.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kekasihku seorang anti-hadith ..

April 26th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan

Salam en azrul,
Saya telah mengenali seorang lelaki di myjodoh dan kami telah berkawan beberapa bulan. Dia seorang yang baik dan jujur. Dia juga seorang yang tahu tentang agama. Cuma saya berasa pelik, semenjak kebelakangan ini dia selalu bercerita tentang Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak ada dalil tentang sembahyang lima waktu. Dia juga mengatakan banyak amalan kita setiap hari sebenarnya tidak terdapat di dalam Al-Quran. Kita semua percaya dengan hadis-hadis yang kita baca menyebabkan kita sesat. Adakah orang seperti dia sesuai boleh membimbing saya selepas berkahwin.

[Emel ini telah disaring untuk mengelakan sebarang polemik]

 

Berdasarkan emel saudari, memang ternyata beliau ada seorang Anti-Hadith. Menurut Dr Danial di dalam bukunya Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, “Di Malaysia, golongan ini (anti-hadith) dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad dibantu oleh pengikutnya Othman Ali. Mereka mempertikaikan Al-Hadith sebagai sumber hukum dan ajaran mereka diharamkan mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September, 1995”[1] Jelas sekali ajaran yang mengenepikan hadith sebagai sumber hukum adalah sesat.

Benar, di dalam Al-Quran tidak terdapat keterangan seperti waktu-waktu solat secara spesifik. Namun begitu, Al-Quran adalah sebuah kitab induk yang lengkap. Ia mempunyai banyak ayat-ayat menyuruh manusia bersolat dan berzakat. Hanya melalui keterangan hadith-hadith Rasulullah sahaja kita mengetahui waktu-waktu dan cara-cara mendirikan solat serta kadar-kadar zakat.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 36, “Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Firman Allah di dalam surah Al-Anfaal, ayat pertama, “..serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

Bagaimana caranya kita mentaati Rasulullah dan hukum-hukum yang telah beliau tetapkan sedangkan kita tidak pernah berjumpa dengan beliau? Tidak lain dan tidak bukan hanya dengan mentaati beliau melalui hadith-hadith yang diriwayatkan. Jadi, fungsi As-Sunnah dan hadith-hadith adalah amat penting di dalam menerangkan maksud Al-Quran.

Tidak dinafikan terdapat ramai individu yang ingin kembali kepada Islam yang asli. Mereka mula mencintai dan mengkaji Al-Quran. Namun, kajian yang tidak berlandaskan sumber-sumber yang betul tanpa melalui guru-guru yang benar serta bercampur dengan pendapat sendiri boleh mengelirukan cara seseorang memahami kandungan Al-Quran. Justeru, ilmu Al-Quran perlu perlajari dari guru-guru yang berkelayakan.

Masyarakat kita juga turut menyumbang ke arah kemunculan pemikiran sebegini. Kita banyak meriwayatkan banyak hadith-hadith palsu atau ceritera Israilliyat yang tidak bersumber daripada Rasulullah tanpa disedari. Kadang-kadang riwayat palsu yang tidak sahih ini bertentangan dengan syariat Islam dan logik akal. Secara tidak langsung akan mengetuk minda sesetengah orang untuk berfikir semula tentang periwayatan tersebut. Jika iman mereka kuat, mereka mungkin mengkaji semula sesuatu riwayat itu dengan mengenalkan pasti sumber dan statusnya. Sebaliknya, iman yang lemah akan menyebabkan hati mula menolak semua jenis riwayat.

Nasihat saya, saudari boleh terangkan kepada beliau seperti yang saya terangkan di atas dan berdoa supaya beliau diberi petunjuk dan hidayah. Jika beliau tidak dapat menerimanya, saya rasa jalan terbaik adalah perpisahan.

Wallahu’alam.

Nota Kaki

[1] Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Dr Danial Zainal Abidin. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Terbitan 2002, ms80.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

11 Responses

  • OMARM says:

    Saya setuju dgn pendapat saudara Azrul… kalau kekasih anda masih tidak dapat menerima hakikat itu…ilmu yg di dapati adalah salah,… jalan penyelesaian adalah perpisahan cara yg. terbaik…. kerana beliau bukanlah pembimbing yg sebenar bila berumah tangga kelak….
    Kerana istilah ilmu hadith itu…. ta’arif hadith Nabi dan Hadith Qudsi…..

