.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tentang Qada’ & Qadar

April 10th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Islam, Al-Quran & Hadith | Pra Perkahwinan

This post has already been read 2103 times!

SOALAN: Dr Danial, apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan?

Dr DanialJAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.”

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Di ambil dari : http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06259.html

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

50 Responses

  • Jiha says:

    satu persoalan di sini, diharap teman2 yg arif dpt menjawabnye. Adakah jodoh kita yang tertulis di Lauh Mahfuz boleh diubah dengan doa? bermakna jika di Lauh Mahfuz tertulis jodoh kita dgn A, tapi berkat doa kita, jodoh kita telah berubah kpd si B yang lebih baik akhlak dan agamanya.wallahualam, sekadar bertanya.

  • aku ni says:

    my opinion xde sapa yang tau bleh ke tak..so kita just usaha,doa,tawakkal je mudah-mudahan dapat pe kita nak..

  • van ckulop says:

    Mengikut citer sepupu saya, jodh itu dah tetap..! Ini kisah yg dia alami sendiri. Setelah lama menjalinkan hubungan pompuan itu tak mau kat dia. dDia terimalah keputusan pompuan itu sbb dia pun banyak kekurangan…!

    Tetapi selepas itu dia mimpi yg pompuan itu akan menjadi isterinya..! Pelik jugak dan dia pun tak berapa nak percaya. Dalm tempoh tersebut dia tdk menghubungi pompuan itu dan cuba cari calon lain sbg isteri. Anehnya bila masuk meminang semuanya tak menjadi..

    5 tahun kemudian pompuan itu antar sms pada dia dan tanya “masih solo atau dah kawin..?” Dia jawab tidak dan pompuan itu ajak jumpa makan malam dan terus ajak jumpa emakayahnya.

    Dia kata pada pompuan itu, skrg ini dia tiada fulus nak kawin tapi pompuan itu bagi RM6,000

    Maka menikahlah mereka pada December 2006 yg lalu. Benarlah perumpamaan, kalo dah jodoh tak ke mana..! Skrg isterinya dah mengandung 3 bulan. Tapi sebelum nikah lagi dia dah mimpi bahawa anak pertamanya ialah pompuan dan ada tandalahir pada pipi kirinya.

    Skrg saya nak tunggu betoi ke tidak mimpi ttg anaknya itu…

  • aku ni says:

    ohh..penah gak sy mimpi kawin ngan someone..kena wait n see ni..

  • omarm says:

    Nampak gayenye kena nunggu 6 bln…Gamaknye baru deme bersalin… kalule betoi.. memang sah mimpinye….

  • van ckulop says:

    ….biasanya mimpi yg benar ini payah nak lupa dr ingatan meskipun tlh lama berlaku.

    dan satu lagi kata tuan guru, mimpi yg menjadi kenyataan ialah dtg dr mereka yg consistant dlm amal…

    wallahu’alam..

  • aku ni says:

    adoii..yang bab konsisten tu mmg masalah saya..dlm proses penambahbaikkan..

  • van ckulop says:

    sahabat,

    jgnlah “beradoii..”, jeritan ko itu menusuk ke kalbuku sgt mendlm… terasa akupun sama…!

    ramai yg kata.., tak perlu buat banyak tapi mesti brkekalan.. buat 4 rakaat 2 salam tapi tiap-tiap malam…! Buat 23 rkaat pun tapi 5 taun skali, baik tak payah – kata deme lerr…

  • aku ni says:

    yela sedara..sama2 la kita mengupgradekan iman di dada ni..dah lama saya ni terleka dek duniawi…

  • Dr.Ariffaizal says:

    Salam. Saya pernah terjumpa hadis mengenai Qado’ boleh diubah dengan doa. Saya ingin mencarinya semula yang lengkap dengan perawinya. Jika boleh saudara berikan di sini. Terima kasih.

  • amri says:

    saye nak tanye ssua2….setiap yang berlaku,kite diberi pilihan oleh allah untuk memilih yang baik atau buruk…adakah semasa proses kita memilih dan apa yang kita akan pilih juga adalah ketetapan allah?saye tanye coz ade member tanye dan p’soalan tu saye x dpt nak jwb..dan sebab tu saye nak mintak penjelasan mengenainya…

  • amri says:

    Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

    “saye nak tanye ssua2….setiap yang berlaku,kite diberi pilihan oleh allah untuk memilih yang baik atau buruk…adakah semasa proses kita memilih dan apa yang kita akan pilih juga adalah ketetapan allah?saye tanye coz ade member tanye dan p’soalan tu saye x dpt nak jwb..dan sebab tu saye nak mintak penjelasan mengenainya…”

  • azrul.alwi says:

