.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Lelaki-lelaki Jujur Di myJodoh

June 26th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan

Assalamu’alaikum ..

Dua minggu lalu saya menerima kunjungan seorang pengguna myJodoh dari Kuala Lumpur yang datang meminta pertolongan saya mencadangkan beberapa orang calon isteri untuk beliau. Beliau telah setahun kematian isteri. Beliau tidak arif tentang dunia IT.

Beberapa hari selepas itu, saya menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang bertanyakan Cara Pembayaran myJodoh. Beliau berasal dari pantai timur. Beliau ragu-ragu sama ada boleh atau tidak bertemu jodoh di sini. Katanya, “saya duda anak satu, ada orang nak ker?”.

Pada bulan Mei tahun ini, saya pernah menerima panggilan seorang “pakcik” yang akan bersara dalam jangka masa 5 tahun lagi dari perkhidmatan. Anak-anak beliau telah menyuruh beliau mencari seorang pasangan hidup memandangkan masing-masing mereka telah pun berkeluarga. Beliau menjemput saya menghadiri majlis perkahwinan anak bongsunya yang kebetulan jatuh pada hujung minggu tersebut. Tujuan beliau adalah untuk berkenalan dengan saya.

Pada bulan April, seorang pengguna menelefon saya mengajak saya teh tarik bersama. Tujuan beliau adalah mengenali sistem myJodoh dan cara menggunakannya dengan betul. Beliau adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat sederhana dan mempunyai dua orang anak. Seorang dijaga oleh bekas isteri dan seorang lagi di bawah jagaanya.

Pendek kata, hampir setiap bulan pasti muncul individu yang ingin bertemu saya bagi menyatakan hasrat mereka yang jujur dan ikhlas dalam pencarian pasangan hidup.

Individu seperti ini memang banyak di myJodoh, tetapi hairan sebahagian para pengguna wanita myJodoh tidak menjumpai mereka, tetapi menjumpai lelaki-lelaki yang berperwatakkan sebaliknya. Mereka benar-benar serius di dalam pencarian pasangan hidup. Biasanya tup-tup kahwin.. tup-tup kahwin.

Wallahu’alam.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

125 Responses

  • jannatul_adnin says:

    Kepada blues, nasihat saya ialah be yourself. Kalau saudara seorang yang jujur, kekalkan kejujuran anda itu dan jangankan kerana seorang perempuan yang tidak jujur, anda merosakkan diri anda sendiri. Segala dosa2 kita tanggung sendiri, kalau awak berubah dari jujur kepada tak jujur, awak yang berdosa. Buatlah sesuatu kerana Allah, jadilah seorang yang berakhlak mulia walaupun anda dikecewakan. Bersyukurlah, sekurang2nya anda tidak berkahwin dengan dia, mungkin kalau terjadinya perkahwinan, anda tidak akan bahagia bersama dia. Everything happens for a reason. Saya rasa suatu hari nanti perempuan itu akan menyesal kerana meninggalkan orang yang jujur seperti anda.

    Saya memang hormati orang yang jujur seperti saudara sebab saya juga pernah ditipu. Bagi saya, sifat jujur saudara telah menaikkan darjat anda lebih dari orang lain, dan anda akan bertemu dengan orang yang jujur juga, insyaAllah.

  • didie_allyia says:

    ssh erkk skrg nie bl pompuan jujur llki lak wat hal….bl llki jujur pompuan lak wat hal…tah le…allyia bkn nk slhkn spe2 tp klu le ade lg llki kt dunia nie yg jujur alangkah bahagianya….allyia nie asl jmpe jmpe msti dpt yg xjujur n cm2 lg ler…so pasni allyia berserah jer klu ade le llki kt cnie yg jujur nk gk allyia knl….waallahualam…..

