.. mencari si dia yang soleh ..
Posts tagged Panduan Mencari Jodoh
Anak Baru ..
Apr 21st
Salam,
Lama tak menulis, dah dekat 2 bulan. Maaf, sibuk sikit.
Baru-baru ini saya telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata, pada 12hb Mac 2008. Kami menamakan beliau Anas sempena Saidina Anas r.a. Dilahirkan di Hospital Pantai Pulau Pinang, tempat abang dia (Adam) dilahirkan.
Itu jer laa nak cerita. Jari tengah berkarat lagi ni.
Pernah Terlanjur, Perlukah Bersikap Jujur?
Jan 31st
Assalamu’alaikum Bro Azrul …
First of all I like to say thanks for creating myjodoh. I am now engaged to a kind man and we are getting married soon. My problem is that he doesn’t know much about my past. I have made a mistake in the past that I regret very much. I’ve given up something that is very precious, something that only should be given to a rightful husband. I feel so sorry for him by keeping this up. Yet, I afraid that I couldn’t find another as kind as him. Please advice.
..
Assalamu’alaikum Bro Azrul,
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membina myJodoh. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. Please advice.
(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)
Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.
Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. [1]
Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.
Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.
Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak.”
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”
Lelaki itu menjawab, “Ya”.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”[2]
Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”[3]
Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.
Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.
Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.
Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”
Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”[4]
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”
Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” [5]
Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.
Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.
.
Mungkin audio ini dapat membantu http://www.savefile.com/files/1301002
.
Wallahu’alam ..
.
.
.
.
.
[1] Bahrul Mazi, Sheikh Idris Al-Marbawi rah., Jilid 10, “Bab Yang Datang Ia Pada Mengajar Jangan Mengaku Berjahat Pada Hukum Dera”, Masalah 121.
Audio syarah bab berkenaan oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad : http://www.savefile.com/files/1301002
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim: #3202
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim: #5306, http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari: #5608,
[4] Tafsir Al-Azhar, Prof Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim (HAMKA), Pustaka Panjimas, Jakarta, 1982. Juzuk 18, ms 132.
[5] http://hadith.islam.com , Sahih Muslim # 4934
.
.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
Sabar Dalam Memilih
Jika Hendak Saya Tolong Carikan
Dec 5th
Kepada mereka yang ingin bantuan saya untuk ‘tolong carikan jodoh’ sila emelkan butiran berikut kepada saya :
- Alamat emel anda di myJodoh
- Asal, sekarang tinggal di mana?(Contoh: asal Kelantan, sekarang menetap di Taman Melati, Kuala Lumpur)
- No IC baru ..
- Sekarang kerja apa, di mana?
- Dulu belajar di mana?
- Berapa kali pernah bercinta?
- Berapa lama menjalinkan hubungan?
- Apa menyebabkan terputus hubungan?(Contoh: cinta pertama, 7 tahun, si dia ada lelaki lain. Aku pun kerja tak menentu. Kedua, 2 bulan, 3bulan bertunang. Lepas aku furst dengan yang pertama, aku terjumpa dengan seorang wanita, entah macam mana aku terjatuh hati kemudian bertunang. Tunang putus kerana dia yang minta putus, katanya dia tak suka.)
- Kebolehan/minat yang ada pada diri anda?(Contoh: Saya boleh memasak, saya pandai menyulam. Saya memang expert di dalam interior design rumah, mengalahkan si Eric Kasa Impian. )(Contoh: Saya kalau bab kereta ni bukan laaa expert sangat. Tapi boleh laa sikit-sikit. Proton Iswara tu kalau saya laaa yang make-up, boleh nampak macam Estima juga ..)
- Perkara-perkara yang anda tidak suka?(Contoh: Saya cukup tak suka dengan pemalas, pengotor. Ambik barang tak tahu nak letak semula di tempatnya. Orang hisap rokok pun saya tak suka.)(Contoh: Saya cukup menyampah dengan perempuan yang tak prejudis dengan lelaki yang merokok. Sepatutnya mereka bantu saya untuk berhenti. Macam laa kat luar sana tu bersih sangat .. asap lori .. asap kereta .. asap lrt )
- Apa yang anda buat pada 6 pagi .. 1 tengah hari dan 6 petang?(Contoh: 6 pagi tiada dalam hidupku .. aku bangun kul 6.30. 1 pm baru lepas lunch, 6 petang tengah sesak-sesak naik LRT)(Contoh: 6 pagi, baru lepas solat subuh … 1 pm .. lepas makan …tengah siap-siap nak solat zohor …. 6 petang .. ada kat opis lagi …. lepas magrib baru balik)
- Apa makanan anda di pagi, tengahari dan malam?(Contoh: pagi, entah lerr .. tengok gerai yang kat depan stesen LRT tu. Tengahari, … KLCC .. kalau dapat gaji, kita selalu ke Bukhara, tingkat 3. Malam, tengok laa apa yang ada kat rumah tu)
- Rancangan TV apa yang anda suka tonton?