    Dr.Ariffaizal,

    Sebuah hadith Rasulullah s.a.w. riwayat Tirmizi, “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik” (Hassan Gharib, menurut Tirmizi)

  • amri says:

    thankz untuk maklumat yang diberi..memang kita sbg umat islam mengetahui bahawa Allah maha berkuasa dan maha mengetahui keatas sesua2 p’kara..malah Allah berkuasa keatas makhluknya..sbnrnya saye bertanye sbb saye p’lu mencari bahan untuk menerangkan tentang p’kara tu kat member saye..manusia ade kelemahannya,sbb tu saye p’lu bertanye kat sape2 yang lbh arif untuk jelaskannya supaya apa yg akn saye jelaskan pd member saye nanti die akn faham dan jelas ttg p’kara tu..so,thankz a lot….

  • aaaaaaa says:

    persoalan n hujah yang menarik..good

  • OMARM says:

    Pandangan WM amat menarik… Qada dan qadar ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi.

    Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
    Asas pekiraan yang ada pada manusia banyak merujuk kepada ukuran, timbangan, angka dan kadar terhadap hal-hal yang nyata. Tidak banyak hal-hal yang tidak nyata atau ghaib yang dihubungkan dengan kadar. Dosa dan pahala, baik dan buruk adalah kadar terhadap perlakuan.

    Apabila manusia melakukan kebaikan maka natijahnya ialah pahala dan bila manusia melakukan kefasadan maka natijahnya ialah dosa.
    Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu. Sama ada baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan dan sebarang bala dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki, beriman kepada Qada’ dan Qadar bukanlah memberi erti menyerah sesuatu kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.
    Beriman kepada Qada’ dan Qadar mendorong seseorang itu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ayat yang mula mula menyentuh tentang Qada’ dan Qadar ialah mengenai rezeki dan ajal di mana Allah-lah menyatakan bahawa kedua-duanya tidak akan bertambah atau kurang dengan semata-mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba ajal yang di tetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah tetapkan.
    Firman Allah:(Surah Al Imran, ayat: 145) Yang bermaksud: “Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya yang ditetapkan oleh Allah”.
    Dan Sabda Rasulullah s.a.w.Yang bermaksud:
    ” Ketahuilah bahawa sekiranya umat manusia semuanya bersepakat untuk memberi manfaat (menolong) engkau dengan sesuatu pertolongan nescaya mereka tidak dapat menolong engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) dan sekiranya mereka bersepakat hendak memudaratkan engkau dengan sesuatu kemudaratan nescaya mereka tidak dapat memberi kemudaratan kepada engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) oleh Allah ke atas engkau, diangkat akan kalam dan keringlah dakwat (ertinya itulah yang ditetapkan oleh Allah)”.

    Jika kita melihat ujian Allah seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, kebakaran hutan dan juga gempa bumi, sebagai umat Islam, kita perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada makhlukNya. Setiap peristiwa yang berlaku, pastinya mempunyai iktibar yang perlu dikaji dan diteliti oleh umat manusia dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Segala peristiwa ini juga akan membawa kita merujuk kepada konsep beriman kepada qada’ dan qadar. Beriman kepada qada’ dan qadar bermaksud kita meyakini dengan sebenar-benarnya keyakinan bahawa Allah SWT penguasa alam semesta ini juga mengaturkan apa jua yang ada di dalam alam ini. Tiada suatu kuasa yang boleh menghalang Allah SWT dan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan kebijaksanaanNya.
    Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 117 :
    “Allah jualah yang pencipta langit dan bumi (dengan segala rupa keindahan). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka ia hanya berkata kepadanya : “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia”.
    Setiap mukmin yang beriman kepada qada’ dan qadar akan merasa lapang dada dan merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa. Jika dia ditimpa kesusahan atau tidak tercapai apa yang dicita-citakan setelah dia berusaha dengan sebaik-baiknya, dia tidak sekali-kali menyesal atau merasa kecewa.

    Jika seseorang itu diberikan nikmat, rahmat serta rezeki yang melimpah-ruah, mereka tidak akan terlalu gembira sehingga lupa dengan Allah SWT. Bagi mereka yang tidak ditimpa musibah, mereka akan terus bersyukur kepada Allah SWT dan akan membantu mereka yang tidak bernasib baik. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keihklasan dan memohon keredhaan daripada Allah SWT, kerana harat dan pendapatan yang diperolehinya di dunia ini, perlu dibelanjakan ke jalan Allah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
    SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
    Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.
    Firman Allah Taala bermaksud:
    Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

    Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
    - Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
    - Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
    - Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
    - Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
    Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para alim ulama kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud.. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
    Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
    (Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).
    Pandangan webmaster….
    Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Tapi jika dah kawin pun kita tunggu cahaya mata tak kunjung tiba… yg mampu kita berusaha dan berdoa.. munkin Allah perkenankan doa kita…

    Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi..

