me distance is not a factor. Kalo dah jodoh mmg jodoh la. Xkan ler plak kalo jumpa jodoh org turki nu nak cancel semata2 sbb jauh..apa punya alasan daaa…Kalo nak tu 1000 daya la kan?.

  • Omarm says:

    Pakcik rasa comot kena kaji dulu… kalau bukan dari budaya kita.. cth: Orang TURKI yg bukan dari saiz kita.. badan gempal dan latar belakang sejarahnya yg berlainan.. kena fikir banyak kali.. perkahwinan bukan sekadar suka2..

    Sejauh mana suami bangsa asing sanggup membuat pengorbanan mengikut kita meninggalkan tanahair mereka…… fikirkan adakah cinta saja dapat menjamin masa depan??? Apa kata jika ditakdir jodoh tidak berpanjangan dan mahligai yg di bina hancur berkecai??? apakah suami yg dicintai akan berada di samping kita sepanjang hayat?

    Bagaimana suami org asing tiba2 berubah hati dan meninggalkan isteri dan terpaksa meneruskan hidup bersama2 anak2… nak menuntut nafkah dia ada di TURKI… jadilah janda terkontang -konting… kalau pakcik dekat bolehlah pakcik bantu… sakit pening anak2, persekolahan dan hal anak2 semuanya terpaksa diuruskan sendiri…

    Oleh itu cara yg paling selamat dapatkan nasihat dari kedua ibu bapa….atau saudara mara.. supaya kehidupan kita di masa hadapan terjamin…

    Jangan jadi seropa pakcik .. orang kampong dah tak percaya.. sebab suka nyakat anak dara orang.. dah berapa kali pinangan di tolak… anak Bang Leman pun tak sudi, dah lah nakal suka mengusik anak dara org… pakcik kena cari orang jauh pulak!!!!!!!

  • lieyaaa says:

    hehehe jodoh pertemuan semuanya akan di tentukan oleh nya..moga-moga saya biarla dapat yg org2 yg baik& beriman..saya ada kawan yg menjadi masalah sekarang betul ke dia suka kan saya…em saya kenal pun dengan dia melalui adiknya baik dengan saya..moga2nya biar la jodoh saya dengan dia,bkn pe ciri-ciri yang sya nak memang ada pada dia..ya allah ya tuhan ku jodohkan aku dengan dia,amin..

  • nurbalqis says:

    assalamualaikum…..first time post kt myjodoh ni.tertarik ngan topik ni sebab sy pun slalu berhadapan ngan masalah mcm ni.ibu saya pun klu bleh nk cr org yg dekat2 jer.tp sy slalu jumpa org yg jauh2.bila dh ada perancangan nk kawin,ibu tk membantah 100% cm saya kesian kan dia.tp maybe kali ni klu jumpa org jauh jg,maybe ibu dah tk bleh membantah .mungkin sebab jdh anaknya mmg ngan org jauh.cm tk tau dimana dan sejauh mana. 🙂

  • MANMAN says:

    Kawan aku laili kawin orang jauh ,dgn keadaan ekonomi dan kesibukan dia gagal untok bersua muka dgn sanak saudara de kg,hingga lah mak nya meninggal,setelah berkahwin 1 tahun dia bercerai dgn suaminya,atas restu keluarga suami nya untok berkahwin lain (mak mertua tidak ngam dgn laili),kini laili membawa diri entah kemana,bagi aku lelaki kahwin jauh tak akan memberi bebanan,tetapi jika aku perempuan sememang nya menyedihkan,walau pun takdir diambil kira-pemikiran kepala otah misti juga diguna pakai…kita hidup ingin bergembira bukan menderita…ke neraka

  • chigusa says:

    Salam…menarik gak topik nie..sbnrnye bg sy..jarak tu bukan pghalang..yang penting kita gembira..kdg2 ibubapa kena phm gak..x semestinya bila dpt menantu yg dkt2 akan memberi kebhgiaan kpd anak mereka…walau apa pun..restu mereka kena amik kira gak..kena pndai laa pujuk mereka tok terima hakikat jodoh anak mereka berasal dari kpg yg jauh..sy sgt bersyukur kerana isu ini tidak timbul dalam family sy…hehehehe…kepada yg de mslh dlm perhubungan jarak jauh ni..semoga berjaya dan jgn putus asa yee…