  • diana says:

    Sukarnya, mencari jodoh…biasalah manusia di akhir zaman. Ramai yang berlakon

  • achikz says:

    Jujur atau tidak seseorg tu, kita x dpt lihat… gunalah mata hati…. semua org pernah buat silap, kalau nk maafkan, maafkan…. nk bg peluang, silalah…. tp bak kata2 yg sy dh lupa baca kt mana ; jatuh kali pertama mgkn kerana gelojoh, jatuh kali kedua, mgkn kita x bernasib baik, tp jatuh utk kali ketiga, menunjukkan kita benar2 bodoh…. fikirkanlah… =)

  • syahirah says:

    hai…saya orang baru ruangan nie…bleh mencelah?

  • aishah says:

    salam
    Tak perlu mancari teman secantik Balqis,
    andai diri tak sehebat Sulaiman.
    Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
    jika kasih tak setulus Zulaikah.
    Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
    andai diri tak sekuat hajar.
    Mengapa didamba teman bak Siti Khadijah,
    kalau diri tak sesempurna Rasullah.
    Bimbinglahdirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,carilah kebaikan pada dirinya.
    dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
    Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus jadi milikmu.

  • jae says:

    err blues, semoga tetap dlm iman. Jgn jadi playboy ek.
    no no no.
    Sy doakn.

    Ya Tuhan, jgn Kau kurangkn koloni-koloni lelaki yg elok budinya. ameen.

    Allah Ahad

  • hadi says:

    bagusnya….

  • J.R.D says:

    salam kepada pembaca,
    harus kita diingat kan jodoh itu di tangan TUHAN
    lahir nya kita ALLAH telah meletakkanjodoh kita so ki harus lah berusaha.

  • J.R.D says:

    10 FAKTA BRUTAL KENAPA ANDA LAMBAT JODOH

    Anda ingat diri anda terlalu cun atau segak oleh itu anda selalu memilih dan menantikan kekasih hati dan teman yang cun dan menawan. Bila ada calon, tetapi tidak cun, anda menolak!!
    Anda sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha memperluaskan lingkungan kenalan anda.
    Sikap anda yang prejudis terhadap golongan “opposite sex”
    Anda sudah putus harap kerana peristiwa silam yang lalu dan malas melayan kerenah lelaki atau perempuan lagi..fokus anda adalah pada karier anda sahaja!
    Jodoh anda sudah mati!
    Anda tersesat dalam hutan dan tiada siapa lagi di situ kecuali rakan anda yang sejenis dan anda bukanlah gay atau lesbian..hehe..
    Anda disihir supaya jodoh anda tidak lekat.
    Sikap anda yang kurang romantis dan membosankan.
    Badan anda berbau dan baju, rambut anda tidak terurus!
    Anda jarang keluar rumah dan terlalu malu untuk berkawan!

  • ierah says:

    nape lelaki haye pandai berkate2 tabi belakang kita..dpan pijak smut pn tk mati..pmpuan same..tpi kbnyakkan nye lelaki.berdoalah n brwspade dengan pilhan anda…jadilah manusia yang baik dan setia dan leh jage pasangan kita…bukan merosakkan nye

  • adrie says:

    betul tu..sy sokong 10 fakta brutal kenapa lambat jodoh tuh..haaaa…haaaaaaaaa

  • zbhi says:

    Dalam pencarian terdapat pilihan. itu bila dah ada ramai yg didalam pilihannya. Ini pun bergantung pada masa yang terluang. Tetapi bila pilihan semakin tiada dan masa semakin kritikal mahu ke tak mahu kita terpaksa pilih atau meninggalkan saja semua itu. maka terjadilah nama2 spt andalusia atau bujang terlajak atau apa sj yang menyakitkan telinga bila mendengarnya. Masa yang ada dihabiskan untuk memilih sahaja bukan untuk mendapatkannya.

