.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tips Ramai Kenalan – Jangan Cari Kesalahan Orang Lain

April 16th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia

Biasanya pasangan hidup adalah berasal daripada kenalan. Mereka yang selalu menghadapi masalah dalam menemui pasangan hidup selalunya tidak mempunyai ramai kenalan. Terdapat teknik-teknik khusus yang boleh diamalkan untuk menjadikan diri lebih disayangi. Bukan dikenali atau glamour, tetapi disayangi oleh orang sekeliling. Di dalam artikel ini, dibincangkan teknik pertama – Jangan Cari Kesalahan Orang Lain

Made a mistakeBayangkan diri anda apabila ditahan oleh seorang anggota polis trafik kerana satu kesalahan jalanraya yang anda lakukan. Anda kemudiannya disaman. Perasaan pertama yang mungkin timbul di dalam hati anda adalah perasaan marah kepada anggota polis trafik tersebut. Namun, dari kaca mata anggota polis itu, beliau hanya menjalankan tugas kerana anda telah melanggar peraturan. Namun, beliau tidak anda senangi.

Situasi kedua adalah apabila anda duduk di satu majlis, di sebelah orang tidak anda kenali. Mungkin di satu ceramah motivasi atau seminar atau pertunjukkan amal, kemudiannya individu tersebut mula mengkritik itu dan ini, mencari kesalahan dan kecacatan majlis tersebut. Apakah perasaan anda terhadap individu begini ? Adakah anda menyenangi orang seperti ini? Namun, pada persepsi beliau, beliau hanya ingin memberi komen membina.

Mungkin untuk sesetengah orang mereka dapat menerima kehadiran kedua-dua individu seperti di atas (si polis trafik yang menyaman dan seorang yang suka mengkritik), namun untuk kebanyakkan orang, kehadiran orang seperti ini mungkin mengganggu ketenangan.

Di dalam meramaikan kenalan dan membuat diri supaya disenangi, kita harus kurang mencari kesalahan orang lain. Bayangkan jika polis trafik berkenaan hanya menahan dan menasihati anda tentang kesalahan anda. Adakah anda masih marah padanya? Dan bayangkan jika orang yang duduk di sebelah anda itu berdiam diri atau memuji keadaan majlis yang memang nyata serba kekurangan itu. Bukankah hidup anda lebih senang. Anda mungkin mengingati kebaikkan mereka dan menjadikan mereka sahabat anda.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Abu Hurairah r.a. ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu mencari dan menyelidiki kesalahan orang lain” {Riwayat Bukhari & Muslim}

Kita mungkin ikhlas mengkritik atau memperbetulkan kesalahan yang kita nampak. Tiada manusia normal yang terus-menerus ingin melakukan kesalahan apabila menyedari perkara itu adalah salah .. setelah diberitahu. Hanya pendekatan kita yang selalu mengundang kebencian dan menjauhkan kenalan. Teknik menegur kesalahan akan dibincangkan kemudian. Menegur dengan betul akan membuat kita lebih disayangi dan disegani.

Namun untuk setakat ini, latihlah diri menjadi seorang yang positif. Teliti kebaikkan yang ada pada diri orang lain. Sentiasa melihat sesuatu keadaan dari sudut yang positif. Kurangkan mengkritik dan lebihkan bersyukur dengan apa yang ada. Jangan cari salah, tetapi cari kebaikkan. Kita akan disayangi. Ramai yang akan menjadikan diri anda kenalan baik mereka. Dalam ramai-ramai kenalan yang ada, mungkin salah seorang adalah teman hidup kita. InsyaAllah.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

16 Responses

  • Betul tu En Alwi, saya sokong 100%! Sering mengkritik dan mencari kelemahan orang lain juga merupakan kelemahan diri orang itu sendiri. Hendak menegur orang yang membuat kesalahan, tegurlah dengan lembut dan berhemah. Sebagaimana ibu bapa kita telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang, begitulah juga kita perlu lakukan terhadap kenalan kita. Jangan bersikap skeptikal terhadap orang lain. Lihatlah dulu kelemahan diri kita sebelum kita mengkritik orang lain.

  • tearat says:

    betui.. jika asyik duk cari kesalahan orng kesalahan sendiri camaner pulok..?
    jika di tegur tau pulak melenting…

  • siti says:

    Betui tu….. duk cari kesalahan orang sampai bila pun kita tidak akan berjaya. sebelum membetulkan kesalahan orang. Cerminkan diri kita dulu adakah kita ni perfect dalam segala perkara. Jikalau anda yakin diri anda adalah terbaik dari semua orang. Adakah anda snggup menerima kutukan dan ejekan dari orang. Jika anda dapat menerimanya dengan tanpa rasaa marah dan melenting itu menunjukkan anda dapat mencari kesalahan orang. Sebelum tu fikir dulu Adakah anda tidak pernah melakukan kesalahan? Fikirkanlah…

  • Sy Amie says:

    Jangan cepat menuding orang lain,kerana apa yang kita tuju atau tuding pada orang lain,akan dibalikkan semula pada diri sendiri.orang yang hatinya benar2 ikhlas dan redha tak akan cepat menyalahkan orang lain.

