.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Cinta Cyber@Siber : Teknik Mengelak Kekecewaan dan Memastikan “Kejayaan”

May 15th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 994 times!

Antara tempat “shopping” dan tempat “window shopping” kegemaran saya dan rakan-rakan semasa kami masih belajar di sebuah IPT di Lembah Kelang ialah Petaling Street. Ia terletak di tengah ibu kota dan menjadi pusat para penjaja cina menjual barangan-barangan tiruan, baju, seluar, minyak wangi dan macam-macam lagi.

Pada suatu hari, seorang rakan saya membelek-belek “seluar Jeans” dan terus bertanyakan harga dengan si penjual.

“Tengok dulu laaa, nanti you suka yang mana …. I kasi kurang.” Kata penjual dalam telo cina.

Rakan saya terus mendesak untuk mengetahui harga seluar tersebut dan akhirnya si penjual berkata, “yang ini empat puluh laa.”

“Tak boleh kurang ker? Dua puluh tak boleh?” Tanya rakan saya itu.

“Cincai, tiga puluh lima.” Kata penjual tersebut.

“Dua puluh sudah laaa .. minggu lalu saya datang you kasi dua puluh…” rakan saya memberikan alasan, entah benar, entah tidak.

“Ok laaa .. dua puluh lima … ok?” kata penjual cina tersebut.

Rakan saya terus mendesak untuk mendapatkan harga seluar tersebut serendah RM20 dan penjual cina itu terus mempertahankan harga RM25 dengan memberikan pelbagai alasan. Tawar-menawar itu berlaku lebih kurang setengah jam. Saya dan rakan-rakan lain dah mula rasa jemu berlegar-legar di gerai berhampiran.

“Dah laa .. malas aku nak beli, minta dua puluh pun susah dapat.” Kata rakan saya kepada penjual cina itu sambil angkat kaki. Sememangnya sejak dari awal lagi, dia ingin mendapat harga murah dahulu, baru hendak memilih yang mana dia inginkan. Dia ingat Supermarket ker?

Tahu apa jadi selepas itu?

Dia bukan sahaja dimarahi oleh penjual cina tersebut dengan teriakan dan makian yang kuat. Malah terpaksa berlari keluar dari kawasan Petaling Street, kerana teriakan penjual tersebut telah menarik perhatian penjual lain. Penjual tadi mula mengejarnya dan menyebabkan orang ramai yang berada di situ pun mengejarnya tanpa mengetahui sebab. Dia terpaksa menyembunyikan diri di kedai buku Popular yang berhampiran untuk suatu jangka masa bagi meredakan keadaan.

Itulah engkau Yen, lain kali jangan mainkan perasaan orang! Lain lagi jangan beri harapan kepada orang kalau masih belum confirm! Lain kali jangan kata nak beli sebelum dah betul-betul tengok.

Lazimnya, pasangan yang berkenalan di dunia siber (di myJodoh atau di mana-mana) akan mula menjalinkan hubungan melalui emel, Yahoo Messenger, MSN Messenger, Skype dan sebagainya. “Sembang-sembang” dan proses berkenalan tersebut akan dilanjutkan dari alam internet ke alam telekomunkasi selepas habis waktu bekerja. Beratus-ratus ringgit wang yang mereka “derma” kepada syarikat telekomunikasi. Semua ini akan menjadi semakin rancak jika kedua-duanya berada di jarak yang jauh. Seorang di Johor, seorang di Kuala Lumpur. Semua ini akan menjadi lebih rancak jika salah seorang baru sahaja dikecewakan. Tengah frust!

Kemudian mereka akan bertukar-tukar gambar apabila telah wujud sedikit kepercayaan atau bersembang melalui telefon, mendengar suara masing-masing. Di dalam jangka masa ini, lazimnya telah wujud rasa sayang, rindu, cemburu, berharap dan percaya … sedangkan masih belum bertemu!

Apabila telah bersedia, mereka akan bertemu untuk kali yang pertama. Lazimnya berdua-duaan. Lazimnya akan terdetik di dalam hati salah seorang “alaaaahai! kenapa dalam gambar nampak lain!??” atau “kenapa dalam emel, sms dan YM pandai berbahasa?” atau “eh .. kenapa suara dia lain macam jer..” atau “eh .. nampak macam laki orang jer ni!” dan seribu satu kekecewaan yang melambangkan orang yang dijumpai tidak seperti apa yang dikhayalkan.