  • baby_girl says:

    memang menarik gak topik ni????????hehehe bila cite bab jodoh ni takut pun yek nak mendirikan rumahtangga bukan apa
    zaman sekarang ada duit menjamin kebahagian bkn maksud saya ni jenis mata duitan..kan barang pun dah mahal,yela nak kawin pun zaman sekarang takde RM20k tak boleh kawin…apa2 sy mengharapkan jodoh sy dengan org2 yg baik dan beriman amin…

  • Ajeng says:

    Dapat jodOH Jarak jauh?Emm menuruTku wajar2 saja,tp kadang yang menjadi kendala adalah agama , budaya,

  • Omarm says:

    kawin dgn orang jauh nie… kalau gadoh laki bini payah sikit dia nak lari… kalau dekat2 senang diorang nak lari… gadoh sikit dah nak lari.balik umah mak bapak dia.. ngadu macam2.. laki jahat laaa. ada perempuan simpanan laa…. jenuh nak pujuk…
    nak pulak keloarga masuk campur… nie yg jadi punca cepat bercerai berai… sekadar pendapat ajaaa…!!!!

  • wany says:

    Kredit laa untuk sy dlm hal ni sebab kitorg satu family mmg dh biase jalan jauh. Dari kelantan ke johor tu perkara biasa memandangkan mak asal johor, ayah asal kelantan. Setalah 3 minggu join myjodoh, sy dh pon jumpe lelaki yang sesuai. Ramai gak yang sangkut, so kena pandai2 pilih laa pulak.

    even baru kenal, kitorg plan akan nikah paling lewat pon dlm masa setahun. Kiranya tgu sy abis belajar laa kan.

    Cant wait…=)

  • aieja says:

    Saya terserah pada tuhan je…tp..kalu blh tu..mmg la nk pasangan org yg dkat2 je..bkn apa…nnti snang nk jenguk sakit pening parents n mertua kalu dh tinggal berasingan nnti..

  • mangian says:

    ..MAK, man tak dapet balik baden kurang sehat dan tengah sempot2 ni..poket kosong..kato man adik ipar ku pada omak ,(dah setahun tak balik2 sebab poket kosong -dio skrg tinggal dkt sabah)kalau mati lihat kubor ajo le man kata ku pada nyo….si ani pula sakit2 ajo,…pun samo ajo laki nyo asik tak ado duet ajo..mak selalu rindu pada nyo..dah nasib ..kawen org jauh2..nak kato apo..

  • jij says:

    Selain dari ciri-ciri yang utama…klu bleh ayah saya minta saya cari orang johor jugak…klu tak org johor berketurunan jawa klu tak…org jawa…hehe…umur 4-6 tahun lebih tua dari saya…hehe…itu semua klu bleh lah…fening-fening…skrg dah nak pikir…

  • drakulanoteeth says:

    …Darah tengah panas, tak lah kesah sangat jauh dekat nya tetapi bila dah berumor atau jatuh sakit stimina dah kurang – menurun,selalu aje malas,tambah pula dengan 10001 masaalah keletihan rasa nya – untok kemana2, tambah lagi kalau pocket dah kosong – migrane buat nya…bertambah pula pasangan buat hal… wah doi mak pening nya kepala ku…nak mengadu kemana…di perantauan orang ni.

  • ateh says:

    setuju dengan aieja,
    setuju sesangatnya….

