myJodoh MEMBUKA PENYERTAAN PERCUMA UNTUK JANDA DAN IBU TUNGGAL

Tawaran Ini Telah Ditutup … ia bermusim. Sila ke www.myjodoh.net, Daftar sebagai pengguna dan klik Promotion di kaki laman untuk melihat sebarang tawaran terkini. Terima kasih.

Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.

Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.

Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.

Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.

Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.

– salinan kad pengenalan.

– salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)

dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.


[1] Hadith riwayat Imam Bukhari, Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi saw.: Orang yang usaha membantu kepada janda dan orang miskin, bagaikan orang yang berjihad fi sabilillah, bahkan bagaikan orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bangun sembahyang malam.

63 Trackbacks