    Justeru,berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia… Usaha tetap usaha di samping berdoa… semuga Allah kurniakan Isteri yg solehah… kalau mati pun ada orang sedekahkan fatihah.

    Wallahua’lam

  • azrul.alwi says:

    salam bang omarm, bukan artikel saya ni .. Dr Danial yang empunya.

    sdr amri, kita sering jadi confuse tentang hal-hal ini kerana kehidupan kita tertakluk kepada masa. “akan”, “telah”, “sedang.” Sedangkan masa adalah makluk di sisi tuhan. Saya malas nak explain panjang tentang ini. Saudara boleh semak pandangan Harun Yahya di laman beliau. Lihat bawah perenggan takdir. (http://www.harunyahya.com/malaysian/relativiti03.php)

    Berbalik kepada persoalan. Secara ringkasnya :

    1. tuhan telah menentukan (as-Saffat: 96)
    2. tuhan mampu mengubah (ar-Rad: 39)
    3. manusia diberi pilihan (Al-Kahf: 86)
    4. tuhan tidak mengubah melainkan manusia yang berusaha mengubah (al-Anfal: 53)

    Wallahu’alam.

    Bacaan tambahan :
    http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543342
    http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544138

    Pandangan peribadi saya, tak perlu fikir terlalu mendalam tentang “siapa yang memilih”. Sebaliknya tumpukan kepada “bagaimana memilih yang terbaik”.

  • nur says:

    nk tnye sumthing..kalu kite da pilih psgn idip kte tp die 2 x brape baik 2 pn nme nye qada’ n daqar ke? n kalu org 2 amik drug leh ke die kate “dah qada’ dan qadar aku jd penagih…

    kalu la mimpi sume akn jd knyataan….xtau la idup ni akn jd cmane…

  • nur says:

    kalu org amik drug, leh ke die kate dah qada’ n qadar…

  • Pingback: Cinta « Angel Undercover

  • emy says:

    Salam…

    Beberapa bulan lalu..saya mempunyai seorang teman lelaki, lelaki A. Setiap hari saya berdoa agar hubungan saya dengan lelaki A bertambah baik dan berharap lelaki A menjadi teman hidup saya.

    Pada suatu malam..saya bermimpi saya berkahwin dengan lelaki B (sepupu saya sendiri). Tetapi saya tidak mengendahkan mimpi saya tersebut..(menganggap sekadar mainan tidur). Untuk pengetahuan, selama ini saya tidak pernah bermimpi berkahwin dengan mana-mana lelaki walaupun dengan mana-mana teman lelaki saya sebelum ini.

    Akan tetapi, semakin hari hubungan saya dengan lelaki A semakin pudar dan menemui jalan buntu.Pada masa yang sama, saya langsung tidak berhubungan dengan lelaki B setelah sejak beberapa lama.

    Dalam masa itu..tanpa dirancang…pertemuan saya dengan lelaki B (sepupu saya) kerap kali terjadi (tanpa disangka-sangka). Sehinggalah kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.Rupa-rupanya lelaki B telah lama menyimpan perasaan terhadap saya tanpa saya sedari selama ini.

    Saya pun berdoa agar hubungan saya dengan lelaki B (sepupu saya) berjalan dengan baik dan meminta petunjuk daripada Allah S.W.T terhadap hubungan kami.

    Tidak lama selepas itu, hubungan saya dengan lelaki B juga menemui jalan buntu…dan kini saya pasrah dan terus berdoa kepada Allah S.W.T

    Saya juga tertanya-tanya..

    Adakah mimpi saya berkahwin dengan lelaki B sekadar mainan tidur atau ‘petanda’?

    Adakah jalan buntu antara saya dengan lelaki B adalah jawapan ‘muktamad’ daripada Allah S.W.T?

  • Pingback: Kenapa Begini!? « ~ Lensa Hati ~

  • ABDULLAH OMAR says:

    Assalamualaikum w.b.t.
    sahabat bicara yang dihormati.
    Bagaimanakah menjawab persoalan Qada’Qadar berhubung pernyataan:
    “kalau dinisbah kejahatan itu kepada Allah maka tidaklah menjadi jahat.Dan kejahatan dari segi nisbah kepada penciptaan dan iradah Allah maka tidaklah merupakan kejahatan”
    Rujuk:Al-Iman,Rukunya,Hakikatnya dan pembatalannya :MS246 Edisi Jawi/ cetakan 1990.Semoga mendapat respon.terima kasih.