Menurut kebanyakan pasangan yang berkahwin di myJodoh, mereka tidak menghadapi masalah ketika pertama kali berjumpa. Melalui aduan-aduan yang saya terima daripada pengguna myJodoh, mereka yang menghadapi masalah ketika pertama kali bertemu, akan cuba “menjauhkan diri.” Ini akan membuat pasangan yang seorang lagi seperti si penjual cina di atas. Kecewa, marah dan terasa dipermainkan!

Akhirnya, myJodoh yang akan dipersalahkan!

Cara Yang Lebih Selamat
Ada beberapa cara untuk mengelakkan kekecewaan ini. (Saya ringkaskan, tidak boleh sertakan banyak-banyak, sebab saya dah terjumpa ada buku di pasaran yang dah plagiat maklumat di dalam blog ini tanpa memohon izin atau merujuk semula ke sini. Maklumlah siapa laa kita ni…)

Pertama sekali, kenal pasti ciri-ciri yang anda mahu sebelum mula berkenalan dengan seseorang. Untuk mengenal pasti ciri-ciri yang anda ingin, anda perlu kenal diri sendiri terlebih dahulu. (ada penjelasan panjang untuk ini) Jika orang yang anda kenal itu tidak menepati “ciri-ciri asas” seperti umur, status perkahwinan, tinggi, berat, tempat tinggal, asal, kufu dan lain yang anda kehendaki (maklumat-maklumat ini anda boleh dapati dengan bertanya melalui sistem pesanan myJodoh atau sebarang kaedah di internet), tidak perlu lanjutkan hubungan, tidak perlu buang masa, tidak perlu menanam sebarang harapan dan janji, tak payah tengok muka pun tak mengapa. Goodbye, sayonara!

Jika si dia menepati ciri-ciri yang dikehendaki, ajaklah berjumpa “ramai-ramai” dan bukan berdua-duaan. (Rasanya, tidak perlu saya jelaskan fekahnya di sini.) Pertemuan beramai-ramai di tempat awam yang terbuka akan menghilangkan suasana romantik, suasana berahi dan sebarang ketakutan. Anda boleh bertanya tentang pekerjaan, pelajaran, pengetahuan agama dan kekeluargaan. Semua jawapan akan membongkar latar belakang, pemikiran dan identiti sebenar seseorang. (Ini pun saya tak boleh nak lanjutkan keterangan, agak panjang – maaf. Mungkin nak kena tunggu majalah Nur invite jadi columnist kot … :) mungkin baru boleh terangkan.)

Dari saat ini, anda telah meneliti kesesuaian dan telah “melihat” serta “mendengar” orang yang anda ingin jadikan calon pasangan hidup. Kemudian fikir, fikir dan fikir. Jangan terburu-buru menolak dan jangan terburu-buru menerima. Minta pendapat rakan-rakan yang ikut serta di dalam pertemuan. Kemudian beristikharahlah. Jika petunjuk yang datang adalah positif maka eloklah disudahi dengan ikatan perkahwinan. Ajak sahaja si dia berkahwin. Ia akan berlaku dengan pantas dan mudah, InsyaAllah. (Ingat, anda melakukan setelah mendapat petunjuk daripada tuhan.) Perbincangan pra dan pasca perkahwinan biasanya akan berlaku di sini. Sebagai contoh, siapa akan bertukar tempat kerja, hantaran, mas kahwin, pertunangan, tarikh bertemu kaum keluarga … dan sebagainya.

Jika sebaliknya, kedua-duanya akan menjadi “hanya kawan” dan tidak ada lebih daripada itu. Berterus-teranglah dengan si dia. Jangan terus menyepi, kerana ini akan menimbulkan isyarat yang sebaliknya! Dia akan menyangka anda suka, tetapi malu nak menghubunginya.

Sebagai tambahan, kadang-kala akan wujud keinginan di dalam hati salah seorang untuk “terus memilih” walaupun telah bertemu yang sesuai. Ini adalah sikap negatif untuk sesuatu perhubungan dan adalah elok sekiranya anda membatalkan perhubungan sekiranya anda mengetahui si dia “masih lagi dalam proses memilih.” Jangan lupa, hadiah saguhati anda jika tidak dapat ke final adalah kekecewaan. Jadi, jangan cari penyakit walaupun si dia nampak menarik.

Jika seseorang mengikut empat langkah di atas, sekurang-kurang akan terdapat lebih 15 ribu orang yang berpontensi untuk dijadikan “pasangan hidup atau kawan” di myJodoh. (Tak kan dalam 10 orang, seorang pun tak sangkut?)

Ikut langkah-langkah di atas dan InsyaAllah anda tidak akan kecewa dan marah seperti penjual cina tadi! Semoga bertemu pasangan hidup anda.