  • Humaira says:

    erm…nice topic n i agreed with this note…:)

  • Humaira says:

    Betul2 kita ni x semuanya perfect…..dalam kita menunding 1 jari kat another person….tentunya jari yang 4 lagi automatik menunding ke arah kita kan? so…??? jadikanlah muhasabah itu sebagai teman terbaik dalam kehidupan kita yang entah bila dan dimana akhir arah dan tujuannya kan?…wallahualam….

  • Scarlet says:

    Salam all… 🙂
    Manusia mana yg takder buat kesilapan?? cuba fikir secara logik la mana2 mahkluk Allah dlm dunia ni even nabi junjungan kita Nabi Muhamad juga pernah melakukan kesilapan seblom hatinya dicuci bersih-sebersihnya… (jgn samakan kita dgn Nabi). Selepas itu, walaupun dia manusia maksum (tanpa dosa) tapi dia tak pernah lupa utk memohon keampunan Allah.. sentiasa bersyukur dan menangis atas dosa2 manusia lain dan merasa cukup zuhud kpd Rahmat Allah… kita? dah mohon keampunan, pasti akan melakukan kesilapan lain.. bila lupa, buat balik… pastu mintak ampun lagi… dan lagi dan lagi… dan tahukah anda pintu Taubat Allah tak pernah tutup selagi belum tiba hari KIAMAT?? Jikalau Allah itu Maha Pengampun dan pemaaf, apa lagi kita manusia yg tahu akan kelemahan diri sendiri? Maafkanlah mereka yg telah melakukan kesilapan semoga Allah berikan mereka hidayah dan melindungi mereka drpd terus tersilap… wallahualam…. 🙂 Ingatan utk diri aku yg tak lepas dari dosa-dosa…. 😉

  • haiza77 says:

    saya sokong 100%…

  • syuhada says:

    🙂 mudah2an akan selalu menganggap org lain lebih baik dari kita tgk org wat maksiat, mungkin dia buat tanpa ilmu ntah2 kalau Allah bagi hidayah dia jadi lebhi baik dari aku..so meletakkan seseorang itu utk sentiasa memperbaiki diri n mdoakan ummah agar terus berjaya dan berjaya dunia walakhirah. wallahualam

  • PluTo says:

    mudah2an akan selalu menganggap org lain lebih baik dari kita tgk org wat maksiat, mungkin dia buat tanpa ilmu ntah2 kalau Allah bagi hidayah dia jadi lebhi baik dari aku..so meletakkan seseorang itu utk sentiasa memperbaiki diri n mdoakan ummah agar terus berjaya dan berjaya dunia walakhirah. wallahualam

  • PluTo says:

    Assalamualaikum…

    idup msti dteruskn jgk kan?? x kire owg 2 xbleh time ke bleh timeke,kesalahan kite…tp x smua xbleh time kan..

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam…
    btul tu Pluto..

    x semua blh terima sesuatu perkara tu,,,sama ada baik @ buruk. yg kadangkala membuatkan kita mempersoalkan kembali erti persahabatan…yg berlandaskan keiikhlasan..

  • Tajuddin says:

    Salam..setuju2..mohon copy paste artikel ini ye encik azrul.alwi..

  • emerald says:

    Saya setuju benar dengan artikel di atas. cuma sekarang saya dalam situasi begini, mohon pendapat.

    Saya mendapat tahu seorang pegawai pejabat curang di belakang suaminya.Dia bermadu kasih dengan seorang pegawai bujang di pejabat. Bermula dengan rasa hairan, kemudian syak, saya mula bertanya banyak orang. Masing-masing mengeluarkan pandangan dan pengalaman masing-masing.Dari cerita2 staf, ada yang nampak mereka berduaan di bawah pokok, di tempat parking kereta, di tangga, atau kawasan yang jarang dilalui manusia, (kecuali perokok tegaryang terpaksa merokok kawasan tiada org) dan di waktu awal pagi pukul 7 lagi. Saya menyiasat hal itu kerana ingin menasihatinya, selepas confirm memang dia curang. Kalu tak malu lah saya.

    Adakah perbuatan saya ini menyalahi agama?

  • peace says:

    tepuk dada tanye selera..kalau kite nampak sesuatu kesalahan tu tegurla dgn perbuatan..kalaux dgn lisan..klau tiada daya upaya dgn hati itulah selemah2 iman…amal makruf nahi mungkar..

  • orangegirL says:

    sya sokong 100% jugak…kita tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku pada diri kita…tapi kita seharusnya sedar dan memperbaiki diri kita dengan muhasabah diri dan kenali diri sendiri dan kekuatan yang kita miliki dalam diri kita….smile alwys sweet&sour like an orange…hehehe……



Leave a Reply