  • SHUAILLA says:

    APAKAH YG DI MAKSUDKAN DENGAN QADA’ DAN QADAR PENDORONG KEKUATAN IMAN??

  • syaf says:

    sebenarnya mmg betul takkan ada manusia tahu…dan takkan Allah itu TIDAK termasuk apa yang diciptakan oleh-Nya sendiri yakni baik dan buruk(jahat)…baik dan buruk hanyalah had kemampuan pengamatan manusia belaka…dan Hak-Nya amatlah besar melingkungi kewujudan tu sendiri maka takkan sekali-kali dia boleh/layak dipersalahkan.

    maaflah kalau aku memang rasa aku mengikuti jabariyah…tapi bagi sesiapa lah yg nak tahu ttg takdir ni…perlulah dia memasukkan nilai husnul zon pada yg bertanya…sprti yg ustaz daniel buat.

    @shuhaila:maksud qada dan qadar pendorong kekuatan iman tu maknanya kalau beriman kepada takdir takdalah kau senang nak marah-marah orang dan senang je kau nak jadi pemaaf,dan kau takkan tergesa-gesa atas sesuatu urusan dan sentiasa tenang.paham?

  • syaf says:

    padam “TIDAK” pada awal catatan saya di atas.silap ulas.fix’d.

  • Ruly indonesia says:

    Semua harus kembali kepada allah. Maka ingatlah kepada allah. Carilah guru mursyid, kamil mukamil, yang mampu menyampaikan kita ke hadirat allah ‘aliimun hakiim. Hatur nuhun. Wassalam.

  • badai says:

    Salam,
    Mengikut jawapan Dr DAnial,
    “takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun.
    Soalan saya ialah:
    1. Adakah ilmu Allah tidak mengetahui samada hambanya akan menghubungkan silaturrahim atau tidak, maka ditulis 60 tahun setelah pasti dia hubung silturrhim baru ditambah. Jika begitu lemah ilmu Allah.
    2.Adakah Allah hanya tahu secara umum sahaja tidak secara terperinci ataupun Allah belum pasti lagi maka ditulis dlm lauh mahfuz, kemudian setelah hamba melakukan sesuatu maka dipadam dan ditulis yg lain pula. Jika begitu adakah ketika dipadam lauh mahfuz itu setelah confirm hamba itu menghubung silatrrahim dan ditulis semula, jika begitu ada masa dan ketika. Bukankah lauh mahfuz itu sempurna, terperinci dan sejak azali lagi.

  • Badai says:

    Salam
    Seperti yg ditulis
    “jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun”
    Soalan saya ialah:
    1. Adakah ilmu Allah tidak tahu atau belum pasti samada seorang hamba tertentu akan menghubungkan silaturrahim atau tidak? Jika begitu lemahlah ilmu Allah.
    2. Apakah yg akan ditulis di lauh mahfuz? Adakah ianya akan ditulis kemudian dipadam setelah confirm hamba bersilaturrahim dan kemudian ditulis semula yg lain pula. Jika begitu sudah takluk pada masa dan ketika dan Ilmu Allah jadi tak pasti. Apakah ada kuasa lain yang menghalang pastinya ilmu Allah?

  • badai says:

    Salam
    Seperti yg ditulis
    “sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun”

    Soalan saya ialah:
    1. Adakah ilmu Allah tidak tahu atau belum pasti samada seorang hamba tertentu akan bersilaturrahim atau tidak? Jika begitu lemahlah ilmu Allah.
    2. Apakah yg akan ditulis di lauh mahfuz? Adakah ianya akan ditulis kemudian dipadam setelah confirm hamba bersilaturrahim dan ditulis semula. Jika begitu sudah takluk pada masa dan ketika dan Ilmu Allah jadi tak pasti. Apakah ada kuasa lain yang menghalang pastinya ilmu Allah?

  • azrul.alwi says:

    Salam badai,

    Daripada pembacaan saya, saya dapati Dr Danial mengambil contoh berkenaan daripada buku 40 Masalah Umat Islam, karangan K.H. Sirajuddin Abbas.

    Di dalam buku yang sama K.H. Sirajuddin ada memberi hujah untuk menjawab persoalan anda. Antaranya ialah firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 39 , “Tuhan menghapuskan apa yang dikehendakiNya dan menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan pada sisiNya ada ummulkitab”

    Jika kita semak ayat tersebut di dalam Tafsir Ibnu Kathir, Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat di atas mendatangkan hadith riwayat Iman Ahmad, “Sesunguhnya seseorang dapat tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya dan tiada sesuatu yang menolak qadar selain doa dan tiada pula yang dapat menambah umur selain perbuatan baik”

    Obviously, kenyataan DD atau KH Sirajuddin Abbas adalah merujuk hadith nabi.