  • cik rafz says:

    Jujur atau tidak seseorang tu hanya Allah saje yang mengetahui.Ianya dalam rahsia Allah..Berdoa kepada Allah minta petunjuk dan Solat Istikharah untuk mengetahui jawapan yg sebenarnya….Setelah itu berlapang dada lah dan redha…

  • Lin says:

    Pd pndapat sy, org yg lmbat jodoh bukan salah individu tu. Ini smua sudah ditetapkan oleh Allah. apa yg perlu dilakukan ialah berusaha. Zmn moden skg mmg sgt susah utk mndapat jodoh. Cepat atau lambat seseorang tu brkahwin bukan ukurannya, yg pnting niat asal dia mahu kahwin. itulah pokoknya…Ada tk org yg dh kahwin tkde niat nk kawin? wlaupun faktor2 tk brkahwin tu ada benarnya spt yg disebutkan oleh J.R.D tp kita seharusnya tidak mudah putus asa & mestilah terus berusaha hingga berjaya. So istilah jelik spt andartu, andalusia dll mestilah dihapuskan krn gelaran tersebut mengaibkan individu terbabit & sy rasa perbuatan menggelar sedemikian adalah berdosa.

  • mis_atom says:

    kan indah dunia ini dikelilingi lelaki dan wanita yang jujur, tetapi minda kita tak advanced hanya dikelilingi oleh mereka sebegitu..sebab itulah Allah menciptakan manusia pelbagai jenis ada yang busuk hati, buruk prasangka, bodoh, pandai, cantik, hodoh dan sebagainya supaya umatNya pandai menilai akan kehidupan dan memimpin di alam ini..banyak hikmah juga ciptaan Allah…majoriti golongan sekarang yang saya jumpa kebanyakan lesbian, gay, itu bukan dari Allah, itu adalah bertuhankan syaitan..saya frust sebab terkena dengan golongan sedemikian…

  • MAS says:

    Assalammualaikum…..
    saya pun sedang mencari jodoh ni…saya redha jika ada yang sudi ke x…

  • kalis^cinta says:

    erm..baguzlah kalo cam 2.jujur x bermakna dia beriman.sy dah jmpe ramai org tp sy pun x pst sy nak yg mcm mane..kalo sy kawen nnt, tahan ke suami dgn sy?takutla…

  • ct says:

    Jujur atau xk…Allah aje yg tau…lelaki beriman pun lum pasti…mgkin mrk na cari yg terbaik…jd tpakse mnipu…tp kdg2 heran gak…lelaki yg baik slalu kne tpu ngan prempuan yg playgirl…pstu merana kecewa..dendam dan permainkan perempuan len plak…perempuan yg baik plak slalu jumpe lelaki playboy…huhu kuatkan iman

  • widow says:

    Alang kah bhgianya klu benar2 ada lelaki yg betul2 jujur dilaman web myj ni. Klu lelaki tu jujur mcm mana pula nk tau…..lagi best klu ada kolum utk yg betul2 serius nk cari pasangan hidup yg sejati…..sekurang-kurang dapat dinilai dan dipertimbangkan.

  • Fatiha says:

    jujur? semua orang nak cari orang yang jujur. Tapi tanyalah kat diri sendiri… jujurkah anda.

    ‘Dan perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik’ yakinlah dengan frasa itu.. Kalu terkena dengan sebaliknya.. kenalah kaji diri sendiri.. tuh..

    Janganlah kau idamkan lelaki seperti muhammad (S.A.W) andai dirimu itu tidak sebaik dan seindah siti khadijah

  • naz says:

    Yeah..memang susah nak mencari jodoh di zaman ini..Tahun ini sudah enam tahun saya bersendirian dan seriusly im looking for a good man but the result o to none..:(

  • Fadzlina Md.Nor says:

    Assalammualaikum..sy ingin tahu bagaimana menyertai ruangan ini…sy dh byk kali dikecewakan dan yg plg menyakitkan hati nie bla lelaki itu jmp keluarga n ckp serius nk ambil jd isteri tp akhirnya dia kahwin dgn org lain..utk aper jmp keluarga dan beri hrpn kpd org tua sy klu niat hny nk m’p’mainkan



Leave a Reply