.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Malu Tapi Mahu – Teknik Menyatakan Hasrat

May 7th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!

Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

Siapa tidak kenal dengan Ummul Mukminin Saidatina Khadtijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah dan orang yang paling berjasa kepada agama Islam. Beliau mula jatuh hati dengan Rasulullah setelah mendengar khabar tentang keperibadian Rasulullah semasa mengendalikan perdagangan miliknya.

Ramai yang beranggapan bahawa Khadtijah telah meminang Rasulullah. Sebenarnya, proses peminangan Khadtijah dijalankan seperti biasa mengikut adat istiadat Arab. Hamzah dan Abu Thalib (bapa-bapa saudara Rasulullah) adalah individu yang bertanggungjawab di dalam proses peminangan Khadtijah. Khadtijah pula diwakili oleh bapa saudaranya Amr Bin Asad.

Apa yang boleh kita contohi ialah cara Khadtijah menyampaikan hasrat hati beliau kepada Rasulullah. Khadtijah menggunakan perantaraan sahabat baik beliau, Nufaisah Binti Munya  untuk menyampaikan maksud. Kaedah ini lebih mulia kerana dirinya sudah tentu tidak akan berasa malu kalau-kalau nabi menolak usulnya.

Dalam proses itu Nurfaisah mulu-mula merahsiakan nama Khadtijah. Beliau hanya menggunakan kiasan-kiasan untuk melindungi identiti sahabatnya.  Apabila Rasulullah mula menunjukan tanda-tanda minat, barulah Nurfaisah menyatakan secara terang bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah majikan Rasulullah sendiri. Apabila Rasulullah bersetuju, Nufaisah amat gembira dan berjanji akan membantu menguruskan semua hal dan tidak memberatkan Rasulullah.

Kemudian proses peminangan dan perkahwinan berlaku secara normal.

Kesimpulannya, cari seorang rakan yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah sekiranya anda berasa malu, segan, takut atau sebagainya di dalam menyampaikan hasrat hati.

Wallahu’alam.

Rujukan

  • Hayatu Muhammad (Terjemahan Ali Audah), Dr Muhammad Husain Heakal, Litera Antaranusa, Jakarta, Cetakan 2006. ms66-67.
  • Rumahtangga Nabi Muhammad s.a.w., HMH Al-Hamid Al-Husaini, Pustaka Nasional Pte. Ltd., Singapura, 1996. ms70-71
  • As-Siratu An-Nabawiyah Liibni Hisyam (Terjemahan Fadhli Bahri Lc), Ibnu Hisyam, Pustaka Dini, Kuala Lumpur, Cetakan 2006. Jilid 1 ms250-253.
  • Sirah Riwayat Hidup Muhammad S.A.W., Abu Mazaya Al-Hafiz, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur. Cetakan 2005. ms161-ms163.
  • http://taaherah.blogspot.com/2007/07/kekasih-awal-dan-akhir-khadijah.html

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

20 Responses

  • umar safri says:

    alhamduliillah…”Kesimpulannya, cari seorang rakan yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah sekiranya anda berasa malu, segan, takut atau sebagainya di dalam menyampaikan hasrat hati.” inilah formula yg paling beradab dan mujarab utk kita semua…terima kasih en. azrul alwi

  • reynn says:

    hmm…jangan tersilap pulak..kita percaya pada rakan tu untuk jadi orang tengah..tengok2 rakan kite pulak yang tersangkut dkt orang yang kita berkenan tu kan…

  • omarm says:

    Macam malu-malu kucing pulak!!!! Malu tapi mahu.. sudah Fitrah manusia di jadikan…
    Malu pun biarlah bertempat,malu berkayuh perahu hanyut… malu bertanya sesat jalan…
    Nak cari orang tengah biarlah yg boleh di percayai..
    kkdg orang tengah nie yg main peranan memburukkan kita..
    Kondem dsbnya..muka tak ensem… kaki putar alam dan…

    Tapi kalau sudah kenal.. tak perlu malu… nyatakan hasrat sebenarnya… dan yakin dgn pilihan kita tidak salah…
    Kerana Luka selepas kawin lebih parah dan sukar di ubati dan anak2 yg jadi mangsa..