    Wallahu’alam ..

  • badai says:

    Salam,
    Berkenaan irman Allah
    surah Ar-R’ad ayat 39 , “Tuhan menghapuskan apa yang dikehendakiNya dan menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan pada sisiNya ada ummulkitab”

    1. Adakah penetapan dan penghapusan itu qadim lagi azali atau takluk pada masa?
    Jika qadim lagi azali maka qada’ muallaq juga dlm pengetahuan Allah.
    2. hadith riwayat Iman Ahmad, “Sesunguhnya seseorang dapat tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya dan tiada sesuatu yang menolak qadar selain doa dan tiada pula yang dapat menambah umur selain perbuatan baik”
    Hadith trsebut tidak menjadikan pasti bhwa Allah tidak mengetahui yg hamba akan berdoa dan melakukan perbuatan baik.Jika ilmu Allah mengetahui sejak azali yg hamba berdoa dan melkukan perbuatan baik kenapa perlu ditulis yg lain kemudian padam dan tulis yg lain pula.

  • Ismail Bin Ahmed says:

    Assalamualaikum,

    Saya mula didedahkan dengan persoalan Q&Q kira-kira 40 tahun dahulu ketika saya berumur 9 tahun semasa saya belajar di Sekolah Agama Johor. Saya cuba memahami apa yang diajarkan oleh uztaz, tertulis dalam kitab/buku dan sering bertanya kepada mereka yng lebih tua dari saya. Sukar bagi saya memahami penerangan yang diterima.

    Persoalannya adalah kalau sudah ditentukan, mengapakah perlu diusahakan? Mengapakah saya perlu belajar untuk lulus peperiksaan? Mengapakah kita perlu berusaha untuk cari rezeki?

    Apabila saya berkhidmat sebagai doktor, kefahaman Q&Q bertambah penting. Saya perlu meyakinkan pesakit saya bahawa mereka perlu berubat untuk sembuh. Kalau semua dah ditakdirkan, mengapakah mesakit perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat?

    Saya selalu bincangkan isu Q&Q ini begini:

    Seorang pelajar A telah dilanggar oleh sebuah kereta semasa ia menyeberangi jalan ketika pulang dari sekolah dengan basikalnya. Akibat kemalangan tersebut A telah mengalami kecederaan patah kaki. Pemandu B mengaku memandu keretanya dengan kelajuan 70km/j, sedangkan hadlaju kawasan tersebut cuma 50km/j. B telah dipersalahkan menyebabkan kecederaan kepada A dengan memandu melebihi had laju.

    Bagaimana agaknya jika B memandu dengan kelajuan 120km/j? Mungkin A akan mengalami kecederaan yang lebih teruk, mungkin juga mati. Itulah jawapan yang selalu saya terima.

    Ramai kurang yakin jika saya katakan bahawa jika B memandu dengan kelajuan 120km/j, kemalangan tersebut tidak berlaku. Dia sepatutnya telah melepasi tempat kemalangan tersebut sebelum A menyeberang dengan basikalnya.

    Sering kita dengar sesalan berlaku selepas sesuatu kejadian. A selalunya berjalan kaki ke sekolah. Pada hari kemalangan tersebut A telah menggunakan basikal baru dibeli oleh ayahnya C sebagai hadiah pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. C telah dipersalahkan kerana membelikan anaknya basikal.

    Sebenarnya untuk membolehkan sesuatu kejadian berlaku ada banyak punca mulanya. Selalunya kita manusia yang cuba memikirkannya secara singkat, untuk memudahkan pemahaman. Kita cuba berfikir cara mudah “sebab dan akibat”.

    Sebab sakit kita mati. Kita jarang terfikir jika hari tersebut A sakit dan tak ke sekolah maka kemalangan tersebut tak berlaku.

    Ramai juga yang selalu mengatakan di hujung ucapan nya, “Sesungguhnya apa yang baik dalam majlis ini adalah kehendak Allah, sebaliknya yang buruk itu adalah akibat dari kelemahan kami sendiri”.

    Saya kurang setuju. Sebenarnya kita manusia tidak tahu yang mana sebenarnya terbaik. Sukan staf IPTA di KT sepatutnya diadakan pada tarikh lebih awal terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan dalam pengurusan. Ia dirasakan kurang baik bagi kebanyakan orang. Tetapi kelewatan tersebut telah menyelamatkan nyawa ramai manusia. Stadium KT telah runtuh sehari sebelum majlis perasmian sukan tersebut.

    Persoalannya masih belum selesai. Perlukah kita berusaha? Perlukah kita berdoa? Perlukah kita berubat? Adakah memberi pesakit ubat untuk menyembuhkan penyakitnya sebagai usaha melawan takdir?