.

.

Wallahu’alam.

.

.

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

49 Responses

  • u.aida says:

    tepat sekali bro. utk pasangan yg berkahwin di MyJodoh..mmg tak de apa2 masalah masa 1st time jumpa. semuanya berjalan dgn lancar. dari pertemuan pertama ke pertemuan seterusnya dan terus ke perbincangan selanjutnya yg melibatkan 2 keluarga.

    apa2 pun, yg penting usaha dan tawakal.insya-allah, Allah akan tolong kita…tapi bak kata bro la, kenal diri sendiri dulu. di mana potensi kita, kemana hala tuju kita..kalau setakat nak try2 dulu, maknanya kita pun akan jumpa org yg nak try2 dulu.

    well, good luck utk kawan2 yg lain.

  • omarm says:

    Mengapa mencari pasangan melalui Agensi??? Agesi JODOH..???
    Masyarakat kita hari ini menganggap kita sudah terdesak!!!
    Macam memilih jenama tiruan di Petaling Street, ada tawar menawar nak barang baik harga pun murah…

    Begitulah SUKARNYA masyarakat moden hari ini mencari pasangan hidup….
    Apakah kita tidak pandai bagaimana untuk memikat, memujuk rayu, bermesra lantaran terlalu asyik belajar ilmu kemodenan Dunia dan kesibukan bekerja sehingga terlupa alam berumah tangga????

    Disebabkan MALU dan segan untuk memulakan perhubungan justeru takut dikatakan Hidung tak mancung, pipi tersorong2… Akhirnya bila diri di panjat usia (Seropa saya) dan malu dikatakan Bujang telajak atau anak Dara tua , jalan yg paling mudah Mendaftar DI MyJodoh… Bukan semua golongan yg mendaftar di sini telah berumur… tapi ada yg menjangkau usi 21 tahun… baru nak mula alam percintaan….

    Saat yg paling mendebarkan ialah pertemuan kali pertama.. macam2 fikiran yg bermain di otak kita… kurus, rambut kerinting, gemok gedempol.. perut buncit macam YB…. tinggi, tegap dan sebagainya… ohhh.. tidur tak lena malam tu… macam2 terbayang…
    Macam puteri Gunung Ledang pun ada….

    Jangan tunjukkan SIKAP ketidakselesaan anda sekiranya pasangan anda tidak seperti yg di harapkan jika pekara ini berlaku… ini hanya pertemuan… sekadar berkenalan tidak lebih dari itu…
    Cuba cari topik yg menarik untuk di bincangkan… perasaan malu dan lidah kelu untuk berkata2 tidak timbul… untuk memancing perbualan berterusan pula bertanya bbrapa soalan yg hangat di perkatakan kini… Tapi jangan berlagak seperti memberi syarahan…
    Cuba pamerkan keistemewaaan untuk menjadikan selesa di pertemuan pertama…

    Jangan terburu2 mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yg serius… Berikan masa yg sewajarnya untuk anda mengenali dgn lebih dekat… sblum memutuskan utk Kawien!!!!! Kawin jangan tak kawin….
    Jangan berkorban segala2nya untuk sidia, kerana ia bukan milik sepenuhnya.. takut tergadai body… anda hilang segala2nya…

    Secara peribadi saya menyokong peranan agensi MYJ sebagai orang tengah, menolong mereka yang sukar mendapat pasangan dan mengikis sikap malu Wanita utk berusaha mencari Jodoh sendiri…. Seperti Siti Khadijah isteri Rasullah…melamar sendiri Nabi Muhammad untuk dirinya…
    Oleh itu ubat yg paling mujarab ialah Berdoa semuga Allah ketemukan kita dgn Lelaki benar Ikhlas, jujur dan Beriman… di samping berusaha di MYJ ini…..
    Di sini kita boleh letakan apa saja kesukaan… membaca, memasak beriman, sembahyang tk pernah tinggal…dan seribu alasan lagi…
    Apakah ini benar??? Munkin dia Pemabuk, penzina atau kaki perempuan…. semuga di jauhkan semuanya itu.. Diharap anda mendapat jodoh mengikut citarasa anda!!!!!!

  • PuRpLe says:

    Tima kasih Pakcik.. :)
    Sabaqlah Pakcik..Nak buat cam ner kan,depa manusia biasa dah lumrah pakcik,kita pun fhm.. ;)

    Cantik mouse berbentuk hati tue,colour pink pulak tue..!
    Best baca tips n langkah2 kat ataih tue..Nak copy paste n print jap..eheh.. :P
    Bolehlaa bg tau kat kwn2 cam ner..kekadang susah nak explaint kat kwn2 nie bab berkenalan kat sini..hrmm..