    Hadith nabi ialah berita2 sabda nabi SAW… perbuatannya dan taqrirnya…. terhadap sesuatu yg. dilakukan org. setelah baginda mengetahuinya, juga sifat tubuh badan dan keperibadian yg mulia….

    Hadith Qudsi…berita2 firman tuhan yg disampaikan erti maksudnya oleh rasullah dgn susunkata Baginda sendiri….
    kerana Al Quran ialah kalam Allah dan lafaznya dan susunkatanya diturunkan dengan rasullah SAW serta di perintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia…..

    Tiap2 hadith ada “sanadnya”…. pertalian yg terdiri dari bbrapa orang rawi,… satu demi satu… mulai dari guru bagi seseorang pengumpul hadis hingga kpd sahabat yg menerima sendiri Hadith itu dari Rasullah SAW….

    Jika hadith-hadith yg tidak sampai kpd bilangan tersebut… terbahagi kpd 3 bhg…. Hadith Sahih, Hadith Hasan dan Hadith Dha’if……
    Oleh itu kita mesti ingat… ilmu agama bukan satu pekara di ambil mudah…. mesti dipelajari dan diterima….dari guru yg berkelayakan yg berilmu yg betul2 sah, jujur, dan adil dlm penyampaiannya…dan guru yg Muktabar…..
    Bukan semata2 panduan dari buku dsbnya… Lebih lagi sekarang.. bahan2 bacaan dari internet menghidangkan pandangan musuh islam yg mahu menggugat pemikiran anak2 MUDA….
    Di karang oleh orang2 orientalis, yg kebanyakan… “MENGHIDANGKAN MADU BERCAMPUR RACUN”

    Nasihat…ku pada.. Saudari yg tidak bernama… fikirlah semasak2 nya… sebelum sesuatu keputusan di ambil….
    Kerana ia melibatkan masa depan Saudari…!!!!!
    WALLAHU’ALAM…..

  • OMARM says:

    GOLONGAN ANTI HADITH Untuk kita renungi Bersama!!!!!!!!

    Ertinya:….
    Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
    H.R. Abu Daud

    KETERANGAN

    Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al­Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.
    Wallahu’alam……

  • omarm says:

    Keadaan skrg. Bertambah rumit, sikap yg keterlaluan dan melampau dlm sesuatu pegangan atau pendirian yg biasanya berkaitan dgn keagamaan…dan terlalu Fanatik & taksub apabila ada orang yg mengambil kesempatan dari kejahilan org. ramai, dgn membawa ajaran sesat dan Salah…..
    Lawan taksub dan fanatik ialah. Bermaksud lapang dada, luas, fikiran dan Sabar….

    Melampau-lampau di istilah dgn al-ghuluw, al- tanattu dan al-tashdid… sikap melampau bertentangan dengan sikap adil dan sederhana…:-

    “dan demikianlah (sbgaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yg lurus).. kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan yg adil, supaya kamu layak menjadi orang yg mmberi keterangan kepada umat manusia( tentang yg benar dan yg salah), dan rasullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yg menerangkan kebenaran perbuatan kamu”… (al-Baqarah:143)…

    Ia memberi gambaran fahaman ssorang yg tidak mahu melihat maslahah ummah dan tidak mampu utk berbincang bagi mengambil pndapat org lain… bagi mendapatkan pndapat yg lebik kuat dalil dan alasannya….
    Bersikap mmemandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulan shja yg betul… pendapat org lain salah..

    Adalah malang gadis tersebut… jika kekasih hati tidak mahu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan… Cepat-cepat beredar darinya sebelum anda sama2 terlibat dalam kemusnahan kesesatan… ambil langkah bertenang, bijaksana dalam menyelesaikan masaalah ini.. jangan jadikan spt hassan Anak rimau…”Ayah Pin” dan sbgainya….

