.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Masih Mencari Cinta ?

April 9th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pra Perkahwinan

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

heart.jpgSelagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu “cinta sejati”. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.


WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR

Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.

Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”

Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.

Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.

Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.

DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.

Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.

Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana “cinta semasa mereka” dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.

APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS
Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.

Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.

Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.

khadijahdf91.jpgSiti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.

Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :

Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}

Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.

Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.

Kesimpulan
Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

51 Responses

  • Jiha says:

    bestnye kalu dapat kawin ikut hasab.Tapi zaman skrg ni susah nak jumpa yg berakhlak baik dan beragama, ada yg berpura2 alim tapi sebenarnye tidak.Dan zaman skrg byk kawin berlandaskan cinta dan nafsu.

  • aku ni says:

    kira mcm makbpak berkenan kat someone then nk jodohkan kita dgn pilihn makbpk kita tu..tu leh kira hasab gak kan? penah tjadi pada sy tp mak sebelah pempuan tu x galakkan because she is my sister-in-law sis..

  • Jiha says:

    so, tak jadi la saudara aku ni kawin dengan sister-in-law sis? takpe la mungkin jodoh saudara kat tempat lain.kat myjodoh kan ramai gadis2 yg solo ni.kalu dgn saya pun boleh..huhu..

  • aku ni says:

    paham2 udah le..x jadi tapi kitorang jadi geng baik ar..tu hikmahnye kot..sy ingat dia ckp,klo dh jodoh sy dengan dia pusing2 ke situ gak..tp kan,yg sy nampak la,hikmah putus cinta ni ialah kita akan lebih menghargai persahabatan dan percintaan yang datang..maybe Tuhan nak kita wat pilihan yang salah beberapa kali so that kita akan lebih menghargai cinta yg datang selepas tu kan..

  • Jiha says:

    yes, that right

  • aku ni says:

    yee..10 markah untuk saya…

  • aku ni says:

    leh saya dptkan emel cik jiha?

  • Jiha says:

    Boleh, ni dia

  • Jiha says:

    ym pun boleh guna email yahoo tu

  • Jiha says:

    boleh, email saya

  • aku ni says:

    x nampak pun add emel nye..xleh kuar kat sini kot..xtau plak saya..

  • aku ni says:

    hihi..cuba cik jiha ngok komen kat atas…apsal sume kite nyek komen je?? dh mcm berYM la plak..huhu

  • van ckulop says:

    maknanye serasi laa… tu..! dlm bilek ini ko berdua jerr, boleh la gelak kuat-kuat tak sape yg mendengo nye.. mahap lerr, teman dah tesalah masuk bilek..

  • naazreen says:

    susah nk carik skang ni. jenis yg mcm ni.

  • aku ni says:

    hehe..dah xde org nak join..

  • khairul nazilah says:

    assalamualaikumm

  • van ckulop says:

    wa’laikommussalam…, masuk laa..

    .. apa tujuannya, citer lah kalo ada masalah yg payah sangat nak dirungkaikan itu..

  • aku ni says:

    jemput la masok..

    tambah2 nasi,lauk tu…banyak lagi kat dapo..

  • aku ni says:

    lama x nampak cik jiha kita..join la sekaki..

  • van ckulop says:

    agaknya jiha dlm keadaan merintih menghadapi kepayahan emosi yg amat sangat…., usahkan nak join sekaki.. seinci pun payah laa nie..!

  • zuraini says:

    kalau kahwin ikut hasab memang the best..tapi apa yg terjadi tu pun atas kehendak Allah swt. Kita masih boleh perbaiki kekurangan. dlm masyarakat mcm sekrg ni mmg susah nak cari species mcm ni. ye lah walau apapun setiap dugaan & musibah yg dtg ada hikmah tersendiri. Yg penting kita kena sabar, redha & pasrah…

  • aku ni says:

    apsal plak en.van ckulop?? ye la..mslh emosi ssh nak handle..

  • van ckulop says:

    zuraini..,

    spesis yg baik tingkahlaku dan memiliki sifat-sifat yg terpuji itu masih ada….,tetapi kegagalan kita mengenalpastinya…!

    Sebab sebenar yg melihat itu bukanlah mata tetapi hati yg di dlm dada. Penglihatan mata sering tertipu dan memperdayakan…! Oleh itu celikkan matahati maka akan anda lihatlah mereka yg hasab itu…

    aku ni,
    ko pujuklah jiha tuu…, jgn lama sgt ghaibnya lagipun ko dah email address nye..

  • Jiha says:

    aik, en van ckulop cam tau2 je saya dalam ‘keadaan merintih menghadapi kepayahan emosi yg amat sangat’. en van ckulop ni pakai ilmu apa tu..hehe. email saya ada kat profile saya dipaparkn.

  • apple says:

    kawen jangan tak kawen……..

  • aminah says:

    hm..aku br putus cinta
    sekelip mata bnda ni jd
    aku da dpt org yg baik
    cume aku xnmpk
    ble da ilang.. br sedar..
    tp cm da tlambat
    aku bdoa tuhan bukakn hati dia tk aku kmbali..
    amiin..

  • aku ni says:

    cik jiha..xleh nampak la emel nye tu..sy siap pakai kanta pembesau lagi ni ha..dah kena edit la rasanya..cik aminah,welcome2..banyak lagi kekawan senasib ni ha..wat mcm umah sendiri..

  • gee says:

    saya banyak kali tersungkur dalam bercinta….sering dipertemukan dengan yang salah….tapi saya yakin saya akan berjumpa dengan oarang yang betul……kerana orang yang baik hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita….

  • aku ni says:

    yg tu no komen ar cik gee..walla’hualam..doa2 je la..