  • azrul.alwi says:

    1. Saya berpendapat, cara terbaik untuk mencari pasangan hidup yang baik adalah melalui parent. Apabila zaman berubah dan terpaksa kena cari sendiri, maka carilah .. tetapi jangan lari dari landasan yang telah ditunjuk oleh agama.

    2. Seperti Siti Khadijah isteri Rasullah…melamar sendiri Nabi Muhammad untuk dirinya… …Mengikut kajian saya perkara melamar itu tak pernah berlaku .. tidak ada satu kitab sirah pun yang kata sedemikian. Yang pi lamar Khatijah adalah Hamzah dan Abu Talib. Khatijah cuma hantar Nurfaisah untuk merisik khabar. Khatijah adalah wanita mulia yang terhormat.

    ****,
    Mouse tu ambik kat :
    http://www.shwedarling.com/blog/2006/09/03/love-on-the-internet/

  • omarm says:

    Terima kasih Saudaraku Azrul atas nasihat anda….

  • hawa says:

    bro azrul, mmg ingat nk salahkan myj bila carian jodoh kat sini tak jd, ropenye salah step :D … tq for the tips, lps ni kena lebih berhati2 di jln raya ;)

  • Aini says:

    Mouse tu ada jual di mana ye? Comel la…

    Encik Azrul… terima kasih for the tips…

  • Aini says:

    Kepada cik omarm, mereka yang berusia seawal usia 21 thn mendaftar di myj ni mungkin merancang untuk berkahwin awal tetapi belum bertemu pasangan yang sesuai. Setiap orang mempunyai perancangan hidup mereka sendiri.

    Sekadar pendapat saya sahaja

  • siti sab says:

    Bro azrul, macam mana dengan senario ni?

    Kalau masa stage awal berkenalan tu, calon dah memenuhi ‘ciri-ciri asas’ tapi dengan data-data yang tidak betul? Contoh: letak nama lain tapi sebenarnya nama lain…atau bagitau tinggal kat A tapi sebenarnya tinggal kat B…atau letak status bujang atau duda tapi sebenarnya masih berumahtangga…? Lepas tu yang menyoal ni dapat tau perkara sebenar dari sumber-sumber lain yang boleh dipercayai (contoh sumber:daftar pemilih SPR online:D)

    Adakah kena tunggu saat “berjumpa beramai-ramai” untuk membongkar perkara sebenar atau confront calon as early as possible tentang kepura-puraan dia yang dah diketahui?

  • nani says:

    saya sokong dengan pendapat kalian semua. Tapi yang paling penting disini adalah kejujuran dan keikhlasan kita menghulurkan persahabatan dgn sesorg. Bila kita jujur, kita akan selesa berkawan dgn org lain. sya berkenalan dgn seorg jejaka di myjodoh ini, dan alhamdulillah perhubungan kami di restui kedua keluarga, dan kami akan disatukan pada 2hb Jun ini. Apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abg azrul kerana myjodoh menjadi tmpt pertemuan saya dan bakal suami saya.

  • azrul.alwi says:

    omarm, terima kasih kembali.

    Aini, beli satu cat sendiri.

    siti sab, theres a way of finding that out, tanpa perlu sampai pi buat laporan polis. With some magic questions that can be done over internet, you can get the real picture.

    nani, tahniah. Selamat pengantin baru, semoga diberkatiNya. Nanti hantar kad. (boleh tambah koleksi kad kahwin)

  • PuRpLe says:

    Pakcik sapa nama Lya tue??aiseyy..jap tukaq nick n pict lain pulak..! :P

  • PuRpLe says:

    Aini..sy pun daftar myjodoh sejak umur 21 thn,tp jadi pengguna berbayar masa umur 22 thn..masa tue tak rasa nk cari calon,cuma tertarik apa isi kandungannyer pd myjodoh,bila dah jadi pengguna berbayar haa baru fhm..tp suka baca kat BBS UMUM,yg mana menarik sy print n tulis kat buku utk diary n apa2 jealah.. :D Masa tue kawan ramai perghh..maklumlah umur muda masa tue.. :D hihihi :P
    Bila dh expired setahun sy dah jumpa calon satu tmpt kj,dah tak dak jodohlaa katakan..itupun blum berkahwin lagi,so sekarang dah 2 thn renew balik myjodoh sejak dah tiga tahun dah stop jadi pengguna berbayar,sekarang sayang nk tinggal pulak sb sayng kat kwn2 pempuan, :D :P ..Masih dlm mencari2..huhuhu..andalusia pun andalusia arr..tak kisah apa2 pun..eheh.. :P Hidup perlu diteruskan.. ;)

  • Omarm says:

    Bocor rashia LYA..keh!!!keh!!!!