    Oleh itu jangan malu2 kalau sudah tiba masanya nak kawien… nyatakan pada mak Ayah, adik beradik yg. terapat supaya mereka dapat membantu…. tapi kalau nak kawien biarlah ada Duit…kalau tidak.. bukan senang nak bagi mkn anak dara orang!!!!

    Bagi yg berkasih semuga menemui kebahagian berpanjangan… bukan dingin separuh jalan, semuga bunga kasih menyerikan Laman rumahtangga sampai bila-bila…!!!!

  • ana says:

    assalammualaikum….erm sudah terlalu ramai wanita berusia lebih dr lelaki berkahwin .so itulah

  • hawa says:

    lagi tambah umur ni… lagi segan nak approach guy… takut nampak desperado uhuhu…

  • Ady says:

    kalau malu rugi diri sendiri

  • Ady says:

    cubalah approach saya:D

  • hawa says:

    en ady, cabaran yg harus disahut… nak contact camane ye 😀

  • asy-syakirin says:

    kawan ttp kawan…. tp bagi hal ni….. ssh nk jumpa kawan yang setia pd kawan… pantang tgk gadis… kira nak cilok…

  • milia says:

    tapi kita kena tempuh risiko..jugak.
    sebab klu positif okla.. tapi andai kata ditolak atau apa sebagainya kita kena redha.. mungkin dia telah ditakdirkan bukan jodoh kita.

  • azizsan says:

    salam semua, rasa minat jugak dalam ruangan ni,kalau boleh nak tumpang sekaki..so saya ni msasih mencari calon yang kedua hampir 5 tahun dah tapi belum jumpa.. takut2 dalam ruangan ini mungkin ada sahabat boleh tolong kot!

  • fariz ibnu hussin says:

    ERMMM…BOLEH KE MCM TU? SAYA TAKDE ORG NAK APPROACH KE? 🙂

  • nunwowro says:

    pendapat sy yg dhaif ini..
    fariz ibnu hussin n azizsan dlln..
    pasti hebat orgnya n mencari mereka yg xkurang hebatnya…
    itu sebabnya xdpt2..
    kena bijak menilai siapa yg sedang memikat..n siapa yg waspada memikat..
    Saidatina Khadijah diberikan ketulusan hati dgn waspada memikat..terus tersentuh di hati yg bijak menilai..Rasulullah saw..wpun melalui org tengah..

  • aLynn says:

    actually..mahu tapi malu..bkn malu tp mahu…haa.ha.ha.. ye la, kita mahu, tp malu ditolak..alkisah kita xsecantik mn..tp ada jg yg kata kita mcm dynas..lawak x?haa.ha.ha.. agaknya mata dia xpakai contact lens kot..rabun..apa-apa pun, sapa nak knl, angkat tgn..haa.ha.ha..gurau je ye..

  • LIN says:

    Bgmana pula caranya utk menyatakan hasrat murni kita tu tanpa mggunakan org tgh?
    Adakah cara sebegini adalah lebih baik?
    Misalnya seorang gadis yg telah bbrp tahun brkwn dgn sahabat lelakinya akhirnya myatakn hasrat sbenar beliau kpd sahabatnya itu. Contoh, gadis meluahknnya trhadap jejaka tersebut, “Sebenarnya saya sukakan awak”.
    Apa pendapat kwn2 sekalian? Andai ada antara anda di sini yg dpt membantu?

  • zaimie says:

    Salam, saya tau ada ruang cari jodoh mcm nie tp x pernah capai pun, ni lah first time… ada sesiapa nak kenalan dgn kita silalah…

  • mis_atom says:

    memang mahu..tetapi bagaimana pula, jika seseorang itu merasakan terlalu hina, rasa diri x layak untuk sesiapa..ngan orang gila pun rasa x layak..bagaimana ya??merasakan diri x cukup sempurna…

  • nurul says:

    Salam.mohon share artikel ni ye untuk dikongsi bersama.Terima kasih -)



Leave a Reply