    Siapakah yang boleh bagi saya kepastian bahawa sembuh itu takdir atau sakit itu takdir? Bukankah telah ditakdirkan manusia menjumpai ubat yang boleh menyembuhkan penyakit? Saya telah ditakdirkan menjadi doktor, melaksanakan tugas saya merawat pesakit juga adalah sudah ditakdirkan. Pesakit datang berjumpa saya di klinik juga adalah telah ditakdirkan.

    Ada beribu alasan seseorang boleh jatuh sakit. Ada yang kita tahu, ada yang kita belum tahu dan ada yang kita tak tahu. Kita akan membantu mencegah berlakunya penyakit tersebut dengan melaksanakan apa yang kita tahu dan boleh buat sahaja.

    Ada beribu alasan seseorang boleh sembuh dari penyakit. Ada yang kita tahu, ada yang kita belum tahu dan ada yang kita tak tahu. Saya berikan panadol kepada pesakit yang demam. Itu tanggungjawab saya dan yang saya tahu. Makan panadol adalah tanggungjawab pesakit itu sendiri. Dia telah diberitahu bahawa panadol akan menyembuhkan demamnya. Saya sendiri tak boleh telankan panadol itu untuknya.

    Kita tahu bahawa jika kita rajin belajar, kita akan lulus peperiksaan. Maka perlulah kita rajin belajar untuk lulus peperiksaan. Kita tak tahu pada hari peperiksaan nanti kita akan jatuh sakit, tak boleh hadiri peperiksaan dan akibatnya kita gagal dalam peperiksaan tersbut. Maka kita berdoa supaya kita lulus sebab kita tak tahu samaada kita akan lulus atau gagal dalam peperiksaan tersebut.

    Kesimpulannya tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku. Kita boleh berusah. Kita boleh meramalkan, tetapi hasil sebenarnya kita tak tahu. Kita tak tahu yang kita azamkan itu baik untuk kita atau sebaliknya.

    Oleh itu kita wajib membuat sesuatu yang kita tahu akan membawa kebaikkan. Kita kena redha jika kita gagal kerana kita tak tahu mungkin itu adalah permulaan kepada kejayaan kita.

    Bila seorang pemuda bercinta, dia perlu berusaha mengekalkan hubungannya. Itu adalah tanggungjawabnya. Sebaliknya jika putus cinta dia mungkin rasakan ia suatu kegagalan. Dia tak tahu selepas itu dia akan berjumpa pasangan yang lebih baik. Oleh itu dia kena redha apabila dia gagal.

  • azrul.alwi says:

    Salam,

    Kepada yang berkenaan …

    1) Nabi melarang bercakap tentang takdir. Umat terdahulu binasa kerana banyak berbahas tentang takdir. (Sila rujuk hadith pertama Kitab Qadar pada Sunan Tirmizi)

    2) Ulama terdahulu tidak dapat memberi penjelesan logik yang dapat diterima akal tuan-tuan pada hari ini, kerena mereka tidak pernah menonton filem karangan Steven Spielberg seperti Back To The Future atau lain-lain karangan sains fiksyen manusia.

    3) Kebanyakkan sahabat nabi, tabiin, tabi tabiin dan para ulama mengambil penjelasan nabi sebagai dalil. Apa yang nabi ajar, itulah yang diimani dan tidak dipersoal.

    4) Adalah disyorkan supaya tuan-tuan membaca hadith-hadith Rasulullah di dalam kitab-kitab sunan sittah tentang bab ini sebelum tuan-tuan mencabar kelojikannya dengan pemahaman tuan-tuan.

    5) Kelemahan minda manusia memahami perkara takdir menunjukkan kelemahan minda manusia dan keagungan tuhan yang maha mencipta.

    6) Pendapat yang ‘paling logik’ tentang qada dan qadar tetapi tidak popular boleh didapati di laman web http://www.harunyahya.com. Sila rujuk artikel berkaitan “time & space” di laman beliau.

    Wallahu’alam.

  • badai says:

    1. Tidak diminta logik dlm Q&Q ini. Tetapi adakah apa yg saudara hujahkan atau petikan hujah saudara itu, benar-benar selari dengan al-Quran & Hadis. Saudara memetik surah Ar-R’ad ayat 39, tetapi apabila dihujahkan saudara mengubah pendapat, begitu juga dengan hadith riwayat Iman Ahmad. Kerana Ayat & Hadis tersebut tidak menyatakan apa yg seolah-olah saudara nyatakan iaitu perkara tersebut tiada dlm ilmu Allah.