    HATI berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata. Hanya PM di alam siber pengubat rinduuuu… terbayang muka Kajol, Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan,Rekha, saira Banu, Hatrithik Roshan,Shashi Kapor serta KAKI Kapor…dan Kapor Barus….

    Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber. Apanya tidak,, muka Cun melecun, ropa ada.. tapi bila di ajak berbicara… tak boleh bercakap.. main isyarat tangan … Sah… memBISU seribu bahasa……

    Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet. Macam anak ayam turun dari reban…. ha!!!Ha!!!! memamg ada… Donia oh Donia mcm kata Siti Sab.tu……

    Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba ‘menjerat’ cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka. Alangkah kejamnya menjadi anak terona sebagai sasaran….

    Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu. Salahkan pihak MJ…. MYJ hanya penghubung antara 2 Insan..pepandailah kita mengolahnya… beringat sebelum kena… bawak SPY jika pertemuan kali pertama… saya pun boleh jadi Spy… intai dari jauh…

    Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.

    Ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan.mereka ini di kira beruntung dan bernasib baik kerana berakhir kejinjang pelamin… Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta. Sungguh tak dapat di lupakan seumur hidup, tambahan orang yg di sayangi menjadi milik kita… SYABAS!!!

    Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.baru nak SADAR… udah telambat…

    Saya pun banyak kali terkena,, tapi tak ambil POT.. kata orang…. Baru2 ni jumpa kali pertama… dia cakap Pakcik ni tak setrika… banyak kedutnya… saya cakap.. pak cik baru iron tadi masa nak kuar!!!!! Dia cakap…Bukan baju pak cik… tapi kulit pak cik dah banyak kedut… elok PakCik balik Setrika baru buleh buat dating….!!!!!!he..he…

  • PuRpLe says:

    Bro Omarm setahu kita nama Lya tak de kat ataih tue,so kita pun dok fikir2 sapa Lya tue?eheh.. :P naper tak cayer??klu tak cayer balik iron dulu sampai kemas noh..! :D hihihii..gurau ye Bro Omarm.. ;)

  • vanckulop says:

    …agak, ilmunya dah telampau banyak dan petua bejela-jela.., kalo dengorkan labun gunungpun runtoh…!

    Jangan memilih sangat Omarm…,nanti gheban-teben.., di sini tak kena dan yg di sana pun tak mau.. !

    Kawin ler cepat Omarm. Teman dah ada orang mintak…, nanti bolehlah kita ngantor anak ke pusat asuhan ke tempat yg sama…!

  • pak tenggek says:

    Masa dulu bila aku lalui Petaling Street,aku rasa gerun-sebab selalu terjadi pukul mememukul,peras ugut,snatch thief , apa tak lagi kalau tak ada tujuan untok membeli atau tak ada duit untok membeli,kalau belik membelik tak ada tujuan membeli,jangan menyusah kan diri atau penjual,bila kita tak beli buang masa penjual aje,dia naik hot dan boleh menyebabkan pergaduhan hingga mati.Kadang kala rumah banglo yg tersegam itu tidak terjadi bagitu aje serta merta,ianya terjadi dari pemulaan rumah papan beratap rumbia,yg baik pun ada yg berasal drp yg burok…

  • PuRpLe says:

    Hai vanckulop..pa habaq?lama tak nmpk? :P

  • Aini says:

    Saudara Azrul… Saya nak beli yang ori… tak mahu la yang celup cat… Saya ni suka sangat warna pink… Lagi2 bentuk hati tu…

    Saudari Purple… Wah.. awalnya saudari join myj. Saudari memang berani… InsyaALLAH, bila sampai seru, muncullah jodoh saudari… ;)

  • OMARM says:

    Selamat kembali ke myj wahai sahabatku van.
    Teman di kampung laman tgh berunding dgn ibu bapa teman. Nyampai hajat besor supaya anak kita masuk tadika bsama2…

  • zaitie says:

    hmm…saya dapat tau my jodoh ni dari email….

    siap ada 4 org muka dan edenttinya dimasukkan dalam email tu…

    and org yang dapat email..taula minah2 tu masuk my jodoh….

    saya nak tanya mcana ini buleh berlaku..bukankah itu privacy?

    kalau iyepeon sekadar dapat dilihat oleh org2 yang mendaftar myjodoh jer sudah cukup..

    just my2cents:)

  • azrul.alwi says:

    zaitie, memang ia hanya untuk pengguna myjodoh sahaja.