- Surah apa yang paling anda sukai di dalam Al-Quran, dan sebabnya?(Contoh: Saya suka surah Luqman, kerana ia menceritakan tentang bagaimana seorang ayah mendidik anaknya..)
- Ibu bapa anda hendakkan orang mcam mana menjadi menantu?(Contoh: Mak saya kalau boleh dia nak seorang yang boleh mewarisi ilmu masak-masak dia. Bapa saya tak kisah sangat, saya pula asalkan sedap mata memandang dan beradap)(Contoh: Ayah saya selalu tekankan seorang suami yang tidak meninggalkan solat. Mak saya pula selalu cakap cari seorang yang sebaik ayah saya. Saya dapat mengenalinya dengan sekali pandang)
- Keadaan keluarga anda. Ibu, ayah, jumlah adik beradik, anda adalah anak yang ke berapa?(Contoh: Ibu saya seorang suri rumah, ayah saya dah pencen. Saya ada 8 adik beradik. Saya anak yang ke 5. Dua abang dan seorang adik bongsu lelaki. Yang lain semua perempuan. Semua adik beradik saya dah kahwin kecuali saya dan adik bongsu saya yang tengah SPM tu)
- Sila sertakan gambar terbaru dan terbaik. (Gambar ni saya tak tunjuk kepada orang, melainkan orang tu dah 100% berminat dengan profile anda.)
————————————————–
- Hanya untuk para pengguna pakej A.
- Sila emel terus ke aalwi(@)myjodoh.net
—————————————————————————————
Telah dimansuhkan kerana myJodoh telah dinaik-taraf (pada Sept 2009) untuk mengisi butiran seperti di atas, memudahkan pengguna meneliti sendiri butiran calon pasangan yang dikehendaki. Harap Maklum.
Siapa Lagi Yang Masih Belum Berkahwin?
Dec 3rd
Semalam semasa saya sedang berada di tengah kesesakkan di PC Fair, Pulau Pinang. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pengguna myJodoh dari negeri Perak.
“Terima kasih En. Azrul, kalau tidak kerana myJodoh kami tak akan bertemu jodoh.”, katanya yang kedengaran agak samar.
“Bila akad nikah? Bila kenduri?” Saya melontarkan beberapa soalan sekaligus, kerana berada di dalam kesesakkan.
“Baru ajer akad nikah, kenduri mungkin bulan depan. Tapi tak per, nanti saya hantar kad.” Kata beliau.
Perbualan itu berlanjutan beberapa ketika.

Dua minggu yang lalu, sepasangan bakal pengantin datang melawat saya di sini dan menyampaikan kad jemputan perkahwinan mereka. Kami berjumpa untuk makan tengah hari di Restoren Subaidah. Pengantin lelaki dari Melaka dan pengantin perempuan dari Kedah. Kedua-duanya nampak “very ngam” .
Semenjak minggu lalu, saya telah menghadiri beberapa kenduri kahwin. Ada diantaranya adalah rakan-rakan dan saudara mara. Ada beberapa adalah pasangan myJodoh di sekitar kawasan utara.
Very sibok … Selamat pengantin baru dan tahniah untuk semua. Mudah-mudahan semuanya berkekalan sehingga ke akhirat.
Dan .. mohon maaf kepada jemputan yang tidak sempat dihadiri di beberapa tempat lain di kawasan selatan semenajung .. (I’ll try to make it kenduri yang sebelah lelaki)
Yet today, saya menerima SMS daripada seorang pengguna myJodoh. Katanya, “dah setahun join myJodoh, tetapi masih tidak dapat jodoh.”
Yang membuatkan saya berasa, sedih.
Saya minta kerjasama daripada anda sekalian, sekiranya anda gagal menemui pasangan hidup, kenalan atau rakan melalui myJodoh dalam jangka masa setelah menyertai myJodoh … sila hubungi saya.
Sedikit analisa akan dilakukan dan mungkin saya dapat membantu anda ..
Wallahua’alam..
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]