    2. Aqidah saya mengimani Allah mengetahui dngn terperinci apa yg telah, sedang, dan akan saya/semua manusia bahkan seluruh makhluk lalui hatta daun yg gugur sekalipun dan pengetahuan Allah itu Qadim lg Azali. Tiada sesuatupun yg terkeluar dari pengetahuanNya dan tiada suatupun yg boleh ujud diluar drpd pengetahuanNya atau bersalahan dengan pengetahuaNya. Dan ini bersumberkan al-Quran & Hadis.Tidak saya menerima sebahagian dan menolak sebahagiannya, Biiznillah.

    3. Zahir saya pula mengikuti syariat Muhammad S.A.W dlm berusaha dan berikhtiar. Jika melakukan kesalahan, haq hamba bg saya ialah bertaubat, begitu juga dngn lain-lain urusan kehidupan. Namun dlm masa yg sama tidak terpisah, saya tegaskan tidak terpisah InsyaAllah aqidah seperti yg disebutkan pada No2. No 2 dan 3 seiring sejalan batin dan zahir, lengkap melengkapi.

  • azrul.alwi says:

    Salam badai,

    Harap saudara jangan memutar belitkan keadaan dan menimbulkan fitnah dan kekeliruan.

    1) Bukan hujah saya melainkan hujjah K.H. Sirajuddin Abbas, sila rujuk buku 40 Masalah Agama.

    2) Bukan artikel saya, melainkan artikel Dr Danial yang beliau sendiri olah daripada buku Empayar Minda Muslim.

    3) Sebelum nak mengkritik, sila teliti dahulu setiap sudut laman ini, linknya dan sumber-sumbernya.

    4) Kalau dibaca keseluruhan artikel dan tred ini rasanya tiada pun keluar kenyataan “perkara tersebut tiada dlm ilmu Allah.” atau seumpamanya daripada mana-mana pihak KH Sirajuddin Abbas atau DD atau saya sendiri.

    4) Jika saudara betul-betul pandai, sudah tentu dari awal lagi saudara boleh dengan baik menyatakan pendapat, memberi pembetulan, sambil menghormati pendapat ulama lain.

    “Sesiapa yang menuntut ilmu agar dilayan seperti orang pandai atau untuk berdebat dengan orang bodoh atau untuk menarik perhatian manusia, nescaya kelak Allah akan memasukkannya ke neraka” (Riwayat Tirmizi, daripada Kaab Bin Malik)

    Wallahu’alam.

  • badai says:

    Salam,
    Jwpn 1-3. Saya katakan ‘petikan hujah saudara’ yg kemudiannya mungkin menjadi hujah saudara (atau hanya petikan sahaja tidak menjadi hujah saudara?)

    Jwpn 4. Saya katakan ‘seolah-olah’ bukan menuduh. Nampaknya kearah itu….aqidah perlu jelas.

    Jwpn 4 yg kedua. Adakah kebenaran dlm apa yg saya (yg tidak pandai ini) nyatakan? kalau pun mungkin pahit disebabkan kekeliruan fahaman. Ataupun apa yg saya nyatakan adalah kebatilan….Jika batil tunjukkan lah jalan….. maaf kalau terkasar tulis….

  • azrul.alwi says:

    Salam,

    Saudara mulai dengan bertanya soalan, dan diakhirnya saudara kemukakan jawapan sendiri. Apa niat saudara, saya pulangkan kepada Allah swt. Sekian.

  • badai says:

    Assalamu’alaikum,

    1. Soalan ditanya untuk menjadikan pendapat saudara jelas bagi saya yg tidak pandai ini…. kadangkala soalan juga boleh menjadi cetusan berfikir.

    2. Niat datangnya sebelum soalan dikemukakan….. mudah-mudahan niat saya adalah kerana Allah Rabbul Jalil.

  • PuRpLe says:

    Aslkm..
    Sy nk menyampuk gaks..

    Badai..awk nie Org Islam kan?Apa nie buat pening kepala..

    Badai..baca lain balik..
    Kalau kita baca hadith-hadith Rasulullah di dalam kitab-kitab sunan sittah tentang bab ini tentu kita akan faham..

    Satu lagi Nabi melarang bercakap tentang takdir. Umat terdahulu binasa kerana banyak berbahas tentang takdir. (Sila rujuk hadith pertama Kitab Qadar pada Sunan Tirmizi..

    Soalan saudara spt berpusing2(putar belit)..
    Saya pun pening kepala..Jawapan dah ada xkan x fhm..abis tue kenapa fikir benda2 mcm tak masuk akallah..