    “and org yang dapat email..taula minah2 tu masuk my jodoh….”

    .. memang itulah tujuan myjodoh, bantu memberikan maklumat mereka yang sedang mencari. myJodoh bukan agensi pencari jodoh, ia cuma sebuah laman web untuk mereka yang sedang mencari jodoh berdaftar, berkumpul,dan menyatakan diri sedang mencari jodoh. Jika ada jodoh, ada yang berminat, maka adalah. Jika tiada, boleh mencuba kaedah lain.

    Kita tak jodohkan sesiapa dengan sesiapa, atas sebab-sebab tertentu.

    Harap maklum.

  • vanckulop says:

    Habaq baik purple.., memang agak lama tidak menampakkan kelibat diri kat sini sbb berada di tengah lautan menggantikan Omarmn yang telahpun naik ke darat.

    Sekali pandang.., ku lihat wajahmu purple seperti Rahimah Rahim semasa muda… tetiba saja menjadi gerammm..!

    Tetapi apakan daya.., sekarang berada di dasar lautan mencari ganti mutiara yang hilang…!

  • OMARM says:

    Van kalou dpt mutiara yg hilang jgn di pegang dgn tgn.. Tpi pegang dgn hati..

  • Omarm says:

    Selamat kembali sahabat ku Vanckulop…. teman ingat miker udah kena Boikot Barangan Belanda… nama miker pun udah seakan2 Belanda???
    Nampaknya Jelemaan Rahimah Rahim miker udah menjelma…
    Buleh ler kiter belarak naik Gajah pulak… Bior teman jadi pengapit miker…
    Nampak budaknya baik… cuma Selendang Purple di tiup angin????

  • Omarm says:

    Oh Vanckulop….. miker dari dulu hingga sekarang tidak memandang rendah pada teman erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Miker takpa lah ada orang mintak…. teman nih duduk melangut.. memanding siling… tiada siapa yg. Sior. Dan bulor…!!!….

    Teman ketawa dan belabun senang di cari…bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati macam miker bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

    Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

    Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan begini, nak kawin pun pakat sekali….

    Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka. Sama-sama berhajat anak yg bakal lahir di hantar ke pusat asuhan… oh sungguh molia hatimu Vanckulop….!!!!

    Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
    Cuma mikerlah seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hati teman yg meronta-ronta nak niqah dan menyanyikan kembali tatkala teman lupa akan bait-baitnya. Oh sahabatku…

    Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
    Rasa hormat teman… membawa kepada persahabatan kita,
    kerana semua manusia itu baik bila kita dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak dapat melihat keduanya.

    Begitulah kebaikan sahabat diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.
    Dengarlah teman berpantun:-

    Dari Gerik hendak ke Lawin,
    Singgah sebentar menjengguk anak Dara di rumah PakHadi,
    Hajat di hati benar-benar nak kawien,
    Sampai sekarang Tiada yg Sudi…!!!!!

  • u.aida says:

    iiii vanckulop..lama tak nampah hang kat arena ni…pi nyelam kat mana yg tak timbui2 tu?

  • PuRpLe says:

    Rahimah Rahim???Wakakakaka!!Aku pun tak kenai sapa Rahimah Rahim..Merepek jea hangpa nih..!

    U.aida itulah aku pun lama tak nmpk si Vankulop nie..tue pasai nmpk nama dia,buat aku happening.. :D eheh.. :P

    Bro Omarm..apsal gambaq misai tue??ada apa pd misai tue??

  • Omarm says:

    Eheeem!!! Awat happening sangat purple… bila ternampak Vanckulop tu… pakai jadilah bulan depan kita berkompang..
    Rahimah Rahim tu penyanyi dari Sgpore… lagu matanya Lirik2 kaler purple…
    Misai cari makan!!!!!

  • vanckulop says:

    Wahai Omarm,

    Dari gerik pergi ke Lawin
    Singgah sebentar di rumah Hadi
    Berehat mandi di Lubuk Jawa;
    Tergerakhati sudah nak kawin
    Hantarlah rombongan pada yang sudi
    Agar dapat disatukan dua jiwa

    U.Aida,

    Kenduri sudah kawin pun sudah
    Tiga purnama hampir berlalu
    Muntah dan loya tandanya bertuah
    Apakah ianya sudah berlaku..?