  • Jiha says:

    en. aku_ni, saya dah update saya punya profile kat pusat kawalan myj so, x payah pakai kanta pembesar la hihi.. en. van ckulop kata nampak saya punya email, takkan awak tak nampak kot… ; )

  • mariahtul_qibtiah says:

    salam
    saya sukakan semua artikel dalam ruangan ini.for me, saya pernah putus cinta dulu dan mmg mengamalkan sikap tidak mahu bercinta sebelum kahwin.mmg betul susah nak cari lelaki yg baik tp kita kena ingat jika kita baik insyaAllah Allah akan mempertemukan kita dengan lelaki yang baik.Selalunya kita akan dipertemukan dengan ramai org yg salah sebelum kita bertemu dgn mr.right.
    wassalam

  • aku ni says:

    yela..x nampak..ayat nye pun mcm x complete hurufnye..nanti sy usha lagi..

  • srikandi_85 says:

    assalamualaikumm..

    betul..dulu saya pn hrpkan percintaan seperti novel yg dibaca..tp itu hanya la fantasi n khayalan semata2.yang penting kita bercinta kerana Allah. cinta yang diredhai hanya lah melalui perkahwinan…yg menghalalkan hubungan..sebab sy bercinta dengan sahabat baik sy..dan berusaha menjaga hubungan ni agr x dicemari than selepas hampir 3 tahun bercinta rasa diri sukar mgawal perasaan syg.. akhirnya kami putus dan menjadi sahabat semula…than kami berjanji kalo ada jodoh kami akan menyambung semula dengan ikatan cinta yg diredhaiNya iaitu perkahwinan..betullah cinta sebelum kahwin ini hanya melalaikan..fikir-fikirkanlah

  • ada tak sesiapa nak berkenalan dengan saya?

  • mat says:

    sebenarnya apa yang elok sebelum mendirikan ruma tangga?

  • mat says:

    saya pernah putus cinta gak,tapi bila start nak brek 2 punyalah frust,tp kta kena pikir bila orng da benci ngan kita wat pa kita nak pikir

  • nana... says:

    bagaimana untuk melupakan sesorang yang pernah kita cintai…
    tolonglah saya…
    saya sangat tertekan sekarang ini..
    saya dah cuba banyak cara untuk lupakan dia tp dalam masa yang sama saya masih sayangkan dia…
    tolonglah saya….

  • etty says:

    mengapa saya sering putus cinta???

  • etty says:

    kalau ada sapa2 yg pro bab ni plez help me…

  • tulip says:

    btol..saye sokong pndangan mariahtul_qibtiah..
    Allah dah janjikan lelaki yg baik utk perempuan yg baek..
    tp sekarang sgtlah susah nk mencari jodoh yg sempurna..yg boleh membimbing ke arah akhirat,bukan sekadar duniawi..
    and lg 1, mcmna nk tau seseorg 2 mmg jodoh kte?hurmm..

  • aLynn says:

    slm..sini ruangan mencari cinta ke? hee.he.he..teringat kat kwn aku yg masuk rancangan mencari cinta tak lama dulu…kat TV3 tu..namanya Khaidir..

  • ima says:

    bes la article ni…… uat aku pk byk kali psl diri aku….. byk nk kene ubah….memilih tmn idup bkn sbb cinta tp akhlak n agama……erm……btulbtulbtul….aku setuju sesgt….. tp umur da 25 ni mmg patut becinta lps kawin…..sbb xde steady bf g…..hehehehe

  • ateh_cb@yahoo.com says:

    salam…
    sy pelik dgn diri sy sendiri…
    berkawan dgn ramai org..tp hati sy belum boleh menerima cinta yg dihulurkan…
    slalu buat solat taubat, isthikarah, hajat tapi masih buntu..
    adakah sy normal atau mereka bukan jodoh sy..

    mY oWn ciRcLe Of cOnFiusIoN…..

  • lela says:

    assalamualaikum….nk join blh? sy pn kira senasib gak.

  • hani says:

    Assalamualaikum.bercinta seblum kahwin tu cinta low class…bcinta la slepas kahwin,InsyaAllah berkat.

  • Lin says:

    Sy pula tk penah brcinta. Btul ke brcinta sblum kawin amat mnyakitkn? kekadang trpikir gak nk mncuba sehebat mana indahnya brcinta ni…

  • kalis^cinta says:

    cinta mmg indah kalo dpt bersama tp menjadi padah jika sebaliknya…
    artikel ni mmg banyak memberi kesedaran.at least kt x mengharapkan cinta manusia sbb cinta hakiki itu adalah milik-Nya!
    Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini krn jahil meratapi cinta yg telah pergi sdgkan di hadapanku terbentang luas rahmat-Mu utk aku yg kerdil ini!!

  • ajimsan says:


    Jiha:

    bestnye kalu dapat kawin ikut hasab.Tapi zaman skrg ni susah nak jumpa yg berakhlak baik dan beragama, ada yg berpura2 alim tapi sebenarnye tidak.Dan zaman skrg byk kawin berlandaskan cinta dan nafsu.

    zaman sekarang bnyk cabarannye
    susah nk jage diri
    iman lemah sbb x diusahakan
    nobody perfect
    klu

  • ajimsan says:

    jgn mudah melafaz kasih
    kasih itu pada siapa
    jgn mudah melafaz sayang
    sayang itu pada siapa
    jag mudah melafaz cinta
    cinta itu pda yg Esa
    cinta kan bunga
    bungakan layu
    cintakan manusia
    manusiakan pergi
    jadi…
    cintailah Ilahi…



Leave a Reply