  • hamba allah says:

    Assalamu’alaikum

    kepada semua jgn lah kita berdebat pasal Q & Q ini lagi kerana sebelum ini pun para ilmiah kita tidak dpt menyelesaikan isu ini. Bagi pendapat saya ini semua hak Allah Q & Q sebenar benda yang kita tidak nampak dan semua zat ALLAh SWT pun kita tak nampak jadi kita semua betulkan ilmu yang nampak dulu baru kita amik ilmu yang kita tak nampak, bila hati dah bersih, yakin teramat baru kita boleh tembus zat ALLAH pun dengan izinNYA. Bila ada pebalahan soalan begini org lain yang kurang ilmu nya akan mudah percaya. Dalam Islam kita yang mudah untuk kita fahami dan yang mana yg susah kita berserah kepada allah. Jgn sekali berfikir hanya menggunakan akal kerana akal tidak samapai kemana pun. Segala yang baik semua datang dari ALLAH SWT dan yang hina, keji dan buruk adalah dari manusia itu sendiri.

  • Zunurani says:


    Jiha:

    satu persoalan di sini, diharap teman2 yg arif dpt menjawabnye. Adakah jodoh kita yang tertulis di Lauh Mahfuz boleh diubah dengan doa? bermakna jika di Lauh Mahfuz tertulis jodoh kita dgn A, tapi berkat doa kita, jodoh kita telah berubah kpd si B yang lebih baik akhlak dan agamanya.wallahualam, sekadar bertanya.

    Bg pndapat sye, skiranya kite buntu atau xtau nk pilih yg mana 1, bley la wt solat sunat istikharah. Sbb lau nk ikutkn jodoh pown ad kt mne2 skrg ni. klau kite jln2 jmpe org kt tpi jln,ckp je awk nk kawin ngn sye x?smbil tnjukkan cincin n buku bank. mgkin bley dpt. Tp,mgkin bkn jodoh kite yg hak.

  • zulll says:

    Apakah hubungan qada’ dan qadar dalam kehidupan seharian?

  • abdullah says:

    Qada dan Qadar ialah termasuk dalam rukun iman..kenapa kita semua boleh beriman dengan Allah,malaikat,rasul,kitab ,hari kiamat tanpa bnyak soal.Qada dan Qadar kita confius pula…akal kena tunduk dari memikirkan yang ghaib.
    wahualam

  • hanieda says:

    salam… lebih baik jgn terlalu mengupas perkara yang bukan di bawah pengetahuan kita…. boleh tergugat aqidah kita… nauzubillah…. pengetahuan hanya milik ALLAH….

  • nobody says:

    nice article. mohon share.. ^_^

  • hati.. says:


    van ckulop:

    Mengikut citer sepupu saya, jodh itu dah tetap..! Ini kisah yg dia alami sendiri. Setelah lama menjalinkan hubungan pompuan itu tak mau kat dia. dDia terimalah keputusan pompuan itu sbb dia pun banyak kekurangan…!
    Tetapi selepas itu dia mimpi yg pompuan itu akan menjadi isterinya..! Pelik jugak dan dia pun tak berapa nak percaya. Dalm tempoh tersebut dia tdk menghubungi pompuan itu dan cuba cari calon lain sbg isteri. Anehnya bila masuk meminang semuanya tak menjadi..
    5 tahun kemudian pompuan itu antar sms pada dia dan tanya “masih solo atau dah kawin..?” Dia jawab tidak dan pompuan itu ajak jumpa makan malam dan terus ajak jumpa emakayahnya.
    Dia kata pada pompuan itu, skrg ini dia tiada fulus nak kawin tapi pompuan itu bagi RM6,000
    Maka menikahlah mereka pada December 2006 yg lalu. Benarlah perumpamaan, kalo dah jodoh tak ke mana..!

    daripada cerita ini…maksudnya..adakah kita masih boley mengharapkan sesuatu akan hadir daripada kekasih kita yang lama w/pun telah berpisah kerana sayang kita padanya masih ada?

  • suraya says:

    Salam..sy tertarik dgn isu jodoh..kisahnya mmg Sgt complicated utk sy..su pernah terbaca bhw jodoh itu rahsia Allah..tetapi utk mndptkan jodoh kita perlu berusaha…USAHA yg bagaimanakah agaknya yg boleh sy usahakan?adakah dgn berkwn dgn lelaki..bukankah itu perbuatan yg boleh menimbulkan ssuatu yg lagha..or adakah dgn berdoa sahaja?sy bingung..kerana hati ini mahukan dia menjadi suami..namun tiada tanda2 kearah itu.. diharap agar sesiapa boleh memberi pndgn..

  • tanpa nama says:

    assalamualaikum, sy amat percaya bahawa tadir allah boleh berubah dengan berdoa kepada allah swt. Asalkan niat kita itu baik dan dilakukan kerana allah taala.pasti allah memberikan ia.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.