    Purple,

    Tak kenal maka tak cinta
    Buang yang keruh dengan sulingan
    Apalah yg ada pada yang muda
    Kalau yang lama kita lupakan…?

  • u.aida says:

    wahai saudara van ckulop, indah sungguh bahasamu, tak mungkin dapat ku karang kan pantun sebijakmu. soal muntah dan loya, soal peribadi, insya-allah, jika rezekinya sampai, pasti ku kabarkan, mana la tahu mungkin kita boleh berbesan :D

  • PuRpLe says:

    Hehehehe,nak tergelak ngan Bro Omarm n Vanckulop..kelakar arr hangpa nie..!

    Dah berlaku pun pd U.aida..eh tak taulah pulak..! :D :P

  • Omarm says:

    He!!Hee… buah mangga muda… banyak kat rumah bro!!!

  • u.aida says:

    tq bro…kat rumah kita ada banyak batang pokok mangga n tak terliur pun nak mkn mangga muda…tapi mangga muda tu buat kerabu adalah…peghhh…mkn plak dgn kari kapala ikan…langsung tak peduli org :D

  • Omarm says:

    kalau camtu xteringgin mangga.. lambat lagi laaaa dokong baby!!!!! mcm kak Jannah!!!!!!!!

  • u.aida says:

    insya-allah…kalau Allah kata kun fa ya kun…sapa pun tak leh tolak

  • Omarm says:

    Alhamdulillah!!! Bro. sentiasa berdoa semuga anda dlm peliharaan Allah… kasih sayang yg di curah antara suami isteri dalam menggilap potensi ini akan membuahkan hasil yang manis… Macam menabur benih di tanah, hanya mengharap… ia tumbuh sendri tanpa disiram air, dibaja dan di jaga secukupnya… Kalau hendak yg baik kita perlu berkerja keras tiada erti kenal penat dan lelah!!!!!!

  • nana says:

    setiap insan yang hendak mendirikan istana harus tabah dalam mengharungi ombak dan badainya, mahirkan diri, banyak bersabar serta menerima pasangan seadanya…tolak ansur amat penting jagan panas baran isyallah kekal hingga ke anak cucu..

  • ardie 19tahun says:

    berkenalan la dengan lelaki idaman

  • ardie 19tahun says:

    jangan la anda bersikap sombong kerana akan menyusahkan anda sendiri?

    hai!!!!!!!!!!!!!

  • ardie 19tahun says:

    kenapa anda suka kepada leleki yg beriman?

  • ainz 22tahun says:

    salam azrul alwi..
    sebelum ni saya memg jarang nk bchating dlm ym..tp xtau sejak 2 menjak ni hati sy terbuka untuk mencari kwn sekali gus untuk mencari pasangan hdp yg sesuai dgn sy..jd sy pn chat la dan dapatla sorang mamat ni yg dapat membuka hati saya untuk menerima die..tp kami baru je kenal dan belum jumpa lg..die ada ciri2 yg sy inginkan untuk ms dpn sy..tp sy xtau samada die suka sy atau tidak..skrg kami selalu chat dlm sms…die da ckp ms dlm chat yg die nk bebas senamg lau xde gf..jd sebagai gulz xkan sy yg nak cakap sy suka kat die..tp ape2 pun sy berserah pada tuhan..sy harap lau die adalah terbaik untuk sy..sy akan terima dgn hati yg terbuka aslkn die btl2 ikhlas dgn sy..masalahnya disini sy sendiri takut nk jumpa ngn die dan bl da jumpa sy takut kecewa mana la tau tiba2 die btukar fikiran..tp ape2 pun sy perlu berdoa…jd ape pandangan azrul tentang masalah sy ni mcmmana sy nak tau yg die suka dan ikhlas ke nk bkawan ngn sy..kerana sy takut dikecewakan…

  • Aliyah says:

    Assalamu’alaikum.

    Terasa betapa VETERANnya diri saya selepas membaca komen-komen di sini… :)

    Biarpun veteran, masih terlalu banyak saya perlu belaar sebenarnya.