  • Anis says:

    salam,
    saja nak menyampuk, saya dah lama join myjodoh ni tapi tak pernah aktif, dulu kawan recommend, ni skrg baru nak mencuba-cuba, bagi saya jodoh atau dekat itu tak sepatutnya jadi hal, tapi memanglah, kalau ikut mak bapak dia nak suruh cari yg dekat, maksud dekat bukan dari kalangan keluarga sendiri, tapi dekat dari segi lokasi…hampir2 nak dijodohkan dgn org belakang pintu rumah ajerr heheh, tapi dah memang tak ada jodoh..dengan adik pun dah dipesan, cari dekat, tapi Allah dah letak jodoh dia dgn org Kelantan…lagi satu, mak saya ni, tiap kali dia pesan jgn cari org jauh2, yg jauh jugak la yg datang mencari hehehe…tapi belum ada jodoh lagi yg nak melekat..apa2 pun, saya sabar sajalah, walaupun org selalu perli, usia dah meningkat tapi tak kawin2 lagi, kita hanya sabar dan berdoa saja kan, dalam hati mana org nak tau kan

  • lailames says:

    Jarak jauh atau dekat sebuah perhubungan tidak akan sama bila hati semakin jauh, biarpun hidup sebumbung, bila hati semakin jauh ia lebih sukar berbanding jarak rumah. Hendak keluar dari situpun sukar hendak bertahan pun sukar,

  • zairin says:

    ermmm nak kawen kena hati2 sekang ni….suami yg kita syg pun bleh wat hal..bila dah buta mata hatinya

  • mas says:

    suka sy baca artikel tu…sy harap sy dpt org dkt gak..

  • jue says:

    salam..sy dh lama tau pasal myjodoh..tp baru hari ni register..sbbnya baru terbukak hati nak mencari jodoh..mana nak tau ni mediumnya sy bertemu yg sesuai jd bakal suami:)
    pasal topik ni pun best..sy nak berkongsi jugakler..sbb ayah dah takde..dan mak pulak dh berumur dan tak berapa nak sihat…jd sy kalau boleh mencari jodoh org yg dekat..bkn taknak yg jauh.tp kalau boleh mmg nak cari org dekat supaya sng nak tgkkan mak:)

  • lieyatie says:

    yup betul nak kawin ni kena berhati-hati gak,sekarang ni mcm2,kekadang takut je nak kawin,tak kawin tak boleh jugak berdosa, setiap insan mengimpikan kebahagia hingga ke akhir hayat,kita merancang tuhan yang menentukan,apa2 pun sy tetap mendoakan sampai jodoh sy dgn org yang baik2 & yang beriman…kekawan doa apa yg saya impikan..amin.

  • bunga tayar says:

    asskum…lame dah tk join myjodoh ….bz sesangat….rase nk tumpang sekaki nak komen pasal jodoh jarak jauh dekat….sy adalah seorang mangsa..uhuk…uhuk…..mak dan kuaga dah pesan awal2 lg mase nk pi belaja dulu…jgn bercinte org jauh2……susah kate depa kalu sy ni skit demam….tkde sape nak amik tau..uhuk..uhuk….ditakdirkan terbercinte jgk dgn org utara…..aku sebelah pantai timur..antara kami tkde jodoh bkn kuaga sy saje malah kuage belah dia pun same tk suke menantukan org jauh…….isk..isk….isk….

  • MyaDaNia says:

    erm..
    dalam kes saya lak, x-bf saya sggup ptuskan hbungan ngan saya coz mak dea xnk org jauh. selangor ngan jhr jauh ker?
    x logik kan? bile slidik blek rpenyer x-boy sya 2 da ader org len. ptut r pun. yg pliknya bdak skolah pun dea sanggup. form plak 2..
    hurm..dunia dunia..

  • suriasulhan says:

    emmmm semua cita pasal jodoh.. macamana nak dapat jodoh ?

  • bunga tayar says:

    kelakar lak cite dania ni…biaselaaa lelaki klu dah ade len ade jen alasan walaupuun tak logik dek akal alasan mereka..wpun dgn bdk hingus form 2 pun klu dah x bf u nak tk leh ckp ape laa…….nk ckap putus terus depa tu tk sampai hati laa kot….reka laaa ape saje alasan…..sampai dekat negare omputih leh ade kedai yang kite leh beli alasan name kedai tu “Kedai Alasan”

  • amoi says:

    Ermm… ada baik buruknya setiap sesuatu tu. Apa yang pasti kita kena redha ketentuanNYA. Terima seadanya. Ikut yang telah ditentukannya.Let it be… Pasti hidup akan gumbiraaa…!!!

