Pengesahan Semula Alamat Emel

Assalamu’alaikum ….

Tanda-tanda :

Pengguna tidak boleh mengakses myJodoh dan diminta mengesahkan sekali lagi alamat emel. Kebanyakkannya pengguna alamat emel Yahoo. (yahoo.co.uk, yahoo.com.my, yahoo.co.sg … dan yahoo)

Sebab :

1. myJodoh telah mengemaskini script penghantaran emel. Sebelum penghantaran server myJodoh akan menyemak penerimaan oleh server penerima (Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain) ..

2. Jika berlaku penolakkan (rejected). Script myJodoh akan memansuhkan alamat emel pengguna berkenaan. Maksudnya, alamat emel berkenaan tidak releven lagi untuk myJodoh menghantar sebarang maklumat.

3. Antara sebab penolakkan (rejected) :

  • User does not exist
  • User over quota
  • User complaints
  • dan sebagainya …

3. Ia hanya berlaku ke atas pengguna emel Yahoo sahaja. Pembekal emel lain tiada masalah ketara. Ada satu dua aduan daripada pengguna Hotmail.

Solusi 1 (cepat) :

1. Tukar kepada Gmail, Hotmail dan lain-lain dan lakukan pengaktifan semula alamat emel.

2. Login di myJodoh > Pusat Kawalan > Tukar & Sahkan Alamat emel  … dan masukkan alamat emel baru ..

3. Kembali ke emel baru anda dan semak Inbox, klik pada link yang dibekalkan.

Solusi 2 (memerlukan sidikit masa – DIY) :

1. Login ke akaun Yahoo anda, dan ikut arahan yang diberikan. Jika akaun Yahoo anda pasif, anda mungkin perlu lalui beberapa prosedur pengaktifan atau memadam emel-emel yang memenuhi inbox.

2. Login di myJodoh > Pusat Kawalan > Tukar & Sahkan Alamat emel  … dan klik hantar emel pengesahan ..

3. Kembali ke Yahoo dan semak Inbox (atau Junk) untuk emel pengesahan daripada myJodoh.

Solusi 3 (memerlukan sidikit masa) :

1. Login ke akaun Yahoo anda, dan ikut arahan yang diberikan. Jika akaun Yahoo anda pasif, anda mungkin perlu lalui beberapa prosedur pengaktifan atau memadam emel-emel yang memenuhi inbox.

2. Hantarkan emel ke bantuan@myjodoh.net meminta alamat emel anda disahkan semula.

3. Ini dilakukan secara manual dan memakan sedikit masa.

Berita Buruk

Ia akan terus berlaku lagi, jika server Yahoo melakukan penolakkan.

Terim kasih.