.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Perihal Video Lucah Ella dan Jojie

July 31st, 2007 | Posted by azrul.alwi in Islam, Al-Quran & Hadith

Ella dan Jojie Artis Nota: Imbasan 16.Mac.2003 Panca Muka 15Kehidupan ini adalah pentas. Semua pergerakkan dan kelakuan manusia dirakam oleh tuhan. Sampai masanya nanti semua akan di’play’kan di khalayak ramai.

Ella dan Jojie telah dikaitkan dengan adegan video lucah baru-baru ini. Kedua-duanya telah membuat laporan polis selang beberapa hari kemudian. Pihak berkuasa sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah.

Di dunia, apabila keaiban menimpa kita, kita boleh bertindak dan berusaha menangkis semua jenis fitnah. Di atas ‘padang’ nanti keadaannya berlainan. Video kehidupan kita akan dipaparkan kepada semua orang. Semua yang dipaparkan pula bukan rekaan atau fitnah, sebaliknya adalah perkara benar yang pernah kita lakukan.

Perkara baik, perkara maksiat, mungkar, semua jenis tipu daya akan dipaparkan dan akan disoal. Firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 24, “Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Pada ayat seterusnya Allah berfirman, “Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.”

Takutlah Allah.

Wallahu’alam.

p/s : Artikel tak ada kena mengena sangat dengan Ella dan Jojie. Sekadar ingin menarik perhatian anda memikirkan akhirat.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

13 Responses

  • Fallen Angel says:

    Tuan WM, thanks mengingatkan diri yg mudah lupa dan lalai ni…. :)

    Apa pun saya nak tambah sikit, apabila kita menutupi aib org lain maka Allah akan menutupi aib kita apabila di akhirat sok…. errr… tolong betulkan kalau tersilap almaklumlah ilmu agama tak setinggi Tuan Guru Tok Samarluki… hehe… 😀

    Biarpun begitu, kita berhak bertindak demi membersihkan maruah kita yg tercemar apabila ada org yg membuat fitnah tanpa asas nih… hrrmm…

  • zool says:

    betul tu apa yang berlaku kat dunia mungkin boleh ditangkis tapi di akhirat kelak…
    video yang ditayangkan tiada langsung peluang untuk kita…

  • ikhwan says:

    rasa mcm malu jer nant….. hai.. ntah la…. moga2 klu kita bertaubat nanti jgn la video hidup kita yg x elok 2 di tayangkn…

  • ima says:

    ermmmm boringnya malam nie…pada sesiapa yg sudi jom pvt i…i tunggu…ok…

  • zuhairy says:

    eiii,takut rasanya nak menonton video sendiri kat mahsyar nanti!

  • joji eka saputra says:

    assalaamualaikum wr wb
    melalui email ini saya mau konfirmasi tentang berita yang dikeluarkan my.jodoh.net perihal kasus lucah video Ella dan Jojie. saya tahu, bahwa nama Jojie tersebut bukan nama saya yang dimaksud, namun saya keberatan karena lokasi kejadian dan asal kedua peran tersebut tidak dikasih tahu pada hal saya orang indonesia…mohon maaf sebelumnya karena saya sering mnggunakan identitas jojie sebagai panggilan nama saya. oleh karena saya mohon diklarifikasi nama dan tempat lokasi cerita lucah video ella dan jojie yang dimaksud karena saya merasa malu. sekian dan terimakasih
    wa alaikum salam wr wb

  • xadsnax says:

    assalammualaikum…betul tu..jika kita menutup aib orang lain..maka di akhirat nanti Allah akan menutup aib kita..sama juga perihal megumpat..kita menceritakan keburukan orang di akhirat nanti keburukan kita pula akan di perlihatkan..begitu juga sebaliknya..Allah akan membalas semua perbuatan di dunia ini..baik mahupun yang jahat..

    Wallahu’alam.

    p/s: andai salah betulkan..sesungguhya aq manusia yg serba kekurangan namun hamba Allah yg sentiasa mencari ilmu..

    salam

  • Ajeed says:

    Salam…tugas org Islam skrg banteras sex bebas…bina ekonomi secepat mungkin …bina rangkaian muslim sedar bersatu dn kuat. bina ekonomi segera. bantu sesiapa saja yg boleh bantu..dakwah sesiapa saja yg boleh dakwah.

  • Ajeed says:

    Salam… orgmelayu jgn hanya tersepit di suatu sudut kerana politik. politik tetap akan di manipulate kan. sementara masih aman dan ada peluang..segera . mesti create melayu atau muslim sedar agama. muslim berjuang utk bangsa dn agama. kl hendak maju..jgn anggap kita anak watan.. anggap diri kita semua pendatang.. baru boleh create minda yg kreatif tajam dn berwawasan jauh.. baru boleh bersatu. otak org melayu kena ubah..utk survive masa akan dtg.. kl tidak parah.. permainan terlalu banyak.. dan agenda menjatuhkan org melayu semakin terserlah.

  • Ajeed says:

    Salam..wah berapa banyak kali nak komen nih..dh lama tk participate..
    hmmm…dunia makin terancam… umur semakin mencari kubur…bagaimana generasi akan dtg..? muslim melayu semakin terdesak…tanpa diberi pilihan terpaksa tolerate dgn karaoke…budaya seks bebas…pelacuran..hiburan tanpa batas..minuman keras..life band..?

    setakat mana agaknya bangsa melayu nii akan terus tolerate…spt tiada identiti atau…huh..??

    tahukah anda bahawa setiap kejadian itu precalculated in design…preassemble in concept….bila kalimah ‘kun’ di lontarkan..maka jadi laa ia…

    kejadian alam yg terdiri dr juzuk2…zarah2…particle2..tetapi pokok tetap pokok.. tk bercantum dgn batu..atau badan manusia dgn dinding…sebiji anakbenih adalah pokok yg sempurna pd potensinya…

    setiap perkara yg tercipta..pasti ada proses dan terikat dgn cause and effect..
    cause(penyebab) perubahan pd bangsa kita adalah diri kita…

  • mutira putih says:

    salam….

    aku agree…bila kita menutup aib org insyaALLAH ALLAH akan menutup aib kita…aku sentiasa berdoa agar tidak membuka aib org…aku berusaha keras utk mencapai matlamat itu….mudah2an aku berjaya…insyaALLAH

  • castello says:

    jgn la kita aibkan orang…. bagaimana perasaan kita kalau org aibkan kita… semoga allah laknat orang yang suka mengaibkan umatnya….AMIN…

  • Brondol says:

    Orang yg berbuat aib and orang yang mengaibkan orang untuk kepentingan diri adalah orang2 yang rugi. Kadang2 kita terlampau seronok sangat berborak sampai kata2 kita secara sedar atau tidak sedar telah mengaibkan orang lain yg kita perbualkan. Senang cakap mengumpat..perkara senang yang boleh mengaibkan orang lain..



Leave a Reply