    Apakan daya saya nak menolong.. Cuma nasihat dan doa mampu di berikan buat saudari, muga allah melapang hati kekasih anda kembali ke pangkal jalan…. Cara lain nak bantu…Saya sendiri pun seperti menara Condong PISA tunggu masa nak rebah keBumi…!!!!!

  • dedek says:

    assalamualaikum(salam yg diajar oleh hadith imam bukhari)..
    kepada saudari, saya nasihatkn jangan cepat meghukum seseorang itu sesat atau tidak. pada sy saya, lebih baik saudari dengar dahulu hujah-hujah lelaki tersebut. kemudian bandingkan dengan hujah-hujah orang yang menggelar lelaki terbabit sesat. pada saya, saya menerima hadith yg bertepatan dengan al-quran dan menolak hadith yg bercanggah dengan al-quran walaupun ianya sahih. jika kita teliti hadith sahih bukhari, banyak hadith-hadith yang bercanggah dengan al-quran tetapi bertepatan dengan bible!.bagaimana hadith sebegini dihukum sahih! dan dijadikan hukum islam!?bukan sahaja hadith yang bercanggah dengan al-quran dihukum sahih! tetapi hadith yang menghina nabi juga dihukum sahih!hadith yang menceritakan perbuatan seks nabi juga disahihkan. adakah shabat-sahabat nabi seorang yang melakukan perbuatan “sekodeng”. saya nasihatkn saudari, baca dan pahamkn al-quran, kerana al-quran itu mudah. tidak perlu ustaz, imam, dan tok guru.

  • ..dia dah mereng tiga suku..jadi elok lah cari pengganti..takut2 nanti u yg merana-terpesong..wallahuallam

  • edosmera says:

    macam mana nabi mohamed solat 10 tahun di mana umur dia 40 tahun waktu turun alquran sebelum di pegi israq meraj pada umor dia 50 tahun apabila dia neg. dgn Allah atas nasihat nabi musa menurunkn solat dari 50 ke 5?

  • edosmera says:

    sdr omarm
    ini bukan taksub tapi gunakan otak. ayah pin memang gila jangan di smakan . kamu nasihat wanita itu tinggal kan kekasih dia tk betul, itu pecah belah rumah tangga orang. ilmu kamu itu entah betul atau tidak jangan nak tunjuk pandai . patut nya galakan khwin dgn kekasih dia itu tuntutan islam

    edosmera

  • peace says:

    bagi saye perbanyakkan berdoa dgn allah semoga kite tergolong dalam golongan orang yang diredhoi dan mendapat rahmat serta kasih sayang allah diakhirat kelak..jangan terpesong..sebab ade semoga allah lindung kite dan berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah..

  • sabah mari says:

    Edosmera kekasih tu belum kira rumahtangga la. belum nikah. so cari pasangan hidup biarlah yang tak sesat. kassim ahmad dan konco konconya tu berlagak pandai. Sekolah sekular…buku yang dirujuk pun sekular dikarang orientalis. I think u should read about these kind of people (orientalis/sekular/zionist etc)

  • hasmadi bin husin says:

    .Nabi (yang Mulia) biasanya mengunjungi kesembilan istrinya setiap malam Bukhari, Buku Nikah 3:52) .2Nabi yang Suci memiliki kekuatan seksual setara dengan 30 laki-laki (Bukhari, Buku Mandi 1:189). . 3Nabi mengatakan bahwa orang terbaik diantara pengikutnya adalah orang yang memiliki istripaling banyak (Bukhari, Buku Nikah 3:52) 4Matahari terbit di antara dua tanduk Setan (Bukhari 2:134 . 5.Aisyah berkata pada Nabi, “ Ah! Kepala saya mau meledak,” Ia berkata, “Saya berharapkepalamu meledak.” Aisyah menjawab: “Kamu ingin saya mati agar kamu bisamenghabiskan malam berikutnya dengan istrimu yang lain” (Bukhari, Book of Medicine,vol.3)

  • hasmadi bin husin says:

    apa hukumnya percaya pada hadis macam ni?saya pun nak tahu jugak?apakah hadis macam ni kita boleh terima?nampak macam hina nabi jer?..lagi bahaya,



Leave a Reply