  • mrzero says:

    Assalamualaikum

    bicara tentang jodoh ini saya tak tau sangat la
    tapi yg pasti tu, allah menciptakn semua yg ada d bumi ni berpasang pasangan, jadinya the basic thing sekarang nak dapat jodoh ni la pada pendapat saya, keyakinan kita kepada allah bagaiman, dan bagaiman prasangka kita terhadap dia dan yg di ciptakannya,( hati kena bersih dulu)dan usaha yg mertawakal kepada dia, kerana yang menemukan dan memudahkan pertemuan tak kira jauh atau dekat tentu lah allah. di lama http://www.myjodoh.net ini cuma lah alat. dan boleh jadi asbab untuk kita bertemu jodoh kita. semoga menghayati dan moga allah memudahkan urusan dunia dan akhirat untuk kita semua amin

  • hanna says:

    salam…

    dah lame takde org mberi komen ni (dah lapuk ke topik ni?)Jodoh dekat atau jauh? ermm.. best topik ni. sebenarnya terpulang kpd empunya diri. Allah bagi kita banyak pilihan, banyak jalan untuk ditempuhi. Jadi, kita kena pilih jodoh dgn penuh hati2. Kawen bukan nak sehari dua kan. No retreat, No regret. Kalo back out pun, things won’t be the same..

    Kita berharap dan bergantung pada Allah yang memberikan kita rezeki walau di mana kita berada. Anak2 muda skrg ni (yg tua pun ada hehe..)dah byk yg mrantau kan.. nak wat cmner rezki dah kat sna.Untung2 sangkutlah plak dgn org jauh.”Ade gak tolong nengok2 anak kite ye”——> kata org2 tua.

    Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih…ader gak parents dah atur awal2. Sblm mlapor diri, kena tunang atau kawen dgn psgn pilihan keluarga (agar x tsangkut org jauh nu). Perkara normal.Biasa didengar. Maklumlah kalo ank dpt postg Sbh & Swk mmg mgusarkan ati org tua.

    Tapi x sume parents cenggitu…
    Ader gak yg suke jauh2. Seronok skali skala mlawat tmpt org kan. Skrg ni tmbg flite pun tak semahal dlu. No Wonder da ramai ank kacukan borneo dan malaya. kalo dulu mmg bpikir pjg nak kawen org jauh.

    Walau apa pun jodoh yg kita dapat, bersyukurlah kerana jarak bukan pghalang kita mdapatkan jodoh. Sejauh mana kita berlari, cuba mhindari sekiranya yg tsurat adalah sedemikian rupa terimalah.Sy ni pnah gak bcinta dgn org negri sdri, daerah sdri, negeri2 selat tapi tak jadi juga (ni ada kaitan dgn topik kenapa masi belum berumahtangga). Apa boleh buat belum sampai masa yg ditetapkan Pencipta kita…

    Secara peribadi, sy myokong artikel di atas.. KEKERABATAN tu yg harus dipertimbangkan. Tak kisahla negeri yg sama ke, negeri sebelah ke, negeri seberang laut nu ke, yg penting bukanlah dari kaum krabat terdekat kita. Dapat juga kita memahami budaya dan adat dari negri lain (yg x bttgn dgn ajaran islam). Takderlah dok mengutuk org len kan. Kurang gak rasa curiga dan sangsi yg bole mbawa kpd ptlingkahan. Lingkungan keluarga pun luas. p mana2 ada sedara kita takyah risaulah!!! dan paling utama hasil progeni adalah lebih baik dari yg asal (peta genetik pjg dan jauh kbrangkalian mdptkan genetik yg lebih baik adalah lebih tinggi).

    Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik-baik keturunannya…Amin.



Leave a Reply