Download Maklumat Berhubung Akan Dimansuhkan Pada 1 Ogos 2020

Ada pengguna mengadu yang beliau telah dihubungi oleh individu yang tidak diketahui yang mengatakan telah mendapat nombor telefon dari myJodoh, namun tidak dapat dipastikan.

Klik sini jika ia juga berlaku kepada anda. Terdapat panduan mengetahui siapa yang telah mendapatkan maklumat diri anda.

myJodoh mengumpul maklumat berhubung seperti nombor telefon dan alamat emel kerana :

  • Ramai pengguna berbayar yang ingin menghubungi pengguna biasa (tidak berbayar dan tak dapat baca pesanan) … jadi download saja nombor dan hubungi di luar myJodoh.
  • Emel yang dikirim tidak berjawab.

Walau bagaimanapun, kami akan menggantikan dengan sistem “Open Communication” yang lebih selamat dan mengelakkan sebarang polemik terhadap myJodoh.

Anda masih boleh menghubungi si dia, pengguna biasa .. do not worry.