    Untuk kaum hawa (especially), pesan saya (juga peringatan untuk diri sendiri)… kalau nak tahu lelaki tu serius atau tidak… boleh pakai atau tidak… simple aje, tapi tak bermakna senang nak dibuat terutama kalau dah mula menyimpan perasaan serta harapan…

    Saya pinjam dari mendiang Randy Pausch (semestinya ilmu yang sama boleh didapati dari ajaran Islam)

    Katanya sebagai pesan untuk anak perempuan kecilnya… bila anda mula mengenali lelaki, jangan hanya mendengar terhadap apa yang dikatakan oleh mereka, TETAPI LIHATLAH APA YANG SEBENARNYA MEREKA LAKUKAN, dengan itu, kamu tidak akan menghadapi terlalu banyak masalah berkenaan lelaki…

    Dari pemerhatian saya, memang benar apa yang diperkatakan, dan Alhamdulillah walaupun saya masih solo hingga ke hari ini, tidak ada apa yang saya hendak kesalkan kerana tidak (belum) berkahwin… :)

  • Jiha says:

    Salam, apa khabar semua. Lama tak dengar khabar teman2 di myj ni rasa rindu kat kalian.Alhamdulillah, saya telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 3/10 baru2 ni. Maafla tak dapat jemput kalian semua, buat kenduri kecilan saje. Terima kasih atas sokongan dan nasihat teman2 terutamanya abg omarm & abg van ckulop. Kepada abg omarm, cepat2 la kawin ye, rugi kalu lambat kawin & main tarik tali ni. Dan kpd purple, abg van ckulop amat berminat pada u. Kalu purple nak no hp van ckulop, just email je kat saya. Sebab mmg van ckulop nak kenal sgt dgn purple cuma dia malu je tapi mahu, dia suh saya bagi no hp dia kat purple kalau purple mintak nanti.

  • PuRpLe says:

    Jiha..Selamat Pengantin Baru….

    Alhamdulillah habaq baik..lama tak bergurau n nakal2 ngan Sis Jiha noh..

    hehehe :mrgreen: nk tergelak..Ermm saya pun tak tahu sapa Bro Van Ckulop nie.. :mrgreen: Klu dia tau sapa kita,knpa dia tak habaq sapa dia van ckulop..

    Sis Jiha pun saya tak tahu sapa awk..Gurau pun kat sini gak..

    Van ckulop..apa salahnya klu kawan2 kan..Don’t worry,semua saya berkawan n peramah..ngan Bro Omarm pon sy suka usik2..! :P tak kiralah tua ke muda ke,semua org sy sembang..

    Jiha nk tergelak ayat nie yg Jiha kata..’maluw tp mahu’ :mrgreen: teringat kat Bro Omarm..mcm dia laa..maluw tp mahu..bukan kat kita tau kat MF kot or Cik La,mana taw kan.. :D he..gurau jea..kena tanya hati si empunya badan.. :mrgreen:

  • OMARM says:

    Hahahaha!!
    Baru pecah tembelang… Van ckulop pemalu org. nya…
    elok cepat2 dirikan Semejid…
    Hang… purple cepat2 email kat Akak jiha…. minta no hp abg Van… Cepat2 nnti di sambar dek orang..????

    Walau bagaimana pun teman angkat tabik & respek pada JIHA walau pun sibuk sbgai seorang isteri sempat juga berceloteh di ruangan ini…
    Apa pun kena minta izin dari suami apa tindakan yg kita agak menguris perasaannya…. kadang benda yg kita anggap kecil… mendatangkan ribut rumah tangga..

    Bersyukurlah kerana JIHA telah selamat melangsungkan perkahwinan… jagalah dengan sebaik munkin hubungan kekeluargaan sebagai suami/isteri hingga ke akhir hayat… Doa dan restu dari kengkawan di MJ semuga Allah makbulkan…

    “dan Allah telah melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui sesuatu apa pun. dan kemudian diberi nya kamu pendengaran, pengelihatan dan hati supaya kamu bersyukur”
    Surah An Nahl 78.

  • PuRpLe says:

    Bro Omarm pon sama,adik nk nasihatkan kat Bro,jgn dok main tarik tali nanti harum di jambangan org len!!sampai bila nk main tarik tali??sampai putus??kang menangis tak berlagu..!!

  • rias says:

    Jiha, selamat pengantin baru,doakan kami di mj cepat2 mnyusul.

  • nunwowro says:

    buat ainz 22tahun,
    wpun salam kpd saud azrul alwi..sy nk jwp jg..
    waalaikumsalam wbt..
    letakkan rasa senang, rasa selesa, rasa damai, rasa cinta dan 1001 rasa itu terhadapnya di tanganmu..keluarkan dr hatimu.
    Allahu Alim..dia Mha Mengetahui n kita tidak mengetahui apa2..
    Allahu Malik..dia Mha Mguasai segala2nya, apatah lagi hati manusia..n kita hanya dalam penguasaannya.
    mari sama2 kita letakkan sandaran kepadaNya yg Maha segala2nya..InsyaAllah..bila dia harus pergi..kt akan lepasknnya dgn redha..berusahalah..berdoalah



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.